Utama Blog Halaman 26

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-176 hingga Ke-180

0

Tafsir Surah Ali Imran 
Tafsir Ayat Ke-176

Masih lagi tentang orang-orang Munafik. Mereka itu ada yang dalam kalangan umat Islam tetapi mereka itu kufur sebenarnya dan tidak membantu. Ayat ini mengandungi tasliah (pujukan) dan juga takhwif ukhrawi (penakutan).

وَلا يَحزُنكَ الَّذينَ يُسٰرِعونَ فِي الكُفرِ ۚ إِنَّهُم لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيئًا ۗ يُريدُ اللَّهُ أَلّا يَجعَلَ لَهُم حَظًّا فِي الآخِرَةِ ۖ وَلَهُم عَذابٌ عَظيمٌ

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.

وَلا يَحزُنكَ الَّذينَ يُسٰرِعونَ فِي الكُفرِ

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran;

Allah ‎ﷻ memberi nasihat dan pujukan kepada Nabi Muhammad ﷺ supaya jangan berdukacita terhadap mereka yang cepat jatuh kepada kekufuran. Walaupun mereka itu sudah lama diajak kepada agama, namun mereka tetap juga kufur.

Kenapa Allah ‎ﷻ menasihati sebegini? Kerana tentulah Nabi Muhammad ﷺ sedih asalnya kerana baginda amat mengharapkan umatnya semua masuk Islam. Ini kerana baginda amat sayang kepada mereka.

Namun Allah ‎ﷻ menasihati baginda dalam ayat ini dan banyak ayat-ayat lain lagi. Biarkan sahaja mereka itu. Kalau mereka hendak merosakkan agama pun, jangan sedih dan risau. Jangan baginda susahkan diri baginda dengan hal mereka.

Sebagaimana kita juga tentu mahu orang-orang yang rapat dengan kita menerima dakwah kita dan masuk Islam sepenuhnya. Akan tetapi bukan semua dapat terima. Maka jangan kita sedih sangat kerana memang itu sudah takdir daripada Allah ‎ﷻ. Kita hanya boleh sampaikan sahaja kebenaran akan tetapi kita tidak boleh paksa mereka menerimanya.

إِنَّهُم لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيئًا

kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun.

Mereka tidak akan membahayakan Allah ‎ﷻ atau agama Islam sedikit pun. Ini kerana Allah ‎ﷻ akan menjaga agama ini daripada dirosakkan. Mereka sendiri yang akan rugi dan rosak binasa.

يُريدُ اللَّهُ أَلّا يَجعَلَ لَهُم حَظًّا فِي الآخِرَةِ

Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak,

Allah‎ ﷻ tidak ingin berikan حَظًّا (bahagian) kebaikan akhirat kepada mereka. Walaupun mereka itu duduk dan tinggal dengan Nabi ﷺ, namun mereka masih tidak mendapat hidayat.

وَلَهُم عَذابٌ عَظيمٌ

dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.

Sebaliknya, mereka akan diberikan dengan azab neraka. Mereka itu menunggu untuk mati sahaja bagi menerima azab daripada Allah ‎ﷻ. Akan tetapi sudah ditetapkan yang mereka akan diazab. Maka hanya menunggu masa untuk mereka mati sahaja. Alangkah ruginya!

Tafsir Ayat Ke-177

Ini adalah ayat takhwif ukhrawi.

إِنَّ الَّذينَ اشتَرَوُا الكُفرَ بِٱلْإِيمَٰنِ لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيئًا وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

إِنَّ الَّذينَ اشتَرَوُا الكُفرَ بِٱلْإِيمَٰنِ

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman

Ini adalah tentang golongan yang sanggup memilih kufur dan jual iman mereka. Mereka ada peluang beriman kerana duduk tinggal dengan Nabi, tetapi mereka tidak mengambil peluang keemasan itu. Ada orang yang sudah datang dakwah kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu terima. Alangkah ruginya.

لَن يَضُرُّوا اللَّهَ شَيئًا

tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun,

Allah ‎ﷻ tidak terkesan dengan kekufuran mereka itu. Kalau seluruh makhluk tidak beriman kepada Allah ‎ﷻ pun, tidak berkurang kehebatan dan kemuliaan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ langsung tidak terkesan sedikit pun. Jangan sangka yang Allah ‎ﷻ memerlukan iman makhluk.

Kalau kita lihat kisah-kisah di filem, ada yang buat kisah bagaimana dewa-dewa Greek memerlukan sembahan daripada manusia barulah mereka ada kuasa. Ini adalah satu fahaman yang bahaya kalau dilihat oleh anak-anak kita kerana mungkin mereka ada sangkaan yang Allah ‎ﷻ perlukan sembahan daripada kita pula.

وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Walaupun Allah ‎ﷻ tidak terkesan, tetapi Allah ‎ﷻ akan balas kekufuran mereka itu dengan azab seksa yang pedih. Ini adalah kerana Allah‎ ﷻ itu Maha Adil. Apabila Allah ‎ﷻ memerintahkan sesuatu (antaranya adalah menyembah-Nya), maka yang taat akan dibalas baik dan yang tidak taat akan dibalas dengan balasan azab.

Tafsir Ayat Ke-178

Walaupun golongan Munafik itu tidak menolong Nabi ﷺ dalam peperangan, namun tidaklah Allah ‎ﷻ terus menghukum mereka. Ini menyebabkan mereka merasakan yang Allah ‎ﷻ tidak berbuat apa-apa terhadap mereka. Oleh kerana itu, mereka rasa sedap hati tidak akan dikenakan apa-apa daripada Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ menempelak mereka dalam ayat ini.

وَلا يَحسَبَنَّ الَّذينَ كَفَروا أَنَّما نُملي لَهُم خَيرٌ لِّأَنفُسِهِم ۚ إِنَّما نُملي لَهُم لِيَزدادوا إِثمًا ۚ وَلَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

وَلا يَحسَبَنَّ الَّذينَ كَفَروا أَنَّما نُملي لَهُم خَيرٌ لِّأَنفُسِهِم

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami memberi tangguh itu baik bagi diri mereka;

Orang kafir yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang munafik itu. Janganlah mereka sangka dengan Allah ‎ﷻ menangguhkan azab kepada mereka, maka mereka sangka itu adalah kebaikan untuk mereka. Mereka lihat tidak ada kena apa-apa kesan pun pada mereka walaupun mereka tidak menolong Rasulullah ﷺ.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ memberitahu yang Dia sebenarnya menangguhkan sahaja azab kepada mereka. Mereka tetap akan dikenakan azab juga nanti. Cuma bukanlah dikenakan terus. Ini kerana Allah ‎ﷻ memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Ini adalah salah satu sebab.

إِنَّما نُملي لَهُم لِيَزدادوا إِثمًا

tidak lain dan tidak bukan, Kami beri penangguhan itu kerana hanyalah supaya mereka bertambah dosa

Satu lagi sebab Allah ‎ﷻ menangguhkan azab kepada mereka, adalah supaya mereka membuat lebih banyak lagi dosa. Apabila Allah ‎ﷻ membiarkan mereka dengan lebih banyak dosa, maka mereka nanti akan dibalas dengan lebih banyak azab. Lagi lama mereka hidup, lagi banyak dosa yang mereka buat. Lebih banyak dosa yang mereka buat, lebih teruk azab yang mereka akan terima nanti. Allah ‎ﷻ membiarkan sahaja mereka kumpul dosa mereka dan nanti Allah ‎ﷻ akan balas dengan azab secukupnya kepada mereka.

وَلَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghinakan

Lafaz مُهينٌ adalah malu yang terjadi dalam khalayak ramai. Begitulah nanti yang mereka akan kena. Semua orang akan nampak mereka dikenakan azab dan sebab apa mereka dikenakan dengan azab itu.

Tafsir Ayat Ke-179

Orang-orang Mukmin hairan kenapa mereka diuji dengan kekalahan sebegitu rupa. Sedangkan Nabi ﷺ ada bersama mereka dan begitu ramai dalam kalangan mereka yang mukmin seperti Abu Bakr رضي الله عنه. Allah ‎ﷻ menjawab persoalan mereka dalam ayat ini.

مّا كانَ اللَّهُ لِيَذَرَ المُؤمِنينَ عَلىٰ ما أَنتُم عَلَيهِ حَتّىٰ يَميزَ الخَبيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَما كانَ اللَّهُ لِيُطلِعَكُم عَلَى الغَيبِ وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَجتَبي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشاءُ ۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤمِنوا وَتَتَّقوا فَلَكُم أَجرٌ عَظيمٌ

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih daripada Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

ما كانَ اللَّهُ لِيَذَرَ المُؤمِنينَ عَلىٰ ما أَنتُم عَلَيهِ

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang

Apakah keadaan itu? Ia adalah bercampur dengan orang-orang munafik. Allah ‎ﷻ tidak akan membiarkan mereka duduk bercampur dengan orang munafik sebegitu. Ini kerana ada dalam kalangan mereka, orang yang munafik. Orang mukmin duduk dan tinggal bergaul dengan orang munafik sebab menyangka mereka pun mukmin juga.

Apabila terdapat ujian sebegini barulah orang mukmin dapat tahu siapa yang munafik dalam kalangan mereka. Ini penting kerana orang mukmin tidak boleh bersahabat rapat dengan orang munafik. Namun kalau tidak kenal, bagaimana mereka dapat mengelakkan orang munafik? Maka Allah ‎ﷻ mengadakan ujian sebegini untuk menzahirkan siapakah yang munafik itu.

حَتّىٰ يَميزَ الخَبيثَ مِنَ الطَّيِّبِ

sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).

Sehinggalah Allah ‎ﷻ membezakan mana yang buruk berbanding yang baik. Dengan adanya ujian, barulah diketahui mana yang munafik dan mana yang beriman. Barulah sahabat yang mukmin tahu bahawa dalam kalangan mereka itu ada yang jenis munafik.

Begitu juga, kita pun kena menggunakan cara ini. Seorang Khalifah hendaklah bijak mengenalpasti siapakah yang munafik dalam rakyat mereka supaya Khalifah itu tahu yang mana yang tidak boleh dijadikan teman rapat, tidak boleh diajak berjihad dan tidak boleh diberikan tugas penting dalam kerajaan.

Itu pun sehinggalah mereka itu ditarbiyah terlebih dahulu. Mereka ini perlu dikenalpasti dan diberi petunjuk. Ini adalah amat penting kerana golongan munafik boleh mendatangkan bahaya kalau mereka ada dalam kalangan umat Islam. Mereka boleh merosakkan masyarakat Islam dari dalam.

وَما كانَ اللَّهُ لِيُطلِعَكُم عَلَى الغَيبِ

Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib

Allah ‎ﷻ tidak memberitahu perkara ghaib kepada manusia. Dalam ayat ini, ia tentang orang munafik. Kemunafikan manusia adalah perkara ghaib kerana ia adalah perkara yang terjadi dalam hati dan kita tidak boleh baca hati manusia.

Paling kuat pun adalah kalau kita kata seseorang itu ada perangai munafik, itu sahaja. Jadi, kalau ada sesiapa yang tuduh orang lain sebagai munafik, itu adalah perkara yang amat teruk sekali. Ini kerana mereka seumpama mengatakan mereka ada pengetahuan ghaib pula. Sedangkan dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ memberitahu perkara itu tidak diberikan kepada manusia biasa.

Malangnya, tuduhan munafik kepada orang amat banyak sekarang dalam kalangan masyarakat kita. Senang sangat hendak tuduh orang lain sebagai munafik. Asal tidak kena dengan kehendak kita, dengan fahaman kita, dengan acuan agama kita, maka orang lain dimunafikkan dengan selamba sahaja.

Ini bukanlah tujuan kita belajar sifat-sifat munafik dalam Al-Qur’an. Tujuan kita belajar sifat-sifat munafik adalah untuk membandingkan dengan diri kita sendiri. Inilah yang perkara yang paling utama kita kena lakukan. Bukannya untuk kita ‘tembak’ orang lain.

وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَجتَبي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشاءُ

akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya

Akan tetapi, Allah‎ ﷻ memilih dalam kalangan Rasul-Nya untuk disampaikan perkara ghaib. Allah ‎ﷻ beritahu perkara yang perlu sahaja. Bukanlah semua perkara ghaib itu diketahui oleh Nabi.

Ini pun ada masalah pemahaman juga dalam masyarakat kita. Mereka ada yang ‎mengatakan yang Nabi Muhammad ﷺ tahu perkara ghaib. Padahal, apa sahaja perkara ghaib yang Nabi ﷺ tahu, itu hanyalah diberitahu oleh Allah ‎ﷻ dan Allah ‎ﷻ beritahu perkara yang Nabi ﷺ perlu tahu sahaja, bukan semua pun.

Jangan katakan Nabi, malah ada manusia yang mengatakan manusia lain pun tahu perkara ghaib. Contohnya ada yang mengatakan imam-imam Syiah tahu hati manusia dan tahu perkara ghaib. Ada golongan Habib beriman yang ada guru-guru Habib mereka pun tahu juga perkara ghaib. Ada orang awam yang takut dengan para asatizah kerana takut asatizah itu boleh baca hati mereka. Ini semua adalah fahaman karut dalam masyarakat yang jahil tentang ilmu ghaib.

Maksud ayat ini, Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang tahu siapakah yang munafik dalam kalangan umat baginda. Ini adalah kerana pengetahuan itu disampaikan oleh Allah ‎ﷻ. Itu pun Allah ‎ﷻ hanya beritahu mereka yang sudah pasti akan mati dalam nifak. Kalau ada yang munafik tetapi akan bertaubat, nama-nama mereka Allah ‎ﷻ tidak beritahu pun kepada Nabi ﷺ. Ini kerana mereka ada peluang untuk masuk Islam nanti.

فَـَٔامِنُوا۟ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ

Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;

Beriman kepada Rasul digunakan lafaz dengan lafaz رُسُلِهِ (bentuk jamak) bermakna kita disuruh beriman dengan semua Rasul, bukan hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja. Jangan jadi seperti Yahudi yang tidak percaya kepada Nabi Isa عليه السلام dan Nabi Muhammad ﷺ; dan jangan jadi seperti puak Kristian yang tidak menerima Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasul.

Maksud ayat ini adalah, semua umat hanya dapat tahu perkara ghaib daripada Nabi mereka masing-masing. Inilah sahaja sumber pengetahuan ilmu ghaib bagi manusia. Jangan sangka ada manusia lain yang tahu ilmu ghaib. Kalau sangka ada selain Allah ‎ﷻ tahu ilmu ghaib, itu adalah fahaman syirik dan mesti dibersihkan daripada hati. Ingat, para Nabi hanya tahu ilmu ghaib setakat yang Allah ‎ﷻ beritahu sahaja.

وَإِن تُؤمِنوا وَتَتَّقوا فَلَكُم أَجرٌ عَظيمٌ

dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

Ini adalah janji Allah ‎ﷻ kepada mereka yang beriman dan bertaqwa. Allah ‎ﷻ akan balas dengan pahala dan akan diberi syurga kepada mereka. Maka, hendaklah kita beriman bersungguh-sungguh dan bertaqwa. Bertaqwa maksudnya menjaga hukum yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita.

Tafsir Ayat Ke-180

Ayat tentang golongan munafik lagi. Ini tentang mereka yang tidak mahu menginfaq harta mereka di Jalan Allah ‎ﷻ.

وَلا يَحسَبَنَّ الَّذينَ يَبخَلونَ بِما ءَاتَىٰهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ هُوَ خَيرًا لَّهُم ۖ بَل هُوَ شَرٌّ لَّهُم ۖ سَيُطَوَّقونَ ما بَخِلوا بِهِ يَومَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالأَرضِ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.

وَلا يَحسَبَنَّ الَّذينَ يَبخَلونَ بِما ءَاتَىٰهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ هُوَ خَيرًا لَّهُم

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.

Ayat ini memberitahu kita, orang yang kedekut untuk infaq di Jalan Allah ‎ﷻ pun dikira munafik juga. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda sifat munafik. Sekarang Allah ‎ﷻ menceritakan apa yang ada dalam hati mereka supaya kita dapat tahu.

Mereka sangka dengan tidak memberi infaq itu adalah baik untuk mereka. Ini kerana mereka merasakan yang mereka sedang berjimat dengan wang mereka, dan tidak perlu dikeluarkan. Maka mereka berasa tidak bersalah apabila tidak berinfaq. Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini, janganlah mereka sangka apa yang mereka simpan itu baik untuk mereka. Allah ‎ﷻ sedang memberi peringatan kepada mereka. Kalau mereka ada hati, tentu akan tersentuh dan terasa.

Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ mengingatkan bahawa harta yang mereka ada itu adalah pemberian daripada Allah ‎ﷻ. Kalau bukan Allah ‎ﷻ yang beri, dari mana lagi mereka dapat? Mereka mungkin sangka mereka dapat daripada hasil usaha mereka sendiri, daripada kepandaian mereka mencari rezeki, akan tetapi sebenarnya Allah ‎ﷻ yang berikan kepada mereka. Maka, kalau Allah‎ ﷻ yang beri, kenapa hendak kedekut pula kalau Allah ‎ﷻ yang minta?

بَل هُوَ شَرٌّ لَّهُم

Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.

Ia sebenarnya teruk untuk mereka. Mereka sahaja yang sangka ia adalah baik, tetapi sebenarnya teruk dan membahayakan untuk mereka. Ia akan membahayakan mereka di akhirat kelak. Sudahlah mereka ada masalah dengan hal agama yang lain, dengan infaq ini pun akan ada masalah nanti. Mereka akan ditanya di mana mereka menghabiskan harta mereka sampai mereka tidak berinfaq.

سَيُطَوَّقونَ ما بَخِلوا بِهِ يَومَ ٱلْقِيَٰمَةِ

Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.

Apabila harta tidak diinfaqkan, harta itu akan menjadi kalung mereka di neraka kelak. Ia akan membelenggu mereka dan menjadikan mereka kesakitan kerana menanggung beban yang berat pula. Kalung itu pula dalam bentuk ular yang membelit leher mereka. Ular itu bukanlah duduk menjadi ‘pet’ pula, tetapi dalam masa yang sama, akan mematuk mereka bertalu-talu.

Aduh, tidak dapat dibayangkan bagaimana harta yang di dunia ini akan menjadi ular, namun begitulah yang akan berlaku mengikut riwayat seperti hadith di bawah ini. Betapa seksanya kalau kita membayangkannya sekarang ini (apatah lagi di akhirat nanti ia pasti lebih teruk daripada apa yang kita mampu bayangkan).

Hadith daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ آتَاهُ اللهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ، مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ، لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ يَقُولُ: أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ

“Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari kiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”

(Riwayat al-Bukhari (1338)

وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالأَرضِ

Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi.

Allah ‎ﷻ menempelak mereka, kenapa kamu tidak mahu infaq sedangkan harta yang diinfaqkan itulah yang akan menjadi harta yang sebenar untuk kamu. Harta itulah yang akan menunggu kamu di akhirat kelak.

Kalau tidak infaq dan kamu mati, harta itu akan diwarisi oleh orang lain dan sudah bukan menjadi milik kamu lagi. Bukan boleh menjadi kekal jadi milik kamu pun sampai bila-bila. Akhirnya ia pulang kembali kepada Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ memiliki segalanya.

Segala harta yang kita ada akan diwarisi semuanya oleh Allah ‎ﷻ. Harta kita akan diwarisi oleh anak cucu kita apabila kita mati, kemudian apabila mereka mati, akan diwarisi pula oleh anak cucu mereka pula dan seterusnya. Akhirnya, apabila semua sudah mati, akan diwarisi oleh Allah ‎ﷻ juga. Sedangkan, kalau kita infaq semasa kita hidup, ia akan kekal menjadi hak kita selama-lamanya.

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.

Apa yang kamu buat walau apa pun, termasuk apa yang kamu lakukan dengan harta yang kamu tidak infaq itu, Allah ﷻ tahu apa kamu buat dengannya. Katakanlah kita tidak infak, bukan kita guna untuk kebaikan pun, tetapi kita gunakan untuk buang duit sahaja, bukan?

Nanti akan ditanya di akhirat kelak ke mana harta itu digunakan (sebab tidak infaq). Jadi letih hendak menjawabnya nanti kerana tentulah ada masalah dengan cara mereka gunakan duit itu (mungkin dengan membazir, guna untuk benda yang tidak patut dan sebagainya).

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-170 hingga Ke-175

0

Tafsir Surah Ali Imran 
Tafsir Ayat Ke-170

Allah ‎ﷻ berikan sedikit penerangan tentang apakah yang para syuhada’ itu dapat.

فَرِحينَ بِما ءَاتَىٰهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ وَيَستَبشِرونَ بِالَّذينَ لَم يَلحَقوا بِهِم مِّن خَلفِهِم أَلّا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

فَرِحينَ بِما ءَاتَىٰهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ

mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka,

Kita tidak tahu dengan pasti apakah yang diberikan kepada mereka, tetapi yang pasti, mereka gembira dengan pemberian Allah itu. Lafaz فَضلِ adalah apabila kita dapat sesuatu yang lebih daripada apa yang kita harapkan dan yang kita layak dapat. Kalau sama dengan apa yang patut kita dapat, itu dinamakan ajrun – upah – آجر.

وَيَستَبشِرونَ بِالَّذينَ لَم يَلحَقوا بِهِم مِّن خَلفِهِم

dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang yang belum menyertai mereka, yang masih tinggal di belakang,

Dan mereka tumpang gembira dengan sahabat-sahabat yang belum mati, tetapi akan menyusuli mereka. Mereka bergembira menunggu sahabat-sahabat mereka itu. Mereka tahu sahabat-sahabat mereka itu akan menyertai mereka tidak lama lagi, dan sahabat-sahabat mereka itu juga akan merasai nikmat-nikmat yang mereka sedang rasai itu.

Begitulah kalau kita dapat sesuatu yang bagus, tentu kita tidak sabar-sabar hendak lihat bagaimana perasaan sahabat kita dapat benda yang sama, bukan? Begitulah mereka nanti.

أَلّا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka tidak akan bimbang untuk menghadapi akhirat kerana apa yang menanti mereka itu amat baik.

Dan mereka tidak akan berdukacita meninggalkan dunia kerana mereka tahu yang mereka akan menuju ke tempat yang lebih baik dari dunia.

Allah ‎ﷻ hendak beritahu yang mereka tidak mati begitu sahaja seperti sangkaan orang munafik.

Tafsir Ayat Ke-171

Masih lagi tentang penjelasan tentang kegembiraan para syuhada’ itu.

۞ يَستَبشِرونَ بِنِعمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُؤمِنينَ

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

يَستَبشِرونَ بِنِعمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضلٍ

Mereka bergembira dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurnia-Nya;

Gembira dengan nikmat yang Allah ‎ﷻ telah beri kepada mereka. Mereka amat gembira kerana mereka diberi peluang mati syahid, bukannya mati dengan cara lain. Ini kerana semua makhluk akan tetap mati, namun Allah ‎ﷻ pilih mereka untuk mati syahid. Itu adalah nikmat yang amat besar.

Seperti yang kita telah sebut, lafaz فَضلِ bermaksud ia adalah sesuatu pemberian yang lebih daripada yang sepatutnya dan selayaknya kita dapat. Ada pendapat yang mengatakan, فَضلِ yang dimaksudkan adalah, Allah ‎ﷻ tambah dengan nikmat lain, iaitu keredhaan daripada-Nya.

وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُؤمِنينَ

dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Allah ‎ﷻ tidak akan sia-siakan balasan kepada orang beriman. Allah ‎ﷻ akan balas dengan lebih lagi daripada yang sepatutnya mereka terima. Bayangkan, kita hidup berapa tahun sahaja di dunia, dengan amal yang tidaklah berapa banyak. Namun Allah ‎ﷻ balas dengan nikmat yang tidak terhingga sampai bila-bila, kekal abadi.

Tafsir Ayat Ke-172

Ayat tabshir (berita gembira). Ada kisah yang perlu disebut di sini (Asbabun Nuzul) untuk memahami ayat ini.

Semasa puak musyrikin Mekah dalam perjalanan pulang dari medan pertempuran, mereka terfikir, apa kata kalau mereka musnahkan terus penduduk Islam di Madinah? Ini adalah kerana mereka rasa mereka telah menang dan tengah kuat masa itu, jadi mereka terfikir untuk ambil kesempatan itu. Sebab kalau mereka biarkan lagi, tahun depan hendak dilawan lagi.

Oleh kerana itu, mereka telah mengadakan mesyuarat sesama mereka sebelum sempat sampai ke Mekah lagi. Hasil daripada mesyuarat itu, mereka buat keputusan untuk patah balik dan serang lagi puak Muslimin sampai habis hancur mereka semua sekali.

Allah ‎ﷻ memberi wahyu kepada Nabi ﷺ tentang perkara itu. Nabi ﷺ disuruh untuk mengajak para sahabat untuk bersedia untuk melawan semula tentera Musyrikin Mekah itu, walaupun mereka waktu itu dalam keadaan lemah dan sakit. Apabila Allah ‎ﷻ suruh, itu bermakna yang Allah ‎ﷻ akan bantu mereka.

Bila Nabi ﷺ beritahu mereka, mereka semua bersetuju tanpa soal. Apabila ada kesanggupan dalam diri umat Islam walaupun dalam keadaan yang amat payah kerana baru lepas kalah, ramai yang cedera dan sebagainya, Allah ‎ﷻ terus campakkan perasaan takut ke dalam hati orang kafir. Mereka takut sungguh sampai tidak berani untuk datang ke kawasan Madinah.

Oleh kerana mereka takut, tetapi mereka tidak mahu malu, mereka telah mengupah satu rombongan daripada bani Abdul Qais untuk pergi ke Madinah dan beri diayah (hasutan) kepada puak Islam supaya jangan berlawan lagi puak Musyrikin Mekah dengan alasan kerana puak Mekah itu kuat.

Puak Musyrikin Mekah itu menawarkan upah unta yang banyak. Tujuan dilakukan itu adalah supaya umat Islam takut dan tidak keluar mempertahankan diri mereka. Sedangkan yang sebenarnya, mereka yang takut.

Sedangkan para sahabat sudah siap menunggu di satu kawasan, menunggu tentera kafir yang dikatakan akan datang dan datanglah rombongan Abdul Qais itu. Mereka pun mereka-reka cerita untuk menakutkan umat Islam. Namun tentera Islam berkata, mereka tidak takut dan gentar. Datanglah banyak mana sekalipun, mereka akan lawan kerana mereka hanya takut kepada Allah‎ ﷻ sahaja. Maka sia-sia sahaja apa nasihat yang diberikan oleh rombongan Abdul Qais itu.

الَّذينَ استَجابوا لِلَّهِ وَالرَّسولِ مِن بَعدِ ما أَصابَهُمُ القَرحُ ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا مِنهُم وَاتَّقَوا أَجرٌ عَظيمٌ

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

الَّذينَ استَجابوا لِلَّهِ وَالرَّسولِ

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya

Allah ‎ﷻ memberikan berita gembira kepada para sahabat yang sanggup menyahut semula panggilan Allah ‎ﷻ dan Rasul. Apabila mereka taat kepada ajakan Nabi ﷺ, itu bermaksud mereka sahut kepada Allah‎ ﷻ juga. Apabila baginda memberikan arahan untuk untuk pergi semula berperang, mereka terus pergi.

مِن بَعدِ ما أَصابَهُمُ القَرحُ

sesudah mereka mendapat luka

Kesanggupan mereka itu bukan kesanggupan biasa. Ini kerana mereka sanggup berjuang itu, walaupun setelah mereka ditimpa kecederaan luka di Perang Uhud. Lafaz القَرحُ bermaksud luka yang sedikit. Allah ‎ﷻ hendak kata apa yang mereka kena itu tidak banyak sebenarnya.

لِلَّذينَ أَحسَنوا مِنهُم وَاتَّقَوا أَجرٌ عَظيمٌ

Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

Mereka menjaga diri mereka daripada derhaka. Yang buat ihsan – melakukan sesuatu yang lebih baik.

Dan mereka itu juga bertaqwa. Mereka sanggup sahut seruan Nabi ﷺ ‎itu kerana mereka itu bertaqwa. Mereka taat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Maknanya, mereka juga taat kepada Allah ‎ﷻ.

Lalu apa yang terjadi? Para sahabat hanya menunggu sahaja. Sebab Abu Sufyan pula takut dan telah membatalkan rancangan mereka untuk menyerang Madinah. Allah‎ ﷻ menjanjikan pahala upah yang amat besar kepada mereka. Walaupun mereka tidak jadi berperang, namun oleh kerana mereka telah menyatakan kesanggupan mereka, maka itu sudah dikirakan sebagai nilai yang amat besar dan Allah ‎ﷻ akan membalas kesanggupan mereka itu.

Tafsir Ayat Ke-173

Allah ‎ﷻ teruskan dengan menyebut tentang rombongan yang berniat jahat itu dan apakah yang dikatakan oleh para sahabat kepada mereka.

الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم فَزادَهُم إِيمَٰنًا وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم

Mereka itu adalah mereka yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka

Lafaz النّاسُ yang pertama merujuk kepada rombongan Abdul Qais yang diupah oleh Abu Sufyan untuk menakutkan puak Muslimin.

Lafaz النّاسُ yang kedua merujuk kepada Puak Musyrikin Mekah. Rombongan Abdul Qais itu diupah untuk menakutkan puak Muslimin. Mereka beritahu kepada puak Muslimin, bahawa puak Mekah itu sedang kumpul senjata dan tentera untuk menyerang Madinah semula.

Ini mengajar kita, bahawa akan sentiasa sahaja ada golongan manusia yang hendak menakutkan umat Islam. Mereka akan memberikan pelbagai maklumat supaya kita menjadi gelabah. Itu semua akan membuang masa kita sahaja. Fikirkanlah, kalau kita tahu pun, bukan boleh buat apa, malah hanya menambah rasa takut kepada kita sahaja.

Yang sepatutnya, kalau kita diberitahu tentang perkara sebegitu, kita serah kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Dalam masa yang sama, kita tingkatkan amal ibadat kita. Oleh itu, kita jangan terpedaya dengan Teori Konspirasi yang berbagai-bagai. Itu semua buang masa sahaja. Masalah ini memang banyak terjadi zaman sekarang, tambahan pula manusia sudah semakin senang hendak menyebarkan diayah.

فَزادَهُم إِيمَٰنًا

Maka berita itu makin menambahkan iman mereka

Berita yang disampaikan oleh rombongan Abdul Qais itu tidak menyebabkan ketakutan kepada golongan mukmin, tetapi sebaliknya menambah keimanan mereka.

Bagaimana ia telah meningkatkan iman mereka? Sebab apa yang Allah ‎ﷻ katakan akan terjadi, benar-benar terjadi di hadapan mata mereka. Nabi Muhammad ﷺ telah memberitahu yang tentera Musyrikin Mekah akan menyerang mereka, dan sekarang rombongan Abdul Qais pun mengatakan perkara yang sama. Maka, memang betul apa yang Nabi ﷺ kata.

Kebenaran telah terserlah dan janji Allah ‎ﷻ itu benar. Mereka semakin yakin dengan janji Allah ‎ﷻ yang akan memberi bantuan kepada mereka.

وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ

lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus

Mereka rasa cukup dengan bantuan Allah ‎ﷻ kerana mereka tahu bahawa Allah ‎ﷻ itu benar dan Allah ‎ﷻ telah berjanji akan membantu mereka. Maka, mereka tidak takut apa-apa pun. ini kerana mereka tahu bahawa Allah ‎ﷻ akan mengurus dengan sebaiknya apa yang berlaku. Mereka telah meletakkan kepercayaan mereka sepenuhnya kepada Allah ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-174

Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan kisah bagaimana tentera mukmin telah sanggup untuk kembali ke barisan perang, walaupun mereka telah mengalami kecederaan.

Mereka menunggu tentera Musyrikin Mekah yang dikatakan akan menyerang kembali Madinah tetapi tentera Musyrikin Mekah itu ketakutan dan tidak jadi untuk meneruskan niat mereka untuk menyerang umat Islam.

فَانقَلَبوا بِنِعمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضلٍ لَّم يَمسَسهُم سوءٌ وَاتَّبَعوا رِضوٰنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ ذو فَضلٍ عَظيمٍ

Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia daripada Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

فَانقَلَبوا بِنِعمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضلٍ

mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah,

Apabila tentera Musyrikin Mekah tidak jadi datang, maka tentera Muslimin kembali ke Madinah dengan mendapat نِعمَةٍ (iaitu pahala) daripada Allah ‎ﷻ. Dan bukan itu sahaja, mereka juga mendapat فَضلٍ, iaitu keuntungan perniagaan.

Lafaz فَضلٍ dalam ayat ini bermaksud ‘keuntungan perniagaan’. Ini adalah kerana, apabila penduduk sekitar mendengar berita bahawa akan ada perang semula, ramai yang datang untuk menyaksikan peperangan itu dan ada yang datang untuk berniaga.

Ini kerana kalau berlakunya peperangan, maka akan ada keperluan daripada kedua-dua belah pihak yang berperang kerana dua-dua hendak makan. Mereka selalunya akan mengambil kesempatan (macam pesta pula jadinya). Namun oleh kerana tidak ada Musyrikin Mekah yang muncul, peperangan tidak berlaku, maka mereka hanya berjual beli dengan para sahabat sahaja. Itulah yang dimaksudkan mereka mendapat untung.

لَّم يَمسَسهُم سوءٌ

mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun,

Mereka tidak ditimpa bencana kerana tidak ada peperangan. Pahala dapat badan pun tidak sakit dan penat. Malah, keuntungan pula yang dapat.

وَاتَّبَعوا رِضوٰنَ اللَّهِ

serta mereka pula menurut keredhaan Allah.

Mereka mendapat keredhaan Allah ‎ﷻ kerana mereka taat kepada perintah Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ tidak perlu menjadikan peperangan berlaku barulah diberikan pahala. Asalkan taat sahaja akan dapat pahala.

Sebagaimana kita berdakwah sahaja akan terus mendapat pahala. Tidaklah perlu orang yang kita dakwah itu terima dakwah kita itu baru kita mendapat pahala. Dalam hal para sahabat dalam ayat ini, ketaatan mereka telah dibalas dengan pahala dan redha Allah ‎ﷻ.

وَاللَّهُ ذو فَضلٍ عَظيمٍ

Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

Allah ‎ﷻ boleh berikan sebanyak mana pun kurnia yang hendak diberikan-Nya kepada makhluk-Nya yang taat. Masih banyak lagi yang Allah ‎ﷻ boleh beri tanpa hadnya.

Tafsir Ayat ke-175

Sebelum ini telah disebut rancangan Abu Sufyan yang menggunakan rombongan Abdul Qais untuk menakutkan tentera Muslimin.

إِنَّما ذٰلِكُمُ الشَّيطٰنُ يُخَوِّفُ أَولِياءَهُ فَلا تَخافوهُم وَخافونِ إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

إِنَّما ذٰلِكُمُ الشَّيطٰنُ

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan

Golongan Abdul Qais adalah puak syaitan kerana mereka hendak menakutkan puak Islam. Bukanlah mereka itu jelmaan syaitan pula tetapi mereka itu sifatnya syaitan.

Ini kerana ‘syaitan’ itu adalah sifat, bukannya sejenis makhluk selain jin dan manusia. Ramai juga yang tidak faham hal ini. Mereka sangka ada manusia, ada jin dan ada pula satu jenis makhluk yang dikenali sebagai syaitan. Sedangkan jin boleh menjadi syaitan dan manusia pun boleh menjadi syaitan.

يُخَوِّفُ أَولِياءَهُ

yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) kawan rapat mereka

Kita telah sebut bagaimana tujuan rombongan Abdul Qais itu datang adalah untuk hendak menakutkan tentera Muslimin kepada kumpulan yang sama dengan mereka (أَولِياءَهُ), iaitu Musyrikin Mekah. Maka sifat inilah yang menjadikan mereka itu syaitan.

فَلا تَخافوهُم وَخافونِ إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Allah ‎ﷻ memberikan peringatan kepada orang Mukmin, supaya jangan takut kepada mereka tetapi takut kepada Dia sahaja.

Begitulah kita, sebagai seorang Islam, jangan takut kepada musuh kita, tetapi hendaklah kita takut kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Allah ‎ﷻ akan membantu kita kalau kita taat kepada-Nya. Kalau takut kita lebih kepada Allah ‎ﷻ, maka takut kepada makhluk akan berkurangan.

Allahu a’lam.

Definasi Asnaf Fi Sabilillah dalam Bab Zakat

0

DEFINASI ASNAF FI SABILILLAH

🔴 Mohon penjelasan mengenai Asnaf Fi Sabilillah dalam bab zakat.

1⃣ Siapakah yang mentafsirkan kepada penuntut ilmu?

✅ Asnaf yang dimaksudkan ialah “fi sabilillah” pada jalan Allahﷻ.
Pada zaman salaf ia dimaksudkan apa jua pembiayaan peperangan. Contohnya seorang mujahid, pejuang berada di Madinah, dia ingin menyertai peperangan di India. Maka, segala kelengkapan perang, kuda, pedang, baju besi adalah maksud fi sabilillah.

Pada zaman salaf, fi sabilillah lebih fokus kepada perang. Sekarang peperangan semua dibiayai oleh Kementerian Pertahanan, bajet datang daripada belanjawan Persekutuan dan bukan lagi zakat, kerana sekarang sudah ada angkatan tentera yang profesional.

Maka, Mujtahid zaman moden meluaskan skop fi sabilillah iaitu apa jua usaha baik individu dan organisasi, NGO yang terlibat dalam usaha menegakkan agama, mengukuhkan Islam baik untuk kerja dakwah, pusat dakwah, maahad tahfiz, institusi pendidikan, kemahiran, percetakan dan sebagainya.

Maka sekolah agama swasta, maahad swasta yang tidak mendapat dana daripada Kementerian Pendidikan, memang layak mendapat zakat.
(Qardhawi, fiqh zakat, Cairo, Maktabah Wahbah, 2:700)

2⃣ Untuk maksud meninggikan dan memperkasakan agama,
adakah orang yang didefinasikan sebagai kaya boleh juga menerima zakat?

Sebagai contoh Zaid berkhidmat di madrasah tanpa gaji. Setiap malam dia mengajar di masjid (Setiap kali mengajar dia mendapat saguhati RM50)
Secara keseluruhan bulanan dia memperolehi RM1500 dan amaun itu cukup untuk semua keperluannya.

🔴 Adakah dia layak dan boleh menerima zakat?

✅ Asnaf yang fokus kepada orang miskin ada dua iaitu asnaf miskin dan asnaf fakir.

Pertanyaan anda sekarang ialah asnaf fi sabilillah. Ini bukan isu fakir miskin lagi. Walaupun dia kaya, dia layak menerima zakat asalkan dia memang bekerja dalam sektor fi sabilillah.

#SnJbicarasunnahC

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-166 hingga Ke-169

0

Tafsir Surah Ali Imran 
Tafsir Ayat Ke-166

وَما أَصَٰبَكُمْ يَومَ التَقَى الجَمعانِ فَبِإِذنِ اللَّهِ وَلِيَعلَمَ المُؤمِنينَ

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera – di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

وَما أَصَٰبَكُمْ يَومَ التَقَى الجَمعانِ فَبِإِذنِ اللَّهِ

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah,

Apa yang berlaku adalah dengan izin Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ yang takdirkan ia terjadi sebegitu rupa. Semuanya dalam perancangan Allah ‎ﷻ. Kalau Allah ‎ﷻ tidak takdirkan ia jadi begitu, ia tidak akan terjadi.

Ini hanya boleh diterima oleh mereka yang percaya dan redha dengan qadha dan qadar Allah ‎ﷻ. Ini memerlukan perasaan rendah diri, sedar diri ini hamba dan yakin dengan apa sahaja ketentuan daripada Allah ‎ﷻ. Kurangkan perasaan hendak menyoal apa sahaja yang terjadi. Jangan sikit-sikit, soal; sikit-sikit hendak soal kenapa jadi begini dan begitu.

وَلِيَعلَمَ المُؤمِنينَ

dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

Satu lagi tujuan Allah ‎ﷻ berbuat begitu adalah supaya Allah ‎ﷻ boleh zahirkan siapakah yang sebenarnya golongan mukmin. Ia bertujuan untuk dibandingkan dengan orang yang munafik.

Ayat ini kita kena terjemah begini; iaitu Allah ‎ﷻ hendak ‘zahirkan’ kepada semua manusia, siapakah yang benar-benar mukmin. Jangan kita salah faham pula – takut ada yang sangka Allah ‎ﷻ tidak tahu siapakah yang mukmin, sampai Allah ‎ﷻ kena uji dahulu, baru Allah ‎ﷻ tahu.

Itu adalah fahaman yang salah kerana Allah ‎ﷻ sudah tahu hati manusia. Tidak mungkin Allah‎ ﷻ tidak tahu isi dalam hati manusia yang Dia sendiri cipta. Namun, manusia yang tidak tahu hati manusia yang lain. Maka, Allah ‎ﷻ hendak tunjukkan. Dengan ujian sebegini, maka akan nampak mana yang mukmin dan mana yang tidak. Maka orang mukmin selepas itu kena berhati-hati dengan orang yang ada sifat-sifat munafik.

Tafsir Ayat Ke-167

Dalam ayat sebelum ini, Allah ‎ﷻ kata Dia hendak menzahirkan siapakah yang sebenarnya orang mukmin. Kali ini Allah ‎ﷻ sebut yang Dia jadikan kejadian pada Perang Uhud itu untuk menzahirkan siapakah yang munafik juga. Allah‎ ﷻ hendak bezakan manakah yang mukmin dan mana yang munafik.

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ نافَقوا ۚ وَقيلَ لَهُم تَعالَوا قَٰتِلُوا۟ في سَبيلِ اللَّهِ أَوِ ادفَعوا ۖ قالوا لَو نَعلَمُ قِتالًا لَّٱتَّبَعْنَٰكُمْ ۗ هُم لِلكُفرِ يَومَئِذٍ أَقرَبُ مِنهُم لِلْإِيمَٰنِ ۚ يَقولونَ بِأَفْوَٰهِهِم مّا لَيسَ في قُلوبِهِم ۗ وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما يَكتُمونَ

Dan juga dengan tujuan Dia hendak menzahirkan siapakah yang munafik, ketika dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)”. Mereka menjawab: “Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)”. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ نافَقوا

Dan dengan tujuan Dia hendak menzahirkan siapakah yang munafik,

Selain daripada hendak menzahirkan siapakah yang beriman, Allah ‎ﷻ juga hendak menzahirkan siapakah munafik yang sebenarnya. Ujian seperti yang terjadi di Perang Uhud itu boleh menzahirkan siapakah mukmin dan siapakah yang munafik.

Penzahiran siapakah mereka yang munafik itu penting kerana mereka tidak boleh dibiarkan begitu saja dalam kemunafikan mereka. Mereka perlu ditarbiyah. Ini kerana umat Islam perlu melakukan banyak perkara lagi untuk menegakkan syiar Islam. Ini baru Perang Badr dan Uhud. Banyak lagi peperangan yang akan dihadapi dan kerja dakwah yang perlu dijalankan.

Islam tidak akan berkembang jikalau ramai munafik dalam kalangan mereka. Zaman sekarang, seorang khalifah pun harus memerhatikan rakyatnya kalau-kalau ada sifat-sifat sebegini, supaya mereka tahu siapakah yang munafik dan kena mulakan proses pentarbiyahan.

Sama juga dengan ayat sebelum ini, bukanlah Allah ‎ﷻ tidak tahu siapakah yang munafik. Cuma Allah ‎ﷻ hendak menzahirkan sahaja kepada orang mukmin yang lain.

وَقيلَ لَهُم تَعالَوا قَٰتِلُوا۟ في سَبيلِ اللَّهِ

ketika dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah

Ini adalah apabila dikatakan kepada puak munafik, ketika mengajak mereka untuk berjihad di jalan Allah ‎ﷻ. Waktu itu mereka sedang meninggalkan medan perang. Seperti yang telah disebut sebelum ini, ada 300 orang tentera Islam yang meninggalkan medan Perang Uhud sebelum ia bermula. Mereka dipimpin oleh Abdullah bin Ubay.

أَوِ ادفَعوا

atau pertahankanlah

Atau kalau mereka tidak mahu berjihad di jalan Allah ‎ﷻ, sekurang-kurangnya marilah sama-sama mempertahankan tempat tinggal kita daripada musuh. Sebab mereka pun tinggal di kota Madinah juga. Sekarang musuh dari Mekah sudah datang untuk menyerang tempat tinggal mereka. Musuh bukan kira siapa munafik ke mukmin, mereka akan bunuh semua sekali.

قالوا لَو نَعلَمُ قِتالًا لَّٱتَّبَعْنَٰكُمْ

Mereka menjawab: “Kalaulah kami tahu ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu

Mereka sekarang beri alasan pula. Terjemahan pertama: “Kalaulah kami tahu berperang…..” Maknanya mereka beri alasan yang mereka tidak pandai berperang. Mereka hendak tunggu dan lihat sahaja.

Tafsir kedua: Puak munafik itu menggunakan alasan yang pada mereka, tidak ada peperangan pun. Mereka kata yang datang itu dari Mekah, dan orang-orang Islam itu pun dari Mekah juga (Muhajirn). Jadi mereka ingin mengatakan, memang tidak akan berlaku peperangan dan itu semua adalah gimik orang-orang Mekah sahaja.

Mereka kononnya hendak berkata: “Kalau kami tahu memang benar-benar ada perang, tentulah kami ikut serta. Tapi kami tak ikut kerana kami tak sangka akan ada perang.” Itu adalah alasan mereka sahaja.

هُم لِلكُفرِ يَومَئِذٍ أَقرَبُ مِنهُم لِلْإِيمَٰنِ

Mereka ketika itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman.

Mereka dakwa mereka mukmin tetapi apabila mereka cakap begitu mereka menzahirkan kekufuran mereka. Sebelum ini, yang mereka kata mereka beriman itu, hanya cakap-cakap sahaja. Sekarang telah zahir sifat mereka yang sebenarnya. Hati mereka memang cenderung kepada kufur.

يَقولونَ بِأَفْوَٰهِهِم مّا لَيسَ في قُلوبِهِم

Mereka selalu menyebut dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka

Mereka selalu sebut yang mereka beriman, tetapi tidak sebenarnya. Hati mereka kufur. Sebab itulah mereka digelar ‘munafik’. Mereka selalu cakap benda yang kononnya nampak baik, tetapi hati mereka tidak percaya pun. Mereka juga kata mereka hendak kebaikan sebenarnya, namun tidak begitu. Sifat-sifat mereka semua disebut-sebut dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang lain.

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما يَكتُمونَ

Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.

Mereka cuba menipu orang-orang Islam yang lain dengan mengatakan mereka beriman tetapi Allah ‎ﷻ tahu apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka, iaitu kekufuran mereka. Sekarang Allah ‎ﷻ mengajar kita cara-cara untuk kenal mereka. Bukan dalam ayat ini sahaja, tetapi ada disebut dalam ayat-ayat yang lain juga.

Tafsir Ayat Ke-168

Allah ‎ﷻ menjelaskan lagi apakah sifat-sifat orang munafik.

الَّذينَ قالوا لِإِخْوَٰنِهِمْ وَقَعَدوا لَو أَطاعونا ما قُتِلوا ۗ قُل فَادرَءوا عَن أَنفُسِكُمُ المَوتَ إِن كُنتُم صَٰدِقِينَ

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: “Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah maut daripada diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

الَّذينَ قالوا لِإِخْوَٰنِهِمْ وَقَعَدوا لَو أَطاعونا ما قُتِلوا

Mereka yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya, sedang mereka sendiri tidak turut berperang: “Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh”.

Mereka sanggup kata begini tentang saudara seagama mereka – لِإِخوانِهِم – yang lain. Allah‎ ﷻ kata mereka itu ‘ikhwan’ (saudara), tetapi itu dari segi zahir sahaja kerana mereka duduk bersama semasa di dunia. Zahirnya mereka nampak bersaudara namun pada hakikatnya mereka kufur dan tidak sama kedudukan mereka.

Waktu itu mereka duduk-duduk sahaja – وَقَعَدوا – maknaya mereka tidak sertai jihad. Lafaz قَعَد dari segi bahasa bermaksud duduk yang lama. Jadi bukanlah bermaksud duduk lepaskan lelah tetapi duduk tanpa membuat sesuatu.

Mereka kata kalau orang mukmin itu ikut mereka, duduk tidak pergi berperang, tentulah mereka tidak mati. Mereka amat jahil tentang realiti semasa. Apakah mereka sangka mereka boleh mengelakkan mati?

قُل فَادرَءوا عَن أَنفُسِكُمُ المَوتَ إِن كُنتُم صَٰدِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ jawab kepada mereka: Kalau begitu, elaklah daripada mati kalau kamu benar. Kalau kamu kata duduk rumah tidak mati, cubalah kamu elak daripada kematian kalau kamu mampu.

Kata-kata mereka itu adalah kata-kata yang tidak beriman. Sedangkan mereka sendiri tahu yang mati itu wajib. Berperang mungkin mati, kalau duduk di rumah pun, kalau maut datang menjemput, akan mati juga. Semua orang akan mati, sama ada di rumah atau di medan perang.

Tafsri Ayat Ke-169

Ini adalah ayat tabshir (berita gembira). Orang munafik hanya memikirkan tentang dunia sahaja dan tidak fikir tentang akhirat. Mereka sangka mati itu adalah penghabisan. Namun Allah ‎ﷻ menjelaskan bahawa orang yang mati pada jalan Allah‎ ﷻ itu tidaklah mati biasa.

وَلا تَحسَبَنَّ الَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ أَمْوَٰتًۢا ۚ بَل أَحياءٌ عِندَ رَبِّهِم يُرزَقونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

وَلا تَحسَبَنَّ الَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ أَمْوَٰتًۢا

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati,

Jangan sekali-kali kamu sangka begitu. Orang yang mati di jalan Allah ‎ﷻ bukan mati biasa tetapi mereka itu dinamakan ‘mati syahid’. Dalam Baqarah:154, Allah ‎ﷻ telah pun sebut tentang perkara ini dan diulang kembali dalam ayat ini.

Namun kali ini dalam ayat ini ada penekanan iaitu Allah ‎ﷻ beritahu kita, jangan sekali-kali kita sampai berfikir begitu. Maknanya, ada penekanan di situ yang amat kuat. Jangan kita layan perasaan itu, kerana itu adalah perasaan yang salah. Kalau terlintas, kena buang jauh-jauh andaian salah itu. Kadang-kadang syaitan memang akan membisikkan pemahaman yang salah, tetapi kita kena tolak dan tolak itu dengan ilmu.

بَل أَحياءٌ

tidak, bahkan mereka hidup

Mereka yang mati syahid itu sebenarnya ‘hidup’, iaitu mereka hidup dengan cara istimewa di sisi Tuhan. Bukan hidup dengan kita, tetapi dengan Allah ‎ﷻ. Mati sahaja, roh para syuhada’ akan terus dihantar ke syurga. Di sana mereka terus menikmati kehidupan yang penuh nikmat. Ini juga telah diberitahu dalam Surah Baqarah.

Maknanya, sangkaan puak munafik yang mereka yang mati di Jalan Allah ‎ﷻ itu rugi adalah amat jauh sekali daripada kebenaran. Tidak mungkin mendapat balasan syurga itu merupakan sesuatu yang rugi pula, bukan?

عِندَ رَبِّهِم يُرزَقونَ

di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Ini adalah penambahan daripada ayat 154 surah Baqarah. Allah ‎ﷻ menambah dalam ayat ini bahawa mereka itu diberikan dengan rezeki. Rezeki itu bukanlah rezeki zahir tetapi rezeki hissi. Makna “hissi” adalah, segala keajaiban yang dapat dilihat ataupun dapat dirasakan oleh pancaindera.

Kita pun tidak pasti apakah yang diberikan kepada mereka. Tentunya sesuatu yang amat istimewa. Allah ‎ﷻ tidak sebut sebab otak kita tidak dapat bayangkan. Orang Munafik tidak nampak perkara ini, kerana mereka hanya nampak rezeki yang zahir sahaja, rezeki yang di dunia sahaja. Merekalah yang kerugian yang amat besar sekali kerana tidak mengejar perkara ini.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 6/2021

0

Kekejangan di bahagian perut

Soalan 1:

Doktor, mengapakah saya kerap mengalami kekejangan di bahagian perut? Saya mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga menggigil dan muntah-muntah tetapi doktor yang merawat mengatakan saya alami keracunan makanan atau disebabkan sakit kerana kedatangan haid.

 Jawapan:

Kemungkinan juga ada alahan pada kandungan makanan. Cuba ingati semula jika sebelum itu ada memakan makanan yang tidak biasa dimakan.

[Gaya hidup yang sibuk boleh menyebabkan kita diserang masalah dalam perut seperti kembung, kekejangan atau pedih hulu hati.  Masalah ini juga disebabkan jenis makanan yang diambil setiap hari.  Namun terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan masalah-masalah tersebut dan dalam masa sama melancarkan penghadaman secara semula jadi.]

https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/07/25/sering-diserang-masalah-kembung-perut-apa-kata-cuba-5-petua-ini

 

Sakit kepala

Soalan 2:

  • Doktor, apakah punca sakit kepala di bahagian kiri pelipis kepala, kadang-kadang terasa sakit dan akan reda sendiri. Adakah berpunca daripada tahap kolesterol yang tinggi, malah kalau saya berdehem pun terasa sakit.
  • Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah kesakitan tersebut? Apakah berbahaya jika saya tidak mengambil apa-apa rawatan? Untuk pengetahuan doktor, baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan kesihatan dan keputusan semua memuaskan tetapi hanya paras kolesterol sahaja yang agak tinggi.

Jawapan:

  • Sakit biasanya memang akan hilang dengan sendiri, paras kolesterol tidak mempengaruhi atau menyebabkan sakit kepala kecuali jika berlaku penyumbatan pada salur darah di otak (stroke).
  • Jika tiada tanda-tanda lain seperti loya, muntah, mulut herot, kesukaran dalam percakapan, lemah otot sebelah kiri atau kanan, tidak perlu apa-apa rawatan kecuali menurunkan paras kolesterol terutamanya (low-density lipoprotein – LDL) dan lipoprotein.

https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kolesterol-tinggi/mengenai-kolesterol-tinggi

 

Masalah pengambilan ubat dan vaksin bagi wanita hamil

Soalan 3:

Doktor, adakah wanita hamil boleh mengambil ubat batuk?

Jawapan:

Jika kurang dari 4 bulan hamil hanya ubat tertentu sahaja yang boleh diambil, jika sudah melebihi 4 bulan biasanya selamat untuk mengambil ubat. Prinsipnya semasa mengandung jika boleh jangan makan ubat kecuali jika sangat-sangat perlu dengan nasihat doktor yang merawat.

https://my.theasianparent.com/ubat-batuk-untuk-ibu-mengandung

Soalan 4:

Doktor, adakah wanita hamil boleh mengambil vaksin Covid 19? Bolehkah ditanggunhkan dahulu pengambilan vaksin sehingga selepas bersalin?

Jawapan:

Puan perlu merujuk kepada doktor pakar Perbidanan.  Kandungan vaksin mengandungi MRNA untuk merangsang sel tubuh membentuk protein asing yang seterusnya akan membentuk antibodi.

http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/panduan/panduan-vaksinasi-untuk-ibu-mengandung-dan-ibu-menyusukan-bayi

 

 

Penyakit Asma atau Lelah dalam kalangan kanak-kanak

Soalan 5:

Doktor, anak lelaki saya berusia 3 tahun, sering mengalami batuk tetapi kebelakangan ini dia kerap batuk berkahak terutamanya pada waktu malam. Doktor yang merawat mengatakan itu adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang mengidap ekzema.  Apakah rawatan yang terbaik yang boleh saya lakukan di rumah untuk meredakan batuk-batuknya?

Jawapan:

Jika menurut cerita puan, ada kemungkinan anak puan mengidap penyakit asma atau lelah malah diperkuatkan dengan adanya masalah ekzema/alahan.  Puan perlu membawa anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut dan dapat preskripsi ubat-ubatan yang sesuai untuk pesakit asma.

Soalan 6:

Benarkah pesakit asma tidak elok diberikan ubat batuk?

Jawapan:

Betul, ini akan menyebabkan lendir atau kahak akan menjadi pekat dan boleh menyumbatkan salur pernafasan. Doktor yang merawat akan memberi ubat batuk yang mengandungi ‘Salbutamol’ untuk pesakit asma.

[Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, ‘allergic rhinitis’ dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.]

http://www.myhealth.gov.my/kanak-asma/

Kaitan bacaan glukosa tinggi dengan diet dan usia

Soalan 7:

Saya berumur 57 tahun. Bacaan glukos paling tinggi sebelum ini adalah 5.9 tetapi hari ini bacaan saya 6.5.  Saya ada mengamalkan diet kurangkan pengambilan nasi dan hasilnya berat badan telah turun 5kg sepanjang Ramadhan. Saya juga baru sahaja mengambil suntikan vaksin dos pertama AstraZeneca pada 17 Mei lalu. Doktor yang merawat mengatakan bacaan tinggi disebabkan faktor usia, mohon pencerahan doktor.

Jawapan:

 Fasa awal Ketosis akan menyebabkan badan stres ataupun dipanggil ‘ketoflu’.

Peringkat awal pengurangan pada pengambilan nasi atau gula menyebabkan kegatalan pada tubuh badan seperti alergi, bersin-bersin, kesakitan pada lutut dan sendi dan berbunyi seperti meletup-letup dan sakit kepala.  Badan stres akan menaikkan hormon stres kortisol.

Kortisol ini adalah hormon steroid bagi tubuh badan. Hormon ini yang menaikkan paras gula.  Itulah sebabnya orang yang stres, paras bacaan gula akan naik melambung.  Boleh merujuk pada poster yang tertera untuk mendapat lebih kefahaman.

Keadaan tersebut berlaku pada peringkat awal malah dengan kurangnya gula akan menyebabkan pecah lemak kerana:

1) Dalam lemak banyak bahan toksik yang biasanya larut lemak (Lipophilic).

2) Lemak “pecah” teroksida menjadi Lipid Oxidation Product (LOP). Bahan “karat” ni menyebabkan badan stres.

Itulah yang menyebabkan pada permulaan diet, bacaan gula akan naik tetapi lama-kelamaan penyerapan detoksifikasi akan menjadi lebih cepat jika pengambilan gula sudah dikurangkan atau tidak lagi mengambil gula dalam jangka masa yang lama.

Detoksifikasi juga merangsang antioksida dalaman badan.  Badan pula akan menjadi ringan dan tahap kesihatan juga semakin baik seterusnya akan mengurangkan stres. Insulin akan menjadi lebih sensitif, oleh itu paras bacaan gula akan menjadi lebih baik.

Masalah Kolestrol

Soalan 8:

Paras kolesterol saya tinggi dan saya telah pun melakukan pemeriksaan kesihatan. Walau bagaimanapun saya tidak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, tetapi saya mengambil kapsul red yeast rice dan minyak ikan (fish oil) untuk menurunkan paras kolesterol.  Adakah saya perlu juga berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat kolesterol?

Jawapan:

Tidak perlu ambil ubat kolesterol jika bacaan kolesterol tidak terlalu tinggi tetapi disarankan supaya mengawal diet terlebih dahulu, mengurangkan santan, lemak dan minyak serta tidak meninggalkan senaman harian.

Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Aktiviti Rutin Malaikat Maut Mencabut Nyawa Setiap Makhluk

0

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 22: Aktiviti Rutin Malaikat Maut Mencabut Nyawa Setiap Makhluk

(باب ما جاء أن ملك الموت عليه السلام هو القابض لأرواح الخلق )

Dia berdiri di pintu tiap-tiap rumah setiap hari lima kali memperhatikan kepada tiap-tiap yang bernyawa sekali setiap jam dan memandangi wajah-wajah manusia setiap hari tujuh puluh kali

(و أنه يقف على كل بيت في كل يوم خميس مرات و على كل ذي روح كل ساعة و أنه ينظر في وجوه العباد كل يوم سبعين نظرة)

Ayat dalil:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan” [As Sajdah:11]

22-1 Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما (dhaif)

و روي عن ابن عمر قال : إذا قبض ملك الموت روح المؤمن قام على عتبة الباب و لأهل البيت ضجة ، فمنهم الصاكة وجهها ، و منهم الناشرة شعرها ، و منهم الداعية بويلها ، فيقول ملك الموت عليه السلام : فيم هذا الجزع فو الله ما أنقصت لأحد منكم عمراً ، و لا ذهبت لأحد منكم برزق ، و لا ظلمت لأحد منكم شيئاً ، فإن كانت شكايتكم و سخطكم علي فإني و الله مأمور ، و إن كان ذلك على ميتكم فإنه في ذلك مقهور ، و إن كان ذلك على ربكم فأنتم به كفرة ، و إن لي فيكم عودة ثم عودة ،

فلو أنهم يرون مكانه أو يسمعون كلامه لذهلوا عن ميتهم و لبكوا على أنفسهم : خرجه أبو مطيع مكحول بن الفضل النسفي في كتاب اللؤلؤيات له

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما . Bahawa beliau berkata, “Apabila Malaikat Maut telah mencabut nyawa seorang mukmin, maka beliau berdiri di ambang pintu, sementara keluarga si mayat itu sedang panik. Ada yang memukul-mukul mukanya, ada yang mengurai rambutnya dan ada yang berseru ‘Celaka! Celaka!’. Melihat itu semua maka berkatalah Malaikat Maut, “Mengapa kalian khuatir? Demi Allah‎ ﷻ sedikitpun aku tidak mengurangi umur seorang pun daripada kalian, aku tidak menghilangkan rezeki seorang pun dan aku tidak menganiaya seorang pun. Kalau kalian sakit hati dan marah kepadaku, maka demi Allah‎ ﷻ , aku hanyalah disuruh. Kalau sakit hati dan marah kalian ditujukan kepada si mayat, dia sekarang sudah tidak bermaya lagi. Dan kalau semua itu kalian tujukan kepada Tuhan kalian, bererti kalian kafir kepada-Nya. Dan bagaimanapun, aku pasti akan kembali lagi menemui kalian, kemudian kembali lagi, dan kembali lagi.”

Andaikan mereka melihat di mana malaikat maut itu berdiri, atau mendengar perkataannya, nescaya mereka tidak peduli lagi pada si mayit, bahkan akan menangisi diri mereka sendiri. ( Athar riwayat oleh Abu Muthi’ Makhul bin Fadhal An-Nasafi (Nasafi, Uzbekistan, W. 218H) dalam kitabnya, Al-Lu’lu’iyyah)

Takhrij:
Al Ghazzali, Ihya Uloomidin, 4/407; Abu Nu’aim, Hilyatul Awliya’, 7/253

Tahqiq:
https://majles.alukah.net/t151368/
فالكلام مرسل! بلا إسناد!
وخلاصة القول: فهذا الأثر لا يصح، وإن وُقف عليه عند أبي مطيع هذا

Tahqiq Majlis Alukah,
kalam Ibn Umar mursal, tanpa sanad; Athar ini tidak sahih, ia mauquf (terhenti) kepada Abu Muthi’ Makhul. Dhaif.

22-2 Hadith Anas bin Malik رضي الله عنه (dhaif)

و روى معناه مرفوعاً في الخبر المشهور المروي في الأربعين عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ما من بيت إلا و ملك الموت يقف على بابه في كل يوم خمس مرات ، فإذا وجد الإنسان قد نفذ أكله و انقطع أجله ألقى عليه غمرات الموت ، فغشيته كرباته و غمرته غمراته ، فمن أهل بيته الناشرة شعرها و الضاربة وجهها و الباكية لشجوها و الصارخة بويلها ، فيقول ملك الموت عليه السلام : ويلكم مم الفزع و مم الجزع ؟ ما أذهبت لأحد منكم رزقاً و لا قربت له أجلاً و لا أتيته حتى أمرت ، و لا قبضت روحه حتى استأمرت و إن لي فيكم عودة ثم عودة حتى لا أبقي منكم أحداً .
Adapun hadith lain yang semakna dengan hadith di atas, diriwayatkan secara marfu’ pada khabar yang masyhur dalam kitab Al-Ar’bain, dan Anas bin Malik رضي الله عنه , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak satupun rumah, melainkan Malaikat Maut berdiri di pintunya lima kali sehari. Apabila ia menemukan seseorang sudah habis had makanannya dan berakhir ajalnya, maka dia menimpakan sakaratul maut kepadanya, sehingga orang itu diliputi kesusahan-kesusahan maut dan dihimpit tekanan-tekanannya. Lalu di antara keluarganya ada yang mengurai rambutnya, memukul-mukul mukanya, menangis kerana bersangatan sedihnya, dan berteriak menyesali kecelakaannya. Maka berkatalah Malaikat Maut عليه السلام, “Celaka kamu semua, kenapa kamu hairan, kenapa kamu risau? Aku tidak menghilangkan rezeki seorang pun daripada kamu, aku tidak memperpendek ajalnya, dan aku tidak datang kepadanya kecuali diperintah, dan aku tidak akan mencabut nyawanya kecuali setelah aku baca daftar senarainya. Tetapi aku pasti akan datang lagi kepada kalian, kemudian akan datang lagi, sampai tidak ada seorang pun daripada kalian yang aku biarkan hidup.”

قال النبي صلى الله عليه و سلم : و الذي نفسي بيده لو يرون مكانه و يسمعون كلامه لذهلوا عن ميتهم و لبكوا على أنفسهم حتى إذا حمل الميت على النعش رفرفت روحه فوق النعش و هو ينادي : يا أهلي و يا ولدي لا تلعبن بكم الدنيا كما لعبت بي ، جمعت المال من حله و من غير حله ، ثم خلفته لغيري فالمهناة له و التبعة علي فاحذروا ما حل بي

Nabi ﷺ bersabda, “Demi Allah ‎ﷻ yang menggenggam jiwaku, andaikan orang-orang itu melihat di mana malaikat maut itu berdiri dan mendengar perkataannya, nescaya mereka tidak peduli lagi dengan keluarga mereka yang mati itu, dan nescaya mereka menangisi diri mereka sendiri.

Sehingga manakala mayit itu dibawa di atas keranda, nyawanya melambai-lambai di atas keranda itu seraya berseru, “Hai keluargaku, hai anakku, jangan sekali-sekali kalian dipermainkan oleh dunia, sebagaimana yang telah aku alami. Aku telah mengumpulkan harta daripada yang halal dan yang tidak halal, kemudian aku tinggalkan harta itu untuk orang lain. Sukanya dia dan aku yang susah. Maka berhati-hatilah, jangan sampai kamu semua ditimpa oleh sesuatu yang menimpaku.”

Takhrij/Tahqiq:
Dikeluarkan oleh Ibn Wad’an (Qadhi Mausul, Iraq, w. 494H dalam kitabnya Arba’un Al Wad’aniyah ( الأربعون الودعانية) koleksi hadith 40 Ibn Wad’an

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : المزي | المصدر : الأربعون الودعانية
الصفحة أو الرقم: 40 | خلاصة حكم المحدث : لا يصح منها على هذا النسق شيء

Al Mizzi, Tahqiq Al Arba’un Al Wada’aniyah, 40, Tidak sahih (palsu).

22-3 Hadith Jaafar Sadiq رحمه الله (palsu)

و روى جعفر بن محمد عن أبيه قال : نظر رسول الله صلى الله عليه و سلم إلى ملك الموت عند رأس رجلاً من الأنصار فقال له النبي صلى الله عليه و سلم : ارفق بصاحبي فإنه مؤمن ، فقال ملك الموت : يا محمد طيب نفساً و قر عيناً فإني بكل مؤمن رفيق ، و اعلم أن ما من أهل بيت مدر و لا شعر في بر و لا بحر ، إلا و أنا أتصفحهم في كل يوم خمس مرات حتى لأنا أعرف بصغيرهم و كبيرهم منهم لأنفسهم ، و الله يا محمد لو أني أردت أن أقبض روح ما قدرت على ذلك حتى يكون الله هو الآمر بقبضها

Ja’far bin Muhammad (Imam Jaafar Sadiq رحمه الله , w.148H, Madinah ) telah meriwayatkan daripada ayahnya (Muhammad al Baqir, w. 114H, Madinah), dia berkata, “Rasulullah ﷺ pernah melihat Malaikat Maut berada di kepala lelaki Ansar. Maka beliau berkata kepada malaikat itu, “Bersikap lembutlah kepada sahabatku, kerana dia seorang mukmin.”
Malaikat Maut menjawab, “Wahai Muhammad ﷺ , senangkan hatimu dan tenangkan pandangan matamu. Sesungguhnya aku selalu bersikap lembut terhadap setiap mukmin. Ketahuilah, bahawa tidak ada satu keluarga pun, baik dari dusun maupun kota, di darat mahupun di laut, melainkan aku jabati tangan mereka dalam sehari lima kali, sehingga aku kenal anak mereka yang kecil mahupun dewasa, melebihi mereka terhadap diri mereka sendiri. Demi Allah‎ ﷻ , wahai Muhammad ﷺ , kalau aku hendak mencabut nyawa seekor nyamuk sekalipun, aku tidak akan lakukan sebelum Allah ‎ﷻ menyuruh mencabutnya.”

Takhrij:
HR At Tabrani, Mu’jam Al Kabir, 4/220; Al Bazzar, Musnad, 784

Tahqiq Ibn Hajar, Tuhfatul Nubala’ 87, amat dhaif, daripada Muhammad Al Baqir bin Ali bin Al Husin bin Ali
Sebab amat dhaif adalah kerana perawi Amru bin Syams, juga kerana Irsal, putus sanad antara Jaafar Al Baqir dengan Rasulullah ﷺ.

الراوي : محمد الباقر بن علي بن الحسين | المحدث : ابن حجر العسقلاني | المصدر : تحفة النبلاء
الصفحة أو الرقم: 87 | خلاصة حكم المحدث : فيه عمرو بن شمس وهو ضعيف جدا، مع إرسال الحديث

Tahqiq Syaikh Al Albani: maudhu’ (palsu), silsilah Al Dhaifah 6410

الراوي : خزرج الأنصاري والد الحارث | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 6410 | خلاصة حكم المحدث : موضوع

22-4 Hadith Jaafar Sadiq رحمه الله (Palsu)

قال جعفر بن محمد : بلغني أنه يتصفحهم عند مواقيت الصلاة ذكره الماوردي .
قال الشيخ المؤلف رحمه الله : و في هذا الخبر ما يدل على أن ملك الموت هو الموكل بقبض كل ذي روح ، و أن تصرفه كله بأمر الله عز و جل و بخلقه و اختراعه

Ja’far bin Muhammad (imam Syiah ke 6,w.148 Madinah) berkata, “Telah sampai berita kepadaku, bahawa Malaikat Maut menyalami manusia setiap kali masuk waktu salat.” Demikian disebutkan oleh Al-Mawardi (Baghdad, w.450H).

Khabar ini menunjukkan bahawa Malaikat Maut adalah malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa setiap makhluk yang bernyawa, dan bahawa semua tindakannya adalah atas perintah Allah‎ ﷻ dan atas penciptaan dan perbuatan-Nya.

Tahqiq Islamweb (https://www.islamweb-fatwa no.76618
HR Tabrani ada dua perawi yang majhul (tiada biografi), Amr bin Syamr Al Ju’fi dan Al Haarith bin Al Khazraj
Ibn jauzi dala, Al Ilal, ada perawi yang majhul

فإن هذا الحديث رواه الطبراني ولكن في سنده مجهولين ، قال الهيثمي في مجمع الزوائد: فيه عمر بن شمر الجعفي ، والحارث بن الخزرج ولم أجد من ترجمهما ، وقد ذكره ابن الجوزي في العلل المتناهية بسند آخر عن ابن عباس بعضه، وقال: هذا حديث لا يعرف إلا من هذه الطريقه وفيه مجاهيل

Sanad dalam At Tabrani, Mu’jam Al Kabir (4188)
Daripada Ishaq bin Daud Al Tastari, daripada Muhammad bin Abdullah bin Aqil daripada Ismail bin Abaan daripada Amru bin Syamr Al Ju’fi dan Jaafar bin Muhammad (Al Sadiq) daripada ayahnya (Al Baqir) daripada Al Harith bin Al Khazraj daripada ayahnya…

4188 – حدثنا إسحاق بن داود الصواف التستري ، ثنا محمد بن عبد الله بن عقيل ، ثنا إسماعيل بن أبان ، ثنا عمرو بن شمر الجعفي ، عن جعفر بن محمد ، عن أبيه سمعت الحارث بن الخزرج ، يقول : حدثني ، أبي

Takhrij: Sumber Syiah Jaafariah Rafidhah
Al Majlisi, Bihar An Awar, 61/321

(بحار الأنوار – العلامة المجلسي – ج ٦١ – الصفحة ٣٢١)

22-5 Pendapat Ibn Athiyah رحمه الله (dhaif)

قال ابن عطية : و روي في الحديث أن البهائم كلها يتوفى الله أرواحها دون ملك الموت كأنه يعدم حياتها قال : و كذلك الأمر في بني آدم إلا أنه نوع شرف يتصرف ملك الموت و ملائكة معه في قبض أرواحهم ، فخلق الله ملك الموت و خلق على يديه قبض الأرواح و انسلالها من الأجسام و إخراجها منه و خلق جنداً يكونون معه يعملون عمله بأمره

Menurut Ibn Athiyah رحمه الله (Abu Muhammad Abdul Haqq Al Gharnati (ulama Granada, Sepanyol, w. 541H) dia berkata, “Dalam kaitan ini ada riwayat hadith yang mengatakan, bahawa semua binatang dicabut nyawanya langsung oleh Allah ‎ﷻ , bukan oleh Malaikat Maut. Jadi rupanya, Allah ‎ﷻ sendirilah yang menamatkan hidup mereka.”

Dan dia dikatakan pula, “Sebenarnya manusia juga sama. Hanya sahaja manusia adalah jenis makhluk yang mulia. Maka pencabutan nyawa mereka diurus oleh Malaikat Maut dan beberapa malaikat lainnya yang membantunya. Maksudnya, Allah ‎ﷻ menciptakan Malaikat Maut, dan melalui tangannya Dia melakukan pencabutan nyawa manusia, melepaskan dan mengeluarkannya daripada tubuh mereka, serta menciptakan bala tentera bersama Malaikat Maut itu, untuk bekerja bersamanya atas perintah-Nya.

Tahqiq:
Menurut Dr Saleh Al Munajjid, Islam Q&A, hasil penyelidikan Al Albani, isu siapa yang mencabut nyawa semua jenis haiwan, tidak ada dalil sahih yang mendokongnya.
Maka ada dua pendapat:

1. Pendapat Syiah (dan jumhur ahli sunnah), Malakul maut mencabut nyawa semua makhluk (manusia dan haiwan)
2. Pendapat Ibn Athiyah Granada, Malakul Maut mencabut nyawa manusia, maka Allah ‎ﷻ sendiri mencabut nyawa Haiwan.

Akan tetapi kedua pendapat ini tidak dapat disahkan kerana kekurangan nas-nas yang berkaitan.

22-6 Rangkuman pendapat Qurthubi: Siapa sebenar pencabut nyawa makhluk?

Al Qur’an memaparkan dua bentuk ayat, takhsis (khusus) dan umum.

Ayat takhsis, Malaikat yang melaksanakan tugasan mencabut nyawa, contoh ayat:

فقال تعالى : و لو ترى إذ يتوفى الذين كفروا الملائكة .
“Andaikan kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang kafir.” [Al-Anfaal: 50]

و قال تعالى : توفته رسلنا
“Dia diwafatkan oleh utusan utusan Kami.” [Al-An’am: 61]

Ayat umum, Allah ‎ﷻ yang mencabut nyawa

و الباري سبحانه خالق الكل الفاعل حقيقة لكل فعل .
Dan pada hakikatnya Allah‎ ﷻ , Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan yang melakukan segala perbuatan dengan sebenarnya.

قال الله تعالى : الله يتوفى الأنفس حين موتها و التي لم تمت في منامها
“Allah memegang jiwa [orang] ketika matinya, dan [memegang] jiwa [orang] yang belum mati di waktu tidurnya.” [Az-Zumar: 42]

و قال : الذي خلق الموت و الحياة
“( Allah‎ ) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu.” [Al-Mulk: 2]

و قال : يحيي و يميت
“( Allah‎ ) yang menghidupkan dan mematikan.” [Al-Baqarah: 258]

Rumusan siapa yang mencabut nyawa makhluk:

يميت فملك الموت يقبض الأرواح و الأعوان يعالجون ، و الله يزهق الروح . وهذا هو الجمع بين الآي و الحديث ، لكنه لما كان ملك الموت متولى ذلك بالوساطة و المباشرة أضيف التوفي إليه كما أضيف الخلق للملك

Malaikat Maut mencabut nyawa, dibantu sebelumnya oleh para malaikat lainnya yang berdaya-upaya mengeluarkannya, dan Allah‎ ﷻ lah yang pada hakikatnya yang melakukan semua pekerjaan itu. Demikianlah hasil daripada penggabungan ayat-ayat dan hadith-hadith mengenai masalah ini. Tetapi, oleh kerana Malaikat Maut itulah yang melakukan pekerjaan tersebut sebagaimana perantara dan pelaksana langsung, maka pencabutan nyawa dinisbatkan kepadanya, sedang penciptaan itu semua dinisbatkan kepada Allah ‎ﷻ .

22-6 Rangkuman pendapat Qurthubi: Siapa sebenar pencabut nyawa makhluk?
Bahagian 2

هذا هو الأصل و تمسك به ففيه النجاة من مذاهب أهل الضلال و القائلين بالطبائع و غيرهم ، و أن الله هو القابض لأرواح جميع الخلق على الصحيح ، و أن ملك الموت و أعوانه وسائط

Ini prinsip yang mesti dipegang teguh kerana dengan berpegang teguh pada prinsip ini, maka akan selamat daripada mazhab-mazhab yang sesat dan golongan yang berpendapat bahawa hal itu terjadi kerana tabiat-tabiat alam atau lainnya. Sesungguhnya Allah ‎ﷻ adalah yang mencabut nyawa semua makhluk-Nya, demikian menurut pendapat yang benar, dan bahawa Malaikat Maut dan para pembantunya hanyalah perantara belaka.

و قد سئل مالك بن أنس عن البراغيث أملك الموت يقبض أرواحها ؟ فأطرق ملياً ثم قال : ألها نفس ؟ قال : نعم . قال : ملك الموت يقبض أرواحها الله يتوفى الأنفس حين موتها

Malik bin Anas رضي الله عنه pernah ditanya tentang kutu, apakah binatang itu nyawanya dicabut oleh Malaikat Maut? Sebelum menjawab dia menunduk beberapa saat, lalu balik bertanya, “Apakah kutu itu bernyawa?” “Ya,” Jawab si penanya. Maka Malik menjawab, “Malaikat Maut-lah yang mencabut nyawanya. ‘Allah‎ ﷻ memegang nyawa-nyawa ketika matinya.’ [az-Zumar: 42].”

Ulasan muhaqqiq Khalid Muhammad Usman, tiada asal, tiada sanad, dhaif.

22-7 Khabar dalam Ihya’ (palsu)

و في الخبر : أن ملك الموت و ملك الحياة تناظرا فقال ملك الموت : أنا أميت الأحياء و قال ملك الحياة : أنا أحيي الموتى . فأوحى الله إليهما : كونا على علمكما و ما سخرتما له من الصنع . و أنا المميت و المحيي لا مميت و لا محيي سواي . ذكره أبو حامد في الأحياء

Dalam sebuah khabar, bahawa pernah terjadi suatu perbincangan antara Malaikat Maut dan Malaikat Hayat: “Aku mematikan yang hidup,” Kata Malaikat Maut. Maka Malaikat Hayat pun berkata, “Aku menghidupkan yang mati.” Maka Allah‎ ﷻ menurunkan wahyu kepada keduanya, “Tetaplah kalian berdua pada tugas dan pekerjaan masing-masing, yang telah Aku mudahkan untuk kalian. Akulah sesungguhnya Yang Mematikan dan Menghidupkan. Tidak ada yang mematikan mahupun yang menghidupkan selain Aku.” (Khabar riwayat Abu Hamid dalam kitabnya, Al-Ihya’).

Tahqiq:
Ihya’ khabar no 3674 komen Al Iraqi, muhaqqiq Al Ihya’: Tidak ujud akan asalnya (tiada sanad) (قال العراقي: لم أجد له أصلاً).

22-8 Khabar Thabit Al Bunaani (dhaif)

و ذكر أبو نعيم الحافظ عن ثابت البناني قال الليل و النهار أربع و عشرون ساعة ليس منه ساعة تأتي على ذي روح إلا ملك الموت قائم عليها ، فإن أمر بقبضها قبضها و إلا ذهب ، و هذا عام في كل ذي روح

Abu Nu’aim (w.430H, Isfahan, Farsi) menyebutkan daripada Thabit Al-Bunani (tabi’in Basrah, w.127H), dia berkata, “Malam dan siang ada 24 jam. Tidak satu jam pun yang dialami setiap makhluk bernyawa, kecuali Malaikat Maut berdiri memperhatikan nyawanya. Apabila dia disuruh mencabut nyawanya, maka dia cabut dan kalau tidak, maka dia pergi. Ini berlaku umum pada semua makhluk yang bernyawa.”

Takhrij:
Al Hilyah, 2/326

Tahqiq:
Kalam tabi’in hukumnya dhaif.

22-9/Akhir: Hadith Anas رحمه الله (palsu)

و روى أبو هدبة إبراهيم بن هدبة قال : حدثنا أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن ملك الموت لينظر في وجوه العباد كل يوم سبعين نظرة . قال : إذا ضحك العبد الذي بعث إليه قال : يقول عجباً بعثت إليه لأقبض روحه و هو يضحك

Menurut riwayat Abu Hadbah Ibrahim bin Hadbah, daripada Anas bin Malik رحمه الله, Sabda Rasulullah ﷺ . “Sesungguhnya Malaikat Maut benar-benar memperhatikan wajah-wajah manusia pada setiap hari 70 kali. Apabila orang yang didatangi itu tertawa, maka Malaikat Maut itu berkata, ‘Hairan, aku diutus untuk mencabut nyawanya, kenapa ia tertawa?’”

كنز العمال – المتقي الهندي – ج ١٥ – الصفحة ٥٦٣
42185 إن ملك الموت لينظر في وجوه العباد كل يوم سبعين نظرة، فإذا ضحك العبد الذي بعث إليه يقول: يا عجباه! بعثت إليه لأقبض روحه وهو يضحك (ابن النجار – عن أبي هدبة

Takhrij/Tahqiq:
(HR Ibn an Najjar) (Baghdad, w. 643H), Al Multaqa Al Hindi, no 42,185 daripada Abu Hadbah.

Tahqiq:
Dr Sayid Husin Al ‘Afaani (Egypt, murid Ismail Al Muqaddam),
kitab: Sukub Al Ibarat, no 122.
Hadith palsu. Perawi Abu Hadbah pendusta (Abu Hatim).

سكب العبرات للموت والقبر والسكرات ( سيد حسين العفاني) (١٢٢) «إن ملك الموت لينظر في وجوه العباد كل يوم سبعين نظرة ، فإذا ضحك العبد بعث إليه يقول : يا عجباه، بعثت إليه لأقبض روحه وهو يضحك ». موضوع (: أخرجه ابن النجار ).

Kesalahan Di dalam Salat / 32 – Sambungan

0

Kesalahan kesalahan yang berkaitan lokasi Salat (جماع أخطاء المصلّين في أماكن صلاتهم)

Bahagian 2: Salat di tempat yang ada gambar atau di atas sejadah yang ada gambar dan ilustrasi (الصلاة إلى أماكن فيها صور ،أو على سجّادةٍ فيها صور و نقوش ، أو في مكان فيه صور )

عن عائشة ـ رضي الله عنها ـ قالت : قام رسول الله (ص) يصلّي في خميصةٍ ، ذات أعلام ، فلما قضى صلاته ، قال : اذهبوا بهذه الخميصة إلى أبي جهم بن حذيفة ، وأتوني بأَنْبِجَانيّة، فإنها ألهتني آنفاً في صلاتي (أخرجه البخاري في (( صحيحه )): رقم (373) ومسلم في (( صحيحه )): رقم (556) )

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ berdiri melakukan salat dengan mengenakan khamisah (baju) yang ada gambarnya. Ketika selesai daripada salatnya, baginda bersabda: “Pergi dan berikanlah khamisah ini kepada Abu Jahm bin Huzaifah, dan berikanlah aku baju anbijaniyyah (baju biasa), kerana khamisah tadi telah membuat tidak khusyu’ dalam salatku”. 

(Hadith Bukhari no. 373, Muslim no. 556)

Kata Ibn Hajar رحمه الله dalam al-Fath, baju khamisah itu asalnya dikirim oleh Abu Jahm Huzaifah al-Adawi رضي الله عنه (antara sahabat Quraisy yang awal masuk Islam) sebagai hadiah. Namun Nabi ﷺ merasa tidak senang selepas memakainya dalam salat kerana ia ada gambar.

 

قال الصنعاني :((وفي الحديث : دليل على كراهة ما يشغل عن الصّلاة من النقوش ، ونحوها مما يشغل القلب))  (سبل السلام: (1/151))

Ulasan Imam al-Syun’ani: “Hadith ini merupakan dalil bahawa segala sesuatu yang merosakkan tumpuan dalam salat atau tumpuan hati baik berupa ukiran atau gambar/lukisan. 

(Subulus Salam, 1:151)

Qaul Imam al-Izz Abdus Salam,

وقال العز بن عبد السلام : ((تكره الصلاة على السجادة المزخرفة الملمّعة ، وكذلك على  الرفيعة الفائقة ، لأن الصلاة حال تواضع وتمسكن ، ولم يزل الناس في مسجد مكة والمدينة يصلون على الأرض والرّمل والحصى تواضعاً لله)) .

ثم قال رحمه الله : ((فالأفضل إتباع الرسول ص في دقّ أفعاله وأقواله ، وجلّها ، من أطاعه اهتدى وأحبّه الله عز وجل ، ومن خرج عن طاعته والإقتداء به ، بَعُد عن الصّواب بقَدْر تباعده عن إتباعه) (فتاوى العز بن عبد السلام: (ص 68))

Imam al-Izz Abdus Salam (Mufti Egypt, wafat 660H) berfatwa: “Makruh hukumnya salat di atas sejadah yang bercorak indah, kerana salat harus dikerjakan dengan rendah hati dan tenang. Ini kerana manusia salat di masjid Mekah dan Madinah salat di atas tanah, pasir dan anak batu kerana rasa tawadhu’ (merendah diri) kepada Allah ‎ﷻ. (pada tahun 600 hijrah, Masjidil Haram dan Nabawi masih belum dinaiktaraf seperti sekarang. Apa yang anda saksikan di Mekah dan Madinah sekarang ialah selepas kerajaan Uthmaniah dan naik taraf dilaksanakan sepenuhnya di zaman pemerintahan kerajaan daulah Saudiah, di mana tiada lagi salat di atas pasir dan kerikil melainkan semua di atas permaidani. Hatta kawasan luar masjid pun berlantaikan marmar).

Seterusnya Imam al-Izz berkata:

“Yang paling utama ialah mengikuti sunnah Nabi ﷺ, siapa ikut sunnah akan mendapat petunjuk dan dicintai Allah ‎ﷻ dan sebaliknya ke atas orang yang tidak mengikuti sunnah, maka dijauhkan daripada kebenaran.” 

(Fatawa al-Izz Abdus Salam, ms 68)

Hadith Anas رضي الله عنه tentang tirai bergambar,

عن أنس قال: كان قرام لعائشة   سترت به جانب بيتها فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم: (أميطي قرامك، فإنه لا تزال تصاويره تعرض لي في صلاتي

Daripada Anas, beliau berkata: ‘Aisyah رضي الله عنه mempunyai tirai nipis yang dipasang di depan pintu rumahnya maka Nabi ﷺ pun bersabda: Turunkanlah tiraimu itu, kerana gambar-gambarnya menggangguku dalam salatku.” 

(Hadith Bukhari No. 367, 5614)

 

في هذا الحديث دلالة على كراهة الصلاة بمكان فيه تصاوير ، وعلى وجوب إزالة ما يشغل بال المصلى ، سواء كان صوراً أم غير صور ، والحديث يدل أيضاً على أن الصّلاة لا تفسد مع وجود الصور ، لأنه عليه الصلاة والسلام لم يقطعها ، ولم يعبها ، ولم يعدها (( نيل الأوطار: (2/153) وسبل السلام: (1/151) 

Rumusan Imam Syaukani dan Syun’ani:

👁‍🗨 Makruh salat di lokasi yang ada lukisan atau gambar.

👁‍🗨 Wajib menghilangkan apa jua yang boleh mengganggu khusyu’ pesalat.

👁‍🗨 Salat tidaklah rosak disebabkan oleh adanya gambar 

(Syaukani, Nail al-Awthor, 2:153; Syun’ani, Subulus Salam, 1:151)

 

Hukum Salat di Gereja

قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى : ((والمذهب الذي عليه عامة الأصحاب : كراهة دخول الكنيسة المصوّرة ، والصلاة فيها ، وفي كل مكان فيه تصاوير ، أشدّ كراهة ، وهذا هو الصواب ، الذي لا ريب فيه ولاشك)(الاختيارات العلمية : (254) .)

Ulasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah رحمه الله: “Jumhur para sahabat, makruh gereja yang ada objek, patung, gambar dan salat di dalamnya. Lebih makruh jika salat di lokasi yang banyaknya lukisan. Inilah yang benar tanpa syak lagi.”

(Al-Ikhtiyarat al-Ilmiyah, ms 254)

 

Tingkatan Makruh Salat Di Lokasi Bergambar

وذكر المرغيناني الحنفي مراتب كراهة الصلاة في المكان فيه صور من حيث أماكنها ، فقال : ((وأشدها كراهة أن تكون أمام المصلّي ، ثم من فوق رأسه ، ثم عن يمينه ثم عن شماله ، ثم خلفه)) (الهداية : (1/295- مع شرح فتح القدير ). )

Dalam fiqh Hanafi, kata Imam Burhanuddin al-Marghinani (asal Marghinani, Uzbekistan, wafat 593H), “Tingkatan makruh salat di lokasi yang ada gambar, objek bergantung kepada posisi gambar tersebut. Yang paling makruh (makruh tahrim), ialah apabila gambar berada di hadapan pesalat (kiblatnya), kemudian gambar di atas kepalanya, kemudian di sebelah kanan, kemudian kiri dan akhir sekali gambar yang berada di belakangnya. 

(Al-Hidayah 1:295, Syarah Fathul Qadir Ibn Humam al-Hanafi)

 

Rumusan Hukum Salat Menghadap Gambar dan Sejadah Bergambar

وجامع المسألة : التعظيم والانشغال ، ولذا كرهت الصلاة إلى التصاوير ، لأنها تشغل المصلي بالنّظر إليها ، وتذهله عن الصلاة ، بل يكره استقبال ما يلهي أيضاً .

 وبناء على الجامع المذكور ، ذهب الفقهاء على الصحيح من قولهم إلى كراهية الصلاة إلى صورة منصوبة ، سواء كانت في جدار أم غير جدار ، ولأن فيه تشبهاً بعبادة الأوثان والأصنام أيضاً (انظر : (( كشاف القناع )) : (1/432) و (( المغني)) : ( 2/342) و(( تفسير القرطبي )) : (10/48) و (( الفقه على المذاهب الأربعة )) : (1/283) 

Rumusan: “Dihukumkan makruh untuk pesalat jika menghadap gambar baik berada di dinding atau selainnya kerana tasyabbuh atau menyerupai orang kafir yang menghadap berhala atau patung.” 

(Al-Bahuti al-Hanbali, Kasyaf al-Qina’, Ibn Qudamah, al-Mughni, al-Qurthubi, tafsir al-Qurthubi, al-Jaziri, al-Fiqh ala Mazhaahib al-Arba’ah)

 

وكذلك الصلاة على سجادة فيها صورة ، ففيه تشبه بعبادة الأصنام والصور، والسجود عليها فيه معنى التعظيم(كشاف القناع : (1/325) وبدائع الصنائع : (1/337) والفتاوى الهندية : (1/107)، بل نص بعض الفقهاء على كراهة الصلاة على السجادة التي فيها صورة ، ولو كانت تداس (الإنصاف : (1/474) وكشاف القناع : (1/325) )

“Juga jika salat di atas sejadah yang ada gambar kerana tasyabbuh dengan menyembah berhala atau patung (dalam agama musyrik), bersujud di atasnya (sejadah bergambar) sama dengan memuliakan gambar tersebut. Ia adalah tetap makruh walaupun kita memijaknya.

(Al-Bahuti, Kasyaf al-Qina, Wabada’i al-Shana’i (Hanafi), Fatawa al-Hindiya (Hanafi), al-Mardawi al-Hanbali, al-Insaf).

 

Dalil Larangan (Makruh) Salat Menghadap Gambar dan Sejadah Bergambar

Dalil pertama:

أولاً: قوله ص : ((لا تدخل الملائكة بيتاً فيه صورة. (أخرجه مسلم في (( صحيحه )) : (14/85) – مع شرح النووي ) . )

قال النووي : ((قال العلماء : سبب امتناعهم من بيت فيه صورة ، كونها معصيةً فاحشة ، وفيها مضاهاة لخلق الله تعالى ، وبعضها في صورة ما يعبد من دون الله تعالى))(شرح النووي على صحيح مسلم : (14/84)

 ✍️ Takhrij: Hadith Muslim no 2106,

إنَّ المَلائِكَةَ لا تَدْخُلُ بَيْتًا فيه صُورَةٌ. 

الراوي : أبو طلحة الأنصاري زيد بن سهل | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم

الصفحة أو الرقم: 2106

Bahawa Malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar.”

 (Hadith Muslim no 2106)

Syarah an-Nawawi: Malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar kerana gambar adalah maksiat dan keji (gambar yang ditaqdis/dipuja), kerana gambar itu menandingi dengan makhluk ciptaan Allah ‎ﷻ, bahkan ada gambar yang mempunyai unsur pemujaan. 

(Syarah Sahih Muslim jilid 14: 84)

 

Dalil kedua: 

ثانياً : امتناع الرسول ص عن دخول الكعبة ، حتى محيت كل صورة فيها

عن جابر ـ رضي الله عنه ـ أن النبي ص أمر عمر بن الخطاب زمن الفتح ، وهو بالبطحاء أن يأتي الكعبة ، فيمحو كل صورة فيها ، فلم يدخلها النبي ص حتى محيت كلّ صورةٍ فيها ((  أخرجه أبو داود في (( سننه )) : (4156) والبيهقي في (( السنن الكبرى)) : ((7/268) . وللحديث شواهد كثيرة ، انظر : ((    مجمع الزوائد )) : (5/172-174).)

Dahulu, Rasulullah ﷺ melarang sahabatnya memasuki Kaabah (Masjidil Haram)  sampai semua gambar atau patung dihapuskan. Daripada Jabir رضي الله عنه, “Bahawa Nabi ﷺ memerintahkan Umar al-Khattab رضي الله عنه yang berada di Bathha’ (Bathha’ Quraish, sekarang di Jalan Bukit Thur) untuk mendatangi Kaabah ketika Fathul Mekah untuk tugasan menghapuskan semua gambar yang ada di dalamnya. Nabi ﷺ tidak masuk ke dalam Kaabah sampai semua gambar-gambar itu dihapuskan.” 

(Hadith Abu Daud no 4156, al-Baihaqi, Sunan al-Kubra. Sahih lighairih kerana menurut al-  Haithami ia ada banyak syawahid (penguat)).

✍️ Tahqiq:

Syeikh Al-Albani رحمه الله menilainya hasan sahih dalam Sahih Abu Daud no 4156.

الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود

الصفحة أو الرقم: 4156 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ali-Imran: Tafsir Ayat ke-161 hingga ke-165

0

Tafsir Surah Ali-Imran
Tafsir Ayat Ke-161

Orang munafik hanya pandang kepentingan dunia sahaja. Mereka tidak fikir tentang akhirat. Pernah dalam satu peperangan, ada harta rampasan perang yang hilang. Puak munafik tuduh Nabi Muhammad ﷺ yang ambil. Oleh kerana kejadian itu Allah ‎ﷻ turunkan ayat ini.

وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ ۚ وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ مّا كَسَبَت وَهُم لا يُظلَمونَ

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikit pun (balasannya).

وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu berkhianat

Tidak layak seorang Nabi mencuri harta rampasan. Tujuan Nabi ﷺ berperang bukanlah kerana mahukan harta. Maka tuduhan golongan munafik itu memang tidak patut. Mereka tuduh begitu kerana mereka sendiri yang mementingkan harta benda. Jadi mereka ‘project’ (memprojeksi tanggapan) Nabi ﷺ pun sama seperti mereka pula. Ini terjadi bila kita rasa orang lain pun seperti kita juga dan ini adalah salah anggap sahaja.

وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ ٱلْقِيَٰمَةِ

dan sesiapa yang berkhianat, dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu;

Dalam hukum peperangan, harta rampasan tidak boleh diambil sebelum dibahagikan oleh pemimpin perang. Memang ada bahagian yang akan diberikan kepada mereka yang menyertai perang itu, tetapi hanya boleh diambil selepas dibahagikan. Kalau ada yang ambil juga, di akhirat nanti dia akan bawa harta itu dan kena tunjuk untuk diadili oleh Allah ‎ﷻ.

ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ مّا كَسَبَت

kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya,

Setiap orang akan dibalas mengikut apa yang mereka telah lakukan semasa di dunia. Maksudnya Allah ‎ﷻ hendak beritahu balasan buruk bagi mereka yang ambil harta rampasan perang dengan cara yang zalim.

وَهُم لا يُظلَمونَ

sedang mereka tidak akan dizalimi.

Dan mereka tidak akan dizalimi. Allah ‎ﷻ tidak akan melakukan kezaliman. Maksudnya, apa-apa sahaja yang telah dilakukan daripada kebaikan akan dibalas, tidak ada yang tertinggal. Malah akan dibalas dengan lebih lagi daripada apa kebaikan yang dilakukan; dan kalau ada melakukan kesalahan, akan dibalas dengan yang sama juga – tidak dibalas dengan lebih buruk daripada yang dilakukan. Dan tidak akan dikenakan azab kalau tidak melakukannya.

Sekarang bandingkan dengan dunia ini. Kalau di dunia, kadang-kadang ada orang yang dikenakan hukum walaupun dia tidak melakukan kesalahan, kerana mungkin hakim tidak adil, atau ada orang yang khianat dan bagi bukti yang salah. Namun ini semua tidak akan terjadi di akhirat nanti.

Maka keadilan yang sempurna adalah di akhirat kelak. Kita tidak dapat jumpa keadilan sempurna di dunia ini. Kerana itu kalau kita dizalimi di dunia, maka sabarlah sedikit kerana orang Mukmin sedar yang akhirat itu ada, dan dia akan dapat keadilan itu akhirnya.

Tafsir Ayat Ke-162

أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضْوَٰنَ اللَّهِ كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِّنَ اللَّهِ وَمَأْوَىٰهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ

Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضْوَٰنَ اللَّهِ

Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama

Adakah sama orang yang mencari redha Allah‎ ﷻ dengan yang tidak? Cari redha Allah ‎ﷻ itu adalah dengan taat kepada hukum Allah ‎ﷻ. Sebagaimana Nabi itu seorang yang taat kepada Allah ‎ﷻ, jadi, kita kena ikut cara Nabi ﷺ. Maka kerana itu kena tahu apakah Sunnah dan bagaimana cara Nabi ﷺ taat kepada Allah ‎ﷻ.

Perkataan رِضوانَ adalah redha dalam bentuk isim mubalaghah (bersangatan). Maksudnya, Nabi Muhammad ﷺ bukan sahaja mahu Allah ‎ﷻ redha, tetapi baginda mahu Allah ‎ﷻ sangat-sangat redha. Maka kita kena sentiasa berusaha seboleh mungkin untuk mendapatkan keredhaan Allah ‎ﷻ. Bukannya dengan cara lebih kurang sahaja, dengan melepaskan batuk di tangga sahaja. Maka kena tahu apa yang Allah ‎ﷻ hendak daripada kita. Antaranya kena kaji ayat-ayat Allah ‎ﷻ di dalam Al-Qur’an.

Sekarang bandingkan pula dengan sifat orang lain yang berlawanan:

كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِّنَ اللَّهِ

sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan daripada Allah?

Adakah sama dengan orang yang pulang ke akhirat dengan membawa سَخَطٍ (kemurkaan) daripada Allah ‎ﷻ? Lafaz سَخَطٍ bermaksud ‘marah’ tetapi digunakan khusus apabila yang orang yang berada di kedudukan yang atas marah kepada orang bawahannya. Contohnya guru marah kepada anak murid dipanggil سَخَطٍ. Kalau anak murid yang marah kepada guru, tidaklah boleh digunakan lafaz سَخَطٍ.

Inilah perbandingan yang Allah ‎ﷻ hendak jelaskan. Sebelum ini disebut tentang ada yang mengatakan Nabi ﷺ telah mengambil harta rampasan perang. Orang yang mengambil harta rampasan perang adalah yang mendapat murka atau kemarahan daripada Allah ‎ﷻ. Oleh itu, Allah ‎ﷻ hendak bandingkan sifat Nabi ﷺ dengan sifat seorang yang mendapat murka Allah ‎ﷻ. Adakah sama? Tentulah tidak.

وَمَأْوَىٰهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ

tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Tempat mereka yang mendapat kemurkaan daripada Allah ‎ﷻ adalah neraka jahannam. Lafaz المَصيرُ bermaksud destinasi akhir. Ia adalah tempat yang terakhir yang akan pergi. Katakanlah kita akan pergi merata-rata tempat dalam dunia ini, namun akhirnya kita akan pergi ke tempat yang kita akan tinggal tetap juga akhirnya, bukan?

Allah ‎ﷻ beri perumpamaan bahawa Neraka itu adalah tempat tinggal yang tetap bagi mereka yang mendapat murka Allah ‎ﷻ. Yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang munafik. Banyak sifat-sifat mereka disebut dalam nas Al-Qur’an dan hadith, maka kita kena belajar sifat-sifat mereka dan mengelak daripada ada sifat-sifat itu.

Tafsir Ayat Ke-163

هُم دَرَجَٰتٌ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaan-Nya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.

هُم دَرَجَٰتٌ عِندَ اللَّهِ

Mereka itu, mempunyai tingkatan-tingkatan di sisi Allah

Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka yang dimurkai oleh Allah ‎ﷻ akan tinggal di neraka. Mereka yang dimurkai Allah ‎ﷻ dan kemudian tinggal dalam neraka, ada beberapa tingkatan dalam neraka. Sebelum itu disebut mereka yang mencari keredhaan Allah ‎ﷻ.

Tidak sama kedudukan mereka. Bagi yang mendapat murka, ada yang lebih teruk daripada yang lain. Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu apakah tingkatan mereka. Yang mendapat keredhaan Allah ‎ﷻ pun ada beberapa darjat di sisi Allah ‎ﷻ. Tingkatan darjat itu adalah bergantung kepada amalan mereka dan berapa banyaknya pahala di sisi Allah ‎ﷻ.

وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.

Allah ‎ﷻ tahu di manakah tingkatan mereka dan di manakah mereka patut berada kerana Allah ‎ﷻ yang melihat apa yang mereka lakukan. Kita sebagai manusia tidak tahu dan tentunya Allah ‎ﷻ tahu bagaimana hendak menilai kedudukan sesiapa. Jadi, jangan kita memandai kata orang itu akan duduk di tingkatan paling tinggi atau paling rendah.

Semuanya ini terpulang kepada penilaian daripada Allah ‎ﷻ, bukan daripada kita. Yang boleh kita lakukan adalah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Hidup ini adalah tempat untuk kita mencari pahala dengan beramal sebanyak mungkin.

Tafsir Ayat Ke-164

Kenapa golongan munafik itu sampai hati tuduh Nabi sedangkan mereka waktu itu mereka telah mendapat nikmat yang amat besar? Mereka telah mendapat nikmat yang amat besar, iaitu Allah pilih mereka duduk bersama Nabi.

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِّن أَنفُسِهِم يَتلو عَلَيهِم ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَٰبَ وَالحِكمَةَ وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلَٰلٍ مُّبينٍ

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Qur’an yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Qur’an) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِّن أَنفُسِهِم

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri,

Lafaz مَنَّ digunakan apabila mengingatkan seseorang dengan pemberian yang telah diberikan. Maknanya bukan sahaja sudah berikan, tetapi kemudian diingatkan kembali pemberian itu atau pertolongan atau nikmat yang telah diberikan. Kadang-kadang kena ingatkan tentang pemberian yang telah diberi untuk mendapatkan ketaatan daripada seseorang.

Kalau digunakan lafaz مَنَّ, itu bermaksud jenis pemberian dan pertolongan yang besar. Allah ‎ﷻ mengingatkan mukmin tentang apa yang telah diberikan kepada mereka. Kenanglah kembali kelebihan yang mereka telah terima itu. Dalam banyak-banyak manusia, dari awal kejadian manusia sampai kiamat, mereka sahaja yang telah diberikan kelebihan duduk dan tinggal dan belajar dengan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad ﷺ.

يَتلو عَلَيهِم ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَٰبَ وَالحِكمَةَ

yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Qur’an) dan Hikmah (Hadith Nabi)

Kemudian, disenaraikan tugas Rasulullah ﷺ. Ia adalah sama dengan doa Nabi Ibrahim عليه السلام semasa membina semula Kaabah, jadi boleh rujuk di ayat itu untuk tafsirnya (ayat Baqarah:129).

Kenapa lafaz yang sama diulang dalam ayat ini? Kerana semasa berperang, kita mungkin terlupa sebab asal kita berperang. Allah ﷻ mengingatkan kembali kepada para pejuang mukmin supaya mereka tidak lupa dan kembali ingat kepada tujuan asal mereka.

Allah ‎ﷻ mengingatkan kepada mukminin apa yang Nabi ﷺ telah lakukan untuk mereka. Baginda telah menyampaikan ajaran daripada Al-Qur’an dan diberikan hikmah kepada mereka. Hikmah itu selalunya ditafsir sebagai pengajaran hadith iaitu bagaimana mengamalkan ajaran di dalam Al-Qur’an. Itu semua adalah nikmat yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada mereka.

وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلَٰلٍ مُّبينٍ

Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Antara tugas Rasulullah ﷺ untuk membersihkan (tazkiyah) untuk membebaskan daripada amalan dan fahaman yang syirik. Itu dilakukan dengan mengajar mereka ayat-ayat Al-Qur’an dan sunnah.

Dahulu mereka jelas dalam kesesatan kerana mereka sebelum itu tidak ada ilmu wahyu dan tidak ada petunjuk langsung untuk mendapat kebenaran. Oleh kerana tidak ada petunjuk, mereka telah dirosakkan dengan fahaman syirik oleh syaitan sampai mereka telah menyembah patung berhala.

Atau kita dahulu memang sudah Muslim, lahir dalam keluarga Muslim, tetapi tidak menahu langsung tentang agama. Hanya Muslim di dalam IC sahaja. Sekarang baru hendak mula belajar agama. Sekurang-kurangnya kita sudah mula belajar dan semoga Allah ‎ﷻ memberikan pemahaman kepada kita. Maka ini juga adalah nikmat yang kita patut kenang-kenangkan.

Maka kita pun kena kenang diri kita ini. Kalaulah kita dilahirkan dalam masyarakat yang menyembah selain Allah ‎ﷻ, bagaimanakah keadaan kita akhirnya? Entah sekarang kita sedang sembah patung agaknya.

Itulah seburuk-buruk perbuatan. Maka, mereka telah diselamatkan daripada jurang api neraka. Ini kerana kalaulah mereka berterusan begitu, tentulah tempat akhir mereka adalah di neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

Tafsir Ayat Ke-165

Ini adalah teguran kepada golongan mukmin dengan memberitahu mereka, kenapa mereka kalah perang. Ada dalam kalangan orang mukmin yang hairan, kenapa boleh kalah? Sedangkan mereka tidak buat salah apa-apa pun setahu mereka.

Maknanya, tidak semua para sahabat boleh faham kenapa mereka kalah. Yang telah membuat kesalahan itu tahu yang kekalahan itu adalah kerana kesalahan mereka tetapi mukminin lain yang tidak membuat salah, mereka hairan kenapa boleh kalah pula? Maknanya, walaupun sedikit sahaja yang bersalah tetapi kesannya terkena kepada semua sekali.

أَوَلَمّا أَصَٰبَتْكُم مُّصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِّثلَيها قُلتُم أَنّىٰ هٰذا ۖ قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kemalangan) ini? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

أَوَلَمّا أَصَٰبَتْكُم مُّصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِّثلَيها قُلتُم

Kenapa apabila kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda

Kenapa kamu hairan dengan musibah kekalahan yang menimpa kamu dalam Perang Uhud ini? Sedangkan kamu telah mendapat kemenangan dua kali ganda dahulu semasa di Badr? Kamu kalah Uhud, terbunuh 70 orang tetapi semasa Perang Badr, kamu boleh bunuh 70 orang dan tawan 70 orang.

أَنّىٰ هٰذا

kamu berkata: “Dari mana datangnya?

Kamu hairan dari mana kekalahan ini? Kamu tertanya-tanya? Kenapa tidak ditanya diri sendiri? Kenapa tidak muhasabah diri sendiri?

قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Kemalangan) itu ialah daripada kesalahan diri kamu sendiri”

Allah ‎ﷻ jawab yang kekalahan itu berpunca daripada diri mereka sendiri kerana segelintir daripada mereka tidak patuh kepada arahan ketua. Mangsanya semua sekali yang kena. Allah ‎ﷻ kata ‘daripada diri kamu sendiri’. Kenapa begini, sedangkan bukanlah mereka semua yang membuat kesalahan? Ini adalah kerana orang Islam itu bersaudara, satu bahagian daripada bahagian yang lain.

Ini mengajar kita yang peperangan adalah perkara serius. Para sahabat telah mengambil pengajaran daripada kisah ini. Sampai kepada kisah yang terjadi semasa Saad Abi Waqqas رضي الله عنه memimpin tentera Islam menentang Iraq. Pada waktu itu tentera Islam adalah seramai 30 ribu orang. Beliau telah memberi arahan, kalau beliau takbir kali pertama, bersedia, jangan serang lagi. Apabila takbir kali kedua, bersedia juga, masih jangan serang. Apabila takbir kali ketiga, baru mula serang.

Namun selepas beliau takbir kali pertama, pihak musuh sudah menyerang mereka dan ada tentera Islam yang membalas serangan tanpa menunggu takbir kali ketiga. Saad Abi Waqqas رضي الله عنه telah berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.” Dan kemudian ada pasukan Islam dari sebelah lain pula yang menyerang juga tanpa menunggu takbir ketiga. Sekali lagi Saad رضي الله عنه berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.”

Saad رضي الله عنه berkata yang beliau takut terjadi peristiwa Uhud kali kedua jikalau mereka tidak taat kepada beliau sebagai Ketua Perang dan beliau takut Allah ‎ﷻ menarik bantuan kepada mereka. Oleh itu beliau terus memaafkan mereka yang tidak taat kepada arahannya sebelum itu. Begitulah betapa para sahabat faham dengan peristiwa Uhud itu.

إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja yang Dia mahu. Kita tidak ada hak untuk mempersoalkan. Ini mengajar kita untuk redha dengan apa sahaja ketentuan daripada Allah ‎ﷻ. Apa sahaja yang Allah ‎ﷻ kenakan kepada kita, itu memang sudah layak bagi kita dan memang patut kena. Allah ‎ﷻ tidak pernah salah membuat perkiraan, keputusan, atau tindakan.

Allah ‎ﷻ tidak pernah zalim dan tidak akan zalim. Kita sendiri yang mesti muhasabah diri kita kenapa kita dikenakan dengan sebarang musibah.

Allahu a’lam.

Norma Baharu Laksanakan Ibadah Qurban Semasa PKP: Qurban UKHUWAH 1442H

0

NORMA BAHARU LAKSANAKAN IBADAH QURBAN SEMASA PKP
Qurban sambil Infaq anjuran Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UKHUWAH) dengan kerjasama MyPusaka

*Setiap penyertaan 1 bahagian Qurban sebanyak RM20 akan disumbangkan terus ke akaun UKHUWAH.

MyQurban. Norma baharu ibadat Qurban dalam situasi Pandemik Covid19
Konsepnya:

👍Peserta daftar, bayar dan aqad secara online
👍Penyembelihan berpusat di fasiliti yang mendapat tauliah Jabatan Vaterinar
👍Daging diproses, dimasak dan dibungkus kepada “retort pouch” 500gm , oleh kilang yang mempunyai tauliah Halal.
👍Setiap Peserta akan menerima 40 pek bungkusan seberat 500gm setiap satu
👍Daging yang diproses, sedia untuk dimakan dan tahan disimpan sehingga 18 bulan
👍Daging akan diagihkan kepada golongan sasar oleh NGO kebajikan terpilih sepanjang tahun
👍Peserta juga boleh memberi senarai tempat agihan dengan kos penghantaran yang akan ditentukan kemudian
👍Harga 1 bahagian Qurban adalah RM890 termasuk urusan pengendalian.

Sila tonton video penerangan Ini
https://youtu.be/kcbmUh5P9pk

📌SILA klik untuk daftar Qurban.

https://mypusakahq.onpay.my/order/form/mqukhuwah/33

DAFTAR segera sebelum bahagian Qurban yang diperuntukkan habis ditempah!

Kami akan maklumkan semua aktiviti MyQurban di FB Page. Sila visit, like dan follow
https://www.facebook.com/MyQurbanxMyPusaka/

⁉️Sebarang pertanyaan sila hubungi:

http://www.wasap.my/60192831337/QurbanUkhuwah

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-155 hingga Ke-160

0

Tafsir Surah Ali Imran 
Tafsir Ayat Ke-155

إِنَّ الَّذينَ تَوَلَّوا مِنكُم يَومَ التَقَى الجَمعانِ إِنَّمَا استَزَلَّهُمُ ٱلشَّيطَـٰنُ بِبَعضِ ما كَسَبوا ۖ وَلَقَد عَفَا اللَّهُ عَنهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ حَليمٌ

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka cuba untuk digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

إِنَّ الَّذينَ تَوَلَّوا مِنكُم يَومَ التَقَى الجَمعانِ

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera

Sebelum ini telah disebutkan tentang dua kumpulan yang hendak meninggalkan medan perang. Satu daripada puak Aus dan satu lagi daripada puak Khazraj.

Dua kumpulan bertembung yang dimaksudkan adalah tentera Islam dan Musyrikin Mekah.

إِنَّمَا استَزَلَّهُمُ ٱلشَّيطَـٰنُ بِبَعضِ ما كَسَبوا

sesungguhnya mereka cuba untuk digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian daripada perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan

Mereka ‘cuba’ digelincirkan oleh bisikan syaitan kerana itu mereka balik semasa perang masih berlangsung. Lafaz استَزَلَّهُمُ yang digunakan memberi isyarat bahawa syaitan ‘cuba’ untuk gelincirkan mereka tetapi tidak berhasil. Boleh baca serba sedikit tentang kejadian itu di sumber yang lain.

Ini disebabkan kesalahan yang mereka lakukan dahulu, iaitu akidah tidak percaya kepada Nabi Muhammad ﷺ. Apabila ada masalah seperti itu, ia membuka jalan kepada syaitan untuk memasukkan was-was ke dalam hati kita. Begitulah yang biasa berlaku; dosa boleh menyebabkan syaitan menggelincirkan kita. Oleh itu, kalau kita hendak selamat, maka hendaklah kita kawal diri kita daripada melakukan dosa.

لَقَد عَفَا اللَّهُ عَنهُم

sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka,

Allah ‎ﷻ telah memaafkan kesalahan mereka dengan menjadikan mereka mukmin yang sebenar selepas itu. Jika Allah ‎ﷻ sudah maafkan, siapa kita hendak kritik mereka? Maka kita mesti berhati-hati dalam menceritakan kisah ini.

Jangan lupa cakap bahawa mereka itu telah dimaafkan oleh Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ pilih mereka untuk melakukan kesilapan itu supaya kita dapat tahu apakah perkara yang kita tidak boleh buat, dan apakah kesan kalau kita buat kesilapan itu. Jika semua sahabat tidak berbuat salah, bagaimana kita hendak belajar?

إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ حَليمٌ

kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Allah‎ ﷻ itu Maha Pengampun lagi Maha Penyabar. حَليمٌ bermaksud Dia tahu apa yang kita lalui. Oleh itu, Dia tidak terus beri azab kepada kita atas kesalahan kita. Allah‎ ﷻ beri peluang kepada kita untuk bertaubat. Maka ambil peluang tersebut selagi ada.

Tafsir Ayat Ke-156

Ini adalah satu lagi perangai orang munafik.

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَكونوا كَالَّذينَ كَفَروا وَقالوا لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذا ضَرَبوا فِي الأَرضِ أَو كانوا غُزًّى لَّو كانوا عِندَنا ما ماتوا وَما قُتِلوا لِيَجعَلَ اللَّهُ ذٰلِكَ حَسرَةً في قُلوبِهِم ۗ وَاللَّهُ يُحيي وَيُميتُ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): “Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh”. (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَكونوا كَالَّذينَ كَفَروا

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur

Jangan jadi seperti orang munafik. Orang Kufur yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang-orang Munafik. Ya, mereka dipanggil sebagai orang kafir. Ini kerana walaupun zahir mereka nampak Muslim, tetapi batin mereka kufur.

Dalam ayat ini, Allah‎ ﷻ pesan jangan jadi seperti mereka. Oleh itu, kita kena tahu sifat-sifat mereka supaya kita boleh elak daripada melakukan sifat-sifat itu. Ini kerana sifat nifak ini amat-amat bahaya. Kita takut kita pun ada sifat-sifat mereka tanpa kita sedari.

وَقالوا لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذا ضَرَبوا فِي الأَرضِ

dan mereka telah berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi,

Apakah sifat golongan munafik waktu itu? Mereka berkata kepada saudara seagama mereka ketika mereka keluar untuk apa-apa urusan agama. Antara terpenting yang dilakukan dalam urusan agama adalah keluar berdakwah kerana dakwah perlu dijalankan.

Memang para sahabat amat kuat melakukan dakwah ke segenap dunia. Sebab itu ada banyak kubur para sahabat yang letaknya berjauhan dari Tanah Arab, sampaikan ada yang ada di China. Ini adalah kerana mereka tahu mereka kena sampaikan agama itu dan mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga, wang dan nyawa mereka untuk menjalankan kerja dakwah. Kita bagaimana?

Namun golongan munafik tidak suka berdakwah, sama ada dengan dakwah lisan atau dakwah jihad. Nanti kita akan lihat apa kata mereka kepada orang yang keluar dakwah.

أَو كانوا غُزًّى

atau keluar berperang

Dan mereka juga berkata sesuatu kepada para sahabat yang mukmin yang keluar berjihad di jalan Allah ‎ﷻ.

Telah banyak kita belajar tentang ayat-ayat jihad dalam surah Baqarah sebelum ini dan surah ini juga, maka kita sudah tahu kepentingan dijalankan jihad itu. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan tentunya salah satu daripada pengorbanan itu adalah jiwa sendiri. Kalau keluar berjihad, tentunya ada yang cedera dan ada ramai yang mati.

Apa kata puak-puak Munafik itu?

لَّو كانوا عِندَنا ما ماتوا وَما قُتِلوا

Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh

Inilah kata-kata yang keluar daripada mulut mereka: “Kalaulah mereka itu (para sahabat yang keluar jihad) duduk-duduk di sisi kami sahaja”; iaitu tidak keluar berdakwah, tidak keluar berjihad, orang munafik kata tentu mereka tidak akan dibunuh.

Inilah kata-kata orang kafir sebenarnya. Bila mereka kata begitu, zahirlah sifat munafik mereka. Sifat munafik itu duduknya dalam diri manusia, kerana itu kita tidak tahu kalau lihat pada luaran sahaja tetapi kalau mereka sudah keluar daripada mulut mereka sendiri, kita sudah dapat pengenalan sifat kekufuran mereka.

Itulah cara untuk tahu siapa yang ada sifat munafik. Maka, kalau kita sudah tahu, maka kita kena berhati-hati dengan mereka kerana mereka itu tidak boleh dibuat kira untuk bersama dengan kita menjalankan kerja-kerja agama.

لِيَجعَلَ اللَّهُ ذٰلِكَ حَسرَةً في قُلوبِهِم

Allah jadikan yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka

Allah‎ ﷻ jadikan kata-kata mereka itu sebagai penyesalan dalam hati kepada mereka. Mereka akan menyesal kerana mereka telah berkata begitu. Penyesalan itu akan berlaku di akhirat kelak.

وَاللَّهُ يُحيي وَيُميتُ

Allah yang menghidupkan dan yang mematikan,

Hidup dan mati bukan kerana musafir atau jihad, tetapi ditentukan oleh Allah ‎ﷻ. Ada yang pergi berjihad tetapi tidak mati; ada yang tidak berjihad tetapi mati juga. Adakah kalau mereka duduk-duduk di rumah dengan anak bini, mereka boleh yakin dan pastikan yang mereka tidak akan mati? Tentu tidak, bukan?

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.

Apa sahaja yang kita lakukan untuk kebaikan, Allah ‎ﷻ tahu dan Allah ‎ﷻ akan balas; begitu juga kalau kita lakukan keburukan, Allah ‎ﷻ tahu dan Allah‎ ﷻ akan balas. Termasuk juga kata-kata kita yang tidak sepatutnya, seperti kata-kata golongan munafik itu.

Tafsir Ayat Ke-157

Ini adalah jawapan kedua kenapa kadang-kadang Allah ‎ﷻberi kekalahan kepada orang Mukmin dalam peperangan dan ayat ini adalah ayat tabshir kepada mukminin.

وَلَئِن قُتِلتُم في سَبيلِ اللَّهِ أَو مُتُّم لَمَغفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَحمَةٌ خَيرٌ مِّمّا يَجمَعونَ

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa – semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

وَلَئِن قُتِلتُم في سَبيلِ اللَّهِ

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah

Sekiranya kamu dibunuh semasa berada pada jalan Allah ‎ﷻ, iaitu semasa menjalankan kerja-kerja dakwah atau berjihad fisabilillah.

أَو مُتُّم

atau kamu mati

atau kamu mati dengan cara biasa (bukan di medan jihad) tetapi mati dalam menyempurnakan hukum Allah ‎ﷻ.

لَمَغفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ

sesungguhnya keampunan daripada Allah

Maka kamu akan mendapat pengampunan daripada Allah ‎ﷻ. Inilah yang amat-amat kita harapkan. Kita berharap sangat supaya segala dosa kita dihapuskan kerana kalau kita beriman, tetapi ada juga dosa-dosa kita, kita akan dimasukkan ke dalam neraka juga untuk membersihkan dosa kita.

Selepas dosa sudah bersih, barulah kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Masalahnya, kita tidak tahu berapa lama kita akan berada di neraka itu. Maka, kita minta ampunlah sahaja kepada Allah‎ ﷻ supaya segala dosa kita diampunkan (sedikit, besar atau banyak mana pun).

Sekarang Allah ‎ﷻ berjanji akan memberi pengampunan kalau sedang berjihad kerana itu, hendaklah kita berjuang fisabilillah dan mati semasa menyempurnakan hukum Allah ‎ﷻ supaya kita tidaklah mati katak sahaja.

وَرَحمَةٌ

dan rahmat

Allah‎ ﷻ juga berjanji akan memberikan rahmat kalau kita melakukan jihad. Kita memang mengharapkan rahmat daripada Allah ‎ﷻ kerana dengan rahmat-Nya sahaja kita boleh masuk syurga. Ini sebagaimana dinyatakan dalam hadith berikut:

Dalam hadith Jabir bin Abdillah رضي الله عنه disebutkan sabda Nabi ﷺ,

لَا يُدْخِلُ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ، وَلَا يُجِيرُهُ مِنَ النَّارِ، وَلَا أَنَا إِلَّا بِرَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ

Tidak ada amalan seorangpun yang boleh memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkannya daripada neraka. Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat daripada Allah ‎ﷻ

(HR. Muslim No. 2817)

Nabi ﷺ telah beritahu kita bahawa tidak ada sesiapa, termasuk baginda sendiri yang masuk ke dalam syurga hasil daripada amal ibadat yang dilakukan semasa di dunia. Kita hanya dapat masuk dengan rahmat Allah ‎ﷻ sahaja. Ini kerana segala amal ibadat kita, tidak kira berapa banyak, tidak akan cukup untuk membalas segala nikmat yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita.

خَيرٌ مِّمّا يَجمَعونَ

adalah lebih baik daripada apa yang mereka itu himpunkan

Pengampunan daripada Allah ‎ﷻ dan rahmat-Nya itu lebih baik daripada apa yang dikumpulkan oleh orang-orang munafik itu. Mereka tidak mahu berjuang di jalan Allah ‎ﷻ, dan tentunya tidak mahu infaq atau berkorban apa-apa sahaja. Ini kerana mereka hendak mengumpul kekayaan dunia.

Namun apa yang mereka kumpulkan itu, tidak langsung dapat dibandingkan dengan apa yang akan diberikan oleh Allah ‎ﷻ kepada orang mukmin yang mati di jalan-Nya. Maka dari sini kita kena pandai nilai apa yang lebih menguntungkan diri kita.

Tafsir Ayat Ke-158

Dalam ayat sebelum ini, disebut bahawa kalau sesiapa yang mati semasa berjihad di jalan Allah ‎ﷻ, atau mati biasa semasa mengerjakan suruhan Allah ‎ﷻ, Allah ‎ﷻ akan membalas dengan keampunan dan rahmat daripada-Nya.

وَلَئِن مُّتُّم أَو قُتِلتُم لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ

Demi sesungguhnya! Jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).

وَلَئِن مُّتُّم أَو قُتِلتُم

Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh,

Sama ada mati cara biasa atau mati berjihad.

لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ

sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan

Kepada Allah ‎ﷻ akan dikumpulkan semua sekali. Tidak pergi ke tempat lain lagi. Maka, apakah yang kita akan persembahkan kepada Allah ‎ﷻ? Apakah dengan dosa atau dengan pahala? Adakah kita beritahu kita sudah jalankan tanggungjawab yang Dia berikan, atau sebaliknya? Jika sebaliknya, apakah hendak dijawab nanti?

Tafsir Ayat Ke-159

Walaupun para sahabat ada yang melakukan kesalahan, tetapi Nabi ﷺ tidak menghukum mereka. Mereka masih boleh duduk-duduk bersama majlis Nabi ﷺ. Nabi ﷺ kata semua yang terjadi itu adalah takdir Allah ‎ﷻ. Cuma Nabi ﷺ berilah nasihat supaya perkara itu jangan bagi terjadi lagi.

Nabi ﷺ boleh bersabar dengan mereka kerana Nabi ﷺ telah diberikan dengan sifat tabah dan sabar. Itu menunjukkan betapa untungnya sahabat Nabi ﷺ, kerana mendapat seorang pemimpin seperti Nabi Muhammad ﷺ. Jadi ayat ini adalah tasliah kepada sahabat Nabi ﷺ.

فَبِما رَحمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

فَبِما رَحمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka

Dengan sebab rahmat yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada Nabi ﷺ, maka Nabi ﷺ masih dapat berlembut dengan mereka walaupun kesalahan besar yang mereka telah lakukan di Uhud. Allah ‎ﷻ mengingatkan bahawasanya sifat berlembut itu datangnya daripada Allah ‎ﷻ.

Allah ‎ﷻ mahu supaya Nabi ﷺ berlembut kepada umatnya kerana baginda mewakili rahmat Allah ‎ﷻ. Walaupun kesalahan mereka berat, sampai ramai yang mati, mereka masih boleh duduk-duduk dengan Nabi ﷺ kerana Nabi ﷺ tidak marah mereka.

Ini adalah sifat pemimpin yang baik dan Nabi ﷺ ada sifat ini. Kita juga kena ambil pengajaran daripada sifat ini. Jangan garang sahaja sepanjang masa. Jangan tunjuk sifat marah-marah tidak tentu hala.

وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

Allah ‎ﷻ beritahu yang kalau Nabi ﷺ berlidah tajam فَظًّا (cakap yang menikam hati), atau غَليظَ القَلبِ – hati keras tidak mudah memaafkan orang, nescaya para sahabat yang berjuang bersama baginda itu akan lari daripada baginda. Namun oleh kerana sifat baginda yang lembut terhadap mereka, mereka tidak lari. Mereka tahu mereka salah tetapi mereka masih boleh duduk dengan baginda, kerana Nabi ﷺ masih melayan mereka dengan baik. Ini mengajar kita tentang kepemimpinan.

Kita kena berlembut dengan orang bawahan kita kerana kena jaga emosi mereka. Bayangkanlah para sahabat itu bukan calang-calang manusia. Mereka sanggup bermatian kerana Islam dan kerana Nabi Muhammad ﷺ itu Rasul utusan Allah ‎ﷻ.

Namun kalau mereka pun kena maki dengan Nabi ﷺ, mereka pun akan lari juga dari sisi baginda kerana tidak tahan telinga dan pecah jiwa mereka. Jadi kalau kita berada dalam kedudukan tinggi dalam keluarga, dalam kelas pengajian, dalam persatuan, dalam halaqah dan sebagainya, kena ambil tahu perkara ini. Walaupun sama-sama belajar, tetapi kalau pemimpin atau ustaz itu jenis kaki maki, tuduh anak murid tanpa usul periksa, anak murid pun boleh lari.

Bukannya anak murid itu tidak mahu belajar, tolak Islam atau munafik, tetapi perangai ustaz itu yang menjauhkan anak murid. Janganlah bila anak murid sudah tidak datang kelas pengajian, tuduh anak murid ‘sudah rasa pandai’… atau pelbagai tuduhan lagi dilemparkan pula. Kena tengok kepada diri sendiri dahulu, apa kesalahan yang diri sendiri sudah buat.

Sama jugalah dengan pemimpin dalam persatuan dan apa-apa perkumpulan pun. Walaupun perkumpulan itu menyokong kuat untuk menegakkan agama Islam. Bukannya mereka sudah tidak mahu tolong agama Islam, tetapi mereka sudah tidak sesuai dengan pemimpin yang memimpin persatuan itu.

Kita jangan pula kata: Nabi ﷺ bolehlah memaafkan mereka sebab baginda itu Nabi. Kita kena ingat yang akhlak Nabi itu adalah contoh ikutan kita kerana Nabi ﷺ bukan memainkan peranan sebagai Rasul sahaja, tetapi juga sebagai ayah, sebagai ketua, sebagai sahabat, dan pelbagai tugas lagi. Ini kerana Nabi ﷺ memakai banyak ‘topi’ dan kita kena peka kepada perlakuan Nabi ﷺ (supaya kita boleh belajar daripada baginda). Kalau bukan akhlak dan contoh Nabi ﷺ yang kita ikuti, contoh siapa lagi?

فَاعفُ عَنهُم

Oleh itu maafkanlah mereka

Maaf sahajalah kesilapan mereka. Semua manusia akan melakukan kesilapan. Para sahabat pun telah belajar daripada kesilapan mereka. Ada ayat-ayat Al-Qur’an yang sudah tegur mereka yang akan kekal sampai ke hari Kiamat dan Allah ‎ﷻ pun sudah maafkan mereka.

وَاستَغفِر لَهُم

dan pohonkanlah ampun bagi mereka,

Nabi ﷺ disuruh minta ampun kepada Allah ‎ﷻ bagi pihak mereka. Mereka pun tentunya sudah berkali-kali meminta pengampunan dan Nabi ﷺ pun disuruh untuk ampunkan mereka.

وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ

dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan

Dan sentiasa meminta cadangan mereka dalam urusan-urusan khas. Masih boleh lagi bermesyuarat dengan mereka. Tunjukkan yang pemdapat mereka diambilkira. Tentu perasaan mereka akan lebih lega kalau dilakukan sebegitu.

Maknanya, jangan sisihkan mereka. Kalau kita tidak marah kepada mereka, tetapi pendapat mereka tidak didengari lagi, tidak diajak mesyuarat lagi, tentulah mereka akan terasa juga, bukan?

Ayat ini juga mengajar pemimpin untuk mendengar pendapat orang bawahan. Betul-betul dengar. Bukan menunjuk macam dengar sahaja, tetapi kemudian idea mereka dimasukkan ke dalam tong sampah. Lagi teruk, semasa mereka beri cadangan pun tunjuk muka tidak percaya.

فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ

Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah,

Cuma dalam mesyuarat, kita tidak boleh tengok kepada kehendak majoriti atau minoriti. Kena tengok dan nilai segala keputusan dan pemimpin kena pilih mana yang terbaik dalam semua pendapat itu. Bukannya buat undian pula kerana bukan semua pendapat yang ramai itu yang terbaik.

Memang minta pendapat ahli bawahan, tetapi akhirnya keputusan di tangan ketua. Ketua kena tanya pendapat yang lain supaya dapat idea-idea lain yang dia mungkin tidak terfikir (kerana bukanlah semua ketua itu pandai-pandai belaka).

Dan kemudian kena ingat, kalau sudah nekad kepada satu keputusan, maka peganglah keputusan itu. Selepas itu, apa sahaja yang berlaku, bukanlah disebabkan oleh keputusan mesyuarat yang salah. Hendaklah serah kepada Allah ‎ﷻ dan bertawakal. Jangan salahkan pilihan semasa mesyuarat dulu.

Apa yang berlaku adalah keputusan Allah ‎ﷻ. Bermesyuarat adalah dasar ikhtiar. Kemudian kena serahkan kepada Allah ‎ﷻ. Kejayaan atau kegagalan di tangan Allah ‎ﷻ. Jangan selepas itu hendak kena hantuk kepala ke dinding dan cakap: “Ish, kalaulah aku pakai keputusan yang lain….!”. Itu buang masa kerana ia telah berlalu dan tidak dapat diulang kembali.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

Allah ‎ﷻ mahu kita bertawakal dan menyerah kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Tawakal itu kena ada dengan redha dengan segala keputusan Allah ‎ﷻ. Dimulakan dengan sedar yang Allah‎ ﷻ itu Tuhan dan kita ini hamba sahaja. Sebagai hamba, kena redha dengan apa yang ditetapkan oleh Allah ‎ﷻ. Kena sedar yang usaha kita sebagai manusia adalah terbatas. Kita memang kena usaha, tetapi selepas usaha, kena serah keputusan kepada Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-160

إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم ۖ وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِّن بَعدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Dia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;

Orang mukmin sedar yang pertolongan Allah ‎ﷻ akan diberi kepada mukminin yang menjaga syarat (antaranya kena bertaqwa dan taat kepada pemimpin perang).

Dan kita kena sedar yang kita amat memerlukan pertolongan Allah ‎ﷻ. Kalau Allah‎ ﷻ tolong, tidak akan ada kuasa lain yang dapat mengalahkan kita. Kalimah غالِبَ adalah apabila ada kuasa yang lebih kuat daripada kita yang paksa kita melakukan sesuatu. Tidak kira apa yang mereka ada. Bukankah sudah banyak contoh peperangan yang tentera Islam bilangannya sedikit, tetapi mereka tetap menang? Ini kerana Allah ‎ﷻ yang beri kemenangan itu.

وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِّن بَعدِهِ

dan jika Dia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah?

Kalau Allah ‎ﷻ sudah tinggalkan kita, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita langsung, walaupun satu dunia hendak menolong kita.

Perkataan يَخذُلكُم berasal daripada خدل yang bermaksud kawan yang meninggalkan kawannya semasa kawannya itu amat memerlukan pertolongan. Kita memang amat memerlukan pertolongan Allah ‎ﷻ, bukan? Namun bagaimana kalau Allah ‎ﷻ tinggalkan kita? Tentulah amat malang sekali. Maka, hendaklah kita jaga syari’at supaya mendapat pertolongan Allah ‎ﷻ.

Jadi lafaz خدل bermaksud meninggalkan kawan semasa kawan itu memerlukan pertolongan. Inilah yang telah dilakukan oleh puak munafik apabila 300 daripada mereka meninggalkan Nabi ﷺ dan para sahabat di medan Uhud. Sekarang Allah ‎ﷻ kata, kalau Dia tinggalkan kita sewaktu kita memerlukan-Nya, bagaimana? Jika Allah ‎ﷻ biarkan kita kerana akidah kita salah atau kita tidak jaga hukum, tidak ada sesiapa yang akan dapat bantu kita.

وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Maka orang yang beriman, kena tawakal kepada Allah ‎ﷻ. Kena jaga hukum Tuhan. Maka itulah sifat orang Mukmin. Maka kita kena sematkan perasaan ini dalam diri kita. Kena usaha untuk dapat tawakal, kena pujuk dan pupuk hati kita. Ia tidak senang kerana sebagai manusia, kita ada sedikit sebanyak rasa kita ada kuasa tetapi kita kena serahkan semua itu kepada Allah ‎ﷻ.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan