Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05.02 #280215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05.02 #280215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

128
0
Iklan

Nota 01.05.02 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 

 
Susunan: BroSyarief
 
AS-SUNNAH (السنة) 
 
Secara bahasa ia bermaksud jalan, laluan atau kebiasaan (adat). 
 
Secara teknikal, terdapat perbezaan definisi di kalangan para ulama pelbagai pengkhususan: 
 
1) Ulama Hadits: Definisi sunnah adalah sama seperti hadits. 
 
2) Ulama Usul Fiqh: Sunnah ialah segala perkataan, perbuatan dan perakuannya yang akan menetapkan salah satu dari hukum yang 5, sama ada Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus. 
 
3) Ulama Fiqh: Sunnah adalah Apa yang tidak wajib. Orang yang membuatnya mendapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa. 
 
4) Ulama Kalam (Aqidah): Sunnah ialah apa yang bertentangan dengan Bid’ah. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan