Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Al-Qurthubi: Kematian dan Sakaratul Maut

At-Tazkirah Al-Qurthubi: Kematian dan Sakaratul Maut

989
0
Iklan

At-Tazkirah al-Qurthubi (w671H)

Kod 5.0 Bab Orang Mukmin Meninggal dengan Kesan Peluh pada Keningnya (باب المؤمن يموت بعرق الجبين )

5.1: Hadith Buraidah

ابن ماجه عن بريدة أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : المؤمن يموت بعرق الجبين خرجه الترمذي و قال فيه : حديث حسن . (أخرجه النسائي ( 1827 ) والترمذي ( 982 ) وابن ماجه ( 1452 ) وصححه الألباني رحمه الله تعالى )

Daripada Buraydah ra, Nabi SAW bersabda:
“Seorang mukmin yang meninggal dunia ada peluh di atas keningnya”. (HR an Nasa’iy 1827, Tirmidzi, 982, katanya hadith hasan, Ibn Majah, 1452, disahihkan oleh al Albani, ahkam al Janaiz, ms 35, sahih Ibn Majah, 1188)

5.2: Hadith Salman al Farisi ra, Dhaif

و روى عن سلمان الفارسي رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ارقبوا للميت عند موته ثلاثاً : إن رشح جبينه . و ذرفت عيناه . و انتشر منخراه . فهي رحمة من الله قد نزلت به . و إن غط غطيط البكر المخنوق . و خمد لونه . و ازبد شدقاه . فهو عذاب من الله تعالى قد حل به خرجه أبو عبد الله الترمذي الحكيم في نوادر الأصول له

Daripada Salman al Farisi ra, sabda Rasulullah SAW, “Perhatikan kepada mayat tiga benda: keningnya berpeluh, mata berlinang, lubang hidungnya mengembang, itu petanda rahmat Allah turun kepadanya. Jika dia berdengkur seperti unta muda yang dicekik, berubah air mukanya, dan berbuih kedua hujung mulutnya, itu adalah azab Allah yang menimpanya” (HR abu Abdullah at Termidzi al Hakim* dalam Nawadir al Usyul).

Tahqiq:
Komen al Iraqi, tahqiq al Ihya, hadith no 4393, Dhaif.

*Hakim Termidzi bukan Imam. Abu Isa at Termidzi adalah sufi Khurasan wafat 320H

5.3: Atsar Ibn Mas’ood ra

و في حديث ابن مسعود : [ موت المؤمن بعرق الجبين تبقى عليه البقية من الذنوب فيجازف بها عند الموت ] أي يشدد لتمحص عنه ذنوبه

Riwayat Ibn Mas’ood ra:” Kematian orang mukmin dikenali dengan keningnya berpeluh kerana ia masih punya sisa sisa dosa, maka dikurangkannya ketika kematian (sakarat)”. (HR Tabrani, Mu’jam al awsat, 2:160, disahihkan oleh al Haithami, Majma’, 2:325, disahihkan oleh al Albani dalam Ahkam al Janaiz, ms 35).

Komen al Qurthubi: Orang mukmin dikeraskan saat sakaratulmaut untuk menghapuskan dosa-dosanya yang berbaki.

و قال بعض العلماء : إنما يعرق جبينه حياء من ربه لما اقترف من مخالفته ، لأن ما سفل منه قد مات ، و إنما بقيت قوى الحياة و حركاتها فيما علا ، و الحياء في العينين

Berkata sebahagian ulama’ (sebenarnya kata-kata al Hakim Termidzi dalam Nawadir al Usyul). “Mayat orang mukmin berpeluh pada keningnya kerana rasa malu dengan dosa-dosanya. Oleh kerana anggota bawahan semua sudah mati, yang tinggal cuma anggota bahagian kepala, maka malu itu tertera pada keningnya”.

  • Ini cuma pendapat al Hakim Termidzi sahaja.

Kod 6.0 Bab Keluarnya Nyawa si Mukmin dan Kafir (باب منه في خروج نفس المؤمن و الكافر)

  • Bab ni dihapuskan dalam edisi tahqiq di Saudi. Akan dinyatakan sebabnya:

خرج أبو نعيم من حديث الأعمش ، عن إبراهيم ، عن علقمة ، عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن نفس المؤمن تخرج رشحاً ، و إن نفس الكافر تسل كما تسل نفس الحمار ، و إن المؤمن ليعمل الخطيئة فيشدد عليه عند الموت ليكفر بها عنه . و إن الكافر ليعمل الحسنة فيسهل عليه عند الموت ليجزى بها

Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dari sanad al A’masy, daripada Ibrahim (an Nakha’iy) daripada Alqamah (bin al Qis al Kufi) daripada Abdullah (bin Mas’ood ra), telah bersabda RasuluLlah SAW, “Nyawa orang mukmin keluar disertai peluh (susahnya), manakala nyawa orang kafir keluar dengan mudah seperti bernafasnya keldai. Orang mukmin melakukan dosa, maka dikeraskan ketika kematian sebagai kafarat atasnya. Manakala orang kafir ada juga melakukan kebaikan, maka dimudahkan kematiannya atas sebagai pembalasan.” (HR Abu Nuaiam dalam al hilyah, 5:59. Tabrani dalam Mu’jam al Kabir, 10015)

Tahqiq: Dhaif

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 2/329 | خلاصة حكم المحدث : فيه القاسم بن مطيب وهو ضعيف

Al Haithami menilainya dhaif kerana perawi al Qaasim bin Muthib.

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 1

(4 ayat Al-Qur’an)

وصف الله سبحانه و تعالى شدة الموت في أربع آيات :
الأولى : قوله الحق : و جاءت سكرة الموت بالحق .
الثانية : قوله تعالى : و لو ترى إذ الظالمون في غمرات الموت .
الثالثة : قوله تعالى : فلولا إذا بلغت الحلقوم .
الرابعة : كلا إذا بلغت التراقي

👁‍🗨 Ayat Pertama:
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”. [Qaf, 50:19]

👁‍🗨 Ayat Kedua:
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut”. [al An’am, 6:93]

👁‍🗨 Ayat Ketiga:
“Maka mengapa (tidak mencegah) ketika nyawa sampai di halqum (kerongkong)”. [al Waqi’ah, 56: 83]

👁‍🗨 Ayat Keempat:
“Sekali kali tidak, apabila nyawa telah sampai ke kerongkongan”. [al Qiyamah, 75:26]

Bahagian 2

Hadith Aisyah ra

روى البخاري عن عائشة رضي الله عنها : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كانت بين يديه ركوة أو علبة فيها ماء . فجعل يدخل يديه في الماء فيمسح بهما وجهه و يقول لا إله إلا الله إن للموت سكرات ثم نصب يديه فجعل يقول : في الرفيق الأعلى حتى قبض و مالت يده

“Bahawa di hadapan Rasulullah SAW ada satu bekas air kecil dari kulit yang berisi air. Baginda memasukkan tangan ke dalamnya dan membasuh muka dengannya seraya berkata: “Laa Ilaaha Illa Allah. Sesungguhnya kematian memiliki sakaratul maut”. Dan baginda menegakkan tangannya dan berkata: “Menuju Rafiqil A’la”. Sampai akhirnya nyawa baginda tercabut dan tangannya terkulai (wafat)”. (HR Bukhari no 6510)

🔏 Ini juga dalil untuk menghapuskan mitos kalimah terakhir Nabi saw yang banyak berlegar ialah “ummati, ummati, ummati.

Bahagian 3

Hadith Aisyah ra

و خرج الترمذي عنها قالت : [ ما أغبط أحداً بهون موت . بعد الذي رأيت من شدة موت رسول الله صلى الله عليه و سلم ]

Dikeluarkan oleh Imam at Termidzi daripada Aisyah ra: “Aku tidak cemburu kepada siapa pun atas kemudahan kematian(nya), sesudah aku melihat kepedihan kematian pada Rasulullah SAW”

Tahqiq:
HR. Tirmidzi kitab Janaiz bab penderitaan dalam kematian (no.979). Al Albani, sahih, Shahih Sunan Tirmidzi (1/502 no: 979).

و في البخاري عنها قالت : [ مات رسول الله صلى الله عليه و سلم و إنه لبين حاقنتي و ذاقنتي . فلا أكره شدة الموت لأحد أبداً بعد النبي صلى الله عليه و سلم ]

Dalam Sahih al Bukhari, Aisyah ra berkata, “Rasulullah SAW wafat di atas dadaku. Sebab itu aku tidak rasa takut dengan dahsyatnya sakaratul maut selepas melihat sakarat nabi SAW.” (HR al Bukhari, no 4446, juga bab Raqaq no 6510).

Fiqh hadith Aisyah:
Menjawab kenapa para nabi dan orang soleh juga terkena sakaratul maut?
Komentar al Hafiz dalam al Fath (11:363):
“Dalam hadith hadith tersebut, kesengsaran (dalam) sakaratul maut bukan petunjuk atas kehinaan martabat (seseorang). Dalam konteks orang yang beriman boleh untuk menambah kebaikannya atau menghapus kesalahan-kesalahannya”

Bahagian 4:

Hadith Jabir, Dhaif

و ذكر أبو بكر بن أبي شيبة في مسنده عن جابر عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : تحدثوا عن بني إسرائيل . فإنه كانت فيهم أعاجيب . ثم أنشأ يحدثنا قال : [ خرجت طائفة منهم فأتوا على مقبرة من مقابرهم فقالوا لو صلينا ركعتين و دعونا الله يخرج لنا بعض الأموات يخبرنا عن الموت قال : ففعلوا . فبينما هم كذلك إذا طلع رجل رأسه بيضاء ، أسود اللون خلا شيء ، بين عينيه أثر السجود فقال يا هؤلاء ما أردتم إلي ؟ لقد مت منذ مائة سنة فما سكنت عني حرارة الموت حتى الآن . فادعوا الله أن يعيدني كما كنت ]
أخرجه أحمد في “الزهد” (16 – 17) وعبد بن حميد في المسند 1159 وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2926)

Disebut oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah (Kufi, w. 235H) dalam Musnadnya daripada Jabir bin Abdullah ra daripada Nabi SAW, yang bersabda: “Sebarkan kisah daripada Bani Israil kerana kekadang ada kisah-kisah mereka yang ajaib.” Kemudian Nabi SAW menceritakan sebuah kisah kepada kami, “Telah keluar satu kumpulan Orang Israil menuju sebuah kuburan mereka. Lantas salah seorang daripada mereka berkata,” Bagaimana kalau kita melakukan salat dua raka’at, kemudian berdoa kepada Allah agar dikeluarkan salah satu mayat (dihidupkan) dan menceritakan kepada kita perihal alam kematian.” Mereka pun melakukan sedemikian dan sekonyong-konyong muncullah seorang lelaki berambut putih dan berkulit gelap dan ada tanda sujud pada dahinya. Dia berkata,”‘Wahai kalian, apa yang kalian inginkan dariku? Aku telah mati seratus tahun yang lalu dan panasnya kematian belum reda dariku sampai sekarang. Maka, berdoalah kalian kepada Allah agar mengembalikan diriku sebagaimana semula.” (HR Ahmad dalam az Zuhd, Abd bin Humaid dalam Musnadnya, dinilai sahih oleh al Albani dalam silsilah al sahihah, no 2926).

Tahqiq: Dhaif
Al Haithami dalam Majma’, 1:191, kerana perawi yang tidak dikenali dalam sanadnya. Gharib ulas Ibn Kathir dalam al Bidayah, 2:133; Ibn Rajab dalam al Ahwal ms 70 kerana ia hikayat daripada Ibn Sabith. Syed bin Husin al Afaani, dalam sakbul ibaraat (سكب العبرات للموت والقبر والسكرات) (jilid 3:309) kerana perawi al Rabi’ bin Saad al Ju’fi.

Bahagian 5
Hadith Anas, Dhaif

و روى أبو هدبة إبراهيم بن هدبة قال : حدثنا أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن العبد ليعالج كرب الموت و سكرات الموت و إن مفاصله ليسلم بعضها على بعض تقول : عليك السلام تفارقني و أفارقك إلى يوم القيامة

Riwayat Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah (perawi dhaif) daripada Anas bin Maalik daripada Nabi SAW, “Sesungguhnya semua manusia akan mengalami kesulitan kematian dan sakaratul maut. Hingga setiap sendi anggota akan saling mengucapkan salam perpisahan antara satu sama lain dengan ungkapan, selamat sejahtera, selamat berpisah hingga ketemu lagi pada hari Kiamat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Mansur dalam tahrir alurasakh ms 190, juga dalam Tahqiq Ihya’ Ulomiddin, al Mughni, 2:1211, Hadith no 4388).

Bahagian 6

Kisah Israeliyat al Muhasibi, Maudhu’/Palsu

و ذكر المحاسبي في الرعاية : أن الله تعالى قال لإبراهيم عليه السلام : [ يا خليلي كيف وجدت الموت ؟ قال : كسفود محمى جعل في صوف رطب ، ثم جذب قال : [ أما إنا قد هونا عليك يا إبراهيم ] .

Al Muhasibi (sufi Iraq, w. 243H) menyebut dalam kitabnya ar Ri’ayah li Huquqillah ms 141, bahawa Allah SWT berfirman kepada Ibrahim as “Duhai kekasihku, bagaimana engkau merasakan kematian (ini sebaik saja Ibrahim diwafatkan).”Jawab Ibrahim,” ia seperti sebatang besi bbq (pemanggang daging, yang disaluti kain wool basah, lalu ditarik.” Firman Allah, “Sebenarnya Kami telah banyak meringankan (sakaratul maut) untuk kamu wahai Ibrahim.”

Tahqiq:Maudhu’ menurut Ibn Jauzi dalam al Maudhu’aat, Ibn Hibban, juga menilainya Maudhu’ dalam al Majruuhin, 1:214

Komen dan Soalan