Utama Bilik Motivasi Presuposisi 14: When You Don’t Get the Response you want; Try Something...

Presuposisi 14: When You Don’t Get the Response you want; Try Something Else

184
0
Iklan

Siri Pengenalan NLP oleh Azlizan Nueq

14. When you don’t get the response you want; Try something else

Bila anda tidak mendapat respons yang anda inginkan; cuba pendekatan berbeza

Insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result”. Albert Einstein.

Maksudnya kalau buat benda yang sama, dan berharap dapat keputusan lain, itu gila namanya.

Sebagai contoh, kita hendak mendidik anak, menggunakan cara takutkan dia, marah dia iaitu dengan cara kekerasan. Kemudian kita dapati tiada peningkatan dalam pembelajaran dia.

Kalau kita teruskan dengan cara itu dan berharap keputusan peperiksaan dia akan berubah lama kelamaan, adakah itu akan berjaya?

Tentu tidak. Inilah kegilaan yang dimaksudkan: guna cara sama tetapi berharap akan mendapat keputusan yang lain.

Sebaliknya yang patut kita lakukan adalah guna teknik, taktik dan cara yang lain. Kena kreatif dalam berfikir. Kena buat kajian apakah cara yang lain. Kena buka minda. Kena dapatkan maklumat. Kena perhatikan anak itu bagaimana sifatnya dan apakah yang memotivasikan dia.

Tetapi memang sebagai manusia, susah untuk berubah. Ini kerana kita sudah biasa dengan rutin kehidupan kita. Kita sudah biasa buat begini dan susah untuk ubah cara lain. Dalam kehidupan begitu, dalam agama pun begitu juga. Kerana itu Muslim di Malaysia masih lagi banyak mengamalkan amalan bid’ah, kerana mereka sudah biasa begitu.

Macam kita biasa makan nasi dan budu, tiba-tiba disuruh makan keju, tentulah tidak suka. Orang yang mula makan keju tentu tidak suka, kerana rasanya yang agak masam. Tetapi lama kelamaan, boleh sahaja makan cheese. Sekarang peniaga letak cheese dalam goreng pisang pun ada… sedap pula tu!

Contoh lain dalam kehidupan: kita semua mahukan kerja yang lebih baik, gaji lebih tinggi, kerja yang lebih selesa. Tetapi tidaklah boleh berharap sahaja. Kena ada usaha daripada kita kerana kalau hendak dapatkan kerja lain, kita kena ada skil (kemahiran) untuk kerja yang lain.

Tidak berapa lama yang lalu, saya terbaca seorang “engineer” (jurutera) kapal terbang yang berjaya menjadi “pilot” (juruterbang). Sambil dia kerja engineer, dia belajar menggunakan masanya sendiri untuk belajar bawa kapal terbang. Akhirnya dia dapat menjadi pilot.

Begitu juga dalam kerjaya kita. Untuk kita naik ke atas, kita perlu pelbagaikan skil kerja kita, tambahkan skil yang lebih baik daripada yang sedia ada. Kita boleh tambah pengetahuan kita, buka minda dan ubah cara kerja kita. Kalau tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.

Ini semua memerlukan ‘usaha’ dan juga ‘masa’, dan dua ini adalah pelaburan yang ramai tidak mahu lakukan. Mereka hendak selesa sahaja, maka tidaklah salah kalau mereka terus duduk di takuk lama, bukan? Sebagai contoh, di pejabat saya ada seorang “despatch” yang telah lama bekerja dengan kami. Tetapi memang tidak boleh hendak “promote” dia jadi kerani atau apa-apa yang lain, kerana memang skil dia bawa motor dan hantar surat sahaja.

Semua perubahan bermula dengan ‘kehendak’ dalam diri kita. Adakah kita hendak jadi lebih baik? Kalau ada keinginan itu, maka kita akan berusaha untuk mencari jalannya. “When you have a big enough ‘why’, then you will find the ‘how’”. (Apabila anda mempunyai sebab ‘kenapa’ yang cukup besar, maka anda akan mencari jalan untuk ‘bagaimana’)

Perubahan tentulah melibatkan risiko juga. Tidaklah bila kita ubah cara kita, bermakna ia terus berjaya. Kadangkala cara baru itu pun tidak berjaya. Jangan putus asa, kalau ia tidak berjaya, tidak memberi respons yang memberangsangkan, maka kita ubah cara lain.

Begitu juga dalam kita menasihati orang lain. Kita mahukan respons (tindakbalas) yang memberangsangkan daripada dia. Kalau ia tidak berjaya, maka kita ubah teknik kita. Sebagai contoh, kita bagi nasihat dia tidak dengar. Maka kita ubah teknik dengan beri contoh orang-orang yang berjaya. Kemudian kita suruh dia bayangkan bagaimana kalau dia berada di tempat orang yang berjaya itu.

Yang penting, kita kena tengok respons. Adakah ia positif atau negatif? Selagi tidak positif, maka kita ubah dan ubah lagi.

Komen dan Soalan