Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Usul Tafsir 3 : Kalimah Syahadah

Usul Tafsir 3 : Kalimah Syahadah

1338
0
Iklan

Malam ni saya nak bincang hal kalimah syahadat.

1. Kalimah Syahadah Yang Pertama :

‘ASYHADU AN LA ILAA HA ILLA ALLAH’’

Asyhadu itu makna apa?

Sesiapa yang kata maknanya ‘Aku melihat’ , ‘aku menyertai’ Itu tidak tepat.

Manakala ‘Aku bersaksi’, ‘Aku bersumpah’ itu pula kepada siapa????

Makna Asyhadu ialah : Aku berjanji aku bersumpah pada Mu Allah Tuhan ku.

‘Asyhadu allaaa ilallahaa illallah’

Apakah tafsiran ‘Asyhadu’ itu?

Jika kita kata tafsirannya ialah ‘Mengaku’ itu masih Boleh diterima tetapi masih tidak sempurna.

Ilah bukan sekadar tuhan sahaja., Jika disuruh pilih antara bekerja dengan solat, hendaklah diutamakan solat..

Masih kah keliru lagi?

Begini. Nabi saw bila di bacakan oleh Jibrail kepada nya Surah Al Mudatthir. ‘Wahai orang yang berselimut’. Nabi tidak berbuat apa-apa dan sudah pun tidur.  ‘Qum!!!’... bangun!!!! ‘Fa anzir!!!!‘ … Berilah ancaman pada yang engkar  Berilah peringatan pada yang mahu menerima tauhid. ‘Wa rabbaka fakabbir‘… Dan nama Tuhan mu hendaklah kamu perbesarkan semasa tabligh.

Lalu nabi saw terus ke Masjidil Haram. Pergi berjumpa dengan Jkkk Masjidil Haram iaitu pembesar-pembesar Quraisy. Nabi pun berkata: “wahai kaum quraisy semua!! Jika aku kata kepada kamu ada musuh hendak menyerang kita di belajar bukit ini; kamu percaya tak?” Semua mereka berkata; “kami percaya. Kamu kami beri gelaran Al Amin. Yang di percayai. Kamu tak pernah berbohong. ” Lalu nabi pun berkata; ” laaa ila haillallah.” Musyrikin musyrikin Mekah lantas menuduh ; ” kamu dusta yaa muhammad ! “.

Jadi apa sebenar maksud kalimah itu?

Jawabannya ialah, jangan membuat perantaraan dgn yg selain Allah

Jadi begini lah maksud bahagian pertama kalimah itu :

Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku. Bahawa tiada lagi perantara dalam ibadat doa zikir munajat sembah niat nazar melainkan hanya pd Mu Allah Tuhan ku.

Dalil daripada hadis di atas. Musyrikin tahu nabi mengatakan hal berhala berhala yang di buat perantara pada Allah Azza wa Jalla. Berhala berhala yang ada di sekeliling kaabah berjumlah sebanyak 360 semuanya yang dijadikan sebagai perantara oleh mereka.

2. Kalimah Syahadah Yang Ke Dua :

‘WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH’

Bagaimana pula dengan kalimah syahadat yg kedua???

Apakah makna ‘Wa asyhadu’???

Aku bersumpah dan berjanji… aku bersumpah dan berjanji pada Allah- Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku

Apakah sumpahan nya?Iaitu :

Aku hanya ikut nabi ajar. Tiada tambahan selain dari yang nabi ajar.

Jadi bila di tanya kepada ramai orang yang buat bidaah; kenapa awak kata nabi Muhamad pesuruh Allah? Hampir semua mereka tak mampu menjawabnya.

Mereka berkata kerana nabi itu pesuruh Allah. Saya bertanya kenapa awak berkata begitu sedangkan memang Allah sudah melantik dia. Awak tidak mengaku pun Allah sudah lantik dia. Mereka berkata lagi nabi jujur amanah. Saya jawab memang nabi begitu. Tetapi mengapa awak mengatakan bahawa dia rasul Allah? Mereka tidak terjawab.

 

Oleh itu maksud kalimah syahadat yang kedua :

Dan aku juga bersumpah, berjanji, berikrar pada Mu Tuhan ku : Bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi Muhamad Rasul Allah.

Dengan itu maksud kalimah syahadat ialah:

Aku bersumpah berjanji berikrar pd Mu Allah Tuhanku bahawa:

Tiada lagi lah perantaraan dalam ibadat, sembah puja, berdoa, berzikir, berniat, bermunajat, melainkan hanya pada Mu Allah Tuhan ku.

Dan aku juga bersumpah berjanji berikrar bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi Muhammad rasulullah sahaja.

Begini kita berhenti sekejap dan kita lafaz semula kalimah syahadat ini pada Allah. Anggap lah Dia sedang melihat awak semua.

Mari kita mengucapkannya semula……….

Ok sudah kah…….? Saya nak tanya apa perasaan awak semasa awak mengucap tadi?

Allah lah yg pilih awak semua belajar Al Quran ini. Saya hanya menyampaikan sahaja. Allah taala lah yg memberi hidayat kepada awak semua.

Ada ayat khas untuk awak semua tentang tauhid ini . Lafaz sebelum ni tiada sesiapa ajar pd awak bukan?

Kita sangka kita ini sudah Islam. Tetapi kita tidak tahu sebenar nya.

 (وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ)

[Surat Ash-Shura 14]

“ Tak akan berpecah belah sesuatu puak, kampung, daerah, bandar, dan negara sehinggalah datang kepadanya ilmu tauhid. Sebabnya adalah kebencian antara sesama mereka, Ahli Sunnah benci kepada Ahli Bidaah dan begitulah sebaliknya. Kalaulah tidak kerana keputusan Allah sebelum ini ( menangguhkan azab bagi mereka yang engkar) sudah tentulah Allah putuskan keputusan Nya (masuk neraka) sehingga tempoh umur mereka hidup. Dan orang-orang yang mewarisi Al Kitab (ajaran guru guru mereka) akan berada di dalam syak wasangka terhadap ajakan tauhid dan dalam kebingungan ” ( Ash-Shura 14]

(شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ)

[Surat Ash-Shura 13]

“Syariat untuk kamu semua daripada ugama (tauhid) seperti itulah juga syariatnya kepada nabi Nuh as , dan wahyu yang kami wahyu kepada kamu, dan wasiat wahyu yang kami wahyu kepada nabi Ibrahim as, Musa as dan Isa as. Iaitu tegakkan, hidupkan ajakan tauhid ini dan jangan kamu berpecah belah dalam tauhid ini. Amat berat lah hendak dipikul ajakan tauhid kamu terhadap ahli ahli musyrikin yang kamu ajak kepada tauhid. Allah akan menarik perlahan-lahan orang-orang yang Allah pilih dan memimpin orang-orang itu kepada Nya iaitu orang-orang yang mahu mencari kebenaran.”

Ayat yang akhir itu adalah awak semua. Insya Allah..

Saya ingin menasihatkan kepada awak semua….

Ajarlah kalimah syahadat ini kepada isteri, kepada suami, kepada anak-anak, kepada saudara mara, kepada kawan-kawan, kepada adik-beradik, kepada jiran-jiran, kepada Hindu, Budha, Sikh, Kristian dan sesiapa sahaja.

Tahukah kamu semua bahawa saya ada berdoa. Saya pohon pada Allah minggu lepas….

“Ya Allah. Kurniakan lah pada ku satu kumpulan manusia yang mencari kebenaran Mu Allah Tuhanku. Boleh aku ajarkan pada mereka semua supaya mereka pula sampaikan lagi kepada orang lain.

Makbulkanlah Ya Allah…”

**********************************************************************************************************************************

Permasaalahan: Cara untuk menjelaskan konsep Syahadah kepada non Muslim.

Antara cara yang berkesan untuk menjelaskan konsep syahadah kepada non muslim adalah dengan memberitahu tentang Allah sahaja. Tak perlu beritahu hal Islam sebab mereka dah tahu tentang Islam.

Allah Tuhan kita ini mereka pun tahu. Mereka tahu Allah itu tuhan. Cuba tanyakan kepada Hindu. Berhala kamu sembah tu adakah itu tuhan kamu? Nescaya mereka akan jawab bukan tuhan. Kamu ingat kami bodoh ke, itu batu kami buat. Sama lah juga dengan Cina Budha dan lain lain.

Tanyakan kepada  mereka. Jadi kamu sembah apa?. Hindu akan jawab. Sembah Dewa. Dewa itu tuhan kamu ke? Mereka jawab bukan. Itu perantara kami saja. Habis siapa tuhan kamu? Mereka akan jawab Tuan Allah, atau tuhan yg satu atau Siva.

Habis Siva itu atau tuhan yang satu itu, Dia kah yang mencipta langit dan bumi ini? Mereka  jawab ya. Mereka akan kata , ugama kita sama saja. Berlainan nama tetapi kita sembah tuhan itu juga.  Masa itu jangan kita jawab ya atau benarkan kata-katanya. Kalau kita jawab begitu bermakna kita mengiyakan ugama mereka. Kita pula yang jadi kufur.

Sebab itu kita hendaklah tanya kepada mereka tentang apa yg mereka faham tentang Allah. Pernahkah mereka sembah Allah? Pernahkan mereka meminta doa kepada Allah? Pernah tak? Mereka akan jawab tak pernah.

Maka perbesarkanlah Allah. Ceritalah kepada mereka tentang Allah tuhan kita.

 

Komen dan Soalan