Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Berjidal Tanpa Ilmu

Talbis Iblis: Berjidal Tanpa Ilmu

485
0
Iklan

Sambung bab Talbis Iblis: Mempermainkan ayat-ayat Allah ‎ﷻ dengan berbincang hal agama Tanpa ilmu.

Talbis iblis yang seterusnya ialah mempermainkan ayat-ayat Allah ‎ﷻ dengan berbincang hal agama tanpa ilmu iaitu berjidal tanpa ilmu. Kelam kabut hendak bagi juga pendapat, tetapi ilmu tidak ada.

Ini saya lihat banyak terjadi di medsos sekarang. Kalau ada apa-apa isu ramailah yang beri pendapat masing-masing. Kelam kabut jadinya. Kalau dibaca, kita dapat tahu yang mereka tidak ada asas. Mereka pakai cakap ikut perasaan sahaja.

Dalilnya [Hajj:3]

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

Bila ada yang beri pendapat, kemudian ada yang berbantah pula, dan kemudian ada yang berbantah. Tidak habis-habis jadinya. Semuanya buang masa dan berbuat dosa kerana kutuk mengutuk sesama sendiri. Kemudian beri pendapat ikut sedap hati dan otak sahaja tanpa berdasarkan dalil. Atau mereka ‘reka’ sendiri dalil, atau mereka ‘tafsir’ sendiri dalil yang ada mengikut akal mereka.

Sepatutnya kalau ada isu-isu yang baru, serahkan sahaja kepada mereka yang layak.

Agama ini memang untuk semua, semua boleh belajar dan semua boleh berkata tentang agama. Namun apabila sampai kepada perkara yang kita tidak cukup ilmu tentangnya, maka kenalah kita berhenti daripada memberi pendapat sendiri. Nanti malu sendiri sahaja kerana cakap terlalu awal dan salah pula.

Saya pun selalu menerima soalan-soalan yang timbul daripada isu-isu yang baru. Selalunya isu itu tidak pernah diperbincangkan, jadi memang saya tidak tahu jawapannya.

Maka saya akan beritahu semua orang untuk senyap dahulu dan tunggu asatizah yang layak untuk mengeluarkan ijtihad kerana kalau perkara baru, ia ruang mujtahid dan kebanyakan daripada kita bukan mujtahid. Maka kita tunggu sahaja keputusan daripada mereka yang layak.

Namun Iblis akan membisikkan idea-idea yang tidak benar ke dalam minda kita. Dia akan suruh kita bercakap tanpa ilmu. Jadi apabila ada orang yang berlainan pendapat dengan kita, Iblis suruh kita marah dia, perli dia, kutuk dia, jatuhkan dia. Maka ramailah yang termakan dengan bisikan Iblis ini. Tengok sahaja perbincangan-perbincangan orang kita di medsos.

 

💭💭

Soal Jawab

Soalan:
Kalau orang tuduh guru kita sesat dan sebagainya bagaimana?

Jawapan:
‘Takkan runtuh bukit disalak anjing’.

Biarkan sahaja.

Komen dan Soalan