Utama Blog Halaman 94

Tazkirah di Kuburan

0

📚📖✍

🔴 Adakah dalil bagi perbuatan membaca tazkirah ringkas, berdoa sambil mengangkat tangan dan muka menghadap kiblat setelah selesai pengebumian jenazah?


Dalil hadis:

Dari Uthman bin ‘Affan رضي الله عنهما:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال: (استغفروا لأخيكم, وسلوا له بالتثبيت, فإنه الآن يسأل (وصححه الألباني في في صحيح أبي داود)

“Dahulu Nabi ﷺ ketika selesai menguburkan mayat, baginda berdiri dan mengatakan, “Mintakan ampunan untuk saudara anda semua, dan mohonkan kepadanya keteguhan kerana dia sekarang sedang ditanya
[Dinyatakan sahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Abi Daud no. 3221]

Tazkirah atau khutbah selepas penguburan tiada nas. Walaupun berpegang kuat dengan sunnah, akan tetapi tazkirah di kubur itu adalah bid’ah. Tidak diamalkan oleh para salaf.

🔴 Benarkah ada hadith Nabi ﷺ memberi tazkirah ringkas kepada sahabat secara tidak formal ketika pengebumian jenazah?


Ya, ada hadith.
Cuma dalam dua keadaan, kubur belum siap atau jenazah belum sampai.
Maka, ketika ramai orang yang hadir, Nabi ﷺ seperti akan memberi tazkirah.

Ini dalil Nabi ﷺ memberi tazkirah di kuburan kerana kubur belum siap digali.

Daripada Al-Barra’ bin Azib رضي الله عنهما melaporkan dari perkuburan Baqi’ al-gharqad:

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ فِي جَنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ وَلَمَّا يُلْحَدْ,فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرُ وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فِي الْأَرْضِ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ، فَقَالَ: اسْتَعِيذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ -مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا-…. الْحَدِيْثَ

“Kami keluar bersama Rasulullah ﷺ pada acara mengantar jenazah seorang lelaki daripada kaum Ansar. Kami sampai ke kuburan sementara lahadnya belum siap. Rasulullah duduk dan kami pun duduk di sekeliling baginda seakan-akan di atas kepala-kepala kami ada burung. Di tangan baginda ada kayu untuk mencucuk-cucuk di tanah saat berfikir. Kemudian baginda mengangkat kepala dan bersabda, ‘Berlindunglah kepada Allah ﷻ dari azab kubur-dua kali atau tiga kali’ dan seterusnya”
[Ahmad, Abu Daud, dan Al-Hakim. Al-Hakim: sahih menurut syarat Imam Al-Bukhari dan Muslim, dipersetujui oleh Imam Az-Dzahabi dan Syaikh Al-Albani. Hadith ini dinyatakan sahih pula oleh Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in dan Tahdzib as-Sunan Abu Daud].

🔴 Adakah ini bermakna tiada tazkirah selepas pengebumian dan masing-masing memohon ampunan secara bersendirian menghadap kiblat?


Ya, benar.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

SnJ mengenai wudhu’

0

🍀SESI SOAL JAWAB☘️
=======================

1. Bolehkah membaca bismillah atau tasmiyah ketika wudhu’ di dalam tandas?

🔵 Isunya yang mungkin menghalang masyarakat kita membaca bismillah sebelum berwudhu’ adalah kerana selalunya kita mengambil wudhu’ di dalam tandas, benarkan?

Oleh kerana tidak boleh menyebut nama Allah di dalam tandas, maka ramai yang takut membaca bismillah.

Sebenarnya larangan menyebut nama Allah adalah di dalam tandas yang ada najis di dalamnya.

Begitulah keadaan tempat membuang air di zaman Nabi Muhammad SAW atau zaman P. Ramlee.

Zaman sekarang tandas kita tidak semestinya ada najis di dalamnya. Ini kerana semua najis sudah dinyahkan.

Maka, tiada salah sekiranya membaca bismillah di dalam tandas di zaman sekarang.

2. Andaikata kita terlupa membaca bismillah / tasmiyah sebelum wudhu’, bolehkah dibaca ketika wudhu’ atau tidak mengapa jika terlupa untuk membacanya?

🔵Bacaan tersebut boleh dibaca di pertengahan wudhu’.

3. Jika membasuh anggota wudhu’ lebih dari tiga kali atau kurang dari tiga kali, adakah ianya dikira sunnah?

🔵Membasuh anggota wudhu’ dalam bilangan satu, dua atau tiga kali adalah sunnah. Selain daripadanya tidak boleh.

4. Sebagai contoh, membasuh muka sebanyak tiga kali, tangan dua kali, kepala sekali sahaja, adakah dibolehkan?

🔵Ya, ianya dibolehkan

5. Berkumur dan memasukan air ke dalam hidung, adakah perlu dilakukan serentak atau berasingan?

🔵Boleh melakukannya dengan kedua-dua cara tersebut. Tetapi yang lebih menghampiri kepada sunnah adalah dengan cara melakukannya serentak.

6. Apakah di dalam pendapat mazhab Asy-Syafi’iy berkumur dan istinsyaq adalah sunat?

🔵Ya. Walaupun begitu, ia bukan menjadi halangan untuk meninggalkan
berkumur dan istinsyaq secara mutlak.

7. Ketika berwudhu’, adakah perlu meratakan air pada setiap anggota wudhu’ dengan tangan atau sekadar dilalukan air ke atasnya?

🔵Mengikut pandangan mazhab Malik ianya adalah wajib untuk sapukan air ke atas anggota wudhu’ menggunakan tangan, tetapi di dalam mazhab Asy-Syafi’iy ianya tidak wajib.

8. Apakah menyela janggut itu dilakukan setelah membasuh muka atau bersamaan ketika membasuh muka sebagaimana melakukan berkumur dan sedut air ke dalam hidung?

🔵Ia bergantung pada ketebalan janggut. Jika janggutnya tipis dan air boleh sampai ke dagu, maka boleh dibasuh bersama-sama wajah.

Jika janggutnya tebal, maka perlu mengambil air lain untuk menyela janggut sehingga sampai air ke bahagian dagu.

9. Adakah sah wudhu’ jika tidak mengikut tertib.

🔵Mengikut pandangan jumhur ulama, melakukan wudhu’ dengan tertib adalah wajib tetapi mengikut pandangan
Imam Al-Bukhari, ia tidak wajib.

10. Adakah wanita juga perlu menyapukan air ke dagunya sebagaimana lelaki yang mempunyai janggut menyela janggutnya hingga sampai air ke dagu?

🔵Wanita tidak mempunyai janggut, oleh yang demikian cukuplah menyapu keseluruhan mukanya sahaja

11. Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat anggota wudhu’ yang tidak boleh terkena air?

🔵Ambillah wudhu’ dengan cara menyapukan air pada bahagian yang boleh dikenakan air sahaja.

12. Adakah boleh bertayammum pada anggota yang tidak boleh terkena air?

🔵Tayammum hanya dilakukan jika kesemua anggota wudhu’ tidak boleh terkena air langsung. Jika ada sebahagian yang boleh terkena air dan bahagian tidak boleh, maka cukup sekadar membasuh bahagian yang boleh dikenakan air. Bahagian yang tidak boleh terkena air adalah dimaafkan.

13. Andaikata pada tempat yang tidak boleh terkena air tersebut dibalut, apakah perlu disapu air ke atas balutan atau tidak menyapu air langsung?

🔵Berkenaan masalah ini, kitab mempunyai dua pendapat iaitu:-
1. Tidak menyapu air pada balutan tersebut.
2. Menyapu air pada balutan tersebut. Qiyas kepada hukum menggunakan khuf.

14. Jika terlupa turutan mengambil wudhu’, adakah perlu diulangi semula wudhu’nya?

🔵Ya, wudhu’nya perlu diulangi semula.

15. Jika khuatiri tertelan air yang disedut semasa berpuasa, adakah boleh meninggalkan berkumur dan istinsyaq?

🔵Perlu melakukan berkumur dan istinsyaq juga tetapi dengan sedutan yang lebih perlahan.

16. Adakah perlu melakukan berkumur dan istinsyaq ketika mandi hadas?

🔵Ya. Ghusl dalam istilahnya.

17. Jika janggutnya panjang ke bawah hingga ke dada, adakah basuhannya perlu sampai hujung janggut?

🔵Bahagian yang perlu dikenakan air adalah dagu kerana itulah perlunya menyela janggut.

18. Bolehkah berwudhu’ dengan cara air itu disimbah ke muka tanpa disapu?

🔵Mengikut pendapat mazhab Asy-Syafi’iy ia boleh dilakukan manakala mengikut pendapat mazhab Maliki tidak sah wudhu’ dengan cara demikian.

Sebaiknya adalah dengan menyapu air ke muka ketika berwudhu’.

19. Cedok air menggunakan tangan kanan, dimasukkan ke dalam mulut sedikit untuk berkumur, kemudian air dari tapak tangan yang sama disedut masuk ke dalam hidung menggunakan hujung nafas dan akhir sekali menghembus keluar air kembali dengan tangan kiri. Adakah ini teknik yang betul?

🔵Ya teknik yang betul, perkara amali sebegini perlu dipraktikkan supaya lebih faham.

20. Bolehkah airnya disedut masuk hidung, keluar melalui mulut?

🔵Tidak boleh dan perlu mengulanginya semula wudhu’.

21. Manakah yang perlu dikeluarkan dahulu ketika berkumur dan istinsyaq?

🔵Boleh memulakan dari mana-mana bahagian dahulu.

22. Selepas berwudhu’, saya berbual sehingga sampai satu jam. Tidak dapat dipastikan adakah ada perkara yang membatalkan wudhu’ sepanjang berbualan itu tadi. Adakah boleh saya terus menunaikan solat dengan wudhu’ tersebut?

🔵Berdasarkan kaedah fiqh al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan). Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada.

Kita gunapakai mana yang yakin. Jika diyakini masih ada wudhu’, maka boleh teruskan solat. Jika diyakini wudhu’ terbatal, maka perlu mengulangi wudhu’. Keraguan dan syak tidak boleh digunakan di dalam hal ini.

23. Adakah menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’ dan apakah dalilnya?

🔵Perbahasan ini ada khilaf di kalangan ulama tetapi yang rajihnya, menyentuh kemaluan tidak membatalkan wudhu’.

Dalil tidak batalnya wudhu’ adalah hadith dari Tholq bin ‘Ali di mana ada seseorang yang mendatangi Rasulullah ‎ﷺ lalu bertanya,

مَسِسْتُ ذَكَرِى أَوِ الرَّجُلُ يَمَسُّ ذَكَرَهُ فِى الصَّلاَةِ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ قَالَ « لاَ إِنَّمَا هُوَ مِنْكَ

“Aku pernah menyentuh kemaluanku atau seseorang ada pula yang menyentuh kemaluannya ketika shalat, apakah ia diharuskan untuk wudhu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Kemaluanmu itu adalah bagian darimu.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Daruqutni. Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh Amru bin Ali al-Falas, Ibn Hibban, at-Tabrani dan Ibn Hazm).

Dalil batalnya wudhu’ adalah hadith dari Busroh binti Shofwan,

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

Barangsiapa yang menyentuh kemaluannya, hendaklah ia berwudhu’.” (Janganlah menunaikan solat sebelum berwudhu’ bagi sesiapa yang menyentuh kemaluannya. (Hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Daud dan Ibn Majah. At-Tirmizi mensahihkannya).

24. Adakah masih sah wudhu’ atau mandi hadas jika kita lap air daripada badan dengan tuala sehingga kering?

🔵Sah wudhu’nya dan tiada masalah hendak lap air wudhu’ atau mandi hadas. Ini adalah kerana air wudhu’ yang kering sendiri atau dilap tidak membatalkan wudhu’ atau mandi hadas.

25. Adakah berkumur dan istinsyaq semasa berpuasa boleh membatalkan puasa jika tidak sengaja tersedut air berlebihan?

🔵Jika tidak sengaja adalah dimaafkan.

26. Sunnah bangun tidur untuk berintisyaq. Dari Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيَاشِيمِهِ

Apabila kalian bangun tidur, hendaknya menghirup air ke dalam hidung lalu membuangnya sebanyak 3 kali. Karena syaitan bermalam di rongga hidungnya. (HR. Bukhari 162 dan Muslim 238).

Bolehkah melakukan intisyaq ketika bangun pagi satu kali sahaja?

🔵Ya boleh tetapi adalah sunnah untuk melakukan dua atau tiga kali.

Allahu a’lam.

Wudhu’: Kewajipan Wudhu’

0

Bab : Wudhu’
Bahagian : Wudhu’
Tajuk : Kewajipan-Kewajipan Wudhu’

Rasanya semua faham apakah maksud wudhu’ ini. Jadi tidak perlu kita panjangkan di sini. Kata hafiz ibn Hajar kalimah wudhu’ ini diambil dari al-wadha’ah yang bermaksud ‘bercahaya’. Ini kerana orang yang mengerjakan wudhu’ menjadi bercahaya.

Kita hendaklah menjaga cara-cara mengambil wudhu’ kita kerana terdapat kepentingan dalam wudhu’.

✍🏻Daripada Saidina Umar r.a. : “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang berwudhu’ dengan sebaik-baik wudhu’, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.”
[ Hadith Imam Muslim ].

Syarah: maka hendaklah kita belajar bagaimana berwudhu’ dengan baik.

✍🏻Rasulullah SAw bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah salat (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”.
[ HR Ahmad dan Ibnu Majah ]

Syarah: wudhu’ adalah syarat untuk solat. Maka hendaklah kita berwudhu’ dengan betul supaya solat kita akan diterima.

✍🏻Sabda Rasululullah s.a.w. “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar/gugur dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, apabila ia mencuci kedua tangannya, maka keluar/gugurlah dosa-dosa yang dilakukan kedua tangannya bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, dan ketika ia membasuh kaki, maka semua dosa yang diperbuat oleh kakinya gugur bersama air dan bersama dengan titisan air yang terakhir, sehinggalah seseorang hamba itu keluar dalam keadaan bersih dari dosa”
[ Riwayat Muslim ] .

Syarah: wudhu’ yang sempurna dapat membersihkan dosa

1. Niat

Amal ibadat tidak sah jika tiada niat. Ini berdasarkan hadith yang mahsyur:

✍🏻Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.”

Maksudnya niat ini tidak perlu disebut-sebut seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat Islam kita sekarang. Kalau sekarang diajar di sekolah-sekolah adalah dengan menyebut:

“Nawaitu Raf-‘Al Ĥadathil-‘Aşġari Li-LLâhi Ta-‘âlâ“
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLâh Ta‘âlâ

📍Ketahuilah bahawa ini adalah tambahan dalam agama dan tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan golongan salaf. Ia sesuatu yang baru dan bid’ah. Ini bukannya bid’ah hasanah

✍🏻Imam Syafie sendiri tidak ajar lafaz niat:
Imam Asy-Syafi’i rhm berkata,

الوسوسة في النية الصلاة و الطهارة من جهل بالشرع أو خبل بالعقل

“Was-was dalam niat solat dan taharah itu adalah kebodohan terhadap syariat atau kekurangan warasan dalam akal”
(Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, 28

Kasihan anak-anak di sekolah kena hafal dan amalkan lafaz niat ini. Kemudian diajar pula ada masa tertentu hendak baca niat. Ada kata masa hendak buka pili air, masa mula cebok air, ada kata masa basuh tangan, ada pula kata masa air kena di muka. Saya juga tidak tahu yang mana satu diajar di sekolah sekarang.

Ajaran inilah yang dipakai oleh kebanyakan orang sampailah dia tua. Padahal ini tidak ada dalam agama! Ia menyusahkan umat Islam yang terpaksa hafal, hendak susun niat dalam kepala dan kena jaga bila masa hendak sebut.

📍Cubalah cari lafaz niat ini dalam hadis, memang tidak akan jumpa. Ia adalah salah faham dari hadis riwayat Umar yang disebut di atas.

Ramai yang menggunakan hadis itu sebagai dalil lafaz niat yang diamalkan sekarang. Namun, kalau belajar hadis itu, memang tidak ada suruh kita melafazkan niat. Memang tidak kena langsung.

📌Niat ini tidak perlu dilafazkan dan tidak perlu disusun dalam kepala. Ia sudah ada kalau kita hendak mengambil wuduk. Maka, tidak perlu sebut sebab ia akan ada. Memang sudah terdetik di dalam hati.

Saya berikan analogi supaya mudah faham. Sebagai contoh kalau kita hendak minum segelas air. Adakah kita sebut: “sengaja aku hendak minum air segelas ini untuk menghilangkan dahaga….” Adakah kita sebut begitu? Tentu tidak ada tetapi adakah anda sudah ada niat hendak minum air?

Kalau tangan anda sudah mencapai dan angkat gelas air itu, tentu anda sudah ada niat, bukan? Maka begitulah juga dengan ibadat. Niat memang kena ada tetapi tidak perlu disebut. Walaupun tidak disebut, ia memang sudah ada.

📍Kenapa disebut kena ada niat dalam syarat wuduk ini? Ini kerana ada kemungkinan kita basuh anggota wuduk tetapi bukan kerana hendak wuduk tetapi kerana sebab-sebab lain.

Terdapat pelbagai kemungkinan antaranya anda basuh muka kerana hendak basuh muka, basuh tangan kerana kepanasan atau basuh kaki kerana ia berdebu. Maka itu bukanlah anda berniat hendak wuduk walaupun bahagian tubuh yang anda basuh itu adalah anggota wuduk.

📍Maka beza antara perbuatan biasa dan perbuatan ibadat adalah dengan niat.

2. Tasmiyah (membaca بسم الله)

Bagaimana hukum membaca بسم الله di awal wudhu’?

Apakah ia wajib atau sunnah? Khilaf ulama’ tentang hal ini. Sebelum itu, mungkin ada yang tidak pernah mendengar istilah ‘tasmiyah’.

Ada dua istilah yang berbeza:

Tasmiyah: membaca بسم الله sahaja.
Basmallah: membaca penuh: بسم الله الرحمن الرحيم

Maknanya, paling kurang dibaca semasa mengambil wudhu’ adalah membaca tasmiyah. Menurut pendapat majoriti ulama’, iaitu ulama’ Hanafiyah, ulama Syafi’iyah, dan salah satu pendapat dari Imam Ahmad, membaca bismillah ketika wudhu’ dihukumi sunat (tidak wajib).

Akan tetapi ada ulama seperti penulis kitab Fiqh Praktis (Syaikh Husain bin ‘Audah al-Awayisyah, anak murid Syeikh Albani) yang kita sedang gunakan ini, Imam Syaukani, Syeikh Albani mengatakan ia wajib berdasarkan hadith yang akan kita berikan sebentar lagi. Oleh kerana itulah tasmiyah dimasukkan di dalam senarai kewajiban dalam berwudhu’.

✍🏻Dalil yang digunakan sebagai sandaran adalah hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوءَ لَهُ وَلاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

“Tidak ada solat bagi yang tidak ada wudhu’. Tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah di dalamnya.”
(Abu Daud no. 101 dan Ibnu Majah no. 399. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadith ini hasan).

Sebahagian ulama’ mendhaifkan hadith ini, namun dari berbagai jalur, hadith ini menjadi kuat. Jadi kerana itu, ada yang mengatakan membaca bismillah adalah wajib. Sekiranya terlupa, perlu mengulang semula wudhu.

📍Kita hendak memberikan pandangan yang lain, iaitu ia sunat. Ini kerana ada juga pendapat yang mengatakan penafian (tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah) yang disebutkan dalam hadith adalah menidakkan kesempurnaan. Jadi ia bermaksud adalah tidak sempurna wudhu’nya. Bukanlah tidak sah wudhu’ itu.

Satu lagi hujah yang mengatakan bacaan Tasmiyah tidak wajib adalah berdasarkan pembacaan terhadap hadith-hadith berkenaan wudhu’. Apabila disebut langkah-langkah berwudhu’ itu tidaklah disebut bacaan Tasmiyah di dalamnya.

✍🏻Sebagai contoh, mari kita lihat hadith dari ‘Abdullah bin Zaid,

عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِى حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِى التَّوْرِ ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاَثَ غَرَفَاتٍ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Amr bin Yahya Al Mazini menuturkan dari bapanya bahawa dia mengatakan, “Aku menyaksikan Amr bin Abi Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid tentang tata cara wudhu’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. ‘Abdullah lantas meminta sebekas air, dan memberikan contoh berwudhu kepada orang-orang sesuai yang diamalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau menuangkan air dari bekas tersebut pada kedua telapak tangannya, lalu membasuhnya tiga kali. Beliau lantas mencelupkan kedua tangannya ke dalam bekas lalu berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya tiga kali menggunakan tiga cedokan tangan. Beliau lantas mencelupkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan membasuh wajahnya tiga kali. Beliau lalu mencelupkan tangannya ke dalam bekas dan membasuh tangannya itu sampai ke siku sebanyak dua kali. Beliau kemudian mencelupkan tangannya dan menggunakannya untuk mengusap kepala sekali dari belakang ke depan dan kembali dari depan ke belakang. Beliau lalu membasuh kedua kakinya hingga mata kaki.”
(Bukhari no. 185 dan Muslim no. 18).

Syarah:
Dalam hadith ini tidak disebutkan bacaan bismillah, walhal Abdullah bin Zaid sedang mencontohkan cara wudhu’ Nabi SAW.

Kesimpulan:
Bacaan Tasmiyah sebelum berwudhu’ adalah sunnah yang kuat. Maka, janganlah kita tinggalkan dengan sengaja. Cuma sekiranya terlupa, maka tidaklah perlu mengulangi semula wuduk.

Isu:
Mungkin yang menghalang masyarakat kita membaca bismillah sebelum berwdhu’ adalah kerana selalunya kita mengambil wudhu’ di dalam tandas, benarkan? Oleh kerana tidak boleh menyebut nama Allah SWT di dalam tandas, maka ramai yang takut membaca bismillah.

Sebenarnya larangan menyebut nama Allah SWT adalah dalam tandas yang ada najis di dalamnya. Begitulah keadaan tempat membuang air di zaman Nabi Muhammad SAW atau zaman P Ramlee. Zaman sekarang tandas kita tidak semestinya ada najis di dalamnya. Ini kerana semua sudah di flush. Maka, tiada salah sekiranya membaca bismillah dalam tandas di zaman sekarang.

3. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.

✍🏻Dari Laqith bin Shabirah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا تَوَضَّأْتَ فَمَضْمِضْ
“Jika engkau ingin berwudhu’, maka berkumur-kumurlah (madh-madha).”
(Abu Daud, no. 144. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini sahih.)

✍🏻Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَنْشِقْ بِمَنْخِرَيْهِ مِنَ الْمَاءِ ثُمَّ لْيَنْتَثِرْ

“Jika salah seorang di antara kalian berwudhu’, maka hendaklah ia menghirup air ke lubang hidungnya (istinsyaq), lalu ia keluarkan (istintsar).” (Muslim, no. 237)

Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum berkumur dan beristinsyaq (memasukkan air ke hidung) dalam wudhu’ dan mandi. Maka, ada pendapat yang mengatakan ia sunat sahaja dan ada yang berpendapat ia wajib.

✍🏻Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie, hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung adalah sunat. Oleh kerana itu kita dapat lihat keadaan di Malaysia, jarang masyarakat memasukkan air ke dalam hidung.

✍🏻Menurut Imam Ahmad hukumnya adalah wajib dan termasuk di dalam salah satu syarat membasuh muka ketika wudhu’. Oleh itu yang kuat di antara pendapat tersebut adalah bahawa keduanya wajib. Maka, tidak sah berwudhu’ dan mandi kecuali dengan melakukan keduanya. Ini kerana keduanya termasuk wajah yang telah diperintahkan oleh Allah dalam ayat Al-Quran yang mulia [ Maidah: 6 ].

✍🏻Syaikh Sholeh Al-Fauzan rahimahullah berkata, “Siapa yang membasuh wajahnya dan meninggalkan berkumur dan istinsyaq atau salah satunya, maka wudhu’nya tidak sah kerana mulut dan hidung termasuk wajah sebagaimana firman Allah ta’ala, فَاغسِلوا وُجوهَكُم “Maka basuhlah wajah-wajah kalian.” [ Maidah: 6 ]

✍🏻Maka, Allah memerintahkan untuk membasuh semua wajahnya. Siapa yang meninggalkan sesuatu, maka dia tidak termasuk orang yang melaksanakan perintah Allah ta’ala. Dan Nabi sallallahu’alaihi wa sallam berkumur dan beristinsyaq.” (Al-Mulakhas Al-Fiqhi, 1/41).

Mungkin ada yang berkata, ayat [ Maidah: 6 ] tidak ada menyebutkan berkumur dan istinsyaq. Benar tetapi hal itu bukan bererti tidak wajib. Ini kerana sunnah dari Nabi Muhammad SAW merupakan penjelasan kepada Al-Quran. Al-Quran menyebut secara ringkas sahaja dan pemahaman kita dapat dari amalan baginda SAW.

Jadi, kita perlu pelajari dan melihat bagaimana cara Nabi SAW berwudhu’, benar, kan? Sunnah menjelaskan baginda SAW berkumur dan istinsyaq. Nabi SAW tidak pernah melalaikan keduanya atau salah satunya dalam berwudhu’. Maka hal ini merupakan penjelasan perintah yang ada di dalam Al-Quran dengan membasuh wajah ketika bersuci.

4. Membasuh wajah satu kali

Batasan wajah (muka) adalah mulai dari tempat tumbuhnya rambut kepala yang normal sampai dagu (janggut), dan dari telinga kanan sampai telinga kiri.

Sekurang-kurangnya wajib dibasuh sekali dan sunat dibasuh dua atau tiga kali.

5. Menyela-nyela janggut

✍🏻Ada hadith dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُخَلِّلُ لِحْيَتَهُ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menyela-nyela janggutnya (ketika berwudhu).”
(Tirmidzi, no. 31 dan Ibnu Majah, no. 430. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan)

Yang penting adalah mahu sampaikan air ke dagu. Jika janggut seseorang itu tipis (hidup segan, mati tidak mahu), dagu dan kulitnya ikut terbasuh ketika berwudhu’. Bagi yang mempunyai janggut yang tebal wajib dicuci kerana janggut tersebut tumbuh di bahagian yang wajib dibasuh (bahagian wajah).

Kita ketahui bahawasanya janggut Nabi SAW tebal dan tentu sulit bagi baginda untuk membasuh janggut yang tebal hingga sampai air ke dagu. Maka baginda SAW ambil air yang khusus untuk membasuh janggut baginda.

✍🏻Hal ini kita ketahui dari hadith yang lain:

عن أنس –يعني ابن مالك-: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم كَانَ إِذَا تَوَضَّأَ أَخَذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَأَدْخَلَهُ تَحْتَ حَنَكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ لِحْيَتَهُ وَ قَالَ هَكَذَا أَمَرَنيِ رَبيِّ عز و جل

Dari Anas bin Malik radliyallahu anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam apabila berwudhu’ mengambil satu telapak tangan air lalu memasukkannya ke bawah dagunya lalu menyela-nyela janggutnya dengannya dan baginda bersabda, “Demikianlah Rabb Azza wa Jalla telah memerintahku”.
[Abu Dawud: 145. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Sahih].

6. Membasuh dua tangan hingga ke siku

Minima membasuh tangan dalam wudhu’ adalah sekali dan maksima tiga kali. Dan pembasuhan tangan itu hendaklah sampai ke siku. Maka kita lebihkan supaya tidak ada kekurangan. Ini kita akan bincangkan dengan panjang lebar nanti dalam tatacara berwudhu’. Sekarang kita cuma senaraikan sahaja.

Saya pernah melihat orang yang membasuh tangan tetapi tidak menjaga sikunya. Maka, wudhu’nya tidak sah dengan cara begitu.

7. Mengusap kepala satu kali

✍🏻Dalil-dalil tentang pengusapan tersebut adalah sebagai berikut,

قال الله سبحانه و تعالى ((وَ امْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ))

Telah berfirman Allah Subhanahu wa ta’ala ((dan usaplah kepala kalian))

Berbeza dengan bahagian anggota wudhu’ yang lain, bahagian kepala cuma perlu dibasuh sekali sahaja. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam tatacara berwudhu’. Nanti akan disebut cara usap kepala.

8. Mengusap kedua telinga satu kali

✍🏻Telinga adalah sebahagian dari kepala sahaja dan terus disapu setelah disapu kepala. Ini berdasarkan hadis:

اْلأُذُنَانِ مِنْ الرَّأْسِ

kedua telinga bahagian dari kepala.
[Abu Daud no. 134, Tirmidzi no. 37 dan Ibnu Majah no. 444. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan]

Syarah:
Disebutkan bahawa kedua telinga adalah bahagian dari kepala. Dan kepala adalah salah satu dari rukun wudhu’. Jadinya, sebagaimana kepala itu diusap, maka telinga pula demikian. Maka kewajiban mengusap telinga memiliki dalil dari Al-Quran.

Maka, tidak ada keperluan untuk menggunakan air lain yang khusus untuk membasuh telinga tetapi terus sahaja disapu telinga setelah disapu kepala. Situasi yang kita lihat sekarang, ramai dari kalangan kita yang membasuh telinga berasingan, tidak disekalikan dengan kepala. Ini tidak ada dalam hadith.

9. Membasuh dua kaki sampai ke mata kaki

✍🏻Ini seperti firman Allah dalam [ Maidah: 6 ]

وَأَرجُلَكُم إِلَى الكَعبَينِ

dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,

10. Menyela-nyela jari tangan dan kaki

Yang perlu diperhatikan juga di dalam pembasuhan kedua kaki adalah menyela-nyela jari jemari kaki seperti yang telah diperintahkan pada jari jemari tangan.

Tahukah anda apa yang dimaksudan dengan menyela-nyela? Ia bermaksud memasukkan jari di celah-celah jari tangan dan kaki supaya air sampai ke bahagian celah-celah jari.

✍🏻Ini berdasarkan hadith:

عن لقيط بن صبرة قَالَ: فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَخْبِرْنيِ عَنِ اْلوُضُوْءِ! قَالَ: أَسْبِغِ اْلوُضُوْءَ وَ خَلِّلْ بَيْنَ اْلأَصَابِعِ وَ بَالِغْ فىِ اْلاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

Dari Luqaith bin Shabrah radliyallahu anhu berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah khabarkan kepadaku tentang wudhu’!”. Baginda menjawab, “Sempurnakan wudhu’, sela-selalah jari jemarimu dan bersungguh-sungguhlah di dalam istinsyaq kecuali jika kamu sedang puasa”.
[an-Nasa’iy: I/ 66, Abu Dawud: 142, Ibnu Majah: 407, Ibnu Khuzaimah: 150, 168, al-Hakim: 537 dan Ahmad: IV/ 33. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Sahih].

Sekiranya jari-jari tangan memang sudah sedia terbuka(renggang), maka senang mahu kenakan air kepada bahagian jari tangan. Sekiranya bahagian kaki lebih tertutup maka kena ada usaha untuk menyela-nyela di celah-celah jari kaki. Ini pun jarang dijaga oleh masyarakat kita.

11. Berturut (sambung menyambung) dalam berwuduk

Ulama’ fiqah berbeza pendapat sama ada wudhu’ perlu mengikut susunan atau tidak. Dimulakan dengan basuh tangan sampaikan kepada basuhan kaki.

Majoriti dari kalangan ulama berpendapat bahawa berurutan (tertib) dalam membasuh anggota wudhu ketika berwudhu hukumnya wajib.

12. Memulai dari sebelah kanan

✍🏻Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

“Dahulu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam amat menyukai memulai dengan kanan dalam mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam urusannya yang penting semuanya” (Muttafaqun ‘alaih).

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – إِذَا تَوَضَّأْتُمْ فَابْدَأُوا بِمَيَامِنِكُمْ – أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة َ

“Dan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Jika kalian mulai berwudhu’`maka dahulukan anggota sebelah kanan.”

Hadith diriwayatkan oleh Imam yang empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah.

Allahu a’lam.

06.09 Turunnya Sesuatu Ayat Dahulu Sebelum Hukumnya

0

Panel: BroSyarief
#130818 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.09 Turunnya Sesuatu Ayat Dahulu Sebelum Hukumnya – تَقَدُّمُ نُزُولِ الْآيَةِ عَلَى الْحُكْمِ

az-Zarkasyi (w.794H) menyebutkan satu jenis perbincangan yang berkait dengan sebab-sebab penurunan ayat, yang dinamakan dengan istilah – تَقَدُّمُ نُزُولِ الْآيَةِ عَلَى الْحُكْمِ -, yang bermaksud: Didahulukan Penurunan Ayat Sebelum (Ditetapkan) Hukumnya.

Adapun merujuk kepada contoh yang beliau sebutkan di bawah topik ini sebenarnya tidaklah menunjukkan bahawa terdapatnya ayat yang turun mengenai hukum tertentu lalu mereka tidak mengamalkannya kecuali selepas tempoh waktu tertentu, di mana ianya lewat.

Malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa ayat tersebut turun dalam lafaz yang luas konteksnya, membawa kemungkinan lebih dari sekadar satu makna; sehingga kemudiannya ditafsirkan mengikut salah satu makna tersebut, menjadikan penilaian hukumnya datang kemudian.

az-Zarkasyi menyebutkan,

واعلم أنه قد يكون النزول سابقا على الحكم وهذا كقوله تعالى {قد أفلح من تزكى}

‘Ketahuilah bahawa ada penurunan yang berlaku mendahului hukumnya. Contohnya pada ayat berikut,

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

“Orang yang menyucikan (diri dan hartanya) pasti akan berjaya!”

[al-A’la(87):14]

فإنه يستدل بها على زكاة الفطر روى البيهقي بسنده إلى ابن عمر

Ayat ini menjadi dalil bagi zakat fitrah, sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dengan sanadnya bersambung kepada Ibn ‘Umar

أنها نزلت في زكاة رمضان ثم أسند مرفوعا نحوه

Di mana ayat itu diturunkan untuk menyentuh hal zakat Ramadhan, kemudian ianya disandarkan secara marfu’ (kepada Nabi – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -) melalui Ibn ‘Umar.

وقال بعضهم لا أدري ما وجه هذا التأويل لأن هذه السورة مكية ولم يكن بمكة عيد ولا زكاة

Sebahagian ulama menyebutkan: Aku tak jelas bagaimana penafsiran ayat ini, kerana surah ini adalah surah Makki, sedangkan (di zaman sebelum hijrah) di Mekah belum disyariatkan hari raya, apatah lagi zakat.”

[al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, (1/32-33)]

Imam al-Baghawi (w.516H) menjawab persoalan yang ditimbul oleh sebahagian ulama sebagaimana dinukilkan oleh az-Zarkasyi di atas dengan penurunan ayat mendahului (praktik perlaksanaan) hukum (pengajaran)nya.

Sebagaimana firman Allah ‘azza wa jalla,

لَا أُقْسِمُ بِهَذَا الْبَلَدِ وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَذَا الْبَلَدِ

“Tidak! Aku bersumpah dengan negeri ini! Engkau sekarang bebas (untuk memerintah) di negeri ini!”

[al-Balad(90):1-2]

al-Baghawi kemudiannya menyebutkan bahawa surah ini Makki, dan terbukti jelas realisasi makna ayat tersebut berlaku ketika pembukaan Mekah (yang berlaku jauh selepas peristiwa Hijrah).

[Tafsir al-Baghawi, (8/402)]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan, Cet. ke-7, m/s 89.
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Pelepah Tamar di Kuburan dan Kiriman Pahala kepada SiMati

0

📚📖✍

🔴 Mohon penjelasan berkaitan isu di bawah.

◾️ Pelepah tamar boleh mendoakan penghuni kubur.

◾️ Kiriman pahala orang beriman tidak sampai.


1. Khilaf.
Balik kepada asas, iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.”
[ An-Nisa’: 59 ]

2. Khilaf berselisih dalam fiqh, ada dua jenis:

2.1. Khilaf tanawwu‘ atau kepelbagaian.

Contoh:
◾️ Cara duduk tasyahud akhir, secara iftirash atau tawarruk.

◾️ Mengangkat jari ketika tasyahud.

◾️ Membaca basmallah dalam salat.

2.2. Khilaf tanaqudh atau khilaf yang bertentangan, berlawanan, sah atau batal, sunnah atau bid’ah.
Ia bermaksud, khilaf yang berat yang membawa kepada isu sah atau batal, sunnah dan bid’ah.

Isu:
Memacak pelepah tamar, kelapa sawit atau pelepah kelapa, batang pisang atas kubur.
Ini adalah khilaf tanaqudh. Jika anda yakin dengan Ustaz Abdul Somad dan Abdullah Khairi, maka ia menjadi amalan sunat. Jika anda yakin dengan fiqh sunnah, maka ia amalan bid’ah.

3. Bila isu pelepah tamar ini muncul?
Perlu mengetahui sejarah apabila berkaitan dengan khilaf.

Bila khilaf itu muncul?
Isu memacak pelepah tamar atau pokok palma ini muncul dalam kurun 700 Hijrah. Sedangkan isu khilaf yang asal hendaklah muncul awal lagi, misalnya dari zaman sahabat.

Contoh:
◾️ Batal wudhu’ kerana menyentuh kemaluan.

◾️ Batal wudhu’ kerana menyentuh perempuan,

◾️ Memakan daging unta. Ini wujud zaman sahabat.

◾️ Qunut subuh, wujud khilaf sejak zaman sahabat.

Adapun isu pelepah tamar, khilaf ini muncul pada tahun 670 Hijrah, 600 tahun selepas Hijrah.

Apabila munculnya isu membaca Al-Quran di kuburan, tahlil mayat, talqin, sembelihan di kubur, maka pakej kiriman pahala kepada mayat ini diqiaskan pula kepada pelepah tamar. Ini untuk memperbanyakkan jalan dan kaedah untuk membantu mayat dalam kubur. Selain tahlil, membaca Al-Quran, sadaqah, kenduri keselamatan arwah, maka satu lagi cara menyelamatkan arwah ialah dengan memacak pelepah palma (kurma, sawit atau kelapa) di kuburan atau menanam pokok.

4. Rujuk Sahih Bukhari dari
Imam Al-Bukhari رحمه الله‎ yang meletakkan satu bab dalam sahihnya:
Bab Al-Jarid ‘Ala Al-Qabr
(Bab Meletakkan Pelepah Di Atas Kubur).

Kemudian lihat rumusan pada hujung bab tersebut, Imam Al-Bukhari رحمه الله‎ dengan jelas menyatakan, ia khusus buat Nabi ﷺ dan khusus kepada dua kubur itu sahaja. Maksudnya, ia amalan khususiyat Nabi ﷺ. Sesiapa jua yang tidak membaca rumusan Imam Al-Bukhari telah melakukan qias, beranggapan ia amalan umum untuk semua orang. Ziarah kubur kemudian memacak pelepah sawit, dengan beri’tiqad bahawa pelepah tamar dan palma mampu bertasbih kepada si mati.

Jika pokok bertasbih kepada si mati dan sampai, maka manusia sudah tentu boleh melakukan apa sahaja untuk membantu si mati. Ini idea dari qias itu. Jika pokok bertasbih, maka manusia bertasbih sudah tentu lebih sampai lagi pahalanya. Ini qias yang fasid atau tanaqudh atau berlawanan dengan sunnah.

5. Akibat dari qias yang fasid atau rosak, salah faham nas memacak pelepah tamar telah membuka kepada pelbagai bid’ah yang baru.

Contoh:
◾️ Menghias kubur dengan bunga.

◾️ Menanam pokok-pokok.

◾️ Membuat landskap di kuburan dengan kepercayaan pokok bertasbih dan mendoakan si mati.

Kemudian ia membuka ruang kepada semua bentuk kiriman pahala kepada si mati yang asalnya dari pelepah tamar.

Rumusan:
Isu pelepah tamar adalah amalan yang khusus untuk Nabi ﷺ. Nabi ﷺ sahaja yang boleh melakukan amalan tersebut.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Thaharah: Adab ke Tandas dan Membuang Hajat

2

📚

Kitab : Thaharah (Bersuci)
Bab : Bab Air dan Najis
Bahagian : Menghilangkan najis
Tajuk : Adab ke tandas dan membuang hajat

Sekarang kita masuk ke bahagian baru iaitu adab ke tandas dan menunai hajat. Inilah adab untuk membuang air besar dan air kecil. Agama Islam bukan sahaja mengajar hukum tetapi mengajar adab-adab juga. Ada adab makan, adab belajar dan macam-macam lagi. Kali ini kita belajar adab dalam masuk tandas dan buang hajat.

Mungkin ada lagi adab-adab lain yang boleh dibuat pembacaaan tambahan. Namun, setakat silibus yang kita belajar mengikut kitab kita, inilah sahaja adab-adab yang disampaikan kepada kita.

Seboleh-bolehnya kita ikutlah adab-adab yang dianjurkan ini kerana ia diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan kita sepatutnya menjadikan baginda sebagai ikutan kita. Ia adalah sunat.

1. Menjauh dan menutupi diri dari manusia.

✍🏻Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى سَفَرٍ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَأْتِى الْبَرَازَ حَتَّى يَتَغَيَّبَ فَلاَ يُرَى.

“Kami pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika safar, beliau tidak menunaikan hajatnya di daerah terbuka, namun beliau pergi ke tempat yang jauh sampai tidak nampak dan tidak terlihat.”

Ibnu Majah no. 335. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini shahih.

Syarah:
Zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada tandas di rumah. Maka tempat buang air pada zaman itu adalah di kawasan yang jauh dari manusia. Kalau zaman sekarang pastikan tempat buang air di tempat tertutup.

Maka, kalau bagi lelaki buang air kecil di urinal itu bukanlah sunnah dan ia memalukan kerana manusia yang lalu lalang dapat melihat kemaluan anda.

2. Tidak membuang air di jalanan, tempat berteduh dan tempat berkumpul.

✍🏻Dalilnya adalah hadith daripada Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ ». قَالُوا وَمَا اللَّعَّانَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الَّذِى يَتَخَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ ».

Hati-hatilah dengan al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia)!” Para sahabat bertanya, “Siapa itu al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia), wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Mereka adalah orang yang buang hajat di jalan dan tempat bernaungnya manusia.”
[ Riwayat Muslim no. 269 ]

Syarah:
Kalau buang di tempat-tempat itu dan manusia lain kena ‘periuk api’ anda, tentulah anda kena laknat. Maka Nabi Muhammad SAW sudah mengajar untuk mengelak dari perkara ini. Jangan susahkan orang dan jangan bagi orang marah.

3. Tidak kencing di dalam air yang tidak mengalir

✍🏻Dalilnya adalah hadith Jabir bin ‘Abdillah, beliau berkata,

أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِى الْمَاءِ الرَّاكِدِ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kencing di air tergenang.”

[ Muslim no. 281 ].

Syarah:
Kalau air itu tidak mengalir maka najis itu akan kekal di situ seperti kolah, kolam dan tasik. Jika orang lain guna pula akan menyebabkan kekotoran dan penyakit. Islam menjaga perkara ini. Kalau kencing di air mengalir seperti sungai adalah dimaafkan sedikit walaupun tidaklah digalakkan.

4. Boleh kencing dalam bekas kerana sakit, cuaca dingin atau keperluan lain.

Oleh kerana zaman dahulu tidak ada tandas di dalam rumah, maka Nabi Muhammad SAW pernah buang air dalam bekas dan esok paginya dibuang. Jadi kalau ada pesakit yang warded di hospital memang tidak ada masalah kencing atau berak dalam bekas dan kemudian dibuang oleh nurse.

5. Tidak angkat pakaian hingga setelah berada dalam tandas

✍🏻Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ الْحَاجَةَ لاَيَرْفَعُ ثَوْبَهُ حَتَّى يَدْنُوَ مِنَ اْلأَرْضِ

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila hendak buang air besar, Beliau tidak mengangkat bajunya kecuali setelah dekat dengan tanah.”
(Shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi)

Ini adalah kerana hendak jaga aurat. Jangan buka zip seluar pula sebelum masuk dalam toilet. Kita hendak jaga aurat kita dari dilihat orang. Saya tambah, selepas selesai buang hajat juga kena jaga. Ada yang buruk perangai, kencing di urinal, tetapi kemudian dia bawa basuh di sinki.

6. Baca doa semasa masuk tandas

✍🏻Doanya adalah:

بِسْمِ اللهِ ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

“Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syaitan laki-laki dan perempuan.”

Bacalah doa itu sebelum masuk pintu bilik tandas. Jangan sudah masuk baru hendak baca, itu sudah terlambat. Maka inilah sunnah hendak masuk tandas. Amalan tutup kepala tidak ada dalil yang sahih.

Amalan yang tutup kepala itu kerana takut kepala kena kencing oleh syaitan. Maka kalau kita lihat doa itu, ia sudah termasuk perlindungan dari syaitan. Maka tidaklah kena kencing.

7. Tidak mengadap atau membelakangi kiblat.

Seboleh mungkin jangan mengadap atau membelakangi kiblat.

✍🏻Hal ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا جَلَسَ أَحَدُكُمْ لِحَاجَتِهِ فَلاَ يَسْتَقْبَلِ الْقِبْلَةَ وَلاَ يَسْتَدْبِرْهَا

“Apabila salah seorang di antara kamu duduk buang air, maka janganlah dia menghadap kiblat dan jangan membelakanginya.”
(HR. Ahmad dan Muslim)

Larangan ini membawa hukum makruh, kerana ada hadith Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dia berkata:

✍🏻“Suatu hari, aku pernah memanjat rumah Hafshah. Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air menghadap ke Syam, membelakangi Ka’bah.”
(HR. Jama’ah)

Namun ada yang menjama’ (menggabung) kedua hadith di atas dengan mengatakan bahawa menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air tetap haram (tidak makruh), kecuali jika tertutup bangunan. Wallahu a’lam.

✍🏻Satu lagi dalil:
Marwan Al Ashfar berkata, “Aku pernah melihat Ibnu Umar mendudukkan untanya menghadap kiblat, dia buang air menghadap ke arahnya”, maka aku berkata: “Wahai Abu Abdirrahman, bukankah hal itu dilarang?” Dia menjawab: “Ya, tetapi hal itu dilarang jika di tempat terbuka. Jika antara dirimu dengan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka tidak mengapa.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Hakim dan isnadnya hasan sebagaimana dalam Al Fath)

Maka kita cubalah untuk tidak mengadap atau membelakangi kiblat. Kecualilah kalau tandas rumah dan sudah ada tandas siap, tidaklah hendak tukar pula. Maka pakailah pendapat ibnu Umar di atas, iaitu tidak mengapa kalau ada dinding atau sesuatu yang menghalang kita dengan kiblat.

10. Istinjak guna air

Ini telah disentuh dulu. Sebaik baik istinjak adalah mengunakan air tetapi tidak salah kalau hendak guna juga bahan-bahan lain walaupun air ada. Cuma kita tekankan, sebaik-baik bahan adalah air.

Ini kerana itu kita tidak boleh hendak kutuk kalau bangsa lain pakai selain air. Itu sudah budaya dan kebiasaan mereka. Walaupun mereka itu muslim, tetapi pemakaian tisu, batu dan sebagainya dibolehkan.

11. Istijmar guna sekurang-kurangnya tiga batu

Istijmar maksudnya istinjak dengan batu. Maka kalau istinjak pakai batu, tisu, kain, atau benda kesat lain, maka kena guna tiga batu atau tiga tisu. Jangan sapu balik pakai kertas dan batu yang sama. Kalau tidak cukup, pakai lagi kertas tisu atau batu yang lain dan ganjilkan bilangannya.

12. Tidak istinjak dengan kotoran haiwan atau tulang

Ini pun telah disentuh sebelum ini. Pakai benda selain dua benda ini. Maknanya, asalkan bahan yang digunakan itu kesat, maka boleh.

13. Tidak menjawab salam ketika sedang buang hajat

Kalau ada orang bagi salam, tidak perlu jawap. Malah jangan bercakap ketika sedang membuang. Ianya makruh.

✍🏻Hal di atas berdasarkan hadith Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma:

أَنَّ رَجُلاً مَرَّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُوْلُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ

“Bahawa ada seseorang yang melewati Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang buang air kecil, orang itu mengucapkan salam kepadanya, namun baginda tidak menjawabnya.”
(HR. Jama’ah selain Bukhari)

Jadi, walaupun menjawab salam itu hukumnya wajib, tetapi itu adalah hukum umum. Kalau di dalam tandas tidak perlu hendak jawab salam orang lain.

14. Baca doa selepas keluar tandas

✍🏻‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ قَالَ : ( غُفْرَانَكَ )

“Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila keluar dari jamban, mengucapkan: “Ghufraanaka.”
(Abu Dawud no. 30, at-Tirmidzi no. 7, Ibnu Majah no. 300, Al-Hakim 1/158, al-Bukhori dalam Adabul Mufrod no. 693, Ahmad 6/155, Hadith ini sahih sebagaimana disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam kitabnya Irwaul Ghalil no. 52)

15. Menggosok tangan ke tanah setelah istinjak.

Zaman Nabi dulu tidak ada sabun. Maka tanahlah yang menjadi bahan pencuci. Maka, kalau zaman sekarang kita amalkan dengan menggunakan sabun untuk bersihkan tangan kita selepas istinjak.

16. Bolehkah buang air kecil berdiri?

Ini perbincangan untuk lelaki sahaja. Kalau untuk perempuan, memang tidak boleh berdiri. Sebaiknya tidak buang air kecil sambil berdiri. Hal ini agar air kencingnya tidak memercik ke mana-mana, namun jika aman dari percikan, maka tidak mengapa.

✍🏻Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إِلَّا جَالِسًا

“Siapa saja yang menceritakan kepada kalian bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam buang air kecil sambil berdiri, maka janganlah dibenarkan. Beliau tidak buang air kecil kecuali dalam keadaan duduk.”
(HR. Lima orang selain Abu Dawud)

✍🏻Perkataan Aisyah di atas didasari atas pengetahuannya, sehingga tidaklah bertentangan dengan apa yang disampaikan Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berikut:
“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendatangi tempat pembuangan sampah, lalu baginda kencing sambil berdiri, maka aku pun menjauh. Beliau bersabda: “Mendekatlah”, maka aku mendekat sehingga berdiri di dekat tumitnya, Beliau pun berwudhu’ dan mengusap kedua khuffnya.”
(HR. Jama’ah)

✍🏻Imam Nawawi berkata, “Buang air kecil sambil duduk lebih aku sukai, namun berdiri boleh, semuanya ada riwayatnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

🍀SESI SOAL JAWAB ☘️
=======================

1). Tidur yang bagaimanakah boleh membatalkan wudhu’?

🔵 Secara ringkasnya, tidur yang nyenyak, sehinggamana apabila dia terkentut, dia tidak menyedarinya.

2. Kadang kala, sesetengah orang yang tidak pam basuhan kencingnya di urinal menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada pengguna lain. Adakah mereka termasuk di dalam golongan yg dilaknat sebagaimana hadith?

🔵Mereka itu tidaklah termasuk di dalam golongan yang dilaknat sebagaimana hadith dari Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, Nabi ‎ﷺ bersabda,

« اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ ». قَالُوا وَمَا اللَّعَّانَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الَّذِى يَتَخَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ ».

“Berhati-hatilah dengan al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia)!” Para sahabat bertanya, “Siapa itu al la’anain, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Mereka adalah orang yang buang hajat di jalan dan tempat bernaungnya manusia.” Hadith Riwayat Muslim no. 269.

Kerana perbuatannya itu (kencing di urinal) adalah perbuatan yang kebanyakan orang lakukan.
Walaubagaimanapun, tidak pam basuhan kencing adalah perbuatan yang tidak beradab dan menggangu ketenteraman orang lain.

3. Adakah dibolehkan kencing di tempat yang jauh daripada manusia seperti hutan, tempat memancing di dalam kawasan kebun, di pokok-pokok atau tempat tersembunyi?

🔵Ya, dibolehkan kencing di tempat yang jauh manusia.

4. Kenapakah tidak digalakkan untuk membuang air kencing dan tahi pada air yang mengalir?

🔵Perkara tersebut tidak digalakkan apabila air yang mengalir itu terus digunakan oleh manusia. Contohnya, ketika mandi di jeram, apabila seseorang buang najis mereka di atas, orang yang di bawah jeram akan terkena najis mereka.

5. Adakah boleh membaca doa masuk tandas setelah berada di dalam tandas kerana tidak sempat untuk membacanya sebelum memasuki tandas?

🔵Tidak boleh membaca doa setelah memasuki tandas.

Kita perlu mengelakkan dari menyebut nama Allah di dalam tandas yang mengandungi najis.

6. Adakah benar pernyataan bahawa syaitan akan mengencingi mereka yang tidak menutup kepala apabila memasuki tandas?

🔵Amalan menutup kepala apabila berada di dalam tandas tiada dalil yang sahih.

Membaca doa masuk tandas sudah memadai bagi melindungi diri daripada syaitan.

7. Adakah dalil untuk memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan?

🔵Tiada dalil khusus daripada Rasullullah memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan. Walaubagaimanapun. Amalan ini bersifat qiyasi. Iaitu qiyasi kepada hadith yang lain iaitu:-

حَدّثَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُفِيدُ الْبَصْرِيّ، ثنا أَبُو خَلِيفَةَ الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطّيَالِسِـُيّ، ثنا شَدّادٌ أَبُو طَلْحَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ قُرّةَ، يُحَدِّثُ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنّهُ كَانَ، يَقُولُ: «مِنَ السّـُنّـَةِ إِذَا دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى»

“Telah mengabarkan kepada kami Abu Hafsh Umar bin Jafar al-Mufid al-Bashry, (Abu Hafsh berkata) ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Khalifah al-Qadhy, (Abu Khalifah berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Walid ath-Thayalisi, (Abu Walid berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Syadad Abu Tholhah, (Abu Tholhah berkata), ‘Aku telah mendengar Mu’awiyah bin Qurrah mengabarkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa dia mengatakan “Termasuk amalan sunnah apabila engkau hendak masuk masjid maka mulailah dengan kaki kanan dan apabila meninggalkan masjid maka mulailah dengan kaki kiri.”
(Hadith riwayat Al-Hakim si dalam kitabnya al-Mustadrak I/218 no. 791 dan al-Baihaqy II/442 – hadith sahih telah disepakati oleh adz-Dzahabi, Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Silsilah Ahadith ash-Sahihah no. 2478)

Qiyasnya begini.
Jika memasuki tempat yang baik, mulainya dengan kaki kanan, maka jika melangkah ke tempat yang kurang baik dibandingkan dengan tempat asal, iaitu dimulakam dengan kaki kiri.

8. Selain menjawab salam, adakah dilarang juga untuk berbual semasa berada di dalam tandas?

🔵Ya, perbuatan bercakap-cakap juga adalah dilarang. Ini berdasarkan hadith daripada Abu Sa’id ‎رضي الله عنه menuturkan :

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَخْرُجْ الرَّجُلَانِ يَضْرِبَانِ الْغَائِطَ كَاشِفَيْنِ عَنْ عَوْرَتِهِمَا يَتَحَدَّثَانِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ

Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah dua orang lelaki pergi ke tempat buang hajat dalam keadaan membuka aurat keduanya, lalu bercakap-cakap, karena sesungguhnya Allah ‎عَزَّ وَجَلَّ membenci demikian.”
(Hadith Riwayat Abu Daud no.15; Ibnu Majah no. 342)

9. Ada sesetengah tempat masih menggunakan tandas yang dibuat di tepi sungai. Adakah larangan menggunakan tandas tersebut?

🔵Tandas tersebut boleh digunakan kerana tiada pilihan lain.

10. Bagaimanakah syaitan mengganggu mereka yang memasuki tandas tanpa membaca doa? Adakah berupa penyakit?

🔵Syaitan akan membisikan perkara yang tidak elok. Syaitan tidak boleh menyakiti manusia. Syaitan tidak mempunyai sebarang kuasa.

11. Adakah kencing di tasik yang besar akan mencemari air tasik?

🔵Kencing di tasik yang besar tidak akan mencemari air tasik.

12. Bagaimanakah jika sungai yang dilepaskan najis itu, digunakan oleh orang ramai untuk mandi, membasuh baju dan lain-lain aktiviti?

🔵Jika sungai itu besar, maka dibolehkan untuk menunaikan hajat. Jika sungai itu kecil dan ada orang berdekatan, maka tidak elok untuk menunaikan hajatnya di situ.

13. Saya pernah pergi ke suatu kampung dekat dengan pergunungan. Penduduk di sana banyak menggunakan air yang sentiasa mengalir dengan deras di hadapan rumah mereka (longkang yang agak besar). Air longkang itu akan mengalir masuk ke dalam kolam yang mereka buat untuk mandi, membasuh pakaian, dan perkakas dapur. Selain itu, mereka membina tandas juga yang bersambung dengan longkang tersebut. Bagaimanakah status airnya?

🔵Jika kolam itu cukup besar sehingga mana najis tidak mempengaruhi air tersebut, maka dibolehkan.

Jika air kolam itu keruh sangat dengan kotoran sebagaimana Sungai Gangga dan Sungai Gombak, maka sudah tidak boleh digunakan airnya itu.

14. Ketika berada di Singapura, kawan saya ada menggunakan tandas di sana. Tandas tersebut tidak disediakan kemudahan menggunakan air untuk membasuh. Oleh yang demikian, kawan saya menggunakan air yang keluar semasa pam tandas. Adakah ini dibolehkan?

🔵Jika diambil dari mangkuk tandas, air tersebut telah kotor dan tidak boleh digunakan. Di dalam keadaan sebegini, boleh menggunakan kertas tisu untuk beristinjak.

15. Adakah mereka yang dilaknat manusia akan dilaknat oleh Allah juga?

🔵Dilaknat oleh manusia itu bermaksud dibenci oleh manusia. Islam mengajarkan kita untuk berinteraksi sesama manusia secara hemah dan hikmah. Bukannya dengan cara menyakiti hati mereka.

16. Membaca doa sebelum memasuki tandas, adakah perlu dilafazkan atau hanya di dalam hati?

🔵Doa perlu dilafazkan dengan mulut, manakala hati berniat akannya.

17. Jika tandasnya terbina membelakangi kiblat. Apakah yang perlu dilakukan?Adakah senget sedikit kedudukan semasa menunaikan hajat?

🔵Perkara yang boleh dilakukan apabila mengetahui binaan tandas tersebut menghadap atau membelakangi kiblat adalah:-

i. Berpandukan hadith dari Abu Ayyub Al Anshari ‎رضي الله عنه, Nabi ‎ﷺ bersabda,

إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا . قَالَ أَبُو أَيُّوبَ فَقَدِمْنَا الشَّأْمَ فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ بُنِيَتْ قِبَلَ الْقِبْلَةِ ، فَنَنْحَرِفُ وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ تَعَالَى

“Jika kalian mendatangi tandas, maka janganlah kalian menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat.” Abu Ayyub mengatakan, “Dahulu kami pernah tinggal di Syam. Kami mendapati tandas kami dibangun menghadap ke arah kiblat. Kami pun mengubah arah tempat tersebut dan kami memohon ampun pada Allah Ta’ala.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari no. 394 dan Muslim no. 264).

Para sahabat mengubah kedudukan mereka jika berada di dalam tandas dan mereka beristighfar.

ii. Berpandukan hadith daripada Ibnu Umar رضي الله عنه yang mengatakan,

ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِى ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْضِى حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ

“Aku pernah menaiki rumah Hafshah karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah ﷺ buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 266)

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak mengapa jika berada di tempat tertutup seperti bangunan.

18. Kenapakah beristinjak menggunakan batu dalam bilangan yang ganjil?

🔵Perbuatan menggunakan bilangan yang ganjil adalah berdasarkan hadith:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنْ اْلنَّبِيِّ صلي الله عليه وسلم قَالَ: إِذَا اسْتَجْمَرَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَسْتَجْمِرْ وِتْرًا

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Rasullullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang di antara kalian istijmar maka istijmarlah dengan bilangan yang ganjil”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari no 161, Muslim no 237 dengan lafaz ini).

19. Adakah doa yang dilafazkan perlu didengari oleh telinga?

🔵Lafaz doa tidak perlu didengari oleh telinga. Cukup sekadar mengeluarkan suara sedikit.

20. Adakah boleh kencing di dalam botol dan kemudian menuangkan air tersebut ke dalam longkang berhampiran kawasan lalu lalang manusia?

🔵Boleh menuang air kencing ke dalam longkang tersebut kerana manusia tidak menggunakan air longkang dan air longkang sentiasa mengalir. Najis tidak bertakung di dalam longkang.

21. Adakah larangan berkata-kata ketika menunaikan hajat merangkumi semua amalan makruf seperti bersalawat ketika mendengar nama Nabi Muhammad SAw dilaungkan dan menjawab azan ketika azan berkumandang?

🔵Apa sahaja ucapan perlu diberhentikan dahulu sewaktu menunaikan hajat.

22. Adakah larangan berkata-kata ketika menunaikan hajat termasuk juga perbuatan seperti membaca sesuatu pada media cetak atau elektronik, makan atau minum?

🔵Tiada larangan untuk membaca ketika menunaikan hajat. Dilarang makan dan minum.

23. Adakah dibolehkan untuk berkata-kata di dalam kamar mandi?

🔵Tiada larangan berbual ketika di dalam kamar mandi.

24. Ketika menunaikan hajat, fokus saya untuk mengulang kaji pelajaran meningkat dan ketika itulah otak saya cerdas berfikir untuk menyelesaikan permasalahan dalam soalan sehinggakan mengambil masa yang lama di dalam tandas. Adakah ini dibolehkan?

🔵Tandas bukanlah tempat untuk mengulang kaji pelajaran. Gunakanlah tandas untuk menunaikan hajat sahaja. Tidak perlu berada terlalu lama di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan tempat untuk syaitan, kerana inilah tidak boleh berada lama di dalam tandas. Ini telah dijelaskan oleh Nabi ﷺ,

‎إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَة ٌ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

“Sesungguhnya tempat buang hajat, didatangi syaitan. Jika kalian memasuki tandas, maka ucapkanlah; A’uuzu billahi minal khubutsi wal khabaits (aku berlindung kepada Allah dari syaitan jantan dan betina)”
(Hadith Riwayat Abu Daud, no. 6. Dinyatakan Sahih oleh Al-Albani di dalam Silsilah Ash-Sahihah, no. 1070)

Dinasihatkan untuk mencari alternatif lain bagi meningkatkan fokus pembelajaran.

25. Apakah syaitan yang mempunyai jantina ini akan mengganggu manusia yang berlainanan jantina dengan mereka?

🔵Perkara tersebut tidak dinyatakan. Ini adalah di antara perkara ghaib yang wajib kita imani. Walaupun begitu, ia telah menjelaskan bahawa syaitan itu ada jantan dan betina.

Allahu a’lam.

Sunnah Allah: Al-Fathir ayat Ke-43

0

📚📖✍

🔴 Apakah yang dimaksudkan dengan sunnah Allah ﷻ dalam surah [ Faathir ayat ke 43 ] di bawah?

Firman Allah ﷻ,

ٱسْتِكْبَارًا فِى ٱلْأَرْضِ وَمَكْرَ ٱلسَّيِّئِ ۚ وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦ ۚ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ ٱلْأَوَّلِينَ ۚ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَحْوِيلًا ﴿٤٣﴾

“kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.”
[ Faathir: 43 ]


Sunnatullah ialah dari dua kalimah, sunnah dan Allah ﷻ.

Sunnah bermaksud kebiasaan.

Sunnatullah bermaksud ketentuan-ketentuan, hukum-hukum, atau ketetapan-ketetapan Allah ﷻ yang berlaku di alam semesta.

Orang Barat mengatakan semulajadi. Orang India pula hukum karma.

Contoh sunnatullah:

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu sunnah-sunnah Allah. Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan para Rasul”
[ Ali Imran: 137 ]

Orang yang derhaka kepada Rasul, bangsa tersebut telah dibinasakan. Maka, sekiranya melancong ke Mesir lihat piramid, bagaimana Allah ﷻ menghancurkan tamaddun Firaun. Sekiranya ke Laut Mati di Jordan, lihat pula bagaimana Allah ﷻ menghancurkan kaum Lut.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Buat banyak Kebaikan untuk mendapat Husnul Khatimah

0

🌿 Tazkirah 🌿

Buatlah Kebaikan Sebanyak Mungkin Untuk Mendapat Husnul Khatimah Di Saat Akhir Kehidupan

HUSNUL khatimah atau akhir hidup yang baik adalah suatu keadaan di mana seorang mukmin diberi taufiq oleh Allah SWT sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala perbuatan yang mendatangkan murka Allah SWT, bersemangat melakukan ketaatan dan mengerjakan berbagai kebaikan kemudian dia menutup usianya dengan kebaikan.

Sebuah hadith Sayyidina Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang menunjukkan tentang husnul khatimah pada seorang hamba, bahawa Rasulullah Saallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

ذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal.”

Para sahabat bertanya; “Bagaimana membuatnya beramal?”

Baginda menjawab: “Allah akan memberikan taufiq kepadanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal.”

(HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Mati dalam keadaan husnul khatimah memiliki tanda-tanda. Di antara tanda-tanda itu ada yang hanya diketahui oleh orang yang akan meninggal, namun ada pula tanda-tanda itu boleh diketahui oleh semua orang.

Adapun tanda yang hanya diketahui oleh seseorang yang hendak meninggal adalah adanya ‘bisyarah’ atau khabar gembira daripada Allah SWT bahawa dia telah mendapat keredhaan Allah SWT dan berhak mendapat kemuliaan dari-Nya sebagai bentuk keutamaan yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Allah SWT berfirman;

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”

[ Fushshilat: 30 ]

Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy dalam tafsirnya mengatakan; Ini adalah tanda pada seorang mukmin saat menghadapi sakaratul maut. Imam Ahmad juga meriwayatkan sebuah hadith daripada Anas bin Malik radhiyallohu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ كَرَاهِيَةَ الْمَوْتِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ الْبَشِيرُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يَكُونَ قَدْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْفَاجِرَ أَوْ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ مِنْ الشَّرِّ أَوْ مَا يَلْقَاهُ مِنْ الشَّرِّ فَكَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

“Barangsiapa senang bertemu dengan Allah, maka Allah senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah tidak senang bertemu dengannya.”

Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, kami semua tidak menyukai kematian?”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Bukan itu yang aku maksud, namun seorang yang beriman apabila menghadapi sakaratul maut, maka seorang pemberi khabar gembira utusan Allah datang menghampirinya seraya menunjukkan tempat kembalinya, hingga tidak ada sesuatu yang lebih dia sukai kecuali bertemu dengan Allah. Lalu Allah pun suka bertemu dengannya. Adapun orang yang banyak berbuat dosa, atau orang kafir, apabila telah menghadapi sakaratul maut, maka datang seseorang dengan menunjukkan tempat kembalinya yang buruk, atau apa yang akan dijumpainya berupa keburukan. Maka itu membuatnya tidak suka bertemu Allah, hingga Allah pun tidak suka bertemu dengannya.”

[ HR. Ahmad ]

Manusia yang hidupnya suka bermusuhan, memutuskan silaturahim, membuat fitnah, kerap dedahkan aib orang lain, melabelkan musuh politiknya dengan gelaran yang buruk, suka mengkafir dan memfasikkan golongan yang tidak sehaluan dengannya jika tidak bertaubat sukar untuk mendapat husnul khatinah.

Banyak kisah- kisah juru mandi jenazah atau penggali kubur bertemu kisah pelik dan mengerikan keaiban yang Allah SWT tunjukkan ke atas jenazah pernah berlaku untuk membuktikan bahawa jenazah tersebut mendapat su’ul khatimah (kematian yang buruk).

Oleh itu segeralah bertaubat dan tinggalkan perbuatan dosa- dosa besar yang melibatkan dosa sesama manusia supaya Allah SWT izinkan kita mendapat husnul khatimah di saat kita bertemu Allah SWT dengan hati yang sejahtera.

🥦 Wassalam 🥦

Makmum Sundari

#MS#AB
#SuaraPrihatin

BILA TIMBUL MASALAH, SIAPAKAH YANG BERSALAH?

0

TAZKIRAH HARIAN UiTO:

BILA TIMBUL MASALAH, SIAPAKAH YANG BERSALAH?

Allah merakamkan satu kisah benar yang berlaku kepada Nabi Musa ‘alaihis salam, apabila dia telah meningkat dewasa,

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا

Beliau (Nabi Musa ‘alaihis Salam) masuk ke kota ketika semua penduduknya dalam keadaan sedang sibuk (tak menyedarinya)

فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ

Lalu dia mendapati terdapat dua orang sedang berkelahi,

هَٰذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ

Salah seorang merupakan dari bangsanya (yakni Bani Israel) adapun yang seorang lagi dari (bangsa) musuhnya. #BSS

فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ

Lalu, orang yang sebangsa dengannya meminta bantuannya untuk berhadapan dengan orang yang berasal dari bangsa musuhnya,

فَوَكَزَهُ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ

Nabi Musa ‘alaihis Salam lalu menumbuknya (untuk menghalangnya), lantas (tanpa disengajakan, kematian) telah ditetapkan ke atasnya (lelaki yang ditumbuk itu mati)..

[al-Qasas(28):15] #BSS

Rekod-rekod dari al-Quran, Hadits dan sirah menunjukkan yang Nabi Musa memiliki karakter mudah berang dan memiliki kekuatan yang luar biasa.

Dan dia telah melakukan sesuatu yang tidak akan dapat dianggap remeh, malah ianya melibatkan nyawa seorang manusia. Seseorang telah terbunuh di tangannya. Ianya satu kesalahan.

Lihat apa yang Musa ‘alaihis Salam katakan selepas melakukan hal itu..

Teruskan pembacaan di www.brosyarief.my

#BroSyariefShares
__
Sertai Channel @BroSyariefShares << KLIK

Allah SWT berfirman:

وَدَخَلَ الْمَدِيْنَةَ عَلٰى حِيْنِ غَفْلَةٍ مِّنْ اَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيْهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلٰنِ ۖ هٰذَا مِنْ شِيْعَتِهٖ وَهٰذَا مِنْ عَدُوِّهٖ ۚ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِيْ مِنْ شِيْعَتِهٖ عَلَى الَّذِيْ مِنْ عَدُوِّهٖ ۙ فَوَكَزَهٗ مُوْسٰى فَقَضٰى عَلَيْهِ ۖ قَالَ هٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطٰنِ ۗ اِنَّهٗ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِيْنٌ

“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) .”
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 15)

Allah SWT berfirman:

قَالَ رَبِّ اِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَغَفَرَ لَهٗ ۗ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

“Ia merayu (dengan sesalnya): Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 16)

Allah SWT berfirman:

قَالَ رَبِّ بِمَاۤ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ اَكُوْنَ ظَهِيْرًا لِّلْمُجْرِمِيْنَ

“Ia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah.”
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 17)

Allah SWT berfirman:

فَاَصْبَحَ فِى الْمَدِيْنَةِ خَآئِفًا يَّتَرَقَّبُ فَاِذَا الَّذِى اسْتَـنْصَرَهٗ بِالْاَمْسِ يَسْتَصْرِخُهٗ ۗ قَالَ لَهٗ مُوْسٰۤى اِنَّكَ لَـغَوِيٌّ مُّبِيْنٌ

“Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!”
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 18)

Allah SWT berfirman:

“Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu…

Bersambung dalam
(QS. Al-Qasas 28)

Apakah hukum meluruskan rambut?

0

📚📖✍

🔴 Apakah hukum meluruskan rambut?


Itu bermaksud “meluruskan rambut”.

Ada beberapa isu yang perlu dijawab sendiri oleh pelakunya:

1. Niat

Apa tujuan meluruskan rambut. Jika asalnya rambut kerinting, kemudian mahu meluruskan pula, itu sudah menjadi isu merubah ciptaan asal (fitrah kejadian). Ini yang tidak dibolehkan, jika ada unsur litadlis (menipu orang ramai)

2. Sebagai perapian

Ia bermaksud rambut asalnya semulajadi lurus, cuma tidak kemas, maka meluruskan rambut hanya untuk perapian sahaja. Ini dibolehkan.

3. Seorang isteri meminta izin kepada suami untuk meluruskan rambut dan suami lebih senang dengan gaya tersebut, maka ia dibolehkan.

4. Jenis salon

Perlu pastikan bahawa lelaki tidak mendapat khidmat dari pendandan perempuan dan perempuan juga sebaliknya.

5. Seorang perempuan meluruskan rambut dan menzahirkan rambutnya kepada umum, ini juga tidak dibolehkan kerana ia adalah tabarruj.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Popular

Iklan

Iklan