Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Jari Cincin Wanita, Puasa Khamis, Tarik Minat Muslimah

Jari Cincin Wanita, Puasa Khamis, Tarik Minat Muslimah

322
0
Iklan

1. Hadis di bawah ini khusus untuk lelaki. Bagaimana dengan wanita, adakah sebarang dalil membolehkan wanita memakai cincin di jari tengah?
Ali bin Abi Talib, ia berkata,

نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا

“Rasulullah saw melarang padaku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Ia berisyarat pada jari tengah dan jari setelahnya. [HR Muslim: 2095]
Fiqh cincin:
Imam Nawawi RH berkata,
“Para ulama sepakat bahawa yang sesuai sunnah, cincin lelaki diletakkan di jari kelingking. Sedangkan untuk wanita, cincin tersebut diletakkan di jari mana saja.” [Syarh Shahih Muslim, 14: 65]

2. Kalau qadha puasa hari Khamis, kebetulan jatuh hari puasa sunat, tetapi niat cuma untuk qadha puasa wajib, boleh dapat tidak pahala puasa sunat tu?
Dalilnya ialah Qias.
Diqiaskan orang mandi wajib, maka wudhuknya sudah termasuk sekali. Jika memasuki masjid, solat qabliah dan tahiyatul masjid dikira termasuk sekali. Adapun puasa qadha jatuh pada hari Isnin-Khamis, ulamak khilaf. Syaikh Uthaimin berkata tidak perlu berniat, pahala puasa Isnin itu sudah termasuk dalam puasa qadha, 2 dalam 1.

3. Orang lelaki kalau dia memakai minyak wangi yang kuat baunya dan berniat untuk menarik perhatian muslimah, tidak berdosakah?
Setiap amal adalah dengan niat. Maksudnya jika si lelaki itu mengenakan minyak wangi untuk menarik perhatian muslimah, maka memang tidak boleh. Niat itu penting dalam apa jua tindakan kita. Jika memakai minyak wangi untuk mengikut sunnah Nabi SAW mendapat pahala, jika pakai untuk menggoda muslimah, maka mendapat dosa kecil.

Komen dan Soalan