Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Fiqh Asasi Sunnah: Sesi Soal Jawab

Fiqh Asasi Sunnah: Sesi Soal Jawab

440
0
Iklan
  1. Apakah maksud orang-orang kafir yang sujud itu?

๐Ÿ”ต Mereka yang menyembah matahari. Macam agama Shinto yang menyembah matahari.

  1. Mengapakah Tanah Haram Mekah dikecualikan waktu haram dan pada hari Jumaat tidak haram solat pada waktu tengah hari?

๐Ÿ”ต Sudah disebut kelebihan tanah Mekah.

  1. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha berakhir?

๐Ÿ”ต Sebelum waktu zohor. Dicadangkan dalam 10 minit sebelum waktu zohor.

  1. Seseorang tertidur dan tersedar pada waktu yang dilarang salat. Adakah dia perlu segera menunaikan salat yang tertinggal kerana tertidur tadi ataupun menunggu sehingga masuk waktu yg dibenarkan salat?

contoh : tertidur sehingga terlepas waktu salat asar. Dia tersedar saat matahari terbenam.

๐Ÿ”ต Dua pilihan.

Boleh terus menunaikan salat walaupun waktu haram kerana ada sebab.

Boleh tunggu sehingga waktu haram berlalu kerana tidak semestinya salat qadha terus serta merta.

  1. Adakah perlu niat qada atau tunai jika terlajak salat subuh?

๐Ÿ”ต Ini terbelit bab niat sahaja. Terus salat sahaja kerana tidak perlu menyusun niat. Terus menunaikan salat sahaja. Apabila salat di luar waktu, terus jadi qada. Tidak disebut pun sudah menjadi qada dan tidak akan menjadi tunai pun.

  1. Adakah wirid atau zikir yang lazim dibaca selepas Subuh dan Maghrib masih sunnah dibacakan selepas solat isyak (disebabkan solat Jamak atau Qasar)?

๐Ÿ”ต Masih sunnah.

  1. Boleh dijelaskan kenapa salat pada hari Jumaat yang tidak dilarang adalah pada waktu tengahari sahaja?

๐Ÿ”ต Ya, pada hari Jumaat sahaja boleh salat terus masa tengah hari itu. Masih tidak boleh salat semasa matahari naik dan terbenam.

Larangan tengahari itu adalah kerana kepanasan waktu itu adalah kepanasan dari neraka. Kita disuruh untuk mengelakkan diri.

Tetapi pada hari Jumaat pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup. Maka, kerana itulah larangan itu tidak ada pada hari Jumaat.

  1. Adakah fajar sadiq ini yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran?

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
[ Al-Baqarah 2:187 ]

๐Ÿ”ต Ya.

  1. Adakah ketika azan, syaitan akan lari ke tempat-tempat kotor seperti tandas?

๐Ÿ”ต Tidak. Syaitan akan lari lebih jauh lagi. Tiada larangan untuk menggunakan tandas pada waktu itu.

  1. Apakah hukum melaungkan azan?

๐Ÿ”ต Hukumnya adalah fardhu kifayah.

  1. Adakah luka yang terbuka (open wound), boleh dibasahkan dengan air semasa wudhu’?

๐Ÿ”ต Jika luka itu boleh mendatangkan mudharat (seperti melambatkan penyembuhan atau menjadikan luka lebih parah), maka tidak perlu dibasahkan dengan air.

  1. Apakah amalan sunnah yang boleh kita lakukan ketika berhadapan dengan orang yang sedang berada dalam keadaan nazak?

๐Ÿ”ต Mengajarkan talqin (ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู€ูฐู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู) kepadanya dan juga mendoakan beliau.

  1. Satu jari kaki saya tidak mencecah di lantai semasa sujud. Adakah sah salat saya?

๐Ÿ”ต Sah kerana tidak diwajibkan semua jari kaki sentuh lantai.

  1. Adakah pada zaman dahulu hanya laungan suara Bilal sahaja tanpa bantuan pembesar suara?

๐Ÿ”ต Ya, benar.

  1. Adakah boleh menggunakan lafaz azan pada bila-bila waktu. Contohnya, Asar guna lafaz 15, dan Maghrib guna yang 17?

๐Ÿ”ต Ya, boleh.

  1. Apakah beza azan Maghrib dengan azan waktu yang lain?.

๐Ÿ”ต Kerana pada waktu Maghrib itu, azan menandakan telah masuk waktu Maghrib. Bukan isu azan, tetapi waktu.

  1. Adakah benar larangan berkeliaran di luar rumah pada waktu Maghrib kerana pada waktu Maghrib syaitan lebih berbahaya?

๐Ÿ”ต Kerana syaitan banyak pada waktu itu. Mereka sedang bertukar giliran. Giliran yang awal dan giliran kemudian sedang berkumpul. Maka, ramailah syaitan pada waktu itu.

  1. Adakah sah salat jika 7 anggota sujud, salah satunya tidak menyentuh lantai sama ada secara tidak sengaja atau sengaja?

๐Ÿ”ต Kalau sengaja,salat tidak sah. Kecuali kalau kaki tidak mampu (contohnya jari kaki keras).

  1. Adakah perbuatan sahabat ini dikira sebagai sesuatu yang baru (bid’ah) kerana tidak disyariatkan oleh Rasullullah โ€Ž๏ทบ pada awalnya? Menambah perkataan “assalatu khairun minannaum”?

๐Ÿ”ต Tentulah tidak. Sahabat tidak buat bid’ah. Zaman itu Nabi Muhammad ada untuk bagi keputusan boleh atau tidak.

Kena faham konsep bid’ah dengan betul. Kalau tidak boleh dikelirukan oleh hujah golongan ahli bid’ah. Sampai ada yang kata sahabat buat bid’ah. Hendak buat bid’ah punya pasal, sanggup tuduh para sahabat juga buat bid’ah.

  1. Saya pernah terdengar/terbaca ada tambahan lafaz azan untuk waktu hujan lebat dan angin kencang. Maksudnya, “Salatlah kalian di rumah”. Adakah ini benar dan boleh dipraktikkan pada zaman sekarang?

๐Ÿ”ต Benar kerana memang Nabi suruh. Memang boleh diamalkan sekarang pun.

  1. Adakah benar kalau ditimpa musibah seperti angin ribut, kebakaran, dan sebagainya kita kena melaungkan azan?

๐Ÿ”ต Tidak benar.

  1. Ada sesetengah masjid yang memukul beduk untuk memberitahu bahawa sekejap lagi akan masuk waktu solat atau berbuka puasa. Selepas itu, barulah Bilal melaungkan azan. Adakah boleh mengamalkan memukul beduk pada zaman sekarang?

๐Ÿ”ต Ini adalah adat Melayu sahaja. Tempat yang lain mungkin dengan cara yang lain. Hendak menambah lebih ramai yang dengar.

Yang asal dari ajaran Islam hanyalah azan sahaja. Azan ini senang, di mana-mana pun boleh melaungkan azan. Hanya menggunakan suara sahaja. Tidak payah mencari cara benda yang lain. Kalau kena memakai beduk, hendak kena membuat beduk pula. Bayangkan kalau di dalam hutan, kita hendak mencari beduk dekat mana?

  1. Apakah hukum memasang kaset ayat Al-Quran sebelum azan?

๐Ÿ”ต Tidak boleh.

Bukan sunnah. Nabi dan sahabat tidak buat.

Bukan sunnah Al-Quran dibacakan kuat begitu.

Tidak boleh mengganggu orang dan berbuat bising.

Tidak beradab dengan Al-Quran. Bila Al-Quran dibacakan kena di dengar. Tidak boleh bercakap. Tetapi didengarkan kepada orang yang memang tidak dengar pun. Tidak beradab dengan Al-Quran.

Menyusahkan orang yang tahu. Maksudnya, bila dibuka azan sebegitu, kita yang tahu, kena senyap dan dengar. Padahal waktu itu bukan masa kita hendak mendengar Al-Quran.

Kena berhentilah melakukan perbuatan seperti ini.

  1. Adakah di anggap tidak beradab dengan Al-Quran bila kita mendengar bacaan Al-Quran melalui telefon dan sebagainya, sambil membuat kerja rumah ataupun ketika hendak tidur?

๐Ÿ”ต Ya, tidak beradab. Apabila ayat Al-Quran dibacakan, hendaklah senyap dan dengar.

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูุฑูุฆูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ููŽุงุณู’ุชูŽู…ูุนููˆุงู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ุตูุชููˆุงู’ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูุฑู’ุญูŽู…ููˆู†ูŽ

โ€œDan apabila dibacakan Al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.โ€ [ al-Aโ€™raf: 204 ]

Al-Quran untuk didengar, difahami, dan diamalkan, bukan menjadi latar belakang muzik.

  1. Adakah perlu membaca surah Al-Baqarah jika hendak masuk ke dalam rumah baru?

๐Ÿ”ต Bukan ketika hendak masuk ke rumah baru sahaja. Sepatutnya semua rumah kena membaca surah Al-Baqarah secara berterusan.

  1. Bolehkah kita mendengar ayat Al-Quran di radio sambil memandu?

๐Ÿ”ต kalau dengar, tidak mengapa. Yang tidak beradab adalah apabila menjadikan Al-Quran sebagai latar belakang muzik.

Yang paling penting, kena dengar. Hendak membuat kerja atau memandu boleh, tetapi kena ‘dengar’.

Tetapi ramai yang mungkin hanya mendengar kosong sahaja (sebab tidak faham). Sebab itu tidak dapat hendak menumpukan perhatian.

Ini kita kena belajar.

  1. Adakah melaungkan azan ketika hendak masuk ke dalam rumah baru atau rumah lama yang telah lama ditinggalkan merupakan amalan Nabi?

๐Ÿ”ต Tidak. Ini termasuk bid’ah dalam amalan rekaan.

Azan ketika hendak memanggil orang salat sahaja.

  1. Adakah sah mandi wajib jika tidak berwudhu’ terlebih dahulu?

๐Ÿ”ต Sah. Wudhu’ bukan rukun.

  1. Dulu saya merasa pelik dan menganggap azan yang dilaungkan oleh golongan Syiah adalah salah tetapi apabila membaca penerangan Ustaz saya rasa saya pula yang salah kerana telah beranggapan salah terhadap cara azan golongan Syiah tadi.

๐Ÿ”ต Azan Syiah memang salah sebab tambahan daripada mereka.

Azan mereka itu ditambahi dengan kalimat hayya ala khairil โ€˜amal dan asyhadu anna โ€˜waliyyullah.โ€

Ini tidak boleh.

  1. Seseorang telah koma berbulan-bulan. Selepas telah sedar dan kembali sihat seperti biasa adakah dia perlu mengqadha salatnya yang tertinggal semasa koma?

๐Ÿ”ต Menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki dan Syafi’iy) orang yang koma atau pengsan tidak dituntut mengqadha salat yang luput darinya sepanjang tempoh koma/pengsannya, kecuali jika ia tersedar pada suatu waktu salat ketika waktu masih ada (maka wajiblah dia menunaikan salat tersebut). Saidatina โ€˜Aisyah RA menceritakan; โ€˜Dia bertanya Nabi SAW berkenaan seorang lelaki yang pengsan, lalu menyebabkan dia meninggalkan salat (adakah wajib dia mengqadha salatnya?โ€™. Maka baginda menjawab; โ€œTidak dituntut dia mengqadha salatnya, kecuali dia pengsan dan tersedar ketika waktu salat masih ada, maka wajiblah dia mengerjakan salat tersebutโ€.[Sunan ad-Daruqutni; 1860. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 1820].

  1. Adakah bagus mengutamakan produk muslim berbanding non muslim?

๐Ÿ”ต Ya bagus. Tetapi tidaklah sampai tidak membeli barangan non muslim. Cuma kalau ada dua pilihan antara barangan non muslim dan muslim dan barangan sama kualiti, lebih baik pilih barangan muslim.

  1. Ketika mengerjakan umrah, selepas membuat saie Pakcik saya terlupa tahallul, sebab dia kata hendak memotong selepas balik ke hotel. Sampai di hotel dia terlupa atas sebab penat dan terus mandi serta bertukar pakaian biasa. Adakah dikenakan bayaran dam?

๐Ÿ”ต Dimaafkan kerana terlupa.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan