Utama UiTO Bicara THTL SOAL JAWAB DALAM BICARA SUNNAH THTL: MAKSUD TAJALLI DAN PERBEZAAN ISTILAH TAJALLI...

SOAL JAWAB DALAM BICARA SUNNAH THTL: MAKSUD TAJALLI DAN PERBEZAAN ISTILAH TAJALLI DISISI FIQH SUNNAH VS SUFISM

2608
0
Iklan

Soalan: Apakah maksud sebenar perkataan Tajalli dan apa dalil sandarannya di sisi ahli tafsir.

Jawapan: Itu adalah dunia sufism atau tarekat.

Ada tiga langkah perjalanan seseorang dalam tareqat.

Langkah pertama: Takhalli (trash) peringkat membuang sifat-sifat kotor pada hati (Al-Mazmumah)

Langkah kedua: Tahalli (refill)
(pengisian hati dengan sifat-sifat Rabbani, Mahmudah)

Langkah ketiga: Tajalli (transform)
bertukar daripada manusia biasa kepada wali Allah (makam penyaksian dan makrifah)

Proses merubah daripada Takhalli kepada Tahalli dan Tajalli perlu kepada tariqat, bimbingan wali dan Syeikh yang Mursyid.

Kita tumpukan kepada manhaj sunnah. Dalam Manhaj Sunnah pun sama juga, cuma jalan dan marhalahnya, cara pengisian dan perubahan menggunakan metod Salafus Sunnah.

PERBEZAAN ISTILAH TAJALLI DI SISI FIQH SUNNAH VS SUFISM.

Soalan: Saya perlu faham istillah ini dari sisi Fiqh sunnah, memang saya tahu istillah ini sinonim dengan tafsiran sufism kerana ada ayat-ayat Al-Qur’an yang menyebutnya. Contoh seperti A’raf: 143, Lail: 2, A’raf: 187, Syams: 3. Boleh Sheikh jelaskan?

Jawapan:
Cuba anda lihat tafsir setiap ayat tersebut:

1) Al A’raf: 143

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ
رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau”. Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman”.
Tafsir Ibn Katsir:
Ia di bawah bab, kita tidak boleh melihat Allah ﷻ di dunia, ia cuma mampu dilihat di syurga nanti oleh orang beriman. Buktinya dalam ayat 143, di mana Musa عليه السلام meminta untuk melihat Allah ﷻ di dunia, maka Allah ﷻ memberi amaran, bukan saja Musa عليه السلام tidak mampu melihat dengan mata kasar bahkan gunung yang begitu kukuh pun akan hancur seumpama terkena bom atom.Tajalli dalam ayat tersebut jika ditakwil bermaksud menunjukkan kebesarannya. Jika tafsir salaf, Allah ﷻ tajalli, menampakkan diri-Nya kepada gunung.Itulah maksud tajalli. Tajalli dalam bahasa arab merubah dari alam ghaib ke alam nyata, maksudnya Allah ﷻ ghaib, tetapi Musa meminta tajalli, Allah ﷻ menjelma dalam bentuk yang nyata.Sufi pula mengambil kalimah tajalli, apabila mencapai makam mampu melihat alam ghaib. Apabila manusia sudah dapat melihat alam ghaib, maka dia telah mencapai makam tajalli.
2) Al Lail ayat 2
وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ

dan siang apabila terang benderang (tajalla),

Maksud tajalla:
Bila siang semua benda kita nampak, itu dinamakan tajalli. Pada asalnya waktu malam (tanpa lampu) kita tidak nampak, bila hari siang, kita nampak semua;
perubahan dari tidak nampak kepada nampak, maka ia adalah tajalli.

Sufi mengambil kalimah tajalli, bila sampai makam tajalli, apa yang gelap, ghaib, mereka akan nampak semuanya di alam ghaib.

 

3) Al A’raf: 187

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.Tafsir:
La yujalliha (لَا يُجَلِّيهَا ) bermaksud tidak mampu menyingkap, tidak mampu mengetahui. Manusia termasuk Nabi ﷺ sekalipun tidak dapat menyingkap bila terjadinya kiamat.

4) Asy Syams ayat 3

وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا

“dan siang apabila menampakkannya,”

Ini sama dengan ayat al Lail ayat 2.

Siang akan tajalli apa yang tersembunyi di kegelapan malam.

Dari segi fiqh sunnah, Tajalli adalah transformasi dari malam kepada siang. Allah ﷻ menampakkan diri daripada bentuk ghaib kepada bentuk nyata, gunung menjadi hancur. Al-Qur’an kalam Allah ﷻ di alam ghaib di Luh Mahfuz, Baitul Hikmah, ditajalli dalam bentuk lukisan, Musyhaf Uthmani, kemudian ditajali dalam bentuk suara para qari dan dalam bentuk “recording audio”.

Tajalli dalam uloom Tasawwuf pula bermaksud makam tertinggi ahli sufi, di mana dia boleh melihat alam ghaib.

Peringatan:
Jika kita hendak berjinak-jinak dengan manhaj tarekat, maka kita mestilah “rock solid” (kukuh, mantap) dahulu dengan manhaj salafiyah. Kalau tidak, lebih baik jangan libatkan diri dengan mereka kerana ia akan mengganggu perjalanan anda memahami manhaj yang sahih.

Manhaj sufi dalam fiqh tafsiri:
Sufi menganggap Al-Qur’an mempunyai dua tafsiran iaitu tafsiran zahir dan tajalli atau maknawi.

Orang biasa seperti kita hanya mendapat tafsiran zahir sahaja, manakala orang sufi mendapat dua, tafsiran maknawi atau hakiki.

Maka apabila Al-Qur’an menyebut kalimah “Tajalli”, kita hanya faham tajalli itu secara zahir sahaja. Allah ﷻ menampakkan dirinya kepada Musa, kepada gunung, siang menampakkan semua yang tersembunyi di malam hari. Akan tetapi tajalli di sisi sufi ialah suatu proses transformasi, bagaimana manusia boleh nampak alam ghaib.

@bicarathtl
#Bicarasunnah

Komen dan Soalan