Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05.03 #010315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05.03 #010315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

78
0
preview

Nota 01.05.03 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 

 
Susunan: BroSyarief

 
AL-KHABAR (الخبر) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud berita atau pemberitahuan. 
 
Secara teknikal, terdapat 3 pendapat: 
 
1) al-Khabar sama dengan al-Hadits 
 
2) al-Khabar berbeza dengan al-Hadits. Ia adalah apa yang datang dari selain Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
3) al-Khabar lebih umum dari al-Hadits. al-Hadits hanya dari RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, adapun al-Khabar boleh jadi dari baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, atau selain baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, sama dari sahabat, tabi’in dan lain-lain. 
 
AL-ATSAR (الأثر)
 
Secara bahasa bermaksud tinggalan atau baki sesuatu. 
 
Secara teknikal, ia terbahagi kepada 3 pendapat yang sama seperti al-Khabar: 
 
1) al-Atsar sama seperti al-Hadits. 
2) al-Atsar berbeza dari al-Hadits. 
3) al-Atsar lebih umum dari al-Hadits. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan