Utama Blog Halaman 130

Sirah Nabawiyyah – Peristiwa Ke-10 Hijrah – Ashabussuffah

0

Tahun Ke-10 Hijrah

Siapakah sahabat yang masuk Islam pada tahun ke-10H ?

Walaupun para sahabat ini masuk Islam pada tahun ke-10H dan tidak menyertai sebarang ekspedisi jihad bersama Rasulullah SAW mereka adalah para sahabat yang mana kemuliaan mereka berbanding generasi selepas mereka pada tabaqat yang berbeza.

Imam Ahmad rah. menyusun kitab Musnad beliau berdasarkan tabaqat para sahabat, meletakkan sahabat-sahabat di kota paling jauh dengan Madinah sebagai yang paling akhir.

Ady bin Hatim antaranya. Saya pernah ceritakan tentang beliau seorang pemuka kabilah dan beragama Nasrani. Di dalam Sahih Al-Bukhari ada lebih dari 2 hadis beliau.

Sahabat sahabat di muliakan kerana sifat sami’na wa ato’na. Sifat yang berlawanan dengan Bani Israil. Ujian ketaatan ini hingga di saat-saat akhir hayat Rasulullah SAW ketika Rasulullah SAW membentuk satu jemaah ke sempadan Sham yang di ketuai oleh Usamah bin Zaid yang mana makmumnya adalah di kalangan ahli Badar dan ahli Uhud. Usamah yang berkulit gelap dan masih muda.

Telah menceritakan kepada kami Abu Amir telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Hasan Al Jari telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abu Sa’id ia berkata, Aku mendengar Imarah bin Haritsah menceritakan dari Amru bin Yatsribi Adl Dlamri Ia berkata, “Aku mendapatkan Rasulullah SAW sedang berkhutbah di Mina, beliau bersabda: Ketahuilah, harta seseorang tidak halal untuk saudaranya kecuali atas kerelaan hatinya.” Aku lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku mendapatkan sekawanan kambing milik keponakanku, lalu aku mengambil seekor kambing muda dan aku sembelih, apakah aku berdosa?” Beliau menjawab: “Jika kamu mendapatkan kambing yang gemuk sedang kamu membawa pisau dan kayu bakar (untuk masak), maka janganlah engkau sentuh kambing itu.” Dan ini adalah akhir musnad orang-orang Bashrah radliallahu ‘anhum.” (HR. Ahmad: 20171) – http://hadits.in/ahmad/20171

Ini hadis terakhir dalam Musnad Penduduk Basrah dalam Musnad Ahmad dan dicatatkan oleh penulis Rahimahullah pada tahun 10H wufudnya Bani Hanifah yang mana bersama mereka Musailamah Al Kadzzab.

Al İmam Al Bukhari rah telah meriwayatkan kisah ini dalam sahihnya:

“Telah bercerita kepada kami Abu Al Yaman, telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, dari Abdullah bin Abu Husain, telah bercerita kepada kami Nafi’ bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma berkata; “”Musailamah Al Kadzaab (Si Pendusta) mengunjungi (Madinah) pada zaman Rasulullah SAW hidup dan dia berkata; “”Seandainya Muhammad menyerahkan urusan ini (maksudnya kekuasaan) kepada ku sepeninggalnya maka aku akan mengikutinya””. Lalu dia mendakwahkan hal ini kepada orang banyak dari kaumnya. Kemudian Rasulullah SAW berserta Tsabir bin Qais bin Syammas menemuinya sementara di tangan Rasulullah SAW ada selembar daun, lalu beliau berhadapan dengan Musailamah dan teman-temannya seraya berkata: “”Seandainya kamu meminta selembar pelepah kurma ini, aku pasti tidak akan memberinya kepada mu dan sekali-kali urusan Allah tidak akan diserahkan kepada mu. Dan jika kamu berpaling (menolak kebenaran) pasti Allah akan membinasakan mu. Sungguh aku melihat kamu sebagaimana aku melihatnya dalam mimpi ku tentang kamu””. Kemudian Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, mengkhabarkan kepada ku bahawa Rasulullah SAW bersabda: “”Ketika aku sedang tidur aku melihat di tangan ku ada dua gelang terbuat dari emas dan kebagusan barang tersebut menggiurkan aku lalu aku diberi wahyu dalam tidur ku, agar aku meniupnya. Aku pun meniupnya hingga keduanya terbang (lenyap). Maka aku mentakwilkan mimpi aku itu sebagai dua orang pendusta (yang mengaku sebagai nabi) yang akan timbul sepeninggalan ku. Yang pertama adalah Al ‘Ansiy dan yang lainnya adalah Musailamah Al Kadzab, seorang penduduk Yamamah””. “

Dan perihal Bani Hanifah juga diriwayatkan Al Bukhari dalam sahihnya:

“Telah menceritakan kepada kami Ash Shalt bin Muhammad, dia berkata; Aku mendengar Mahdi bin Maimun berkata; aku mendengar Abu Raja’ Al Atharidi berkata; dulu kami menyembah batu. Apabila kami mendapatkan batu yang lebih baik, maka kami melemparkannya dan mengambil yang lain. Dan apabila kami tidak menemukan batu, kami mengumpulkan segenggam tanah, lalu kami bawakan seekor kambing kemudian kami perahkan susu untuknya. Lalu kami tawaf dengannya. Apabila datang bulan Rejab, kami mengatakan; tidak ada peperangan. Maka kami tidak membiarkan tombak mahu pun panah yang tajam kecuali kami cabut dan kami lemparkan sebagai pengagungan terhadap bulan Rejab. Dan aku mendengar Abu Raja berkata; pada hari Nabi SAW diutus, aku pada waktu itu sebagai seorang anak penggembala unta milik keluarga ku. Tatkala kami mendengar Nabi SAW berdakwah, kami lari ke neraka, yaitu ke Musailamah Al Kadzaab.”

Berkenaan dengan wufud Bani Hanifah antara kabilah yang akhir berjumpa atau menghantar utusan ke Madinah untuk bertemu Rasulullah SAW. Ia berlaku sebelum Haji Wada’.

Bani Hanifah adalah penduduk Yamamah, yang terdiri daripada penternak atau penggembala unta. Yang dimaksudkan adalah penggembala unta besar- besaran ratusan malah ribuan ekor unta.

Bani Hanifah sejak zaman berzaman adalah pembekal makanan baik haiwan ternak, sayuran mahupun buah-buahan kerana Tanah di Yamamah subur dan sesuai untuk penternakan dan pertanian.

Maka kehidupan mereka agak mudah dan mewah. Oleh kerana itu mereka menolak dakwah Rasulullah SAW semenjak dari awal lagi. Bahasa mudahnya mereka berkata ‘kehidupan dah senang tanpa agama İslam, buat apa nak susah-susahkan diri.”

Musailamah Al Kadzaab adalah tokoh kabilah mereka kerana karakter dan keramahannya disenangi oleh penduduk Yamamah. Sehingga tahun ke-10 setelah ramai penduduk Jazirah Arab masuk Islam baru lah mereka datang ke Madinah, dengan niat untuk berunding.

Dengan harta dan kesenangan yang mereka ada, mereka menawarkan untuk menjadi pemimpin orang İslam, selepas Rasulullah SAW.

Mengapa Musailamah berani ‘offer’ begitu? Dengan keadaan Madinah dari segi fizikal dan ekonominya belum cukup kukuh, mereka berfikir dengan kesenangan mereka, umat Islam akan dapat manfaat dari harta-harta mereka. Menariknya penduduk Yamamah asalnya adalah dari Bani Kinanah, yang dari Kinanah ini lahirnya kabilah Quraish.

Jika dalam peta moden kawasan penduduk Bani Hanifah yang menyokong Musailamah adalah di bandar Al Kharj.

Pada tahun ke 10 Hijriyyah Rasulullah SAW berumur 62 tahun. Pada tahun inilah wafatnya İbrahim bin Rasulullah SAW. Anak baginda daripada Sariyah bernama Mariyah berbangsa Qibti yang dihadiahkan Raja Muqawqis pada tahun ke-7 selepas perjanjian Hudaibiyah dan pada yang sama telah terjadi gerhana matahari.

Bersama Baginda SAW daripada anaknya hanya Fatimah R.A, yang lain telah pergi menemui Allah Rabb Al Jalil.

Cucu Baginda Al-Hassan, Al-Husain, Ummu Kalsum dan Zainab serta Umaimah (anak Zainab binti Rasulullah SAW) tinggal di rumah Fatimah R.A

Di kala ini di kalangan Ashabusuffah telah melebihi 70 orang, kerana ramainya yang datang ke Madinah menerima Islam lalu memfokuskan diri untuk bersama sama dengan Rasulullah SAW. Dengan kedatangan ramainya utusan-utusan yang wufud di Madinah tahun 10H adalah tahun penuh dengan ‘daurah’ atau kelas insentif tentang İslam dan yang paling masyhur adalah ‘daurah’ Kabilah Abdul Qais.

 “Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Ghundar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Abu Jamrah berkata aku pernah menjadi penterjemah antara Ibnu ‘Abbas, dan orang-orang, katanya; bahawasanya telah datang rombongan utusan Abdul Qais menemui Nabi SAW lalu Nabi SAW berkata: “”Utusan siapakah ini atau kaum manakah ini?”” Utusan itu menjawab: “”Rabi’ah””. Lalu Nabi SAW berkata: “”Selamat datang kaum atau para utusan dengan sukarela dan tanpa menyesal””. Para utusan berkata: “”Wahai Rasulullah kami datang dari perjalanan yang jauh sementara di antara kampung kami dan engkau ada kampung kaum kafir (suku) Mudlor, dan kami tidak sanggup untuk mendatangi engkau kecuali di bulan suci. Ajarkanlah kami dengan satu perintah yang jelas, yang dapat kami amalkan dan kami ajarkan kepada orang-orang di kampung kami dan dengan begitu kami dapat masuk syurga.”” Lalu mereka bertanya kepada Nabi SAW tentang minuman. Maka Nabi SAW memerintahkan mereka dengan empat hal dan melarang dari empat hal, memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah satu-satunya, beliau berkata: “”Tahukah kalian apa erti beriman kepada Allah satu-satunya?”” Mereka menjawab: “”Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”” Nabi SAW menjelaskan: “”Penyaksian tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan kalian mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang””. Dan Nabi SAW melarang mereka dari empat perkara, iaitu dari meminum dari al hantam, ad Dubbaa` dan al Muzaffaat. Syu’bah menerangkan; terkadang beliau menyebutkan an naqir dan terkadang muqoyyir (bukan naqir). Kemudian Nabi SAW bersabda: “”jagalah semuanya dan beritahukanlah kepada orang-orang di kampung kalian””. “

Kisah kedatangan kabilah Abdul Qais ini diterangkan dengan terperinci oleh ahli Sirah selama 20 hari di Madinah.

Ashab As Suffah adalah mereka yang tinggal di dalam satu bahagian yang agak tinggi berdekatan dengan mimbar Rasulullah SAW dalam Masjid Nabawi. Mereka datang ke Madinah dan mendedikasikan diri untuk mempelajari Islam secara langsung dari Rasulullah SAW. Mereka tinggal di dalam Masjid Nabawi dan keperluan (makan dan minum) mereka didapati dari hasil zakat dan hadiah ahli qariyah Masjid Nabawi.

Antara Ashabussuffah adalah Abu Hurairah r.a , Abu Zar r.a dan beberapa orang lagi. Ulama- ulama ada menyenaraikan nama mereka di antara 100-300 nama dapat disenaraikan yang dikatakan Ashabussuffah.

Di zaman Umar r.a kebanyakan Ashabussuffah ini dilantik memegang jawatan penting seperti penjaga perbendaharaan dan wakil khalifah termasuk Abu Hurairah yang di hantar ke Bahrain.

Kisah Ashabussuffah dari riwayat Al-Bukhari:

“Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim, seperti sepenggal hadits ini; telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Dzar, telah menceritakan kepada kami Mujahid, bahawa Abu Hurairah, pernah mengatakan; “”Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, aku pernah menempelkan lambungku di atas tanah kerana rasa lapar, aku juga pernah mengikatkan beberapa batu diperutku kerana rasa lapar. Pada suatu hari aku pernah duduk di jalan yang biasa para sahabat lewati, kemudian lewatlah Abu Bakar, lalu aku bertanya kepadanya tentang ayat dari kitabullah, dan aku tidaklah menanyakannya kecuali hanya agar ia menjamuku namun ia tidak melakukannya. Setelah itu lewatlah Umar, kemudian aku bertanya kepadanya tentang suatu ayat di kitabullah, tidaklah aku bertanya kepadanya kecuali hanya agar ia menjamuku namun ia tidak melakukannya. Setelah itu lewatlah Abul Qasim shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika melihatku beliau tersenyum dan mengetahui apa yang tergambar dari wajah dan hatiku, beliau lalu bersabda: ‘Wahai Abu Hurairah? ‘ Aku menjawab; ‘Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Ikutlah.’ Lalu aku mengikuti beliau, aku lalu minta izin untuk masuk dan beliau mengizinkanku, ternyata aku mendapatkan susu di dalam mangkok, beliau bersabda: ‘Dari mana kalian mendapatkan susu ini? ‘ Orang-orang rumah menjawab; ‘Fulan atau fulanah menghadiahkannya kepada anda.’ Beliau bersabda: ‘Wahai Abu Hurairah! ‘ Aku menjawab; ‘Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Temuilah ahli suffah (para sahabat yang tinggal di pelataran masjid) dan ajaklah mereka ke mari.’ Abu Hurairah berkata; ‘Ahli Suffah adalah para tamu kaum muslimin, mereka tidak tinggal bersama keluarga dan tidak memiliki harta, jika Nabi mendapatkan hasil dari sedekah, maka beliau tidak akan memakannya dan akan mengirimnya kepada ahli suffah, dan apabila beliau diberi hadiah, maka mereka akan mendapatkan bagian dan kadang beliau mengirim sebagiannya untuk mereka.’ Lalu aku berkata; ‘Hal itu membuatku sedih, lalu aku berkata (dalam hati); ‘Apa perlunya ahli suffah dengan susu tersebut, kerana akulah yang berhak daripada mereka, aku berharap dapat minum seteguk susu sekadar bisa bertahan dari sisa waktuku, apabila ada kaum yang datang maka akulah yang menyuguhi mereka, (kataku selanjutnya). Apalah ertinya susu yang tersisa jika bukan untuk suatu ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku pergi dan mengundang mereka, mereka akhirnya datang dan meminta izin, beliau kemudian mengizinkan, sehingga mereka pun mengambil posisi tempat duduk mereka masing-masing, beliau bersabda: ‘Hai Abu Hurairah.’ Aku menjawab; ‘Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Ambil dan berikanlah kepada mereka.’ Aku pun mengambil mangkok tersebut dan memberikannya kepada seorang laki-laki, maka laki-laki itu meminumnya hingga kenyang, setelah itu ia mengembalikannya kepadaku, kemudian aku berikan kepada yang lain, dan ia pun minum hingga kenyang kemudian ia mengembalikan mangkok tersebut kepadaku hingga aku kembalikan mangkok itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mereka semua sudah merasa kenyang. Beliau kemudian mengambil mangkok itu dan menaruhnya di tangan, lalu beliau melihatku sembari tersenyum, beliau bersabda: ‘Wahai Abu Hurairah! ‘ Aku menjawab; ‘Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Sekarang tinggal aku dan kamu.’ Aku menjawab; ‘Benar wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Duduk dan minumlah.’ Lalu aku duduk dan meminumnya, beliau bersabda kepadaku; ‘Minumlah.’ Lalu aku minum lagi dan beliau terus menyuruhku untuk minum, hingga aku berkata; ‘Tidak, demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku sudah tidak sanggup lagi.’ Beliau bersabda: ‘Berikan bejana itu.’ Aku lalu memberikannya kepada beliau, setelah memuji Allah dan menyebut nama-Nya beliau akhirnya meminum sisanya.”””

Ini pula cerita Ashabussuffah ketika dijemput makan di rumah Abu Bakar r.a diriwayatkan Al- Bukhari dalam sahihnya:

“Telah bercerita kepada kami Musa bin Isma’il, telah bercerita kepada kami Mu’tamir, dari bapaknya, telah bercerita kepada kami Abu ‘Utsman, bahawa Abdurrahman bin Abu Bakr radliallahu ‘anhu, bercerita kepadanya bahawa Ashhabus Suffah adalah orang-orang faqir dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suatu kali pernah bersabda: “”Siapa yang memiliki makanan untuk dua orang hendaklah dia mengajak orang yang ketiga, dan siapa yang memiliki makanan untuk empat orang hendaklah dia mengajak orang yang kelima, atau keenam””, atau sebagaimana beliau sabdakan. Abu Bakr pun datang dengan mengajak orang ketiga. Sementara itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengajak sepuluh orang dan Abu Bakr hanya dengan orang yang ketiga. Dia (‘Abdur Rahman) berkata; “”Ketiga orang itu adalah aku, bapakku dan ibuku””. –Perawi (Abu ‘Utsman) berkata; “”Aku tidak tahu apakah dia (‘Abdur Rahman) menyebutkan; “”Isteriku, dan pembantuku yang bekerja di rumahku dan rumah Abu Bakr.””– Lalu Abu Bakr menikmati makan malamnya di rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggal di sana beberapa saat hingga mendirikan shalat ‘Isya’. Lantas ia kembali sampai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menuntaskan makan malamnya. Kemudian Abu Bakr pulang ke rumah setelah agak larut malam sebagaimana yang Allah kehendaki. Isterinya berkata; “”Apa yang menghalangimu dari tamu-tamumu? atau tamumu? (dengan lafadz tunggal) “” (perawi ragu). Abu Bakr menjawab; “”Apakah kamu telah menjamu mereka untuk makan malam?””. Isterinya menjawab; “”Mereka menolaknya sampai kamu datang””. Keluarga Abu Bakr sudah berusaha menjamu mereka namun mereka tetap menolak, hingga mereka sendiri kewalahan untuk mempersilakan. Lalu aku pergi dan bersembunyi. Maka Abu Bakr berkata; “”Wahai Ghuntsar!””. Abu Bakr mencaci dan mencelanya (‘Abdur Rahman) lalu berkata; “”Makanlah””. Lalu Abu Bakar berkata lagi; “”Aku tidak akan memberinya (Abdurrahman) makan selamanya””. Dia berkata; “”Demi Allah, tidaklah kami mengambil satu suap makanan kecuali makanan itu bertambah dari bawah dengan yang lebih banyak dari suapan tersebut hingga mereka kenyang dan makanan itu menjadi lebih banyak dari sebelumnya. Abu Bakr memperhatikannya dan ternyata makanan itu memang bertambah banyak, lalu dia berkata kepada isterinya; “”Wahai saudara Bani Firas (ada apa gerangan)?””. Isterinya menjawab; “”Tidak tahu. Sungguh kesejukan hatiku sekarang adalah bahawa makanan itu bertambah banyak tiga kali lipat dari sebelumnya. Maka Abu Bakr memakannya lalu berkata; “”Sesungguhnya dari setan””, (maksudnya sumpahnya untuk tidak memberi makan kepada Abdurrahman). Lalu dia kembali memakannya satu suap kemudian membawa mangkuk besar berisi makanan itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga makanan itu ada di hadapan beliau. Di antara kami dan kaum itu (ashhabus suffah) ketika itu ada perjanjian (masalah kepulangannya) sehingga ketika waktu perjanjian telah berakhir, kami berpancar dengan diketuai dua belas orang laki-laki (kelompok), setiap satu orang dari mereka (membawa) sekian banyak anggota yang hanya Allah saja yang tahu jumlah orang yang menyertai pada setiap satu orangnya, selain sang ketua diutus bersama mereka. Dia berkata; “”Mereka makan dari makanan (mangkuk yang dibawa Abu Bakr) itu semuanya”” atau sebagaimana dia katakan. Dan orang lain berkata; “”Lalu kami mengetahui bahawa Abu Bakar adalah orang yang bijak.’ “

Peristiwa dengan Ashabusuffah ini dari segi sejarahnya terjadi di antara tahun 7H hingga 10H.

 

 

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-46 hingga Ke-49

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-46:

وَما كانَ لَهُم مِّن أَولِياءَ يَنصُرونَهُم مِّن دونِ اللهِ ۗ وَمَن يُضلِلِ اللهُ فَما لَهُ مِن سَبيلٍ

Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong – yang lain dari Allah – yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).

وَمَا كَانَ لَهُم مِّنْ أَوْلِيَاءَ

Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong

Kalau dalam dunia, kita ada penolong kita – keluarga kita, orang bawahan kita, kawan-kawan kita dan sebagainya, tetapi di akhirat kelak, tidak ada penolong langsung.

Ayat ini untuk mematahkan harapan mereka yang merasakan ada pemberi syafaat yang akan membantu mereka. Allah hendak tegaskan yang tidak sesiapa pun yang akan membantu mereka.

يَنصُرُونَهُم مِّن دُونِ اللهِ

yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka – yang lain dari Allah

Kalau orang-orang yang melakukan kezaliman di dunia, mereka ada penolong mereka, juak mereka, yang akan beri pertolongan dan bantuan kepada mereka. Kalau semasa di dunia, ada yang kenal dengan orang itu, orang ini, politik sana politik sini.

Tetapi di akhirat nanti, mereka tidak ada sesiapa yang akan sokong mereka, tolong mereka. Tinggallah mereka keseorangan. Yang kita boleh harapkan hanyalah Allah SWT sahaja.

Jika kita tidak taat kepada perintah Allah SWT, kita lawan ayat-ayat-Nya, bagaimana hendak mengharap pertolongan dari Allah SWT?

وَمَن يُضْلِلِ اللهُ

dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah

Iaitu mereka yang ditutup hati mereka untuk menerima kebenaran. Ini adalah kerana mereka menentang dan menolak hidayah apabila hidayah sampai kepada mereka.

Apabila mereka menolak berkali-kali, apabila sudah sampai kepada kesesatan peringkat keempat, Allah SWT akan bawa mereka kepada kesesatan.

Janganlah kita sangka yang Allah SWT terus takdirkan sesiapa jadi sesat dari mula lagi, tidak. Allah SWT akan beri peluang kepada manusia.

Namun, apabila mereka sentiasa menolak, barulah Allah SWT kunci mati hati mereka dari menerima kebenaran. Kunci mati hati itu dinamakan Khatmul Qalbi – itulah kesesatan peringkat keempat dan terakhir sekali.

فَمَا لَهُ مِن سَبِيلٍ

maka tidak ada baginya sebarang jalan

Mereka tidak akan mendapat jalan untuk menyelamatkan mereka di dunia dan juga di akhirat kerana perkataan سَبِيلٍ itu boleh merujuk kepada jalan di dunia dan juga jalan di akhirat.

Mereka tidak akan jumpa jalan kebenaran lagi. Walaupun mereka diberikan dengan berbagai dalil dan hujah, mereka tidak nampak. Ramai orang yang sebegini.

Kita telah beri ayat al-Quran yang berbagai-bagai, yang telah jelas; kita sudah beri mereka hadis-hadis yang sahih. Kemudian kita terangkan lagi dalam bahasa yang mudah difahami, tetapi mereka masih lagi tidak nampak kerana jalan kepada iman telah ditutup kepada mereka.

Mereka dulu asyik menolak. Mereka bukan sahaja tolak tetapi mereka menentang sekali – melawan mereka yang bawa dakwah tauhid itu.

Apabila sudah banyak kali menentang, mereka akan ditutup dari menerima kebenaran.

Tafsir Ayat Ke-47

Untuk menyelamatkan diri dari menghadapi nasib yang amat teruk di akhirat, maka ambillah peluang sementara masih hidup ini.

استَجيبوا لِرَبِّكُم مِّن قَبلِ أَن يَأتِيَ يَومٌ لّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللهِ ۚ ما لَكُم مِّن مَّلجَإٍ يَومَئِذٍ وَما لَكُم مِّن نَّكيرٍ

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).

اسْتَجِيبُوا لِرَبِّكُم

sambutlah seruan Tuhan kamu,

Sambutlah dan ikutlah ajakan tauhid yang Allah telah sampaikan dalam ayat-ayat-Nya. Ajakan dan ajaran tauhid itu banyak terdapat dalam al-Quran.

Dan disebut dengan jelas sekali, sampaikan tidak perlu kepada kitab atau hadis pun untuk menerangkannya kerana ia amat jelas sekali.

Yang tidak jelas hanyalah kepada mereka yang tidak mahu belajar sahaja. Maka, hendaklah belajar tafsir al-Quran supaya kita boleh faham.

Sambut itu juga bermakna, apabila kita telah belajar dan tahu, maka hendaklah kita taat kepada-Nya. Segala arahan-Nya kita ikut, dan segala larangan-Nya kita tinggalkan. Jangan setakat faham sahaja, tetapi kena terima sekali.

مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللهِ

sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak;

Apakah hari yang tidak dapat ditolak itu? Itulah hari kita mati. Ini maksud yang pertama.

Keduanya, dimaksudkan Hari Kiamat.

Kalimah مَرَدَّ bermaksud ‘memulangkan’. Seperti kalau ada orang memberi hadiah kepada kita, kita boleh tolak hadiah itu dengan ‘memulangkan’ hadiah itu.

Tetapi apabila Allah SWT telah memulakan kematian seseorang atau memulakan hari kiamat tidak ada sesiapa yang boleh memulangkan atau menolak proses itu. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kematian atau hari kiamat itu dari terjadi.

مَا لَكُم مِّن مَّلْجَإٍ يَوْمَئِذٍ

pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung,

Kalimah مَّلْجَإٍ dari kata dasar لجء yang bermaksud ‘berlindung di dalam kubu’. مَّلْجَإٍ bermaksud tempat berlindung terutama sekali berlindung dari musuh.

Ini adalah kerana di Mahsyar nanti, ianya adalah tanah datar sejauh mata memandang, tiada lubang untuk kita masuk menyorok ke dalamnya atau bukit/tempat tinggi yang kita boleh berselindung di sebaliknya.

وَمَا لَكُم مِّن نَّكِيرٍ

dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan

Kalimah نَّكِيرٍ dari kata dasar نكر yang boleh bermaksud ‘ganjil’ atau ‘tidak disukai’. نَّكِيرٍ dalam ayat ini bermaksud ‘menafikan’.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan hari Kiamat dari berlaku, menafikan dosa mereka pada hari itu, menafikan hukuman yang dikenakan oleh Allah SWT.

Kalimah نَّكِيرٍ juga boleh bermaksud seseorang yang menolong kita.

Maknanya pada Hari Kiamat itu nanti, tidak akan ada sesiapa pun yang boleh menolong kita dan menyelamatkan kita daripada azab Allah SWT. Keluarga kita pun tidak boleh hendak tolong kita.

Mereka pun tidak kisah dengan kita kerana mereka pun sibuk dengan hal mereka.

Maknanya, kita tidak boleh mengharap orang lain di akhirat kelak. Kita cuma boleh berharap kepada iman dan amal kita sahaja.

Maka beramallah dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak menyesal di sana nanti. Kerana kita pasti akan menghadapinya.

Tafsir Ayat Ke-48:

Ada Tasliah dan ada Zajrun dalam ayat ini.

فَإِن أَعرَضوا فَما أَرسَلناكَ عَلَيهِم حَفيظًا ۖ إِن عَلَيكَ إِلَّا البَلاغُ ۗ وَإِنّا إِذا أَذَقنَا الإِنسانَ مِنّا رَحمَةً فَرِحَ بِها ۖ وَإِن تُصِبهُم سَيِّئَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم فَإِنَّ الإِنسانَ كَفورٌ

Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutus mu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugas mu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepada mu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

فَإِنْ أَعْرَضُوا

Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar,

Iaitu mereka yang setelah diberikan dengan berbagai-bagai hujah, berbagai-bagai dalil, mereka masih juga tidak mahu terima, masih menolak.

Malah, ada yang menentang dan mengejek kita. Macam Abu Jahal yang menentang dan mengejek Rasulullah SAW.

Biasa sangat kita jumpa orang sebegini. Mereka masih juga hendak pakai pemahaman mereka yang mereka belajar dahulu.

Mereka masih juga hendak pakai kata guru mereka, ustaz mereka, kitab karangan manusia.

Mereka masih juga hendak pakai amalan tok nenek yang telah lama diamalkan dalam masyarakat. Antaranya, Solat Hajat dan Majlis Tahlilan.

Maka, apakah kata Allah tentang mereka ini?

فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

maka Kami tidak mengutus mu sebagai penjaga terhadap mereka;

Tidak diutuskan sebagai ‘penjaga’ bermaksud Nabi Muhammad SAW tidak boleh paksa mereka beriman; tidak boleh hendak jaga setiap amalan mereka; tidak boleh hendak hukum mereka kalau mereka buat amalan yang salah.

Maka, janganlah baginda bersedih kalau mereka tidak mahu ikut dakwah baginda.

Kita pun begitu juga. Jangan kata orang lain, anak kita sendiri pun kita tidak boleh jaga dan paksa untuk beramal dengan amalan sunnah.

Kita boleh suruh dan paksa mereka solat kalau mereka ada dengan kita, tetapi belakang kita? Waktu kita tidak ada bersama mereka? Kalau tinggal dengan kita, bolehlah kita rotan mereka, kalau mereka keluar dengan kawan-kawan, duduk di asrama, bagaimana?

Kalau dengan anak sendiri tidak boleh, apatah lagi dengan orang lain.

Maka, tidaklah kita dipersalahkan kalau mereka buat kesalahan. Sebab kita telah pesan kepada mereka dan dedahkan mereka kepada kebenaran dari al-Quran dan Sunnah, mereka sahaja tidak mahu terima. Apakah tugas kita sebenarnya?

إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ

sesungguhnya ke atas mu tidak lain, hanyalah menyampaikan

Inilah tasliah dalam ayat ini. Tugas Nabi dan tugas kita adalah hanya menyampaikan sahaja. Dan kena sampaikan semua sekali ayat-ayat al-Qur’an.

Kita pun begitu juga. Kita hendaklah menjalankan kewajiban dakwah kepada manusia. Itu sahaja.

Sama ada hidayah itu sampai atau tidak, bukan urusan dan bukan dalam daya kita. Allah SWT sahaja yang boleh memberi mereka faham dan masukkan iman ke dalam diri mereka. Kita cuma kena sampaikan kepada semua orang.

Kita tidak tahu siapakah yang akan tolak dan siapakah yang akan terima. Memang kita akan bersedih apabila orang tidak terima malah menolak dakwah kita, tetapi Allah SWT pujuk dengan beritahu kita yang tugas kita hanya sampaikan sahaja.

Yang dapat memberi faham dan menyampaikan hidayah kepada makhluk hanyalah Allah SWT sahaja.

Sebab itulah kadang-kadang ada yang mudah terima dan ada yang tidak. Walaupun dalil yang sama diberikan kepada mereka kerana tidak sama penerimaan manusia dengan manusia yang lain.

Ramai yang tidak faham atau tidak ambil berat kewajiban berdakwah. Ramai yang belajar agama tapi mereka tidak ajak orang lain. Mereka macam hendak lepaskan diri sendiri sahaja.

Padahal ramai manusia yang tidak tahu ilmu agama. Ramai yang tidak faham sebenarnya. Mereka dulu belajar sekolah agama semasa di sekolah rendah dan menengah, dan itu sahaja yang mereka pegang sampailah mereka dewasa. Namun, apa yang mereka belajar di sekolah itu tidak cukup lagi.

Banyak lagi yang kita kena belajar sebenarnya. Pembelajaran agama ini berterusan sampai kita mati. Tetapi masalahnya, apabila yang sudah belajar pula yang tidak beritahu kepada yang tidak belajar.

Mereka ‘simpan’ ilmu. Mungkin mereka segan, mungkin mereka malas, mungkin mereka sangka mereka belum cukup ilmu untuk menyampaikan, atau apa-apa sahaja alasan.

Itu semua adalah alasan yang salah. Allah dan Nabi banyak mengingatkan kita untuk menyampaikan. Kalau sikit yang kita tahu, maka sikitlah yang kita sampaikan. Jangan biarkan masyarakat kita terus berada dalam kejahilan.

Sampaikan dakwah kepada mereka. Kalau anda tidak pandai berkata, sampaikan tulisan ini; ajak mereka ke kelas agama (yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah).

Jangan pula ada guru yang menahan anak muridnya dari menyampaikan kepada orang lain. Jangan pula ada guru yang meletakkan syarat yang tidak patut-patut – umpamanya ada guru yang kata anak murid kena belajar sampai habis tafsir dan kitab hadis, baru boleh mengajar.

Siapa yang ajar begitu? Adakah kamu buat pemahaman kamu sendiri? Adakah kamu hendak halang manusia dari berdakwah?

Dalam kita belajar, pastikan kelas pembelajaran itu adalah dari pembelajaran yang benar. Janganlah pula kita terjerumus ke dalam kesilapan memilih pengajian.

Banyak orang yang mahukan ilmu agama. Keinginan sudah ada, tetapi kalau tersalah pilih, menjadi masalah pula.

Sebagai contoh, ada juga pergerakan yang membuat kelas tafsir Quran. Gerakan ini diberi berbagai nama. Ada yang panggil mereka Pemuda al-Kahfi, Kumpulan ad-Din, NII (Negara Islam Indonesia), N11 dan ada juga yang menamakan mereka Tafsir MLM.

Mereka dinamakan MLM kerana setiap ahli dari kumpulan ini mesti mencari lima orang ‘kaki’.

Mereka menamakan diri mereka Pemuda al-Kahfi (pemuda gua – mengambil nama dari Surah al-Kahfi) kerana mereka amat berahsia dalam pengajaran mereka kerana mereka kata kalau ramai orang yang tahu, pihak kerajaan akan menangkap mereka.

Memang mereka kena rahsiakan pergerakan mereka kerana pengajaran mereka adalah pengajaran yang sesat. Mereka juga dinamakan sebagai NII (Negara Islam Indonesia) kerana mereka hendak membina Negara Islam di Indonesia.

Dari apa yang kita tahu, mereka ini hanya mahukan wang orang ramai. Mereka akan mencari orang yang ada kekuatan kewangan sahaja kerana mereka mengenakan bayaran untuk belajar.

Sampaikan untuk bertaubat pun kena bayar! Ingatlah, apabila satu-satu pengajaran itu berahsia, kita perlu berwaspada dengan mereka kerana ajaran-ajaran sesat memang akan hanya mengajar dalam rahsia kerana mereka tahu yang ajaran mereka itu tidak masuk akal dan akan diserang oleh mereka yang tahu.

Apabila ia berahsia, maka senanglah mereka untuk memilih orang-orang yang senang ditipu. Mereka akan suruh pelajar mereka berahsia, kerana mereka tahu yang kalau ajaran mereka didedahkan, tembelang mereka akan pecah.

Mereka hanya menggunakan terjemah al-Quran yang tertentu dan mereka mentafsir al-Quran berdasarkan kepada pemahaman mereka yang tidak langsung menggunakan tafsiran dari ulama-ulama Salaf.

Mereka tafsir berdasarkan ‘terjemahan’ dalam bahasa Melayu, sedangkan al-Quran itu dalam bahasa Arab.

Antara yang mereka kata, kisah tentang Sapi Betina dalam surah Baqarah itu adalah suruhan Allah untuk mencari ‘orang yang kaya’ untuk belajar dengan mereka. Mereka memang mencari orang yang berkedudukan atau nampak berharta kerana mereka hendakkan duit orang.

Inilah yang kita takut. Kita takut orang yang ingin belajar agama tetapi mereka ditipu oleh mereka yang jahil atau yang mencari peluang untuk mendapatkan benda yang lain. Mereka ini dikatakan masih aktif lagi.

 

وَإِنَّا إِذَا أَذَقْنَا الْإِنسٰنَ مِنَّا رَحْمَةً فَرِحَ بِهَا

Dan sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia sangat bergembira dengannya;

Inilah bahagian zajrun dalam ayat ini. Banyak sangat rahmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Allah SWT gunakan perkataan رَحْمَةً dalam ayat ini kerana ia adalah ‘pemberian’ dari Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang semestinya kita dapat.

Disebabkan Allah SWT sayang kepada kita lah yang menyebabkan Dia berikan رَحْمَةً itu kepada kita. Maka, bersyukurlah kita apabila kita dapat rahmat itu. Jangan pula kita marah kalau tidak dapat. Jangan kita marah Allah SWT sebab tidak beri rahmat dan rezeki kepada kita.

‘Rahmat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘kesan’ dari ‘rahmat’ itu kerana rahmat yang sebenarnya adalah dapat masuk ke dalam syurga dan nikmat itulah yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Mereka mahu kaya, sihat dan sebagainya.

Tentulah manusia akan gembira dengan nikmat. Tetapi ada yang gembira sangat sampai jadi sombong. Sebab dia sangka dia dapat kebaikan itu kerana usahanya. Padahal, pemberian itu adalah kerana رَحْمَةً dari Allah SWT. Ia adalah ‘pemberian’ dari Allah SWT kerana sifat Pemurah-Nya. Bukan kerana usaha makhluk itu.

Ada kegembiraan yang dibenarkan dan ada kegembiraan yang tidak dibenarkan, iaitu kalau gembira dengan ada sombong. Dan satu lagi, gembira sahaja guna nikmat yang Allah SWT berikan, tidak ikut apa yang disuruh lakukan, tetapi lawan pula. Mereka itu gembira tanpa haq. Mereka guna nikmat Allah SWT tetapi derhaka kepada Allah SWT.

Manusia itu gembira sangat sampaikan tidak bersyukur dengan pemberian Allah SWT. Gembira sampai sudah tidak ingat Allah SWT. Ini adalah jenis gembira yang salah.

Kenapa dalam potongan ayat sebelum ini disebut tentang mereka yang menolak ajakan dakwah, dan dalam potongan ayat ini tentang mereka yang gembira dengan pemberian Allah SWT? Apakah kaitannya?

Ini adalah kerana kadang-kadang yang menolak dakwah itu adalah kerana mereka sedang sibuk bergembira dengan kemewahan yang diberikan kepada mereka.

Sedang sibuk main golf, sibuk bersiar-siar ke luar negara, sibuk main PS3, dan macam-macam lagi sibuk mereka. Sibuk menggunakan harta yang Allah SWT berikan, sampai tidak ada masa hendak datang belajar. Mereka hendak bergembira sahaja.

وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ

dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan,

Lihatlah beza dalam dua jenis pemberian Allah SWT itu. Apabila Allah SWT sebut tentang pemberian nikmat, ianya adalah atas رَحْمَةً (RahmatNya). Tetapi apabila menyebut tentang pemberian kesusahan, ia adalah kerana ‘dosa-dosa yang dilakukan’.

Maknanya, Allah SWT beri kesusahan itu pun kerana kesalahan mereka juga iaitu dosa manusia itu telah diubah dengan musibah semasa di dunia lagi. Antaranya, mereka rasa sempit dalam kehidupan dunia. Asyik tidak puas sahaja dalam apa yang mereka lakukan.

Mereka akan rasa letih mencari-cari apa yang mereka mahukan, tetapi tidak jumpa. Sebaliknya, orang beriman pula akan puas dengan apa yang mereka dapat. Walaupun mereka dapat sikit sahaja tetapi mereka rasa puas.

فَإِنَّ الْإِنسٰنَ كَفُورٌ

maka sesungguhnya manusia itu menjadi kufur

Kalimah كَفُورٌ di dalam ayat ini bukanlah jadi kafir yang keluar dari Islam. Ia bermaksud mereka ‘menidakkan’ segala nikmat yang mereka dapat. Mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang mereka selalu dapat.

Mereka tidak belajar pun wahyu Allah SWT untuk melihat apa yang patut mereka buat semasa mereka hidup di dunia.

Semasa mereka sedang ditimpa kesusahan, mereka sebenarnya masih lagi menerima nikmat-nikmat yang lain.

Tetapi mereka cakap macam mereka hanya dapat susah sahaja. Dan mereka menidakkan segala pemberian Allah SWT sebelum itu. Padahal, telah banyak nikmat yang mereka dapat.

Semua itu adalah dari pemberian Allah SWT juga, tetapi apabila ditahan satu nikmat sahaja, mereka sudah menidakkan segala nikmat yang diberikan kepada mereka selama ini.

Lihatlah hadis dari Sahih Bukhari, Kitab Iman yang memperkatakan perkara ini:

حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ {قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ . قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ؟ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ}

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari ‘Atho’ bin Yasar dari Ibnu ‘Abbas berkata, Nabi SAW bersabda: “Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Kerana mereka يَكْفُرْنَ (mengingkari)”. Ditanyakan kepada baginda: “Apakah mereka mengingkari Allah SWT?” Beliau bersabda:

“Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja kejelekan darimu maka dia akan berkata: ‘aku belum pernah melihat kebaikan sedikit pun dari mu”.

Perkataan yang digunakan dalam hadis ini juga adalah ‘kufur’ – يَكْفُرْنَ. Ini adalah kerana mereka ‘kufur’ dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh suami mereka.

Bagaimana ini boleh terjadi, apakah contohnya? Mungkin ada kalangan kita yang kata begini apabila bertelagah dengan suami: “Sejak kahwin dengan awak, saya tak pernah merasa senang!”.

Itulah contoh perkataan kufur mereka. Mereka memang susah waktu itu, tetapi selama-lama mereka berkahwin, takkan tidak pernah suaminya itu bercakap baik dengannya, belikan makanan kepadanya, belikan barang-barang kepadanya?

Tetapi si isteri itu menidakkan semua itu dengan berkata: “tak pernah merasa senang!”. Begitulah contohnya.

Dan bukan kepada wanita sahaja. Yang lain pun ramai juga mungkin berkata: “Kenapalah nasib aku begini, tak pernah rasa senang. Dari kecil sampai besar ni, susah sahaja memanjang…”.

Selain dari itu, ramai dari kalangan manusia apabila mereka tidak mendapat sesuatu, mereka akan meraung dan berkata: kenapa mereka tidak mendapatnya.

Ini adalah kerana mereka merasakan mereka ada ‘hak’ untuk mendapatnya, dan apabila ianya diambil nikmat itu seketika, mereka rasa seperti hak mereka telah diambil.

Kata-kata begini sebenarnya menidakkan firman Allah SWT yang mengatakan bahawa Dia lah yang memiliki langit dan bumi dan segala yang di dalamnya.

Kalau kita menidakkan Allah SWT sebagai Tuhan, itu adalah kufur Aqidah. Tetapi apabila kita menidakkan Allah SWT memiliki segala-galanya, itu adalah kufur dalam fahaman. Atau kufur dalam bentuk psikologi.

Tafsir Ayat Ke-49

Dalil Aqli – kenapa kita hanya boleh seru Allah SWT sahaja.

لِلهِ مُلكُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ يَخلُقُ ما يَشاءُ ۚ يَهَبُ لِمَن يَشاءُ إِنٰثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشاءُ الذُّكورَ

Bagi Allah SWT jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

لِلهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

Bagi Allah SWT jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi;

Allah SWT memiliki semua sekali alam ini. Oleh itu, kalau hendak apa-apa sahaja, kena minta kepada Allah SWT lah sahaja.

Dalam ayat ini, disebut langit dan bumi kerana itulah sahaja alam yang kita tahu dan boleh nampak. Ia merangkumi segala alam ini. Apa sahaja yang kita tahu wujud, ia adalah hak kepunyaan Allah SWT. Bukan sahaja langit dan bumi tetapi ‘apa sahaja yang di dalamnya’.

Alam ini dan segala isinya tidak dimiliki oleh entiti lain mana pun. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku mereka memiliki secara mutlak apa-apa pun. Kita mungkin ada harta kepunyaan kita, tetapi pemilikan kita itu tidak mutlak.

Oleh kerana segala yang di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT, maka kita hendaklah berdoa terus kepada Allah SWT sahaja, tidak perlu berdoa kepada selain Allah SWT. Dan tidak perlu menggunakan perantaraan dalam doa kita.

يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ

Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya;

Allah SWT lah yang mencipta segala apa yang ada dalam alam ini. Kalau manusia, lalat seekor pun kita tidak boleh hendak cipta.

Dan apabila Allah SWT memiliki semuanya, keputusan qada’ dan qadar adalah dalam Tangan-Nya. Keputusan penciptaan juga tertakluk kepada kehendak-Nya.

Dia sahaja yang menentukan. Tidak ada yang bersekutu dengan-Nya dalam membuat keputusan itu. Tidaklah Allah SWT perlu hendak bertanya kepada sesiapa pun dalam menciptakan atau menjadikan sesuatu.

Tidaklah Allah SWT kena tanya kepada malaikat, kepada Rasul mana-mana pun sebelum Allah SWT hendak buat langit, buat manusia, buat tanaman dan apa-apa sahaja. Allah SWT terus buat sahaja kerana Allah SWT memiliki langit dan bumi.

يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنٰثًا

Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, anak-anak perempuan

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi contoh pemberian-Nya kepada manusia. Dan Allah SWT memilih contoh pemberian anak-anak kerana ini adalah pemberian yang amat besar. Dan Allah SWT mulakan pula dengan menyebut ‘anak perempuan’.

Ini memberi isyarat bahawa anak perempuanlah yang lebih besar pemberianNya kalau dibandingkan dengan anak lelaki. Ini adalah dari segi balaghah – apabila sesuatu itu didahulukan, ia menunjukkan kepentingannya.

Tetapi bagaimana pula dengan kita? Bukankah secara umumnya kita akan lebih mementingkan anak lelaki dari anak perempuan?

Tidakkah itu berlawanan dengan apa yang Allah SWT telah isyaratkan? Dalam surah selepas ini akan disebut lagi tentang lelaki dan perempuan.

Keputusan sama ada satu ibu bapa mendapat anak lelaki atau perempuan adalah keputusan-Nya semata-mata. Kalau Allah SWT hendak satu-satu pasangan itu anak perempuan sahaja, itu adalah dalam keputusan-Nya. Itu pun sudah satu rahmat yang amat besar.

Seperti Nabi Muhammad SAW, Allah SWT hanya kurniakan anak-anak perempuan sahaja. Baginda ada juga anak lelaki tetapi semuanya mati kecil.

Maka, baginda dikurniakan anak perempuan sahaja. Dan baginda ada EMPAT anak perempuan. Tetapi, yang selalu orang kita tahu hanyalah seorang sahaja – Fatimah.

Ini adalah kerana ada percaturan dari puak Syiah yang merancang untuk menutup kewujudan anak-anak yang lain.

Ini adalah kerana mereka hendak mengelabui manusia dengan konsep Ahlul Bayt rekaan mereka. Mereka katakan yang Ahlul Bayt itu hanyalah Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein sahaja.

Mereka tutup keturunan dari Saidina Uthman yang telah berkahwin dengan DUA anak Nabi! Ke mana hilang kisah keturunan Saidina Uthman itu?

Itulah kemusykilan yang kita sedang hadapi sekarang. Ia bagaikan mereka itu hilang dari sejarah. Padahal mereka juga keturunan dari Nabi Muhammad SAW.

Ia adalah satu perkara yang perlu kita fikir-fikirkan. Bukan ruang untuk kita bincangkan di sini, tetapi sejarah Islam memerlukan pemurnian semula.

وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

dan Dia mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Allah SWT boleh sahaja menentukan satu-satu pasangan itu mendapat anak lelaki sahaja. Contoh Nabi yang mendapat anak lelaki sahaja adalah Nabi Ibrahim a.s. Tentunya yang hanya mendapat anak lelaki, mengharapkan anak perempuan juga.

Sebab tidak sama anak perempuan dengan anak lelaki. Yang hanya ada anak perempuan sahaja, mengharapkan dapat juga anak lelaki. Tetapi tidak boleh buat apa, kerana itu adalah ketetapan Allah SWT.

Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

 

Allahu a’lam.

 

 

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-44 dan Ke-45

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-44

Kita telah sebut bahawa tiada dalil yang sahih untuk melakukan syirik kepada Allah SWT. Dan kalau ada dalil yang dibawa orang, itu adalah dalil yang salah dan ia datang dari bisikan syaitan. Dan kalau berterusan mengamalkan amalan syirik itu, maka Allah SWT boleh buat keputusan untuk terus menyesatkan orang itu.

Ia juga mengandungi Takhwif Ukhrawi.

وَمَن يُضلِلِ اللهُ فَما لَهُ مِن وَلِيٍّ مِّن بَعدِهِ ۗ وَتَرَى الظّٰلِمينَ لَمّا رَأَوُا العَذابَ يَقولونَ هَل إِلىٰ مَرَدٍّ مِّن سَبيلٍ

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: “Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?”

وَمَن يُضْلِلِ اللهُ

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT,

Bukanlah Allah SWT zalim untuk menyesatkan sesiapa. Allah SWT beri hidayah kepada semua makhluk-Nya. Tetapi apabila hidayah telah berkali-kali diberikan kepada mereka, mereka masih tidak mahu terima, masih menolak dan menentang, maka Allah SWT akan tutup pintu hidayah kepada mereka.

Mereka tidak akan menerima lagi hidayah selepas itu walaupun apa hujah dan dalil yang diberikan kepada mereka. Itulah maksudnya: ‘disesatkan oleh Allah SWT’. Iaitu Allah SWT ‘kunci mati’ hati mereka dari beriman.

فَمَا لَهُ مِن وَلِيٍّ مِّن بَعْدِهِ

maka tidak ada baginya sesudah Allah SWT sesiapapun yang dapat menolongnya.

Ini adalah sesat ‘peringkat ke-empat’ di mana mereka tidak ada peluang lagi. Apabila pintu hidayah telah ditutup oleh Allah SWT, tidak ada sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Tidak ada sesiapa yang boleh beri hidayah lagi kepada mereka. Kalau kita cuba ajar mereka pun, mereka tidak akan faham kerana Allah SWT telah kunci mati hati mereka dari terima hidayah.

Dan Allah SWT akan azab mereka dan mereka tidak akan ada penolong. Kalau Musyrikin Mekah dahulu, mereka menyangka berhala-berhala dan segala pujaan mereka akan menyelamatkan mereka. Ada juga dari kalangan mereka yang memohon dan menyembah malaikat-malaikat yang mereka anggap sebagai ‘anak perempuan Allah SWT’.

Begitu juga penganut Kristian, mereka sangka Nabi Isa a.s yang mereka sembah itu akan menjadi penolong mereka nanti di akhirat. Pengikut Buddha pula sangka Gautama Buddha akan menjadi penjamin mereka.

Mereka itu semua akan terkejut dan hampa apabila di akhirat kelak. Sangkaan mereka itu tidak akan menjadi kenyataan. Tidak ada sesiapa yang akan memberi pertolongan kepada mereka dan menjamin mereka.

Begitu juga orang Islam kita: ada yang sangka sembahan mereka seperti Nabi Muhammad SAW, Sheikh Abdul Qadir Jalani, Tok Kenali dan wali-wali yang lain, guru-guru mereka, atau sebagainya, akan menjadi penjamin bagi mereka.

Namun, itu adalah anggapan sia-sia sahaja. Mereka mungkin bawa hujah dari tok guru mereka, mimpi mereka, kitab-kitab karangan manusia dan macam-macam lagi, semua bukanlah dalil tetapi dalil khayalan sahaja.

Mereka yang tidak belajar tafsir Al-Quran dengan benar sahaja yang akan tertipu dengan dalil-dalil sebegitu. Itulah sebabnya penting anak-anak kita diajar dengan Al-Quran supaya mereka ada penimbang untuk membeza manakah ajaran yang benar dan tidak senang ditipu.

Jangan jadi mereka yang hendak jadi baik, tetapi pergi masuk kumpulan tarekat. Memang akan kena tipu sahaja lah.

وَتَرَى الظّٰلِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ

 Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab

Allah SWT suruh kita bayangkan keadaan di neraka itu ,iaitu apabila ahli-ahli neraka diperlihatkan neraka yang menyala-nyala kepada mereka. Tidak dapat dibayangkan dengan akal kita betapa hebatnya dan dahsyatnya azab yang mereka akan nampak itu.

Ahli neraka itu adalah mereka yang zalim. Zalim ada banyak jenis. Zalim kepada orang lain, adalah mereka yang menganiaya orang lain. Selain dari itu, ada yang zalim kepada diri sendiri dan ada yang zalim kepada Allah SWT. Zalim kepada Allah SWT bermaksud mereka melakukan syirik kepada Allah SWT. ‘Zalim’ yang dimaksudkan dalam ayat ini lebih kepada zalim kepada Allah SWT iaitu berbuat syirik.

يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِّن سَبِيلٍ

Mereka akan berkata: “Adakah sebarang jalan untuk kami kembali?”

Iaitu mereka berharap untuk kembali ke dunia. Mereka berkata ini dalam keadaan yang menyesal sangat kerana mereka sudah tahu kesalahan mereka.

Mereka tanya kepada kawan-kawan mereka. Dengan berharap ada sesiapa yang tahu jalan hendak keluar dari azab neraka. Mereka akan minta juga kepada guru-guru dan pemimpin mereka yang mereka ikut semasa mereka di dunia; mereka juga akan minta kepada Penjaga Neraka.

Kenapa mereka hendak sangat kembali? Kerana hendak memperbaiki kesalahan-kesalahan mereka semasa di dunia. Dulu semasa mereka di dunia, mereka telah menzalimi Allah SWT, diri mereka sendiri dan orang lain.

Dulu mereka buat amalan syirik, amalan bidaah, bermacam-macam dosa. Apabila di akhirat, mereka menyesal kerana mereka sudah nampak kebenaran. Janganlah kita jadi begitu. Kenalah kita belajar Al-Quran secara talaqqi supaya kita tidak menyesal seperti mereka nanti.

Dalam surah [ al-An’am: 27 ] Allah SWT telah berfirman:

وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami boleh dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.

Mereka mahu balik ke dunia supaya mereka dapat menjadi orang Mukmin. Mereka mahu buat amalan baik, yang sunnah, dan mahu tinggalkan amalan syirik dan bidaah kerana mereka telah sangat menyesal. Bila sudah nampak azab baru hendak beriman.

Tidak kah kita pun hendak jadi macam itu juga? Sebab waktu itu sudah terlambat. Memang tidak akan dikembalikan ke dunia lagi. Dunia pun telah hancur lebur pun, jadi hendak hantar ke mana? Waktu itu adalah waktu untuk mereka menerima azab hasil dari apa yang mereka lakukan semasa di dunia.

Oleh itu, janganlah percaya sahaja kepada kata-kata guru dan manusia lain. Mereka kena bawa dalil dan dalil yang diberikan itu pun kena diperiksa juga sama ada benar atau tidak, sahih atau tidak, sama fahaman dengan salafussoleh atau tidak kerana ada yang bawa dalil, tetapi pemahaman dalil itu tidak seperti yang difahami oleh golongan salafussoleh.

Tafsir Ayat Ke-45

Allah SWT menerangkan keadaan Hari Kiamat sebagai Takhwif Ukhrawi.

وَتَرٰهُم يُعرَضونَ عَلَيها خٰشِعينَ مِنَ الذُّلِّ يَنظُرونَ مِن طَرفٍ خَفِيٍّ ۗ وَقالَ الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّ الخٰسِرينَ الَّذينَ خَسِروا أَنفُسَهُم وَأَهليهِم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ أَلا إِنَّ الظّلِمينَ في عَذابٍ مُّقيمٍ

Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal”.

وَتَرٰهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا

Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka

Maksud didedahkan itu adalah mereka akan dipanggang kepada api neraka. Allah SWT suruh kita bayangkan kalau kita melihat mereka waktu itu. Alangkah menakutkan, alangkah ngerinya!

Mereka akan dipanggang kepada api neraka dan dalam ayat yang lain, ada disebut bagaimana mereka tidak ada penahan dari kepanasan api neraka itu dan mereka hanya boleh menahan dengan muka mereka sahaja. Ini adalah kerana tangan dan kaki mereka telah diikat.

Ini ada disebut dalam Surah Zumar.

Allah SWT suruh kita bayangkan kalau kita melihat mereka dipanggang; bagaimana pula kalau kita yang dipanggang?

خٰشِعِينَ مِنَ الذُّلِّ

dalam keadaan tunduk dengan sebab kehinaan

‘Khusyuk’ adalah apabila tubuh kita tunduk taat. Iaitu apabila tubuh kita kaku ketakutan tidak dapat bergerak. Begitulah keadaannya apabila kita khusyuk dalam solat.

Tubuh kita akan kaku dan tidak bergerak melainkan apa yang disyariatkan sahaja dalam ibadat solat.

Tidaklah dalam solat itu tangan kita bergerak ke sana sini, main janggut, main baju dan sebagainya. Itulah tanda seorang yang tidak khusyuk. Mata kita pun kena tunduk semasa dalam solat, tidaklah mata kita meliar ke mana-mana.

Begitulah juga, orang yang masuk dalam neraka, akan tunduk takut dan taat. Dulu semasa di dunia mereka tidak mahu tunduk dan taat, sekarang baru hendak taat. Namun, sudah terlambat.

Kalimah الذُّلِّ pula adalah perasaan hina yang timbul kerana kita ditekan, apabila kita berada di bawah kawalan orang lain, tidak ada daya dan kuasa pada diri kita untuk menolong diri kita sendiri.

Tentunya perasaan ini akan timbul apabila mereka dimasukkan ke dalam neraka dan mereka pun tahu yang sangat-sangat tahu yang mereka memang tidak boleh melakukan apa-apa lagi.

Waktu itu mereka hanya kena terima sahaja apa yang dikenakan kepada mereka. Penyesalan yang tidak ada hujungnya. Mereka tunduk kerana rasa hina sungguh.

Jika kita telah tahu kebenaran dan tiada daya upaya (tidak berani) untuk menyampaikan kepada orang lain adakah dikira berdosa? Itu kerana iman yang lemah. Seperti hadis yang menyebut apabila melihat kemungkaran:

  1. tolak dengan tangan
  2. tolak dengan mulut
  3. tolak dengan hati dan ini iman yang paling lemah.

Semoga Allah SWT ampunkan. Tugas kita sampaikan sahaja dan beri nasihat sahaja.

Namun, bila ada peluang, cuba lagi. Mungkin masa dulu kita ajak hati dia tidak terbuka, mungkin juga Allah SWT boleh buka hati dia di lain kali.

يَنظُرُونَ مِن طَرْفٍ خَفِيٍّ

sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling

Mereka hanya mampu mengerling dengan rasa malu sahaja. Ada orang yang apabila malu-malu, hanya dapat melihat dengan mengerling sahaja. Dan juga ada yang mengerling kerana takut melihat dengan tepat. Maksudnya melihat tanpa benar-benar melihat.

Takut hendak tengok sesuatu, tetapi dalam masa yang sama, hendak tahu juga iaitu tengok dalam keadaan takut. Macam seorang pelajar yang membuka kertas peperiksaan dan dia tahu yang dia tidak akan berjaya. Mereka buka kertas keputusan itu dengan ketakutan, dengan perlahan dan dengan mengerling sahaja.

Dalam ayat yang lain, ada dikatakan mereka itu dibangkit dalam keadaan buta. Dalam ayat ini, mereka dikatakan sebagai boleh menjeling pula.

Untuk menjamakkan ayat-ayat ini, kita kena tahu bahawa mereka itu memang dibangkit dalam keadaan buta, mereka cuma diberi lihat benda yang menakutkan sahaja, iaitu ditunjukkan neraka kepada mereka.

وَقَالَ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Dan orang-orang yang beriman pula berkata

Waktu itu orang-orang yang beriman akan berkata. Dulu semasa di dunia, mereka tidak boleh berkata begitu, kerana mungkin mereka orang yang lemah. Nampak macam mereka menunjuk-nunjuk pula. Tetapi mereka berkata begitu kerana mereka suka sangat. Apakah kata-kata mereka?

إِنَّ الْخٰسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ

 Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri

Apakah lagi kerugian yang paling besar selain daripada mereka yang dimasukkan ke dalam neraka? Mereka rugi kerana mereka tidak belajar tafsir Al-Quran secara talaqqi sampai mereka faham apa yang mereka baca dalam Al-Quran.

Mereka ada peluang untuk masuk ke syurga, tetapi mereka tidak menjalankan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan mereka masuk ke dalam syurga semasa mereka di dunia. Mereka tidak taat kepada Allah SWT semasa di dunia.

Ada pendakwah yang telah datang kepada mereka memberitahu kebenaran, tetapi mereka tidak mahu terima. Mereka tolak, mereka hina. Mereka diajak belajar tafsir Al-Quran, tetapi mereka tak mahu.

وَأَهْلِيهِمْ

dan keluarga mereka

Kenapa keluarga mereka pun akan rugi juga? Kerana dia ajar anak isteri dia dengan kesesatan yang dia amalkan. Kalau dia ada buat perkara yang syirik atau fahaman yang syirik, dia ada ajar keluarganya tentang perkara itu. Macam ada orang yang ajar anaknya sabung ayam. Dia ajar macam mana hendak basuh ayam itu, latih ayam itu.

Padahal, menyabung ayam adalah haram kerana ada perjudian. Tetapi kerana ayahnya yang ajar, anak itu sangka itu perkara yang boleh dilakukan. Jadi, bukan mereka sahaja yang masuk neraka, tetapi anak beranak sekali masuk neraka disebabkan mereka. Sudahlah mereka rugi, mereka rugikan sekali ahli keluarga mereka.

يَوْمَ الْقِيٰمَةِ

pada hari kiamat

Mereka sangka mereka akan selamat. Kerana mereka tidak pernah memikirkan keadaan mereka di akhirat. Oleh itu, apabila mereka melihat dan merasai sendiri keadaan di Hari Kiamat itu, mereka akan tahu bahawa mereka itu sebenar-benar rugi.

Kalau kita rugi di dunia pun kita sudah rasa menyesal, apatah lagi kalau rugi di akhirat kelak. Tidak sama rugi di dunia dan rugi di akhirat. Rugi di dunia sementara sahaja, tetapi rugi di akhirat adalah untuk selama-lamanya.

أَلَا إِنَّ الظّٰلِمِينَ فِي عَذَابٍ مُّقِيمٍ

Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal”.

Ini adalah Tasdiq Ilahi – Allah SWT membenarkan apa yang dikatakan oleh mereka itu.

Azab itu bukanlah sekejap sahaja, ia akan berkekalan. Apabila kita melakukan amalan syirik, kita akan dimasukkan ke dalam neraka. Apabila dimasukkan ke dalam neraka, dosa syirik tidak akan diampunkan sampai bila-bila. Oleh itu, mereka akan kekal dalam neraka. WALAUPUN mereka orang Islam. Ini disebut dalam surah [ An-Nisa: 48 ]:

إِنَّ اللَّهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

 

 

Allahu a’lam.

Kertas Kerja Konvensyen UiTO 2016 – Legasi Syiah Safawi sebagai Ancaman Dunia Masa Kini

0

Legasi Syiah Safawi Sebagai Ancaman Dunia Islam Masa Kini

Oleh: Mohd Fikri Bin Che Hussain @Fikri Alamghiri

Pengenalan

Begitu banyak perkara yang perlu diselidiki dan dikaji bagi memahami sejarah umat Islam yang begitu panjang dan penuh berliku. Namun sejarah itu pastinya berulang kembali dalam situasi dan lokasi yang berbeza dengan irama yang hampir sama pada setiap masa. Sebahagian besar masyarakat tidak tahu dan sering terlupa serta begitu banyak mencuaikan perkara silam yang pernah berlaku kepada datuk nenek moyang mereka.

Maka ada baiknya mereka kembali mengkaji dan cuba memahami sejarah dan sunan Ilahiyah yang sering sahaja berulang kepada setiap individu, etnik dan juga sesebuah masyarakat tersebut. Penjelasan ini sebagai satu persediaan dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dari aspek serangan akidah, sejarah, politik, sosio ekonomi dan juga kemasyarakatan.

Kajian berkaitan sejarah hitam Kerajaan Syiah Safawi (Safavid) mungkin tidak pernah didengari di kalangan anggota masyarakat kita. Malah tidak ada satu pun bahan bercetak yang memfokuskan penulisan berkaitan tajuk ini dan disebarkan di dalam masyarakat Malaysia.

Kepentingan Kajian Sejarah Kerajaan Syiah Safawi

Antara sebab terpenting dalam kita membaca dan mengkaji sejarah Kerajaan Syiah Safawi ini adalah disebabkan beberapa faktor utama, antaranya ialah:

1.  Era Safawi ini bukanlah begitu jauh dari zaman kita, mereka muncul pada tahun 1501M di bawah pimpinan Ismail al-Safawi dan mampu bertahan sekitar 300 tahun sahaja sebelum berkubur pada tahun 1786M.

2.  Kerajaan Safawi yang diasaskan oleh Ismail al-Safawi ini hanya berlegar di dalam wilayah Iran sahaja. Beberapa wilayah seperti wilayah barat hingga ke Baghdad di Iraq dan melebar ke wilayah Kandahar di Afghanistan antara kota yang pernah dikuasai oleh mereka.

3.  Kerajaan Safawi ini bermazhab Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi negara. Mereka mempertahankan mazhab akidah mereka dengan kekuatan senjata dan keganasan selama lebih kurang 3 kurun dari serangan kerajaan Sunni Turki Uthmaniyah di barat dan kerajaan Mughal India di bahagian timur.

4.  Pergelutan yang panjang di antara kerajaan Uthmaniyah dan Safawi ini bukan sahaja sekadar peperangan merebutkan sempadan wilayah. Namun ia juga merupakan peperangan ideologi yang begitu sengit bagi pihak Safawi dalam usaha mewujudkan ketuanan dan juga menzahirkan akidah batini mereka yang dianggap paling sahih untuk disebar luaskan.

5.  Syiah Safawi juga begitu ekstrem dalam mengembangkan akidah mereka selepas hilangnya penguasaan Syiah lain seperti Bani Buwaih di Baghdad dan kerajaan Fatimiyah di Mesir (yang kemudiannya kini di Libya). Maka Safawi berperanan untuk menghidupkan kembali usaha ini hingga kekal sebagaimana yang wujud pada hari ini.

6.  Kebangkitan Safawi ini tidak terlepas dari dokongan kaum Yahudi yang sentiasa memainkan peranan utama sepanjang kurun. Perkara ini akan dilihat dari catatan sejarah sejak dulu hingga kini.

7.  Tumbuhnya pemikiran Safawi di setiap pelusuk negara umat Islam sehinggalah di nusantara ini merupakan kesan dari bahaya perancangan Safawi silam. Mereka bangkit melalui akidah yang menyimpang, perlawanan dan juga mampu membiakkan dakyah di kalangan masyarakat awam yang mampu membinasakan sesebuah masyarakat tersebut. Justeru itu, kita akan memperincikan kelompok ini yang banyak memberi kesan dan ancaman kepada masyarakat Islam pada hari ini.

Siapakah Safawi?

Kelompok ini dinisbahkan kepada Safiyuddin bin Jibrail al-Ardabili (650-735H/1252-1334M). Ada yang menyatakan beliau berketurunan Azeri, Turkmen dan juga Kurdis yang berasal dari Ardabil dalam wilayah Azerbaijan berdekatan dengan laut Qazwin/Kaspia. Beliau adalah seorang yang bermazhab Syafii dan pemimpin kelompok tasawuf di zamannya. Sebahagian penulis menyatakan bahawa dia berketurunan dari Imam Musa al-Kazim, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana setiap ahli sufi akan menasabkan dirinya kepada ahli keluarga Nabi SAW bagi memudahkan usaha untuk menyebarkan ideologi mereka di kalangan masyarakat yang begitu cepat terpengaruh dalam hal sebegitu. Apa yang jelas beliau adalah berketurunan Kurdis.

Pada mulanya gerakan tasawuf ini bertujuan untuk memerangi orang-orang ingkar dan golongan ahli bidaah dalam amalan agama. Safiyuddin kemudiannya menukarkan ajaran sufi ini kepada Tarekat Safawiyah sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Mongol di wilayah Azerbaijan pada masa itu. Tarekatnya ini tersebar meluas di seluruh wilayah tersebut termasuk Parsi, Iraq, Syam, Anatolia, Kaukasus dan Mesir.

Gerakan tasawuf yang bersifat lokal ini menjadi gerakan keagamaan yang mempunyai pengaruh besar dan ini membuatkan Safiyuddin menempatkan seorang wakil yang diberi gelaran khalifah untuk memimpin murid-murid di daerah masing-masing. Selepas kepimpinan ini diwarisi secara turun temurun diikuti dengan anaknya Sadruddin Musa (m. 794H/1392M), maka gerakan Safawi mewakili sebuah kebangkitan Islam popular yang menentang pengaruh ketenteraan yang menguasai wilayah ketika itu. Akhirnya, ia mampu menjadi satu gerakan yang begitu fanatik dan terpesong dengan fahaman batiniyah yang menyesatkan.

Sadruddin telah membina Mesh-had atau makam ayahnya dan ia menjadi pusat tumpuan di kalangan para pengikutnya untuk memohon hajat, bernazar dan bertabaruk. Hasil sumbangan derma itu adalah antara perkara penting yang boleh menggerakkan gerakan tarekat mereka. Malah diceritakan betapa besarnya pengaruh tarekat ini di wilayah tersebut, ia mampu membawa para pemerintah, pembesar dan sultan untuk datang menziarahinya dan di antara mereka itu termasuklah Timur Lenk.

Semasa era kepimpinan cucu Safiyuddin iaitu Khawaja Ali (m. 832H/1428M) pada tahun 801H/1339M, beliau mula cenderung ke arah fahaman Syiah. Namun, Khawaja Ali bukanlah seorang yang taksub dengan mazhab baharunya itu, tetapi anaknya iaitu Ibrahim (m. 851H/1447M) merupakan seorang yang begitu fanatik terhadap mazhab Syiah Imam 12 dan pernah membawanya bertempur dengan ahli Sunnah di Dagestan. Kepimpinannya diteruskan pula oleh anaknya iaitu Junaid (m. 861H/1462M) yang mula mengiklankan secara terbuka bahawa gerakan Safawi berpegang dengan mazhab Syiah Imam 12 selepas satu pertemuan dengan pihak penyokongnya di Diyarbakir yang dikuasai oleh Syiah Nusairiyah, namun usahanya itu tidak kekal lama kerana beliau terbunuh dalam peperangan dengan pihak Sunni kerajaan Shirvan di selatan Kaukasus.

Beliau digantikan pula oleh anaknya iaitu Haidar (m. 893H) yang memegang tampuk kuasa pada tahun 859H/1455M. Pengikutnya adalah golongan Turkmen yang fanatik dan amat membenci Sunni dan digelar sebagai Qizilbash iaitu ‘orang yang berkopiah merah’. Haidar juga pernah bersengketa dengan raja Shirvan yang bermazhab Sunni dan akhirnya terbunuh di Tabaristan setelah bertembung dengan pemerintah Shirvan bernama Farrukh Yassar. Beliau meninggalkan 3 orang anak lelaki dan yang paling kecil adalah Ismail (m. 930H/1524M).

Shah Ismail al-Safawi dan Kebangkitan Kerajaan Syiah Safawi

Haidar terbunuh dalam satu pertempuran ketika Ismail masih kecil dan umurnya baru setahun. Ibunya bernama Martha Binti Hassan al-Thawil adalah anak kepada Catherine yang masih beragama Kristian adalah berketurunan Greece (Yunani). Nendanya Catherine ini adalah keluarga terakhir pemerintah Greece yang telah dikalahkan oleh kerajaan Uthmaniyah. Dari ini, Shah Ismail telah diberikan didikan oleh ibu dan nendanya dengan didikan yang begitu ‘berkesan’.

Beliau ditabalkan sebagai pemerintah Safawi pada usia 12 tahun dan beberapa kali berperang dengan kerajaan Shirvan sebagaimana datuk dan ayahnya. Pada tahun 1500M, beliau berjaya mengalahkan Farrukh Yassar yang telah membunuh ayahnya. Di dalam kitab al-Badr al-Thali’ fi Mahasin al-Qarn al-Sabi’ diceritakan bahawa Shah Ismail yang terlalu marah dengan Farrukh Yassar yang ditawan telah memasaknya di dalam sebuah periuk yang besar serta memerintahkan agar tenteranya memakan daging tersebut.

Setelah itu beliau bergerak bersama 7,000 tenteranya hingga ke Azerbaijan dan berjaya menawan kawasan yang luas. Pada tahun 907H/1501M, Shah Ismail telah mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah kerajaan Safawi dengan ibu kotanya adalah Tabriz, Iran.

Bagaimana Shah Ismail al-Safawi menyebarkan fahamannya?

Penaklukan Tabriz menandakan berdirinya kerajaan Safawi dan Shah Ismail turut mengisytiharkan mazhab Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi pemerintahannya. Para penasihatnya merasa keberatan dengan hal ini kerana bimbangkan reaksi penduduk Tabriz yang majoritinya adalah Sunni, tetapi Shah Ismail tetap dengan pendiriannya. Dia berusaha mendapatkan sebuah kitab Syiah yang menjelaskan prinsip-prinsip dasar Syiah Imam 12 di kota itu. Malangnya dia hanya berhasil mendapatkan sebuah manuskrip sahaja di sebuah perpustakaan peribadi yang terpencil. Hal ini menggambarkan betapa terbatasnya pengaruh Syiah di Iran pada masa itu.

Sepanjang masa pemerintahannya, Shah Ismail kian bersikap keras terhadap masyarakat Sunni. Pemerintahannya mula diwarnai dengan pemujaan terhadap Ali dan 12 orang imam Syiah serta mencela secara terbuka kepada tiga orang khalifah iaitu Abu Bakar, Umar dan Utsman. Walaupun menetapkan Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi kerajaannya, Ismail dan para pengikutnya lebih beramal dengan fahaman Rafidhah (ghuluw) yang cenderung mempertuhankan Ali bin Abi Thalib.

Bahkan, adakala dia turut mempertuhankan dirinya sendiri. Seruan dakwahnya adalah mengutuk dan mencela ketiga-tiga orang khalifah dengan memeriksa penduduk Parsi agar melakukannyya secara terbuka sama ada di jalanan, di atas mimbar dan juga di pasar-pasar.

Sumber sejarah menceritakan bahawa dalam usaha Shah Ismail menyebarkan dakyah Syiah sebagaimana disebutkan oleh Qutbuddin al-Hanafi di dalam bukunya, “Dia telah membunuh lebih 100 ribu jiwa yang tidak pernah berlaku pada zaman jahiliyah dan juga Islam serta umat yang terdahulu sepertimana yang telah dilakukan oleh Ismail al-Safawi ini. Beliau turut membunuh ramai para ulama sehingga tidak tinggal seorang pun ahli ilmu di Iran (Bilad al-‘Ajam). Dia turut membakar seluruh kitab-kitab keilmuan dan al-Quran mereka. Dia adalah seorang yang sangat ghuluw berbanding dengan bapa dan datuknya.”

Pada tahun 1508M, beliau telah mengisytiharkan arahan untuk mengutuk 3 orang khulafa di atas mimbar, membunuh begitu ramai ahli sunnah dan turut membongkar kubur Imam Abu Hanifah. Segala bentuk kekejaman dan kezaliman ini adalah sesuatu yang ganjil dan jarang berlaku di kalangan orang yang waras akal fikirannya. Malahan, Dr. Mustafa al-Shibi berpendapat:

“Ismail ini adalah seorang pelampau sufi yang diketahui antara elemen kesufian adalah percaya terhadap kasyaf (ladunni) iaitu ilham ghaib. Ini kerana dia menyatakan kepada pengikutnya, bahawa dia tidak akan bergerak kecuali ada perintah dari roh Imam 12, dia juga maksum dan tidak ada sebarang halangan untuk dia berhubung dengan Imam al-Mahdi.” Pandangan sebegini yang membentuk ideologi Walayatul Faqih yang ditanam oleh Khomenei sejak Revolusi Iran pada tahun 1979 hingga kini.

Shah Ismail turut menekankan konsep sambutan hari syahidnya Hussain r.a. demi mempengaruhi masyarakat awam bagi menarik simpati kepada perjuangannya. Hari sambutan ini adalah dari tinggalan Bani Buwaih yang diperintahkan oleh Mu’iz al-Daulah bin Buwaih pada tahun 352H. Ibn Katsir menggambarkan peristiwa ini dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Semua pasar ditutup, kaum wanita keluar dengan pakaian tebal dari rambut yang tebal serta muka mereka dirundung kesedihan, mengerbang rambut mereka sambil menampar wajah mereka kerana kesedihan. Pada 10 Zulhijjah pula, mereka diperintahkan agar memperlihatkan perhiasan di Baghdad, dibuka pasar-pasar hingga larut malam sebagaimana di dalam majlis perayaan yang lain. Mereka juga memukul gendang dan kompang dan dinyalakan api di pintu rumah para pembesar sebagai syarat kegembiraan menyambut hari Ghadir Khum. Maka hal ini jelas dari perayaan pelik dan berleluasanya bidaah yang mungkar di kalangan mereka.”

Antara bidaah lain yang berjaya dilaksanakannya adalah dengan memerintahkan agar ditambahkan kalimah syahadah yang ketiga dalam azan, malah ada sumber yang menyatakan dia menambah nama-nama para imam mereka seluruhnya dalam azan. Begitu juga dengan dibuat batu dari tanah Karbala sebagai tempat sujud yang tidak pernah berlaku hinggalah pada zaman Bani Buwaih dan Fatimiyah, lantas diteruskan lagi oleh kerajaan Safawi kepada rakyatnya.

Sengketa di Antara Safawi dan Uthmaniyah

Antara tahun 1503 dan 1510, Shah Ismail berhasil menguasai bahagian tengah Iran, Khurasan, Azerbaijan, Diyar Bakir di Mesopotamia hinggalah Baghdad di Iraq. Perluasan kuasa Safawi dan penetapan mazhab Syiah sebagai ideologi kerajaan, akhirnya memprovokasi negara jirannya yang Sunni, khususnya Turki Uthmaniyah. Kemarahan Turki Uthmaniyah terhadap Safawi kian meningkat terutamanya jaringan pengikutnya di Anatolia yang menjadi sumber bagi pasukan Qizilbash yang memberontak dan menimbulkan kekacauan terhadap Turki Uthmaniyah. Peristiwa ini benar-benar terjadi pada akhir pemerintahan Sultan Beyazid II pada tahun 1511 dan pemberontakan ini berhasil ditumpaskan pada tahun berikutnya.

Selepas Sultan Beyazid II digantikan oleh anaknya iaitu Sultan Selim. Beliau segera mengambil tindakan keras terhadap pemerintah Safawi. Dr. Ali al-Salabi menceritakan:

“Sultan Selim sebagai seorang pemerintah Sunni telah mengisytiharkan dalam majlis Syura kerajaannya pada tahun 920H/1514M. Bahawa, negara Iran yang bermazhab Syiah adalah satu ancaman, bukan sahaja kepada negara Turki Uthmaniyah tetapi kepada seluruh negara Islam. Beliau melihat adalah satu jihad dalam memerangi negara Syiah Safawi ini.”

Pada bulan Ogos 1514, Sultan Selim membawa 200 ribu tentera Turki Uthmaniyah, melintasi Anatolia dan Azerbaijan, sehingga akhirnya berhadapan dengan pasukan Safawi di Chalderan, di barat laut Iran dan pertempuran pun berlaku.

Pasukan Safawi kalah teruk dalam pertempuran itu, antara lain disebabkan jumlah pasukan Turki Uthmaniyah yang lebih ramai serta teknologi persenjataan Turki yang lebih maju. Pasukan Turki Uthmaniyah memasuki Tabriz setelah memenangi pertempuran ini, tetapi Sultan Selim tidak mampu mendesak pasukannya untuk meneruskan pemburuan dan serangan terhadap tentera Safawi dalam musim dingin di Tabriz. Akhirnya, mereka terpaksa meninggalkan tempat itu dan Tabriz kembali dikuasai oleh Safawi.

Kekalahan tersebut menjadi pukulan hebat terhadap kerajaan Safawi dan Shah Ismail secara peribadi. Sifat ‘ketuhanan’ Shah Ismail dan keyakinannya bahawa dia tidak mampu dikalahkan menjadi luntur. Sejak kekalahan itu, Shah Ismail lebih banyak tinggal di istana pemerintahannya dan tidak pernah lagi memimpin pasukannya secara langsung dalam menentang pihak musuh. Dinasti Safawi terus bertahan selepas Shah Ismail dan pada umumnya mereka menerapkan sikap anti-Sunni dan menjemput para ulama Imam 12, khususnya dari kawasan Jabal Amil di Lubnan untuk datang ke Iran dan ini menjadikan wilayah ini semakin kuat berakidah dengan ajaran Syiah Imam 12.

Ancaman Kerajaan Safawi Kepada negara Umat Islam Yang Lain

Selepas itu Shah Ismail telah menjalinkan hubungan dengan negara Kristian dalam usaha menyekat pengaruh Turki Uthmaniyah. Mereka mengadakan perjanjian persepakatan dengan pihak Portugis dalam menguasai Teluk Hormuz dalam usaha membantu pihak Portugis menguasai Bahrain dan Qatif (Saudi) serta bekerjasama menentang kekuatan tentera Uthmaniyah. Jalinan surat menyurat di antara Shah Ismail dengan Alburqueque berlaku selama beberapa tahun dalam usaha untuk menawan seluruh bandar pelabuhan di sekitar laut Merah dari Aden, Qatif hinggalah ke Jeddah. Manakala harapan Safawi adalah untuk menawan kota Makkah dan Madinah dari tangan Sunni.

Inilah contoh teladan yang ditonjolkan oleh Shah Ismail kepada generasinya yang bersekongkol dengan pihak Kristian selepas ditiru dari datuk nenek moyang mereka di kalangan kerajaan Fatimiyah yang pernah bersekongkol dengan tentera Salib dalam menguasai beberapa wilayah di Syam dan Mesir. Peranan utama ini diteruskan lagi oleh Syiah sehingga jatuhnya Baghdad di tangan Hulagu Khan pada tahun 656H yang didalangi oleh al-Thusi dan Ibn al-‘Alqami. Khomeini memberi pujian atas tindakan ini sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya al-Hukumah al-Islamiyah: “Mereka berdua ini telah menyumbangkan kepada Islam satu sumbangan yang besar!”.

Selain itu, Shah Ismail turut bekerjasama dengan pihak Mamalik untuk menyekat pengaruh Uthmaniyah di Laut Merah dan pihak Uthmaniyah berjaya menggagalkan kerjasama ini dengan tumpasnya Mamalik dalam perang Merjdabiq.

Usaha ini diteruskan lagi oleh anaknya iaitu Shah Tahmasp yang telah menjalinkan perjanjian dengan diplomat Eropah dalam usaha menentang kuasa Uthmaniyah. Manakala cucunya pula iaitu Shah Abbas I telah meminta bantuan Inggeris untuk melatih tenteranya dengan persenjataan moden ketika itu. Usaha sama mereka itu berjaya mengeluarkan kuasa Portugal dari selat Hormuz dan menawan Baghdad pada tahun 1623H selepas pengepungan yang berlangsung selama 3 bulan.

Shah Abbas I telah melakukan kekejaman yang sama terhadap penduduk Baghdad sebagaimana datuknya dan berkemungkinan lebih kejam. Beliau memerintahkan agar dihancurkan dua makam tokoh ulama Sunni di sana iaitu Imam Abu Hanifah dan Abdul Qadir al-Jilani, membunuh penduduk yang tidak berdosa, membunuh para ulama Sunni dan sebagainya. Malah pada tahun 1708M, Shah Hussin al-Safawi telah berutus surat dengan raja Perancis untuk memohon bantuan angkatan laut Perancis bagi menawan Muscat, Oman.

Jenayah Safawi Pada Masa Lampau

Era Shah Ismail I

1.  Menjadikan mazhab Syiah Imam 12 atau Imamiyah sebagai pegangan seluruh negara menggantikan mazhab Syafii, sesiapa yang mengingkari keputusan ini bakal dikenakan hukuman mati.

2.  Semua ahli Sunnah dipaksa untuk beramal dengan mazhab Syiah Imam 12 kerana tidak kurang sejuta orang Sunni dihukum mati oleh Shah Ismail I dalam masa hanya beberapa tahun.

3.  Penduduk Sunni juga dipaksa mencela sahabat dan mereka diminta melakukannya selama beberapa lama, sekiranya enggan mereka boleh dikenakan hukuman pancung. Maka berleluasalah perbuatan mencela sahabat ini di jalan-jalan dan juga pasar-pasar serta mimba-mimbar masjid.

4.  Tenteranya adalah kelompok Sufi ekstrem pro-Syiah yang digelar sebagai Qizilbash yang dilatih untuk membanteras pengikut Sunni bermazhab Syafii.

5.  Semasa menguasai Baghdad selepas ditentang oleh penduduknya habis-habisan, Shah Ismail I telah mengarahkan panglimanya Hussin Lalah untuk menghancurkan seluruh kota, membunuh semua penduduk dan ulamanya, mengorek semula kuburan Sunni dan membakar tulang temulang mereka.

6.  Mereka juga menghancurkan sekolah dan masjid-masjid milik Sunni, mereka mengenakan seksaan kepada ahli sunnah yang enggan mengikut ajaran syiah dengan azab yang teruk dan membunuh mereka.

7.  Mereka juga membunuh setiap Arab yang menggunakan nama keturunan Khalid bin al-Walid di seluruh Baghdad hanya kerana nama.

8.  Shah Ismail I memperluaskan ritual bidaah Syiah dengan perkara yang tiada sebelumnya. Dia sering memerintahkan agar dicela sahabat dan tiga khulafa sebagai ujian kepada rakyatnya.

9.  Sentiasa mengamalkan ritual Tathbir iaitu memukul kepala hingga luka dengan pisau yang disebut al-Thubar, memukul belakang badan dengan al-Zanajil hingga lebam dan luka, memukul muka dan dada dengan berpakaian hitam sejak awal bulan Muharam hanya bagi memperingati tragedi syahidnya Hussain di Karbala.

10.  Menambah syahadah dengan kalimah, “Asyhadu anna ‘Aliyan waliyullah”.

11.  Bersujud di atas batu Karbala (Turbah Hussainiyah).

12.  Mewajibkan mayat Syiah dikebumikan di Najaf walau didatangkan dengan susah payah dari tempat yang jauh.

13.  Mengubah kiblat semua masjid Syiah kerana anggapan masjid Sunnah semuanya tersalah kiblat.

14.  Pada zamannya juga, ulama Syiah mengharuskan seseorang itu bersujud kepada manusia sebagai tanda hormat dan keadaan ini menjadi suatu perkara yang melampau hingga bersujud kepada kuburan.

15.  Para ulama Syiah diberikan gaji yang besar, tanah dan juga ladang serta upah dari wakaf, agar mereka boleh berfatwa dengan kehendak Shah Ismail I.

16.  Pada 23 Zulhijjah mereka akan menyambut hari Ghadir Khum kerana Nabi Muhammad telah mengisytiharkan pada hari tersebut kekhalifahan Ali sepulangnya dari haji.

17.  Pada 9 Rabi’ul Awwal mereka juga menyambut hari pembunuhan Umar ibn al-Khattab dengan membuat patung, melaknat, menikam dan membakarnya.

18.  Mengumpul penganut Syiah dan ulamanya dari Lubnan, Bahrain dan sebagainya untuk datang ke Iran dan menetap di sana.

Era Shah Tahmasp I

1.  Shah Tahmasp I telah menaiki takhta dalam usia 11 tahun pada tahun 930H/1524M dengan sokongan Qizilbash.

2.  Dia seorang yang gemar berfoya-foya, minum arak dan hiburan. Para diplomat Eropah sering menziarahinya sebagai sokongan untuk menentang kerajaan Uthmaniyah. Kelekaannya pada wanita dan harta itu menyebabkan negaranya kucar kacir dengan meluasnya rasuah hingga dikatakan dia meninggal dunia akibat diracun oleh salah seorang isterinya.

3.  Tokoh Syiah Lubnan bernama Nuruddin al-Karki telah memberikan gambaran Wilayah al-Faqih dengan menjadikan raja Safawi sebagai wakil ‘Pembantu Imam Ghaib’ dan tarafnya adalah maksum.

Era Shah Abbas al-Kabir

Shah Abbas al-Kabir dilahirkan pada tahun 1571M di Herat, Afghanistan dan menduduki takhta pada tahun 996H/1587M dalam usia 16 tahun. Beliau memperbaharui angkatan tenteranya dengan bantuan British. Akhirnya dia mula menyerang kerajaan Uthmaniyah.

2.  Dia adalah seorang yang kejam dan melakukan banyak perkara sesat seperti melarang jemaah Iran ke Makkah dan cukup dengan mengkhususkan agar menziarahi makam Imam al-Ridha yang dibunuh di kota Mesyhad di Iran pada tahun 817H yang menjadi kota suci bagi Syiah. Dia sendiri sering pergi ke sana dengan berjalan kaki dengan perjalanan sejauh 1,300KM.

3.  Dia telah memaksa kaum Kurdis Sunni yang berada di dalam wilayahnya agar menganut Syiah. Namun, permintaannya itu ditolak dan ini mengakibatkan beliau telah membunuh dan menghalau ke wilayah Khurasan sebagai pemisah antara dia dengan wilayah Uzbek yang Sunni. Dalam masa beberapa hari sahaja dia telah membunuh 70 ribu orang Kurdis dan mengusir lebih 15 ribu keluarga Kurdis ke Khurasan.

4.  Dia juga akan membunuh tawanan Turki dan Uzbek, sekiranya tidak dibunuh dia akan membutakan mata tawanan tersebut.

5.  Para ulama Sunnah akan diseksa dengan dipotong telinga dan hidung mereka, lalu diberikan kepada pengikut Sunnah agar dimakan.

6.  Dia juga pernah mengepung satu kota kerana mencari seseorang yang dikehendakinya. Jika orang tersebut dilindungi maka dia bertindak menyerang seluruh kota tersebut sebagaimana yang berlaku di kota Hamadan.

7.  Dia begitu menghormati kaum Kristian sama ada penduduk Iran atau warga Eropah. Penghormatannya itu hingga dia membenarkan agama Kristian disebarkan di Iran. Dia juga pernah membina sebuah kota berdekatan Isfahan yang disebut Julfa dan terlalu menghormati kaum Kristian yang datang dari Eropah tanpa dikenakan cukai, melarang pendeta Syiah mengganggu dan berdebat dengan mereka, menghadiahkan daging khinzir kepada mereka, memerintahkan agar diberikan arak dan berkongsi bersama mereka meskipun pada bulan Ramadan, membina gereja kepada mereka, menyambut bersama-sama dalam perayaan mereka serta mendengar khutbah mereka. Keadaan ini membuatkan pihak paderi Kristian berani mengajaknya agar menganut Kristian tetapi ditolaknya dengan baik.

8.  Dia merayakan hari ‘kelahiran’ para Imam 12 sebagaimana dia akan memperingati juga hari kematian mereka.

9.  Dia mengekalkan segala bentuk perayaan yang telah dimulakan oleh Shah Ismail I

10.  Ketika dia menawan Baghdad, dia telah merencanakan untuk menyembelih seluruh ahli Sunnah di Baghdad, dia menipu agar seluruh penduduk Iraq menyerahkan senjata sebagai perjanjian damai. Akhirnya seluruh kaum lelaki diseksa dan dibunuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dijual untuk dijadikan hamba. Dia mengubah sekolah-sekolah sebagai kandang kuda, meruntuhkan segala masjid dan kuburan ahli Sunnah.

11. Dia turut meminta dari Syiah di seluruh Karbala dan kota suci Syiah yang lain untuk menyertai pembunuhan ahli Sunnah di Baghdad.

12. Menamakan dirinya sebagai ‘Anjing Celaan Ali’ dan diukir di atas cincinnya.

Ancaman Safawi pada Masa Kini

Sejak beberapa kurun lampau, kejayaan puak Syiah menyebarkan dakyah mereka di kalangan masyarakat Arab dengan kalam yang lunak dan akhirnya mereka berjaya mensyiahkan hampir separuh penduduk Iraq. Dalam peranan yang sama, kaum Yahudi menggunakan peluang ini di sebalik tabir demi merealisasikan ketuanan mereka. Siapa sahaja yang kuat, di situlah mereka berlindung dan memberikan sokongan. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Paderi Astonis al-Kremli:

“Sewaktu Shah Ismail membunuh masyarakat Sunni dan sebahagian besar kaum Kristian di kota Baghdad, kaum Yahudi tidak sedikit pun terancam kerana mereka telah memberikan hadiah yang hebat dan juga harta yang banyak selagi yang diperlukan oleh Shah Ismail pada masa itu. Bahkan, Shah Ismail tidak langsung menzalimi kaum Yahudi dan membiarkan sahaja mereka dengan kerja mereka.”

Keadaan ini sama dengan apa yang berlaku di negara Iran Moden selepas Revolusi Iran yang mana ia membangkitkan semula ideologi Safawi dalam usaha memerangi ahli Sunnah. Perancangan mereka yang begitu sistematik dapat dilihat dengan kerjasama yang erat bersama pihak Barat. Ini tidak lain dari usaha membina semula perluasan kuasa Syiah di Timur Tengah.

Wilayah Ahwaz

Perkara yang jarang kita sentuh kerana ‘kejahilan’ kita adalah tentang kewujudan wilayah Arab di bumi Iran yang disebut sebagai wilayah Ahwaz. Kawasan ini semasa zaman Safawi sejak 5 kurun lalu disebut sebagai Arabstan dan ditukar juga dengan nama Khuzistan. Kebanyakan nama-nama bandar dan jalan di wilayah tersebut telah ditukarkan kepada bahasa Parsi pada era kerajaan Pahlavi sejak tahun 1936M.

Situasi ini berlaku selepas Shah Reza Pahlavi melucutkan jawatan pemimpin wilayah tersebut iaitu Syeikh Khuz’al al-Ka’bi, semenjak tekanan Iran ke atas wilayah tersebut sejak tahun 1925M. Wilayah Ahwaz ini mempunyai penduduk berketurunan Arab seramai 5 juta orang dengan 85% minyak petrol yang dikuasai oleh Iran dalam wilayah mereka.

Kabilah Arab di sini adalah dari Bani Ka’ab, Kinanah, Khazraj, Rabi’ah dan juga Bani Tamim. Kini, masyarakat Arab adalah warga kelas kedua atau ketiga dan dipinggirkan. Sedangkan di dalam wilayah mereka adalah kawasan yang paling subur dengan 3 buah sungai yang mengalir di tengahnya.

Biasanya aktivis Arab yang cuba bangkit untuk mendapatkan hak mereka ini akan dihukum sebagai pemberontak dan keputusannya adalah hukuman mati. Dinyatakan terdapat lebih 5000 orang pemuda Sunni yang ditangkap dan dipenjarakan atas pelbagai tuduhan dan bakal dihukum mati berasal dari wilayah ini.

Pada era Pahlavi lagi, mereka telah dihalang untuk menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan mereka, segala bentuk pendidikan Arab juga dihalang, semua nama Arab juga perlu ditukar kepada nama Parsi termasuklah nama jalan, lorong, kampung dan bandar. Bahkan ada sebahagian penghuni kampung Arab dipindahkan dan diletakkan penduduk di kalangan bangsa Parsi di kawasan yang subur tersebut. Ini juga sebahagian unsur perkauman yang diterapkan dalam lapangan politik di Iran.

Isu Sengketa Syiah – Sunnah

Negara Iraq – tentera Revolusi Iran

Negara Syria – tentera Revolusi Iran

Negara Yaman – tentera Houthi

Negara Bahrain – parlimen terbahagi dua

Negara Bangladesh – wujudnya dakwah Syiah

Negara Filipina – wujudnya dakwah Syiah ekstrem

Negara Indonesia – wujudnya TV Syiah

Negara Malaysia – wujudnya hauzah di Melaka

Penutup

Ancaman dakyah Syiah ini berterusan dalam setiap era sebagai satu ideologi yang tidak pernah lekang dari generasi mereka. Biarpun kerajaan Safawi telah hilang dan lenyap dari muka bumi ini, namun usaha ini masih kekal dengan tumbuhnya kerajaan lain di bumi Parsi dengan membawa gerak nafas yang sama. Objektif mereka adalah selari dalam usaha menyebar luaskan ideologi Syiah dengan cara yang ekstrem.

Tambahan pula, mereka berpegang dengan bakal munculnya Imam Mahdi dari gua Sirdab yang akan memusnahkan musuh-musuh mereka pada masa hadapan. Sebelum peristiwa gilang gemilang ini bakal terjadi, mereka dengan penuh yakin terus berusaha untuk menyiapkan ‘anak-anak mutaah’ mereka dengan segala bentuk persediaan yang rapi bagi menghadapi musuh Sunni mereka.

Semoga Allah Taala mengukuhkan keimanan kita dalam menghadapi kejahatan dari kaum Syiah ini. Amin!

 

 

Sah kah Solat Jumaat tanpa Mendengar Khutbah?

0

Sah kah solat Jumaat tanpa mendengar Khutbah?

Soalan

Tadi saya ada menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di kawasan Cyberjaya.

Masalahnya, saya langsung tidak dapat mendengar khutbah. Setelah beberapa lama, saya lihat, telah sampai waktu untuk mendirikan solat. Soalan saya, sah kah solat Jumaat saya tadi ustaz? Saya tidak dapat mendengar khutbah kerana sistem ‘speaker’ masjid tidak jelas, dan tiada paparan pada TV. Saya maklum bahawa syarat sah solat Jumaat perlu mendengar 2 khutbah.

Jawapan:

Di dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan orang beriman (khususkan kepada kaum lelaki) agar segera menuju ke masjid untuk mendengar khutbah apabila sahaja mendengar seruan azan untuk solat Jumaat. Mereka dikehendaki meninggalkan segala urusan mereka (jual-beli dan sebagainya).

Setelah selesai solat Jumaat, mereka boleh kembali kepada urusan mereka. Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, hendaklah kamu segera untuk mengingati Allah dan tinggalkanllah jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Kemudian apabila selesai solat, bolehlah kamu bertebaran di muka bumi…” [ Surah al-Jumu’ah: 9 dan 10 ].

Menurut  ulama’; maksud segera untuk mengingati Allah dalam ayat di atas ialah; segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan melakukan solat Jumaat selepasnya.(1)

Arahan Allah SWT “dan tinggalkanlah jual-beli” menunjukkan bahawa segala jenis akad dan mu’amalah wajib ditinggalkan apabila mendengar azan Jumaat. Masih menyibukkan diri dengannya pada ketika itu adalah haram di sisi Syariat.(3).

Menurut mazhab Syafiie; orang yang wajib menghadiri solat Jumaat, apabila matahari telah tergelincir dari tengah langit, makruh dia masih berjual-beli atau melakukan sebarang urusan yang menyibukkannya dari segera hadir mendengar khutbah Jumaat. Namun apabila imam sudah berada di atas mimbar dan muazzin mula melaungkan azan, segala urusan tersebut menjadi haram (berdosa).(4)

Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad; jual-beli yang dilakukan setelah azan Jumaat bukan sahaja haram, akan tetapi fasad (tidak sah).

Menurut mazhab Syafiie; sekalipun haram, namun akad masih sah.(5)

Kesimpulannya, hadir lewat ke majlis solat Jumaat hingga ketinggalan dari khutbah Jumaat, perbuatan itu adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Allah SWT dalam al-Quran. Adapun solat Jumaat, menurut ulama’; seseorang itu dikira solat Jumaatnya jika dia sempat mendapat satu rakaat bersama imam. Jika dia datang lewat hingga tidak mendapat satu rakaat bersama imam, solat Jumaat tidak dikira baginya dan dia wajib menyambung solatnya menjadi solat zohor (yakni mencukupkan solat hingga 4 rakaat).(6)

Menurut fatwa Syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail; orang yang mengerjakan solat Jumaat tanpa mendengar khutbah sedikit pun; solat Jumaatnya sah, namun tidak berpahala kerana pahala solat Jumaat dikira bersekali dengan mendengar khutbah.

Tetapi jika makmum tidak dapat mendengar khutbah disebabkan “sound” sistem masjid rosak tetap sah solat Jumaatnya dan mendapat pahala kerana bukan dia sengaja tidak mahu mendengar khutbah.

Wallahu a’lam.

 

Nota:

(1) Lihat; Tafsir an-Nasafi, tafsir al-Qurtubi (pandangan Imam Ibnu al-‘Arabi), Ahkam al-Quran (al-Kiya al-Harrasi), Tafsir Ayatil Ahkam (Syeikh ‘Ali as-Sayis) (1/768) dan Tafsir Ayaatil Ahkam (Syeikh ‘Ali as-Sobuni) (2/632).

(2) Ahkam al-Quran, al-Kiya al-Harasi (surah al-Jumu’ah, ayat 9).

(3) Tafsir Ayatil Ahkam (Syeikh ‘Ali as-Sayis) (1/768).

(4) al-Majmuk, Imam an-Nawawi (4/500).

(5) Ahkam al-Quran, al-Kiya al-Harasi (surah al-Jumu’ah, ayat 9), al-Majmuk, Imam an-Nawawi (4/500-501) dan Tafsir Ayaatil Ahkam (Syeikh ‘Ali as-Sobuni) (2/643).

(6) at-Taqriraat as-Sadidah (Syeikh ‘Ali al-Kaf), hlm. 339.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-41 hingga Ke-43

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Dalam ayat ke-40, kita telah belajar bagaimana sesiapa yang telah dizalimi boleh meminta supaya dijalankan hukum qisas kepada orang yang menzaliminya.

Tafsir Ayat Ke-41:

وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعدَ ظُلمِهِ فَأُولٰئِكَ ما عَلَيهِم مِّن سَبيلٍ

 Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi,

Iaitu mereka yang mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak yang berwajib tentang kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya – supaya dia boleh balas balik kesalahan yang telah dilakukan.

فَأُولَٰئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ

maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

Mereka tidak bersalah kalau mereka hendak mengambil tindakan balas. Mereka tidak ada dosa.

Tidak ada jalan atau hujah untuk kita menyalahkan mereka. Memang ada anjuran untuk memaafkan, tetapi itu hanya anjuran.

Dan ianya adalah anjuran yang berat, sampaikan Allah SWT kata balasan yang akan diberikan adalah ‘atas Diri-Nya’ untuk membalas kebaikan memaafkan itu. Kalau mereka dapat tahan sabar dan tidak balas, mereka akan dapat pahala yang amat besar.

Tetapi, dalam masa yang sama, orang yang dizalimi ada hak untuk membalas dendam.

Jangan pula kita paksa atau pujuk mereka untuk maafkan. Jangan kata mereka teruk kalau mereka hendak balas juga.

Mereka ada hak yang telah diberikan dalam Islam. Jangan kita cakap kepada mereka: “Kenapa kau nak balas juga, bukankah sesama Islam itu baik untuk memaafkan? Teruklah kau ini”.

Hati manusia kita tidak tahu. Ada orang yang tidak selesai dalam dirinya sehinggalah dia melihat orang yang menzaliminya dibalas. Allah SWT tahu isi hati manusia.

Kerana itulah Allah telah berikan mereka ruang untuk membalas balik. Jadi kalau dia hendak balas juga, maka jangan salahkan dia.

Tafsir Ayat Ke-42: Takhwif Ukhrawi

إِنَّمَا السَّبيلُ عَلَى الَّذينَ يَظلِمونَ النّاسَ وَيَبغونَ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ ۚ أُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ أَليمٌ

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia

Mereka yang mula-mula melakukan kezaliman dan gangguanlah yang patut disalahkan dan dihukum.

Apa yang mereka lakukan itu memang satu kesalahan dan dosa yang berat. Bukannya orang yang hendak membalas balik yang bersalah.

وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ

dan menindas di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar.

Iaitu orang yang besar, yang berkuasa, yang bermaharajalela di atas muka bumi ini. Mereka melakukan perkara yang tidak ada alasan yang haq dan benar.

Mereka buat hal mereka sendiri sahaja. Orang-orang seperti ini tidak patut dibiarkan sahaja.

أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Di dunia lagi mereka boleh dikenakan dengan hukuman – hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir.

Dan di akhirat nanti, mereka juga akan dikenakan dengan azab Allah.

Tafsir Ayat Ke-43

Allah menganjurkan sekali lagi untuk memaafkan. Allah puji mereka yang berbuat begitu.

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذٰلِكَ لَمِن عَزمِ الأُمورِ

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang memerlukan keazaman.

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ

Dan orang yang bersabar dan menutup kesalahan

Iaitu mereka yang memaafkan kesalahan orang terhadapnya.

Tetapi, selepas dia memaafkan kesalahan itu, dia tidak menceritakan kesalahan orang yang telah melakukannya. Itulah maksud غَفَرَ – menutupi kesalahan itu. Tutup kes.

Kerana manusia ada yang suka memberitahu semua orang tentang kejahatan yang telah dilakukan oleh orang lain.

Sebagai contoh, katakanlah ada pencuri yang masuk rumah kita. Kita pun tangkap. Tengok-tengok, rupanya dia adalah anak kawan sekampung dengan kita.

Kita pun tidak mahu panjangkan, maka kita suruh dia balik rumah dan pesan supaya dia jangan buat lagi kerja macam itu.

Maknanya, kita telah maafkan dia. Tetapi esok, janganlah pula cerita kisah itu di kedai kopi kampung – sebab semalam telah maafkan, bukan?

Apabila kita telah maafkan, kita tidak boleh hendak pukul canang keliling kampung yang budak itu masuk rumah kita malam semalam hendak mencuri.

Itu adalah satu kesalahan. Kerana kita telah maafkan, tetapi ada pula usaha kita untuk memalukannya.

إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

sesungguhnya yang demikian itu memerlukan keazaman.

Ia adalah satu perbuatan yang mulia. Ia memerlukan kekuatan hati – keazaman yang kuat.

Allah SWT puji mereka yang boleh buat begitu. Bukan senang hendak buat. Allah SWT tambah huruf ل dalam لَمِنْ sebagai penegasan. Kenapa?

Kerana bukan senang hendak maafkan dan sembunyikan dan buat senyap dengan apa yang telah dilakukan oleh pesalah itu.

Kalau tidak ada azam, kita tidak mampu hendak melakukannya. Tetapi lihatlah bagaimana balasan yang Allah SWT telah janjikan – ia ‘ke atas Allah’.

Kita memang disuruh bersabar dalam banyak keadaan. Apabila kita ditimpa musibah, kita memang disuruh sabar. Sebagai contoh, anak sakit, kereta rosak, rumah kena banjir dan sebagainya.

Dan memang sabar adalah satu-satunya pengubat jiwa waktu itu. Sebab tidak ada jalan lain.

Tetapi apabila kita dizalimi dan kita ada peluang untuk membalasnya, tetapi kita sabar, itu memang satu perbuatan yang amat besar. Sebab kita ada pilihan.

Dan tidak salah pun kalau kita ambil tindakan. Sebab itulah Allah SWT beri penekanan huruf ل dalam لَمِنْ.

Dalam undang-undang Islam, kuasa pemaafan di tangan orang yang dizalimi, bukan mahkamah.

Terbalik dengan undang-undang buatan manusia. Mahkamah atau pemimpin yang bagi pemaafan (dipanggil clemency). Ini tidak patut, ahli keluarga tidak redha.

Allahu a’lam.

Kepercayaan Kepada Sialnya Sesuatu Boleh Mengakibatkan Kesyirikan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
Oleh Ustaz Adli Khalim

Tajuk: Kepercayaan kepada sialnya sesuatu boleh mengakibatkan kesyirikan

= = = = = = = = = =

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, sabda Nabi ﷺ:

لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ

Tiada `adwa, tiada thiyarah, tiada hammah, dan tiada shafar.
[HR Al-Bukhari, no 5757]

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Hadits ini merupakan salah satu hadits yang diucapkan oleh Nabi ﷺ untuk menghapus beberapa kepercayaan jahiliyyah, iaitu:

(a) `Adwa (عَدْوَى), yakni kepercayaan jahiliyyah bahawa penyakit berjangkit antara manusia atau haiwan berlaku dengan sendirinya, tanpa takdir dan izin Allah.

(b) Thiyarah (طِيَرَة), yakni kepercayaan jahiliyyah bahawa sial akan menimpa seseorang musafir sekiranya dia melihat burung terbang ke arah kiri ketika dia keluar dari rumahnya, lalu dia akan membatalkan perjalanannya. Sedangkan sekiranya dia melihat burung terbang ke arah kanan, dia akan meneruskan perjalanannya.

(c) Hammah (هَامَة), yakni kepercayaan jahiliyyah bahawa burung hantu yang hinggap di rumah seseorang adalah untuk membawa berita kematian, sama ada pada dirinya atau diri ahli keluarganya.

(d) Shafar (صَفَر), yakni kepercayaan bahawa bulan Shafar adalah bulan kesialan, sehinggakan mereka tidak mahu mengadakan pernikahan sepanjang bulan Shafar. Ada juga yang menganggap Shafar adalah sejenis cacing besar sebesar ular di dalam perut yang mengakibatkan kelaparan sehingga boleh membunuh perumahnya.

2. Sebagaimana yang dapat kita lihat, sebahagian kepercayaan jahiliyyah masih wujud di kalangan masyarakat Islam Malaysia, antaranya dengan menganggap sialnya nombor 13 (sehingga menggantikan tingkat 13 dengan tingkat 12A), kesialan akan berlaku sekiranya biawak melintas di hadapan kenderaan, menganggap sialnya bulan Safar sehinggakan mengadakan Pesta Mandi Safar untuk menolak bala, mandi bunga untuk membuang sial, dan sebagainya.

3. Kesemua ini boleh membawa kepada kesyirikan, sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Mas`ud radhiyallahu `anhu: “Ath-Thiyarah adalah kesyirikan…” [HR. Abu Dawud, no 3910].

= = = = = = = = = =

Hashtag: #kenalquransunnah

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-38 hingga Ke-40

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-38:

Ini ada lagi syarat sambungan dari ayat-ayat sebelum ini.

وَالَّذينَ استَجابوا لِرَبِّهِم وَأَقامُوا الصَّلَوٰةَ وَأَمرُهُم شورىٰ بَينَهُم وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ

Dan juga orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya

Apabila Allah SWT menyuruh makhluk melakukan sesuatu, makhluk hendaklah menyambut dengan segera. Tanpa lengah dan tanpa soal lagi. Terus buat sahaja tanpa banyak soal. Kalau tanya pun, tanya: “nak buat macam mana?” Bukannya ditanya: “kenapa kena buat?” Ada beza antara dua pertanyaan itu, bukan?

Orang yang taat akan terus sahut dan buat. Itulah makna taat kepada Allah SWT. Orang yang sebegini akan dimasukkan ke dalam syurga.

Oleh itu, makna menyahut seruan Tuhan adalah melaksanakan hukum sama ada akidah dan fardu ain. Mereka boleh terima syariat yang diberikan oleh Allah SWT dengan hati yang lapang.

Pada mereka, kalau Allah SWT telah suruh, maka buatlah sahaja. Ini penting kerana ada juga manusia yang berat sahaja hati mereka untuk terima keputusan Allah SWT. Mereka ada juga yang mempersoalkan. Konon, ada yang hendak tahu dulu ‘hikmah’ hukum itu, baru hendak buat. Sepatutnya kenalah buat dulu, barulah tahu hikmahnya kemudian.

وَأَقَامُوا الصَّلَوٰةَ

serta mendirikan sembahyang;

Ada banyak sekali syariat dan yang paling penting dan utama sekali adalah solat.

‘Mendirikan solat’ bermaksud mengerjakan solat dengan sempurna. Antaranya, menyempurnakan syarat-syarat sebelum solat. Contohnya, kena ada wuduk, telah masuk waktu solat, menutup aurat dan sebagainya.

Dan melakukan solat itu dengan sempurna, dengan memenuhi segala rukunnya dan perkara-perkara yang wajib. Antaranya, kepada lelaki, wajib untuk mendirikan solat berjemaah di masjid, kecuali kalau ada perkara yang menghalang.

Ia juga bermaksud tetap melakukan solat itu setiap waktu. Bukannya buat sekali sekala sahaja, buat waktu senang sahaja kerana Allah SWT tidaklah beri kita senang sahaja, ada masa kita akan berada dalam kesusahan dan kepayahan. Keimanan seseorang boleh dilihat jikalau dia melakukan solat di waktu senang atau di waktu susah juga.

Solat itu juga perlu dilakukan dalam keadaan khusyuk. Juga mengikut cara yang diajar oleh Nabi. Bukannya ikut selera sendiri.

Juga bukan ikut ajaran manusia yang tidak menepati cara Nabi. Ini memerlukan pengajian yang lebih mendalam lagi. Kena belajar cara solat seperti cara Nabi. Ini ramai yang tidak tahu.

Oleh kerana itu, majoriti masyarakat Islam kita solat dengan cara yang salah kerana mereka tidak belajar. Mereka sangka apa yang mereka pelajari di sekolah rendah dulu itu sudah cukup, padahal tidak.

Maka, banyaklah yang solat tidak sempurna. Sudahlah tidak sempurna, ada pula perkara yang mereka tambah dalam solat itu, sebagai contoh, mereka raup muka mereka selepas solat.

Lihatlah bagaimana solat terus disebut selepas Allah SWT menyebut ‘menyahut arahan-Nya’. Kerana ini adalah amalan yang paling penting sekali. Dan solat dilakukan selepas mendengar azan menandakan waktu solat telah masuk.

Apabila azan dikumandangkan, itulah tanda Allah SWT mengarahkan kita untuk mendirikan solat. Maka kita menyahut arahan Allah SWT itu dengan terus mendirikan solat.

Tambahan lagi, dalam solat, kita perlu mengambil wuduk. Dan bukankah wuduk itu dengan air? Dan air itu dapat memadamkan api.

Bukankah kita telah sebutkan tadi bahawa marah itu adalah dari api syaitan? Api kemarahan dapat dipadamkan dengan air wuduk. Oleh itu, kita boleh lihat kaitan satu ayat dengan ayat yang lain.

Bagaimanakah yang dikatakan solat yang khusyuk itu? Iaitu orang yang sedar dia sedang solat dan sedang menghadap Allah SWT. Dia faham apa yang dia sedang sebutkan. Oleh sebab itu penting belajar tafsir supaya faham apa yang dibaca.

Dua syarat utama agar semua amalan diterima oleh Allah SWT dan selanjutnya pelaku mendapat ganjaran adalah iman dan amal soleh. Iman itu adalah ikhlas dan amal soleh adalah dengan mengikut cara Nabi SAW.

وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ

dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;

Mereka membuat keputusan sesama mereka dengan mesyuarat sesama mereka.

Mereka yang terlibat, dipanggil untuk mesyuarat bersama. Tidaklah kena panggil mereka yang tidak kena mengena. Yang tidak kena mengena tidak dapat memberi keputusan yang tepat kerana mereka tidak terlibat.

Kalimah شُورَىٰ bermaksud mesyuarah (jamak: mesyuarat) itu dilakukan beramai-ramai.

Bertukar-tukar pendapat dan fakta dan supaya akhirnya dapat sampai kepada keputusan yang sebaik mungkin supaya keputusan itu dipersetujui oleh semua orang. Ianya dibuat setelah mengambil kira semua perkara.

Apabila syura telah dijalankan dan dipersetujui, maka hendaklah semua memegang keputusan itu.

Tidak bolehlah kata mereka tidak bertanggungjawab, tidak mahu lakukan tugas mereka, merajuk dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka telah dipanggil untuk berbincang dan memberikan pendapat mereka.

Selepas sahaja disebut tentang solat, terus disebut tentang syura. Ini adalah kerana cara-cara syura telah disebatikan dalam ibadah Solat.

Dalam solat berjemaah, kita ada imam sebagai ketua. Imam itu akan menjadi ikutan semua orang, tetapi jikalau ada kesalahan yang dilakukan oleh imam itu, menjadi kewajiban jemaah yang di belakang untuk menegur.

Namun, dalam masa yang sama, tidaklah makmum itu meninggalkan jemaah itu walaupun imam itu telah melakukan kesalahan kerana hadis Nabi ada mengatakan yang imam itu dijadikan untuk diikuti dan kita mesti terus duduk dalam barisan saf solat.

Begitu juga dalam mesyuarat. Ada pengerusi mesyuarat dan ada ahli-ahli dalam mesyuarat. Pengerusi akan kawal mesyuarat dan ahli mesyuarat akan beri pandangan.

Jika ada kesalahan di mana-mana semua boleh tegur dengan cara yang baik. Bukan kena jerit-jerit. Kalau makmum hendak tegur imam pun, ada cara, bukan? Tidaklah terus keluar dari mesyuarat itu.

Untuk melaksanakan syura juga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kena panggil orang yang terlibat untuk datang. Yang dipanggil perlu datang dan ini perlu meluangkan masa dan tenaga untuk datang. Ia perlu dilakukan kerana ini akan menolong sesama sendiri kerana kebaikan syura akan kena kepada semua.

Keputusan yang didapati adalah lebih tepat lagi kerana mendapat maklumat dari semua yang terlibat. Kalau tidak dilakukan, akan menyebabkan masalah nanti.

Mungkin ada yang tidak puas hati kerana tidak dapat memberi pandangan atau mereka tidak tahu apakah keputusan yang telah dibuat, sedangkan dia pun terlibat juga dalam perkara itu.

Oleh itu, jalankan syura dalam semua hal. Sama ada kecil atau besar. Dalam perkara kecil seperti hal-hal keluarga dan dalam hal besar seperti pentadbiran negara kerana apabila kita bergabung akal, kita akan dapat keputusan yang lebih baik.

Kalau kita tidak berbincang dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu perkara itu, tentunya mereka akan marah kalau tidak diberitahu lebih awal atau kalau mereka tidak ditanya dan diajak berbincang.

Katakanlah kita ada hal esok harinya, tetapi tidak memberitahu kepada isteri kita. Padahal isteri kita sudah memasak, atau sudah membuat perancangan keluarga. Tentulah dia akan marah kalau tiba-tiba sahaja kita sudah buat perancangan tanpa memberitahunya.

Begitu juga kalau kita ada rakan kongsi dalam syarikat. Takkan dia tidak marah kalau kita buat rancangan dan keputusan tanpa diberitahu atau diajak berbincang dengannya, bukan?

Maka hendaklah kita dari mula-mula lagi dah syura dengan mereka. Jangan bila dah kena marah, baru minta maaf pula.

Kalau kita tidak ajak berbincang, walaupun nampak macam mereka setuju, mereka akan rasa tidak selesa dan ada yang tidak beres dalam perasaan mereka. Jika kita ajak mereka berbincang, mereka akan lebih terbuka dan lebih memberi sokongan.

Sebagai contoh, selalunya dengan anak-anak, ibu bapa akan suruh sahaja mereka buat sesuatu. Memang mereka akan buat kerana mereka kena taat, tetapi mungkin ada rasa tidak puas hati mereka.

Bayangkan pula kalau kita ajak mereka berbincang, tanya pendapat mereka, tentunya mereka akan lebih suka.

Mereka akan rasa pendapat mereka diambil kira, suara mereka didengar. Dan kalau memerlukan kerjasama dari mereka, mereka akan lebih suka untuk membantu dan ringan tulang mereka. Maka, janganlah kita jadi diktator di mana-mana pun.

Kalau kita buat keputusan bersama, maka semua yang terlibat akan memberi kerjasama dalam usaha yang perlu dilakukan.

Namun, janganlah kita menghina sesiapa pun dengan memberi mereka peluang untuk bercakap, tetapi suara dan pendapat mereka tidak didengar.

Sebagai contoh, suara anak-anak walaupun kecil, tetapi perlu diambil kira. Jangan kita suruh mereka cakap, apabila mereka beri pandangan mereka, kita buat macam tidak dengar sahaja. Atau kalau komiti masjid contohnya, ada jawatankuasa yang tua dan ada yang muda. Janganlah kita beri peluang yang muda beri pandangan namun kemudiannya digelakkan sahaja pandangan mereka.

Ramai ibu bapa mengeluh kerana anak-anak tidak berkomunikasi dengan mereka. Salah siapa? Kalau ibu bapa yang tidak memulakan dari anak-anak itu kecil lagi untuk berkomunikasi, tentulah anak itu malas untuk mula bercakap dengan mereka.

Tapi, kalau ibu bapa itu selalu mengadakan syura dalam keluarga, selalu berbincang dalam setiap perkara yang melibatkan mereka, tentu keluarga itu akan ada banyak peluang untuk berkomunikasi sesama mereka.

Bukanlah bila anak telah besar, baru hendak mengeluh yang anak tidak bercakap dengan mereka lagi.

Antara suami isteri pun selalulah syura sesama sendiri supaya ada pertolongan sesama sendiri, kasih sayang, tidak ada kekeliruan, tidak ada perpecahan.

Tidaklah ada rasa yang salah seorang mengambil kesempatan ke atas pihak yang satu lagi. Walaupun suami adalah ketua keluarga, tidaklah suruh sahaja isteri buat semua perkara tanpa berbincang. Kenalah ada syura dengan isteri juga.

Dalam negara ini dan dalam dunia ini, tentulah ada banyak perkumpulan agama Islam yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT ini.

Kadang-kadang walaupun semuanya mempunyai tujuan yang sama, namun ada juga perbezaan pendapat yang kadang-kadang boleh menyebabkan perbalahan dan tuduh menuduh.

Antara semua kumpulan ini juga perlulah ada syura, supaya matlamat yang sama boleh dicapai.

Syura penting supaya kita dapat duduk baik dalam masyarakat. Apabila masyarakat baik, hidup harmoni, bolehlah kita menjalankan dakwah kepada orang lain, kepada masyarakat luar, kepada orang kafir.

Kalau kita sendiri tidak harmoni, bagaimana hendak dakwah kepada orang lain? Sekarang non-muslim tengok kita bertelagah, mereka pun tidak ingin hendak masuk Islam. Mungkin ada yang fikir: kalau Islam ini bagus, tentu orang Islam ini bersatu, tetapi tengoklah keadaan mereka sekarang…..

Kalau ada manusia yang tidak perlu bermesyuarat, tentulah ia adalah Nabi Muhammad SAW kerana baginda dipimpin oleh Allah SWT.

Baginda boleh sahaja terus membuat keputusan baginda dan para sahabat akan turut dengan keputusan baginda, tetapi baginda sendiri disuruh untuk bermesyuarah dengan para sahabat.

Banyak contoh dalam hadis bagaimana baginda telah berbincang dengan sahabat dalam banyak perkara antaranya, tentang peperangan yang akan dihadapi. Kalau Nabi pun disuruh bermesyuarat dengan para sahabat, maka siapakah kita kalau kita tidak menjalankan sunnah ini?

Namun, ada perkara yang tidak boleh dibincangkan. Jangan pula kita buat mesyuarat dalam perkara agama yang telah jelas ada dalil atau jelas tidak ada dalam agama. Sebagai contoh, tidak ada amalan bersalam ramai-ramai selepas solat berjemaah. Itu adalah amalan bidaah yang dimulakan oleh Arqam. Ada masjid di negara ini yang kata pihak jawatankuasa masjid telah bermesyuarat dan mereka telah setuju bahawa yang ia adalah baik.

Takkan manusia boleh berbincang dan buat keputusan agama untuk membenarkan perkara bidaah dalam agama pula? Siapakah kita sampai boleh buat begitu?

وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Mereka tidak kedekut. Mereka derma, sedekah, keluarkan zakat.

Mereka juga menggunakan rezeki dengan cara yang baik, walaupun untuk diri mereka sendiri. Mereka akan menggunakan wang mereka apabila perlu. Tidak membazir dalam membeli belah. Tidak membazir adalah penting, kerana orang selalu tidak dapat derma atau infak kerana wang mereka sudah habis dan habis itu kerana mereka banyak bazirkan kepada benda yang tidak perlu.

Allah SWT mengajar kita bagaimana membelanjakan harta dalam surah [ Furqan: 67].

وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah SWT itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dalam berbelanja, mereka tidak boros dan dalam memberi pun tidak berlebihan sampaikan tidak tinggal kepada anak beranak. Memanglah kita selalu dengar kisah Saidina Abu Bakr memberikan segala hartanya, tetapi itu adalah semasa Perang Tabuk dan situasi waktu itu memang memerlukan pengorbanan yang sebegitu.

Ayat tentang berinfak itu disebut selepas menjalankan syura sesama sendiri. Ini adalah kerana selepas sesuatu keputusan itu dicapai, selalunya memerlukan perbelanjaan yang akan digunakan untuk menjalankan matlamat sesuatu organisasi itu.

Maka, hendaklah mereka yang terlibat ringan-ringankan tangan untuk menghulur keperluan dalam bentuk yang diperlukan. Ada kalanya, sumbangan yang diperlukan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi ada juga dalam bentuk tenaga, masa dan idea.

Sebagai contoh, jikalau kita telah membuka madrasah untuk mengembangkan ajaran agama, tentulah memerlukan sumber kewangan dan tenaga yang besar.

Semua yang terlibat perlulah menggembleng tenaga dan mengumpul dana untuk menjayakan matlamat yang hendak dicapai. Allah SWT melihat apa sahaja sumbangan kita untuk kebaikan itu dan akan dibalas.

Seperti yang telah disebut, ada 10 syarat yang disebut dalam gugusan ayat-ayat ini untuk masuk syurga. Dalam ayat ini ada 4 syarat yang ditambah. Secara ringkasnya:

6.  Menyahut seruan Tuhan dalam melaksanakan hukum sama ada akidah dan fardu ain.

7.  Terutamanya solat fardu

8.  Buat urusan penting sesama manusia dengan Syura. Iaitu urusan yang tidak ada dalil wahyu tentangnya.

9.  Infak.

Infak itu tidak semestinya berkenaan rezeki fizikal sahaja, tetapi termasuk juga dengan rezeki rohani, iaitu ilmu. Mana-mana ilmu yang Allah SWT berikan, kita sampaikan juga kepada orang lain.

Tafsir Ayat Ke-39

Ini adalah sambungan sifat-sifat ahli syurga.

وَالَّذينَ إِذا أَصابَهُمُ البَغيُ هُم يَنتَصِرونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ

Dan juga orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim,

Kalimah الْبَغْيُ dari segi bahasa bermaksud ‘keinginan’. Di dalam ayat ini, ia membawa maksud ‘dizalimi’ kerana kadang-kadang apabila kita hendak memenuhi ‘keinginan’ kita, kita menzalimi orang lain. Kita hendak ambil lebih dari yang sepatutnya. Kita ambil bahagian orang lain sebab kita hendak lebih lagi.

Kadang-kadang manusia melakukannya dengan cara yang keras dan kasar. Itu adalah zalim. Adakala kita menzalimi dan adakala juga kita yang di zalimi.

Bagaimanakah tindakan mereka yang mukmin apabila mereka di zalimi?

هُمْ يَنتَصِرُونَ

mereka bertindak membela diri

Kita sangka yang kita hanya disuruh bersabar sahaja kalau dizalimi. Tetapi dalam ayat ini, Allah memberi satu jalan: kita boleh ‘membantu’ diri kita. Kerana perkataan يَنتَصِرُونَ dari kata dasar َنَصَر yang bermaksud ‘bantu’. Iaitu membantu diri kita dengan mengambil tindakan balas.

Tidaklah menahan dan terima sahaja apa yang dikenakan kepada kita. Islam bukanlah agama yang sebegitu. Islam adalah agama praktikal untuk hidup dalam alam ini. Tidaklah tahan dan terima sahaja kezaliman orang lain ke atas kita. Kalau kita buat begitu, itu bukanlah kebaikan.

Islam adalah agama yang adil. Oleh kerana itu, Islam membenarkan kita bertindak balas kepada mereka yang menzalimi kita. Tetapi dengan syarat-syarat yang dibenarkan. Tidaklah boleh kita ambil tindakan sesuka hati.

Pilihan tindakan itu banyak tetapi manakah yang sesuai dalam Islam? Ini adalah beberapa tindakan yang selalunya diambil oleh manusia:

1.  Apabila ada orang yang menzalimi kita, kita biarkan sahaja.

Contohnya seperti ajaran dalam Kristian. Kitab Injil mengajar, “Kalau ada yang menampar pipi kita, berikan pipi kita yang satu lagi”. Macam ini kah yang dianjurkan oleh agama kita? Adakah ini praktikal dalam kehidupan di dunia ini?

2.  Kita balas sama dengan apa yang dikenakan kepada kita.

Kalau orang tampar kita, kita tampar dia semula. Dia patahkan tangan kita, kita patahkan tangan dia semula tetapi haruslah dengan proses yang dibenarkan.

3.  Kita memaafkan orang itu.

4.  Kita balas dengan lebih berat lagi dari apa yang dikenakan kepada kita.

Yang dibenarkan kepada kita dalam Syari’at adalah pilihan kedua dan ketiga sahaja. Dalam Surah

[ Hajj: 39 ] Allah telah berfirman:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Ayat dari Surah Hajj ini memberi kebenaran kepada kita untuk membalas kepada orang yang memerangi kita. Kita tidak kacau mereka, tidak serang mereka, tetapi apabila mereka yang mula menyerang kita, maka kita boleh menyerang mereka semula.

Kita juga boleh mengambil pilihan untuk memaafkan orang yang menganiaya kita, tetapi tidaklah sampai kita membiarkan sahaja dianiaya berkali-kali tanpa melakukan apa-apa kerana kalau kita biarkan sahaja, orang zalim itu akan menjadi lebih zalim lagi. Bukan kita sahaja yang dizaliminya, orang lain pula yang dizaliminya. Sebab dia rasa perbuatannya itu tidak ada tindakan pembalasan pun, dengan senang hati sahaja dia akan terus melakukannya.

Oleh itu, kita kena ambil tindakan untuk menghentikannya. Kalau kita tidak mahu lakukan sendiri, kita boleh mengadu kepada orang lain atau pihak yang berkuasa. Sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan kalau kita tidak mampu untuk membalas, hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT untuk membantu kita.

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi kebenaran kepada kita untuk membela diri.

Tetapi surah ash-Shura ini adalah surah Makkiah. Waktu zaman sahabat di Mekah, mereka banyak ditindas, diseksa dan disakiti. Nabi tidak membenarkan mereka membalas balik kerana kedudukan mereka amat lemah waktu itu. Allah SWT juga tidak lagi memberikan wahyu untuk membenarkan mereka menyerang balas.

Memang sahabat ramai yang hendak membalas balik, tambahan pula mereka ada Saidina Umar yang tentunya tidak mahu duduk senyap sahaja.

Namun, Nabi SAW tidak benarkan kerana Allah tidak beri kebenaran lagi kerana kalau mereka balas, akan menyebabkan tindakan buruk yang lebih besar lagi daripada kaum kafir Mekah.

Kerana setakat itu, yang dilakukan adalah secara perseorangan sahaja. Kalau sudah mereka balas balik, maka seluruh kaum kafir Musyrikin Mekah akan bergabung dan memusnahkan terus Muslim yang sedikit sangat pada waktu itu.

Maka, kalau bukan membalas begitu yang dimaksudkan, apakah maksudnya?

Surah ini adalah tentang Syura. Ianya tentang melakukan sesuatu dalam peringkat kerajaan. Iaitu, apabila kerajaan sudah ada, tindakan boleh dijalankan ke atas mereka yang menzalimi.

Ini memberi isyarat kepada sahabat waktu itu di Mekah, bahawa mereka akan diberikan dengan kedudukan yang membolehkan mereka mengambil tindakan semula.

Memang waktu itu mereka tidak boleh ambil tindakan balas, tetapi mereka akan diberikan dengan kedudukan itu tidak lama lagi.

Memang tidak lama selepas itu, sahabat telah diarahkan untuk berhijrah dan mereka telah membina kerajaan Islam di Madinah. Waktu itu, barulah boleh tindakan balas diambil kerana undang-undang Islam telah ditegakkan.

Walaupun kita dibenarkan mengambil tindakan balas, tetapi tidaklah dengan cara individu.

Katakanlah seorang manusia tumbuk kita dan lari. Kita tidak boleh naik kereta dan cari dia lalu tumbuk dia semula. Kita akan dikira sebagai penjenayah dan boleh disabitkan dengan kesalahan dan hukuman oleh pihak berkuasa pula.

Yang sebenarnya kita kena lakukan adalah melaporkan kepada pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan akan mengambil tindakan.

Antara hukuman yang boleh dikenakan adalah Qisas, iaitu kita boleh tumbuk dia semula. Tetapi, itu adalah dalam suasana mahkamah. Mahkamah akan membuat penyiasatan dan perbicaraan untuk memastikan sama ada benar kejadian itu berlaku.

Tidak boleh ambil tindakan sendiri kerana bayangkan, kalau semua orang boleh ambil tindakan dengan tangan sendiri, maka itu akan memporak perandakan negara ini. Sudah tidak boleh dikawal. Jadi seperti zaman koboi pula nanti.

Tetapi, kalau dia sedang tumbuk kita, kita boleh tumbuk dia balik waktu itu kerana itu dikira ‘mempertahankan’ yang termasuk dalam lingkungan ayat ini. Tetapi, jangan pula kita tumbuk sampai lembik hingga dia pengsan pula.

Sekarang sudah lengkap 10 sifat-sifat yang perlu ada bagi mereka yang mengharap untuk masuk syurga. Secara ringkas, disenaraikan kembali kesemuanya:

1. Iman sempurna. Yakin dengan janji Allah.

2. Tawakal selepas melakukan taat.

3.  Sentiasa berusaha menjauhi dosa besar.

4.  Terutama dosa-dosa besar yang melibatkan hawa nafsu.

5.  Bila terbit kemarahan ke atas orang lain, mereka mudah maafkan.

6.  Menyahut seruan Tuhan dalam melaksanakan hukum sama ada akidah dan fardu ain.

7.  Terutama solat fardu.

8.  Buat urusan penting sesama manusia dengan Syura. Mereka duduk baik dalam masyarakat.

9.  Infaq.

10. Bila mereka dizalimi, mereka hanya bela diri sahaja. Tidak buat zalim balik. Tidak balas lebih dari yang patut.

Mereka yang ada kesemua sifat-sifat ini, barulah boleh ‘mengharap’ untuk masuk syurga. Belum tentu masuk lagi, tetapi boleh mula mengharap.

Tafsir Ayat Ke-40:

Ini adalah sambungan dari ayat sebelum ini: Selain dari balas balik, apa yang kita boleh lakukan? Ini adalah huraian tentang ayat membalas kezaliman.

وَجَزٰؤُا سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثلُها ۖ فَمَن عَفا وَأَصلَحَ فَأَجرُهُ عَلَى اللهِ ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ الظّٰلِمينَ

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

وَجَزٰؤُا سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا

Dan balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang sama dengannya;

Ayat ini adalah dalil bahawa kita boleh membalas balik kepada orang yang melakukan kesalahan kepada kita sama dengan kesalahan yang telah dikenakan kepada kita. Apabila kita balas balik, jangan lebih daripada apa yang dibuat kepada kita.

Tetapi hendaklah kita ingat bahawa ini adalah dalam konteks hukum Qisas. Islam telah memberikan jalan untuk memuaskan hati kita, maka kita kena lakukan dalam lingkungan yang dibenarkan sahaja. Dalam surah [ Baqarah: 194 ]:

الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.

Dalam hukum Qisas, kalau kita dipukul di kepala kita boleh memukulnya balik di kepala. Kalau ada orang yang membunuh ahli keluarga kita, kita boleh balas dengan membunuhnya kembali. Adakah kebaikan kalau kita membalas kesalahan yang dilakukan kepada kita? Memang ada. Sepertimana yang disebut di dalam surah [ Baqarah: 179 ]:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Qisas atau ‘balas balik’ seperti yang dianjurkan oleh Islam ini adalah baik. Bila kita membalas balik, ini akan memberitahu kepada manusia yang zalim bahawa mereka tidak boleh suka-suka hati untuk melakukan apa-apa sahaja kepada kita kerana kita boleh membalas balik.

Dengan itu ia akan menahan orang yang zalim daripada mengambil tindakan mereka. Supaya mereka tahu bahawa ada balasan kepada apa yang mereka lakukan itu. Ia akan menyelamatkan orang lain dari kena kezaliman yang sama.

Kita kena melaporkan kesalahan yang dilakukan. Supaya mereka yang menyakiti orang lain itu akan diambil tindakan dan tidak mengacau atau menyakiti orang lain pula. Maknanya, dengan melaporkan pun bermakna kita berbuat kebaikan juga.

Qisas ini ada disebut dalam surah [ al-Maidah: 45 ]:

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Maknanya, Bani Israil juga telah diberikan dengan hukum yang sama. Ia juga menjadi salah satu hukum dari agama Islam.

Jangan salah faham dengan kebenaran yang Allah SWT telah berikan dalam ayat-ayat ini. Ada juga perkara yang kita tidak boleh balas sama dengan yang dilakukan kepada kita.

Sebagai contoh, kalau kita ditipu, kita tidak boleh menipu balik. Kerana penipuan yang dilakukan oleh mereka itu hanya boleh dibalas boleh Allah SWT. Tidaklah kita boleh tipu balik orang lain, kalau kita kena tipu; atau kalau orang kata buruk tentang kita, kita kata buruk tentang dia balik – itu adalah pemahaman yang salah.

Kita tidaklah boleh berserah dan hanya mendiamkan diri membiarkan orang melakukan kezaliman ke atas kita kerana ini akan membuatkan si penzalim bebas berbuat apa sahaja. Perbuatannya perlu dinilai dan diambil tindakan sewajarnya.

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ

dalam pada itu sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik

Kemaafan ada dua jenis: baik dan tidak. Kemaafan yang baik adalah kalau kesalahan itu dikenakan kepada diri kita. Kadang-kadang kalau kita tidak memaafkan, kita lawan balik, ia hanya akan menjadikan perbalahan itu berpanjangan.

Kadang-kadang kita tidak mahu ia berpanjangan sahaja, kita hendak ia berhenti. Kemaafan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kemaafan yang baik.

Kemaafan yang tidak baik adalah apabila orang itu sepatutnya dihukum, tetapi kita tidak jalankan kerana mungkin kita di pihak yang buat keputusan, dan kita maafkan pula orang yang membuat kesalahan itu sedangkan bukan hak kita untuk memaafkan.

Sebagai contoh, pernah seorang perempuan dibawa kepada Nabi kerana dia telah mencuri. Oleh kerana wanita itu dari keluarga yang terkenal dan orang besar, ada yang mencadangkan supaya beliau dilepaskan. Nabi telah marah dan berkata kalaulah Fatimah anaknya sendiri yang mencuri pun dia akan potong tangan Fatimah.

Ataupun memaafkan orang yang memang bersalah. Sebagai contoh, membebaskan penjenayah yang ditangkap sedangkan mereka telah melakukan kesalahan dan patut dihukum.

Kalau mereka dibebaskan, ada kemungkinan mereka akan melakukan jenayah lagi. Itu bukanlah keadilan namanya. Nama ‘maaf’, tetapi bukan maaf yang baik.

Hukuman kadangkala perlu dijalankan. Sebagai contoh, kalau anak kita melakukan kesalahan, kita kena hukum mereka supaya mereka tahu apakah kesalahan yang mereka telah lakukan supaya mereka tidak membuatnya lagi. Jangan lepaskan begitu sahaja, kerana nanti mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan lagi.

Secara ringkasnya, dari dua jenis kemaafan itu, kita kena bahagikan kepada dua bahagian: peringkat individu dan peringkat kerajaan.

Dalam peringkat individu, kita digalakkan untuk memaafkan. Namun, dalam peringkat kerajaan, tidak boleh memaafkan kalau telah sabit kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

Kalimah أَصْلَحَ bermaksud ‘mahukan kebaikan’. Kita mencari apakah perkara yang baik yang dapat dicapai. Kita maafkan supaya perkara itu tidak dipanjangkan.

Kita mahu memperbaiki perhubungan yang terputus kerana kejadian buruk itu. Kadang-kala tidak ada gunanya kalau kita meneruskan kemarahan itu atau membalas dendam.

Lihatlah bagaimana para sahabat tidak dibenarkan mengambil tindakan membalas balik kejahatan yang telah dilakukan kepada mereka semasa di Mekah memandangkan pada waktu itu mereka amat sedikit dan kalau mereka balas dengan menentang mereka secara fizikal, mereka akan dikalahkan terus kerana bilangan mereka kecil. Itu maknanya membalas kejahatan yang dilakukan tidaklah baik waktu itu. Tidak أَصْلَحَ.

فَأَجْرُهُ عَلَى اللهِ

maka pahalanya ke atas Allah

Mereka akan dapat balasan yang amat baik kalau mereka maafkan. Dalam ayat ini, Allah SWT tidak sebutkan apakah balasan yang akan diberikan. Allah SWT cuma sebut عَلَى اللهِ (ke atas Allah). Selalunya Allah SWT sebut apakah yang akan dapat kalau kita melakukan sesuatu perbuatan yang baik – dapat syurga, dapat rumah di syurga dan sebagainya.

Tetapi apabila Allah SWT sebut Dia yang akan balas, itu bermakna Allah SWT akan beri lebih lagi dari yang amat-amat istimewa. Sampaikan tidak boleh disebut – ia terpulang kepada Allah SWT. Begitu hebatnya Allah SWT menganjurkan kepada kita memaafkan orang yang berbuat zalim kepada kita.

Memang untuk membuat amalan yang baik memang susah tetapi tidaklah sesusah menahan diri dari mengambil tindakan kepada orang yang zalim kepada kita. Sudahlah tidak ambil tindakan, kita maafkan dia pula. Sudahlah maafkan, kita perbaiki perhubungan kita dengan dia balik. Masha Allah, memang susah!

Memang ada ruang hukum dalam Islam untuk membalas perbuatan zalim yang dikenakan kepada kita. Tetapi Allah SWT juga memberitahu yang kalau kita memaafkan, itu lebih baik. Allah SWT berfirman dalam surah [ Baqarah: 178 ].

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظّٰلِمِينَ

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Iaitu mereka yang melakukan kezaliman dan melakukan kesalahan kepada orang lain. Allah SWT akan menghukum mereka nanti. Dan dalam urusan perundangan, mereka akan dikenakan dengan hukuman Hudud, Qisas atau Ta’zir.

Ia juga bermaksud mereka yang membalas lebih dari yang sepatutnya kerana balasan yang boleh dilakukan hanyalah balasan yang setimpal dengan perlakuan asal sahaja. Kalau kita buat lebih lagi, itu sudah zalim namanya.

Contoh: orang bunuh ahli keluarga kita, kita boleh hukum bunuh balik penjenayah tersebut melalui hukuman qisas namun, di negara kita tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita tidak mengamalkan undang-undang Islam. Begitu juga dengan membunuh tanpa sengaja boleh dilaksanakan hukuman qisas iaitu dengan membayar diyat (denda).

Allahu a’lam.

 

Sirah Nabawiyyah – Tahun Ke-10 Kenabian Rasulullah SAW

0
Gangguan kaum Kuraisy terhadap Muhammad semakin menjadi-jadi setelah paman dan istrinya wafat. Pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian, Muhammad pergi ke luar kota Mekah menuju Ta if (65 km sebelah tenggara Mekah) bersama anak angkatnya, Zaid bin Harisah, untuk menyebarkan dakwah. Selama sepuluh hari, Nabi Saw. menemui para pemuka Bani Saqif. Namun kehadiran Nabi di sana ditolak oleh mereka.

Tahun Ke-10 Kenabian Rasulullah SAW

Kita berada di tahun ke-10 kenabian, bersamaan dengan umur Rasulullah SAW 50 tahun.

Apakah berkembangan dakwah di masa ini? Umat İslam telah wujud di Habsyah, berlindung dengan Raja Habsyah. Umat Islam, telah ada di Yaman, dengan Islamnya Bani Daus.

Namun di Mekah umat Islam makin ditentang dan di ancam. Apakah optionnya? Rasulullah SAW mencari kota/kediaman yang berdekatan, yakni Taif dahulu kediamannya kira-kira 60 batu dari Mekah. Kenapa Taif? ia berhampiran dengan pasar Ukaz pusat komersil utama di Mekah, yakni sekitar 2 barid, lebih kurang 46 km dari Ukaz. Orang-orang Taif agak terbuka dan berpendidikan ( terdedah dengan ilmu pengetahuan).

Setelah 10 hari, khuruj di Taif, apakah hasilnya? Baginda SAW dihujani dengan kata-kata kejian dan lemparan batu-batu kecil bertujuan menghina dan memperolok-olokkan baginda, jika benar baginda SAW Rasul Allah sudah pasti baginda terselamat dari lemparan batu itu fikir mereka.

Dalam kisah ini, saya pernah bertanya kepada seorang alim di South Afrika, mengapakah ketika Abu Jahal cuba mencekik dan berkata mahu memijak dada baginda SAW di Kaabah terus Allah SWT datangkan malaikat penjaga, sebaliknya dalam kes di Taif mengapa setelah dihalau hampir 30 batu dan Rasulullah SAW berdarah barulah didatangkan malaikat.

Lihat tafsir surah [ al-Alaq ayat 15 hingga ayat 17 ]:

كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), [ Al-‘Alaq: 15 ].

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah [ Al-‘Alaq: 16 ].

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya) [Al-‘Alaq: 17 ].

Kata alim tersebut pada pendapat beliau Abu Jahal berniat untuk membunuh, maka bantuan itu disegerakan manakala orang Taif cuma berniat mahu menghina dan memperolok-olokkan baginda SAW. Bantuannya tidak segera, cuma diberikan pilihan sama ada Rasulullah SAW mahu mengazab umat di Taif, ia adalah atas keputusan baginda SAW.

Fokus dakwah di Mekah walaupun tidak ramai yang menerima dakwah Rasulullah SAW.

Syaikh Safiyurrahman menggaris beberapa perkara yang menjadi kekuatan Rasulullah SAW dalam melaksanakan dakwah walaupun dakwah baginda SAW di tolak dan itulah kekuatan umat İslam juga.

“Telah bercerita kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahab berkata telah mengkhabarkan kepada ku Yunus, dari Ibnu Syihab berkata telah bercerita kepada ku ‘Urwah, bahawa ‘Aisyah r.a, isteri Nabi SAW bercerita kepadanya bahawa dia pernah bertanya kepada Nabi SAW “”Apakah baginda pernah mengalami peristiwa yang lebih berat dari kejadian perang Uhud?””. Beliau menjawab: “”Sungguh aku sering mengalami peristiwa dari kaum mu. Dan peristiwa yang paling berat yang pernah aku alami dalam menghadapi mereka adalah ketika peristiwa al-‘Aqabah, saat aku menawarkan diri ku kepada Ibnu ‘Abdi Yalil bin ‘Abdul Kulal agar membantu ku namun dia tidak mahu memenuhi keinginan ku hingga akhirnya aku pergi dengan wajah gelisah dan aku tidak menjadi tenang kecuali ketika berada di Qarnu ats-Tsa’aalib (Qarnu al-Manazil). Aku mendongakkan kepala ku ternyata aku berada di bawah awan yang memayungi ku lalu aku melihat ke arah sana dan ternyata ada malaikat Jibril yang kemudian memanggil ku seraya berkata; “”Sesungguhnya Allah mendengar ucapan kaum mu kepada mu dan apa yang mereka timpakan kepada mu. Dan Allah telah mengirim kepada mu malaikat gunung yang siap diperintah apa saja sesuai kehendak mu””. Maka malaikat gunung berseru dan memberi salam kepada ku kemudian berkata; “”Wahai Muhammad””. Maka dia berkata; “”apa yang kamu inginkan katakanlah. Jika kamu kehendaki, aku timpakan kepada mereka dua gunung ini””. Maka Nabi SAW bersabda: “”Tidak. Bahkan aku berharap Allah akan memunculkan dari anak keturunan mereka orang yang menyembah Allah satu-satunya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun””.” [ Hadis Riwayat Al-Bukhari ] dalam Sahihnya tentang Dakwah di Thaif.

Ahli Sirah menyebut baginda SAW mengahwini Saudah pada awal Syawal tahun ke-10 kenabian dan baginda SAW pergi ke Thaif di pertengahan Syawal tahun yang sama.

Pada dasarnya seluruh hadis itu boleh disusun secara kronologi sirah, tetapi bagi mengelakkan lebih banyak khilaf dan ia hanya indikasi yang kecil sahaja dalam mengeluarkan hukum dari hadis, jadi bab kronologi kisah ini dibiarkan jadi ‘bahan gaduh’ ahli sirah.

Apakah yang terjadi di Habsyah pada tahun ke 10 kenabian? Telah berlaku pemberontakan ke atas Raja Amashah An-Najasyi

Perang yang memakan masa berhari hari berpunca daripada berita keislaman Najasyi oleh pembesar pembesar Habsyah yang akhir pertempuran ini di menangi oleh Najashi, walau bagaimanapun Najashi mengeluarkan satu arahan menghalang penyebaran Islam bagi mengelakkan perpecahan kaumnya di mana dinyatakan nabi berseorang diri. Nabi SAW bersama-sama Zaid bin Harithah ke Thaif seperti yang disebut oleh penulis Rahiiqul Makhtum, cuma dalam peristiwa baginda SAW dilempar ini setelah 10 hari berada di Thaif, maka kemungkinan besar Zaid telah pun pulang, wallahu a’alam.

Baginda SAW bersama dengan Zaid bin Harithah maula baginda, mungkin ketika ini anak beliau Usamah bin Zaid telah dilahirkan oleh Ummu Aiman (Barakah) Al-Habsyiyyah.

Allahu a’lam.

 

 

 

 

 

Kemampuan Akal Terhad

0

Kemampuan Akal Terhad

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

Dari Ibnu ‘Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kunci perkara ghaib itu ada lima, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah, iaitu: Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh rahim wanita kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui di mana dia akan meninggal dunia kecuali Allah. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah.”

[ HR Bukhari No: 4328 ] Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah SWT mengurniakan kepada manusia akal sebagai suatu kelebihan dengan makhluk lain, namun kemampuan akal terhad khususnya dalam perkara ghaib. Terdapat lima perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia secara pasti:

a.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah SWT. Kita disuruh berusaha dan merancang masa depan yang lebih baik, namun kita sendiri tidak boleh pastikan secara mutlak tentang masa depan kita.

b. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh rahim wanita kecuali Allah SWT. Kita tidak dapat mengetahui secara tepat bila persenyawaan benih berlaku serta memastikan jantina terhadap janin dalam kandungan. Namun berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya tidak dilarang.

c.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah SWT. Ketentuan turunnya hujan adalah di bawah ketentuan Allah SWT namun tidak salah untuk berusaha dengan peralatan moden membuat pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.

d.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui di mana dia akan meninggal dunia kecuali Allah SWT. Kematian itu adalah ketentuan Allah. Apa yang penting persediaan kita untuk menghadapinya.

e.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah SWT.

2.  Kita dituntut untuk berusaha dan berikhtiar serta bertawakal kepada Allah SWT dan menyedari keterbatasan yang ada pada makhluk. Namun kewajipan kita meyakini dan beriman terhadap perkara ghaib tersebut yang berada di bawah pengawasan Allah.

 

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan