Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Syarat Wajib Puasa Dan Syarat Sahnya

Syarat Wajib Puasa Dan Syarat Sahnya

107
0

Bismillah…
Note 16 : ruj Al Fiqh Manjahi 2

SYARAT WAJIB PUASA DAN SYARAT SAHNYA

Syarat Wajib Puasa Ramadhn:
1. Islam
2. Mukallaf
3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa dan mengharuskan berbuka:
i. Keuzuran yg menghalang puasa.
ii. Haid atau nifas pd sebahagian waktu siang.
iii. Pitam atau gila sepanjang hari.

Keuzuran yang Mengharuskan Berbuka:
i. Penyakit yang memudaratkan atau menyebabkan penderitaan yang teruk.

ii. Perjalanan yang jauh.
Allah berfirman :
“Dan sesiapa sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan pada hari hari yang lain.”
Surah Al Baqarah : 185

iii. Tidak berupaya melakukan puasa, disebabkan tua atau penyakit tiada harapan untuk sembuh.

Syarat Sah Puasa :
i. Islam
ii. Berakal atau mumayyiz : mampu membezakan baik dan buruk.
iii. Tiada sebarang keuzuran yang menghalangkan berpuasa.

Komen dan Soalan