Utama Blog Halaman 70

Talbis Iblis: Berhati-hati Dengan Nafsu

0

Talbis Iblis: Berhati-hati dengan Nafsu

Kita kena berhati-hati dan curiga dengan nafsu kerana nafsu ini adalah kawan baik bagi syaitan.

Syaitan selalu menggunakan nafsu untuk memperdayakan manusia. Ini kerana nafsu memang mahu macam-macam dan senang sahaja syaitan cucuk nafsu itu.

Maka kita kena sentiasa menggunakan akal untuk menilai perbuatan kita. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam kita hendak buat.

Salah satu kehendak nafsu adalah ingin terus hidup senang. Manusia kalau senang, memang hendak kekal senang.

Namun manusia lupa yang perubahan pasti akan berlaku. Keadaan tidak sentiasa sama. Sekali sekala Allah ‎ﷻ akan berikan dugaan dan ujian kepada kita.

Iblis pandai. Dia sudah nampak kelemahan manusia dalam hal ini. Maka dia perasan yang Nabi Adam عليه السلام hendak kekal dalam syurga. Jadi Iblis gunakan titik kelemahan ini.

Iblis datang kepada Nabi Adam عليه السلام dan tawarkan kedudukan ‘kekal’ dalam syurga. Iblis kata kalau hendak kekal, kenalah makan dari pokok itu. Kalau tidak makan, tentu jadi macam dia (Iblis) yang sudah kena keluar dari syurga.

Iblis cucuk: Allah ‎ﷻ memang sudah rancang untuk letak Nabi Adam عليه السلام di dunia. Sebab itu tubuh Adam عليه السلام diambil dari tanah, sudah diajar tentang perkara-perkara yang ada dalam dunia.

Maka Iblis kata yang Allah ‎ﷻ tidak izinkan Nabi Adam عليه السلام makan buah dari pokok itu adalah kerana tidak mahu Nabi Adam عليه السلام kekal dalam syurgalah. Kalau makan dari pokok itu, dia akan kekal dalam syurga dan Allah ‎ﷻ tidak mahu begitu.

Begitulah, Iblis jadi “consultant” yang “con”. Dia buat seolah-olahdia bagi nasihat ke arah kebaikan tetapi sebenarnya dia menipu sahaja. Maka kena berhati-hati dengan nasihat dari syaitan. Nampak macam niat dia baik, tetapi ingatlah yang syaitan tidak akan bagi nasihat untuk kebaikan.

Maka kalau apa-apa sahaja bisikan untuk buat sesuatu, kena periksa dengan dalil dan hukum. Jangan termakan dengan bisikan syaitan untuk keluar dari ketaatan.


Soalan:
Bolehkah kita sebagai manusia ini membezakan antara bisikan syaitan ataupun nafsu sendiri?

Jawapan:
Tidak boleh. Kalau boleh, senang lah hendak selamat. Kalau melawan syariat sahaja, jangan ikut.


Soalan:
Maksudnya bisikannya adalah sama sahaja?

Jawapan:
Ya. Kita tidak dapat hendak bezakan.


Soalan:
Kalau ingin menghalau syaitan ada doanya iaitu dengan ta’awuz. Bagaimana pula doa untuk menghalau nafsu sendiri? Atau hanya boleh kawal sahaja?

Jawapan:
Sebab nafsu tidak boleh dihalau hanya boleh dikawal.

Nafsu bukanlah jahat keseluruhannya. Sebab itu tidak boleh matikan nafsu. Cuma kena penuhi kehendak nafsu yang halal sahaja.

Memang ada doa untuk kebaikan dan berlindung dari hawa nafsu yang mungkar 👇.

 

Kesalahan Di dalam Salat / 26

0

Soalan: 

Apakah hukum memakai telekung yang berwarna ketika salat?



Jawapan:

Hukumnya harus, boleh memakai telekung yang berwarna cuma yang afdhalnya berwarna putih.

Dalilnya adalah daripada hadith di bawah:

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا خَيْرُ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ

Terjemahan:

“Pakailah pakaian putih kerana pakaian seperti itu adalah sebaik-baik pakaian kalian dan kafanilah mayat dengan kain putih pula”

(HR. Abu Daud no. 4061, Ibnu Majah no. 3566, An-Nasai no. 5324 dan no. 5325, Bukhari no. 5827 dan Muslim no. 94)

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-105 dan Ke-106

0

Tafsir Surah al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-105

Ini adalah ayat teguran daripada Allah ‎ﷻ kepada para sahabat رضي الله عنهم.

ما يَوَدُّ الَّذينَ كَفَروا مِن أَهلِ الكِتابِ وَلَا المُشرِكينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيكُم مِن خَيرٍ مِن رَبِّكُم ۗ وَاللَّهُ يَختَصُّ بِرَحمَتِهِ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الفَضلِ العَظيمِ

Orang-orang kafir daripada Ahli kitab, dan juga daripada orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu walau sedikit pun dari kebaikan (atau wahyu) daripada Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

مَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا

Amat tidak suka orang-orang kafir itu;

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ menceritakan apakah perasaan orang-orang Yahudi. Apakah yang sebenarnya yang mereka sorok di dalam hati mereka?

Kenapakah Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan مَا dalam ayat ini? Perkataan مَا adalah menidakkan sesuatu. Allah ‎ﷻ menidakkan anggapan orang-orang mukmin di Madinah. Kita kena tahu serba sedikit tentang sejarah mereka.

Mereka telah lama berada di Madinah bersama dengan orang-orang Yahudi yang berada di Madinah. Mereka telah berkawan lama. Mereka menghormati orang-orang Yahudi itu yang telah lama mendapat kitab Taurat. Jadi mereka rasa bahawa apabila wahyu baru telah diberikan kepada Nabi Muhammad ﷺ, mereka sangka tentulah mudah untuk orang-orang Yahudi menerima Nabi Muhammad ﷺ kerana bukankah mereka telah lama beragama dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ itu adalah bersamaan dengan agama yang mereka pegang iaitu sama-sama agama dari langit?

Allah ‎ﷻ menidakkan pemahaman mereka yang sebegitu. Jika mereka berfikiran begitu, mereka adalah naif. Allah ‎ﷻ hendak beritahu, sebagaimana orang-orang Musyrik di Mekah dulu menentang Nabi ﷺ, begitu juga dengan sesetengah orang Yahudi di Madinah.

Walaupun mungkin dahulu mereka berkawan baik, tetapi dengan perubahan pandangan agama, segala-galanya boleh berubah. Macam juga kita, dahulu kita sama-sama berkawan baik dengan orang. Tetapi apabila kita mengambil jalan sunnah dan belajar tafsir Al-Qur’an, ada orang yang sudah tidak mahu berkawan dengan kita lagi kerana kita sudah macam lain pula kepada mereka. Mereka sudah memandang serong terhadap kita.

Berkawan baik dengan orang Yahudi tidak semestinya mereka kekal baik dengan kita. Pernah ada orang Palestin beritahu mereka apa terjadi semasa Yahudi datang beramai-ramai ke Palestin. Dahulu mereka ada jiran Yahudi di Palestin. Tetapi apabila Palestin diambil alih oleh puak kuffar, jiran dan kawan mereka dalam kalangan Yahudi itu menjadi orang asing pula seolah-olah tidak kenal dengan mereka.

مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ

yang terdiri dari Ahli Kitab;

Golongan pertama adalah Ahli Kitab – Yahudi dan Nasara, kerana mereka telah mendapat kitab wahyu. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa ahli-ahli Kitab itu tidak seperti yang diharapkan oleh para sahabat yang beriman. Apa yang orang mukmin di Madinah sangkakan itu adalah tidak benar. Ini kerana ada golongan orang kafir dalam kalangan orang Yahudi itu tidak suka jikalau ada kebaikan yang didapati oleh orang Islam.

usyz azlizan, [08.07.19 20:45]
Bukan semua tidak suka. Sebahagian sahaja. Sebab itu Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘orang kafir dari ahli Kitab’. Perkataan kafir dalam Al-Qur’an lain dari pemahaman biasa kita. Ia bermaksud mereka yang menolak Islam setelah memahaminya. Iaitu mereka tahu bahawa Islam itu benar, tetapi mereka tolak juga. Ataupun mereka juga memerangi Islam. Jadi ada beza antara “non-Muslim” dan “anti-Muslim”.

usyz azlizan, [08.07.19 20:45]
Seperti yang kita tahu, tidak semua orang bukan Islam yang memerangi Islam. Ada yang berbaik dengan Muslim dan tidak ada berniat buruk terhadap Muslim. Cuma mereka tidak masuk Islam kerana mereka belum lagi diberi hidayah. Mereka mungkin belum faham Islam. Mungkin juga mereka telah menerima Islam tetapi belum terbuka lagi hati mereka untuk menerima Islam.

Orang yang sebegini tidak dipanggil ‘kafir’ dalam Al-Qur’an. Cuma dalam penggunaan biasa, kita selalunya panggil mereka ‘kafir’. Sebaiknya, kita gunakan sahaja kalimah “non-Muslim” terhadap mereka.

وَلَا الْمُشْرِكِينَ

dan juga dari orang-orang Musyrikin;

Ini adalah golongan kafir yang kedua – yang musyrik seperti Musyrikin Mekah. Orang Musyrik memang tidak suka jika ada kebaikan diberikan kepada orang Islam. Mereka dari dahulu lagi tidak sukakan Nabi Muhammad ﷺ. Merekalah yang pertama menentang baginda apabila Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Rasul. Merekalah yang mula-mula menentang Nabi ﷺ tetapi kenapa ahli kitab disebut dahulu di dalam ayat ini?

Ahli Kitab disebut dahulu kerana mereka lebih penting hendak diberitahu di dalam situasi ini kerana ayat ini diturunkan semasa orang Islam berhadapan dengan orang Yahudi di Madinah. Orang Islam di Madinah memerlukan saranan yang lebih kuat untuk membangunkan mereka dari pemahaman mereka yang salah tentang kawan-kawan mereka daripada orang Yahudi itu.

Mereka sudah faham tentang tentangan daripada orang Musyrik Mekah. Allah ‎ﷻ hendak memberikan peringatan kepada orang Islam di Madinah bahawa sebagaimana orang Musyrik telah menentang Islam, begitu juga orang Yahudi di Madinah.

Ayat ini juga memberitahu kepada kita bahawa akan sentiasa ada dua golongan ini yang akan sentiasa menentang Islam. Oleh itu, hendaklah kita berhati-hati.

Apakah yang mereka tidak suka?

أَنْ يُنَزَّلَ عَلَيْكُمْ مِنْ خَيْرٍ

bahawa didatangkan kepada kamu semua satu kebaikan apa pun;

Mereka tidak suka apabila orang Islam mendapat kebaikan. Apabila mereka tidak suka, mereka mencari berbagai-bagai jalan untuk melemahkan Islam. Antaranya mereka cuba mencari kesalahan Nabi ﷺ. Mereka juga mencari-cari jalan bagaimana hendak menyebabkan orang Islam sangsi dengan Islam.

مِنْ رَبِّكُمْ

daripada Tuhan kamu;

Mereka benci apabila Muslim mendapat kebaikan padahal kebaikan itu daripada Allah ‎ﷻ semata-mata. Mereka tidak suka orang beriman mendapat kebaikan daripada Allah ‎ﷻ. Apa-apa sahaja kebaikan, tidak kira walau apa jenis pun sama ada dari segi kesenangan, harta atau apa-apa sahaja.

Pertamanya, mereka tidak suka Nabi Muhammad ﷺ yang mendapat wahyu – ini yang paling utama. Kita telah belajar sebelum ini yang orang-orang Yahudi tidak dapat menerima bahawa wahyu akhir zaman diturunkan kepada Bangsa Arab. Orang Arab Mekah yang musyrik pula, tidak dapat menerima Nabi Muhammad ﷺ diberikan wahyu. Pada mereka, ada lagi orang lain yang lebih layak dalam kalangan orang terkenal di Tanah Arab. Kita akan belajar tentang ini dalam surah-surah yang lain.

Macam masyarakat kita juga, ada yang tidak suka kalau orang baik-baik dapat kebaikan. Kalau mereka tengok ada ustaz pakai kereta cantik sedikit, mereka akan mengata. Mereka tidak suka orang yang sebar agama mendapat kebaikan sama ada orang-orang agama itu mendapat kedudukan, harta atau sebagainya.

وَاللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ

Sedangkan Allah akan memberikan pengkhususan dengan Rahmat-Nya;

Rahmat itu adalah daripada Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu dalam ayat ini bahawa ia adalah hak Allah ‎ﷻ untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Bukan tempat kita untuk mempersoalkan kepada siapakah yang Allah ‎ﷻ berikan rahmat-Nya itu.

مَنْ يَشَاءُ

kepada sesiapa yang Dia kehendaki;

Ikut Allah ‎ﷻlah siapa yang Dia hendak beri kebaikan itu. Sebagai contoh, kita tahu bahawa Bilal رضي الله عنه itu adalah seorang yang miskin. Begitu juga dengan Salman al Farisi dan Suhail رضي الله عنهما. Orang-orang musyrik tidak suka mereka ini mendapat rahmat apa-apa daripada Allah ‎ﷻ. Tetapi Allah ‎ﷻ telah pilih mereka menjadi sahabat yang mulia. Itu semua adalah kehendak Allah ‎ﷻ. Kita tidak dapat mempersoalkannya langsung. Siapa kita untuk persoalkan keputusan Allah ‎ﷻ?

Memang dahulu Bani Israil telah mendapat begitu banyak kebaikan daripada Allah ‎ﷻ. Mereka telah diberikan dengan kelebihan demi kelebihan – antaranya begitu ramai Nabi dan Rasul dalam kalangan mereka. Mereka juga telah mendapat kekayaan dan kebaikan dalam kehidupan. Tetapi Allah ‎ﷻ boleh tidak memilih mereka lagi untuk memberi kebaikan. Siapakah mereka sebagai manusia hendak mempersoalkan Allah ‎ﷻ?

وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar sekali.

Allah ‎ﷻ ada banyak rahmat yang akan diberikan-Nya kepada manusia lain yang dipilih-Nya.

Dari ayat ini, kita dapat tahu yang orang Yahudi marah kerana Nabi akhir zaman yang dibangkitkan bukan daripada golongan mereka.

Orang Musyirikin pun marah juga kerana yang diangkat menjadi Nabi itu bukan daripada orang-orang yang mereka sangka patut menjadi Nabi.

Tafsir Ayat Ke-106

Apabila Yahudi ada peluang untuk mengkritik, mereka akan kritik. Terutama tentang bab syariat. Sebab itulah penting untuk kita faham dan mahir agama kita sendiri supaya mereka tidak ada peluang untuk mengkritik agama kita.

Masalah timbul apabila kita sendiri tidak faham agama sendiri. Disebabkan ramai tidak faham agamalah, yang menyebabkan Syiah boleh mendapat pengaruh banyak daripada kalangan orang Islam. Apabila Syiah dakwah kepada orang-orang kita yang tidak ada asas agama, senang untuk mereka masuk Syiah kerana mereka senang ditipu. Begitulah kalau tidak ada ilmu agama (manusia boleh tipu, syaitan pun senang tipu).

Puak Yahudi tahu yang ada amalan yang telah mansukh dalam agama Islam. Contohnya, ada yang wajib kemudian menjadi sunat; dahulu boleh sekarang tidak boleh; ada yang tidak boleh, kemudian menjadi boleh; dan macam-macam lagi. Ini dinamakan nasikh mansukh dan memang ada di dalam agama Islam.

Dalam Al–Qur’an pun ada ayat yang telah dimansukhkan hukumnya. Tidak banyak ayat yang dimansukhkan dan ulama’ khilaf tentang bilangannya, malah ada yang berkata tidak ada ayat yang sebenarnya dimansukhkan (kerana ada penggunaannya juga). Oleh itu, kita katakan dalam salah satu pendapat, hanya ada empat sahaja ayat Al-Qur’an yang telah dimansukhkan. Ia masih lagi dibaca tetapi hukumnya telah dimansukhkan.

Jadi Yahudi telah mengkritik perkara ini dengan mengatakan: agama apakah ini? Sekejap begitu dan sekejap begini. Dahulu boleh dan sekarang tidak boleh? Mereka kata, kalau benar Islam adalah agama Tuhan, tidak mungkin begini? Mereka telah mengambil kesempatan dalam perkara ini. Maka Allah ‎ﷻ sendiri menjawab kritikan mereka di dalam ayat ini.

Oleh itu, ini adalah ayat berkenaan Nasikh dan Mansukh untuk menjawab tohmahan daripada  puak Yahudi yang hendak menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam. Banyak ustaz-ustaz yang mengajar salah tentang nasikh dan mansukh iaitu apabila mereka mengatakan bahawa ada ayat Al-Qur’an yang telah dimansukhkan. Mereka kata ada ayat yang diturunkan kemudian dari ayat yang sebelumnya dan ayat yang terkemudian itu mereka kata telah membatalkan ayat sebelumnya.

Ada kitab tafsir yang kata ada beberapa ratus ayat Al-Qur’an telah dimansukhkan. Imam Suyuti رحمه الله pula dalam kitab tafsirnya, Tafsir Jalalain, berkata ada hanya 20 sahaja ayat yang dimansukhkan. Syah Waliyullah رحمه الله pula kata hanya 4 ayat sahaja yang dimansukhkan. Maulana Husin Ali pula, juga berkata hanya 4 ayat sahaja yang dimansukhkan. 4 ayat tersebut walaupun dikatakan telah dimansukhkan, boleh lagi digunakan dengan beberapa syarat. Maknanya, kalau kena pada keadaan tertentu, boleh digunakan ayat itu. Maknanya, tidak ada ayat yang mansukh pun.

Contohnya, ayat tentang wasiat. Ada ayat Al-Qur’an yang kata orang kafir tidak boleh menerima harta pusaka. Seorang yang asalnya kafir, apabila telah masuk Islam, dan keluarganya masih kafir. Hukum dari ayat Al-Qur’an adalah, orang kafir tidak boleh menerima harta pusaka daripada orang Islam walaupun keluarga sendiri.

Maknanya, kalau seorang ayah telah masuk Islam dan dia mati, anaknya tidak dapat mewarisi harta pusaka ayahnya yang telah masuk Islam itu. Tetapi dari ayat yang lain, ada juga mengatakan bahawa seseorang Islam, boleh mewasiatkan sebanyak 1/3 dari hartanya kepada sesiapa yang dia hendak beri. Jadi, ada penggunaan ayat itu lagi di tempat-tempat yang tertentu.

Contohnya, walaupun ibu bapanya masih kafir, dia boleh wasiatkan lagi sebahagian dari hartanya. Syaratnya adalah, orang yang mati itu membuat wasiat itu semasa dia hidup. Ini juga boleh digunakan untuk orang yang memberi wasiat kepada orang yang bukan ahli keluarganya. Contohnya, seseorang boleh memberi wasiat kepada anak angkatnya, sebanyak 1/3 juga. Itu adalah hadnya.

Maknanya, walaupun ada ayat yang mengatakan orang kafir tidak boleh menerima harta pusaka, tetapi masih lagi boleh orang yang berwasiat kepada had 1/3 dari keseluruhan hartanya. Cuma, wasiat tidak boleh diberikan kepada penerima pusaka. Ia hanya dibolehkan beri kepada orang yang bukan penerima pusaka. Maknanya, tidak boleh memberi wasiat kepada anak-anaknya.

Tentang harta pusaka ini banyak kesalahan yang dibuat oleh masyarakat kita. Tidak boleh seorang yang mempunyai harta memberikan wasiat supaya memberikan harta sama rata kepada anak-anaknya, kerana tidak sama bahagian yang anak-anaknya patut dapat. Ini kerana ada perbezaan antara penerimaan harta pusaka kepada yang lelaki dan perempuan. Tidak sama bahagian mereka. Kalau anak perempuan, harta pusaka yang dia dapat adalah separuh dari bahagian anak lelaki. Ini disebut dalam Surah Nisa’ dengan panjang lebar dan ada perbincangan tentang perkara itu di sana nanti.

Jadi, ayat yang dikatakan telah dimansukhkan itu, masih boleh lagi dipakai jikalau kena dengan syaratnya. Bukan senang kita hendak kata bahawa ayat Allah ‎ﷻ telah dimansukhkan. Ini bukan ayat-ayat biasa, tetapi ia adalah Kalam Allah ‎ﷻ. Maka ulama’ kena berhati-hati kalau mereka kata sesuatu ayat itu telah dimansukhkan.

Salah satu perkara yang dimansukhkan adalah kitab-kitab wahyu sebelum Al-Qur’an diturunkan. Apabila Al-Qur’an diturunkan, syariat di dalam kitab-kitab sebelumnya tidak terpakai lagi kerana semua umat manusia kena pakai syariat di dalam Al-Qur’an ini.

ما نَنسَخ مِن آيَةٍ أَو نُنسِها نَأتِ بِخَيرٍ مِنها أَو مِثلِها ۗ أَلَم تَعلَم أَنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَدير

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ

Tidaklah dimansukh dari mana-mana ayat;

Penggunaan kata مَا digunakan sekali lagi. Penggunaan kata مَا digunakan apabila hendak menyanggah sesuatu pendapat. Ia adalah hendak menjawab pertanyaan orang Yahudi yang mempersoalkan kenapa Kitab Taurat mereka dimansukhkan, padahal ia juga adalah Kalam Allah ‎ﷻ.

أَوْ نُنْسِهَا

atau Kami hilangkan;

Iaitu hilangkan dari hati Nabi Muhammad ﷺ;

Atau Allah ‎ﷻ hilangkan dari digunakan oleh manusia. Iaitu kitab-kitab dari Kalam Allah ‎ﷻ yang telah hilang ditelan zaman.

نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا

Kami datangkan yang lebih baik dari ayat yang telah dimansukhkan itu;

Yang telah dibatalkan, akan diganti dengan yang lebih baik darinya. Allah ‎ﷻ hendak kata bahawa walaupun Kitab Taurat atau mana-mana kitab Kalam Allah ‎ﷻ telah dimansukhkan, tetapi Allah ‎ﷻ telah mendatangkan Al-Qur’an yang lebih baik dari Taurat itu. Allah ‎ﷻ telah memberikan hukum yang baru yang lebih baik dari sebelumnya.

Ada hukum dalam Taurat yang tidak dipakai lagi. Contohnya seperti larangan kepada mereka untuk bekerja pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu, mereka langsung tidak boleh membuat kerja apa-apa kerana hari Sabtu adalah hari untuk beribadat.

Tidak ada larangan kepada kita seperti mereka itu. Yang kita ada hanyalah hari Jumaat sahaja. Itu pun bukan sepanjang hari kita dilarang dari bekerja. Kita disuruh supaya pergi Salat Jumaat untuk beberapa waktu sahaja. Selepas itu, boleh sambung bekerja balik seperti biasa. Ini adalah lebih baik dari hukum yang telah diberikan kepada mereka dan ini adalah satu rahmat daripada Allah‎ﷻ.

أَوْ مِثْلِهَا

atau Kami berikan yang sama;

Kalau Allah ‎ﷻ tidak beri yang lebih baik pun, maka Allah ‎ﷻ tetap berikan yang sama kedudukannya.

Dari ayat ini, orang-orang Yahudi telah mengkritik Al-Qur’an. Walaupun mereka telah ubah kitab mereka, tetapi mereka kata ada juga ayat-ayat Al-Qur’an yang telah dimansukhkan. Lebih-lebih lagi orang Syiah yang menggunakan hujah ini. Mereka tidak menerima Al-Qur’an yang kita ada sekarang. Mereka berkata Al-Qur’an sebenarnya ada 40 juzuk tapi telah dibuang 10 juzuk itu oleh sahabat. Padahal, Allah ‎ﷻ telah berkata bahawa Dia akan menjaga Al-Qur’an.

Allah ‎ﷻ hendak berkata walaupun Kitab Taurat telah dimansukhkan, tetapi masih ada lagi hukum syariat dalam Taurat yang masih kekal. Bukan semuanya dihilangkan. Contohnya, hukum Qisas ada terdapat di dalam Taurat dan ada juga di dalam Al-Qur’an. Begitu juga dengan hukuman rejam sampai mati bagi lelaki dan wanita muhsan (yang sudah pernah bernikah secara halal). Maka tidak patut mereka membuat bising hendak mempersoalkan kenapa Kitab mereka dimansukhkan.

Apabila Kitab mereka telah dimansukhkan, maka hukum yang ada dalam Kitab itu tidak boleh dipakai mereka. Mereka sekarang sepatutnya menerima hukum baru yang ada dalam Al-Qur’an.

Hukum-hukum itu lebih baik, maksudnya amalan mudah dan dapat pahala lebih banyak. Tetapi kenapa Allah ‎ﷻ memberikan hukum yang lain dahulu, kenapa tidak terus bagi hukuman yang akhirnya akan diberikan juga? Kenapa syariat tidak sama sahaja dari zaman Nabi Adam عليه السلام sampai sekarang?

Ini kerana Allah ‎ﷻ melatih manusia dengan memberikan hukum yang susah terlebih dahulu supaya ia sudah menjadi tabiat. Macam juga dalam latihan tentera. Masa latihan, gaji yang diberikan sedikit sahaja tetapi tugas yang diberikan amat berat, tidak ada masa rehat langsung. Bila sudah habis latihan, kerja yang diberikan kepada mereka lagi mudah dan gaji lebih mahal kalau dibandingkan dengan masa latihan dahulu.

Jadi, dia sudah biasa dengan perkara yang susah. Oleh itu, kalau keadaan memerlukan dia dalam keadaan yang susah, dia sudah biasa. Dalam kehidupan, ini perkara biasa sahaja, jadi kenapa hendak hairan? Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana dalam mengurus hamba-Nya. Segala yang Allah ‎ﷻ buat adalah sesuai dengan manusia.

Yang tidak baiknya adalah ada kalangan orang Islam yang mengatakan bahawa ayat-ayat Allah ‎ﷻ telah mansukh tetapi ia tidak mansukh. Senang-senang sahaja mereka kata ayat-ayat itu mansukh. Contohnya, ada yang kata ayat-ayat tentang perang telah dimansukhkan. Mereka telah memberi hujah-hujah yang batil sebagai menguatkan pandangan mereka.

Yang mereka hendak kata ayat-ayat tentang perang itu telah mansukh adalah kerana mereka takut dengan propaganda orang kafir. Mereka tidak mahu orang kafir nampak bahawa Islam ini adalah satu agama yang keras. Jadi mereka kata arahan perang telah dimansukhkan. Padahal ia ada lagi sampai akhir zaman.

Satu lagi contoh adalah orang Islam yang marah sangat kepada orang kafir sampai mereka kata seluruh ayat-ayat Makkiah yang mengatakan tentang kesabaran dalam Islam telah dimansukhkan. Semasa di Mekah, para sahabat telah memohon kepada Nabi ﷺ supaya mereka dibenarkan untuk memerangi Musyrikin Mekah. Tetapi Allah ‎ﷻ telah menurunkan ayat-ayat menyuruh para sahabat bersabar kerana belum masanya untuk berperang.

Puak-puak sesat yang marah sangat kepada orang kafir telah mengatakan bahawa ayat-ayat tentang kesabaran itu telah dimansukhkan – yang tinggal hanya ayat tentang memerangi mereka sahaja. Maka mereka kata tidak lain yang ada kecuali arahan perang kepada orang kafir sahaja.

Dua-dua contoh ini adalah bertolak dari dua sifat yang tidak patut dalam Islam – satu puak yang takut dengan kafir dan satu puak lagi yang marah sangat dengan orang kafir. Sampai mereka sanggup mengatakan ada surah-surah yang telah dimansukhkan untuk mencapai tujuan mereka.

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tidakkah kamu tahu bahawa Allah terhadap segala sesuatu itu berkuasa sungguh?

Seperti yang kita tahu, Allah ‎ﷻ berkuasa penuh untuk melakukan segala kehendak-Nya. Kita hanya menerima sahaja. Kita tidak ada hak untuk mempersoalkan tujuan Allah ‎ﷻ. Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ tanya balik: tidakkah orang Yahudi dan kita juga tahu, bahawa Allah ‎ﷻlah yang Maha Berkuasa dalam segala hal?

Adakah kita tidak tahu atau kita buat-buat tidak tahu? Kalau Allah ‎ﷻ Maha Berkuasa, Dia boleh buat apa yang Dia hendak, bukan kita boleh persoalkannya.

Jadi Allah ‎ﷻ hendak menekankan kepada Bani Israil dan Nasrani bahawa syariat agama mereka telah dimansukhkan dan mereka kena pegang syariat yang terbaru sekarang, iaitu yang diberikan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Jadi, kita sebagai hamba-Nya, kenalah ikut sahaja. Tidak perlu untuk dipersoalkan lagi.

Allahu a’lam. 

Talbis Iblis: Manusia Adalah Pelupa

0

Talbis Iblis: Manusia Adalah Pelupa

Bagaimana syaitan boleh berjaya menipu manusia? Syaitan tahu kelemahan utama manusia iaitu pelupa dan selalu lupa.

Memang begitulah sifat manusia dan Allah‎ ﷻ telah sebut dalam [Taha:115]

وَلَقَد عَهِدنا إِلىٰ آدَمَ مِن قَبلُ فَنَسِيَ وَلَم نَجِد لَهُ عَزمًا

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Allah ‎ﷻ sudah beritahu kepada Nabi Adam عليه السلام yang Iblis itu musuh manusia. Awal-awal lagi sudah diberitahu. Namun Adam عليه السلام akhirnya termakan juga dengan pujukan Iblis untuk mendekati pokok larangan. Kisah ini semua sudah tahu.

Kita anak cucu baginda pun begitulah juga. Sering terlupa. Semua sudah tahu Iblis itu musuh kita yang nyata. Semua sudah tahu syaitan sentiasa sahaja hendak menipu kita. Syaitan bukan ada kerja lain, menipu manusia memang adalah “full time profession” mereka tetapi sudah tahu pun masih tertipu juga.

Sudah belajar Talbis Iblis pun belum tentu selamat lagi. Sebab sudah tahu teknik mereka pun, kadang-kadang terlupa.

Jadi, kalau tidak tahu teknik syaitan dengan belajar talbis iblis, maka, tidak tahulah.

Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat Taha itu: “Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.”

Salah satu tafsir potongan ayat ini: Baginda ada keazaman yang kuat untuk ingat yang Iblis itu musuh dan akan menipu baginda.

Bukannya tidak tahu, tetapi keazaman hendak mengingat itu tidak kuat. Maka kita yang sudah belajar cara-cara Iblis ini, untuk selamat adalah kena ada azam hendak ingat apa yang telah belajar. Belajar sahaja tidak cukup, kerana nanti selalu terlupa.

Kita kena sentiasa berhati-hati dengan cara iblis dan syaitan. Syaitan tidak pernah mahu kita selamat.

Namun begitu, harus diingatkan yang syaitan ada juga suruh kita membuat benda baik. Namun niat dia jahat. Maka kena berhati-hati dengan saranan syaitan. Dia mungkin suruh buat benda baik, tetapi kalau ia adalah daripada syaitan, maka itu adalah perangkap.

Contoh: Dia suruh kita post kejayaan kita di FB. Dia bagi alasan: “Alaahhh, ini nak bagi orang lain bersemangat ikut kau.. mereka pun akan ikut juga”.

Akhirnya ada orang puji sana sini, maka, kita sudah menjadi riak.


Soalan:
Disebabkan penyakit pelupa ini lah, syaitan sentiasa mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia?

Jawapan:
Ya, benar.


Soalan:
Sebab itulah selain daripada keazaman yang kuat untuk ingat kita juga harus berkawan rapat dengan kawan-kawan yang baik yang sentiasa mengingatkan kita yang sentiasa lupa ini?

Jawapan:
Ya betul. Untuk bagi ingat kenalah selalu baca Al-Qur’an sebab Al-Qur’an akan ingatkan tentang iblis dan syaitan.

Kena “constant reminder” (peringatan berterusan). Kawan yang baik juga membantu.

Talbis Iblis: Antara Ujub dan Izzatun Nafsi

0

Talbis Iblis: Antara Ujub dan Izzatun Nafsi

Ujub hendaklah dibezakan dengan izzatun nafsi (kepecayaan kepada diri sendiri). Keyakinan diri kena ada dalam jiwa seorang Muslim. Kalau tidak, tentulah umat Islam akan lemah, merendah diri sahaja, tidak berani hendak berbuat apa-apa. Kita umat yang mulia maka jangan kita berasa rendah diri. Kita diberi kekuatan oleh Allah ‎ﷻ, maka kena ada keyakinan.

Sebelum kita memulakan sesuatu yang penting, izzatun nafsi kena ada. Cuma kita tetap bergantung kepada Allah ‎ﷻ. Kita kena sedar yang kelebihan yang kita ada itu, diberi oleh Allah ‎ﷻ juga. Bukannya dari kita.

Apabila tidak dapat membezakan mana satu ujub dan mana satu izzatun nafsi, maka akan menyebabkan kemurkaan daripada Allah ‎ﷻ. Lihat ayat [Tawbah:25]

لَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ في مَواطِنَ كَثيرَةٍ ۙ وَيَومَ حُنَينٍ ۙ إِذ أَعجَبَتكُم كَثرَتُكُم فَلَم تُغنِ عَنكُم شَيئًا وَضاقَت عَلَيكُمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت ثُمَّ وَلَّيتُم مُدبِرينَ

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu di waktu kamu menjadi megah kerana banyaknya jumlah(mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.

Ayat ini tentang kekalahan awal umat Islam di Hunain. Ini contoh ujub, bukannya izzatun nafsi.

Sebelum memulakan peperangan, umat Islam yakin yang mereka akan menang kerana umat Islam telah banyak kali menang. Mereka juga berasa oleh kerana bilangan mereka yang banyak, maka tentu pasti mereka menang. Umat Islam pada waktu itu adalah 12 ribu orang sedangkan bilangan musuh hanya 3 ribu sahaja. Mereka sangka mereka akan mendapat kemenangan yang mudah. Inilah sangkaan yang salah.

Ini kerana mereka lupa yang kemenangan diberi oleh Allah ‎ﷻ, bukan kerana sedikit ataupun banyak. Mereka telah meletakkan kejayaan di tangan mereka kerana mereka banyak, maka Allah ‎ﷻ telah menegur mereka dengan memberikan kekalahan kepada mereka di peringkat awal.

Bertempiaran mereka dipecahkan oleh strategi musuh. Bilangan yang ramai entah ke mana. Rasulullah ﷺ ditinggalkan oleh para sahabat.

Baginda sampai kena panggil balik para pejuang yang bertempiaran lari. Waktu itulah baginda suruh Saidina Abbas رضي الله عنه memanggil balik para sahabat. Itu pun dapat kumpul balik lebih kurang 300 orang sahaja. Dengan bilangan yang sedikit inilah (tetapi bergantung harap kepada Allah ‎ﷻ) yang dapat mengembalikan kemenangan kepada tentera Islam.

Fiqh Jual Beli dalam Islam

0

Fiqh membeli

1. Hukum membeli barang curian. Setelah dibeli baru mengetahui barang tersebut adalah barang curi.

Mencuri adalah jenayah. Mengikut hukum hudud dikenakan potong tangan. Tidak boleh dipandang remeh dengan harta curian.

Fatwa Islam Online (Mufti Dr Muzzamil Siddiqiey), dia hendaklah berusaha memulangkan kepada pemilik asalnya sama ada iklan dalam suratkhabar atau internet atau membuat laporan polis dan menyerahkan barangan tersebut kepada pihak polis. Dia hendaklah berusaha mengesan penjual dan menuntut ganti rugi

Pengajaran:

Beli barangan dari syarikat pengedar yang sah sahaja. Biar mahal asalkan ada jaminan dan barangan yang asli bukan curi.

Hukum membeli barang curi walaupun mengetahuinya

Terdapat dalil hadith:

من اشترى سرقة وهو يعلم أنها سرقة ؛ فقد اشترك في عارها وإثمها

الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: ضعيف الترغيب – الصفحة أو الرقم: 1074

خلاصة حكم المحدث: ضعيف

Terjemahan: “Sesiapa yang membeli barang curi sedangkan dia tahu itu barang curian, maka dia bersekutu dalam aib dan dosa”, Al-Albani kata dha`if, tetapi Dr.Yusuf al-Qardhawi mengatakan fiqhnya benar. Dalam Halal & Haram Fil Islam, fiqhnya diterima dan ia juga satu kesalahan di sisi hukum Islam dan Sivil.

2. Apakah hukum membeli ‘kotak misteri (mystery box)’ secara dalam talian?

Cara pembelian dengan membayar RM40.00 tetapi bakal mendapat barangan dalam ‘kotak misteri (mystery box)’ dalam harga RM200.00.

Syarat bermuamalat Islami tidak boleh ada gharar.

Gharar bermaksud ada unsur misteri yang boleh merugikan pembeli. Ia juga sejenis perjudian nasib.

Dalil hadith:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ

Terjemahan:

“Rasulullah ﷺ melarang jual beli Al-Hashah dan jual beli Gharar”

[Muslim no. 1513]

3. Apakah hukumnya membeli durian yang masih di atas pokok (belum gugur)?

Islam membenarkan bermuamalat buah-buahan yang sudah ada di atas pokok yang sudah hampir masak, yang dilarang ialah ketika pokok sedang berbunga atau berputik.

Hadith:

Ibn Umar  رضي الله عنه , dia berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ السُّنْبُلِ حَتَّى يَبْيَضَّ وَيَأْمَنَ مِنَ الْعَاهَةِ

“Bahawa Nabi ﷺ melarang menjual sesuatu yang masih bertangkai sampai ia memutih dan aman dari cacat.”

[ HR Muslim ]

Syarah:

Jual beli kurma dibolehkan bila ia sudah matang (memutih) dan sudah bebas dari kecacatan.

Kalau sudah matang dan akan gugur, maka bolehlah bermuamalat. Ketika berbunga dan berputik tidak boleh.

Fiqh menjual

1. Saya ingin menjual peralatan muzik saya iaitu gitar dan hasil dari jualan gitar tersebut akan disedekahkan kepada pihak masjid. Bolehkah saya menjual gitar tersebut?

Hukum muzik dan nyanyian.

◾️ Pendapat jumhur dan 4 mazhab muzik adalah haram.

◾️ Ulama seperti Ibn Hazm  الله‎ رحمه  , Imam al Ghazali  الله‎ رحمه  dan Dr Yusof al-Qardhawi berpendapat harus tetapi bersyarat.

Jika kita menggunakan pendapat fiqh mazhab yang 4, maka alat muzik itu adalah haram dan urusan jualbeli adalah haram.

Cara melupuskan alat muzik tersebut:

  • Jual alat muzik tersebut dan duit hasil jualan didermakan.
  • Musnahkan alat muzik tersebut kerana dikhuatiri ia akan disalahgunakan.

◾️ Sekiranya memilih pendapat Dr Yusof al-Qardhawi dan Ibn Hazm  الله‎ رحمه, maka boleh sahaja menjualnya dan memakan duit hasil jualan.

2. Apakah hukum menggunakan terma Islami dalam perniagaan?

Contoh : Jual T-shirt yang ada ayat Islami, buku dengan tema Islami, terjemahan Al Qur’an, jubah, tudung dan lain – lain. Apakah panduan supaya peniaga tidak menjadikan Islam sebagai tunggangan untuk keuntungan?

Asal dalam muamalat adalah mubah yakni harus. Maka bisnes yang dinyatakan adalah harus jika tidak ada unsur MLM, penipuan dan manipulasi agama untuk menipu dan memperdaya orang ramai.

Contoh: Menjual air yasin RM10 untuk 500 ml, air jampi tulisan Zaafaran oleh 10 orang budak pondok, RM18.00 satu liter. Kismis jampi RM5.00 satu paket.

3. Apakah hukum urus niaga seperti di bawah ini?

Situasi:
Si A ditawarkan sepasang anak lembu jantan dan betina dengan harga jualan Rm 500.00 oleh si penternak lembu di kampungnya.
Si penternak lembu itu akan membela anak lembu tersebut sehingga besar dan beranak pinak. Apabila sudah besar dan mahu dijual, hasil jualan dibahagi kepada dua, di antara si A dan penternak lembu tadi.

Boleh sahaja.

Dalil hadith:

وقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ : المسلمونَ على شروطِهم 

الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر :صحيح أبي داود

الصفحة أو الرقم: 3594 | خلاصة حكم المحدث :حسن صحيح

(3594)  التخريج : أخرجه أبو داود 

“Orang Islam terikat dengan butiran perjanjian sesama mereka”
[HR Abu Daud, hadith sahih. Sahih Abu Daud no. 3594]

Nota Tambahan :

1. Apakah hukum menggunakan perisian cetak rompak?

Islam mengiktiraf harta intelek (intelectual property), reka cipta (patent) dan tanda perniagaan (trademark). Islam juga memerangi cetak rompak.

Oleh kerana penguatkuasaan Akta Cetak Rompak masih lemah dan harga harta intelek terlalu mahal, maka untuk kegunaan peribadi masih dibenarkan, bukan untuk tujuan bisnes.

[Fatwa Dr Al-Qardhawi]

Sebaiknya orang beriman menghormati harta intelek. Iaitu dengan tidak membeli barangan cetak rompak, dan hanya membeli barangan yang tulen.

SnJ: Aurat wanita ketika salat, kentut vagina dan masalah wudhu’

0

S1: Berdasarkan gambar, bolehkah dagu ditutup seperti itu? Adakah salatnya sah?

J1:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

 Wajah adalah wilayah antara tumbuhnya rambut kepala sampai ke dagu, hujung dua rahang. Batas membentang antara telinga sampai telinga satunya. ” (Al-Muhadzdzab, ms. 36)

Ini bermaksud dagu bukan aurat.

 

S2: Adakah dagu ditutup seperti itu dikira menutup muka dan melanggar pantang larang ihram bagi wanita?

J2: Tidak. Ia khilaf dalam mentakwil wajah wanita. Asalkan tidak memakai niqob/ ‘veil’.

 

S3: Adakah anak rambut termasuk di dalam aurat juga?

J3: Berbalik kepada definisi wajah wanita. Jikalau sukar untuk menutupnya, maka terjadilah khilaf. Maksud sempadan aurat bagi wajah wanita ini khilaf adalah untuk dagu dan dahi termasuk ” apa yang biasa nampak ” (rujuk Al-Quran 24:31). Jika sukar hendak ditutup bolehlah biarkan namun jika ada cara untuk ditutup, maka lebih baik ditutup dengan sepenuhnya. Paling sempurna adalah dengan memakai purdah.

وَقُل لِّلمُؤمِنٰتِ يَغضُضنَ مِن أَبصٰرِهِنَّ وَيَحفَظنَ فُروجَهُنَّ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا ما ظَهَرَ مِنها ۖ وَليَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىٰ جُيوبِهِنَّ ۖ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا لِبُعولَتِهِنَّ أَو ءآبائِهِنَّ أَو ءآباءِ بُعولَتِهِنَّ أَو أَبنائِهِنَّ أَو أَبناءِ بُعولَتِهِنَّ أَو إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني أَخَوٰتِهِنَّ أَو نِسائِهِنَّ أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُهُنَّ أَوِ التّٰبِعينَ غَيرِ أُولِي الإِربَةِ مِنَ الرِّجالِ أَوِ الطِّفلِ الَّذينَ لَم يَظهَروا عَلىٰ عَورٰتِ النِّساءِ ۖ وَلا يَضرِبنَ بِأَرجُلِهِنَّ لِيُعلَمَ ما يُخفينَ مِن زينَتِهِنَّ ۚ وَتوبوا إِلَى اللهِ جَميعًا أَيُّهَ المُؤمِنونَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “ [An-Nur: 31]

 

S4: Adakah sah salat jika bertelekung hingga menutup kening?

J4: Jika menurut mazhab Syafi`iy tidak sah kerana wajib kulit dahi bersentuh dengan sejadah. Namun menurut jumhur ia sah jika wanita salat di atas lantai yang panas.

 

S5: Jika dalam keadaan biasa, bolehkah setiap masa ditutup hingga kening?

J5: Boleh. Cuma makruh kerana enggan mengikuti sunnah dan kerana mazhab di Malaysia salatnya dikira batal.

 

S6: Adakah sah salat jika diletakkan sebarang alas di tempat sujud?

J6: Mazhab Syafi`iy tidak membenarkan. Dahi tidak boleh dilapik.

 

S7: Adakah sah salat jika bermekap/ bersolek selepas mengambil wudhu’ dan menunaikan salat setelah bermekap/ bersolek?

J7: Sah kerana bermekap/ bersolek selepas mengambil wudhu’.

 

S8: Adakah sah salat jika kita mengambil wudhu’ dan salat tanpa menanggalkan make up?

J8: Jika ‘make up’ itu menghalang air, maka tidak sah salat itu. Perlu baca label pada produk untuk memastikan sama ada ia ‘water resistant’ (kalis air) atau tidak.

 

S9: Adakah perlu/ wajib mengambil wudhu di antara dua salat jama’ bagi wanita berusia yang mengalami masalah kencing tidak lawas? Setahu saya menurut mazhab Syafi’iy, apabila salat Zuhur dijamakan dengan salat ‘Asar, beliau perlu mengambil wudhu dua kali. Adakah pendapat lain yang membolehkan beliau mengambil wudhu sekali sahaja untuk jama’ kedua-dua salat Zuhur dan salat ‘Asar tersebut?

J9: Jika kebiasaannya mengamalkan satu wudhu’ satu salat maka kena ambil dua wudhu’.

 

S10: Adakah sebarang kelonggaran atau pendapat lain yang membolehkan satu wudhu untuk dua salat tersebut? Adakah dalil mengenainya? Bagi wanita yang telah berusia satu wudhu’ untuk satu salat agak sukar dilakukan.

J10: Fatwa Saudi membolehkan jika salatnya muwalat. Salat yang berterusan seperti salat jama’. Tiada sebarang dalil. Hanya fatwa sahaja dan ada berpuluh-puluh fatwa tentang perkara ini.

 

S11: Adakah sah salat jika berlaku kentut vagina?

J11: Ini khilaf. Mazhab Syafi’iy dan Hanbali menggunakan kaedah umum iaitu”apa sahaja yang keluar dari dubur dan qubul (kemaluan depan) maka wudhu’ batal”. Manakala menurut dua mazhab yang lain iaitu Hanafi dan Maliki tidak batal kerana perkara ini ‘abnormal’. Kentut yang sebenar mestilah dari dubur saja. Jika keluar dari mulut seperti sendawa atau dari faraj maka ia bukan kentut.

Maka anda boleh pilih di antara dua pendapat:

  1. Pendapat pertama, keras.
  2. Pendapat kedua, memudahkan.

 

S12: Apakah hukumnya jika semasa salat kita menutup mata dengan tujuan untuk khusyu’?

J12: Hukum asal menurut kata Ibn Qayyim ialah melihat tempat sujud. Maka kena buka mata. Namun jika seseorang mendapati dia lebih khusyu’ bila menutup mata, maka boleh. Maqosyid salat ialah khusyu’. Dalilnya:

قَد أَفلَحَ المُؤمِنونَ  الَّذينَ هُم في صَلاتِهِم خٰشِعون  

” Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam salat mereka ” [Al-Mu’minuun: 1-2]

Melalui sunnah iaitu amalan salaf, mereka mencapai khusyu’ dengan melihat tempat sujud sepanjang qiam. Jika anda lebih khusyu’ dengan memejam mata, maka ia boleh kerana matlamat salat adalah mencapai khusyu’.

 

S13: Adakah sah salat bagi wanita yang bersalat dengan memakai stokin kaki yang kelihatan bentuk jari jemarinya?

J13: Boleh sahaja. Fatwa Syaikhul Islam IT (Ibnu Taimiyah) dan Syaikh Muhammad bin Saleh A-Uthaimeen, KSA (Kingdom of Saudi Arabia):

Imam dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah al-Harani r.h berpendapat seluruh tubuh wanita merdeka itu aurat (dalam salatnya) kecuali bahagian tubuh yang biasa tampak darinya ketika di dalam rumahnya iaitu wajah, dua telapak tangan dan telapak kaki. (Majmu’ Fatawa, jilid 22:109-120)

Komen Syaikh Mustafa al-Adawi, murid al-Albani:
Dengan demikian, ketika seorang wanita salat sendirian atau di hadapan sesama wanita atau di hadapan mahramnya dibolehkan baginya untuk membuka wajah, dua telapak tangan, dan dua telapak kakinya. (Jami’ Ahkamin Nisa’, 1/333—334)

 

Jawapan dari Syeikh THTL

@FiqhWanitaUito

Talbis Iblis: Ujub — Iblis Biarkan Kita Rasa Pandai

0

Talbis Iblis: Ujub — Iblis biarkan kita rasa Pandai

Jangan kita rasa kita pandai. Jangan rasa ilmu kita sudah tinggi melangit. Jangan rasa kita tahu dan orang lain tidak pandai. Entah orang yang baru sahaja belajar, boleh faham lebih daripada kita. Jangan ada perasaan begini. Kita tidak tahu apakah ilmu yang Allah ‎ﷻ beri kepada orang lain.

Kalau rasa diri sudah lebih pandai orang lain, maka tengok [Yusuf: 76]

فَبَدَأَ بِأَوعِيَتِهِم قَبلَ وِعاءِ أَخيهِ ثُمَّ استَخرَجَها مِن وِعاءِ أَخيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدنا لِيوسُفَ ۖ ما كانَ لِيَأخُذَ أَخاهُ في دينِ المَلِكِ إِلّا أَن يَشاءَ اللهُ ۚ نَرفَعُ دَرَجاتٍ مَن نَشاءُ ۗ وَفَوقَ كُلِّ ذي عِلمٍ عَليمٌ

Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah boleh Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.

Kalau rasa diri pandai sangat, maka lihat pada potongan ayat:

وَفَوقَ كُلِّ ذي عِلمٍ عَليمٌ

dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.

Ayat ini menceritakan bagaimana helah yang dibuat oleh Nabi Yusuf عليه السلام.  Ini adalah cara baginda hendak bawa ahli keluarga baginda ke Mesir. Memang helah ini hebat dan baginda bijak.

Namun Allah ‎ﷻ ingatkan yang pandai dan bijak macam mana pun, ada yang lebih pandai dan bijak daripada kita.

Ada kita pandai bab agama, tetapi ada orang pandai bab kehidupan.
Ada orang pandai bab feqah, tetapi ada orang lain lebih pandai bab tafsir.
Ada orang pandai semua bab agama, tetapi ada yang lebih pandai lagi kerana dia tahu lebih mendalam.

Ada yang lebih pandai daripada dia. Tidak boleh mendabik dada kata dia paling pandai.

Kalau dia paling pandai dalam dunia pun, ada lagi yang lebih pandai, iaitu ذي عِلمٍ عَليمٌ iaitu Allah ‎ﷻ.

Jangan rasa lebih pandai daripada Allah ‎ﷻ pula.

Jangan lupa, kepandaian yang kita ada adalah pemberian dan kurniaan Allah ‎ﷻ juga. Kalau Allah ‎ﷻ tidak bagi ilmu kepada kita, memang tidak tahu apa (macam masa lahir dahulu, apa yang kau tahu?)

Apa yang Allah ‎ﷻ beri, Allah ‎ﷻ boleh ambil balik (bila sudah nyanyuk nanti, hendak bukan zip seluar pun sudah tidak pandai).

Talbis ini kita boleh lihat banyak terjadi. Ramai yang mendabik dada kerana mereka rasa mereka lebih pandai daripada orang lain. Mungkin kerana mereka banyak hafal, mereka sudah banyak guru, mereka lebih lama belajar, mereka telah pergi negara itu dan ini.

Mereka pun merendahkan pengetahuan orang lain. Pandang lekeh kalau itu belajar di universiti lain dari mereka, lain pondok dari mereka, lain guru. Mereka kata guru mereka lebih hebat, guru mereka itu dan ini.

Kepandaian kita bukannya kita boleh periksa lebih pandai daripada orang lain atau tidak kerana ada banyak bidang dalam ilmu agama. Mana kita tahu kita lebih pandai daripada orang itu dalam segala hal? Kita mungkin pandai dalam bab ini dan dia pandai dalam bab lain.

Kita pun tidak boleh pastikan pandangan kita benar atau tidak. Rasulullah ﷺ sudah tidak ada untuk kita pastikan pemahaman kita benar ataupun tidak. Kalau Nabi ﷺ ada dengan kita, boleh kita bentangkan di hadapan baginda dan tanya: “Saya fikir macam ini, tapi sahabat saya fikir begini… siapa yang benar, wahai Nabi?” Ramai sahabat buat begitu tetapi kita tidak ada Rasul lagi di kalangan kita.

Maka dalam kita menolak pandangan orang lain, janganlah kita tolak keras sangat sebab entah pandangan dia yang benar. Entah pandangan dia yang betul.

Janganlah pandang rendah orang lain, entah dia lebih pandai lagi daripada kita.

Jangan kita taksub dengan guru kita. Tidak pasti lagi yang guru kita itulah yang paling pandai. Jangan kerana dia guru kita, apa sahaja yang dia cakap itu betul, dan guru lain itu salah. Tidaklah juga Allah ‎ﷻ beri segala ilmu kepada guru kita itu. Ada kemungkinan kebenaran berpihak pada orang lain.

Guru pun kena berlapang dada kalau anak murid pakai pendapat guru lain. Anak murid ada pilihan untuk memilih pendapat mana yang dia rasa lebih rapat dengan sunnah.

Guru dan anak murid kena berlapang dada dalam hal ini. Kalau anak murid pilih pendapat guru lain dalam mana-mana hal, maka bukanlah dia tolak guru dia.

Maka jangan halang anak murid untuk belajar dengan guru lain. Malah galakkan anak murid belajar lagi dengan guru lain juga. Memang manusia kena ramai guru.

Ulama’-ulama’ besar tidaklah menjadi ulama’ besar kerana mereka berguru dengan satu sahaja. Mereka jadi luas pandangan kerana mereka ramai guru.

Jangan marah atau berkecil hati kalau anak murid tegur kerana guru pun mungkin ada kesilapan yang dia tidak perasan. Mungkin anak murid belajar dengan kita, tetapi mungkin ada maklumat yang anak murid dapat dari tempat lain yang lebih tepat dengan sunnah. Tidak ada masalah belajar dengan anak murid.

Jangan balas: “Awak belajar ke saya belajar?”

Jangan malu hendak mengaku tidak tahu. Bukan semua ilmu kita ada. Rendahkan diri dan sedar yang bukan semua kita tahu.

Anak murid pula jangan hairan kalau guru kata dia tidak tahu kerana bukan guru dia tahu semua perkara.

Soal Jawab Bersama Doktor: Gangguan Bipolar

0

Soalan:
Apa itu ‘Bipolar Disorder’ atau Gangguan Bipolar?
Jawapan:
Bipolar adalah keadaan seseorang itu ada kalanya tertekan dan ada kalanya terlalu gembira. Ia adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara. Dalam bahasa Melayu adakalanya penyakit ini juga dikenali sebagai kecelaruan dwikutub. Ini kerana terdapat kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami oleh seseorang.

Soalan:
Ada berapa jenis gangguan bipolar?
Jawapan:
Terdapat 3 jenis gangguan bipolar dan semuanya melibatkan perubahan dari segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti:
1) Bipolar I
Ia ditakrifkan melalui penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik. Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.
2) Bipolar II
Orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya satu episod hipomanik yang berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita.
3) Cyclothymia
Pesakit cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.

Soalan:
Apakah penyebab gangguan bipolar?
Jawapan:
Gangguan bipolar mungkin disebabkan oleh:
1) Genetik
Jika ibu bapa atau adik-beradik anda mempunyai gangguan bipolar, anda lebih cenderung untuk mengalami penyakit ini berbanding dengan orang lain. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan orang yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan gangguan bipolar tidak semestinya akan mengidap penyakit bipolar.
2) Otak
Struktur otak anda mungkin memberi kesan kepada risiko untuk menghidap penyakit ini, terutamanya struktur atau fungsi otak yang tidak normal.
3) Faktor persekitaran
Keadaan ini bukan sahaja mengambil kira apa yang ada di dalam tubuh untuk risiko mendapat gangguan bipolar malahan faktor persekitaran luaran juga turut menyumbang. Faktor-faktor ini termasuklah:
• Tekanan melampau
• Pengalaman traumatik
• mengidap penyakit-penyakit lain

Talbis Iblis: Ujub — Memandang Hina Terhadap Orang Lain

0

Talbis Iblis: Ujub — Memandang Hina terhadap Orang Lain

Bahaya kalau pandang hina orang yang belum berhijrah menjadi baik lagi. Ini terjadi kalau lupa yang kita dahulu pun bukannya baik. Kita menjadi baik ini pun kerana Allah ‎ﷻ yang bimbing kita. Kalau rasa kita baik kerana diri kita sendiri, maka itulah ghurur (Ujub).

Sepatutnya kita memandang orang lain dengan ‘pandangan rahmah’. Sayang kan dia, kita hendakkan dia jadi baik. Maka kita berusaha untuk bimbing dia.

Bukannya kita melabel dia ‘ahli neraka’, ahli bid’ah, hati ditutup dan lain-lain lagi. Label-label ini kita letak tepi dahulu. Bukan kerja kita untuk melabel orang. Kita kena bertindak sebagai da’ie (pendakwah), bukan qadhi (hakim).

Memang kita nampak dia melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi untuk kita berdakwah dengan dia, bukannya dengan menghina dia, perli dia. Kita cakap perlahan-lahan kepada dia. Semoga dalam banyak-banyak nasihat itu, ada yang tersentuh di hati dia. Kita pun tidak tahu yang mana satu kata-kata yang akan bagi dia “make a turnover”.

Baru-baru ini terbaca kisah seorang rakyat Singapura yang masuk Islam. Dia sudah banyak mengkaji agama-agama lain tetapi hanya agama Islam dia belum kaji lagi. Ada sekali dia ditakdirkan berjumpa kawan dia yang Muslim. Dia kata dia tidak percaya ada Tuhan.

Kawan dia kata: “Kalau camtu, you’re half way to become a Muslim already because syahadah kami satu part kata: ‘There is no god.’ So you’re halfway there”.

Kata-kata itu menyebabkan dia tersentak dan dia mula mengkaji Islam. Akhirnya dia sendiri nampak kebenaran Islam. Apa yang lebih hebat lagi adalah dia sudah mengkaji agama-agama lain dan jelas nampak perbezaan di antara Islam dengan agama lain.

Kesimpulan: kita jadi baik ini pun kerana Allah ‎ﷻ yang bagi peluang kita menjadi baik. Dia kenalkan kita kepada ustaz, kepada kawan, kepada penulisan yang membawa kita ke arah kebaikan. Orang lain mungkin belum lagi. Kita lebih awal sebab dari Dia sahaja. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka.

Popular

Iklan

Iklan