Utama Blog Halaman 53

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 2)

0

Fahaman Sesat Dahriyyah (Sambungan)

Golongan Dahriyyun ini adalah salah satu jenis Atheis. Fahaman Atheis ada banyak dan Dahriyyah adalah salah satu daripadanya. Golongan Dahriyyun ini pula boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

  1.  Kumpulan yang ingkar adanya Allah ‎ﷻ dan hari kebangkitan. Mereka percaya mereka hidup bukan kerana Tuhan tetapi kerana masa.
  2.  Percaya ada pencipta alam ini, tetapi mereka jenis ini ingkar adanya hari kebangkitan.
  3. Percaya ada penciptaan kali pertama, tetapi golongan ini ingkar adanya rasul.

🕰
Mereka percaya masa adalah qadim (tanpa mula) dan akan kekal selama-lamanya. Pada mereka, segala yang wujud ini ada tetapi semata-mata kerana masa.

Ramai dalam golongan saintis yang menganuti fahaman ini. Boleh dikatakan orang yang pandai (terlebih pandai), cenderung untuk menjadi atheis. Sudah ada kajian yang pernah dijalankan oleh pakar jiwa.

Sebagai contoh, semua kenal siapa itu Charles Darwin. Dalam hal ilmu alam, dia memang cukup cerdas.

Begitu juga dengan Albert Einstein. Dialah yang memperkenalkan Theory of Relativity. Dia juga adalah seorang Atheis. Dia pernah berkata, kalau ada tuhan, tentu tidak ada bencana. Jadi dia kata, apabila ada banyak bencana, di mana tuhan?

Seorang lagi yang Atheis yang terkenal adalah Stephen Hawking.

Mereka ini bahaya kepada orang yang beragama sebab mereka ada pengaruh dalam dunia. Mereka yang berfahaman Atheis adalah orang yang terkenal dalam kalangan saintis, artis dan juga ahli politik.

Golongan Atheis sebenarnya menolak dogmatik (terima tanpa soal). Mereka tidak boleh merendahkan diri mereka untuk mengikut sahaja arahan. Mereka ada masalah untuk terima arahan orang atau kuasa di atas mereka. Mereka rasa mereka tinggi.

Sedangkan dalam agama Islam ada konsep dogmatik terhadap wahyu. Allah ‎ﷻ ajar dalam Al-Qur’an سمعنا وأطمنا (kami dengar dan kami taat). Kerana kita sedar yang bukan kita tahu semua perkara. Terutama tentang perkara ghaib.

Hujah-hujah mereka pun memang hebat kerana mereka orang-orang yang terpelajar dan bijak pandai.

Alhamdulillah ramai ulama’ sudah banyak berjaya melawan hujah-hujah mereka dan jatuhkan hujah mereka.

Mereka ini seperti Dr. Zakir Naik dan ramai lagi. Memang banyak jasa beliau dalam menjelaskan agama ini dan memperbetulkan fahaman manusia.

Menariknya beliau pernah berkata mahu mengIslamkan individu yang ada fahaman Atheis kerana lagi senang daripada untuk mengIslamkan manusia yang ada fahaman musyrikin.

Golongan berfahaman syirik susah untuk menerima kebenaran tauhid kerana mereka sudah ada fahaman tentang Tuhan lain. Mereka sudah ada prejudis kepada fahaman-fahaman tertentu yang mereka pegang.

Oleh kerana itu ada kerja tambahan untuk betulkan fahaman mereka yang musyrik ituk erana kena betulkan fahaman salah tentang Tuhan dahulu. Kemudian baru boleh diselarikan dengan ajaran Tauhid.

Sedangkan golongan Atheis memang sudah pegang bahawa tiada tuhan. Mereka bersikap prejudis salah tentang Tuhan kerana pada mereka tidak ada tuhan pun.

Ini seolah-olah mengajak orang lapar makan. Memang dia memerlukan makanan. Mereka akan terus makan sahaja. Maka ia lebih mudah daripada mengajak orang yang sudah makan makanan yang salah. Susah hendak mengajar orang yang sudah ada makanan bagaimana hendak makan dengan cara yang betul.

Lihatlah dua kalimah Syahadah kita. Ada dua faktor di dalam syahadah itu. Ada nafi dan ada ithbat.

Golongan Atheis sudah ada nafi (daripada kalimah syahadah). Mereka memang sudah tolak Tuhan. Maka separuh sahaja lagi yang perlu dakwah kepada mereka.

Itulah maksudnya senang hendak jelaskan daripada dalil kauniah yang sudah jelas. Dalil kauniah adalah dalil yang boleh dilihat pada alam.

Saya teringat kisah dakwah seorang lelaki di Singapura.

Saya ingat dalam setahun dua tahun yang lepas.

Seorang Atheis cina masuk Islam.

Yang berdakwah kepadanya berkata: “That’s good. You’re halfway there already.You’re half Muslim already”.

(Bagus. Anda sudah (separuh) hampir. Anda sudah separuh Muslim).

Fiqh Asasi Sunnah- Kitab Salat: Bab Azan dan Iqamah – Muazzin dan Hal Berkaitan (Bahagian 3)

0

Adab-adab yang Harus Dimiliki oleh Muadzin dan Hal-hal yang Harus Dilakukannya Ketika Mengumandangkan Azan

E. Adab-adab Muazzin (sambungan)

5. Meletakkan dua jari pada dua telinga

Ketika muazzin mengumandangkan azan untuk salat, disunahkan untuk menutup kedua telinga dengan kedua jari telunjuk. Hal ini kerana menutup telinga dengan jari sudah diamalkan oleh Sayyidina Bilal bin Rabah رضي الله عنه ketika beliau azan di hadapan Nabi ﷺ.

✍🏻Disebutkan dalam hadith Riwayat Imam Tirmizi daripada Abi Juhaifah, beliau berkata;

رَأَيْتُ بِلَالًا يُؤَذِّنُ وَيَدُورُ وَيُتْبِعُ فَاهُ هَا هُنَا وَهَا هُنَا وَإِصْبَعَاهُ فِي أُذُنَيْهِ

“Aku melihat Bilal mengumandangkan azan dan beliau memutarkan dan mengikutkan mulutnya ke arah sana dan sana, sedangkan kedua jarinya berada di kedua telinganya.”
(Sunan Tirmizi no.181)

✍🏻Imam At-Tirmizi رحمه الله mengomentari hadith ini dalam kitab Sunannya, beliau berkata;

وعليه العمل عند أهل العلم يستحبون أن يدخل المؤذن إصبعيه في أذنيه في الأذان

“Inilah yang diamalkan oleh para ulama’. Mereka menganjurkan supaya muazzin memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinganya ketika mengumandangkan azan.”

Salah satu tujuan menutup telinga dengan jari ketika azan adalah mengumpulkan suara sehingga suara keluar lebih keras. Sementara pada iqamah tidak disunahkan menutup telinga kerana iqamah hanya berupa pemberitahuan kepada yang hadir bahawa salat hampir akan dilaksanakan.

6. Sedikit mengadap ke kanan dan ke kiri ketika melafazkan hayya alassolah dan hayya alalfalah.

Menoleh ke kanan dan ke kiri semasa menyebut 2 Hayya ( Hayya ‘ala as-Solat / Hayya ‘ala al-Falah ) adalah merupakan sunnah Rasulullah ﷺ, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah رضي الله عنه yang mana dia menyebutkan bahawa dia melihat Bilal bin Rabbah رضي الله عنه menoleh ke kanan dan ke kiri semasa menyebut Hayya ‘ala as-Solat / Hayya ‘ala al-Falah.

✍🏻Dalilnya:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ رَأَى بِلَالًا يُؤَذِّنُ فَجَعَلْتُ أَتَتَبَّعُ فَاهُ هَهُنَا وَهَهُنَا بِالْأَذَانِ

Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Yusuf] berkata, telah menceritakan kepada kami [Sufyan] dari [‘Aun] daripada [Bapaknya], bahawa dia melihat Bilal mengumandangkan azan. Aku lalu memperhatikan mulutnya bergerak ke sana dan ke sini saat mengumandangkan azan.”
(HR Imam Bukhari: 598)

Syarah:
Asal tujuan Bilal رضي الله عنه menoleh ke kanan dan ke kiri adalah supaya suara laungan azan tersebut dapat didengari oleh masyarakat Islam pada ketika itu yang berada di sebelah kanan dan sebelah kiri.

Maka, atas dasar itu, sebahagian Ulama’ berpendapat tidak perlu lagi dilakukan untuk menoleh ke kanan dan ke kiri (hanya gerakkan leher sahaja, bukan bahu) pada zaman sekarang, kerana para muazzin di zaman sekarang telah pun menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan. Ini membolehkan suara azan tersebut boleh didengari dengan jelas dan sempurna di serata pelosok kampung/taman perumahan.

Walau bagaimanapun terdapat juga ulama’ yang mengatakan, menoleh ke kanan dan ke kiri perlu dilakukan juga di zaman sekarang atas dasar mengikuti dan mengamalkan setiap Sunnah Rasulullah ﷺ , seperti As- Syaikh Muhamad Nasiruddin al-Albani.

✍🏻Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله ditanya:

السؤال: بارك الله فيكم على هذا التوضيح المستمع أيضاً من جامعة الإمام محمد ابن سعود الإسلامية يقول في سؤاله الثالث أعرف أنه يشرع للمؤذن عند الحيعلتين الالتفات يميناً ويسارا ولكن عندما انتشرت مكبرات الصوت والحمد لله هل يشرع ذلك وذلك لأنه عندما يلتفت المؤذن يضعف الصوت في الميكرفون لأنه ابتعد عنه؟

Semoga Allah memberi barakah kepada engkau atas penjelasan ini, seorang pendengar dari Universiti Islam Al Imam Muhammad Ibnu Su’ud berkata dalam pertanyaan yang ketiga, Aku mengetahui bahawa disyariatkan bagi muazzin saat mengucapkan حي على الصلاة dan حي على الفلاح untuk menoleh ke kanan dan ke kiri, namun alhamdulillah sekarang sudah tersebar microphone, apakah perbuatan tersebut masih disyariatkan? Ini adalah kerana ketika seorang muazzin menoleh ke kanan dan ke kiri akan menyebabkan suara azan terdengar lemah, kerana jauh dari microphone ?

✍🏻Syaikh رحمه الله menjawab:

الشيخ: هذه المسألة عندي فيها توقف لأن أصلاً مشروعية الالتفات من أجل أن يشترك الذين عن يمين المؤذن والذين عن يساره في سماع الآذان وإذا كان الإنسان يؤذن بمكبر الصوت فإن مخرج الآذان من السماعات العليا واحد سواءٌ التفت أو لم يلتفت

Saya bersikap tawaquf/tidak berpendapat dalam masalah ini, kerana tujuan asal disyariatkannya menoleh saat azan adalah supaya orang yang berada di daerah kanan dan kiri muazzin boleh mendengar azan. Adapun jika dia azan menggunakan microphone maka suara azan sudah boleh terdengar di mana-mana, sama ada dia menoleh ataupun tidak.

بل إنه إذا التفت قد ينخفض الصوت كما قال السائل المسألة عندي محل توقف وأصل ذلك هل هذا الالتفات للتعبد أو من أجل إيصال الصوت لليمين والشمال فإن كان للتعبد فإن كان من أجل التعبد فإن الالتفات باقياً وإن كان من أجل إيصال الصوت لليمين والشمال فإنه لا يحتاج إلى الالتفات في هذه الحال نعم

Bahkan jika dia menoleh saat azan malah akan melemahkan suara azan, sebagaimana yang dikatakan oleh penanya dalam masalah ini. Oleh kerana itu saya tawaquf/tidak berpendapat dalam masalah ini.

Sebenarnya yang menjadi dasar hukum adalah apakah tujuan perbuatan menoleh saat azan ini dalam rangka ibadah atau untuk menyampaikan suara pada orang-orang yang berada di kanan dan kiri muazzin. Jika tujuannya dalam rangka ibadah maka dia tetap menoleh. Namun jika tujuan menoleh tersebut untuk menyampaikan suara pada orang yang ada di daerah kanan dan kiri muazzin maka tidak perlu menoleh dalam keadaan ini, na’am.

Kesimpulan:
Oleh kerana kedua-dua pendapat ini sama kuat, maka terpulang kepada muazzin untuk memilih mana satu pilihan yang dirasakan sesuai.

7. Azan dari tempat yang tinggi

✍🏻Ini berdasarkan perbuatan Bilal bin Rabah رضي الله عنه pada zaman Nabi Muhammad ﷺ.

Pada masa Rasulullah ﷺ, Masjid Nabawi, begitu pula pada masa Khulafaur Rasyidin, belum memiliki menara azan yang dapat dinaiki oleh muazzin untuk mengumandangkan azan. Dulu, Bilal bin Rabah رضي الله عنه mengumandangkan azan Subuh dari atas rumah salah seorang wanita Bani Najjar.

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ قَالَتْ
كَانَ بَيْتِي مِنْ أَطْوَلِ بَيْتٍ حَوْلَ الْمَسْجِدِ وَكَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ عَلَيْهِ الْفَجْرَ فَيَأْتِي بِسَحَرٍ فَيَجْلِسُ عَلَى الْبَيْتِ يَنْظُرُ إِلَى الْفَجْرِ فَإِذَا رَآهُ تَمَطَّى ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَحْمَدُكَ وَأَسْتَعِينُكَ عَلَى قُرَيْشٍ أَنْ يُقِيمُوا دِينَكَ قَالَتْ ثُمَّ يُؤَذِّنُ

Ibnu Ishaq meriwayatkan daripada Urwah bin Az-Zubair, daripada seorang wanita Bani Najjar yang berkata, “Rumahku adalah bangunan paling tinggi di sekitar masjid. Setiap pagi, Bilal mengumandangkan azan Subuh dari atas rumahku.

Pada waktu sahur, Bilal datang. Lalu beliau duduk di rumah menunggu fajar. Ketika sudah melihat fajar, beliau menegakkan badannya kemudian berdoa, ‘Ya Allah, sungguh aku memuji-Mu dan meminta pertolongan-Mu daripada kaum Quraisy untuk menegakkan agama-Mu.’ Setelah itu beliau mengumandangkan azan.”
(Sunan Abu Daud no. 435)

Syarah:
Tujuan azan dilaungkan dari tempat yang tinggi kerana hendak memastikan suara azan itu dapat sampai ke tempat yang lebih jauh. Oleh kerana sekarang kita memakai “speaker” (pembesar suara), maka keperluan ini tidak ada lagi.

8. Meninggikan suara

Suara azan ditinggikan supaya orang ramai dapat mendengar azan itu.

✍🏻Sebagaimana hadith yang datang daripada Abu Sa’id Al Khudri رضي الله عنهما

أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ لَهُ
إِنِّي أَرَاكَ تُحِبُّ الْغَنَمَ وَالْبَادِيَةَ فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ أَوْ بَادِيَتِكَ فَأَذَّنْتَ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Beliau berkata bahawasanya, Rasulullah ﷺ bersabda, “Aku lihat kamu suka kambing dan lembah (pengembalaan). Jika kamu sedang menggembala kambingmu atau berada di lembah, lalu kamu mengumandangkan azan salat, maka keraskanlah suaramu. Kerana tidak ada yang mendengar suara muazzin, baik manusia, jin atau apapun, kecuali akan menjadi saksi pada hari kiamat.”
(Sahih Bukhari no. 574).

Maka jelaslah bahawasanya para sahabat di masa Rasulullah ﷺ terbiasa mengeraskan azan ketika waktu salat tiba. Maka orang-orang di sekitar masjid dapat mendengarnya. Ada di dalam Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Kamal bin As Sayid Salim menyebutkan bahawa salah satu syarat azan yakni diperdengarkan kepada orang-orang yang tidak berada di tempat muazzin.

F. Beberapa perbincangan tentang azan dan iqamah

Sekarang kita bincangkan beberapa perkara yang terkait dengan bab azan dan iqamah ini.

1. Azan orang buta jika ada yang memberitahunya.

Tidak ada masalah bagi muazzin jika dia adalah orang yang buta. Tetapi kenalah ada orang yang memberitahunya bila masuk waktu kerana dia tidak boleh tengok jam ataupun matahari. Pada zaman Nabi, selain daripada Bilal, ada seorang lagi muazzin iaitu Abdullah ibn Ummi Maktum.

2. Menunggu antara azan dan iqamah

Tidak ditetapkan berapa lama masa antara azan dan iqamah itu. Sebenarnya ikut keadaan. Sekurang-kurangnya beri masa untuk dilakukan solat sunat.

✍🏻Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ

Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu (mendirikan solat tersebut).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Bayna Kulli Azanain Solat Li Man Syaa, hadis no: 627].

Azan juga adalah perbuatan memanggil jemaah untuk datang ke masjid. Maka kenalah beri ruang masa yang agak-agak cukup untuk orang datang. Kalau azan dan kemudian terus iqamah, bila pula masa orang yang berjalan boleh sempat datang ke masjid, bukan?

Kena ingat, ada orang yang duduk jauh, ada yang bekerja, ada yang dalam perjalanan, ada yang belum mandi atau ambil wuduk dan sebagainya. Maka berilah ruang waktu yang agak sesuai.

✍🏻Inilah yang diperintahkan oleh Nabi ﷺ dengan sabda baginda:

اجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ نَفَسًا قَدْرَ مَا يَقْضِي الْمُعْتَصِرُ حَاجَتَهُ فِي مَهْلٍ , وَ قَدْرَ مَا يَفْرُغُ الْآكِلُ مِنْ طَعَامِهِ فِي مَهْلٍ

Jadikanlah antara azanmu dengan iqâmahmu kelonggaran seukuran mu’tashir (orang buang hajat) menyelesaikan hajatnya dengan tenang, dan seukuran orang yang sedang makan selesai dari makannya dengan tenang!

(HR. At-Tirmidzi, no. 195) dan lain-lain.

Hadith ini dihukumi sebagai hadith hasan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah ash–Shahîhah, no. 887. Lafaz hadith ini mengikuti yang tertulis di dalam Silsilah ash–Shahîhah.

Kalau kita perhatikan semua penjelasan di atas, maka jarak antara adzan dengan iqâmat itu antara 15 atau 20 minit, sebagaimana disampaikan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bâz رحمه الله , “Tidak boleh menyegerakan iqâmah hingga imam memerintahkannya.

Jarak (antara adzan dan iqâmat) itu sekitar seperempat jam (15 menit) atau sepertiga jam (20 menit) atau yang mendekatinya. Jika imam terlambat dalam waktu yang cukup lama, diperbolehkan yang lainnya untuk maju menjadi imam.”

  1. Bolehkah berbicara antara iqamah dan solat?

✍🏻Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada jalur Humaid, dia berkata,

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ سَأَلْتُ ثَابِتًا الْبُنَانِيَّ عَنْ الرَّجُلِ يَتَكَلَّمُ بَعْدَ مَا تُقَامُ الصَّلَاةُ فَحَدَّثَنِي
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ

أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَعَرَضَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَحَبَسَهُ بَعْدَ مَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ

“Aku pernah bertanya kepada Tsabit Al-Bunani tentang seseorang yang berbicara setelah diserukan iqamah salat. Maka dia menyampaikan kepadaku bahawa Anas bin Malik berkata,

‘Pernah diserukan iqamah salat, lalu ada seorang lelaki menghadang Nabi ﷺ , kemudian dia menahan baginda dari salat (kerana mengajak baginda bicara) setelah diserukan iqamah’.”
(HR. Al-Bukhari no. 643).

ٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَاجِي رَجُلًا فِي جَانِبِ الْمَسْجِدِ فَمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ حَتَّى نَامَ الْقَوْمُ

Daripada Anas bin Malik berkata: “Pernah pula saat iqamah salat Isyak telah diserukan, didapati Nabi ﷺ sedang berbicang-bincang dengan seorang lelaki di satu sisi masjid. Baginda tidak bangkit untuk mengerjakan shalat sampai orang-orang tertidur.” (HR. Al-Bukhari no. 642)

Tentunya, pembicaraan yang dibolehkan tersebut bila ada keperluan. Adapun bila tanpa keperluan, maka ia adalah makruh.

✍🏻Al-Hafizh Ibn Hajar berkata, “Hadith di atas menunjukkan bolehnya memisah iqamah dengan takbiratul ihram, bila memang ada keperluan.” (Fathul Bari, 2/163)

4. Azan ketika sudah masuk waktu.

Tidak boleh mengumandangkan azan melainkan setelah masuk waktu kecuali waktu Subuh seperti yang kita telah terangkan tentang dua azan (azan sebelum waktu untuk membangunkan orang dari tidur). Ini disepakati oleh ulama’.

Tujuan azan adalah untuk memberitahu waktu sudah masuk dan mengajak orang datang untuk salat bersama. Jadi kalau dilakukan di luar waktu, maka tujuan azan itu sudah hilang.

5. Bolehkah iqamat dikumandangkan oleh selain muazzin?

Boleh sahaja kalau orang lain yang melaungkan azan dan kemudian orang lain pula yang melaungkan iqamat. Tidak ada dalil larangan yang sahih tentang hal ini, maka boleh sahaja. Memang ada hadith yang Nabi ﷺ melarang, tetapi hadith itu dhaif dan tidak boleh dijadikan hujah.

✍🏻Terdapat satu hadith daripada Ziyad bin Harits as-Suda’i رضي الله عنه, beliau menceritakan, bahawa beliau pernah disuruh oleh Nabi ﷺ untuk mengumandangkan azan. Setelah ramai sahabat berkumpul – selesai wuduk, Bilal رضي الله عنه ingin mengumandangkan iqamah. Kemudian Nabi ﷺ bersabda,

إِنَّ أَخَا صُدَاءٍ هُوَ أَذَّنَ وَمَنْ أَذَّنَ فَهُوَ يُقِيمُ

“Sesungguhnya saudara kita daripada Bani Suda’i telah mengumandangkan azan. Siapa yang azan maka dia yang iqamah.” Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunannya no. 514, Tirmizi dalam jami’nya, no. 199, dari jalur Abdurahman bin Ziyad al-Ifriqi.

Ulama’ yang menegaskan lemahnya hadith ini adalah Syuaib al-Arnauth dalam ta’liq musnad Imam Ahmad (19/79).

Oleh kerana hadith ini dhaif sahaja, maka para ulama’ berpendapat tidak ada larangan kalau orang lain yang melaungkan iqamah. Cuma sebaiknya kalau boleh, orang melaungkan azan juga adalah orang yang iqamah.

6. Hendaklah iqamat selain dari tempat azan.

Disunatkan untuk melaungkan iqamah di tempat yang selain dari tempat dilaungkan azan. Ini kerana dalam mimpi Abdullah bin Zaid رضي الله عنه apabila beliau diajar azan dalam mimpi, orang yang mengajarnya itu bergerak sedikit dari tempat dia azan.

Amalan sunnah dulu pun melaungkan azan di menara dan melaungkan azan di dalam masjid.

7. Adakah iqamat harus diulang jika jangka masa yang lama antara iqamah dan salat?

Tidak perlu diulang semula iqamah kalau sela masa yang panjang antara iqamah itu.

✍🏻Dalilnya

أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَاجِي رَجُلًا فِي جَانِبِ الْمَسْجِدِ فَمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ حَتَّى نَامَ الْقَوْمُ

“Pernah pula saat iqamah salat Isyak telah diserukan, didapati Nabi ﷺ sedang berbincang-bincang dengan seorang lelaki di satu sisi masjid. Baginda tidak bangkit untuk mengerjakan salat sampai orang-orang tertidur.”
(HR. Al-Bukhari no. 642)

Syarah:
Tidak disebut dalam hadith yang Rasulullah ﷺ menyuruh ulang semua iqamah.

8. Bilakah jemaah berdiri untuk salat?

Bila iqamah dikumandangkan, bilakah makmum berdiri? Kalau lihat suasana sekarang, bila muazzin mula iqamah sahaja, orang kita sudah kelam kabut berdiri masuk dalam saf. Namun begitu, bagaimana cara sunnah yang sebenarnya?

Terdapat dua keadaan:
1. Imam sudah berada di dalam masjid.
2. Imam di luar dan masuk kemudian.

Kalau imam sudah berada di dalam masjid, maka jemaah bangun ketika disebut: قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ.

✍🏻Dalilnya: Al-Baihaqi menyebutkan dalam Sunannya,

وروينا عن انس بن مالك رضى الله عنه انه إذا قيل قد قامت الصلوة وثب فقام

“Kami mendapat riwayat daripada Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa apabila beliau mendengar ‘Qad qamatis solah’ beliau langsung berdiri.”
(Sunan Al-Kubro, 2/21)

Kalau imam masuk selepas iqamah dilaungkan, maka makmum tidak berdiri hinggalah imam masuk.

✍🏻Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَلاَ تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي

“Apabila dikumandangkan iqamah, janganlah kalian berdiri, hingga kalian melihatku.”
(HR. Bukhari 637, Muslim 604, Nasai 687, dan yang lainnya).

9. Larangan keluar dari masjid setelah azan (melainkan ada sebab yang kuat)

Kadangkala ada yang masuk masjid kerana ingin membuang air dan tiba-tiba azan dilaungkan. Bolehkah dia keluar selepas mendengar azan itu?

Tidak boleh kerana ia adalah sifat munafik. Maknanya dia kenalah salat berjemaah dengan jemaah di masjid itu sehingga habis.

✍🏻Dalam sebuah hadith yang sahih disebutkan:

عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ : كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ الْمَسْجِدِ يَمْشِي ، فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنْ الْمَسْجِدِ ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : (أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Daripada Abu Asy Sya’tsa, beliau berkata: “Ketika itu kami sedang duduk-duduk di masjid bersama Abu Hurairah. Kemudian muadzin pun berazan. Ada seorang lelaki berdiri berjalan. Maka Abu Hurairah tidak melepaskan pandangan terhadap lelaki tersebut hingga akhirnya lelaki tersebut keluar masjid. Maka Abu Hurairah berkata: ‘Adapun orang ini dia telah bermaksiat kepada Abul Qasim (Rasulullah) ﷺ”
(HR. Muslim no. 655).

✍🏻Dalam riwayat lain, ada tambahan:

ثُمَّ قَالَ : أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كُنْتُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَنُودِيَ بِالصَّلَاةِ فَلَا يَخْرُجْ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ

Kemudian Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah ﷺ memerintahkan kami: “Jika kalian di masjid kemudian azan dikumandangkan maka kalian tidak boleh keluar sampai menyelesaikan salat.”
(HR. Ahmad no. 10946, disahihkan oleh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiq beliau terhadap Al Musnad).

✍🏻Sebagaimana juga hadith daripada ‘Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ أَدْرَكَهُ الْأَذَانُ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ خَرَجَ -لَمْ يَخْرُجْ لِحَاجَةٍ وَهُوَ لَا يُرِيدُ الرَّجْعَةَ- فَهُوَ مُنَافِقٌ

“Barangsiapa yang mendapati azan di masjid, lalu keluar (dan keluarnya bukan kerana suatu keperluan, dan dia tidak berniat untuk kembali ke masjid) maka dia munafik.”
(HR. Ibnu Majah no. 726, disahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah).

Cukuplah sudah dalil-dalil yang menguatkan hujah ini. Maka hendaklah seseorang yang berada di masjid ketika azan dikumandangkan jangan keluar sampailah dia salat berjemaah di masjid itu.

10. Azan dan iqamah bagi orang yang lewat waktu

Kalau salat dilakukan lama selepas awal waktu, masih tetap disyariatkan azan.

✍🏻Dalilnya:

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ
إِنَّ الْمُشْرِكِينَ شَغَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَتَّى ذَهَبَ مِنْ اللَّيْلِ مَا شَاءَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعَصْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعِشَاءَ

“Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikan Nabi ﷺ daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan Khandaq sehingga sampai malam dengan kehendak Allah. Maka Baginda ﷺ memerintahkan Bilal untuk azan, lalu beliau pun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang Zohor, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘Asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘Isyak .”
(Sunan Tirmidzi no.164 dan Sunan Nasa’i no. 656)

Syarah:
Lihatlah bagaimana kalau sudah lewat dan tertinggal waktu pun tetap dilaungkan iqamah pada setiap kali qadha’ salat itu.

11. Azan bagi orang yang salat sendirian

Kalau salat sendirian sahaja pun disyariatkan untuk azan. Maknanya azan bukanlah untuk mengajak orang salat sahaja. Ia juga dilaungkan jika hendak memulakan salat, walaupun tidak ada manusia lain di tempat itu.

✍🏻Hadith daripada Abu Sha’sha al-Anshari, bahawa beliau pernah dinasihati sahabat Abu Said al-Khudri رضي الله عنه

إِنِّي أَرَاكَ تُحِبُّ الْغَنَمَ وَالْبَادِيَةَ، فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ، أَوْ بَادِيَتِكَ، فَأَذَّنْتَ بِالصَّلاَةِ، فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ، فَإِنَّهُ لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلاَ إِنْسٌ، وَلاَ شَيْءٌ، إِلاَّ شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم

Saya lihat, kamu suka menggembala kambing dan berada di tempat yang jauh dari pemukiman. Ketika kamu jauh dari pemukiman, (ketika masuk waktu salat), lakukanlah azan dan keraskan suara azanmu. Kerana semua jin, manusia atau apapun yang mendengar suara muazzin, akan menjadi saksi kelak di hari kiamat. Seperti itu yang aku dengar daripada Nabi ﷺ.
(HR. Bukhari 3296, Ahmad 11393 dan yang lainnya).

✍🏻Allah ‎ﷻ berbangga dan memuji orang yang azan dan iqamah walaupun salat sendiri.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau berkata; saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap seorang pengembala kambing di satu tempat di lereng gunung. Ia mengumandangkan azan kemudian menunaikan salat. Allah ‎عز وجل berfirman; (wahai para malaikat Ku) perhatikanlah hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan lalu menunaikan salat kerana takut kepada-Ku, Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga.”
(HR Abu Daud No: 1017)

Status: Isnad Tsiqah

Syarah:
Lihat pengembala ini, tidak ada orang lain di tempat dia mengembala itu, tetapi dia tetap melaungkan azan apabila hendak memulakan solat.

12. Azan ketika safar

Walaupun dalam perjalanan, tetap sunat dikumandangkan azan dan iqamah.

✍ Dalilnya: DaripadaMalik bin Al Huwairits رضي الله عنه, beliau berkata,

أَتَى رَجُلاَنِ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – يُرِيدَانِ السَّفَرَ فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « إِذَا أَنْتُمَا خَرَجْتُمَا فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا »

“Ada dua orang yang pernah mendatangi Nabi ﷺ, mereka berdua ingin melakukan safar. Nabi ﷺ pun bersabda, “Jika kalian berdua keluar, maka kumandangkanlah azan lalu iqamah, lalu yang paling tua di antara kalian hendaknya menjadi imam.”
(HR. Bukhari no. 630).

13. Adakah azan dan iqamah bagi wanita?

Kalau bersama jemaah lelaki, tentunya tidak boleh wanita melaungkan azan. Tetapi bagaimana pula kalau sesama jemaah wanita sahaja? Kita lihat apakah kata ulama’ tentang perkara ini:

✍ Syaikh Mustaffa Al ‘Adawi حفظه الله berkata, “Tidak ada dalil sahih yang menunjukkan wajibnya azan bagi wanita. Namun tidak ada pula hadith sahih yang menunjukkan haramnya.”
(Al-Jaami’ li Ahkamin Nisaa‘, 1: 299).

Syaikh Mustaffa Al ‘Adawi حفظه الله di akhir bahasan tentang azan bagi wanita menyatakan, “Kesimpulannya, tidak ada dalil yang menyatakan bahawa wanita terlarang mengumandangkan azan dan iqamah. Begitu pula tidak ada dalil yang jelas yang menunjukkan wanita itu boleh mengumandangkannya. Jika saja wanita mengumandangkan iqamah, kami tidak menganggapnya terlarang. Jika pun mengumandangkan azan, hendaknya suaranya diperlahankan. Kerana untuk mengingatkan imam saja, wanita tidak mengeraskan suara, namun dengan menepuk belakang telapak tangannya. Wallahu Ta’ala a’laa wa a’lam.” (Al-Jaami’ Ahkamin li Nisaa‘, 1: 303).

✍ Keterangan daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما,

سُئِلَ ابنُ عمرَ هل على النساءِ أذانٌ ؟ فغَضِبَ ، وقال : أنا أَنْهَى عن ذِكْرِ اللهِ ؟

bahawa beliau ditanya, “Apakah wanita boleh berazan?” Kemudian, beliau marah, dan mengatakan, “Apakah saya melarang orang untuk berzikir (menyebut nama) Allah?”

[Musannaf Ibnu Abi Syaibah no.2338 (1/223). Sanadnya dinilai jayyid menurut al-Albani dalam Tamam al-Minnah no.153]

Syarah: Maksud Ibnu Umar رضي الله عنهما adalah beliau merasa aneh dengan pertanyaan yang diajukan orang tersebut kerana itu, beliau marah dan memberikan alasan bahawa azan termasuk zikir yang disyariatkan, maka bagaimana mungkin dilarang?

✍ Dalil:

  • عن عائشةَ أنها كانت تُؤَذِّنُ وتُقيمُ وتَؤُمُّ النساءَ وتَقومُ وسطَهُنَّ..

Atsar daripada Ata’ bin Abi Rabah رحمه الله daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, bahawa dahulu beliau melakukan azan dan iqamah, kemudian mengimami jemaah wanita. Beliau berdiri di tengah saf wanita.
[HR. al-Baihaqi 1/408 dan 3/517; atsar ini khilaf pada status perawi namun dinilai kuat oleh al-Albani melalui pelbagai jalan periwayatan dan beliau mensahihkannya (Ikhtiyarah al-Fiqhiyah). Ia juga dinilai sahih di sisi Imam asy-Syafi’iy dan Imam an-Nawawi].

✍ Telah berkata Imam asy-Syafi’iy رحمه الله:

وليس على النساء أذان وإن جمعن الصلاة وإن أذن فأقمن فلا بأس ولا تجهر المرأة بصوتها تؤذن في نفسها وتسمع صواحباتها إذا أذنت وكذلك تقيم إذا أقامت
“Para perempuan tidak perlu azan walaupun mereka berjamaah bersama (perempuan yang lain). Namun jika ada yang mengazani dan mereka hanya melakukan iqamah, maka hal itu diperbolehkan. Dan juga tidak boleh mengeraskan suara mereka saat azan. Sekiranya azan tersebut cukup didengar olehnya sendiri dan teman-teman perempuannya, begitu juga saat iqamah.”
[al-Umm hal.84 (Imam asy-Syafi’iy)]

Kesimpulan: Kalau kita lihat di atas, ada yang kata boleh azan dan ada yang tidak bersetuju. Jadi yang selamat adalah kalau bersama dengan jemaah wanita sahaja, iqamah sahaja.

Mungkin azan tidak dilaungkan, kecuali kalau yakin yang tidak ada langsung kaum lelaki berdekatan yang boleh dengar. Ini adalah kerana kalau azan itu kuat tetapi iqamah itu dalam lingkungan dekat sahaja, jadi tidak ada masalah kalau wanita iqamah dalam jemaah wanita.

14. Tidak ada azan bagi salat-salat Eid.

Tidak disunatkan azan dan juga iqamah sebelum menunaikan salat Hari Raya dan tidak dilaungkan seruan (الصلاة جامعة) (maksudnya; marilah menunaikan salat berjemaah).

✍ Dalilnya: Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin ‘Abdillah Al-Ansari رضي الله عنهم yang menceritakan;

ُّ أَنْ لَا أَذَانَ لِلصَّلَاةِ يَوْمَ الْفِطْرِ حِينَ يَخْرُجُ الْإِمَامُ وَلَا بَعْدَ مَا يَخْرُجُ وَلَا إِقَامَةَ وَلَا نِدَاءَ وَلَا شَيْءَ لَا نِدَاءَ يَوْمَئِذٍ وَلَا إِقَامَةَ

“Tidak ada azan untuk salat Eidul Fitri saat imam keluar, atau setelah keluarnya imam. Dan tidak ada pula iqamah, pengumuman serta tidak ada pula yang lain, tidak ada azan dan tidak pula iqamah.”
(Sahih Muslim no. 1468)

Adapun lafaz laungan الصلاة جامعة ketika solat Eid adalah dari pendapat mazhab Syafi’iy dan tiada dalil. Ia qiyas kepada lafaz solat gerhana sahaja. Maka ia adalah pendapat yang lemah dan bukan dari sunnah Rasulullah ﷺ. Lafaz ini hanya khusus untuk solat Gerhana sahaja dan bukan untuk salat selainnya.

15. Bercakap ketika azan

Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa orang bercakap ketika azan, lidahnya akan menjadi berat atau kelu untuk melafazkan kalimah tauhid ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir atau meninggal. Adakah ini sahih?

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Berkaitan hujah yang kata susah menghembuskan nafas kalau bercakap ketika azan, hal tersebut adalah tidak benar dan ia sama sekali tidak boleh disandarkan kepada Nabi ﷺ. Ini kerana tidak dijumpai asal baginya dan kita juga sama sekali tidak boleh meriwayatkannya atau menyandarkannya kepada Nabi ﷺ kerana ia merupakan satu pendustaan di atas nama junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ jika kita melakukan hal sedemikian.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya. Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah dari sunnah.

✍ Dalilnya: Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik رحمه الله telah meriwayatkan sebuah atsar daripada Tha’labah رضي الله عنه, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan salat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga beliau keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan salat dan khutbah imam menghentikan percakapan. [Lihat: al-Muwatha’ (215)]

16. Peperangan ditunda kerana azan

Kalau sesuatu tempat itu mengumandangkan azan, maka itu tanda mereka itu orang Islam, maka Khalifah Islam tidak boleh memerangi mereka. Ini kerana umat Islam tidak boleh memerangi umat Islam yang lain.

✍ Dalil:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا غَزَا بِنَا قَوْمًا لَمْ يَكُنْ يَغْزُو بِنَا حَتَّى يُصْبِحَ وَيَنْظُرَ، فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا كَفَّ عَنْهُمْ، وَإِنْ لَمْ يَسْمَعْ أَذَانًا أَغَارَ عَلَيْهِمْ، قَالَ فَخَرَجْنَا إِلَى خَيْبَرَ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ لَيْلاً، فَلَمَّا أَصْبَحَ وَلَمْ يَسْمَعْ أَذَانًا رَكِبَ وَرَكِبْتُ خَلْفَ أَبِي طَلْحَةَ، وَإِنَّ قَدَمِي لَتَمَسُّ قَدَمَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏.‏ قَالَ فَخَرَجُوا إِلَيْنَا بِمَكَاتِلِهِمْ وَمَسَاحِيهِمْ فَلَمَّا رَأَوُا النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالُوا مُحَمَّدٌ وَاللَّهِ، مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ‏.‏ قَالَ فَلَمَّا رَآهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، خَرِبَتْ خَيْبَرُ، إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ ‏”‌‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far daripada Humaid daripada Anas bin Malik bahawa “Nabi ﷺ jika memerangi suatu kaum bersama kami, maka baginda tidak menyerang kaum tersebut hingga datangnya waktu subuh (menunggu). Jika mendengar suara azan, baginda akan menahan serangan itu. Namun bila tidak terdengar suara azan maka baginda menyerangnya.” Anas bin Malik berkata, “Maka pada suatu hari kami keluar untuk menyerbu perkampungan Khaibar, kami lantas menunggu hingga malam hari. Ketika datang waktu pagi dan baginda tidak mendengar suara azan, maka baginda menaiki tunggangannya sementara aku membonceng di belakang Abu Thalhah. Sungguh kakiku menyentuh kaki Nabi ﷺ.” Anas bin Malik melanjutkan kisahnya, “Penduduk Khaibar keluar ke arah kami dengan membawa keranjang dan sekop-sekop mereka, ketika mereka melihat Nabi ﷺ , maka mereka berkata, “Muhammad! Demi Allah, Muhammad dan pasukannya (datang)!” Kata Anas, “Ketika Rasulullah ﷺ melihat mereka, baginda bersabda: “Allahu Akbar, Allahu Akbar, hancurlah Khaibar! Sesungguhnya kami, apabila mendatangi perkampungan suatu kaum, maka amat buruklah pagi hari yang dialami orang-orang yang diperingatkan tersebut).”

[ Ash Shaffaat: 177 ].
Sahih Bukhari no. 610.

Syarah: al-Hafiz Ibn Hajar رحمه الله mengatakan di dalam hadith ini terdapat penjelasan bahawa azan adalah termasuk syiar Islam yang tidak boleh ditinggalkan. Seandainya penduduk suatu negeri itu sepakat meninggalkannya, maka penguasa (Khalifah) boleh memerangi mereka.

G. Bid’ah-bid’ah dalam azan dan hal-hal yang menyelisihi sunnah.

Sekarang kita bincangkan antara beberapa bid’ah yang terlibat dalam azan ini. Tentunya kita tidak dapat menyenaraikan semua sekali kerana bid’ah ini sentiasa bertambah kerana manusia memang kreatif dalam bab bid’ah ini. Kita juga tidak dapat hendak fikirkan bagaimana mereka berfikir.

Yang penting kita ingat adalah azan ini adalah termasuk dalam hal ibadah. Maka hukum asal ibadah adalah terlarang, kecuali ada dalil yang memerintahkannya. Maka tidak boleh hendak laungkan azan tidak tentu pasal tanpa ada dalil daripada Nabi ﷺ dan juga amalan para sahabat.

1. Bertasbih (memuji-muji) sebelum fajar

Ini termasuk apa-apa sahaja bacaan, lafaz, zikir dan sebagainya yang selalu dibacakan di mikrofon/speaker sebelum azan dilaungkan. Perkara ini menjadi isu dalam masyarakat kerana orang bukan Islam sangka itu adalah azan tetapi sebenarnya tidak. Yang selalu terjadi adalah ada orang yang pakai speaker baca ayat Qur’an, ada yang zikir munajat dan lain-lain. Ini tidak boleh sebenarnya.

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi ﷺ Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan salat seperti wanita yang haidh atau bukan muslim dan lain-lain.

Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. Jadi perbuatan ini telah memburukkan nama Islam tanpa disedari. Mereka akan sangka agama Islam ini pelik, menggangu dan tidak memikirkan hak orang lain.

Sebenarnya, Nabi ﷺ sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain.

✍ Dalam hadith Nabi ﷺ,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Daripada Abu Sa’id, (dia) berkata:

“Ketika Nabi ﷺ beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi ﷺ berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam bacaan (Al-Quran) atau dalan salatnya” (Sunan Abu Daud no. 1135 dengan sanad yang sahih).

Syarah: Dalam hadith ini Nabi ﷺ melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi ﷺ dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.

2. Menambah selawat dan salam kepada Nabi ﷺ di dalam azan

Kita telah belajar bagaimana selawat itu diucapkan selepas azan. Tetapi bagaimana pula kalau muazzin membaca selawat dengan suara yang keras, seolah-olah ini adalah sebahagian dari azan? Maka amalan baca salawat dengan keras sebelum ataupun selepas azan termasuk amalan bid’ah kerana tidak dianjurkan dalam syarak.

✍ Syaikh Sayyid Sabiq رحمه الله berkata,

“Mengeraskan bacaan salawat dan salam bagi Rasul setelah azan adalah sesuatu yang tidak dianjurkan. Bahkan amalan tersebut termasuk dalam bid’ah yang terlarang. Ibnu Hajar berkata dalam Al Fatawa Al Kubra, Para guru kami dan selainnya telah menfatwakan bahwa salawat dan salam setelah kumandang azan dan bacaan tersebut dengan dikeraskan sebagaimana ucapan azan yang diucapkan muazzin, maka mereka katakan bahawa salawat memang ada sunnahnya, namun cara yang dilakukan tergolong dalam perbuatan bid’ah.”

Syaikh Muhammad Mufti Ad Diyar Al Mishriyah ditanya mengenai salawat dan salam setelah azan (dengan dikeraskan). Beliau رحمه الله menjawab, “Sebagaimana disebutkan dalam kitab Al Khaniyyah bahawa azan tidak terdapat pada selain salat wajib. Azan itu ada 15 kalimat dan ucapkan akhirnya adalah “Laa ilaha illallah”. Adapun ucapan yang disebutkan sebelum atau sesudah azan (dengan suara keras sebagaimana azan), maka itu tergolong dalam amalan yang tidak ada asal usulnya (baca: bid’ah). Kekeliruan tersebut dibuat-buat bukan untuk tujuan tertentu. Tidak ada satu pun di antara para ulama’ yang mengatakan bolehnya ucapan keliru semacam itu. Tidak perlu lagi seseorang menyatakan bahawa amalan itu termasuk bid’ah hasanah kerana setiap bid’ah dalam ibadah seperti contoh ini, maka itu termasuk bid’ah yang buruk (bukan bid’ah hasanah, tetapi masuk bid’ah sayyi-ah, bid’ah yang buruk). Siapa yang mendakwa bahawa seperti ini bukan amalan yang keliru, maka ia berdusta.” (Berakhir nukilan daripada Syaikh Sayyid Sabiq).

Allahu a’lam.

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 1)

0

Fahaman Sesat Dahriyyah

Ini adalah fahaman sesat yang ketiga yang kita bincangkan. Ia juga adalah fahaman hasil daripada tipu daya syaitan. Fahaman itu adalah ‘dahriyyah’ dan mereka yang ada fahaman ini dipanggil ‘dahriyyun’.

🕰
Mari kita bincangkan istilah dahulu. Kalimah ‘dahri’ bermaksud Masa. ada disebut dalam [Surah Insan: ayat 1].

هَل أَتىٰ عَلَى الإِنسٰنِ حينٌ مِّنَ الدَّهرِ

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,


Kalimah الدَّهرِ merujuk kepada Masa Yang Panjang. Dari tiada hingga tiada. Sebagai contoh, kita dahulu tiada, nanti akan sampai satu masa, kita tiada kembali. Begitu juga bumi dahulunya tiada dan nanti akan tiada balik. Jangka masa ini amatlah panjang dan tiada had.


Ia berbeza dengan kalimah ‘waktu’ yang pendek sahaja. Waktu adalah masa untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh: waktu untuk kerja dari pukul sekian-sekian. Jadi ia adalah masa yang terhad.

Bagaimana pula dengan kalimah ‘asr’ dalam Surah al-Asr itu? Kalimah ‘Asr’ asalnya bermaksud ‘perahan’. Jadi ia pun berkait dengan waktu kerana ia bermaksud waktu yang diisi penuh. Apabila diperah, maknanya masa itu digunakan dengan sepenuhnya. Surah al-Asr mengajar kita untuk perah masa betul-betul. Ia mengajar kita jangan sia-siakan masa semasa di dunia ini kerana masa di dunia tidak panjang.

Masa juga kena digunakan untuk kebaikan dalam hal agama kerana kalau waktu itu digunakan sepenuhnya pun, ia dikira rugi juga kalau tidak ada ada 4 perkara seperti disebut dalam surah al-Asr itu.

Fahaman Dahriyyah ini adalah salah satu daripada fahaman Atheist (tidak percaya kepada Tuhan) juga. Tetapi ada banyak spektrum (cabang) fahaman atheist ini. Kita sedang belajar salah satu daripadanya.

Kalau mereka tidak percaya kepada kewujudan Tuhan, maka apakah jawapan mereka kepada kewujudkan alam ini? Itulah mereka meletakkan kewujudan alam ini atas masa.

Fahaman sesat Dahriyyah ini sudah wujud sebelum Islam lagi. Iaitu mereka yang berpendapat yang Masa itu kekal. Kepada mereka, kita ini wujud hanya kerana masa. Kepada mereka, tiada pencipta apa sahaja. Alam ini ada kerana masa dan nanti apabila mati pun, kerana masa juga.

Fahaman sesat ini sudah ditegur oleh Allah ‎ﷻ dan disebut dalam [Jathiyah: 24].

وَقَالُواْ مَا هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا يُہۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُ‌ۚ وَمَا لَهُم بِذَٲلِكَ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَظُنُّونَ (٢٤)

Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

Pada mereka, kita hidup ini hanya kerana masa sahaja. Kita ada kerana masa dan nanti bila masa sudah lama berlalu, kita akan mati kerana masa yang sudah lama. Bukannya kita hidup kerana dijadikan oleh Allah ‎ﷻ. Bukanlah kita mati kerana Allah ‎ﷻ buat keputusan untuk mematikan kita.

Oleh kerana itu, kehidupan mereka berorientasikan kekinian. Mereka semua pandang yang kini sahaja. Mereka hadap yang di hadapan mata mereka, yang sedang berlaku. Maka mereka tidak lihat di hadapan. Maka konsep akhirat tidak ada pada mereka kerana ia tidak ada di hadapan mereka.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan Petang

0

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 1/18

أصبحنا وأصبح الملك لله والحمد لله لا شريك له، لا إله إلا هو وإليه النشور،(ثلاثاً)

” Kami berpagi hari dan berpagi hari pula kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan melainkan Dia dan kepada-Nya tempat kembali ” (3 kali)

Takhrij:

Syeikh Tariq Atif Hijari, KSA

تخريج الحديث وتحقيقه:
إسناده ضعيف: أخرجه البخاري في ((الأدب المفرد)) (706)، وابن السني في ((عمل اليوم والليلة)) (83)، والبزار ((كشف الأستار)) (3105)، وغيرهم من طريق خالد بن يوسف السمني، قال: حدثنا أبو عوانة عن عمر بن أبي سلمة عن أبيه عن أبي هريرة به مرفوعاً.
قلت: في إسناده ضعيفان؛ خالد بن يوسف السمتي، وعمر بن أبي سلمة.
قال الشيخ الألباني رحمه الله في ((ضعيف الأدب المفرد)) (93/ 604): ضعيف بهذا اللفظ، وفيه عمر- وهو ابن أبي سلمة الزهري القاضي – فيه ضعف.

Sanadnya dhaif, HR Al Bukhari di dalam adabul Mufrad 706. Ibn Sunni, Amal Al Yawm Wa Laylah, 83. Al-Bazzar, Kasyf Al-Asytar, 3105 daripada sanad Khalid bin Yusof Al-Simti, katanya daripada Abu Awanah daripada Umar bin Abi Salamah, daripada ayahnya daripada Abu Hurairah secara marfu’.

Dhaif, kerana dua perawi dhaif, Khalid bin Yusof Al-Simni dan Umar bin Abi Salamah.

Ulasan:

Syeikh Al-Albani رحمه الله di dalam dhaif Adab ul Mufrad, dhaif akan lafaz ini kerana adanya perawi dhaif bernama Umar, yakni Ibn Abi Salamah Al-Zuhri al-Qadhi.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 2/18

أصبحنا على فطرة الإسلام، وكلمة الإخلاص وعلى دين نبينا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى ملة أبينا إبراهيم حنيفاً, وما كان من المشركين(ثلاثاً).

” Kami terjaga (di pagi hari) dalam fitrah islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami Muhammad ﷺdan dalam millah ajaran bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang yang musyrik.

Takhrij/ tahqiq:

روى الإمام أحمد (14938) عَنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى : (أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ)
رواه الطبراني في “الدعاء” (293) وعبد الله بن أحمد في “زوائد المسند” (20641) وصححه الألباني في “الصحيحة” (2989) .

HR Imam Ahmadرحمه الله musnad, 14938, Tabrani di dalam ad doa, 293, Abdullah bin Ahmad di dalam az-Zawaid, 20641, dinilai sahih oleh Al-Albani رحمه الله, silsilah Al-Sahihah 2989

أَصبَحْنا على فِطرةِ الإسلامِ، وعلى كَلِمةِ الإخلاصِ، وعلى دينِ نَبيِّنا محمَّدٍ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، وعلى مِلَّةِ أبينا إبراهيمَ حَنيفًا مُسلِمًا، وما كان مِنَ المُشرِكينَ.
الراوي : عبدالرحمن بن أبزى | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 15360 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط الشيخين |  انظر شرح الحديث رقم 146840
التخريج : أخرجه النسائي في ((السنن الكبرى)) (9831)، وأحمد (15360) واللفظ له

Penilaian Syeikh Syuaib al-Arnaouth رحمه الله, sahih, no 15,360

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 3/18

اللهم إني أصبحت منك في نعمة وعافية وستر، فأتم عليّ نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة( 3X) (ثلاثاً).
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من قال: اللهم إني أصبحت منك في نعمة وعافية وستر فأتم عليّ نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة ثلاث مرات إذا أصبح وإذا أمسى كان حقاً على الله عز وجل أن يتم عليه نعمته” رواه ابن السني.

” Ya Allah, aku terjaga oleh-Mu dalam kenikmatan, kesihatan, dan keterjagaan (atas rahsia dosa-doasaku), maka sempurnakanlah bagiku kenikmatan dari-Mu, kesihatan dari-Mu, dan penjagaan-Mu (atas rahsia dosa-dosaku), baik di dunia ataupun di akhirat.” Dibaca 3 kali ( HR Ibn Sunni)

Amat dhaif.

خريج الحديث وتحقيقه:
ضعيف جداً: أخرجه ابن السني في ((عمل اليوم والليلة)) (56)، من طريق عمرو بن الحصين، قال: حدثنا إبراهيم بن عبد الملك عن قتادة عن سعيد بن أبي الحسن عن ابن عباس مرفوعاً به.
قال الحافظ في ((نتائج الأفكار)) (2/ 389): عمرو بن الحصين، متروك باتفاقهم، واتهمه بعضهم بالكذب، والله المستعان.
الشيخ طارق عاطف حجازي

Syeikh Tariq ‘Aathif Hijari, KSA, menilainya amat dhaif kerana perawi Amru bin Al-Hushain, disepakati akan perawi yang matruk bahkan ada yang menilainya pendusta. (Ibn Hajar, Nataij Al-Afkaar, 2:389)

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Presuposisi 14: When You Don’t Get the Response you want; Try Something Else

0

Siri Pengenalan NLP oleh Azlizan Nueq

14. When you don’t get the response you want; Try something else

Bila anda tidak mendapat respons yang anda inginkan; cuba pendekatan berbeza

Insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result”. Albert Einstein.

Maksudnya kalau buat benda yang sama, dan berharap dapat keputusan lain, itu gila namanya.

Sebagai contoh, kita hendak mendidik anak, menggunakan cara takutkan dia, marah dia iaitu dengan cara kekerasan. Kemudian kita dapati tiada peningkatan dalam pembelajaran dia.

Kalau kita teruskan dengan cara itu dan berharap keputusan peperiksaan dia akan berubah lama kelamaan, adakah itu akan berjaya?

Tentu tidak. Inilah kegilaan yang dimaksudkan: guna cara sama tetapi berharap akan mendapat keputusan yang lain.

Sebaliknya yang patut kita lakukan adalah guna teknik, taktik dan cara yang lain. Kena kreatif dalam berfikir. Kena buat kajian apakah cara yang lain. Kena buka minda. Kena dapatkan maklumat. Kena perhatikan anak itu bagaimana sifatnya dan apakah yang memotivasikan dia.

Tetapi memang sebagai manusia, susah untuk berubah. Ini kerana kita sudah biasa dengan rutin kehidupan kita. Kita sudah biasa buat begini dan susah untuk ubah cara lain. Dalam kehidupan begitu, dalam agama pun begitu juga. Kerana itu Muslim di Malaysia masih lagi banyak mengamalkan amalan bid’ah, kerana mereka sudah biasa begitu.

Macam kita biasa makan nasi dan budu, tiba-tiba disuruh makan keju, tentulah tidak suka. Orang yang mula makan keju tentu tidak suka, kerana rasanya yang agak masam. Tetapi lama kelamaan, boleh sahaja makan cheese. Sekarang peniaga letak cheese dalam goreng pisang pun ada… sedap pula tu!

Contoh lain dalam kehidupan: kita semua mahukan kerja yang lebih baik, gaji lebih tinggi, kerja yang lebih selesa. Tetapi tidaklah boleh berharap sahaja. Kena ada usaha daripada kita kerana kalau hendak dapatkan kerja lain, kita kena ada skil (kemahiran) untuk kerja yang lain.

Tidak berapa lama yang lalu, saya terbaca seorang “engineer” (jurutera) kapal terbang yang berjaya menjadi “pilot” (juruterbang). Sambil dia kerja engineer, dia belajar menggunakan masanya sendiri untuk belajar bawa kapal terbang. Akhirnya dia dapat menjadi pilot.

Begitu juga dalam kerjaya kita. Untuk kita naik ke atas, kita perlu pelbagaikan skil kerja kita, tambahkan skil yang lebih baik daripada yang sedia ada. Kita boleh tambah pengetahuan kita, buka minda dan ubah cara kerja kita. Kalau tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.

Ini semua memerlukan ‘usaha’ dan juga ‘masa’, dan dua ini adalah pelaburan yang ramai tidak mahu lakukan. Mereka hendak selesa sahaja, maka tidaklah salah kalau mereka terus duduk di takuk lama, bukan? Sebagai contoh, di pejabat saya ada seorang “despatch” yang telah lama bekerja dengan kami. Tetapi memang tidak boleh hendak “promote” dia jadi kerani atau apa-apa yang lain, kerana memang skil dia bawa motor dan hantar surat sahaja.

Semua perubahan bermula dengan ‘kehendak’ dalam diri kita. Adakah kita hendak jadi lebih baik? Kalau ada keinginan itu, maka kita akan berusaha untuk mencari jalannya. “When you have a big enough ‘why’, then you will find the ‘how’”. (Apabila anda mempunyai sebab ‘kenapa’ yang cukup besar, maka anda akan mencari jalan untuk ‘bagaimana’)

Perubahan tentulah melibatkan risiko juga. Tidaklah bila kita ubah cara kita, bermakna ia terus berjaya. Kadangkala cara baru itu pun tidak berjaya. Jangan putus asa, kalau ia tidak berjaya, tidak memberi respons yang memberangsangkan, maka kita ubah cara lain.

Begitu juga dalam kita menasihati orang lain. Kita mahukan respons (tindakbalas) yang memberangsangkan daripada dia. Kalau ia tidak berjaya, maka kita ubah teknik kita. Sebagai contoh, kita bagi nasihat dia tidak dengar. Maka kita ubah teknik dengan beri contoh orang-orang yang berjaya. Kemudian kita suruh dia bayangkan bagaimana kalau dia berada di tempat orang yang berjaya itu.

Yang penting, kita kena tengok respons. Adakah ia positif atau negatif? Selagi tidak positif, maka kita ubah dan ubah lagi.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-209 hingga Ke-211

0

Tafsir Ayat Ke-209

Ini adalah ayat Zajrun.

فَإِن زَلَلتُم مِّن بَعدِ ما جاءَتكُمُ ٱلبَيِّنَـٰتُ فَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

فَإِنْ زَلَلْتُمْ

Sekiranya kamu tergelincir juga;

Iaitu ada juga yang melakukan kesalahan atau tersilap buat. Ini adalah kerana kadang-kadang manusia terikut dengan dorongan nafsu dan syaitan.

مِّنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ ٱلبَيِّنَـٰتُ

setelah datang kepada kamu dalil-dalil bukti yang jelas nyata;

Tergelincir yang dimaksudkan itu bukanlah sebab kita tidak tahu, tetapi setelah diberitahu dengan segala dalil bukti itu adalah daripada Allah ‎ﷻ dan Sunnah Nabi. Yang sepatutnya, kalau kita tersilap dalam sesuatu perbuatan, maka cepat-cepat kita istighfar dan minta ampun kepada Allah ‎ﷻ. Jangan tangguh-tangguh lagi.

فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Gagah Perkasa dan Maha Bijaksana;

Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia Maha Gagah – maksudnya Dia boleh hendak masukkan kita ke dalam neraka dengan segala azabnya. Allah ‎ﷻ boleh sahaja terus beri azab kepada kita. Kalau kita tergelincir maka hendaklah kita tahu bahawa Allah ‎ﷻ itu Maha Gagah Perkasa dan Dia boleh azab kita bila-bila masa sahaja, tidak payah tunggu masuk neraka pun.

Maksud Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana – terpulang kepada Dia hendak memasukkan kita ke dalam neraka atau tidak. Keputusan ada pada Allah ‎ﷻ. Kita patut bersyukur Allah ‎ﷻ tidak azab terus kita di atas kesalahan kita kerana Dia memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Dia mungkin tidak hukum kita pada hari ini di atas kebijaksanaan-Nya tetapi ketahuilah bahawa Dia boleh hukum kita pada waktu yang lain. Jadi jangan kita salah faham dengan dua sifat ini. Allah ‎ﷻ tidak hukum kita sekarang sebab Dia ada sifat Hakim.

Namun kena ingat yang Allah ‎ﷻ juga ada sifat Aziz, dan Dia boleh hukum kita bila-bila masa sahaja. Maka jangan kita rasa selamat.

TafsirAyat Ke-210

Ayat ini adalah ayat takhwif duniawi. Ia adalah tentang azab yang mungkin diberikan kepada mereka yang degil untuk menerima Islam dan mengamalkannya 100%. Ini adalah sambungan daripada ayat sebelum ini, di mana kita disuruh berpegang dengan agama 100%.

هَل يَنظُرونَ إِلّا أَن يَأتِيَهُمُ اللَّهُ في ظُلَلٍ مِّنَ الغَمامِ وَالمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأَمرُ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرجَعُ الأُمورُ

(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telah pun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

هَل يَنظُرونَ

Adakah mereka menunggu?

Adakah mereka menangguh-nangguh untuk beramal dengan agama Islam? Maksud perkataan ‘menunggu’ itu adalah mereka tidak mengamalkan agama Allah ‎ﷻ dengan sepenuhnya dan kalau begitu, yang mereka tunggu adalah azab Allah ‎ﷻ. Apa lagi yang mereka tunggu? Apa lagi yang menghalang mereka daripada mengamalkan Islam sepenuhnya?

Ini adalah sifat orang Munafik. Dia tahu yang sebagai seorang Muslim, kenalah amalkan agama Islam dengan sepenuhnya seperti yang disebut dalam ayat ke-208. Tetapi mereka menangguh juga lagi. Mereka kata: “Takpelah aku muda lagi”; bila nak kahwin, apabila keluarga suruh bersanding, mereka buat juga dan dalam hati kata: “Waktu ini sahaja aku buat syirik sebab nak jaga hati keluarga, nanti selepas dah duduk rumah sendiri bolehlah aku amalkan Islam sepenuhnya”;

Kalau waktu kerja atau berniaga, mereka sibuk sampai tidak menjaga salat – mereka kata bila sudah tidak sibuk nanti mereka akan jaga salat – dan macam-macam lagi alasan mereka apabila menangguh itu. Semua itu buat sedap hati sahaja.

إِلّا أَن يَأتِيَهُمُ اللَّهُ في ظُلَلٍ مِّنَ الغَمامِ

melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan,

Allah ‎ﷻ hendak beritahu bahawa masa yang mereka tunggu untuk mengamalkan Islam sepenuhnya itu tidak akan datang, yang akan datang adalah azab Allah‎ ﷻ. Tidaklah yang mereka tunggu melainkan azab Allah ‎ﷻ sahaja yang akan sampai kepada mereka.

Allah‎ ﷻ ‘datang’ itu dengan membawa azab. Atau, bukanlah Allah ‎ﷻ datang tetapi Allah ‎ﷻ ‘datangkan’ azab itu. Azab Allah ‎ﷻ itu mungkin boleh datang dalam bentuk di bawah awan yang gelap.

Pernah terjadi di zaman dahulu telah berlaku kemarau yang panjang dan apabila datang awan yang gelap, mereka gembira kerana mereka sangkakan yang hujan akan turun. Padahal yang sebaliknya adalah awan yang gelap itu adalah azab daripada Allah ‎ﷻ yang akan datang kerana di dalam awan yang mendung itu ada api yang membakar.

وَالمَلائِكَةُ

dengan malaikat

Boleh juga terjadi azab itu dibawa oleh malaikat dalam bentuk tempikan dan gegaran daripada malaikat. Ini biasa juga terjadi seperti yang terjadi kepada umat-umat yang terdahulu.

وَقُضِيَ الأَمرُ

dan diputuskanlah keputusan

Dan apabila azab itu datang, selesailah segala keputusan. Maknanya mereka akan dimatikan dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Itulah maksud ‘selesai’. Mereka yang ‘selesai’.

وَإِلَى اللَّهِ تُرجَعُ الأُمورُ

dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

Allah‎ ﷻlah yang berhak menentukan segala keputusan yang dikenakan kepada manusia. Allah ‎ﷻ yang menentukan sama ada hendak mengenakan azab kepada kita atau tidak. Semuanya di tangan Dia.

Jangan sangka perkara ini tidak boleh terjadi kepada kita. Allah ‎ﷻ boleh sahaja mengenakan azab kepada kita semasa kita di dunia lagi, atau Allah ‎ﷻ boleh tangguh azab itu di akhirat kelak. Kalau Allah ‎ﷻ tangguhkan, itu adalah kerana Allah ‎ﷻ beri peluang kepada kita untuk bertaubat.

Tafsir Ayat Ke-211

Allah ‎ﷻ memberi contoh apa yang terjadi kepada umat yang dahulu iaitu Bani Israil. Sebelum umat Nabi Muhammad ﷺ dibangkitkan, Bani Israillah umat Islam pada zaman mereka. Tetapi mereka tidak mahu mengamalkan Islam dengan sepenuhnya, maka mereka telah diazab.

Ayat ini adalah sebagai peringatan untuk kita, sebenarnya. Allah ‎ﷻ hendak ingatkan kita sebagai umat Islam yang menggantikan mereka, supaya jangan jadi macam mereka.

سَل بَني إِسرٰئيلَ كَم ءَاتَينَـٰهُم مِّن ءَايَةِۭ بَيِّنَةٍ ۗ وَمَن يُبَدِّل نِعمَةَ اللَّهِ مِن بَعدِ ما جاءَتهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ

Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah dia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

سَل بَني إِسرٰئيلَ

Tanyalah kepada Bani Israil,

Allah‎ ﷻ beri contoh perkara yang sudah berlaku, iaitu kepada Bani Israil. Mereka masih lagi berdegil tidak mahu menggunakan sepenuhnya wahyu yang telah diberikan kepada mereka. Kita telah banyak belajar dalam surah Baqarah bagaimana mereka pilih-pilih mana hendak pakai dan mana mereka hendak tolak.

Maka ingatlah bahawa perkara yang sama juga boleh terjadi kepada kita. Ada juga masyarakat kita yang tidak pakai semua ayat Al-Qur’an. Mana yang tidak kena dengan jiwa dan nafsu mereka, mereka tolak.

Allah ‎ﷻ suruh tanya kepada Bani Israil itu, kerana mereka ada di kalangan umat Islam di Madinah waktu itu. Tanya apa?

كَم ءَاتَينَـٰهُم مِّن ءَايَةِۭ بَيِّنَةٍ

berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka

Allah ‎ﷻ suruh tanya kepada puak Bani Israil itu berapa banyak tanda-tanda yang telah diberikan kepada mereka. Mereka telah dapat melihat banyak mukjizat-mukjizat, tanda-tanda dan Kalam Allah ‎ﷻ yang diberikan kepada mereka berupa kitab Taurat dan Kitab Injil.

Mereka telah melihat berbagai-bagai tanda dan mukjizat kepada kebenaran seperti terbelahnya laut, air keluar dari batu, makan Manna dan Salwa yang turun dari langit, awan yang melindungi mereka dan macam-macam lagi, namun mereka masih degil untuk taat sepenuhnya.

وَمَن يُبَدِّل نِعمَةَ اللَّهِ مِن بَعدِ ما جاءَتهُ

dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah sesudah nikmat itu sampai kepada-Nya,

Bani Israil itu telah menukar nikmat yang telah diberikan kepada mereka. Dan sesiapa yang menukar nikmat agama yang diberikan dengan menderhaka kepada Allah ‎ﷻ, mereka akan menerima azab yang keras. ‘Menderhaka’ itu bermaksud tidak bersyukur dengan nikmat hidayah yang telah diberikan setelah nikmat itu sampai kepada mereka, maka ingatlah yang Allah ‎ﷻ amat keras azabnya.

Mereka tidak endahkan wahyu-Nya dan masih lagi mementingkan perkara yang lain. ‘Nikmat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah wahyu. Wahyu sudah ada tetapi ramai yang masih hendak pakai pendapat selain daripada wahyu. Antaranya mereka pakai pendapat pendeta mereka yang bercanggah dengan Kalam Allah ‎ﷻ.

Atau mereka rujuk kitab karangan manusia tanpa memeriksa sama ada pendapat penulis kitab itu bersesuaian dengan wahyu atau tidak.

Malangnya, begitulah yang terjadi di kalangan masyarakat Islam kita sekarang. Ramai yang tidak menggunakan Al-Qur’an dan Sunnah, tetapi sebaliknya ‘tukar’ hidayah dengan ambil pendapat tok guru, kitab karangan manusia, dan hawa nafsu mereka.

فَإِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ

maka sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Ketahuilah bahawa azab Allah ‎ﷻ itu amat berat. Memang tidak sanggup hendak tanggung. Maka kita kena berhati-hati semoga kita terselamat daripada azab Allah ‎ﷻ itu.

Kita jangan sangka perkara ini tidak boleh berlaku kepada kita. Jikalau kita tidak mementingkan wahyu yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita, dan kita tukar dengan pakai pendapat yang lain, maka azab yang sama boleh dikenakan kepada kita.

‘Tukar’ itu bukan sahaja bermaksud kita tidak percaya kepada wahyu itu tetapi ia juga terjadi kalau kita lebih ‘mementingkan’ perkara-perkara lain dalam agama kita – umpamanya mementingkan pendapat daripada guru atau kitab.

Atau kita lebih mementingkan dunia kita – harta, kedudukan, keluarga dan macam-macam lagi tanpa rujuk kepada Al-Qur’an sebagai panduan hidup kita.

Allahu a’lam.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 13 – Berwirid dengan surah 3 Qul

0

Zikir 13: Berwirid dengan surah 3 Qul

1/3: Al-Ikhlas

Sahih.

بسم الله الرحمن الرحيم،قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ{}اللَّهُالصَّمَدُ{} لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ{} وَلَمْ يَكُنْلَهُ كُفُوًا أَحَدٌ{} (ثلاثاً).
وروى مسلم (811) عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِي لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ؟ قَالُوا : وَكَيْفَ يَقْرَأْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ . قَالَ : قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

Terjemahan:
” Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad):” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa”; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak, dan la pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. ” (dibaca 3 kali)

Fadhilat surah:

Daripada Abu Darda’ daripada Nabi ﷺ, sabda baginda: “Sanggupkah kalian membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam? ” Mereka bertanya, ‘Bagaimana caranya kita membaca 1/3 Al-Qur’an? Lalu Nabi ﷺ menjelaskan, “Qul huwallahu ahad senilai sepertiga Al-Qur’an.” (HR. Muslim, no. 811).

Menurut Hisnul Muslim, membaca surah Al-Ikhlas sekali sahaja kecuali 3 kali selepas salat Maghrib dan Subuh.

 

2-3/3: Al-Falaq dan An-Nas

Status Hasan.

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)

” Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. “

1. ” Katakanlah (wahai Muhammad ﷺ ); Aku berlindung kepada (Allah ﷻ) tuhan yang menciptakan sekalian makhluk “.
2. ” Daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan “.
3. ” Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk “.
4. ” Dan daripada kejahatan-kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) “.
5. ” Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.” [Al-Falaq: 1-5]

 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

1. ” Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.”
2. ” Yang Menguasai sekalian manusia.”
3. ” Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.”
4. ” Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. “
5. ” Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. “
6. ” (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. ” [An-Nas: 1-6]

Fadhilat surah:

حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي فُدَيْكٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْبَرَّادِ عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ خَرَجْنَا فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي لَنَا قَالَ فَأَدْرَكْتُهُ فَقَالَ قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا قَالَ قُلْ فَقُلْتُ مَا أَقُولُ قَالَ قُلْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَتُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَأَبُو سَعِيدٍ الْبَرَّادُ هُوَ أَسِيدُ بْنُ أَبِي أَسِيدٍ مَدَنِيٌّ

Terjemahan:
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdu bin Humaid telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Isma’il bin Abu Fudaik telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi`b daripada Abu Sa’id al-Barrad daripada Mu’az bin Abdullah bin Khubaib daripada ayahnya beliau berkata; kami keluar pada malam hari dalam keadaan turun hujan dan sangat gelap, kami meminta Rasulullah ﷺ agar melakukan salat untuk kami. Abdullah bin Khubaib رضي الله عنه berkata; Kemudian aku mendapati baginda dan baginda mengatakan: “Ucapkan!” Namun aku tidak mengatakan apapun. Baginda mengatakan: “Ucapkan!” Namun aku tidak mengatakan apapun. Baginda mengatakan: “Ucapkan!” Maka aku katakan; apa yang aku katakan? Baginda mengatakan: “Ucapkan: Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas) dan dua surah pelindung (surah al-Falaq dan al-Nasr) ketika petang dan pagi hari sebanyak tiga kali, maka surah tersebut akan melindungimu daripada segala mara bahaya.” (HR Abu Daud, no 5082, at-Tirmidzi, no 3575 (ini lafaz at-Tirmidzi), beliau menilainya hasan sahih gharib, dihasankan oleh al-Albani).

الراوي : عبدالله بن خبيب | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3575 | خلاصة حكم المحدث : حسن

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

At-Tazkirah Al-Qurthubi: Kematian dan Sakaratul Maut

0

At-Tazkirah al-Qurthubi (w671H)

Kod 5.0 Bab Orang Mukmin Meninggal dengan Kesan Peluh pada Keningnya (باب المؤمن يموت بعرق الجبين )

5.1: Hadith Buraidah

ابن ماجه عن بريدة أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : المؤمن يموت بعرق الجبين خرجه الترمذي و قال فيه : حديث حسن . (أخرجه النسائي ( 1827 ) والترمذي ( 982 ) وابن ماجه ( 1452 ) وصححه الألباني رحمه الله تعالى )

Daripada Buraydah ra, Nabi SAW bersabda:
“Seorang mukmin yang meninggal dunia ada peluh di atas keningnya”. (HR an Nasa’iy 1827, Tirmidzi, 982, katanya hadith hasan, Ibn Majah, 1452, disahihkan oleh al Albani, ahkam al Janaiz, ms 35, sahih Ibn Majah, 1188)

5.2: Hadith Salman al Farisi ra, Dhaif

و روى عن سلمان الفارسي رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ارقبوا للميت عند موته ثلاثاً : إن رشح جبينه . و ذرفت عيناه . و انتشر منخراه . فهي رحمة من الله قد نزلت به . و إن غط غطيط البكر المخنوق . و خمد لونه . و ازبد شدقاه . فهو عذاب من الله تعالى قد حل به خرجه أبو عبد الله الترمذي الحكيم في نوادر الأصول له

Daripada Salman al Farisi ra, sabda Rasulullah SAW, “Perhatikan kepada mayat tiga benda: keningnya berpeluh, mata berlinang, lubang hidungnya mengembang, itu petanda rahmat Allah turun kepadanya. Jika dia berdengkur seperti unta muda yang dicekik, berubah air mukanya, dan berbuih kedua hujung mulutnya, itu adalah azab Allah yang menimpanya” (HR abu Abdullah at Termidzi al Hakim* dalam Nawadir al Usyul).

Tahqiq:
Komen al Iraqi, tahqiq al Ihya, hadith no 4393, Dhaif.

*Hakim Termidzi bukan Imam. Abu Isa at Termidzi adalah sufi Khurasan wafat 320H

5.3: Atsar Ibn Mas’ood ra

و في حديث ابن مسعود : [ موت المؤمن بعرق الجبين تبقى عليه البقية من الذنوب فيجازف بها عند الموت ] أي يشدد لتمحص عنه ذنوبه

Riwayat Ibn Mas’ood ra:” Kematian orang mukmin dikenali dengan keningnya berpeluh kerana ia masih punya sisa sisa dosa, maka dikurangkannya ketika kematian (sakarat)”. (HR Tabrani, Mu’jam al awsat, 2:160, disahihkan oleh al Haithami, Majma’, 2:325, disahihkan oleh al Albani dalam Ahkam al Janaiz, ms 35).

Komen al Qurthubi: Orang mukmin dikeraskan saat sakaratulmaut untuk menghapuskan dosa-dosanya yang berbaki.

و قال بعض العلماء : إنما يعرق جبينه حياء من ربه لما اقترف من مخالفته ، لأن ما سفل منه قد مات ، و إنما بقيت قوى الحياة و حركاتها فيما علا ، و الحياء في العينين

Berkata sebahagian ulama’ (sebenarnya kata-kata al Hakim Termidzi dalam Nawadir al Usyul). “Mayat orang mukmin berpeluh pada keningnya kerana rasa malu dengan dosa-dosanya. Oleh kerana anggota bawahan semua sudah mati, yang tinggal cuma anggota bahagian kepala, maka malu itu tertera pada keningnya”.

  • Ini cuma pendapat al Hakim Termidzi sahaja.

Kod 6.0 Bab Keluarnya Nyawa si Mukmin dan Kafir (باب منه في خروج نفس المؤمن و الكافر)

  • Bab ni dihapuskan dalam edisi tahqiq di Saudi. Akan dinyatakan sebabnya:

خرج أبو نعيم من حديث الأعمش ، عن إبراهيم ، عن علقمة ، عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن نفس المؤمن تخرج رشحاً ، و إن نفس الكافر تسل كما تسل نفس الحمار ، و إن المؤمن ليعمل الخطيئة فيشدد عليه عند الموت ليكفر بها عنه . و إن الكافر ليعمل الحسنة فيسهل عليه عند الموت ليجزى بها

Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dari sanad al A’masy, daripada Ibrahim (an Nakha’iy) daripada Alqamah (bin al Qis al Kufi) daripada Abdullah (bin Mas’ood ra), telah bersabda RasuluLlah SAW, “Nyawa orang mukmin keluar disertai peluh (susahnya), manakala nyawa orang kafir keluar dengan mudah seperti bernafasnya keldai. Orang mukmin melakukan dosa, maka dikeraskan ketika kematian sebagai kafarat atasnya. Manakala orang kafir ada juga melakukan kebaikan, maka dimudahkan kematiannya atas sebagai pembalasan.” (HR Abu Nuaiam dalam al hilyah, 5:59. Tabrani dalam Mu’jam al Kabir, 10015)

Tahqiq: Dhaif

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 2/329 | خلاصة حكم المحدث : فيه القاسم بن مطيب وهو ضعيف

Al Haithami menilainya dhaif kerana perawi al Qaasim bin Muthib.

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 1

(4 ayat Al-Qur’an)

وصف الله سبحانه و تعالى شدة الموت في أربع آيات :
الأولى : قوله الحق : و جاءت سكرة الموت بالحق .
الثانية : قوله تعالى : و لو ترى إذ الظالمون في غمرات الموت .
الثالثة : قوله تعالى : فلولا إذا بلغت الحلقوم .
الرابعة : كلا إذا بلغت التراقي

👁‍🗨 Ayat Pertama:
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”. [Qaf, 50:19]

👁‍🗨 Ayat Kedua:
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut”. [al An’am, 6:93]

👁‍🗨 Ayat Ketiga:
“Maka mengapa (tidak mencegah) ketika nyawa sampai di halqum (kerongkong)”. [al Waqi’ah, 56: 83]

👁‍🗨 Ayat Keempat:
“Sekali kali tidak, apabila nyawa telah sampai ke kerongkongan”. [al Qiyamah, 75:26]

Bahagian 2

Hadith Aisyah ra

روى البخاري عن عائشة رضي الله عنها : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كانت بين يديه ركوة أو علبة فيها ماء . فجعل يدخل يديه في الماء فيمسح بهما وجهه و يقول لا إله إلا الله إن للموت سكرات ثم نصب يديه فجعل يقول : في الرفيق الأعلى حتى قبض و مالت يده

“Bahawa di hadapan Rasulullah SAW ada satu bekas air kecil dari kulit yang berisi air. Baginda memasukkan tangan ke dalamnya dan membasuh muka dengannya seraya berkata: “Laa Ilaaha Illa Allah. Sesungguhnya kematian memiliki sakaratul maut”. Dan baginda menegakkan tangannya dan berkata: “Menuju Rafiqil A’la”. Sampai akhirnya nyawa baginda tercabut dan tangannya terkulai (wafat)”. (HR Bukhari no 6510)

🔏 Ini juga dalil untuk menghapuskan mitos kalimah terakhir Nabi saw yang banyak berlegar ialah “ummati, ummati, ummati.

Bahagian 3

Hadith Aisyah ra

و خرج الترمذي عنها قالت : [ ما أغبط أحداً بهون موت . بعد الذي رأيت من شدة موت رسول الله صلى الله عليه و سلم ]

Dikeluarkan oleh Imam at Termidzi daripada Aisyah ra: “Aku tidak cemburu kepada siapa pun atas kemudahan kematian(nya), sesudah aku melihat kepedihan kematian pada Rasulullah SAW”

Tahqiq:
HR. Tirmidzi kitab Janaiz bab penderitaan dalam kematian (no.979). Al Albani, sahih, Shahih Sunan Tirmidzi (1/502 no: 979).

و في البخاري عنها قالت : [ مات رسول الله صلى الله عليه و سلم و إنه لبين حاقنتي و ذاقنتي . فلا أكره شدة الموت لأحد أبداً بعد النبي صلى الله عليه و سلم ]

Dalam Sahih al Bukhari, Aisyah ra berkata, “Rasulullah SAW wafat di atas dadaku. Sebab itu aku tidak rasa takut dengan dahsyatnya sakaratul maut selepas melihat sakarat nabi SAW.” (HR al Bukhari, no 4446, juga bab Raqaq no 6510).

Fiqh hadith Aisyah:
Menjawab kenapa para nabi dan orang soleh juga terkena sakaratul maut?
Komentar al Hafiz dalam al Fath (11:363):
“Dalam hadith hadith tersebut, kesengsaran (dalam) sakaratul maut bukan petunjuk atas kehinaan martabat (seseorang). Dalam konteks orang yang beriman boleh untuk menambah kebaikannya atau menghapus kesalahan-kesalahannya”

Bahagian 4:

Hadith Jabir, Dhaif

و ذكر أبو بكر بن أبي شيبة في مسنده عن جابر عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : تحدثوا عن بني إسرائيل . فإنه كانت فيهم أعاجيب . ثم أنشأ يحدثنا قال : [ خرجت طائفة منهم فأتوا على مقبرة من مقابرهم فقالوا لو صلينا ركعتين و دعونا الله يخرج لنا بعض الأموات يخبرنا عن الموت قال : ففعلوا . فبينما هم كذلك إذا طلع رجل رأسه بيضاء ، أسود اللون خلا شيء ، بين عينيه أثر السجود فقال يا هؤلاء ما أردتم إلي ؟ لقد مت منذ مائة سنة فما سكنت عني حرارة الموت حتى الآن . فادعوا الله أن يعيدني كما كنت ]
أخرجه أحمد في “الزهد” (16 – 17) وعبد بن حميد في المسند 1159 وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2926)

Disebut oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah (Kufi, w. 235H) dalam Musnadnya daripada Jabir bin Abdullah ra daripada Nabi SAW, yang bersabda: “Sebarkan kisah daripada Bani Israil kerana kekadang ada kisah-kisah mereka yang ajaib.” Kemudian Nabi SAW menceritakan sebuah kisah kepada kami, “Telah keluar satu kumpulan Orang Israil menuju sebuah kuburan mereka. Lantas salah seorang daripada mereka berkata,” Bagaimana kalau kita melakukan salat dua raka’at, kemudian berdoa kepada Allah agar dikeluarkan salah satu mayat (dihidupkan) dan menceritakan kepada kita perihal alam kematian.” Mereka pun melakukan sedemikian dan sekonyong-konyong muncullah seorang lelaki berambut putih dan berkulit gelap dan ada tanda sujud pada dahinya. Dia berkata,”‘Wahai kalian, apa yang kalian inginkan dariku? Aku telah mati seratus tahun yang lalu dan panasnya kematian belum reda dariku sampai sekarang. Maka, berdoalah kalian kepada Allah agar mengembalikan diriku sebagaimana semula.” (HR Ahmad dalam az Zuhd, Abd bin Humaid dalam Musnadnya, dinilai sahih oleh al Albani dalam silsilah al sahihah, no 2926).

Tahqiq: Dhaif
Al Haithami dalam Majma’, 1:191, kerana perawi yang tidak dikenali dalam sanadnya. Gharib ulas Ibn Kathir dalam al Bidayah, 2:133; Ibn Rajab dalam al Ahwal ms 70 kerana ia hikayat daripada Ibn Sabith. Syed bin Husin al Afaani, dalam sakbul ibaraat (سكب العبرات للموت والقبر والسكرات) (jilid 3:309) kerana perawi al Rabi’ bin Saad al Ju’fi.

Bahagian 5
Hadith Anas, Dhaif

و روى أبو هدبة إبراهيم بن هدبة قال : حدثنا أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن العبد ليعالج كرب الموت و سكرات الموت و إن مفاصله ليسلم بعضها على بعض تقول : عليك السلام تفارقني و أفارقك إلى يوم القيامة

Riwayat Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah (perawi dhaif) daripada Anas bin Maalik daripada Nabi SAW, “Sesungguhnya semua manusia akan mengalami kesulitan kematian dan sakaratul maut. Hingga setiap sendi anggota akan saling mengucapkan salam perpisahan antara satu sama lain dengan ungkapan, selamat sejahtera, selamat berpisah hingga ketemu lagi pada hari Kiamat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Mansur dalam tahrir alurasakh ms 190, juga dalam Tahqiq Ihya’ Ulomiddin, al Mughni, 2:1211, Hadith no 4388).

Bahagian 6

Kisah Israeliyat al Muhasibi, Maudhu’/Palsu

و ذكر المحاسبي في الرعاية : أن الله تعالى قال لإبراهيم عليه السلام : [ يا خليلي كيف وجدت الموت ؟ قال : كسفود محمى جعل في صوف رطب ، ثم جذب قال : [ أما إنا قد هونا عليك يا إبراهيم ] .

Al Muhasibi (sufi Iraq, w. 243H) menyebut dalam kitabnya ar Ri’ayah li Huquqillah ms 141, bahawa Allah SWT berfirman kepada Ibrahim as “Duhai kekasihku, bagaimana engkau merasakan kematian (ini sebaik saja Ibrahim diwafatkan).”Jawab Ibrahim,” ia seperti sebatang besi bbq (pemanggang daging, yang disaluti kain wool basah, lalu ditarik.” Firman Allah, “Sebenarnya Kami telah banyak meringankan (sakaratul maut) untuk kamu wahai Ibrahim.”

Tahqiq:Maudhu’ menurut Ibn Jauzi dalam al Maudhu’aat, Ibn Hibban, juga menilainya Maudhu’ dalam al Majruuhin, 1:214

Fiqh Asasi Sunnah: Sesi Soal Jawab

0
  1. Apakah maksud orang-orang kafir yang sujud itu?

🔵 Mereka yang menyembah matahari. Macam agama Shinto yang menyembah matahari.

  1. Mengapakah Tanah Haram Mekah dikecualikan waktu haram dan pada hari Jumaat tidak haram solat pada waktu tengah hari?

🔵 Sudah disebut kelebihan tanah Mekah.

  1. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha berakhir?

🔵 Sebelum waktu zohor. Dicadangkan dalam 10 minit sebelum waktu zohor.

  1. Seseorang tertidur dan tersedar pada waktu yang dilarang salat. Adakah dia perlu segera menunaikan salat yang tertinggal kerana tertidur tadi ataupun menunggu sehingga masuk waktu yg dibenarkan salat?

contoh : tertidur sehingga terlepas waktu salat asar. Dia tersedar saat matahari terbenam.

🔵 Dua pilihan.

Boleh terus menunaikan salat walaupun waktu haram kerana ada sebab.

Boleh tunggu sehingga waktu haram berlalu kerana tidak semestinya salat qadha terus serta merta.

  1. Adakah perlu niat qada atau tunai jika terlajak salat subuh?

🔵 Ini terbelit bab niat sahaja. Terus salat sahaja kerana tidak perlu menyusun niat. Terus menunaikan salat sahaja. Apabila salat di luar waktu, terus jadi qada. Tidak disebut pun sudah menjadi qada dan tidak akan menjadi tunai pun.

  1. Adakah wirid atau zikir yang lazim dibaca selepas Subuh dan Maghrib masih sunnah dibacakan selepas solat isyak (disebabkan solat Jamak atau Qasar)?

🔵 Masih sunnah.

  1. Boleh dijelaskan kenapa salat pada hari Jumaat yang tidak dilarang adalah pada waktu tengahari sahaja?

🔵 Ya, pada hari Jumaat sahaja boleh salat terus masa tengah hari itu. Masih tidak boleh salat semasa matahari naik dan terbenam.

Larangan tengahari itu adalah kerana kepanasan waktu itu adalah kepanasan dari neraka. Kita disuruh untuk mengelakkan diri.

Tetapi pada hari Jumaat pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup. Maka, kerana itulah larangan itu tidak ada pada hari Jumaat.

  1. Adakah fajar sadiq ini yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran?

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
[ Al-Baqarah 2:187 ]

🔵 Ya.

  1. Adakah ketika azan, syaitan akan lari ke tempat-tempat kotor seperti tandas?

🔵 Tidak. Syaitan akan lari lebih jauh lagi. Tiada larangan untuk menggunakan tandas pada waktu itu.

  1. Apakah hukum melaungkan azan?

🔵 Hukumnya adalah fardhu kifayah.

  1. Adakah luka yang terbuka (open wound), boleh dibasahkan dengan air semasa wudhu’?

🔵 Jika luka itu boleh mendatangkan mudharat (seperti melambatkan penyembuhan atau menjadikan luka lebih parah), maka tidak perlu dibasahkan dengan air.

  1. Apakah amalan sunnah yang boleh kita lakukan ketika berhadapan dengan orang yang sedang berada dalam keadaan nazak?

🔵 Mengajarkan talqin (لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ) kepadanya dan juga mendoakan beliau.

  1. Satu jari kaki saya tidak mencecah di lantai semasa sujud. Adakah sah salat saya?

🔵 Sah kerana tidak diwajibkan semua jari kaki sentuh lantai.

  1. Adakah pada zaman dahulu hanya laungan suara Bilal sahaja tanpa bantuan pembesar suara?

🔵 Ya, benar.

  1. Adakah boleh menggunakan lafaz azan pada bila-bila waktu. Contohnya, Asar guna lafaz 15, dan Maghrib guna yang 17?

🔵 Ya, boleh.

  1. Apakah beza azan Maghrib dengan azan waktu yang lain?.

🔵 Kerana pada waktu Maghrib itu, azan menandakan telah masuk waktu Maghrib. Bukan isu azan, tetapi waktu.

  1. Adakah benar larangan berkeliaran di luar rumah pada waktu Maghrib kerana pada waktu Maghrib syaitan lebih berbahaya?

🔵 Kerana syaitan banyak pada waktu itu. Mereka sedang bertukar giliran. Giliran yang awal dan giliran kemudian sedang berkumpul. Maka, ramailah syaitan pada waktu itu.

  1. Adakah sah salat jika 7 anggota sujud, salah satunya tidak menyentuh lantai sama ada secara tidak sengaja atau sengaja?

🔵 Kalau sengaja,salat tidak sah. Kecuali kalau kaki tidak mampu (contohnya jari kaki keras).

  1. Adakah perbuatan sahabat ini dikira sebagai sesuatu yang baru (bid’ah) kerana tidak disyariatkan oleh Rasullullah ‎ﷺ pada awalnya? Menambah perkataan “assalatu khairun minannaum”?

🔵 Tentulah tidak. Sahabat tidak buat bid’ah. Zaman itu Nabi Muhammad ada untuk bagi keputusan boleh atau tidak.

Kena faham konsep bid’ah dengan betul. Kalau tidak boleh dikelirukan oleh hujah golongan ahli bid’ah. Sampai ada yang kata sahabat buat bid’ah. Hendak buat bid’ah punya pasal, sanggup tuduh para sahabat juga buat bid’ah.

  1. Saya pernah terdengar/terbaca ada tambahan lafaz azan untuk waktu hujan lebat dan angin kencang. Maksudnya, “Salatlah kalian di rumah”. Adakah ini benar dan boleh dipraktikkan pada zaman sekarang?

🔵 Benar kerana memang Nabi suruh. Memang boleh diamalkan sekarang pun.

  1. Adakah benar kalau ditimpa musibah seperti angin ribut, kebakaran, dan sebagainya kita kena melaungkan azan?

🔵 Tidak benar.

  1. Ada sesetengah masjid yang memukul beduk untuk memberitahu bahawa sekejap lagi akan masuk waktu solat atau berbuka puasa. Selepas itu, barulah Bilal melaungkan azan. Adakah boleh mengamalkan memukul beduk pada zaman sekarang?

🔵 Ini adalah adat Melayu sahaja. Tempat yang lain mungkin dengan cara yang lain. Hendak menambah lebih ramai yang dengar.

Yang asal dari ajaran Islam hanyalah azan sahaja. Azan ini senang, di mana-mana pun boleh melaungkan azan. Hanya menggunakan suara sahaja. Tidak payah mencari cara benda yang lain. Kalau kena memakai beduk, hendak kena membuat beduk pula. Bayangkan kalau di dalam hutan, kita hendak mencari beduk dekat mana?

  1. Apakah hukum memasang kaset ayat Al-Quran sebelum azan?

🔵 Tidak boleh.

Bukan sunnah. Nabi dan sahabat tidak buat.

Bukan sunnah Al-Quran dibacakan kuat begitu.

Tidak boleh mengganggu orang dan berbuat bising.

Tidak beradab dengan Al-Quran. Bila Al-Quran dibacakan kena di dengar. Tidak boleh bercakap. Tetapi didengarkan kepada orang yang memang tidak dengar pun. Tidak beradab dengan Al-Quran.

Menyusahkan orang yang tahu. Maksudnya, bila dibuka azan sebegitu, kita yang tahu, kena senyap dan dengar. Padahal waktu itu bukan masa kita hendak mendengar Al-Quran.

Kena berhentilah melakukan perbuatan seperti ini.

  1. Adakah di anggap tidak beradab dengan Al-Quran bila kita mendengar bacaan Al-Quran melalui telefon dan sebagainya, sambil membuat kerja rumah ataupun ketika hendak tidur?

🔵 Ya, tidak beradab. Apabila ayat Al-Quran dibacakan, hendaklah senyap dan dengar.

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.” [ al-A’raf: 204 ]

Al-Quran untuk didengar, difahami, dan diamalkan, bukan menjadi latar belakang muzik.

  1. Adakah perlu membaca surah Al-Baqarah jika hendak masuk ke dalam rumah baru?

🔵 Bukan ketika hendak masuk ke rumah baru sahaja. Sepatutnya semua rumah kena membaca surah Al-Baqarah secara berterusan.

  1. Bolehkah kita mendengar ayat Al-Quran di radio sambil memandu?

🔵 kalau dengar, tidak mengapa. Yang tidak beradab adalah apabila menjadikan Al-Quran sebagai latar belakang muzik.

Yang paling penting, kena dengar. Hendak membuat kerja atau memandu boleh, tetapi kena ‘dengar’.

Tetapi ramai yang mungkin hanya mendengar kosong sahaja (sebab tidak faham). Sebab itu tidak dapat hendak menumpukan perhatian.

Ini kita kena belajar.

  1. Adakah melaungkan azan ketika hendak masuk ke dalam rumah baru atau rumah lama yang telah lama ditinggalkan merupakan amalan Nabi?

🔵 Tidak. Ini termasuk bid’ah dalam amalan rekaan.

Azan ketika hendak memanggil orang salat sahaja.

  1. Adakah sah mandi wajib jika tidak berwudhu’ terlebih dahulu?

🔵 Sah. Wudhu’ bukan rukun.

  1. Dulu saya merasa pelik dan menganggap azan yang dilaungkan oleh golongan Syiah adalah salah tetapi apabila membaca penerangan Ustaz saya rasa saya pula yang salah kerana telah beranggapan salah terhadap cara azan golongan Syiah tadi.

🔵 Azan Syiah memang salah sebab tambahan daripada mereka.

Azan mereka itu ditambahi dengan kalimat hayya ala khairil ‘amal dan asyhadu anna ‘waliyyullah.”

Ini tidak boleh.

  1. Seseorang telah koma berbulan-bulan. Selepas telah sedar dan kembali sihat seperti biasa adakah dia perlu mengqadha salatnya yang tertinggal semasa koma?

🔵 Menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki dan Syafi’iy) orang yang koma atau pengsan tidak dituntut mengqadha salat yang luput darinya sepanjang tempoh koma/pengsannya, kecuali jika ia tersedar pada suatu waktu salat ketika waktu masih ada (maka wajiblah dia menunaikan salat tersebut). Saidatina ‘Aisyah RA menceritakan; ‘Dia bertanya Nabi SAW berkenaan seorang lelaki yang pengsan, lalu menyebabkan dia meninggalkan salat (adakah wajib dia mengqadha salatnya?’. Maka baginda menjawab; “Tidak dituntut dia mengqadha salatnya, kecuali dia pengsan dan tersedar ketika waktu salat masih ada, maka wajiblah dia mengerjakan salat tersebut”.[Sunan ad-Daruqutni; 1860. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 1820].

  1. Adakah bagus mengutamakan produk muslim berbanding non muslim?

🔵 Ya bagus. Tetapi tidaklah sampai tidak membeli barangan non muslim. Cuma kalau ada dua pilihan antara barangan non muslim dan muslim dan barangan sama kualiti, lebih baik pilih barangan muslim.

  1. Ketika mengerjakan umrah, selepas membuat saie Pakcik saya terlupa tahallul, sebab dia kata hendak memotong selepas balik ke hotel. Sampai di hotel dia terlupa atas sebab penat dan terus mandi serta bertukar pakaian biasa. Adakah dikenakan bayaran dam?

🔵 Dimaafkan kerana terlupa.

Allahu a’lam.

BAB 14: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Sapu Muka Selepas Berdoa

0

Seperti yang semua sedia maklum, ada dua amalan yang telah menjadi tabiat umat Islam awam ialah mereka menyapu muka ketika dua tempat. Yang pertama adalah seperti yang telah dibincangkan dalam siri ke-13 iaitu menyapu muka seusai memberi salam (salat). Yang kedua ialah ketika seusai berdoa. Ini adalah salah satu amalan yang mutawatir (popular dan amalan semua orang) dan kebiasaan dalam masyarakat kita iaitu dengan mengusap (menyapu) muka setiap kali seusai berdoa sebagai penutup doa dan mungkin untuk mendapat berkat daripada doa tersebut. 

Antara dalil-dalil yang menjadi hujah amalan ini:

Dalil pertama:

رقم الحديث: 1171

(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ ، قَالَا : حَدَّثَنَا عَائِذُ بْنُ حَبِيبٍ ، عَنْ صَالِحِ بْنِ حَسَّانَ الْأَنْصَارِيِّ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ الْقُرَظِيِّ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دَعَوْتَ اللَّهَ فَادْعُ بِبَاطِنِ كَفَّيْكَ ، وَلَا تَدْعُ بِظُهُورِهِمَا ، فَإِذَا فَرَغْتَ ، فَامْسَحْ بِهِمَا وَجْهَكَ 

Daripada Soleh bin Hassan al-Ansari, daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qardzi, daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata: Bersabda Rasulullah ﷺ: “Jika engkau berdoa kepada Allah ‎ﷻ, maka berdoalah dengan telapak tanganmu, janganlah berdoa dengan kedua-dua belakangnya. Maka setelah selesai, sapulah wajahmu dengan kedua-dua tanganmu”. (Hadith Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan no. 1171)

 الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه

الصفحة أو الرقم: 778 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف 

Ulasan Mutaqaddimin:

Menurut Imam Bukhari رحمه الله: Hadith daripada Soleh bin Hassan al-Ansari daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi adalah hadith munkar.

 

Dalil kedua:

3386 حدثنا أبو موسى محمد بن المثنى وإبراهيم بن يعقوب وغير واحد قالوا حدثنا حماد بن عيسى الجهني عن حنظلة بن أبي سفيان الجمحي عن سالم بن عبد الله عن أبيه عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رفع يديه في الدعاء لم يحطهما حتى يمسح بهما وجهه قال محمد بن المثنى في حديثه لم يردهما حتى يمسح بهما وجهه قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من حديث حماد بن عيسى

Berkata Hammad bin Isa al-Juhani daripada Handhalah bin Abi Sufyan al-Jumahi daripada Salim bin Abdullah daripada bapanya daripada Umar bin al-Khattab رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ mengangkat tangannya dalam berdoa. Baginda tidak mengembalikan kedua-dua tangannya sehingga mengusap wajahnya. Berkata Muhammad bin al-Muthannah dalam hadithnya: Baginda tidak mengembalikan keduanya sehingga mengusap dengan kedua-dua tangannya ke wajahnya”. (HR Tirmidzi no. 3386, komentar Abu Isa, hadith ini gharib (indikasi dhaif)).

Tahqiq hadith:

 الراوي : عمر بن الخطاب | المحدث : الضياء المقدسي | المصدر : السنن والأحكام

الصفحة أو الرقم: 2/282 | خلاصة حكم المحدث : [ فيه ] حماد بن عيسى الجهني ضعفه غير واحد من الأئمة

التخريج : أخرجه الترمذي (3386) واللفظ له، والبزار (129)، والطبراني في ((المعجم الأوسط)) (7053) 

Imam al-Dhiya’ al-Maqdisi al-Hanbali رحمه الله di dalam Al-Sunan Wal Ahkam, dhaif kerana perawi Hamaad bin Isa al-Juhani yang dilemahkan oleh semua ulama’ hadith.

 

 الراوي : عمر بن الخطاب | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي

الصفحة أو الرقم: 3386 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف 

(Ta’aliq al-Albani, dhaif Tirmidzi no.3386)

 

Dalil ketiga:

ا تستروا الجدر من نظر في كتاب أخيه بغير إذنه فإنما ينظر في النار سلوا الله ببطون أكفكم ولا تسألوه بظهورها فإذا فرغتم فامسحوا بها وجوهكم

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود

الصفحة أو الرقم: 1485 | خلاصة حكم المحدث : روي من غير وجه كلها واهية وهذا الطريق أمثلها وهو ضعيف 

Daripada Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: Janganlah kamu menutupi dinding-dinding (dengan kain), sesiapa melihat kitab saudaranya tanpa izinnya, maka sesungguhnya dia telah melihat dalam neraka. Mintalah kepada Allah ﷻ dengan telapak-telapak tangan kamu dan janganlah meminta dengan belakangnya. Jika kamu telah selesai berdoa, maka usaplah wajah kamu dengan telapak tangan kamu.” (HR Abu Daud no. 1485)

Berkata Imam Abu Daud رحمه الله,

روي هذا الحديث من غير وجه عن محمد بن كعب كلها واهية وهذا الطريق امثلها وهو ضعيف ايضا

“Hadith ini telah diriwayatkan daripada pelbagai jalan daripada Muhammad bin Ka’ab yang semuanya sangat lemah. Walaupun sanad ini adalah yang terbaik, namun hadith ini juga adalah lemah.” (Lihat: مختصر سنن ابي داود 2/1432)

Komentar Al-Hafiz Ibn Hajar رحمه الله:

“Perawi hadith ini (Abdul Malik bin Muhammad bin Aiman al-Hijazi) هو مجهول “Dia tidak diketahui atau tidak dikenali.” (Lihat: تقريب التهذيب – Ibnu Hajar)

 

Dalil keempat:

17335 – حديث (حم عم) : أن النبي – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كان إذا دعا فرفع يديه، مسح وجهه بيديه.أحمد: ثنا قتيبة بن سعيد، ثنا ابن لهيعة، عن حفص بن هاشم بن عتبة بن أبي وقاص، عن السائب بن يزيد، عن أبيه، بهذا

Diceritakan daripada al-Saib bin Yazid daripada bapanya bahawa Nabi ﷺ adanya baginda ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua-dua belah tangan.” (HR Ahmad, no.17335 dan Zawaid, Abu Daud dalam Sunan, no.1492)

Sanad Imam Ahmad رحمه الله,

أحمد: ثنا قتيبة بن سعيد، ثنا ابن لهيعة، عن حفص بن هاشم بن عتبة بن أبي وقاص، عن السائب بن يزيد، عن أبيه، بهذا

أَنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ كان إذا دعا فرفع يدَيهِ مسح وجهَه بيدَيهِ

 

الراوي : يزيد بن عبدالله والد السائب | المحدث : الزيلعي | المصدر : نصب الراية

الصفحة أو الرقم: 3/51 | خلاصة حكم المحدث : معلول بابن لهيعة , 

Komentar al-Zaila’ii dalam kitab Nashbu al-Raayah, hadith ini cacat (ma’lul) kerana perawi Ibn Lahi’ah.

 أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ كان إذا دعا فرفعَ يديْهِ مسحَ وجهَهُ بيديْهِ

الراوي : يزيد بن عبدالله والد السائب | المحدث : الألباني | المصدر : إرواء الغليل

الصفحة أو الرقم: 2/178 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف 

Komentar daripada Syeikh al-Albani رحمه الله, isnadnya dhaif.

Apakah status muktamad hukum menyapu muka selepas doa?

Daripada sudut hadith, terdapat tujuh hadith kesemuanya, dan Syaikh Bakar Abdullah Abu Zayd (Tashih ad-Du’ah, Riyadh) telah menilai kesemua tujuh hadith itu sebagai dha’if. Walau bagaimanapun al-hafidz Ibn Hajar al-Asqalani رحمه الله telah menghimpun ketujuh-tujuh hadith itu dan mengangkat darjatnya ke taraf hasan. Mazhab Syafi’iy memilih pendapat ini, iaitu hasannya darjat hadith mengusap wajah selepas berdoa. Pendapat ini didokong oleh Imam al-Ghazali, Imam Nawawi di dalam al-Azkar dan Imam Syun’ani (Subulus Salam, 4/428).

Manakala muhaqqiqin yang lain seperti Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa jilid 22/519), Ibn Qayyim dan Imam al-Albani (Silsilah al-Sahihah, 2/146) berpendapat hadith tersebut itu tidak dapat dinaiktaraf ke darjat hasan kerana kecacatan setiap hadith itu dan inilah yang lebih rajih.

Secara kesimpulannya, ini adalah termasuk salah satu amalan bid’ah kerana para muhaqqiqin dan majoriti ahli hadith telah mendhaifkan semua hadith-hadith tersebut. Akan tetapi kerana ia sudah mutawatir diamalkan di nusantara, maka tidak ada faedah untuk memerangi bid’ah yang masih ada sedikit perselisihan akan status hadithnya.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan