Utama Bilik (109) Beriman Dgn Akhirat Syarah 131 Tanda Kecil Kiamat: Tanda Ke-98 Bumi Arab Kembali Menghijau dan...

Syarah 131 Tanda Kecil Kiamat: Tanda Ke-98 Bumi Arab Kembali Menghijau dan Mengalirnya Sungai

36
0
Iklan

Syarah 131 Tanda Kecil Kiamat

Tanda Ke-98: Bumi Arab Kembali Menghijau Dan Mengalirnya Sungai

Bumi Arab khususnya Arab Saudi adalah padang pasir. Akan tetapi menerusi mukjizat Rasulullah ﷺ, pada akhir zaman ia kembali menghijau.

Dalil Hadith 1:

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

 لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا, وَحَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ, لَا يَخَافُ إِلَّا ضَلَالَ الطَّرِيقِ,

وَحَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ, قَالُوا: وَمَا الْهَرْجُ, يَا رَسُولَ اللهِ, قَالَ: الْقَتْلُ

 “Tidak akan terjadi Kiamat sehingga bumi Arab kembali hijau dan sungainya mengalir dan sehingga seorang naik kenderaan dari Iraq ke Mekah tidak takut kepada sesiapa pun kecuali sesat jalan dan banyak terjadi Harj. Diajukan soalan apa itu Al-Harj, baginda menjawab, “Ia adalah pembunuhan besar-besaran”. (HR Ahmad, disahihkan oleh Al-Haithami dalam Majma’ Az-Zawaid 7:334)

Dalil Hadith 2:

Ia berlaku ketika ekspedisi Tabuk dan mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air di Tabuk, lalu baginda berkata kepada Muadz,

Daripada Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

………يُوشِكُ, يَا مُعَاذُ إِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ, أَنْ تَرَى مَا هَاهُنَا قَدْ مُلِئَ جِنَانًا

“Ya Mu’adz, jika usiamu panjang, pasti engkau akan menyaksikan kawasan ini (bandar Tabuk) akan berubah kepada kesuburan dan ladang-ladang pertanian yang lebat”. (HR Muslim No. 706)

Syarah:

Dr. Abdul Majid Al-Zindani: Asalnya Tanah Arab adalah kawasan paling awal dihuni dan ketika itu ia adalah kawasan hijau dan subur tetapi selepas ‘ice age’ (zaman ais) yang pertama, maka berlaku perubahan cuaca dan panas yang melampau. Tanah Arab telah bertukar menjadi padang pasir. Namun, dengan hadith ini jika berlaku ‘ice age’ kedua, di mana kutub akan cair, kemungkinan Tanah Arab akan kembali menghijau dan sungai-sungai akan mengalir semula.

Dr. Al-Areefi: Umum mengetahui bahawa 80% daripada Tanah Arab adalah padang pasir yang tandus dan gersang. Mengenai hadith Mu’adz bin Jabal di Tabuk, memang sahih Tabuk sekarang di Arab Saudi telah pun menghijau dan antara kawasan pertanian utama di Saudi.

Syarah Penulis: Selepas saya sendiri bekerja di Arab Saudi selama beberapa tahun di bandaraya Jazan dan Jazan juga merupakan kawasan pengeluaran pertanian utama Arab Saudi antaranya mangga dan pisang. Saya pernah ke ibu kota Riyadh, di mana Riyadh itu sendiri bermaksud ‘garden city’ atau bandaraya taman. Maka wujud di sekitar Riyadh kawasan hijau yang besar dan ajaib sekali sedangkan ia berada di padang pasir. Jika anda ke Arafah, anda akan mendapati tempat wukuf juga telah menghijau. Malah dengan teknologi penyulingan air laut, Arab Saudi sedang ke arah pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan. Manakala di Dubai dan negara Teluk, teknologi hijau amat mengagumkan, di mana terdapat pusat permainan salji terbesar di dunia dan rakyatnya boleh bermain ski dan salji.

Allahu a’lam.

Artikel sebelumnyaSoal Jawab Fiqh Sunnah: Hukum memberi Salam kepada Non-Muslim
Artikel seterusnyaKemaskini Pembayaran Yuran Keahlian dan Pendaftaran Ahli Baru

Komen dan Soalan