Utama At-Tazkirah Qurthubi TAhqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 45 dan 46 – Berakhir...

TAhqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 45 dan 46 – Berakhir Tugasan Malaikat Maut dan Alam Kubur

494
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 45: Berakhirnya Tugasan Malaikat Maut

(باب متى يرتفع ملك الموت عن العبد ؟)

Hadith Jabir رضي الله عنه (Dhaif)

أبو نعيم عن أبي جعفر محمد بن علي ، عن جابر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : إن ابن آدم لفي غفلة عما خلقه الله عز و جل إن الله ـ لا إله غيره إذا أراد خلقه ـ قال للملك : اكتب رزقه و أثره و أجله ، و اكتب شقياً أو سعيداً ، ثم يرتفع ذلك الملك و يبعث الله ملكاً آخر فيحفظه حتى يدرك ، ثم يبعث الله ملكين يكتبان حسناته و سيئاته ، فإذا جاءه الموت ارتفع ذلك المكان ، ثم جاءه ملك الموت عليه السلام ، فيقبض روحه ، فإذا أدخل حفرته رد الروح في جسده ، ثم جاءه ملكا القبر فامتحناه ، ثم يرتفعان ، فإذا قامت الساعة ، انحط عليه ملك الحسنات و ملك السيئات فأنشطا كتاباً معقوداً في عنقه ، ثم حضرا معه : واحد سائق و الآخر شهيد ، ثم قال الله عز و جل : لقد كنت في غفلة من هذا فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم في : لتركبن طبقاً عن طبق قال : حالاً بعد حال .
ثم قال النبي صلى الله عليه و سلم : إن قدامكم أمر عظيم . فاستعينوا بالله العظيم

Abu Nu’aim (Al Asfahani, w. 430H, Esfahan, Iran) meriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Jaafar Muhammad bin Ali daripada Jabir رضي الله عنه daripada Nabi ﷺ ,” Sesungguhnya bani Adam adalah makhluk paling lalai dari semua makhluk Allah ‎ﷻ . Sesungguhnya yang mana tiada Tuhan selain Dia, ketika mana Allah ‎ﷻ ingin mencipta anak Adam, maka Dia menitahkan malaikat pencatat rezeki, usia/ajalnya, apakah ia bahagia atau celaka. Kemudian Allah ‎ﷻ menugaskan malaikat lain menjaganya sampai ia baligh. Selepas itu Allah‎ ﷻ menugaskan pula dua malaikat untuk mencatat amalannya (baik dan buruk), bila saat ajalnya, maka kedua malaikat itu naik ke langit.
Kemudian datang pula Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Apabila selesai dikebumikan, maka roh akan dikembalikan ke dalam jasadnya. Kemudian datang dua malaikat untuk menyoalnya dan kemudian mereka pun pergi .

Bila berlaku kiamat, maka turunlah dua Malaikat pencatat amal (baik dan buruk) kemudian menyerahkan buku catatan amalan kepada anak Adam, seorang malaikat akan mengiringinya, dan seorang lagi sebagai saksi. Kemudian Allah ‎ﷻ berfirman (لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ) “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.” [ Qaf: Ayat 22 ] Dan firman-Nya lagi: (لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍ) “Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)” [ Al Insyiqaq: 19 ] .

Nabi ﷺ mengulas akan ayat ini (Al Insyiqaq: 19) bahawa manusia akan melalui satu keadaan setelah keadaan yang lain atau tingkat demi tingkatan. Kemudian Nabi ﷺ mengulas lagi, ” Bahawa kamu akan menghadapi sesuatu yang amat dahsyat, maka mohon perlindungan Allah ‎ﷻ yang Maha Agung .
————————————
Tahqiq✍️:
Ulasan Abu Nuaim (: هذا حديث غريب من حديث أبي جعفر و حديث جابر تفرد به عنه جابر ابن يزيد الجعفي و عنه المفضل)= Hadith ini gharib (dha’if) daripada sanad Abu Jaafar daripada Jabir (bin Abdullah) kerana diriwayatkan secara sendirian oleh Jabir bin Yazid Al Ju’fi dan juga oleh Al Mufaddhal .

Ulasan penulis (Imam Al Qurthubi)=قلت : جابر بن يزيد الجعفي متروك لا يحتج بحديثه في الأحكام (Perawi Jabir bin Yazid Al Ju’fi adalah matruk (tidak boleh digunakan hadithnya) dan tidak dapat dijadikan hujah dalam hukum hakam .

Muktamad✏️: Hadith Palsu menurut Ibn Ma’in (Al Kaamil, 2/114), Matruk hadith kata Imam An Nasa’iy (Ad Dhu’afa No. 98), Palsu kata Ibn Hibban, Al Majruhin No. 183 .

 

Kod/Bab 46: Alam Kubur

46-1: Pertanyaan Malaikat Munkar Nakir

(باب في سؤال الملكين للعبد و في التعوذ من عذاب القبر و عذاب النار)

Bab seputar pertanyaan dua Malaikat (Munkar Nakir) kepada penghuni kubur dan Cara Berlindung daripada azab kubur dan seterusnya azab Neraka.

عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَتُوُلِّيَ وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَأَقْعَدَاهُ فَيَقُولَانِ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ فَيُقَالُ انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّارِ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنْ الْجَنَّةِ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا وَأَمَّا الْكَافِرُ أَوْ الْمُنَافِقُ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ فَيُقَالُ لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ إِلَّا الثَّقَلَيْن[1

Daripada Qatadah daripada Anas رضي الله عنه daripada Nabi ﷺ . Berkata sesungguhnya hamba apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan kawan-kawannya pulang, sedang ia masih mendengar bunyi sepatu mereka, datanglah kepadanya dua Malaikat, lalu mendudukkannya, keduanya bertanya, “ Apa yang engkau katakan terhadap laki-laki ini yakni Muhammad ﷺ ?” Orang mukmin menjawab, “ Saya bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah ‎ﷻ dan utusan-Nya.” Maka kepadanya dikatakan, “ Lihatlah tempatmu di neraka telah digantikan oleh Tuhan dengan tempatmu di Syurga. Lalu ia melihat kedua tempat itu sekaligus.”

Takhrij✍️: HR. Bukhari No. 1338 dan Muslim No. 2870.

Ulasan perawi Qatadah (w.118H, murid Anas رضي الله عنه ) berkata (قال قتادة : و ذكر لنا أنه يفسح له في قبره أربعون ذراعاً) telah disebut kepada kami bahawa mayat itu dilapangkan kuburnya sampai 40 hasta (18 meter=60 kaki)

Ulasan Muhaqqiq Dhaif kerana tidak ada komen Qatadah dalam sahih Bukhari .

Komen Imam Muslim: (و قال مسلم : سبعون ذراعاً . و يملأ عليه خضراً إلى يوم يبعثون) ” kuburnya dilapangkan sampai 70 hasta (100 kaki) yang menghijau sampai hari kebangkitan”

Tahqiq✍️: Sahih, sahih Muslim No. 2870 .

46-2: Pertanyaan Malaikat Munkar Nakir

(باب في سؤال الملكين للعبد و في التعوذ من عذاب القبر و عذاب النار)

Bab seputar pertanyaan dua Malaikat (Munkar Nakir) kepada penghuni kubur dan Cara Berlindung daripada azab kubur dan seterusnya azab Neraka.

Sambungan hadith Anas رضي الله عنه

يبعثون ثم رجع إلى حديث أنس قال : و أما المنافق و الكافر فيقال له : ما كنت تقول في هذا الرجل ؟ فيقول : لا أدري كنت أقول ما يقول الناس . فيقال : لا دريت و لا تليت . و يضرب بمطارق من حديد ضربة بين أذنيه فيصيح صيحة يسمعها من يليه إلا الثقلين .
قلت : ليس عند مسلم ، ثم رجع إلى حديث أنس إلى آخره و إنما هو عند البخاري . فحديثه أكمل

Sambungan hadith Anas رضي الله عنه

رضي الله عنه (وَأَمَّا الْمُنَافِقُ وَالْكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ فَيُقَالُ لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْن)

Orang-orang munafik dan kafir ketika ditanyakan, “Apa yang kau katakan terhadap laki-laki ini?” Mereka menjawab “ Aku tidak tahu, aku hanya mengatakan sebagaimana orang lain mengatakannya.” Lalu orang itu dipukul dengan besi sehingga ia berteriak-teriak yang suaranya terdengar oleh makhluk yang berada di sekelilingnya selain Jin dan Manusia. ( HR Bukhari No 1338 ).

Ulasan Al Qurthubi✏️: Tambahan ini hanya ada dalam sahih Al Bukhari sahaja. Maka versi Al Bukhari lebih lengkap .

46-3: Pertanyaan Malaikat Munkar Nakir

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (Sahih)

ابن ماجه ، عن أبي هريرة عن النبي قال : إن الميت يصير إلى القبر فيجلس الرجل الصالح في قبره غير فزع و لا مشغوف ، ثم يقال له : فيم كنت ؟ فيقول : كنت في الإسلام ! فيقال : ما هذا الرجل ؟ فيقول : محمد رسول الله ، جاءنا بالبينات من عند الله فصدقناه . فيقال له : هل رأيت الله ؟ فيقول : لا ، ما ينبغي لأحد أن يرى الله ! فيفرج له فرجة قبل النار فينظر إليها يحطم بعضها بعضاً ، فيقال له : انظر إلى ما وقاك الله ، ثم يفرج له فرجة قبل الجنة فينظر إلى زهرتها و ما فيها ، فيقال له : هذا مقعدك .
و يقال له : على اليقين كنت . و عليه مت . و عليه تبعث إن شاء الله تعالى ، و يجلس الرجل السوء في قبره فزعاً مرعوباً فيقال له : فيما كنت ؟ فيقول : لا أدري . فيقال له : ما هذا الرجل ؟ فيقول : سمعت الناس يقولون قولاً فقلته . فيفرج له فرجة قبل الجنة فينظروا إلى زهرتها و ما فيها . فيقال له انظر إلى ما صرفه الله عنك ، ثم يفرج له فرجة قبل النار فينظر إليها يحطم بعضها بعضاً ، فيقال : هذا مقعدك على الشك كنت . و عليه مت . و عليه تبعث إن شاء الله تعالى .

( HR Ibn Majah ) daripada Abu Hurairah رضي الله عنه daripada Nabi ﷺ yang bersabda,” Bahawa mayat itu bila berpindah ke alam kubur, lelaki yang soleh akan baring dengan tenang, tanpa takut dan tanpa tertekan. Kemudian dia ditanya : “Apakah anutanmu (semasa di dunia)? “ Dia menjawab : “Anutanku Islam.” Dia ditanya : “Siapa lelaki ini?” Dia menjawab : “Muhammad ﷺ utusan Allah ‎ﷻ yang telah datang kepada kami dengan membawa penjelasan daripada-Nya dan kami membenarkannya.” Ditanyakan kepadanya : “Apakah engkau telah melihat Allah ‎ﷻ ?” Dia menjawab : “Tidak selayaknya seorang hamba melihat Allah ‎ﷻ (di dunia).” Kemudian dibukakan terowong menghadap neraka , kemudian dia melihat neraka itu yang isinya satu dengan yang lainnya saling menghancurkan. Dikatakan kepadanya : “Lihatlah pada perlindungan Allah ‎ﷻ yang telah dianugerahkan kepadamu.” Kemudian dibukakan untuknya sebuah terowong yang menghadap Syurga, dari situ dia dapat melihat bunga-bunga yang indah dari Syurga dan seluruh isinya yang serba mempersonakan. Kemudian dikatakan kepadanya : “Ini adalah tempat tinggalmu nanti” Dikatakan kepadanya : “Di atas keyakinan engkau hidup dan mati, dan di atas keyakinan pula kelak engkau di bangkitkan, Insya Allah.
—————————
Sementara itu, lelaki yang jelek amalannya di dalam kubur berada dalam keadaan ketakutan dan penuh tekanan, lalu ditanyakan kepadanya : “Apakah anutanmu (di dunia dulu)?”
Ia menjawab : “Aku tidak tahu.” Lalu ditanyakan lagi kepadanya :”Siapa lelaki ini?” Ia menjawab : “Aku mendengar orang-orang berbicara tentang dia, lalu aku mengikutinya (ke arah kesesatan).” Kemudian dibukakan untuknya sebuah terowong menghadap Syurga, lalu dia melihat bunga-bunga Syurga beserta isinya yang mempersonakan. Dikatakan kepadanya :” Lihatlah, bahawa tempat indah ini telah dijauhkan Allah ‎ﷻ daripadamu.” Selanjutnya dibuatkan terowong yang menghadap neraka lalu ia dapat melihatnya. Yang antara satu dengan yang lainnya saling menghancurkan. Kemudian dikatakan kepadanya : “ Inilah tempat tinggalmu kerana engkau telah hidup dan mati di atas keraguan. Begitu pula nantinya engkau dibangkitkan, Insya Allah”

Tahqiq✍️:
Mutaqaddimin, Dhaif, kata Imam At Termidzi, hasan ghareeb (حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ) juga Imam Ahmad dan Imam Abu Haatim (وقال أبو حاتم: ((لا يحتج به))

Dinilai sahih oleh Al Albani, sahih Ibn Majah No 3462 dan Al Haithami dalam Majma’
المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 3462

46-4: Pertanyaan Malaikat Munkar Nakir

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (Sahih)

الترمذي عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا أقبر الميت ـ أو قال أحدكم ـ أتاه ملكان أسودان أزرقان يقال لأحدهما المنكر . و للآخر النكير .
فيقولان : ما كنت تقول في هذا الرجل ؟ فيقول ما كان يقول فيه : هو عبد الله و رسوله أشهد أن لا إله إلا الله و أن محمداً عبده و رسوله ، فيقولان : قد كنا نعلم أنك تقول هذا ، ثم يفسح له في قبره سبعون ذراعاً في سبعين ، ثم ينور له فيه ، ثم يقال له : نم . فيقول : أرجع إلى أهلي فأخبرهم ، فيقولان : ثم كنومة العروس الذي لا يوقظه إلا أحب أهله إليه حتى يبعثه الله من مضجعه ذلك . و إن كان منافقاً قال : سمعت الناس يقولون قولاً . فقلت مثله : لا أدري . فيقولان : قد كنا نعلم أنك تقول ذلك فيقال للأرض : التئمي عليه . فتختلق أضلاعه . فلا يزال فيها فيها معذباً حتى يبعثه الله من مضجعه ذلك قال حديث حسن غريب

Versi At Termidzi juga daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ :
Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah‎ ﷻ dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah‎ ﷻ , dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya.” ( HR Termidzi No 1071 ), Imam Abu Isa berkata, hasan gharib (indikasi kedha’ifannya)

Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.” Dia berkata: “Bolehkah aku kembali kepada keluargaku untuk memberi khabar kepada mereka?” Kedua Malaikat tersebut menjawab: “Tidurlah engkau seperti tidurnya pengantin, yang tidak dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya dalam kalangan keluarganya sehingga Allah‎ ﷻ membangkitkannya daripada pembaringannya itu.

Dan sekiranya mayat tersebut adalah seorang munafik, dia berkata: “Aku mendengar orang-orang mengatakan (suatu perkataan) lalu aku pun mengatakan seperti mereka, aku tidak tahu. Kedua Malaikat tersebut berkata: “Sesungguhnya kami telah mengetahui bahawa engkau akan berkata sedemikian.” Lalu dikatakan kepada bumi: “Himpitlah orang munafik itu.” Lalu bumi pun menghimpitnya. Maka dia terus diseksa di dalamnya sehingga Allah ‎ﷻ membangkitkannya daripada pembaringannya itu.

Tahqiq✍️:
Al Albani, hadith Hasan. Sahih At Termidzi No 1071

الألباني | المصدر : صحيح الترمذي الصفحة أو الرقم: 1071 | خلاصة حكم المحدث : حسن , التخريج : أخرجه الترمذي (1071)

📍Hadith Al Barra’ bin Azib (sahih) Bahagian 1

و خرج أبو داود أيضاً عن البراء بن عازب قال : خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه و سلم في جنازة رجل من الأنصار . فانتهينا إلى القبر و لما يلحد ، فجلس رسول الله صلى الله عليه و سلم و جلسنا حوله كأنما على رؤوسنا الطير و في يده عود ينكت به في الأرض فرفع رأسه فقال : استعيذوا بالله من عذاب القبر مرتين أو ثلاثاً ،

Daripada Al Barra’ bin `Azib, dia meriwayatkan, “Kami keluar bersama Rasulullah ﷺ menghantar jenazah lelaki seorang daripada suku Ansar. Maka kami pun sampai di perkuburan (dan waktu itu) sedang dibuatkan liang lahad. Lalu Rasulullah ﷺ duduk, dan kami pun duduk di sekitarnya. (suasana tenang sekali) sehingga seakan-akan di atas kepala kami ada burung. Dan di tangan beliau ada kayu yang beliau cucuk cucukkan ke tanah. Lalu beliau mengangkat kepalanya seraya mengatakan : Berlindunglah kalian kepada Allah ‎ﷻ dari azab kubur (dua atau tiga kali) .

قال : و إنه ليسمع خفق نعالهم إذا ولوا مدبرين حين يقال له : من ربك ؟ و ما دينك ؟ و من نبيك ؟ قال : و يأتيه ملكان فيجلسانه فيقولان له : من ربك ؟ فيقول : ربي الله ، فيقولان : ما دينك ؟ فيقول : ديني الإسلام ، فيقولان : ما هذا الرجل الذي بعث فيكم ؟ فيقول : هو رسول الله ، فيقولان له : و ما يدريك ؟ قال : قرأت كتاب الله فآمنت و صدقت [ زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ ‏:‏ ‏”‏ فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ‏{‏ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا ‏}‏ ‏”‏ ‏.‏ الآيَةَ] قال : فينادي مناد من السماء : أن صدق عبدي فأفرشوه من الجنة . و ألبسوه من الجنة . و افتحوا له باباً إلى الجنة قال : فيأتيه من روحها و طيبها قال : و يفسح له مد بصره .

Nabi ﷺ bersabda: Dan sungguh dia mendengar bunyi sandal-sandal ketika mereka berpaling untuk pergi,seketika itu dikatakan kepadanya: “Hai kamu, siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa nabimu? Hanad (salah seorang perawi) berkata: Beliau bersabda: Dan datanglah kepadanya dua Malaikat dan mendudukkannya. Mereka berdua pun mengatakan: Siapa tuhanmu? dia menjawab : Tuhanku adalah Allah ‎ﷻ , lalu mereka bertanya lagi: Apa agamamu? Dia menjawab: Agamaku adalah Islam, mereka kembali bertanya kepadanya: Siapa orang ini yang diutus pada kalian? Beliau bersabda: Lalu dia menjawab: Dia adalah utusan Allah‎ ﷻ , mereka bertanya: Dari mana kamu tahu? Dia menjawab: Aku membaca kitab Allah ‎ﷻ , lalu aku beriman dengannya dan aku membenarkannya. (Ada tambahan dalam hadith versi Jarir): Maka itulah firman Allah ‘Azza Wa Jalla: ( Allah‎ ﷻ meneguhkan orang-orang yang beriman ) [ Ibrahim:27 ]. Beliau bersabda: Kemudian ada penyeru dari langit: Sungguh benar hambaku, maka bentangkanlah Syurga untuknya, dan bukakanlah pintu untuknya ke Syurga, dan pakaikanlah (pakaian) daripada Syurga, Beliau bersabda: Kemudian didatangkan bau dan wanginya kepadanya, Beliau bersabda: Dan dibukakan untuknya satu pintu ke Syurga , maka datanglah hembusan dan wangian Syurga dan dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang.”

Hadith Al Barra’ bin Azib (sahih) Bahagian 2

قال : و إن الكافر فذكر موته قال : و تعاد روحه في جسده و يأتيه ملكان فيجلسانه فيقولان له : من ربك ؟ فيقول : هاه هاه . لا أدري . فيقولان : ما هذا الرسول الذي بعث فيكم ؟ فيقول هاه هاه . لا أدري . قال : فينادي مناد : أن كذب عبدي . فأفرشوه من النار ، و ألبسوه من النار ، و افتحوا له باباً إلى النار قال : فيأتيه من حرها و سمومها قال : و يضيق عليه قبره حتى تختلف فيه أضلاعه

Beliau bersabda: “Dan sesungguhnya orang kafir,” Kemudian Beliau menyebutkan tentang kematiannya dengan mengatakan: Rohnya dikembalikan ke dalam jasadnya, dan dua Malaikat mendatanginya, kemudian mendudukkannya seraya berkata: Siapa Tuhan mu? Hah, hah, hah, aku tidak tahu, kemudian mereka bertanya kepadanya: Apa agamamu? Dia menjawab: Hah, hah, aku tidak tahu, mereka bertanya: Siapa laki-laki ini yang diutus kepadamu? Dia menjawab: Hah, hah, aku tidak tahu, kemudian ada seruan dari langit, “HambaKu telah berdusta”, maka hamparkanlah tempatnya dari Neraka dan pakaikan pakaian Neraka untuknya, dan bukakanlah untuknya sebuah pintu ke Neraka, Beliau bersabda: “Kemudian didatangkan kepadanya, panasnya Neraka berserta racun-racunnya,” Beliau bersabda: “Dan kuburnya dihimpitkan kepadanya hingga tidak beraturan tulang belulang-nya.”

زاد في حديث جرير قال : ثم يقيض له أعمى أبكم معه مرزبة من حديد لو ضرب بها جبل لصار تراباً قال : فيضربه بها ضربة يسمعها ما بين المشرق و المغرب إلا الثقلين فيصير تراباً ، ثم تعاد فيه الروح (رواه أبو داود والترمذي، وقال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح.)

Ada tambahan dalam hadith Jarir, Beliau bersabda: “Kemudian diutus kepadanya seorang yang buta dan tuli dengan membawa alat pukul daripada besi yang seandainya dipukulkan ke gunung maka ia menjadi debu,” Beliau bersabda: “Setelah itu dia dipukul sehingga dia berteriak dengan teriakan yang didengar oleh semua makhluk antara timur dan barat selain Manusia dan Jin hingga dia menjadi debu,” Beliau bersabda: “Kemudian rohnya dikembalikan semula ke dalam badannya.” ( HR Abu Daud, dan Termidzi ), Dinilai hasan sahih oleh Abu Isa.

Tahqiq✍️:
Syaikh Al Albani, sahih Abu Daud 4753

الراوي : البراء بن عازب | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 4753 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه أبو داود (4753) واللفظ له، والنسائي (2001)، وابن ماجه (1549) مختصراً، وأحمد (18557)

Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه (hari pertama di kuburan: Malaikat Ruman) Palsu

فصل : ذكره أبو حامد في كتاب كشف علم الآخرة : و قد روى عن ابن مسعود رضي الله عنه أنه قال يا رسول الله : ما أول ما يلقى الميت إذا دخل قبره ؟ قال : يا ابن مسعود ما سألني عنه أحد إلا أنت . فأول ما يناديه ملك اسمه رومان يجوس خلال المقابر فيقول : يا عبد الله اكتب عملك . فيقول : ليس معي دواة و لا قرطاس فيقول : هيهات كفنك قرطاسك ، و مدادك ريقك ، و قلمك إصبعك . فيقطع له قطعة من كفنه . ثم يجعل العبد يكتب ، و إن كان غير كاتب في الدنيا . فيذكر حينئذ حسناته و سيئاته كيوم واحد ، ثم يطوى الملك القطعة و يعلقها في عنقه .
ثم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : قوله تعالى : و كل إنسان ألزمناه طائره في عنقه أي : عمله

Aku (Ibnu Mas’ud رضي الله عنه ) Mengatakan : “Ya Rasulullah ﷺ , apa yang pertama dijumpai si mayat pada saat masuk kuburnya ?” Rasulullah ﷺ menjawab : “Hai Ibnu Mas’ud sungguh kamu telah menanyakan kepadaku hal yang belum pernah seorangpun bertanya selain kamu. Yang pertama yang memanggil mayat adalah Malaikat yang bernama Rumaan, berada di sela-sela kuburan. Malaikat Rumaan bertanya kepada mayat, “Hai hamba Allah ‎ﷻ , tulislah amalanmu,” Si mayat menjawab : “Aku tidak mempunyai pena dan kertas. Kata Rumaan,” Kain kafanmu adalah kertasmu, dakwat adalah air liurmu, dan pena kamu ialah tanganmu.” Kemudian dia pun menulis sedangkan di dunia dia tidak pandai menulis. Ketika itu juga dia ingat segala kebaikan dan keburukannya sendiri semuanya. Lalu Malaikat Rumaan memotong kain kapan itu dan menggantung di lehernya. Kemudian Nabi ﷺ membaca sepotong ayat Al-Qur’an (وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ ۖ =” Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya [ Al Isra’:13 ] Dikeluarkan oleh Al Ghazali, Abu Hamid dalam Al Durah Al Fakhirah
Hadith ini amat panjang (tidak perlu di hantar kesemua kerana ia adalah palsu)

Tahqiq✍️; Komen muhaqqiq At Tazkirah Khalid Muhammad Uthman, ianya palsu
—————————
* Imam Al-Ghazali, Al-Durah Al-Fakhirah Fi Kasyf Ulum Al-Akhirah, Maktabah Al-Tsaqafiyah, Beirut, Hal. 34 .

✍️Rangkuman Al Qurthubi dalam bab Malaikat yang ditugaskan menyoal mayat.

فصل : جاء في حديث البخاري و مسلم : سؤال الملكين ، و كذلك في حديث الترمذي و نص على اسميهما و نعتها . و جاء في حديث أبي داود : سؤال ملك واحد ، و في حديثه الآخر : سؤال ملكين و لا تعارض في ذلك و الحمد لله : بل كان ذلك صحيح المعني بالنسبة إلى الأشخاص قرب شخص يأتيانه جميعاً و يسألانه جميعاً في حال واحد عند انصراف الناس ليكون السؤال عليه أهون و الفتنة في حقه أشد و أعظم و ذلك بحسب ما اقترف من الآثام و اجترح من سيء الأعمال و آخر يأتيه قبل انصراف الناس عنه و آخر يأتيه أحدهما على الانفراد فيكون ذلك أخف في السؤال و أقل في المراجعة و العتاب لما عمله من صالح الأعمال … (teks arab dihentikan)

Sebelum ini kita bawa hadith Bukhari Muslim tentang pertanyaan (selepas penguburan mayat) daripada dua Malaikat; Juga hadith lafaz Termidzi. Akan tetapi dalam redaksi Abu Daud cuma satu Malaikat sahaja. Ini rumusannya:

1⃣. Ia tidak bertentangan, dua Malaikat atau satu Malaikat penyoal sebab bergantung kepada keadaan tertentu atau juga dosa-dosa si mayat

2⃣. Kemungkinan salah satu sahaja Malaikat yang datang

3⃣. Kemungkinan mereka datang berdua, yang bertanya cuma seorang sahaja

4⃣. Ada juga kemungkinan mayat yang tidak ditanya, maksudnya Malaikat tidak datang kepadanya.

5⃣. Soalan-soalan daripada dua Malaikat juga tidak sama untuk semua orang.

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan