Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 1)

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 1)

450
0
Iklan

Fahaman Sesat Dahriyyah

Ini adalah fahaman sesat yang ketiga yang kita bincangkan. Ia juga adalah fahaman hasil daripada tipu daya syaitan. Fahaman itu adalah ‘dahriyyah’ dan mereka yang ada fahaman ini dipanggil ‘dahriyyun’.

🕰
Mari kita bincangkan istilah dahulu. Kalimah ‘dahri’ bermaksud Masa. ada disebut dalam [Surah Insan: ayat 1].

هَل أَتىٰ عَلَى الإِنسٰنِ حينٌ مِّنَ الدَّهرِ

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,


Kalimah الدَّهرِ merujuk kepada Masa Yang Panjang. Dari tiada hingga tiada. Sebagai contoh, kita dahulu tiada, nanti akan sampai satu masa, kita tiada kembali. Begitu juga bumi dahulunya tiada dan nanti akan tiada balik. Jangka masa ini amatlah panjang dan tiada had.


Ia berbeza dengan kalimah ‘waktu’ yang pendek sahaja. Waktu adalah masa untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh: waktu untuk kerja dari pukul sekian-sekian. Jadi ia adalah masa yang terhad.

Bagaimana pula dengan kalimah ‘asr’ dalam Surah al-Asr itu? Kalimah ‘Asr’ asalnya bermaksud ‘perahan’. Jadi ia pun berkait dengan waktu kerana ia bermaksud waktu yang diisi penuh. Apabila diperah, maknanya masa itu digunakan dengan sepenuhnya. Surah al-Asr mengajar kita untuk perah masa betul-betul. Ia mengajar kita jangan sia-siakan masa semasa di dunia ini kerana masa di dunia tidak panjang.

Masa juga kena digunakan untuk kebaikan dalam hal agama kerana kalau waktu itu digunakan sepenuhnya pun, ia dikira rugi juga kalau tidak ada ada 4 perkara seperti disebut dalam surah al-Asr itu.

Fahaman Dahriyyah ini adalah salah satu daripada fahaman Atheist (tidak percaya kepada Tuhan) juga. Tetapi ada banyak spektrum (cabang) fahaman atheist ini. Kita sedang belajar salah satu daripadanya.

Kalau mereka tidak percaya kepada kewujudan Tuhan, maka apakah jawapan mereka kepada kewujudkan alam ini? Itulah mereka meletakkan kewujudan alam ini atas masa.

Fahaman sesat Dahriyyah ini sudah wujud sebelum Islam lagi. Iaitu mereka yang berpendapat yang Masa itu kekal. Kepada mereka, kita ini wujud hanya kerana masa. Kepada mereka, tiada pencipta apa sahaja. Alam ini ada kerana masa dan nanti apabila mati pun, kerana masa juga.

Fahaman sesat ini sudah ditegur oleh Allah ‎ﷻ dan disebut dalam [Jathiyah: 24].

وَقَالُواْ مَا هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا يُہۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُ‌ۚ وَمَا لَهُم بِذَٲلِكَ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَظُنُّونَ (٢٤)

Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

Pada mereka, kita hidup ini hanya kerana masa sahaja. Kita ada kerana masa dan nanti bila masa sudah lama berlalu, kita akan mati kerana masa yang sudah lama. Bukannya kita hidup kerana dijadikan oleh Allah ‎ﷻ. Bukanlah kita mati kerana Allah ‎ﷻ buat keputusan untuk mematikan kita.

Oleh kerana itu, kehidupan mereka berorientasikan kekinian. Mereka semua pandang yang kini sahaja. Mereka hadap yang di hadapan mata mereka, yang sedang berlaku. Maka mereka tidak lihat di hadapan. Maka konsep akhirat tidak ada pada mereka kerana ia tidak ada di hadapan mereka.

Komen dan Soalan