Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Terbatal Wudhu Kerana Makan Daging Unta?

Terbatal Wudhu Kerana Makan Daging Unta?

506
0
Iklan

Panel: Abu Tolhah Solahuddin

Assalamu’alaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Alhamdulillah, kelas malam ini kita mula hadis ke 81

وَعَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا; – أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم: أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ? قَالَ: «إِنْ شِئْتَ» قَالَ: أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ? قَالَ: «نَعَمْ». أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Jabir Ibnu Samurah رضي الله عنه sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم : Adakah aku kena berwudhu kerana (makan) daging kambing?
Beliau صلى الله عليه وسلم berkata: “Jika engkau ingin.” Orang itu bertanya lagi: Adakah aku kena berwudhu kerana (makan) daging unta? Beliau berkata: “Ya”
Dikeluarkan hadis ini oleh Muslim.

Penerangan

1. Ada hadis lain yang semakna dengan hadis Jabir di atas, tapi dengan lafaz perintah diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Abu Daud melalui al Bara’ bin ‘Aazib رضي الله عنه :

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ فَقَالَ تَوَضَّئُوا مِنْهَا وَسُئِلَ عَنْ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ فَقَالَ لَا تَتَوَضَّئُوا مِنْهَا

Dari al Bara’ bin ‘Aazib رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah ditanya tentang berwudhu kerana (makan) daging unta,lalu dia berkata; “hendak lah kamu berwudhu kerananya” . Dan ditanya pula tentang berwudhu kerana (makan) daging kambing, lalu dia berkata: “Jangan lah kamu berwudhu kerananya.
Hadis ini Sohih.

2. Kedua-dua hadis di atas hukumnya sama. Iaitu terbatal wudhu kerana makan daging unta. Manakala daging kambing tidak batal wudhu. Yakni kena berwudhu setelah makan daging unta, manakala kambing dan lain-lain tidak.

3. Khilaf ulama tentang hukum berwudhu kerana makan daging unta:

a) Ada mengatakan tidak batal wudhu kerana memakannya. Mereka berdalilkan :

جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ آخِرَ الْأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرْكُ الْوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ

Jabir bin Abdullah berkata; Salah satu dari dua hal yang ditinggalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah tidak berwudhu kerana memakan sesuatu yang disentuh oleh (dimasak dengan) api.
HR an Nasaei Hadis Sohih.

Mereka berpendapat melalui hadis Jabir bin Abdullah di atas memberi maksud menyeluruh samada daging unta atau selainnya. Bagi mereka, hadis berwudhu kerana daging unta sudah mansukh kerana hadis Jabir bin Abdillah yang me-nasakh-kannya. Dan jawapan lain, maksud wudhu dari hadis itu adalah wudhu lughawi (dari sudut bahasa sahaja) yakni basuh tangan dan mulut.

b) Dan sebahagian ulama pula berpendapat batal wudhu kerana makan daging unta berdalilkan hadis Jabir bin Samurah dan Hadis al Bara’ bin ‘Aazib.

Manakala hadis Jabir bin Abdillah pula tidak me-nasakh-kannya. Ini kerana “bila ada alasan untuk boleh dijamak dua hadis maka tidak boleh dinasakhkan salah satu”. Kerana maksud dari hadis Jabir bin Abdillah tidak berwudhu kerana api adalah semua daging melainkan daging unta.

Dan jawapan bagi makna wudhu lughawi: hadis Nabi menerangkan syariat secara hakikatnya, sekiranya dengan makna wudhu lughawi tentu hadis menyebut akan hal itu secara jelas.

Pendapat ini lebih adil dan pertengahan kerana melalui pendapat ini dapat beramal kedua-dua hadis tanpa ditolak salah satu.
WaAllahu a’lam.

4. Hikmah berwudhu kerana daging unta dan tidak berwudhu sekiranya daging kambing:

a) Mungkin kerana unta sejenis binatang yang tabiatnya kasar dan keras. Dengan memakannya mungkin boleh menyebabkan sedikit sebanyak membawa kesan pada dagingnya. Dan tabiat keras kasar juga termasuk sifat syaitan. Syaitan asal dari api, maka air dapat memadamkan api. Dan sebab lain, pengembala unta biasa berwatakan keras dan kasar. Ini mungkin kerana terbiasa dengan tabiat binatang gembalaannya itu yang keras kasar.

b) Manakala kambing, sejenis binatang bertabiat lembut dan tenang. Begitu juga pengembala kambing juga kebiasaannya berwatakan lembut dan tenang. Seperti para Anbiya’ ramai dikalangan yang mengembala kambing seperti Nabi Musa عليه السلام dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga pernah mengembala kambing.

c) Dan antara hikmah lain, biasanya makan daging unta menyebabkan mengantuk dan kemalasan. Boleh jadi juga…
WaAllahu a’lam.

5. Maksud daging unta adalah termasuk semua bahagian-bahagian dalaman unta seperti jantung, limpa, peparu, perut dan lain-lain. Ini seperti pengharaman daging babi dalam Al Quran yang bermaksud kesemuanya dari babi.

Firman Allah Ta’ala:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
al Baqarah 2:173

Oleh itu, daging unta maksudnya adalah semua yang boleh dimakan darinya batal wudhu.

Dan Allah jua yang Maha Mengetahui.

Kelas malam ini setakat ini saja.. in sya Allah bersambung minggu depan..

Ada soalan boleh terus tanya.. Kemudian ana jawab in sya Allah.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan