Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Bakhil

Talbis Iblis: Bakhil

350
0
Iklan

Talbis Iblis seterusnya: Menipu manusia dalam Bab Belanja.

Pertama, Iblis tiupkan kepada manusia supaya menjadi bakhil. Ini disebut dalam [Baqarah:268]

الشَّيطانُ يَعِدُكُمُ الفَقرَ وَيَأمُرُكُم بِالفَحشاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَغفِرَةً مِنهُ وَفَضلًا ۗ وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.

Syaitan bisikkan: “Kalau kau derma ni, habislah duit kau..”

“Apa kau nak bagi anak kau makan?”

“Nanti tak dapat beli itu dan ini…”

“Ekonomi sekarang bukan senang, rezeki dah kurang.”

Akhirnya umat Islam takut hendak infak ke arah kebaikan.

💭💭

Soal Jawab

Soalan:
Ayat 2: 267, kalau seseorang itu infak dengan benda yang dia sudah tidak mahu gunakan lagi (barang yang dia tidak suka, buruk, kiranya sudah jatuh nilai). Adakah bermaksud infaknya itu tiada nilai di sisi Allah?


Jawapan:
Kurang nilai sebab benda pun kita tidak mahu lagi. Yang terbaik adalah infak barang yang kita hendak lagi. Itu pahala sangat banyak. Kalau beri barang kita tidak mahu, itu lebih kepada hendak buang sahaja.


Soalan:
Sebaiknya untuk golongan asnaf, adakah lebih baik kita bagi duit atau barang harian?

Jawapan:
Perkara ini sudah melalui perbincangan panjang lebar. Pada zaman dahulu tidak ada duit yang dijadikan sebagai zakat, tetapi barang (emas, tanaman, perak, ternakan). Maka itulah juga yang diberikan kepada asnaf.

Zakat dalam bentuk wang datang kemudian.

Seeloknya beri wang kepada asnaf. Terpulang kepada mereka hendak beli apa dengan wang itu.



Komen dan Soalan