Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05 #270215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05 #270215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

68
0

Nota 01.05.01 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 

 
Susunan: BroSyarief
 
AL-HADITS (الحديث) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud kata-kata dan juga bermaksud baru. 
 
Secara teknikal, ia membawa maksud: 
 
ما أضيف الى رسول الله صلى الله عليه وسلم من قول او فعل او تقرير او صفة خِلقية او خُلُقية سواء كان قبل البعثة او ما كان بعدها
 
Yang bermaksud: 
 
“Apa yang disandarkan kepada RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, (sama ada) dari perkataan, perbuatan, perakuan (tacit approval), atau sifat fizikal (physical appearance) atau sifat akhlaq; sama ada sebelum diutuskan sebagai Nabi atau selepasnya” 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan