Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah 9/16

Kawaid Bid’ah 9/16

200
0
Iklan

 

 

Ibadat yang disebut secara Mutlak tidak boleh diikat dengan masa, tempat, sifat atau bilangan Tertentu

(العبادة التي أطلقها الشارع لا يشرع تقييدها بزمان أو مكان أو صفة أو عدد)

 

Kosa kata:

Menjadi bid’ah bila sesuatu ibadat mutlak dikaitkan dengan masa, tempat, sifat dan bilangan tanpa ada dalil syarak. Contoh:

1) Masa: Solat 100 rakaat pada malam Nisfu Sya’ban,

2) Tempat: Membaca al-Qur’an di kuburan

3) Sifat: Berpuasa wisal atau puasa setiap hari

4) Bilangan: Membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban

 

Syarah

قال أبو شامة في الباعث على إنكار البدع والحوادث “165”: ولا ينبغي تخصيص العبادات بأوقات لم يخصصها بها الشرع، بل تكون جميع أفعال البر مرسلة في جميع الأزمان، ليس لبعضها على بعض فصل إلا ما فضله الشرع، وخصه بنوع العبادة، فإن كان ذلك اختص بتلك الفضيلة تلك العبادة دون غيرها، كصوم يوم عرفة، وعاشوراء، والصلاة في جوف الليل، والعمرة في رمضان، ومن الأزمان ما جعله الشرع فضلاً فيه جميع أعمال البر، كعشرة ذي الحجة، وليلة القدر التي هي خير من ألف شهر.

Berkata Imam Abu Syaamah (, al-Ba’ith, ms 165; w. 665 Damsyiq): Tidak patut mengkhususkan ibadat dengan masa-masa tertentu yang tidak pernah dinyatakan oleh syarak, bahkan amalan ibadat boleh dilakukan bila-bila masa. Yang dinyatakan secara khusus, misalnya, puasa arafah, puasa 10 muharam (asyura) solat sepertiga malam, umrah Ramadhan, 10 zulhijjah dan malam lailatul qadar yang kelebihannya melebihi 1000 bulan.

 

 

Penutup:

  • Ini menjawab isu penetapan kebiasaan manusia menetapkan ibadat tertentu yang dikaitkan dengan tempat, sifat, bilangan tanpa dalil syarak melainkan dari kasyaf, mimpi dan hadith palsu.

 

  • Contoh: doa awal dan akhir tahun hijrah, membuat bubur asyura, membaca Yasin setiap malam Jumaat, membaca Yasin 40 kali, membaca Fatihah 40 kali, Fatihah 9, solat hajat SPM, solat tasbih malam raya, solat dan Yasin malam Nisfu Sya’aban adalah penetapan tanpa dalil yang sah.

Komen dan Soalan