Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.04 #260215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.04 #260215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

180
0
Iklan

Nota 01.04 Perkembangan Penulisan Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief 
 
Ilmu ini secara asasnya mula berkembang dari zaman RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dengan para sahabat radhiyalLaahu ‘anhun ajma’in. 
 
Sebagaimana mereka mendengar hadits secara langsung dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, atau dari sahabat lain yang mendengarkan atau melihat sendiri perlakuan atau perakuan baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Dan prinsip-prinsip ini juga asasnya terbina dari kaedah-kaedah utama yang diajarkan oleh alQuran seperti perlunya PERIKSA apabila datang berita, haramnya berbohong, dll. 
 
Setelah zaman para sahabat, apabila hadits-hadits yang telah mula ditulis melalui penulisan yang khas, dan dikumpulkan dalam satu-satu kitab, akan ada kupasan-kupasan terhadap prinsip ilmu hadits disebutkan secara terpisah di dalam penulisan-penulisan ini. 
 
Dan pada awal kurun ke-4, bermulalah usaha penulisan khas yang mengumpulkan dan menyusunkan kaedah-kaedah ilmu hadits.
 
Dan disebutkan bahawa, tulisan pertama yang fokus kepada Ilmu Hadits, ialah karangan al-Imam al-Qadhi alRaamahurmuzi, dengan tajuknya ‘al-Muhaddits al-Faashil bayna al-Raawi wal-Waa’i. 
 
Bermula dari sinilah banyak penulisan-penulisan yang berfokus kepada Ulum al-Hadits, antaranya yang popular: 
 
01. Ma’rifatu ‘Ulum al-Hadits, oleh al-Hakim (w.405H) 
02. Muqaddimah Ibn Solah, oleh Ibn Solah (w.643H) 
03. al-Taqrib wat-Taysir, oleh an-Nawawi (w.676H) 
04. Nukhbatul-Fikar, oleh Ibn Hajar (w.852H)
05. Tadrib ar-Rawi fi Syarhi at-Taqrib lin-Nawawi, oleh as-Suyuthi (w.911H)
06. Manzumah Bayquniyyah, oleh al-Bayquni (w.1080H)
 
Dan berpuluh-puluh, malah beratus-ratus penulisan berkaitan Ulum alHadits sehingga hari ini. Terkadang ia juga disebut sebagai Usul alHadits, Mustolah alHadits, dan beberapa nama yang lain, tetapi merujuk kepada fokus yang sama. 
 
WalLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan