Utama Blog Halaman 288

Diskusi Tafsir- Surah AlBaqarah

0

Diskusi 9 -Surah AlBaqarah.

Allah Ta’ala memberitahu bahawa AlQuran yang diturunkan kepada hamba dan RasulNya merupakan kitab agung. Tidak mengandungi keraguan atau kemungkinan, samada ia wahyu Allah ta’ala atau tidak.

Ia adalah mukjizat yang besar, hidayah dan cahaya bagi orang yang beriman dan bertaqwa. Dengan iman dan taqwa, mereka menuju jalan keselamatan, kebahagiaan dan kesempurnaan.

Pelajaran ayat 2:

1.  Mengukuhkan keimanan kepada Allah Ta’ala, kitab dan RasulNya.

2.  Motivasi untuk menggali petunjuk dari AlQuran.

3. Penjelasan tentang keutamaan taqwa dan orang-orang yang bertaqwa.

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). [An-nisa:69]

لَا رَيْبَ ۛ فِيه
Tidak ada keraguan terhadap  AlQuran.  
Dijelaskan dlm ayat berikut;

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. [2:23]

Siapa yang ragu-ragu kenalah kemukakan keraguan itu.

ِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): [18:1]

Banyaknya al-Harj (Pembunuhan): Tanda Kiamat Ke-16

0

Tanda Kiamat Ke-16/131
Banyaknya al Harj (Pembunuhan)

Dalil: Dari jalur Abu Hurayrah ra

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّـى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لاَ يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ؟ وَلاَ الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ فَقِيلَ: كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ؟ قَالَ: الْهَرْجُ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ.
الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم
المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2908

Terjemahan:
‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah dunia lenyap hingga datang kepada manusia suatu hari di mana seorang pembunuh tidak tahu kenapa dia membunuh, demikian pula orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh,’ beliau ditanya, ‘Bagaimana hal itu (bisa terjadi)?’ Beliau menjawab, ‘Banyaknya pembunuhan, orang yang membunuh dan terbunuh berada di dalam Neraka.’” HR Muslim, no 2908

Tanda kecil ke 16 ialah banyak fenomena pembunuhan, hingga mereka berbunuhan tanpa mengetahui sebabnya. yakni fenomena pembunuh upahan yang berleluasa. Pembunuhan tanpa sebab dan tidak jelas kenapa berlaku pembunuhan beramai-ramai. Contoh kemunculan pembunuhan tanpa diketahui sebab ialah pembunuhan Umar ra, pembunuhan Uthman ra, pembunuhan Ali, pembunuhan al-Husin dan Karbala. Juga bermaksud pembunuhan yg besar pada perang dunia I, 10 juta, perang dunia II sebanyak 55 juta jiwa terkorban, perang Rusia, 10 juta, perang sepanyol, 12 juta, perang teluk, 1 juta, perang Iraq, 1 juta, Syria, 1 juta, pembunuhan Israel keatas perkampungan palestine juga jumlah mencecah 1 juta rakyat paletine yang mati.

Awas! Bahana Tulisan Pesakit ‘Grandiose Delusion’

0

Hati-hati

Kenapa jadi begitu?

Ustaz Adli Khalim:
Ramai yang kata dia ni bipolar.
Dia ni ada grandiose delusion. Dia rasa diri dia besar. Dulu ada patient saya, dia mengaku ada 20 sarjana; sarjana perubatan, sarjana komputer, sarjana ketampanan, dan lain-lain. Memang macam-macam sarjana. Pastu dia mengaku dia vocalid band Ungu. Ni ciri-ciri grandiose.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Grandiose_delusions

Macam kalau yang mengaku jadi wali, Imam Mahdi, saya rasa mereka ni pun grandiose.

Multiple personality sama ke dengan bipolar Dr. Adli?

Ustaz Adli Khalim:
Beza lagi. Bipolar ni kejap dia manic, gelak-gelak, cakap tak henti, tak tidur langsung, dan lain-lain. Kejap dia depress, tak nak cakap, takde mood, tidur je.

02.07.03#120515 : AL-MU’DHOL

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

AL-MU’DHOL (المعضل)

al-Mu’dhol berasal dari perkataan al-I’dhol (الإعضال) yang bermaksud melemahkan atau memenatkan.

Adapun dari sudut teknikal, ia merujuk kepada sesuatu hadits di mana pada sanadnya gugur dua atau lebih periwayat secara berturut-turut.

al-Mu’dhol ini lebih umum dari al-Mua’llaq dan al-Mursal.

Kerana jika gugur dua atau lebih periwayat secara berturut di awal sanad, ia akan jadi al-Mu’dhol khusus kategori al-Mu’allaq.

Dan jika gugur dua atau lebih periwayat secara berturut di hujung sanad (yakni di antara Tabi’in dan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, ia akan jadi al-Mu’dhol khusus kategori al-Mursal. (Rujuk Rajah Contoh Hadits Mu’dhol)

Hukuman terhadap hadits ini ialah lemah, malah lebih lemah dari Mursal kerana bilangan periwayat yang hilang atau digugurkan lebih ramai, kecuali jika dijumpai jalan sanad lain yang sepertinya atau lebih baik darinya, bagi hadits yang sama, maka kedudukannya akan naik ke Hasan Lighayrihi.

Di antara kitab-kitab hadits yang dikatakan mempunyai banyak Hadits al-Mu’dhol ialah:

01. as-Sunan, karangan Sa’id ibn Mansur (w.227H)
02. Kitab-kitab Ibn Abi ad-Dunya (w.281H)

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

al Mudhol

Hadits 10: Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

0

#SilsilahShahihah:
Daripada Abu Umamah Al-Bahili, katanya: Ketika beliau melihat alat-alat pertanian, lalu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah masuknya alat-alatan ini ke dalam rumah suatu kaum, melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya kehinaan.”

عن أبي أمامة الباهلي قال: و رأى سكة و شيئا من آلة الحرث فقال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: “لا يدخل هذا بيت قوم إلا أدخله الله الذل.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2321), Ath-Thabrani (23/8).

Ulasan:

1. Secara zahirnya, hadits ini seolah-olah bertentangan dengan hadits-hadits sebelumnya, yang menganjurkan umat Islam menjadi produktif (bahkan dalam hadits no. 9, disebutkan bahawa sekiranya hari Akhirat hampir terjadi, Rasulullah ﷺ menganjurkan kita untuk menanam bibit kurma yang ada di tangan kita).

2. Al-Bukhari meriwayatkan hadits ini di bawah bab: “Berhati-hati akibat terlalu sibuk dengan alat pertanian, atau melampaui batas yang ditetapkan.” Mungkin ada yang terfikir, tatkala Rasulullah ﷺ secara jelasnya mencela alat-alat pertanian, kenapa pula Al-Bukhari meletakkan syarat “terlalu sibuk” dan “melampaui batas”? Adakah Al-Bukhari tidak memahami hadits Rasulullah ﷺ Jawapannya adalah Al-Bukhari jauh lebih memahami maksud Rasulullah ﷺ. Ini boleh dilihat daripada penyusunan hadits Al-Bukhari yang membawakan hadits Anas bin Malik terlebih dahulu, iaitu hadits “Tidaklah seseorang muslim yang menanam tanaman, lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan baginya dikira sedekah.” (sila rujuk hadits no. 7 di atas), kemudian diikuit dengan hadits Abu Umamah Al-Bahili. Ini menunjukkan bahawa hukum asal bercucuk tanam adalah harus, namun jangan sampai melalaikan kita daripada batas-batas yang ditetapkan.

Sabar: Nabi Hairan Dengan Orang Beriman

0

Hebatnya Orang Beriman

27- وعن أبي يحيى صهيب بن سنان رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏”‏عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ‏:‏ إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏

27. Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia pun bersyukur-lah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran – yakni yang merupakan bencana – ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)

Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam: Tanda Kiamat Ke-15

0

Tanda Kiamat Ke-15/131
Munculnya Talibarut Penguasa Yang Amat Kejam

Dalil:

يكونُ في هذه الأُمَّةِ في آخِرِ الزَّمانِ رِجَالٌ مَعهُمْ سِياطٌ كأنَّها أَذْنابُ البَقَرِ ، يَغْدُونَ في سَخَطِ اللهِ ، و يَرُوحُونَ في غضبِهِ
الراوي : أبو أمامة الباهلي المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 1893 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terjemahan:
Akan ada pada umat ini di akhir zaman orang-orang -atau beliau bersabda, ‘Akan keluar beberapa orang dari umat ini di akhir zaman-, mereka membawa cambuk-cambuk bagaikan ekor sapi, mereka pergi di pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan kemarahan-Nya” HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Alnbani, silsilah al-Sahihah no 1893

Tanda ke 15 ialah munculnya di akhir zaman barua atau algojo penguasa zalim yang melakukan tindakan ganas dan kejam kepada rakyat atau musuh politiknya. Maksud mereka membawa cemeti seperti ekor lembu, kerasnya siksaan mereka mengguna pelbagai peralatan untuk menyiksa manusia seperti cambuk, kejutan elektrik dan cakar besi.

Hadith kedua: Hadith abu Huraira ra

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّـارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ…
الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم
المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2128

‘Ada dua kelompok dari penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat; satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuk manusia..

Ya, kalau dibaca catatan sejarah Ikhwan Muslimin, mereka antara yang paling teruk disiksa oleh penguasa Mesir, dilayan seperti banduan jenayah. Dan di bawa as-Sisi, lebih 500 dijatuhkan hukuman mati.

Mencambuk=menyiksa, salah satunya sebat dengan cemeti seperti ekor lembu.
Di bawah as-Sisi, Presiden Egypt dari Militeri

Hadith ke-3:

إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا يَغْدُونَ فِـي سَخَطِ اللهِ وَيَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِهِ فِي أَيْدِيهِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَرِ.

“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat satu kaum yang pergi pada pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cambuk) bagaikan ekor sapi. HR Muslim, no 2857 dorar code

Ini ada di sepanjang zaman, di zaman Imam Ahmad, Imam Ahmad di penjara dan disebat kerana enggan menyatakan AQ makhluk, begitu juga Imam Ibn Taimiyah di penjara hingga mati. Tanda kiamat ini berulang, yakni ada penguasa yang zalim, yg memiliki kakitangan yang ganas dan kejam yang menyiksa rakyat jelata.

Tamat.
Bayangkan manusia mengecap kenikmatan di bawah pemerintahan Nabi saw dan selepas itu kerajaan khilafah ar-Raasyidin selamat 30 tahun, aman damai, namun dalam kerajaan Ummayad dan Abbasid, muncullah pelbagai kekejaman. Antara yang paling dahsyat ialah perang Hurrah, di mana tentera Yazid pimpinan general Muslim menyerang dan meranapkan Madinah selama 3 hari, gara-gara keengganan penduduk Madinah enggan menerima kekhalifahan Yazid mengganti Muawiyah ra
selepas itu tentera Ibn Ziyad bertindak kejam dengan membunuh seluruh keluarga ahli bayt di padang pasir Karbala tanpa belas kasihan.

Sesi Soal Jawab:
Assalamualaikum semua. Tumpang tanya Sheikh THTL bilakah zaman barua dan algojo ini? Terima kasih

Jawapan:
Kalau ikutkan start dengan era Yazid laa…dia yang start bantai Madinah, Hurrah), karbala, menbantai ahlil bayt dan Mekah, membantai Ibn Zubair dan melastik Mekah dan runtuhnya Kaabah. Zaman Abbasiah, ketika Muktazilah mengontrol negara, ulamak ahli sunnah disebat dan dipenjara termasuk Imam Ahmad..

Jadi tanda ini ialah tanda yang berulang-ulang bermula dari awal zaman kerajaan bani umaiyyah betul mcm tu Sheikh?

Jawapan:
Ya, Saudi pun sebenarnya kejam juga, memiliki pasukan polis yang akan bertindak kejam kepada siapa yang ingin melawan kerajaan saud

Kebanyakan kerajaan totalitarian bertindak macam tu Sheikh

THTL:
Itulah maksud hadits tersebut
kerajaan sepatutnya dikasihi dan dicintai rakyatnya,
beza kalau sapa yang ada ayah kejam dan ayah yang penyayang…ayah yang ganaz, hari-hari pukul anak dan mendera, itulah ayah yang kejam

Malaysia dah ansur-ansur

Komen THTL:
Ada dua akta, akta ISA, hasutan…dan sekarang akta anti-teror.. yang ganti ISA
Rasanya sistem pemilihan pemerintah susah di laksanakan di bumi Arab atas sifat asal orang Arab sendiri. Betul macam tu di sana Sheikh?

THTL:
Nampaknya demokrasi tidak boleh dilaksanakan di tanah arab…election akan menjadikan mereka bertambah buruk
macam mana nak election, mereka kebanyakannya bersenjata, macam Yaman, orang bawak pistol macam zaman cowboy

Di zaman khalifah Ar Rashiddin pun boleh sampai membunuh sahabat Rasullulah

THTL:
Ya, pembunuhan Utman al-affan ra dan Ali ra

Jadi walaupun kekejaman yang di sebutkan dalam tanda 15 ini adalah salah satu tanda kecil kiamat tapi tanpa pemerintahan totalitarian ini tamaddun Islam mungkin tak berkembang sepesat seperti mana dalam zaman permerintahan kerajaan bani Umaiyah dan bani Abassiyah. Betul mcm tu Sheikh?

THTL:
Betul, itu cuma titik hitam sahaja, namun sebahagian besar mereka memiliki kekuatan dan banyak khalifah yang adil di pimpin oleh ulamak.
300 tahun pertama masih lagi zaman terbaik Islam, the golden generation

Sheikh thtl.
Tentera ibn Ziyad ketika itu dibawah kuasa khalifah Yazid ketika itu ?

THTL:
Ya..

Ar-Rahiq Al-Makhtum – Perjalanan Hidup Insan Agung

0

Masyarakat Arab Sebelum Islam

Sirah Rasulallah saw bertujuan untuk kita dapatkan ilmu iaitu untuk mendapat gambaran persekitaran zaman Rasulallah saw.  Gambaran ini memudahkan kita memahami penceritaan dalam Al Quran dan hadis.

Gambaran tentang masyarakat Quraish misalnya, cara hidup, sosial ekonomi dan politik.

Bila kitab tahu latar dan persekitaran zaman Rasulallah lebih mudah kita fahami Al Quran dan As Sunah.

Gambaran tentang keadaan sekitar kaabah

Sumber-sumber sejarah Rasulallah saw.  Sumber utama:

  1. Al Quran
  2. Kitab Hadith
  3. kitab kitab sirah

Sirah – misalnya di sebut tentang khamru dan maisir.

Dalam Al Quran dengan sirah kita dapat tahu jenis khamr dan bahan asas khamr begitu juga jenis-jenis perjudian. Bagaimana sistem sosial arab begitu akrab dengan arak dan judi.  Dari situ kita dapat tahu bagaimana pengharaman arak dan judi berlaku.

Gambaran sirah ini dapat memudahkan memahami syariat Islam secara praktikal.

Rahsia pemilihan Semenanjung Arab

Kenapa Arab di pilih sebagai tapak Islam.  Sekitar Arab di masa itu berdiri tamadun dan teknologi yang jauh lebih baik dari masyarakat arab.  Dari segi ekonomi, sosial dan politik Arab di masa itu sangat mundur. Dari ebook di beri contoh Parsi dan Rom menguasai dunia zaman itu.  Sama dengan USA dan Russia di kala ini.  Walaupun begitu semua tamaddun di sekitar berada dalam kemerosotan nilai moral dan keagamaan.

Gambaran yang diberikan oleh penulis ebook – semua tamaddun di sekitar arab maju materialnya tetapi sama sama mundur agamanya.  India juga maju material. Teknologinya jauh lebih maju.  Mudahnya yang ada padang pasir, khemah khemah dan bazaar bazaar.

Di luar Arab ada istana dan tembok-tembok kota yang besar.  Itu gambaran yang ahli sirah khabarkan.

 Sistem politik arab – Raja dan ketua kabilah.

  1. Agama bangsa arab – sembah berhala
  2. Sistem social – kahwin di masa jahiliyyah
  3. Ekonomi – bazar dan pasar serta aktiviti dagang
  4. Sifat sifat baik dizaman jahiliyyah

Nota gambaran ms 1 hingga ms 11.

Penulis memberi gambaran: Keadaan arab dari segi agama, sosial,politik,ekonomi dan moral telah bergenerasi hingga 40 generasi sehingga Nabi MUHAMMAD saw. Poin ini penting bagi gambaran mukasurat seterusnya.

Jika satu generasi 100 tahun sudah 400 tahun hidup seperti yang akan digambarkan penulis dari mukasurat 12 hingga 48.

Sirah Gambaran Dalam Garis Masa – Gambaran yang cuba dipaparkan penulis dari ms 1 – ms 48. Persekitaran jahiliyyah telah menunjangi jazirah arab hampir 40 generasi.

Analogi – Keadaan manusia dikala sebelum diutuskan MUHAMMAD SAW  ibarat anggota-anggota badan yang cacat semuanya, kemudian organ dalaman dijangkiti kanser level 4. Tamadun Rom Parsi İndia rosak moral dan pincang akhlaknya, bangsa Arab berketurunan İsmail bin İbrahim pula bergelut di dalam kegelapan yang amat pekat.

Nikah jahiliyyah sangat sangat hina dan rendah wanita diduduk letakkan di kala itu.

Beraneka jenis arak, variasi perjudian dan menilik nasib.

Mukasurat 1 hingga mukasurat 48. Gambaran pesakit dan penyakit. Bayangkan semua orang Kuala Lumpur dan Selangor berpenyakit kronik luaran dan dalaman – apakah masih ada harapan untuk penyembuhan?

Gambaran kehidupan dalam garis masa – Sirah

İanya di anggap berkebajikan. Inilah dia seorang yang berpenyakit panau, jika terkena kurap dianggapnya kurap itu ubat panaunya – penyakit yang ditutupi penyakit.  Apakah ada harapan..

Gambaran gambaran di dalam masa, watak manusia dan cerita cerita – Sirah

Jika kita cuba gambarkan di garis masa yg sama apakah cerita di nusantara? Kesibukan pengkajian bahasa sanskrit, epik Ramayana, perdukunan dan bomoh. Sembahan berhala dan alam… allahu’alam boleh silang semak/rujuk dengan sejarah nusantara.

Umpama Sang tuna mitra yang di pimpin sang celik di malam gelap gelita tanpa cahaya.

Gambaran kehidupan di dalam garis masa – sirah

Mukasurat 1 – mukasurat 48… gambaran hari-hari sana – di kaabah yang tidak beratap, berhala berhala berserakan, jual arak dan aktiviti perjudian.  Pasar dan bazaar berlaku transaksi yang tidak adil dan penipuan.  Wanita dan syair seks dan perang jadi hiburan.  Tawaf dalam keadaan  telanjang dan korban berhala.

Semangat kabilah jadi tuntutan dan pegangan.

Gambaran waktu, empayar Rom dan Parsi telah menguasai bumi dari mesir hinggalah ke sempadan Monggolia. Kita tertanya-tanya mengapa mereka tidak menakluki jazirah Arab.

Dari gambaran yang diberikan penulis dari mukasurat 1 – mukasurat 48 , tidak ada apa apa tarikan dalam bentuk hasil bumi dan teknologi untuk mereka menakluki Arab di masa itu. Ekonomi mereka hanya barangan kulit, dan peralatan harian.

Gambaran Agama –  Penulis menggambarkan semua agama-agama yang ada di ketika itu Yahudi, Nasrani, Majusi. Pengaruh dan kedudukannya di alam Arab.  Ulangkaji, maka kita akan dapat gambaran bagaimana adanya watak Waraqah bin Naufal seorang ahli kitab Nasrani dalam garis masa kehidupan baginda saw.

Agama-agama Arab di garis masa itu. Mereka mendakwa mereka beragama Nabi İbrahim, tetapi di sisi mereka pelbagai kesyirikan. Gambaran yang sama kita di masa kini ada yang mengaku pengikut agama Muhammad saw tetapi masih percaya kepada bomoh dan khurafat,nauzubillah. Dakwaan mereka adalah penipuan, bahkan mereka adalah musyrikin.

Mukasurat 1 – mukasurat 49 adalah cerita mengenai penyakit dan pesakit.

Dari garis waktu kehidupan baginda SAW melalui gambaran sirah, kita akan diberi gambaran semua masalah di zaman jahiliyyah di beri petunjuk dan solusi oleh Allah swt.

Gambaran agama, penulis cuba menggambarkan bahawa sudah tiada lagi agama yang betul untuk berpaut, yang tinggal kebiasaan biasaan yang baik merupakan sifat yang diberikan secara fitrah kepada manusia.

Apabila malam kian melarut nafas dan lelah manusia sudah melampau untuk menggerakkan kelopak mata ibarat perjalanan yang amat jauh.

Gambaran masa siang dan malam – Sirah

Semua penyakit ini penawarnya digambarkan oleh penulis sebagai ar rahiiq yakni nektar madu yang bisa menjadi supplement untuk memulihkan antibodi melawan segala penyakit dari bungaan dan lebah manakah nektar ini terhasil?

Gambarkan sedetail mungkin mukasurat 1- mukasurat 49

Ibarat anda sedang melukis kejadian tsunami – semuanya musnah pokok, kenderaan, rumah, manusia, binatang. Bagaimana bisa dibangunkan semua? tsunami kegelapan di garis masa itu bagai tidak bisa manusia itu dibangunkan akhlak dan syariatnya, gambaran satu jangka dalam garis masa.

Gambaran Setuju atau Tidak, 1436 + 13 Hijrah

Setuju atau tidak? Agama apa pun diketika itu tidaklah dapat melurus dan memberi jalan kebaikan kepada manusia ?

Setuju atau tidak, sebelum 606 masihi, tidak ada satu Kerajaan yang akidah dan akhlaknya terjaga.

Gambaran Setuju atau Tidak, 1436 + 13 Hijrah

Setuju atau tidak? Agama apa pun diketika itu tidaklah dapat melurus dan memberi jalan kebaikan kepada manusia ?

Di kala kita melihat keadaan Hiroshima dan Nagasaki di leburkan oleh bom Atom. Kobe dan Acheh di hentam bencana alam. Gambaran yang kita lihat.. musnah.. lebur.. hancur.. punah..

Penulis cuba mevisualkan kepada pembaca begitulah keadaan agama, sosial, ekonomi, politik di garis masa tersebut. Allahu A’lam

02.07.02#110515 : Al-Mursal

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

AL-MURSAL (المرسل)

Dari sudut bahasa ia bermaksud lepas atau utus.

Adapun, dari sudut teknikal, ia merujuk kepada hadits di mana gugurnya periwayat di hujung sanad selepas Tabi’in, sama ada yang gugur itu Sahabat, atau, Tabi’in lain dan Sahabat.

Ini bermakna di dalam sanad, apabila tiba pada Tabi’in, dia menyebutkan terus. ‘Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata’ atau “Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam melakukan ini..’, sedangkan Tabi’in tidak bertemu dengan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh itu, dapat dikenal pasti secara umum, adanya periwayat yang gugur di antara Tabi’in dengan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. (Boleh lihat rajah contoh Hadits Mursal)

Hukum Hadits Mursal

Pada asalnya ia adalah Dha’if tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang Mursal Tabi’in ini:

01. Dha’if Mardud, yakni ditolak. Ini adalah pendapat jumhur ulama Hadits.
02. Sahih dan boleh berhujah dengannya. Ini adalah pendapat 3 mazhab yang utama. Tetapi dengan syarat (i) Tabi’in itu Tsiqah, dan (ii) diketahui bahawa dia tak meriwayatkan kecuali dari Tsiqah juga.
03. Yang diterima hanyalah Mursal Tabi’in Kibar sahaja. Ini pendapat Mazhab Syafie.

Adapun Mursal yang berlaku di kalangan sahabat pula, ia bermaksud Sahabat meriwayatkan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tetapi dia tak mendengar atau melihatnya secara langsung dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. Malah nama sahabat yang dia mendengarkan hadits itu daripadanya juga tak disebut.

Hadits Mursal Sahabat adalah diterima dan boleh berhujjah dengannya, kerana peringkat Sahabat tidak dikritik dan mereka semuanya diiktiraf. Ini sepertimana yang telah dibincangkan dalam nota 01.11.01.

Di antara penulisan berkaitan Hadits Mursal adalah:

01. al-Maraasil, karangan Abu Dawud
02. al-Maraasil, karangan Ibn Abi Hatim
03. Jaami’ at-Tahsil li Ahkam al-Maraasil, karangan al-‘Allaa’ie

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

carta mursal

Diskusi Tafsir – Surah AlBaqarah

0

Diskusi Tafsir – Surah AlBaqarah

Diskusi no 8

الم

Alif laam miim.
Surah Al-Baqarah (2:1)

Alif laam miim huruf muraqaththi’ah.

Ada 29 surah yang di awali dengan huruf ini.

Pertama: surah Al Baqarah

Terakhir: surah Nuun

Tidak ada riwayat yang kuat dari Nabi saw dalam mentafsir huruf-huruf tersebut.

Yang lebih hampir kepada kebenaran adalah huruf-huruf tersebut termasuk ayat-ayat mutasyabihat.

Yang Allah khusus ilmunya pada DiriNya.

Tafsir:

Allahu A’lam bimuradihi
Allah Ta’ala paling tahu maksudnya.

Kata Al Jazairi, hikmah dan faedahnya ada dua:

Faedah Pertama: Orang kafir dahulu faham bahasa arab dan pintar bersyair, mereka tidak mau mendengarkan Al-Qur’an kerana khawatir mereka akan terpengaruhi oleh Al-Qur’an. Allah Subhanahu wa ta’ala menceritakan tentang mereka, firman-Nya :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka” [Surah Fushshilat ayat 26]

Ketika dibacakan surat-surat Al-Qur’an yang diawali dengan ayat mutaqaththi’ah ini, akan menarik perhatian mereka agar mahu mendengar Al-Qur’an. Maka ada di antara mereka mahu mendengarkan Al-Qur’an dan terpengaruh dengannya, lalu beriman dan taat. Dan ini adalah merupakan faedah dan hikmah terbesar dalam masalah ini.

Faedah Kedua : Ketika orang – orang kafir dahulu mengingkari kebenaran al-Qur’an sebagai kalam (perkataan) Allah Subhanahu wa ta’ala yang diturunkan kepada Rasul-Nya Muhammad Shallallahu’alaihi wa sallam, melalui malaikat Jibril Alaihissalam, maka dengan munculnya surat dengan di awal ayat-ayat seperti ini, seolah-olah Allah Subhanahu wa ta’ala menentang mereka (orang kafir) : “Sesungguhnya Al-Qur’an ini tersusun dari huruf – huruf semacam ini, maka silakan kalian menyusun kitab atau surat sepertinya. Jika kalian mampu, dan ajaklah penolong – penolong kalian.” Hal ini diperkuat dengan penyebutan Al-Qur’an atau Al-Kitab sesudah huruf – huruf mutaqaththi’ah.

Apa maksudnya huruf-huruf yang hanya Allah sahaja tahu maknanya?

Allah sahaja yang tahu – maknanya dalam surah berkenaan ada perkara yang Allah hendak beritahu dan tidak perlu kita tahu.
Contoh: Surah AlBaqarah; di dalamnya ada ayat kursi. Bagaimana kursi Allah? Hanya Allah yang tahu.
Yang perlu kita tahu adalah perintah dan larangan Allah dalam surah itu.
Allahualam.

Apa maknanya ayat mutasyabihah?

“هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ”
[Al-i-‘Imran:7]

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Adakah takwil itu perlu atau tidak?

Ada perkataan/ayat yang tidak perlu takwil. Contoh ayat/perkataan tentang sifat-sifat Allah seperti Tangan, Ketawa, Duduk.

Apa makna tafsir dan takwil?

Tafsir berasal dari perkataan fassara yang bermaksud ‘untuk menerangkan, menjelaskan, mentafsirkan.’

Dari segi ulum quran, tafsir bermaksud ilmu di mana AlQuran difahami dari segi maksudnya, dan hukum hakamnya di perolehi. 

Takwil pulak berasal dari awwala- maksudnya dikembalikan, dirujuk ke makna asal perkataan, untuk mendapat maksud-maksud dan konotasi perkataan tersebut. Takwil mempunyai 3 makna:

1)   memahami perkataan melalui salah satu dari konotasinya, walaupun konotasi tersebut bukan maksud utama perkataan itu digunakan.

2)   untuk menerangkan perkataan ataupun frasa

3)   takwil juga bermaksud kejadian asal

5 pendapat mengenai perbezaan di antara tafsir dan takwil:

1)   tafsir digunakan utk menjelaskan perkataan yang mempunyai hanya satu makna.  Sedangkan takwil digunakan dalam memilih salah satu konotasi perkataan yang mempunyai banyak maksud/konotasi.

2) At Tabari berpendapat kedua-dua tafsir dan takwil adalah sama dari segi maksudnya.

3) Al Maturudi – tafsir digunakan apabila makna berdasarkan ilmu tertentu, sedangkan apabila berdasarkan ijtihad ia adalah takwil.

4) Abu Talib at Tha’labi berpendapat tafsir merupakan maksud literal ayat dan takwil merupakan maksud sebenar di sebalik ayat tersebut. 

Contoh: ayat ‘Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Melihat
Tafsir- Allah tahu apa yang kita lakukan
Takwil- ayat ini memberi amaran supaya kita tidak melakukan dosa atau mengambil ringan perintah Allah

5) tafsir dimaksudkan utk memberi makna individu perkataan, sedangkan takwil memberi makna keseluruhan ayat.

Pemahaman mengenai huruf-huruf muqatta’ah (huruf-huruf yang Allah gunakan di permulaan surah-surah tertentu);

Maksudnya hanya Allah yang tahu maksudnya tanpa takwil-maksudnya hanya Allah yang tahu samada alim laam miim itu ada maksud atau tidak, dan kita tidak perlu mencari-cari apa maknanya dan lebih-lebih lagi tidak perlu sampai mendalam, sebab sekiranya Allah hendak kita tahu sudah tentu Allah sertakan maksudnya samada dalam surah tersebut atau di lain-lain ayat/surah, ataupun Nabi salla Allahu alaihi wa sallam akan beritahu kita. 

Begitu juga dengan zat Allah, kita tidak boleh mentakwilkan bagaimana, kita cuma tahu Allah Maha Besar contohnya dengan cara melihat kebesaran Allah dalam diri kita dan di sekeliling kita, pendek kata dalam penciptaanNya. Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan