Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 2)

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 2)

414
0
Iklan

Fahaman Sesat Dahriyyah (Sambungan)

Golongan Dahriyyun ini adalah salah satu jenis Atheis. Fahaman Atheis ada banyak dan Dahriyyah adalah salah satu daripadanya. Golongan Dahriyyun ini pula boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

  1.  Kumpulan yang ingkar adanya Allah ‎ﷻ dan hari kebangkitan. Mereka percaya mereka hidup bukan kerana Tuhan tetapi kerana masa.
  2.  Percaya ada pencipta alam ini, tetapi mereka jenis ini ingkar adanya hari kebangkitan.
  3. Percaya ada penciptaan kali pertama, tetapi golongan ini ingkar adanya rasul.

🕰
Mereka percaya masa adalah qadim (tanpa mula) dan akan kekal selama-lamanya. Pada mereka, segala yang wujud ini ada tetapi semata-mata kerana masa.

Ramai dalam golongan saintis yang menganuti fahaman ini. Boleh dikatakan orang yang pandai (terlebih pandai), cenderung untuk menjadi atheis. Sudah ada kajian yang pernah dijalankan oleh pakar jiwa.

Sebagai contoh, semua kenal siapa itu Charles Darwin. Dalam hal ilmu alam, dia memang cukup cerdas.

Begitu juga dengan Albert Einstein. Dialah yang memperkenalkan Theory of Relativity. Dia juga adalah seorang Atheis. Dia pernah berkata, kalau ada tuhan, tentu tidak ada bencana. Jadi dia kata, apabila ada banyak bencana, di mana tuhan?

Seorang lagi yang Atheis yang terkenal adalah Stephen Hawking.

Mereka ini bahaya kepada orang yang beragama sebab mereka ada pengaruh dalam dunia. Mereka yang berfahaman Atheis adalah orang yang terkenal dalam kalangan saintis, artis dan juga ahli politik.

Golongan Atheis sebenarnya menolak dogmatik (terima tanpa soal). Mereka tidak boleh merendahkan diri mereka untuk mengikut sahaja arahan. Mereka ada masalah untuk terima arahan orang atau kuasa di atas mereka. Mereka rasa mereka tinggi.

Sedangkan dalam agama Islam ada konsep dogmatik terhadap wahyu. Allah ‎ﷻ ajar dalam Al-Qur’an سمعنا وأطمنا (kami dengar dan kami taat). Kerana kita sedar yang bukan kita tahu semua perkara. Terutama tentang perkara ghaib.

Hujah-hujah mereka pun memang hebat kerana mereka orang-orang yang terpelajar dan bijak pandai.

Alhamdulillah ramai ulama’ sudah banyak berjaya melawan hujah-hujah mereka dan jatuhkan hujah mereka.

Mereka ini seperti Dr. Zakir Naik dan ramai lagi. Memang banyak jasa beliau dalam menjelaskan agama ini dan memperbetulkan fahaman manusia.

Menariknya beliau pernah berkata mahu mengIslamkan individu yang ada fahaman Atheis kerana lagi senang daripada untuk mengIslamkan manusia yang ada fahaman musyrikin.

Golongan berfahaman syirik susah untuk menerima kebenaran tauhid kerana mereka sudah ada fahaman tentang Tuhan lain. Mereka sudah ada prejudis kepada fahaman-fahaman tertentu yang mereka pegang.

Oleh kerana itu ada kerja tambahan untuk betulkan fahaman mereka yang musyrik ituk erana kena betulkan fahaman salah tentang Tuhan dahulu. Kemudian baru boleh diselarikan dengan ajaran Tauhid.

Sedangkan golongan Atheis memang sudah pegang bahawa tiada tuhan. Mereka bersikap prejudis salah tentang Tuhan kerana pada mereka tidak ada tuhan pun.

Ini seolah-olah mengajak orang lapar makan. Memang dia memerlukan makanan. Mereka akan terus makan sahaja. Maka ia lebih mudah daripada mengajak orang yang sudah makan makanan yang salah. Susah hendak mengajar orang yang sudah ada makanan bagaimana hendak makan dengan cara yang betul.

Lihatlah dua kalimah Syahadah kita. Ada dua faktor di dalam syahadah itu. Ada nafi dan ada ithbat.

Golongan Atheis sudah ada nafi (daripada kalimah syahadah). Mereka memang sudah tolak Tuhan. Maka separuh sahaja lagi yang perlu dakwah kepada mereka.

Itulah maksudnya senang hendak jelaskan daripada dalil kauniah yang sudah jelas. Dalil kauniah adalah dalil yang boleh dilihat pada alam.

Saya teringat kisah dakwah seorang lelaki di Singapura.

Saya ingat dalam setahun dua tahun yang lepas.

Seorang Atheis cina masuk Islam.

Yang berdakwah kepadanya berkata: “That’s good. You’re halfway there already.You’re half Muslim already”.

(Bagus. Anda sudah (separuh) hampir. Anda sudah separuh Muslim).

Komen dan Soalan