Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Ulangkaji Asas Dalam Islam – Kalimah Shahadah

Ulangkaji Asas Dalam Islam – Kalimah Shahadah

607
0
Iklan

Ulangkaji Asas Dalam Islam – Kalimah Shahadah.

Sebelum kita sambung usul tafsir hari ini, Ayahaji hendak tanya balik bab kalimah syahadah.
Ayahaji: Apakah maksud,“Asyhadu AllaailaahaillAllah”? Minta beri kefahaman masing-masing.
Pelajar A: Ikrar, saksi, janji bahawa tiada Ilah melainkan/kecuali Allah.
Ayahaji: Tidak tepat.
Pelajar A: Janji untuk ikut perintah dan larangan Allah.
Ayahaji: Ya, apakah lafaznya, Ayahaji hendak tahu.
Pelajar A: Janji untuk tidak syirik.
Ayahaji: Itu kesimpulan.
Pelajar B: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah.
Ayahaji: Tidak tepat tetapi sudah betul.
Pelajar A: Aku bersaksi untuk tidak syirik kepada Allah dan patuh kepada Allah sahaja, Allah saja tempat bergantung/berhajat/berdoa.
Ayahaji: Anggaplah pelajar semua hendak ajar orang kafir baru mudah faham.
Pelajar C: I swear there is no one to worship but Allah. Aku berikrar bahawa beribadat, berdoa, bergantung hanya kepada Allah.
Ayahaji: “Asyhadu” perlu ditafsirkan dulu sebab kita hendak ajar pada orang Hindu atau Kristian kerana mereka tidak faham. Kemudian kita tafsir LaailahaillAllah dan bawa dalil Hadis Nabi SAW. Kita perlu mengajar kepada mereka sebab itu Ayahaji tanya ini.
Pelajar D: Aku mengaku pada Allah.
Ayahaji: Betul! LaailahaillAllah bawa dalil Hadis Nabi akan kalimah ini. Ayahaji sudah mengajar dulu.
Pelajar E: Aku bersumpah, berjanji tiada Tuhan aku sembah melainkan Allah.
Ayahaji: Ya. Begini, “Asyhadu” adalah aku berjanji, bersumpah, berikrar kepada-Mu Allah tuhan ku. LaailahaillAllah adalah aku sembah, ibadat, zikir, berdoa hanya terus kepada Allah saja.
Dalil:-
Nabi SAW pergi ke Masjidil Haram berjumpa kaum Quraisy semua, lalu Nabi SAW berkata, “Wahai kaum Quraisy semua, jika aku cerita kepada kamu ada musuh datang hendak serang kita, kamu percaya atau tidak?” Orang Musyrikin terus menjawab, “Kami percaya sebab kamu ini Al-Amin, seorang yang dipercayai. Maka Nabi SAW berkata, “Percayalah LaailahaillAllah.” Abu Jahal, Abu Lahab terus bangun berdiri lalu berkata, “Bohong kamu Muhammad!”
Apakah maksud mereka tidak percaya LaailahaillAllah itu? Mereka semua tidak mengerti bercakap bahasa lain melainkan hanya bahasa Arab saja. Ini adalah kerana ada 360 berhala keliling kaabah yang mereka puja dan Latta, Uzza, Manna bukannya Tuhan tetapi Uzza ialah keluarga Siti Khatijah di mana Waraqah Bin Naufal Bin Asadi bin Abu Uzza yang dalilnya dari hadis Bukhari. Waraqah adalah orang alim Quraisy yang telah mati. Latta pun sama. Manna pula bomoh keramat perempuan.
Bakinya berhala Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta para malaikat yang mereka kata anak perempuan Allah SWT. Nah! Mereka telah lakukan perantaraan dalam ibadat berdoa. Maka mereka buat ibadat pada roh-roh orang yang telah mati dan malaikat. Jadi maksud LaailahaillAllah ialah mereka faham daripada bahasa iaitu tidak ada lagi perantaraan melainkan hanya pada Allah SWT saja.
Oleh itu kalimah syahadah LaailahaillAllah itu bermaksud aku tidak akan sembah, puja, ibadat, zikir, berdoa melainkan hanya terus pada Allah saja. Ringkasannya kita kata, tiada lagi perantaraan dalam ibadat, zikir, berdoa melainkan hanya pada Allah saja.

Bab 2
Ayahaji: Ini pula kalimah syahadah kedua yakni Wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah. Sila beri pandangan masing-masing jika kita hendak mengajar kepada orang yang baru hendak menerima Islam.
Pelajar A: Aku bersaksi, berjanji, bersumpah aku hendak ikut ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja. Allah SWT yang mengajar Nabi Muhammad SAW untuk mengajar kepada umatnya.
Ayahaji: Benar. Tetapi kamu patut huraikan juga wa asyhadu iaitu aku berjanji, bersumpah, berikrar kepada-Mu Allah Tuhanku bahawa aku hanya hendak ikut ajaran nabi Muhammad Rasulullah SAW. Setiap orang yang telah membuat bid’ah, dari pengalaman Ayahaji, mereka tidak boleh jawab kalimah syahadah yang kedua ini. Setiap orang yang telah buat tawassul juga tidak boleh jawab kalimah syahadah yang pertama.
Pelajar A: Aku bersaksi, berjanji, bersumpah aku hendak ikut ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja dan tidak buat bid’ah yakni reka ibadat melainkan panduan Nabi Muhammad SAW.
Ayahaji: Masalah besar umat Islam di Malaysia ialah tiada siapa yang mengajar kalimah syahadah ini pada anak-anak masing-masing. Darimsurah Lukman, Allah SWT mengajar kita supaya kita ajar pada anak-anak kita.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. [Lukman: 13]

Ini pula kata-kata seorang paderi murid yang Ayahaji mengajar kalimah syahadah ketika dia memeluk Islam dahulu. Selesai saja bekas paderi itu mengucap, dia terus berkata, “Oh my God, Our God is so loving to us Muslims. He make us swear to promise Him that we should not again do mediate in du’a and worship. And He also make us swear to follow the teachings of prophet Muhammad Rasulullah SAW.”
Ajarlah kepada anak-anak, keluarga, kawan-kawan, saudara-mara dan sesiapa yang kita jumpa, kalimah syahadah ini. Semoga dengan ikrar ini, ia boleh menyelamatkan kita dan mereka semua daripada syirik kufur dan bid’ah pada agama Allah SWT ini.
Benarlah LaailahaillAllah adalah janji tidak mahu buat syirik lagi dan Muhammad dur Rasulullah adalah janji untuk ikut ajaran nabi Muhammad Rasulullah. Apakah yang pelajar semua fikirkan sekarang tentang perkara ini?
Pelajar B: Saya pernah berfikir, andainya saya ini bukan Islam, apa yang saya hendak belajar dulu? Apa yang saya perlu tahu dulu? Asasnya, rukun Islam dan iman macam dalam buku sekolah. Alhamdulillah, saya dapat belajar semula dengan kefahaman yang baik. Saya dapat bermula kembali macam anak kecil belajar alif, ba, ta, yakni bermula dari asas, bermula dari kosong iaitu apakah maksud syahadah? Apakah maksud mentauhidkan Allah? Kenapa kepada Allah sahaja? Alhamdulillah, penjelasan yang sangat jelas dan baik.
Pelajar A: Benda asas ini harus diajar pada anak-anak dan kita harus mengingatkan mereka selalu.
Ayahaji: Benarlah. Sememangnya Ayahaji mengajar yang asas. Setengah-setengah orang yang asas beginipun hendak marah kepada Ayahaji.
Allahua’lam.

Komen dan Soalan