Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Soal Jawab Fiqh Sunnah: Hukum memberi Salam kepada Non-Muslim

Soal Jawab Fiqh Sunnah: Hukum memberi Salam kepada Non-Muslim

249
0
Iklan

Soalan

Dlm konteks kita sekarang, jumpa orang bukan Islam atau bila berada dalam majlis yang bercampur Islam dan bukan Islam, adabnya speaker akan beri ucapan salam kepada orang Islam dan ucapan seperti selamat pagi/petang/malam sebagaimana kebiasaan orang di tempat kita.  Jika orang bukan Islam beri salam kepada kita, kita hanya jawab “عليكم” sahih ke?

Jawapan
1. Hukum memberi salam kepada non-muslim adalah khilaf.

Pendapat Pertama: Harus.

Dalil [ al-Zukhruf: 88-89]

وَقِيْلِهٖ يٰرَبِّ اِنَّ هٰۤؤُلَآ ءِ قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُوْنَ

“Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhan-Ku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepada-Mu untuk mengadilinya)!”
[ Az-Zukhruf: 88 ]

فَا صْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلٰمٌ ۗ فَسَوْفَ يَعْلَمُوْنَ

“(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tinggal’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!””
[ Az-Zukhruf: 89 ]

Pendapat Kedua: Haram.

Dalil:

لَا تَبْدَؤُوا اَلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى بِالسَّلَامِ

“Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan juga Nasrani.” (HR Muslim (1905))

Kompromi – Gunalah ungkapan yang sesuai dengan uruf di Malaysia: good morning, good evening,

2. Hukum memberi salam kepada audien yang bercampur: Muslim dan non-muslim dalam satu majlis.

Hukum: Boleh memberi salam.

Dalil: 

فَسَلَّمَ عَلَيْهِمُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ وَقَفَ فَنَزَلَ فَدَعَاهُمْ إِلَى اللَّهِ وَقَرَأَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنَ

Maka Nabi ﷺ memberi salam kepada mereka, kemudian berhenti dan turun dari keldai. Baginda ﷺ mengajak mereka kepada Allah dengan membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka. (HR Muslim (1798))

Nabi ﷺ memberi salam kepada orang ramai di kampung bani Harith Madinah, ketika itu semua ada, Yahudi, munafiq (Abdullah bin Ubai) dan sahabat sahabat.

Uruf di Malaysia juga boleh: mengucap salam kemudian menyebut salam sejahtera atau selamat pagi.

3. Isu non-Muslim memberi salam kepada muslim dengan lafaz “assalamualaikum”

Jika sekiranya non-Muslim memberi salam kepada kita, maka harus membalasnya kembali sesuai dengan perintah al-Qur’an. Rujuk [ an-Nisa’: 86 ]

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu

Maka, jika dia beri salam, maka balaslah balik dengan ungkapan yg serupa.

Dalil hadith: 

إذا سلَّمَ عليكُم أحدٌ من أَهْلِ الكتابِ فقولوا: وعليكُم

“Apabila ahli kitab mengucapkan salam ke atas kamu, maka katakanlah kepada mereka: (وعليكم) ”. [HR Bukhari 6258]

Pada zaman sekarang, non-muslim adalah  warga negara penuh, mereka boleh menjadi YB dan Menteri. Maka, bila urusan kepimpinan negara diserahkan kepada non-muslim, maka apalah sangat dengan memberi salam kepada mereka. Mana lebih besar antara memberi salam  kepada non-muslim atau menyerahkan urusan YB (kepimpinan) kepada mereka?

4. Isu lafaz salam (السلام على من اتبع الهدى ) = keselamatan atas orang yang mengikuti petunjuk (Islam):

Dalil Al-Quran: 

فَأْتِيَاهُ فَقُولَا إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا تُعَذِّبْهُمْ ۖ قَدْ جِئْنَاكَ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَىٰ

[Maka datanglah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dan katakanlah: “Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israel bersama kami dan janganlah kamu menyiksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan kami) daripada Tuhanmu. Dan keselamatan itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk. [Thaha: 47 ].

Dalil Hadith:

فَدَفَعَهُ إِلَيَّ هِرَقْلُ فَقَرَأَهُ، فَإِذَا فِيهِ‏:‏ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ، سَلاَّمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى

“lalu diberikan kepada Heraklius dan ia membaca, yang isinya, “Bismillaahirrahmaanirrahiim, daripada Muhammad hamba dan utusan Allah, kepada Heraklius pembesar Romawi, keselamatan atas orang yang mengikuti petunjuk, amma ba’du, maka Saya mengajakmu kepada Islam, masuklah ke dalam Islam, maka niscaya engkau selamat.” ( HR al Bukhari, Adabul Mufrad, 1109, disahihkan oleh al Albani).

Ini adalah dalil kepada orang yang mengatakan Haram mengucap “assalamualaykum kepada non-Muslim, yang boleh cuma lafaz ini sahaja, “al salam ala manittaba’al hudaa”

Justeru, kalau nuraini dari aliran syadid, tidak boleh langsung memberi salam kepada non-Muslim, maka, guna ungkapan seperti ini.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan