Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Suami Syurga-Neraka, Hubungan Suami-Isteri, 120 Rahmat (Palsu)

Suami Syurga-Neraka, Hubungan Suami-Isteri, 120 Rahmat (Palsu)

470
0
Iklan

1. Hushain bin Mihshan ra menceritakan bahawa orang gajinya pernah datang ke tempat Nabi SAW kerana satu keperluan. Setelah selesai dari keperluan tersebut, Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apakah engkau sudah bersuami?”
Orang gaji Al-Hushain menjawab: “Sudah.”
“Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu ?” tanya Rasulullah lagi.
Ia menjawab: “Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.”
Rasulullah bersabda: “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah Syurga dan Nerakamu”. [Ahmad 4/341]

Tahqiq:

أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟ قَالَتْ: مَا آلُوْهُ إِلاَّ مَا عَجَزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِيْ أينَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ

Hadis ini Sahih, Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib: 1933

2.1- Apakah hukumnya si suami menyuruh melalukan seks oral sehingga mengeluarkan air mani, selepas itu disuruh menelan pula air mani tersebut?
2.2- Adakah isteri boleh mengingkari suruhan suami itu?
2.3- Apakah hukum suami mengajak atau mengajar isteri melalui video lucah semata-mata untuk belajar cara-cara melalukan seks?

Fiqh Seksualiti (21SX)
1. Perempuan mengulum kemaluan suami dinamakan “Seks Oral.”
Ia khilaf fiqhi, ulamak Saudi Arabia mengatakan haram kerana menyerupai haiwan dan mengambil seks secara melampaui batas manakala Dr. Qardhawi menyatakan ianya harus khususnya kepada Muslim di Barat yang sudah biasa dengan cara tersebut.
2. Isteri boleh ingkar kepada arahan suami sebab di Malaysia ia masih di bawah seks luar tabie.
3. Untuk mendapat ilmu dalam fiqh seksualiti ada banyak cara tetapi bukan dengan cara melihat video lucah kerana ia melibatkan seks yang melampaui batas. Video yang boleh dilihat ialah yang berbentuk pembelajaran, seperti teknik jimak dan variasi dalam kedudukan atau posisi ketika berjimak. Ini boleh jika tidak ada cara lain. Cara lain ialah kitab-kitab baik bahasa Arab dan Indonesia yang agak banyak dalam pasaran. Antaranya, “The Perfumed Garden,” oleh Nafzawi, Qadhi dari Tunisia.
Langkah yang boleh diambil:
1. Berunding dengan suami hati ke hati.
2. Mengadu kepada orang yang berpengaruh dalam keluarga untuk berunding dengan suami (kuasa Hakam)
3. Memfailkan kes di mahkamah.

3. Apakah takhrij penuh hadis ini? Katanya ada dalam Silsilah Ad-Daifah Al-Albani: 256.

ينزل الله كل يوم عشرين ومئة رحمة ستون منها للطائفين وأربعون للعاكفين حول البيت وعشرون منها للناظرين إلى البيت

“Allah akan menurunkan 120 rahmat pada setiap hari, 60 daripadanya untuk orang yang bertawaf, 40 daripadanya untuk orang yang beriktikaf sekitarnya (Kaabah) dan 20 lagi untuk orang yang memandang Kaabah.”
Takhrij:

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ إِسْحَاقَ التُّسْتَرِيُّ ، ثنا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ الْعُمَرِيُّ ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدٍ اللَّيْثِيُّ ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يُنْزِلُ اللَّهُ كُلَّ يَوْمٍ عِشْرِينَ وَمِائَةَ رَحْمَةٍ سِتُّونَ مِنْهَا للطَّوَّافينَ ، وَأَرْبَعُونَ للعاكفينَ حَوْلَ الْبَيْتِ ، وَعِشْرُونَ مِنْهَا لِلنَّاظِرِينَ إِلَى الْبَيْتِ
( المعجم الكبير للطبراني رقم الحديث: 11094)

Dikeluarkan oleh At-Tabrani, dalam Mu’jam Al-Kabir: 11094, perawi akhir, Ibn Abbas ra, Al-Albani, Silsilah Al-Daifah: 256, Palsu.
Perawi yang dituduh pendusta, kazzab ialah:
1. Khalid bin Yazid Al-Umari
2. Muhammad bin Abdillah bin Ubaid Al-Laithi

Komen dan Soalan