Utama Blog Halaman 287

Jauhi Jihad : Campakkan Diri Ke Lembah Kebinasaan (Hadith 13)

0

#SilsilahShahihah:

Hadits 13: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

Kami keluar untuk berperang dari Madinah ke Konstantinopel, kami dipimpin oleh `Abdu Ar-Rahman bin Khalid bin Al-Walid, sedangkan orang Rom bertahan pada dinding kota. Ketika ada orang yang maju ke arah musuh, orang ramai berkata: “Tahan! Tahan! Tiada ilah melainkan Allah. Dia telah mencampakkan diri dalam kebinasaan.” Kata Abu Ayyub: “Sesungguhnya ayat ini diturunkan mengenai kami, kaum Ansar. Ketika Allah membela NabiNya dan memenangkan Islam, kami berkata: Mari kita urus harta kita dan memperelokkannya. Lalu Allah Ta`ala menurunkan ayat: (Hendaklah kalian menginfaqkan harta kalian di jalan Allah, dan jangan pula kalian mencampakkan diri kalian dalam kebinasaan). Mencampakkan diri kepada kebinasaan bermaksud menguruskan harta kami dan memperelokannya dan meninggalkan jihad.” Kata Abu `Imran: “Abu Ayyub terus berjihad di jalan Allah sehingga dimakamkan di Konstantinopel.”

غزَونا من المدينةِ نريدُ القسطنطينيةَ وعلى الجماعةِ عبدُ الرحمنِ بنُ خالدِ بنِ الوليد والرومُ مُلصِقو ظهورَهم بحائطِ المدينةِ فحمل رجلٌ على العدوِّ فقال الناسُ مَهْ مَهْ لا إله إلا اللهُ يلقِي بيدَيه إلى التَّهلُكةِ فقال أبو أيوبٍ إنما نزلت هذه الآيةُ فينا معشر الأنصارِ لما نصر اللهُ نبيَّه وأظهر الإسلامَ قلنا هَلُمَّ نقيمُ في أموالِنا ونصلُحها فأنزل اللهُ تعالى ( وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ) فالإلقاءُ بالأيدي إلى التَّهلكةِ أن نقيمَ في أموالِنا ونصلحَها وندعَ الجهادَ قال أبو عمرانَ فلم يزلْ أبو أيوبَ يجاهدُ في سبيلِ اللهِ حتى دُفِنَ بالقسطنطينيةِ

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (2512), Ibn Hibban (1667).

Ulasan:

1. Kepentingan berguru supaya tidak tersalah dalam memahami nas agama.

2. Menyibukkan diri dengan pengurusan harta sehingga meninggalkan jihad dianggap sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan.

Sabar Yang Sangat Terpuji

0

Hadith Ke 31 Bab Sabar

31- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ مر النبي صلى الله عليه وسلم بامرأة تبكي عند قبر فقال ‏:‏ ‏”‏اتقي الله واصبري‏”‏ فقالت ‏:‏ إليك عني ، فإنك لم تصب بمصيبتي ‍‍‍‏(‏ ولم تعرفه، فقيل لها ‏:‏ إنه النبي صلى الله عليه وسلم ، فأتت باب النبي صلى الله عليه وسلم، فلم تجدعنده بوابين، فقالت‏:‏ لم أعرفك، فقال‏:‏ ‏”‏إنما الصبر عند الصدمةالأولى‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏(‏‏(‏وفى رواية لمسلم‏)‏‏)‏‏:‏ ‏ ‏تبكي على صبي لها‏ ‏‏. ‏

31. Dari Anas r.a., katanya: “Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!” Wanita itu berkata: “Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah  sebagaimana  yang  mengenai  diriku  dan  Tuan  tidak mengetahui mushibah apa itu.” Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. – bahawa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: “Saya memang tidak mengenai Tuan – maka itu maafkan pembicaraanku tadi.” Kemudian beliau s.a.w. bersabda: “Hanyasanya bersabar – yang sangat terpuji – itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Wanita itu menangisi anak kecilnya – yang mati.”

Keterangan:

Maksud “Mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama,” bukan bererti ketika mendapatkan mushibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena mushibah itu ia bersabar, baik mushibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya.

Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: “Aku sekarang sudah berhati sabar tertimpa mushibah yang kelmarin itu,” maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah terlambat.

Ada ungkapan menarik…
Sabarlah sehingga ‘sabar’ ketahui anda sdg bersabar..

Teruskan kesabaran sehingga ‘sabar’ tidak sabar dengan kesabaran anda.

Hadits 12: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

0

#SilsilahShahihah:

Janganlah kalian menyibukkan diri dengan harta yang banyak, pasti kalian akan mencintai dunia.

لا تتخذوا الضيعة فترغبوا في الدنيا

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitabnya At-Tarikh (2/2/54), At-Tirmidzi (2328), Ibn Hibban (2471).

Kisah Teladan Sabarnya Umat Dahulu Kala

0

Hadith ke-30 bab sabar

 30- وعن صهيب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ كان ملك فيمن كان قبلكم، وكان له ساحرٌ، فلما كبر قال للملك ‏:‏ إني قد كبرت فابعث إلى غلاماً أعلمه السحر؛ فبعثإليه غلاماً يعلمه، وكان في طريقه إذا سلك راهبٌ، فقعد إليه وسمع كلامه فأعجبه، وكان إذا أتى الساحر مر بالراهب وقعد إليه، فإذا أتى الساحر ضربه، فشكا ذلك إلى الراهب فقال‏:‏ إذا خشيت الساحر فقال‏:‏ حبسني أهلي، وإذا خشيت أهلك فقل‏:‏ حبسني الساحر‏.‏

فبينما هو على ذلك إذ أتى على دابةٍ عظيمةٍ قد حبست الناس فقال‏:‏ اليوم أعلم آلساحر أفضل أم الراهب أفضل‏؟‏ فآخذ حجراً فقال‏:‏ اللهم إن كان أمر الراهب أحب إليك من أمر الساحر فاقتل هذه الدابة حتى يمضي الناس، فرماها فقتلها ومضى الناس، فأتى الراهب فأخبره‏.‏ فقال له الراهب‏:‏ أي بني أنت اليوم أفضل مني، قد بلغ أمرك ما أرى، وإنك ستبتلى، فإن ابتليت فلا تدل علي؛ وكان الغلام يبرئ الأكمه والأبرص، ويداوي الناس من سائر الأدواء‏.‏ فسمع جليس للملك كان قد عمي، فأتاه بهدايا كثيرةٍ فقال‏:‏ ما هاهُنا لك أجمع إن أنت شفيتنى، فقال‏:‏ إني لا أشفي أحداً إنما يشفى الله تعالى، فإن آمنت بالله دعوت الله فشفاك، فآمن بالله تعالى فشفاهالله تعالى، فأتى الملك فجلس إليه كما كان يجلس فقال له الملك‏:‏ من ردّ عليك بصرك‏؟‏ فقال‏:‏ ربي قال‏:‏ ولك رب غيري ‏؟‏‏(‏ قال‏:‏ ربي وربك الله، فأخذه فلم يزل يعذبه حتى دل على الغلام، فجئ بالغلام فقال له الملك‏:‏ أى بني قد بلغ من سحرك ما تبرئ الأكمه والأبرص وتفعل وتفعل فقال‏:‏ إني لا أشفي أحداً، إنما يشفي اللهتعالى، فأخذه فلم يزل يعذبه حتى دل على الراهب؛ فجيء بالراهب فقيل له‏:‏ ارجع عن دينك، فأبى ، فدعا بالمنشار فوضع المنشار في مفرق رأسه، فشقه حتى وقع شقاه، ثم جيء بجليس الملك فقيل له‏:‏ ارجع عن دينك فأبى، فوضع المنشار في مفرق رأسه، فشقه به حتى وقع شقاه، ثم جيء بالغلام فقيل له ارجع عن دينك فأبى، فدفعه إلى نفر من أصحابه فقال‏:‏ اذهبوا به إلى جبل كذا وكذا فاصعدوا به الجبل فقال‏:‏ اللهم اكفنيهم بما شئت، فرجف بهم الجبل فسقطوا، وجاء يمشي إلى الملك، فقال له الملك‏:‏ ما فعلأصحابك‏؟‏ فقال‏:‏ كفانيهم الله تعالى، فدفعه إلى نفر من أصحابه فقال ‏:‏ اذهبوا به فاحملوه في قرقور وتوسطوا به البحر، فإن رجع عن دينه وإلا فاقذفوه، فذهبوا به فقال‏:‏ اللهم اكفنيهم بما شئت، فانكفأت بهم السفينة فغرقوا، وجاء يمشي إلى الملك‏.‏ فقال له الملك ‏:‏ ما فعل أصحابك‏؟‏ فقال‏:‏ كفانيهم الله تعالى‏.‏ فقال الملك إنك لست بقاتلي حتى تفعل ما آمرك به‏.‏ قال ‏:‏ ما هو‏؟‏ قال ‏:‏ تجمع الناس في صعيد واحد، وتصلبني على جذع ، ثم خذ سهماً من كنانتي، ثم ضع السهم في كبد القوس ثم قل‏:‏ بسم الله رب الغلام ثم ارمني، فإنك إن فعلت ذلك قتلتني ‏.‏ فجمع الناس في صعيد واحد، وصلبه على جذع، ثم أخذ سهما من كنانته، ثم وضع السهم في كبد القوس، ثم قال‏:‏ بسم الله رب الغلام، ثم رماه فوقع السهم في صدغه، فوضع يده في صدغه فمات‏.‏ فقال الناس آمنا برب الغلام، فأتى الملك فقيل له‏:‏ أرأيت ما كنت تحذر قد والله نزل بك حذرك‏.‏ قد آمن الناس‏.‏ فأمر بالأخدود بأفواه السكك فخدت وأضرم فيها النيران وقال‏:‏ من لم يرجع عن دينه فأقحموه فيها أو قيل له ‏:‏ اقتحم ، ففعلوا حتى جاءت امرأة ومعها صبى لها، فتقاعست ان تقع فيها، فقال لها الغلام‏:‏ يا أماه اصبري فإنك على الحق‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.

‏‏ ‏ذروة الجبل‏ ‏ ‏:‏ أعلاه، وهى بكسر الذال المعجمة وضمها و‏ ‏القرقور‏ ‏ بضم القافين ‏:‏ نوع من السفن و‏ ‏ الصعيد‏ ‏ هنا ‏:‏ الأرض البارزة و‏ ‏الأخدود‏ ‏ ‏:‏ الشقوق في الأرض كالنهر الصغير و‏ ‏ أضرم‏ ‏ أوقد ‏ ‏وانكفأت‏ ‏ أي ‏:‏ انقلبت، ‏ ‏وتقاعست‏ ‏ ‏:‏ توقفت وجبنت ‏‏

30. Dari Shuhaib r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu ada seorang raja dari golongan ummat yang sebelum engkau semua, ia mempunyai seorang ahli sihir. Setelah penyihir itu tua, ia berkata kepada raja: “Sesungguhnya saya ini telah tua, maka itu kirimkanlah padaku seorang anak yang akan saya beri pelajaran ilmu sihir.”

Kemudian raja itu mengirimkan padanya seorang anak untuk diajarinya. Anak ini di tengah perjalanannya apabila seseorang rahib -pendeta Nasrani – berjalan di situ, ia pun duduklah padanya dan mendengarkan   ucapan-ucapannya.   Apabila   ia   telah   datang  di tempat penyihir – yakni dari pelajarannya, ia pun melalui tempat rahib tadi dan terus duduk di situ – untuk mendengarkan ajaran-ajaran Tuhan yang disampaikan olehnya. Selanjutnya apabila datang di tempat penyihir, ia pun dipukul olehnya – kerana kelambatan datangnya. Hal yang sedemikian itu diadukan oleh anak itu kepada rahib,

lalu rahib berkata: “Jikalau engkau takut pada penyihir itu, katakanlah bahawa engkau ditahan oleh keluargamu dan jikalau engkau takut pada  keluargamu,  maka katakanlah bahawa engkau ditahan oleh penyihir.”
Pada suatu ketika di waktu ia dalam keadaan yang sedemikian itu, lalu tibalah ia di suatu tempat dan di situ ada seekor binatang yang besar dan menghalang-halangi orang banyak – untuk berlalu di jalanan itu. Anak itu lalu berkata: “Pada hari ini saya akan mengetahui, apakah penyihir itu yang lebih baik ataukah pendeta itu yang lebih baik?” Iapun lalu mengambil sebuah batu kemudian berkata: “Ya Allah, apabila perkara pendeta itu lebih dicintai di sisiMu daripada perkara penyihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang-orang banyak dapat berlalu.” Selanjutnya binatang itu dilemparnya dengan batu tadi, kemudian dibunuhnya dan orang-orang pun berlalulah. Ia lalu mendatangi rahib dan memberitahukan hal tersebut. Rahib itu pun berkata: “Hai anakku, engkau sekarang adalah lebih mulia daripadaku sendiri. Keadaanmu sudah sampai di suatu tingkat yang saya sendiri dapat memakluminya.Sesungguhnya engkau akan terkena cubaan, maka jikalau engkau terkena cubaan itu, janganlah menunjuk kepadaku.”
Anak itu lalu dapat menyembuhkan orang buta dan berpenyakit lepra serta dapat mengubati orang banyak dari segala macam penyakit. Hal itu didengar oleh kawan seduduk – yakni sahabat karib – raja yang telah menjadi buta. Ia datang pada anak itu dengan membawa beberapa hadiah yang banyak jumlahnya, kemudian berkata: “Apa saja yang ada di sisimu ini adalah menjadi milikmu, apabila engkau  dapat  menyembuhkan aku.” Anak itu  berkata: “Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan siapapun, hanyasanya Allah Ta’ala yang dapat menyembuhkannya. Maka jikalau tuan suka beriman kepada Allah Ta’ala, saya akan berdoa kepada Allah, semoga Dia suka menyembuhkan tuan. Kawan raja itu lalu beriman kepada Allah Ta’ala, kemudian Allah menyembuhkannya. Ia lalu mendatangi raja terus duduk di dekatnya sebagaimana duduknya yang sudah-sudah. Raja kemudian bertanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu itu?” Maksudnya: Siapakah yang menyembuhkan butamu itu? Kawannya itu menjawab: “Tuhanku.” Raja bertanya: “Adakah engkau mempunyai Tuhan lain lagi selain dari diriku?”

Ia menjawab: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Kawannya itu lalu ditindak oleh raja tadi dan terus-menerus diberikan seksaan padanya, sehingga kawannya itu menunjuk kepada anak yang menyebabkan kesembuhannya. Anak itu pun didatangkan. Raja berkata padanya: “Hai anakku, kiranya sihirmu sudah sampai ke tingkat dapat menyembuhkan orang buta dan yang berpenyakit lepra dan engkau dapat melakukan ini dan dapat pula melakukan itu.” Anak itu berkata: “Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan seseorang pun, hanyasanya Allah Ta’ala jualah yang menyembuhkannya.” Anak itu pun ditindaknya, dan terus-menerus diberikan seksaan padanya, sehingga ia menunjuk kepada pendeta. Pendeta pun didatangkan, kemudian kepadanya dikatakan: “Kembalilah dari agamamu!” Maksudnya supaya meninggalkan agama Nasrani dan beralih menyembah raja dan patung-patung. Pendeta itu enggan mengikuti perintahnya.

Raja meminta supaya diberi gergaji, kemudian diletakkanlah gergaji itu di tengah kepalanya. Kepala itu dibelahnya sehingga jatuhlah kedua belahan kepala tersebut. Selanjutnya didatangkan pula kawan seduduk raja dahulu itu, lalu kepadanya dikatakan: “Kembalilah dari agamamu itu!” Ia pun enggan menuruti perintahnya. Kemudian diletakkan pula lah gergaji itu di tengah kepalanya lalu dibelahnya, sehingga jatuhlah kedua belahannya itu. Seterusnya didatangkan pulalah anak itu. Kepadanya dikatakan: “Kembalilah dari agamamu.” la pun menolak ajakannya. Kemudian anak itu diberikan kepada sekeIompok sahabatnya lalu berkata: “Pergilah membawa anak ini ke gunung ini atau itu, naiklah dengannya ke gunung itu. Jikalau engkau semua telah sampai di puncaknya, maka apabila anak ini kembali dari agamanya, bolehlah engkau lepaskan, tetapi jika tidak, maka lemparkanlah ia dari atas gunung itu.” Sahabat-sahabatnya itu pergi membawanya, kemudian menaiki gunung, lalu anak itu berkata: “Ya Allah, lepaskanlah hamba dari orang-orang ini dengan kehendakMu.” Kemudian gunung itu pun bergerak keras dan orang-orang itu jatuhlah semuanya. Anak itu lalu berjalan menuju ke tempat raja. Raja berkata: “Apa yang dilakukan oleh kawan-kawanmu?” Ia menjawab: “Allah Ta’ala telah melepaskan aku dari tindakan mereka. Anak tersebut terus diberikan kepada sekelompok sahabat-sahabatnya yang lain lagi dan berkata: “Pergilah dengan membawa anak ini dalam sebuah tongkang dan belayarlah sampai di tengah lautan. Jikalau ia kembali dari agamanya – maka lepaskanlah ia, tetapi jika tidak, maka lemparkanlah ke lautan itu.” Orang-orang bersama-sama pergi membawanya, lalu anak itu berkata: “Ya Allah, lepaskanlah hamba dari orang-orang ini dengan kehendakMu.” Tiba-tiba tongkang itu terbalik, maka tenggelamlah semuanya. Anak itu sekali lagi berjalan ke tempat raja. Rajapun berkatalah: “Apakah yang dikerjakan oleh kawan-kawanmu?” Ia menjawab: “Allah Ta’ala telah melepaskan aku dari tindakan mereka.”

Selanjutnya ia berkata pula pada raja: “Tuan tidak dapat membunuh saya, sehingga Tuan suka melakukan apa yang ku perintahkan.” Raja bertanya: “Apakah itu?” Ia menjawab: “Tuan kumpulkan semua orang di lapangan menjadi satu dan Tuan salibkan saya di batang pohon, kemudian ambillah sebatang anak panah dari tempat panahku ini, lalu letakkanlah anak panah itu pada busurnya, lalu ucapkanlah: “Dengan nama Allah, Tuhan anak ini,” terus lemparkanlah anak panah itu. Sesungguhnya apabila Tuan mengerjakan semua itu, tentu Tuan dapat membunuhku.”
Raja mengumpulkan semua orang di suatu padang luas. Anak itu disalibkan pada sebatang pohon, kemudian mengambil sebuah anak panah dari tempat panahnya, lalu meletakkan anak panah di busur, terus mengucapkan: “Dengan nama Allah, Tuhan anak ini.” Anak panah dilemparkan dan jatuhlah anak panah itu pada pelipis anak tersebut. Anak itu meletakkan tangannya di pelipisnya, kemudian meninggal dunia.
Orang-orang yang berkumpul itu sama berkata: “Kita semua beriman kepada Tuhannya anak ini.” Raja didatangi dan kepadanya dikatakan: “Adakah Tuan mengetahui apa yang selama ini Tuan takutkan? Benar-benar, demi Allah, apa yang Tuan takutkan itu telah tiba – yakni tentang keimanan seluruh rakyatnya. Orang-orang semuanya telah beriman.”
Raja memerintahkan supaya orang-orang itu digiring di celah-celah bumi – yang bertebing dua kanan-kiri – iaitu di pintu lorong jalan. Celah-celah itu dibelahkan dan dinyalakan api di situ, Ia berkata: “Barangsiapa yang tidak kembali dari agamanya, maka lemparkanlah ke dalam celah-celah itu,” atau dikatakan: “Supaya melemparkan dirinya sendiri ke dalamnya.” Orang banyak melakukan yang sedemikian itu – sebab tidak ingin kembali menjadi kafir dan musyrik lagi, sehingga ada seorang wanita yang datang dengan membawa bayinya. Wanita ini agaknya ketakutan hendak menceburkan diri ke dalamnya. Bayinya itu lalu berkata: “Hai ibunda, bersabarlah, kerana sesungguhnya ibu adalah menetapi atas kebenaran.” (Riwayat Muslim)

Dzirwatul jabal artinya puncaknya gunung. Ini boleh dibaca dengan kasrahnya dzal mu’jamah atau dhammahnya. Alqurquur dengan didhammahkannya kedua qafnya, adalah suatu macam dari golongan perahu. Ashsha’id di sini artinya bumi yang menonjol (bukit). Al-ukhduud ialah beberapa belahan di bumi seperti sungai kecil. Adhrama artinya menyalakan. Inkafa-at artinya berubah. Taqaa-‘asat, artinya terhenti atau tidak berani maju dan pula merasa ketakutan.

Hadis Allah menguatkan agama ini dengan lelaki-lelaki jahat : Hadis Sahih Bukhari?

0

Mohon pencerahan maksud hadis sahih bukhari ini…

1378. Allah menguatkan agama ini dengan lelaki-lelaki jahat.

Jawapan THTL:

إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Sesungguhnya tidak masuk surga kecuali jiwa muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan dien ini dengan laki-laki fajir.”

Tafsir:
Apa yang perlu dilihat ialah sumbangan kepada agama dan manusia/masyarakat, manakala kelemahan peribadinya adalah untuk dirinya. Maka kalau nak cari pemimpin, cari pemimpin yang kuat, wawasan, dan berani. Jika dia fasiq, maka itu utk dirinya sendiri.

Apa yang Nabi saw sabda, memang afdhal buat, walaupun Nabi tak sempat nak buat. Contoh puasa 10 muharam. Nabi suruh puasa 9 muharam, tapi beliau sendiri tak sempat nak laksanakannya.

Hilangnya Amanah Bila Dicabutnya Dari Hati Manusia: Tanda Kiamat Ke-17

0

Tanda Kiamat Ke-17/131
Hilangnya Amanah Bila Dicabutnya Dari Hati Manusia

Hadith Hudzaifah ra:

حديث حُذَيْفَةَ قَالَ: حَدَّثَنا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم حَديثَيْنِ، رَأَيْتُ أَحَدَهُمَا، وَأَنا أَنْتَظِرُ الآخَرَ حَدَّثَنا أَنَّ الأَمانَةَ نَزَلَتْ في جَذْرِ قُلوبِ الرِّجالِ، ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ الْقُرْآنِ ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ السُّنَّةِ وَحَدَّثَنا عَنْ رَفْعِها قَالَ: يَنامُ الرَّجُلُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الأَمانَةُ مِنْ قَلْبِهِ، فَيَظَلُّ أَثَرُها مثل أَثَر الْوَكْتِ، ثُمَّ يَنامُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ، فَيَبْقى أَثَرُها مِثْلَ الْمَجْلِ كَجَمْرِ دَحْرَجْتَهُ عَلى رِجْلِكَ، فَنَفِطَ فَتَرَاهُ مُنْتَبِرًا وَلَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ، فَيُصْبِحُ النَّاسُ يَتَبايَعُونَ فَلاَ يَكَادُ أَحَدٌ يُؤَدِّي الأَمَانَةَ، فَيُقَالُ إِنَّ فِي بَنِي فُلاَنٍ رَجُلاً أَمِينًا؛ وَيُقَالُ لِلرَّجُلِ مَا أَعْقَلَهُ وَمَا أَظْرَفَهُ وَمَا أَجْلَدَهُ وَمَا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ وَلَقَدْ أَتَى عَلَيَّ زَمَانٌ وَمَا أُبَالِي أَيَّكُمْ بَايَعْتُ؛ لَئِنْ كَانَ مُسْلِمًا رَدَّهُ عَلَيَّ الإِسْلاَمُ، وَإِنْ كَانَ نَصْرَانِيًّا رَدَّهُ عَلَيَّ سَاعِيهِ، فَأَمَّا الْيَوْمَ، فَمَا كُنْتُ أُبَايِعُ إِلاَّ فُلاَنًا وَفُلاَنًا
أخرجه البخاري في: 81 كتاب الرقاق: 35 باب رفع الأمانة

Terjemahan:
Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menceriterakan kepada kami dua hadits, dan aku telah melihat yang satu dan sedang menanti yang kedua. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menceriterakan bahwa amanah (iman) pada mulanya turun dalam lubuk hati manusia, lalu mereka mengerti Al qur’an dan mengetahui Sunnah Rosul. Kemudian menceritakan tercabutnya amanah (iman), ketika orang sedang tidur, tercabutlah amanah dari hatinya, sehingga tinggal bekasnya seperti bintik yang hampir hilang, kemudian tidur pula maka tercabut pula sehingga tinggal bekasnya bagaikan kapal (belulang/kulit yang keras bekas kerja), bagaikan bara api yang anda injak di bawah tapak kaki, sehingga melambung (membengkak) maka tampaknya membesar tetapi tidak ada apa-apanya, maka pada esok harinya orang-orang berjual beli, dan sudah tidak terdapat orang yang amanah, dapat dipercaya, sehingga mungkin disebut-sebut ada dari suku Bani Fulan seorang yang amanat (dapat dipercaya), sehingga dipuji-puji: Alang-kah pandainya, alangkah ramahnya, alangkah baiknya, padahal di dalam hatinya tidak ada seberat biji sawi (zarrah) dari iman. (Bukhari, Muslim). Hudzaifah berkata: Dan aku telah pernah berada dalam suatu masa, tidak usah memilih orang dalam jual beli, jika bertepatan seorang muslim, maka ia baik karena takut hukum agamanya, dan jika seorang Kristen (atau kafir) maka ia takut dari hukuman pemerintah-nya, adapun masa kini maka aku tidak dapat mempercayai kecuali satu, dua orang yaitu fulan dan fulan.
Hadith Abu Hurayrah:
HR Bukhari no 6496, Kitab Riqaq (,melembutkan hati) bab terangkatnya Amanah Dari Hudzaifah..

Hadith Abu Hurairah ra:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَة

َ
“Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah terjadinya kiamat.’ Abu Hurairahberkata, ‘Bagaimana disia-siakannya, wahai Rasulullah ?’ Baginda s.a.w. Menjawab, ‘Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka Tunggulah terjadinya kiamat’ .” HR Bukhari no 6015

Syarah Hadith:

1. Maksud amanah:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” [Al-Ahzaab: 72]

Amanah maksudnya jujur, lawan kepada khianat, ada dua jenis:

a. amanah tawhid dan sunnah
b. amanah kerja yg diberikan kepadanya dalam seluruh cabang agama dan kehidupan (ibn al-arabi ahkamul Qur’an, jld 3)

2. Yang dimaksudkan hilangnya amanah sebagai tanda Kiamat yang kecil ialah fenomena manusia akhir zaman, nampak alim dan warak tapi mereka mengkhianati manusia. Ia meliputi semua jenis manusia, baik penguasa, menterinya, penjawat awamnya, orang agamawan, syaikh, kiyai, semuanya tidak dapat diharap melainkan mereka pecah amanah dan khianat kpd umat manusia.

Rumusan: Akhir zaman, amanah akan diangkat dari hati manusia dan jatuhlah amanah tersebut kepada yang bukan ahlinya, maka berlakulah kerusakan di atas muka bumi, orang yang baik dituduh teroris dan militan, orang yang jahat dan teror diangkat menjadi penjawat amanah. Begitulah rosaknya dunia. Tamat

Soalan:
Dalam surah al ahzab ini ada tak huraian tafsir lengkap mengenai kisah-kisah permulaan Allah nak beri amanah kepada makhluk bernama manusia? Maksud saya kemampuan dan kesanggupan nabi Adam seorang atau kita secara keseluruhannya?

Jawapan:
Tafsir Ibn Katsir, ia merujuk kpd bapa manusia , Adam

Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

0

Sirah Gambaran Kehidupan Dalam Garis Masa

Arab sebelum Nabi SAW

a. Bangsa Arab
b. Struktur Masyarakat
c. Agama
d. Sosial
e. Ekonomi
f. Sifat baik.

Dari garis waktu kehidupan Baginda SAW melalui gambaran sirah kita akan diberi gambaran semua masalah di zaman jahiliyyah di beri petunjuk dan solusi oleh Allah swt.

Antara masalah yang dihadapi adalah:-

  1. Penyakit syirik
  2. Penyakit mengubah teks agama Yahudi dan Nasrani
  3. Penyakit bergantung pada nasib
  4. Penyakit mencipta ibadat
  5. Penyakit percaya ramalan
  6. Penyakit taksub pada pemimpin
  7. Penyakit bangga dengan kabilah
  8. berpuak puak
  9. berperang/bersengketa
  10. penindasan
  11. zalim
  12. perhambaan
  13. mengikut hawa nafsu

Gambaran agama, penulis cuba menggambarkan bahawa sudah tiada lagi agama yang betul untuk berpaut, yang tinggal kebiasaan yang baik merupakan sifat yang diberikan secara fitrah kepada manusia.

Saki baki agama hanif

Islam adalah lanjutan agama hanif yang di bawa oleh Nabi Ibrahim as.

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.(Al-Hajj: 78)

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ ۗ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Benarlah (apa yang difirmankan) Allah”. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.(Ali Imran: 95)

Orang-orang  Arab tahu mereka adalah anak cucu Nabi Ismail as. Asalnya mereka memeluk agama hanif. Mereka mengamal syari’at agama hanif seperti amalan haji; tawaf 7 kali sekeliling ka’abah, mentaqdis baitul-haram, wuquf di arafah, talbiah…orang-orang arab pernah menikmati cahaya iman dan hidup taat kepada Allah SWT..

Setelah masa berlalu, amalan mereka sudah bercampur aduk dengan bidaah-bidaah yang dicipta oleh orang-orang kemudian. Amru b Luhai membawa balik patung yang bernama Hubal untuk menjadi sembahan orang-orang Arab.

Talbiah orang Arab zaman jahiliah, mereka tambah:

إلا شريك هو لك تملكه وما ملك
“Melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang mereka miliki”

Mereka tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala itu milik Allah, (riwayat Ibn Hisham)

Gambaran Arab Mekah jurhum -> khuzaah -> quraish.. suku arab yang masih kekal dari zaman Nabi Ismail as. Quraish dari sebelah bapa baginda saw… suku yang robust dan konsisten dalam memberi khidmat kepada baitullah.. mereka boleh membawa barang dagangan yang banyak sejauh beratus kilometer.. bayangkan dari Mekah Port Mukala, Yemen atau dari Mekah ke Port Haifa, Palestin… jika naik 4 wheel drive pun sakit seluruh badan..

Al Siqayah dan Al Rifadah gambaran kebajikan dan khidmat Quraish di garis waktu itu.. mampukah kita memberi minuman di kala air yang terhad.. sanggupkah kita mengutip wang untuk memberi jamuan makan kepada tetamu yang datang ke tempat kita.. kutip wang -> masak makanan -> jamu makanan.. beribu-ribu tetamu..

Kualiti Quraish mengalir dalam darah Rasulallah saw dari sebelah bapa baginda. Allahu a’lam

Gambaran pembuatan di Arab hanya barangan kulit, kain dan barang harian, jadi apakah yang di bawa oleh caravan dalam misi dagang Quraish ke Yaman atau ke Sham (Palestin)? Jika anda ada gambaran yang jelas, cuba visualizekan.

Soalan ini kita akan jawab nanti.. jubah Yaman Rasulallah saw, Syrian cloak, seluar Parsi.. semua pakaian Rasulallah saw. Buah tembikai, anggur, oat untuk talbinah.. semua ini dari mana? cuba gambarkan..

Kita adalah insan yang telah ditetapkan dalam garis waktu tertentu.. kenali mereka di garis waktu yang lampau.. kerana sifat manusia sama yang berbeza skrip dan watak yang dimainkannya. Allahu ‘lam.

Sejarah kaum yang berada di sekeliling Mekah dan Yathrib serta hubung kait kabilah yang ada. Seperti dimaklumkan sebelum ini dari bangsa yang mentauhidkan Allah hingga berhala yang di bawa masuk melalui Amru bin Luhay serta berhala-berhala zaman Nabi Nuh a.s yang di gali di Jeddah yang dibawa dari sana, diagih pula kepada kabilah lain, disebar ke kabilah lain.

Dikisahkan bagaimana masyarakat Arab melaksanakan amalan khurafat mereka melalui dukun, anak panah bertuhan undian.

Masyarakat Arab juga banyak di pengaruhi oleh Agama Samawi lain seperti Nasrani, Yahudi serta Majusi. Ia pengaruh beberapa kabilah yang berada hampir dengan kerajaan yang membawa agama ini.

Diceritakan juga bagaimana wanita dipergunakan dan dinikah. Ada 4 cara dan Nabi (selawat ke atas Bagainda) melupuskan semua kecuali cara pertama yang kekal hingga ke zaman sekarang. 

Akhir aspek ekonomi menceritakan utama sumber ekonomi mereka adalah berdagang. 

Banyak perkara yang dilihat tidak kesampaian akal seperti membunuh bayi wanita di zaman jahiliyah namun mereka berpegang juga aspek nilai sosial tinggi. Seperti dermawan, menepati janji, teguh tekad pada kabilah. 

Banyak rujukan dari dua kitab sirah utama seperti Ibnu Hisyam dan Ibnu Ishak, walaupun ada yang mengatakan banyak riwayat Israeliyat di dalam kitab karang Ibnu Ishak. Ini jelas menunjukkan ada percanggahan di dalam beberapa pengkisahan yang juga di maklum oleh penulis. 

Tiada riwayat Israiliyyat dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum. Riwayat Israiliyyat ialah riwayat-riwayat yang dibawa oleh bani Israil yang sebahagiannya boleh diterima dan sebahagiannya ditolak. Biasanya kisah Israiliyyat berkisar Nabi-Nabi dan orang-orang terdahulu kerana mereka mewarisi kisah-kisah itu secara turun temurun. Dan biasanya ada banyak penambahan dan penyelewengan dari kisah-kisah tersebut. Allahu A`lam.

Dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum pendekatannya bukan mengeluarkan ibrah tapi lebih kepada meriwayatkan kisah-kisah. Tapi subhanallah, cara penyusunan Sheikh Safiyyur Rahman secara kronologi itu sangat membantu kita membayangkan dan mengeluarkan ibrah secara sendiri dan otomatik. Apatah lagi diselang-selikan dengan ayat-ayat al-Quran. Sangat mendalam dan ia menyusup masuk ke dalam hati. Dan kisah-kisah dari hadith-hadith yang sohih pula membuatkan kita jadi faham kenapa itu dan ini ia berlaku.

Bacalah kitab ini. Secara bersendiri atau berkumpulan. Jangan laju membacanya. Sabar. Bayangkan keadaan Nabi dan sahabat-sahabatnya. Sungguh ia dapat mematangkan cara kita berfikir dan bertindak..kerana sejarah itu berulang.

Memang membaca sirah perlukan visualisation yang kuat. Itu dapat membantu kita menghayati sirah. 

Sebab itu terdapat beberapa buah buku telah dihasilkan oleh para pengkaji sirah yang diberi tema atlas sirah. Di dalamnya ditunjukkan peta, bentuk muka bumi, foto-foto bangunan dan sebagainya. Ini dapat membantu visualisation.

Sentuh method virtualization, teknik latihan yang mudah adalah bertanya pada gambar..ianya latihan yang menyeronokkan dan jika kita guna kaedah yang sama semasa membaca data dan fakta, bacaan kita lebih menyeronokkan dan menambahkan hype untuk menggali fakta..

Keupayaan visualization, akan menjadikan seseorang melihat sesuatu masalah dan situasi secara menyeluruh ianya sangat penting dalam mengeluarkan fiqh dari Al Quran dan As Sunnah. Allahu A`lam.

Note 71 : Aib yang dibolehkan Fasakh Perkahwinan

0

Bismillah…
Note 71 : ruj Fiqh Manhaji 3

AIB YANG DIBOLEHKAN FASAKH PERKAHWINAN

1. Fasakh Perkahwinan Kerana Aib:

  Terbahagi kepada dua :-
1.1. Aib yang menghalang persetubuhan, seperti zakar yang terputus, mati pucuk, faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging.

1.2. Aib yang tidak menghalang persetubuhan, yang merupakan penyakit menjijikan atau berbahaya, yang tidak mungkin diterima kecuali sanggup menghadapi mudharatnya, seperti kusta, sopak dan gila.

2. Jenis aib suami isteri :

2.1. Aib yang dihadapi oleh suami atau isteri  seperti kusta, sopak dan gila.

2.2. Aib khusus kepada isteri, seperti faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging.

3. Aib Selepas Akad Nikah :  Mereka tetap berhak menfasakhkan perkahwinan samada aib sebelum perkahwinan sama ada ia berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya.

4. Aib yang boleh Dirawat : Faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging boleh dirawat melalui pembedahan dengan persetujuan isteri, maka suami tidak lagi berhak memilih untuk menfasakhkan perkahwinan tersebut.

5. Hak Wali Menfasakhkan Perkahwinan :

i. Wali bagi perempuan berhak menfasakh perkahwinan jika mendapati aib pada suami wujud sebelum akad nikah sama ada perempuan itu bersetuju atau tidak.

ii. Bagitu juga, wali tidak boleh menfasakhkan perkahwinan bagi aib mati pucuk atau zakar yang terpotong semasa akad nikah.

5.1. Fasakh dilakukan dengan segera kerana fasakh disebabkan aib suamisteri hendaklah segera menyatakan ketidakredhaannya dengan membawa perkara itu ke mahkamah dengan menuntut fasakh.

5.2. Permohonan fasakh perlu dikemukan kepada hakim, pihak suami atau isteri tidak boleh menfailkan perkahwinan disebabkan aib tersebut bersendirian.

5.3. Memberi tempoh dalam masalah mati pucuk. Berdasarkan hadith daripada Umar bi  Al Khattab RA, katanya : “Dia diberikan tempoh seoama setahun kalau dia mampu mengatasinya. Jika tidak, kedua dua suamisteri itu akan dipisahkan. Isteri tersebut berhak mendapat mas kahwin dan hendaklah beriddah.”
Riwayat Al Baihaqi : 7/226

5.3.1. Cara menthabitkan mati pucuk dengan pengakuan dan laporan dari doctor.

5.4. Kesan daripada perkahwinan yang difasakh kerana aib :

5.4.1. Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, isteri tidak berhal mendapatkan mas kahwin dan mut’ah.

5 4.2. Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib yang berlaku seiring dengan aqad nikah atau yang berlaku di antara waktu akad nikah dan persetubuhan, yang tidak diketahui oleh suami, maka isteri berhak mendapat mas kahwin mithil.

5.4.3. Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib juga berlaku selepasnya, isteri wajib diberi semua nas kahwin  yang dinyatakan dalam akad.

6. Mas Kahwin Tidak Boleh Diambil Semula :

  Suami tidak boleh mengambil mas kahwin semula daripada wali atau isteri yang menipunya kerana dia telah melakukan  persetubuhan yang dinilaikan dengan akad nikah.

Bersabar dan berniat mencari keredhaan Allah

0

Hadith ke-29

 29- وعن أبي زيد أسامة بن زيد بن حارثة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم وحبه وابن حبه، رضي الله عنهما، قال‏:‏ أرسلت بنت النبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ إن ابني قد احتضر فاشهدنا، فأرسليقرئ السلام ويقول‏:‏ ‏”‏إن لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فلتصبر ولتحتسب‏”‏ فأرسلت إليه تقسم عليه ليأتينها‏.‏ فقام ومعه سعد بن عبادة، ومعاذ بن جبل، وأبي بن كعب، وزيد بن ثابت، ورجال رضي الله عنهم، فرفع إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الصبي فأقعده في حجره ونفسه تقعقع، ففاضت عيناه، فقال سعد‏:‏ يا رسول الله ماهذا‏؟‏ فقال‏:‏ ‏”‏هذه رحمة جعلها الله تعالى في قلوب عباده‏”‏ وفى رواية ‏:‏ ‏”‏في قلوب من شاء من عباده وإنما يرحم الله من عباده الرحماء‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏  ‏ومعنى ‏ ‏تقعقع‏ ‏ ‏:‏ تتحرك وتضطرب‏. ‏

29. Dari Abu Zaid, iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah, sahaya Rasulullah s.a.w. serta kekasihnya serta putera kekasihnya pula radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita kepada Nabi s.a.w. -bahawa anakku sudah hampir meninggal dunia, maka dari itu diminta supaya menyaksikan keadaan kita.” Kita: yakni yang akan meninggal serta yang sedang menungguinya. Beliau lalu mengirimkan khabar sambil menyampaikan salam, katanya:
“Sesungguhnya bagi Allah adalah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia berikan dan segala sesuatu di sampingnya itu adalah dengan ajal yang telah ditentukan, maka hendaklah bersabar dan berniat mencari keredhaan Allah.”

Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita lagi serta bersumpah nadanya supaya beliau suka mendatanginya dengan sungguh-sungguh. Beliau s.a.w. lalu berdiri dan disertai oleh Sa’ad bin Ubadah, Mu’az bin Jabal, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Tsabit dan beberapa orang lelaki lain radhiallahu ‘anhum.

Anak kecil itu lalu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w., kemudian diletakkannya di atas pangkuannya sedang nafas anak itu termengah-mengah. Kemudian melelehlah airmata dari kedua mata beliau s.a.w. itu. Sa’ad berkata: “Hai Rasulullah, apakah itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Airmata ini adalah sebagai kesan dari kerahmatan Allah Ta’ala dalam hati para hambaNya.”

Dalam riwayat lain disebutkan: “Dalam hati siapa saja yang disukai olehNya daripada hambaNya. Hanya saja Allah itu merahmati dari golongan hamba-hambaNya yakni orang-orang yang menaruh belas kasihan – pada sesamanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Makna Taqa’qa’u ialah bergerak dan bergoncang keras (berdebar-debar).

Hadits 11: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

0

#SilsilahShahihah:
Sekiranya kalian berjual beli dengan cara `inah, dan kalian memegang pada ekor lembu, dan kalian redha dengan tanaman, sehingga kalian meninggalkan jihad, pasti Allah akan memberikan kehinaan kepada kalian dan Dia tidak akan mencabutnya sehingga kalian kembali kepada agama kalian.”

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ ، وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَا يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (3462), Ibn `Addiy (2/256), Al-Baihaqi (5/316).

Ulasan:

1. Jual beli secara `inah (بيع العينة) = En. MZ (pemilik asal) menjual asetnya kepada En. AR (pembeli) dengan harga tangguh yang lebih tinggi, kemudian En. MZ (pemilik asal) membeli semula aset tersebut daripada En. AR dengan harga yang lebih rendah dan dibayar tunai. Menurut UZAR, jual beli secara `inah ini diterima oleh kebanyakan `ulama’ Malaysia, tetapi ditolak oleh `ulama’ Timur Tengah.

2. Memegang ekor lembu = terlalu sibuk dengan bercucuk tanam, kerana kebiasaan berada di belakang lembu untuk menggembur tanah.

3. Pengajaran daripada hadits ini adalah jangan terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga meninggalkan urusan jihad. Allah akan menurunkan kehinaan kepada umat Islam apabila berlakunya keadaan seperti ini, dan Allah tidak akan menghilangkan kehinaan itu sehingga umat Islam kembali kepada ajaran asal agama.

Popular

Iklan

Iklan