Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Puasa

Puasa

123
0
Iklan

Bismillah…
Note 14 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA

Pengertian Puasa
– menahan diri daripada melakukan sesuatu iaitu makan, minum dan bercakap.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al Rahman.”
Surah Maryam : 26

Sejarah Pensyariatan Puasa
– Puasa bulan Ramadhan difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah.

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Surah Al Baqarah : 183

Dalil Persyariatan Puasa pada Bulan Ramadhan
Rasulullah SAW bersabda : “Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah persuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.”
Riwayat Al Bukhari : 8

Hukum Meninggalkan Puasa Bulan Ramadhan Tanpa Keuzuran:
-Sesiapa yang mengingkari kewajibannya, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Enggan bertaubat dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulamak.

Hikmah Puasa:
Ibadah yang difardhukan oleh Allah. Setiap orang islam yang melakukannya kerana mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepadanya tanpa memandang sebarang kemungkinan yang berlaku sebagai natijah daripada ibadah tersebut.

i. Puasa yang sempurna dapat menyedarkan hati orang beriman bahawa dirinya dibawah perhatian Allah SWT.
ii. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci.
iii. Puasa mendidik jiwa.
iv. Sifat kasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam.

Komen dan Soalan