Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Fiqh Sunnah: Puasa Muharram: Kronologi Sejarah Puasa Asyura

Fiqh Sunnah: Puasa Muharram: Kronologi Sejarah Puasa Asyura

421
0
Iklan

RENTETAN KRONOLOGI SEJARAH PUASA ASYURA

🔴 Berapa lamakah jarak masa di antara dua hadith di bawah ini? Dikatakan selepas Nabi ﷺ mengucapkan hadith pertama, baginda kemudiannya telah wafat. Namun bagaimana wujudnya pula riwayat hadith kedua yang mengatakan Nabi ﷺ tinggalkan Puasa Asyura?

Hadith 1:
Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Seandainya aku masih hidup tahun depan, sungguh aku akan berpuasa pada tanggal sembilan (Muharram).” (HR Muslim: 1253)

Hadith 2:
Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata: “Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan Nabi memerintahkan untuk (sahabat-sahabat madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda  tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).” (HR Bukhari:1892)


Berikut merupakan penjelasan lengkap mengenai Puasa Asyura;

✴️ Fasa 1: Puasa Asyura dilaksanakan di Mekah kerana ia adalah puasa orang Quraisy yang masih mengikuti syariat Nabi Ibrahim dan Ismail عليه السلام

Puasa Asyura diamalkan Nabi ﷺ ketika di Mekah sebab ia adalah ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام yang masih diikuti oleh orang Quraisy, sama seperti manasik haji. Dalilnya:

عن عائشة ، رضي الله عنها ، أن قريشا كانت تصوم يوم عاشوراء في الجاهلية ثم أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصيامه حتى فرض رمضان وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من شاء فليصمه ، ومن شاء أفطر

Daripada Aisyah رضي الله عنها, Sesungguhnya orang-orang Quraisy dulu pada masa jahiliyah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah ﷺ pun memerintahkan untuk berpuasa pada hari itu hingga turunnya perintah wajib puasa Ramadan.” (Muttafaq alaih)

Maka, para sahabat sudah berpuasa Asyura ketika berada di Mekah.

✴️ Fasa 2: Hijrah dan status Puasa Asyura

Apabila Nabi ﷺ tiba di Madinah, (1 Hijrah), Puasa Asyura masih diteruskan tanpa baginda mengetahui ia juga adalah puasa “Yom Kippur” dalam taurat. Maksudnya 10 Muharam bersamaan dengan kalendar Yahudi Madinah, iaitu 10 Tisyri.

✴️ Fasa 3: Persyariatan Puasa Ramadan satu bulan pada 2 hijrah

Apabila turunnya ayat kewajipan Ramadan sebagai bulan puasa [ Al Baqarah: 183 ], maka hukum wajib kepada Nabi ﷺ untuk berpuasa pada hari Asyura sudah hapus, tetapi ia cuma menjadi puasa sunat sahaja. Dalilnya:

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata:

صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ

“Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan baginda memerintahkan untuk (sahabat-sahabat Madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda ﷺ tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).” (HR al-Bukhari (1892))

✴️ Fasa 4: Tahun ke-9 Hjirah

Pada tahun ke-9 hijrah, setahun sebelum Nabi ﷺ wafat, baginda baru mendapat maklumat mengenai Yahudi Madinah berpuasa Yom Kippur untuk kesyukuran kerana Nabi Musa عليه السلام berjaya membawa keluar Yahudi Mesir daripada kezaliman Fir’aun. Ia berlaku ketika Nabi Musa عليه السلام selesai menyeberangi Laut Merah.

Apabila Nabi ﷺ mendapat tahu ilat puasa Yahudi Madinah berpuasa kerana sebab yang berlainan daripada syariat Nabi Ibrahim عليه السلام, maka baginda mahu sahabat menyelisihi Yahudi Madinah. Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa mengikut millah Ibrahim, iaitu Puasa Asyura adalah syariat Ibrahim, maka Nabi ﷺ ingin menyelisihi puasa Yom Kippur tersebut dengan berpuasa dua hari. Oleh kerana ia berlaku pada tahun ke-9 Hijrah, maka Nabi ﷺ tidak sempat melakukan Puasa 9 Asyura kerana wafat pada tahun berikutnya.

Ini adalah maksud hadith Ibn Abbas:
“Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, ia berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Seandainya aku masih hidup tahun depan, sungguh aku akan berpuasa pada tanggal sembilan (Muharram).” (HR. Muslim: 1253) .

👁‍🗨 RENTETAN SECARA KRONOLOGI

1. Ketika 10 tahun di Mekah, Nabi ﷺ dan sahabat mengamalkan Puasa Asyura kerana ia merupakan puasa orang Quraish Musyrikin yang masih mengikut Millah Ibrahim.

2.  Apabila tiba di Madinah; 1 Hijrah, amalan Puasa Asyura diteruskan.

3. Pada tahun ke-2 Hijrah, Puasa Ramadan difardhukan, maka status Puasa Asyura menjadi puasa yang dikekalkan iaitu syariat atau millah Ibrahim sebagai puasa sunat.

4.  Pada tahun ke 9 Hijrah, Nabi ﷺ mendapat tahu bahawa orang Yahudi Madinah, Bani Qainuqa, Nadir dan Quraizah berpuasa Yom Kippur yang kebetulan sama dengan tarikh dengan 10 Muharram juga; iaitu 10hb bulan Tisyri dalam kalendar Yahudi adalah bersamaan dengan 10 Muharram. Ini kerana orang Islam berpuasa mengikut puasa Ibrahim, manakala puasa Yahudi Madinah ialah puasa Yom Kippur

5.  Oleh kerana Nabi ﷺ tidak suka ibadah umat Islam sama dengan Yahudi, maka Nabi ﷺ memerintahkan sesiapa yang ingin berpuasa Asyura, hendaklah dia berpuasa satu hari ekstra; iaitu puasa hari ke-9.

#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Komen dan Soalan