Utama Blog Halaman 52

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-213

0

Tafsir Ayat Ke-213

Ini adalah dorongan/targhib jihad yang ke-enam.

كانَ النّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيّينَ مُبَشِّرينَ وَمُنذِرينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلكِتَـٰبَ بِالحَقِّ لِيَحكُمَ بَينَ النّاسِ فيمَا اختَلَفوا فيهِ ۚ وَمَا اختَلَفَ فيهِ إِلَّا الَّذينَ أوتوهُ مِن بَعدِ ما جاءَتهُمُ ٱلبَيِّنَـٰتُ بَغيًا بَينَهُم ۖ فَهَدَى اللَّهُ الَّذينَ ءَامَنُواْ لِمَا اختَلَفوا فيهِ مِنَ الحَقِّ بِإِذنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).

كانَ النّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu

Kita kena menjalankan jihad ini kerana asalnya seluruh umat manusia adalah Muslim belaka dan kita kena kembalikan manusia kepada Tauhid itu.

Perkataan واحِدَةً dalam ayat ini bermaksud ‘tauhid’. Semua umat manusia asalnya berpegang kepada fahaman tauhid yang sama sahaja.

Fahaman kafir ini adalah fahaman yang baru sebenarnya kerana umat manusia pada zaman Nabi Nuh عليه السلام yang kafir semuanya telah mati belaka.

Selepas kejadian Banjir Besar itu, semua umat adalah Muslim belaka dan tidak ada orang kafir di dunia ini selepas itu.

Lagi satu hujah yang membuktikan umat manusia ini asalnya adalah atas akidah tauhid kerana Nabi Adam عليه السلام memang sudah berada di atas akidah tauhid.

Kekafiran itu datangnya kemudian. Maknanya, bapa kita yang pertama adalah atas pegangan tauhid sebenarnya.

Perpecahan manusia kepada yang berpegang dengan tauhid dan yang syirik itu datangnya kemudian. Syaitanlah yang membisikkan fahaman kesyirikan kepada manusia supaya manusia duduk bersama dengan mereka di dalam neraka.

Maka ada manusia yang terima pujukan syaitan dan menjadi kafir dan musyrik dan sesetengahnya lagi kekal di atas akidah tauhid.

Jadi tugas kitalah untuk menjadikan umat manusia itu semuanya di atas akidah tauhid kembali.

Oleh itu untuk menghapuskan orang kafir atas muka bumi ini ataupun supaya berkurangnya orang kafir di dunia ini, bermaksud jihad perlu dijalankan.

Jikalau jihad dijalankan, insya Allah umat Islam akan semakin ramai dan orang kafir akan berkurangan. Tentulah dengan cara-cara dan syaratnya. Tidaklah terus bunuh orang kafir itu.

فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيّينَ مُبَشِّرينَ وَمُنذِرينَ
maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amaran

Untuk memperbetulkan keadaan yang telah kacau bilau ini maka Allah ‎ﷻ telah bangkitkan para Rasul untuk mengajarkan balik akidah tauhid kepada manusia dan menjadikan umat manusia umat yang satu kembali.

Tugas para Rasul itu adalah memberi berita gembira kepada mereka yang taat dan memberi ancaman kepada mereka yang tidak taat.

Maka, oleh kerana para Rasul sudah tiada lagi pada zaman sekarang, maka tugas itu terbeban ke atas kita umat Islam ini.

Maka orang yang sudah belajar tentulah kena menjalankan tugas tegur menegur ini. Tetapi memang sudah menjadi kebiasaan manusia yang ditegur akan melenting.

Maka ini biasa sahaja. Ini adalah kerana sifat degil manusia sahaja. Maka kita tetap kena tegur sahaja. Jangan takut dengan kata-kata manusia.

وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلكِتَـٰبَ بِالحَقِّ
dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang yang mengandungi kebenaran,

Allah ‎ﷻ tidak menurunkan para Rasul itu dengan tangan kosong tetapi mereka diberikan dengan Kitab Kalam Allah ‎ﷻ. pada zaman kita ini, kita telah diberikan dengan Al-Qur’an.

Maka, oleh kerana para Rasul itu berdakwah dengan kitab Wahyu, maka kita pun kenalah menggunakan Al-Qur’an ini untuk berdakwah kepada manusia.

Jangan tinggalkan Al-Qur’an dalam metode dakwah sama sekali. Malangnya, ramai yang gunakan bermacam-macam cara tetapi tidak menggunakan Al-Qur’an.

Kita kena belajar tafsir Al-Qur’an ini supaya kita boleh sampaikan kepada manusia. Bagaimana kita hendak sampaikan kepada manusia kalau kita sendiri tidak tahu tafsir Al-Qur’an?

لِيَحكُمَ بَينَ النّاسِ فيمَا اختَلَفوا فيهِ
untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan

Tujuan kitab-kitab wahyu itu diturunkan bukanlah untuk disorok tetapi digunakan sebagai sumber hukum kepada manusia. Kitab dari Allah ‎ﷻ itu menjadi kayu ukur untuk membezakan manakah fahaman yang benar dan manakah fahaman yang salah.

Ia digunakan untuk menentukan mana yang benar dan mana yang tidak. Oleh itu kalau ada perbezaan pendapat, kena rujuk kepada wahyu.

Banyak sekali perbezaan pendapat dalam kalangan umat, tetapi ramainya tidak rujuk pun kepada wahyu sebagai kata putus. Ini kerana ramai yang jahil tentang ilmu wahyu ini.

Sedangkan ia amat jelas kepada mereka yang belajar. Yang tidak jelas hanyalah kepada mereka yang tidak belajar atau mereka yang degil setelah mengetahuinya.

وَمَا اختَلَفَ فيهِ إِلَّا الَّذينَ أوتوهُ مِن بَعدِ ما جاءَتهُمُ ٱلبَيِّنَـٰتُ
tidaklah mereka berselisih padanya melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata,

Perpecahan yang terjadi itu bukanlah sebelum kedatangan para Nabi ataupun sebelum kitab Allah ‎ﷻ diturunkan, tetapi ia terjadi selepas adanya para Nabi dan kitab wahyu disampaikan kepada mereka.

Maknanya perpecahan itu terjadi selepas manusia telah diberitahu manakah yang salah dan manakah yang betul. Mereka berselisih bukan kerana jahil tetapi mereka berselisih kerana mereka degil.

Dari ayat ini kita dapat tahu bahawa antara yang memesongkan agama ini adalah orang yang tahu tentang agama.

Mereka menggunakan agama untuk kepentingan dan kedudukan mereka kerana mereka nampak agama ini boleh digunakan.

Mereka nampak agama boleh digunakan untuk dapat duit, boleh dapat kedudukan dan sebagainya.

Maka ramai yang ambil peluang. Mereka itulah yang dinamakan ulama’ suu’ – ulama yang jahat. Jangan sangka semua ulama’ atau ustaz itu sama sahaja.

Ramai yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan mereka sahaja.

Ataupun kerana mereka memang jahil kerana walaupun kitab wahyu sudah ada, tetapi mereka tidak mempelajarinya.

Samalah juga dengan masyarakat kita yang tidak faham maksud yang hendak disampaikan oleh Al-Qur’an kerana mereka tidak belajar tafsir Al-Qur’an.

Jangan kata masyarakat awam sahaja, malah ada guru-guru agama yang banyak mengajar sekarang pun tidak tahu pun tafsir Al-Qur’an kerana mereka tidak pernah belajar tafsir Al-Qur’an lagi.

Kita sahaja yang sangka mereka mahir tentang Al-Qur’an, tetapi cubalah tanya guru-guru anda, adakah mereka telah belajar tafsir Al-Qur’an? Jangan terkejut dengan jawapan yang diberikan nanti.

بَغيًا بَينَهُم
kerana hasad dengki sesama sendiri.

Perpecahan itu terjadi kerana ada sifat dengki dalam diri mereka yang tidak mahu orang lain jadi baik. Mereka hendak mereka sahaja yang nampak baik pada mata masyarakat.

Ataupun mereka dengki kalau orang lain lebih tinggi kedudukannya daripada mereka kerana mereka nampak kedudukan mereka akan jatuh dan mereka sudah tidak dapat mengawal masyarakat lagi.

Inilah yang dilakukan oleh ulama’-ulama’ jahat yang menggunakan agama untuk kepentingan mereka.

Ulama’-ulama’ sebeginilah yang tidak mahu masyarakat faham agama kerana jikalau masyarakat bodoh, maka senanglah untuk mereka mengawal masyarakat itu.

Sudahlah mereka itu ada yang jahil, dan mereka membodohkan masyarakat lagi dengan menggunakan hujah dan dalil yang batil di dalam membolehkan ajaran mereka yang salah.

فَهَدَى اللَّهُ الَّذينَ ءَامَنُواْ لِمَا اختَلَفوا فيهِ مِنَ الحَقِّ بِإِذنِهِ
Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka, dengan izin-Nya.

Allah ‎ﷻ tetap memberi pimpinan hidayah kepada orang yang mahu beriman. Kalau manusia hendak beriman, Allah ‎ﷻ akan memperjelaskan mana yang benar antara perselisihan manusia itu.

وَاللَّهُ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ
Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Persoalan yang banyak timbul dalam masyarakat awam sekarang adalah: manakah pihak yang benar? Masyarakat awam amat keliru kerana terlalu banyak ahli agama yang berlainan pendapat. Mereka tertanya-tanya manakah pihak yang benar sebenarnya?

Inilah jawapan Allah ‎ﷻ kepada kita semua. Kalau kita mahu beriman kepada Allah ‎ﷻ, Allah ‎ﷻ akan tunjukkan kebenaran itu kepada kita.

Oleh itu hendaklah kita berdoa kepada Allah ‎ﷻ supaya tunjukkan kebenaran itu walaupun ia berada di pihak yang lain daripada kita. Ikhlaskan dalam doa kita, kata kita betul-betul mahu kebenaran… “Tolonglah tunjukkan kepada aku”.

Malangnya ramai dalam kalangan kita yang menutup kebenaran dari sampai kepada kita apabila kita hanya mahu melihat kebenaran dari pihak kita sahaja.

Kalau kita ikhlas mahukan kebenaran, Allah‎ ﷻ pasti akan tunjukkan kebenaran itu kepada kita.

Sebahagian besar tentang agama ini adalah tentang akhlak. Malah ia lebih penting daripada ilmu sebenarnya. Ini kerana kita menambah ilmu agama supaya akhlak kita semakin baik.

Bukannya kita belajar ilmu agama ini untuk kita menghentam pihak-pihak yang lain dengan mengatakan mereka salah dan kita benar. Jadi jikalau kita mahukan kebenaran maka hendaklah kita menjaga akhlak kita.

Allahu a’lam.

Asma’ul Husna: Bab 2 Keutamaan Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Bahagian 5)

0

Bab 2: Keutamaan Ilmu Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Sambungan)

Pemahaman hati seperti ini merupakan hasil pengenalan hamba tentang nama, sifat, dan ibadahnya kepada Allah ‎ﷻ. Seorang hamba ketika di dunia tidak akan mampu mendapatkan hal yang lebih mulia dan utama serta sempurna daripada mengenal Allah‎ﷻ. Itulah anugerah termulia daripada Allah ‎ﷻkepada hamba-Nya, dan itulah inti tauhid dan sumbernya. Barangsiapa yang dibukakan baginya pintu ilmu ini, maka terbukalah pintu tauhid yang murni dan iman yang sempurna.

[Kefahaman hati yang dimaksudkan adalah, seorang Muslim itu apabila sudah kenal dengan nama-nama Allah ‎ﷻ dan sifat-Nya, ada kesan pada diri mereka. Tidaklah mereka tahu sahaja, tetapi ada kaitan dengan hati mereka, sama ada takjub, berharap, tawakal dan sebagainya. Inilah tujuan kita belajar Asma’ul Husna ini.]

Di sini perlu untuk diketahui bahawa mengenal Allah ‎ﷻ ada dua macam, iaitu pertama, sekadar mengenal, yang hal ini sama antara manusia, yang baik, yang jelek, yang taat dan yang berbuat maksiat.

Kedua, pengenalan yang menimbulkan rasa malu, cinta, bergantungnya hati, rindu, takut, bertaubat, selalu dekat, dan sentiasa menghadap kepada-Nya.

[Kita bukan hendak kenal Allah ‎ﷻ sahaja. Ini semua orang boleh belajar dan boleh tahu. Professor di universiti luar negara seperti Oxford pun boleh senaraikan sifat-sifat Allah ‎ﷻ dan boleh bagi kelas tentang Allah‎ﷻ. Tetapi yang lebih penting adalah kesan pada hati. Kesan itu yang kita hendak. Kita hendak didik hati kita lekat dengan Allah‎ ﷻ, terkesan dengan Allah‎ ﷻ.]

Pengenalan seperti ini merupakan sumber segala bentuk kebaikan dan mata air bagi setiap keutamaan. Oleh kerana itu, metode Al-Qur’an dalam berdakwah kepada kebenaran, pentunjuk dan memperingatkan dari segala mara bahaya dan kebinasaan didasari oleh pengenalan terhadap ilmu yang mulia ini.

Di dalam Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ menyebutkan sifat kesempurnaan-Nya, ketinggian-Nya di atas Arsy, sifat bicara dan dialog-Nya, keluasan ilmu, dan perwujudan kehendak-Nya, yang dapat membawa seorang hamba kepada keikhlasan, pengesaan, dan kebencian kepada kesyirikan.

[Senarai Asma’ul Husna ini diambil daripada Al-Qur’an kerana di situlah Allah‎ ﷻ memperkenalkan Diri-Nya. Kalau anda perasan, banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang diakhiri dengan menyebut sifat-sifat Allah‎ ﷻ. Tetapi kena belajar tafsir baru faham apakah yang hendak disampaikan.

Akan tetapi, memang dalam kitab-kitab tafsir pun tidak dijelaskan sangat tentang Asma’ul Husna ini. Maka kerana itu kita bincangkan khusus di sini supaya penekanan lebih mendalam dapat diberikan.]

Fiqh Asasi Pemula: Kitab Salat-Syarat dan Cara Salat

0

Kitab   : Salat

Bab     : Syarat Dan Cara Salat

Bahagian :

A. Syarat-Syarat Sah Salat

Tajuk :  

  1. Masuk waktu
  2. Suci daripada hadas
  3. Bersih pakaian, badan dan tempat salat daripada najis
  4. Menutup aurat

A. Syarat-Syarat Sah Salat

Kita telah mempelajari bab Taharah (kenal air, kenal najis, wudhu’, mandi dan tayamum), haid, nifas dan istihadah. Kemudian kita juga telah belajar tentang kepentingan dan waktu salat. Dan kemudian kita baru sahaja belajar tentang azan dan iqamah. 

Sekarang, sebelum kita masuk ke dalam bab cara-cara mendirikan salat, kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui syarat-syarat sah salat. Kita hendaklah memastikan semua ini dipenuhi dahulu sebelum memulakan salat.

  1. Masuk waktu

Semasa hendak memulakan salat, kita hendaklah memastikan waktu salat sudah masuk. Kita telah mempelajari hal ini di dalam bab waktu-waktu salat. Kalau kita salat sebelum masuk waktunya, salat itu tidak sah. Pada zaman sekarang, mudah bagi kita untuk memastikan waktu sudah masuk ke belum iaitu hanya dengan melihat jam sahaja.

  1. Suci daripada hadas

Sebelum memulakan salat juga, kita hendaklah memastikan yang kita bebas daripada hadas kecil dan besar. Jadi kita telah belajar bab wudhu’, mandi, tayamum, istihadah, haid dan juga nifas. Maka, kita kena pastikan semua itu telah dipenuhi.

  1. Membersihkan pakaian, badan dan tempat salat daripada najis

Kita juga mesti memastikan pada tubuh badan kita tidak ada najis. Bukan badan kita sahaja yang perlu dibersihkan tetapi pakaian dan tempat salat juga perlu bersih daripada najis. Kita telah mempelajari apakah yang dikatakan najis dan apakah yang tidak najis dan kita juga telah belajar cara-cara membersihkan najis. 

✍️ 1. Dalil pakaian kena bersih adalah surah al-Muddathir, ayat 4:

وَثِيابَكَ فَطَهِّر

“…dan pakaianmu, bersihkanlah.”

✍️ 2. Dalil bagaimana Nabi ﷺ mengajarkan cara untuk mencuci pakaian yang terkena darah haid. Kesimpulan ini berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Khaulah binti Yasar bertanya kepada Nabi ﷺ,

َ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

أَنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ يَسَارٍ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي إِلَّا ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ فَكَيْفَ أَصْنَعُ قَالَ إِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِيهِ ثُمَّ صَلِّي فِيهِ فَقَالَتْ فَإِنْ لَمْ يَخْرُجْ الدَّمُ قَالَ يَكْفِيكِ غَسْلُ الدَّمِ وَلَا يَضُرُّكِ أَثَرُهُ

Bahawasanya Khaulah binti Yasar pernah mendatangi Nabi ﷺ, kemudian berkata; “Wahai Rasulullah, saya hanya memiliki satu pakaian, dan saya haid dengan menggunakan pakaian tersebut.” Baginda bersabda, “Jika haidmu telah berhenti, cucilah bahagian pakaianmu yang terkena darah haid, kemudian salatlah dengan menggunakan pakaian tersebut.” Khaulah bertanya lagi, “Jika darah tersebut tidak luntur (bekas darah itu tidak hilang)?” Baginda menjawab, “Cukuplah kamu cuci dengan air, dan tidak perlu pedulikan bekasnya.” 

(Sunan Abu Daud no. 310 dan dinilai sahih oleh Al-Albani)

✍️ 3. Dalil tempat salat perlu dibersihkan adalah hadith daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata:

بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah ﷺ, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah ﷺ menggertaknya, tetapi Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah ﷺ pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir kepada Allah ﷻ, salat dan membaca al-Quran.” Atau sebagaimana sabda Nabi ﷺ yang sesuai. Setelah itu baginda memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” 

(HR. Muslim 2/133, no. 429)

  1. Menutup Aurat

Semua orang sedia maklum yang kita diwajibkan untuk menutup aurat semasa salat.

✍️ Dalilnya surah al-A’raf, ayat 31: 

يا بَني آدَمَ خُذوا زينَتَكُم عِندَ كُلِّ مَسجِدٍ

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid”

Tafsir: Salah satu tafsir ayat ini adalah kita haruslah memastikan pakaian kita menutupi aurat apabila salat. ‘Masuk masjid’ itu sama ada ketika tawaf dan juga ketika salat. Jadi kenalah menutup aurat walaupun salat bersendirian dan tidak ada orang lain kerana menutup aurat ketika salat adalah hak Allah ‎ﷻ.

a. Apa yang wajib ditutupi oleh lelaki di dalam salat

Wajib bagi lelaki untuk menutup qubul dan duburnya. Tetapi bukan itu sahaja, malah dalam salat kena menutup lebih lagi daripada semasa di luar salat. Sebagai contoh, di luar salat boleh sahaja lelaki membuka dua bahunya, tetapi dalam salat kena tutup. Berkenaan hal ini, tidak dinafikan bahawa di sana terdapatnya riwayat yang berkaitan.

✍️ Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

 لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ شَىْءٌ

Maksudnya: “Janganlah salah seorang daripada kamu salat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya.”

(HR. Bukhari no. 359)

Syarah: Berdasarkan maksud zahir hadith di atas, terdapatnya larangan ke atas perbuatan salat dalam keadaan bahagian bahu terdedah. Di dalam kaedah usul fiqh mengatakan, bahawa larangan itu membawa erti pengharaman. Justeru, sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.

Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi رحمه الله mengatakan: Wajib ke atas seseorang yang salat untuk meletakkan sesuatu daripada pakaian di atas bahunya, sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Inilah pendapat Ibn Al-Munzir dan dihikayatkan daripada Abu Ja’far, beliau berpendapat bahawa tidak sah salat bagi sesiapa yang tidak menutup bahunya.

Manakala majoriti para fuqaha pula berpendapat: Yang demikian itu tidak wajib, dan ia bukanlah syarat sah salat. Inilah pendapat Imam Malik dan Imam Asy-Syafi’iy, kerana kedua-dua bahu tersebut bukanlah aurat maka ia menyamai baki anggota badan yang lain. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/618).

Manakala Imam al-Nawawi رحمه الله di dalam kitabnya Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim (2/274) apabila mensyarahkan hadith ini beliau berkata: “Kata para ulama’: Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu.

Kata beliau lagi: “Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Asy-Syafi’iy serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman. Jika seseorang itu salat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka salatnya dikira sah berserta hukum makruh. Sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak.

Manakala Imam Ahmad رحمه الله dan sebahagian para salaf berpendapat bahawa salatnya tidak sah sekiranya dia mampu meletakkan sesuatu (daripada pakaian) di atas bahunya. Manakala di dalam riwayat lain yang juga daripada Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله beliau berpendapat bahawa salatnya adalah sah, akan tetapi berdosa jika dia meninggalkan meletak sesuatu dari pakaian di atas bahunya.

Kesimpulan:

Setelah meneliti dan menilai isu ini dengan merujuk kepada nas-nas berkaitan berserta pandangan para ulama’, kita boleh simpulkan bahawa salat dengan memakai singlet atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan salat tersebut sah. 

Nabi ﷺ pun pernah salat dengan satu kain tetapi baginda tetap menutup bahu baginda. Ini berdasarkan hadith at-Tirmidzi رحمه الله.

Umar bin Abu Salamah رضي الله عنهما berkata bahawasanya dia melihat Rasulullah ﷺ bersembahyang di dalam rumah Ummu Salamah (isterinya) berbalut dengan sehelai kain.

✍️ Daripada ‘Umar bin Abu Salamah رضي الله عنهما:

أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فِي بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ قَدْ أَلْقَى طَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ

“Bahawa dia melihat Nabi ‎ﷺ salat di rumah Ummu Salamah dengan mengenakan satu kain yang kedua sisinya digantungkan pada kedua bahunya.”

[Sahih Al-Bukhari no.355]. 

Nabi ﷺ pernah bersembahyang dalam keadaan berbalut menggunakan sehelai kain di mana ditarikkannya satu hujung kain dan celah ketiak kanan baginda dan dinaikkannya ke atas bahu kiri; kemudian ditarikkannya satu hujung yang sebelah lagi dan celah ketiak kiri dan dinaikkannya ke atas bahunya yang kanan; kemudian dipertemukan dua hujung kain itu lalu disimpulkannya ke dadanya. Sesudah itu baginda lalu bersembahyang dalam keadaan tersebut.

Semoga kita dapat menjaga pakaian kita semasa salat. Kita panjangkan bab ini kerana rasanya ramai juga yang salat tanpa berbaju (pakai kain pelekat sahaja) atau pakai baju singlet sahaja. Semoga kita tidak melakukannya lagi.

b. Hujah bagi golongan yang berpendapat paha tidak termasuk aurat

Sekarang kita masuk ke perbincangan yang agak kontroversi sedikit. Ada yang berpendapat pusat, paha dan lutut bukanlah aurat dan mereka juga berpegang dengan dalil. Nanti kita akan lihat pula hujah mereka yang mengatakan paha itu adalah aurat pula.

Mazhab Hanafi menganggap apa yang di antara pusat dan lutut sebagai daerah aurat. Mereka menganggap lutut itu aurat sedangkan pusat tidak. Manakala mazhab Syafi’iy dan Hanbali mengatakan antara pusat dan lutut itu aurat manakala pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat. Adapun mazhab Maliki, Zahiri dan satu pandangan daripada Imam Ahmad رحمهم الله menyatakan bahawa paha itu bukan aurat. Wallahu a’lam.

Hujah golongan yang mengatakan paha bukan aurat: 

✍️ Hadith daripada Aisyah رضي الله عنها:

– كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مُضطجِعًا في بيتِه كاشفًا عن فخِذَيْه فاستأذَن أبو بكرٍ فأذِن له وهو على تلكَ الحالِ فتحدَّث ثمَّ استأذَن عُمَرُ فأذِن له وهو على تلكَ الحالِ فتحدَّث ثمَّ استأذَن عُثمانُ فجلَس رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وسوَّى ثيابَه 

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berbaring di rumahku sambil terdedah kedua pahanya. Apabila Abu Bakar meminta izin untuk masuk, baginda membenarkannya masuk dalam keadaan terdedah pahanya. Kemudian Umar meminta izin, baginda mengizinkannya masuk dalam keadaan pahanya tersingkap. Kemudian Usman meminta izin untuk masuk lalu Rasulullah ﷺ duduk dalam keadaan normal pakaiannya (menutup pahanya).” 

(Sahih Ibnu Hibban no. 6907, sanadnya sahih di atas syarat Muslim. Sunan Al Kubra li al-Baihaqi 2/231)

Syarah: Kalau paha itu memang aurat, maka tentulah baginda telah menutupinya ketika Abu Bakar dan Umar masuk menemui baginda.

✍️ Hadith daripada Anas رضي الله عنه:

ثم حَسَرَ الإِزَارَ عن فخِذه حتى إني أَنْظُرُ إلى بَيَاضِ فَخِذِ نبي الله

Kemudian tersingkaplah paha Nabi ﷺ sehingga aku melihat keputihan paha Nabi Allah.” 

(Sahih Bukhari no. 358)

Hujah ini mengatakan kalaulah paha itu aurat, sudah tentu Allah ‎ﷻ telah menjaganya daripada ternampak kepada khalayak. Ini kerana Allah ‎ﷻ menjaga aurat Nabi Muhammad ﷺ. 

✍️ Ini berdasarkan dalil: 

351 – حَدَّثَنَا مَطَرُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْقُلُ مَعَهُمْ الْحِجَارَةَ لِلْكَعْبَةِ وَعَلَيْهِ إِزَارُهُ فَقَالَ لَهُ الْعَبَّاسُ عَمُّهُ يَا ابْنَ أَخِي لَوْ حَلَلْتَ إِزَارَكَ فَجَعَلْتَ عَلَى مَنْكِبَيْكَ دُونَ الْحِجَارَةِ قَالَ فَحَلَّهُ فَجَعَلَهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ فَسَقَطَ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ فَمَا رُئِيَ بَعْدَ ذَلِكَ عُرْيَانًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Telah menceritakan kepada kami Mathar bin al-Fadlal berkata, telah menceritakan kepada kami Rauh berkata, telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Ishaq telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Dinar berkata, “Aku mendengar Jabir bin ‘Abdillah menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ memunggah batu bersama orang-orang kafir Quraisy untuk pembinaan semula Ka’bah, ketika itu baginda memakai kain.” Al-‘Abbas lalu berkata kepadanya, “Wahai anak saudaraku, alangkah baiknya jika kau membuka kainmu dan meletakkannya di atas kedua belah bahumu sebagai pelapik kepada batu-batu (yang kau pikul itu). Perawi berkata: Maka baginda membuka kainnya dan hampir meletakkannya atas kedua belah bahu, tiba-tiba baginda terjatuh pengsan. Setelah peristiwa itu tidak lagi Nabi ﷺ dilihat bertelanjang (tidak terdedah auratnya).” 

(Sahih Bukhari no. 351).

Syarah: Allah ‎ﷻ pengsankan Nabi ﷺ sebelum baginda membuka kain baginda untuk memelihara aurat baginda.

AMARAN: Di sini bukanlah saya menganjurkan salat memakai seluar pendek pula. Kita semua ada kain yang cukup, jadi tidak perlu untuk tunjuk paha pula. Kita lihat pula hujah yang mengatakan paha itu aurat.

c. Hujah bagi golongan yang mengatakan paha termasuk aurat

Ada juga pendapat yang mengatakan paha lelaki itu merupakan aurat. Ini merupakan pendapat jumhur ulama’, di antara mereka adalah Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’iy di dalam salah satu pendapat beliau dan Ahmad dalam suatu riwayat.

✍️ 1. Pendapat ini berdalil dengan suatu riwayat dari Zur’ah bin Abdurrahman bin Jarhad daripada bapanya (Abdurrahman bin Jarhad) beliau berkata: “Jarhad termasuk salah seorang ahlus suffah, sesungguhnya beliau berkata: “Rasulullah ﷺ duduk di samping kami dalam keadaan pahaku tersingkap. Maka baginda ﷺ bersabda:

أما علمت أن الفخذ عورة ؟

Apakah kamu tidak tahu bahawa sesungguhnya paha itu aurat?

(HR. Abu Daud no. 4014 dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani رحمه الله)

✍️ 2. Diriwayatkan pula, sesungguhnya Rasulullah ﷺ melewati Jarhad dalam kondisi paha Jarhad tersingkap (kainnya). Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الفخذ عورة

“Sesungguhnya paha itu aurat”. 

(HR. At-Tirmidzi no. 2793 dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani رحمه الله)

Dalam dua hadith di atas, terdapat dalil yang sangat jelas sesungguhnya paha lelaki itu adalah aurat. Dan ini adalah pendapat yang benar dan kuat dalam masalah ini. Cuma bagi mereka yang mengatakan paha bukan aurat adalah kerana mereka mengkritik hadith-hadith di atas. Ini biasa sahaja dalam menilai hadith-hadith (ada yang terima sebagai sahih dan ada yang kritik).

Jadi, pendapat kedua ini mengatakan paha adalah aurat. Akan tetapi yang dimaksudkan aurat di sini adalah aurat ringan, bukan termasuk aurat besar. Ini bagi mengkompromikan dengan hadith-hadith lain yang sekilas menunjukkan bahawa paha itu bukan aurat (iaitu pendapat golongan yang mengatakan paha bukan aurat).

✍️ Al-Imam Ibnul Qayyim رحمه الله berkata:

 ”Jalan kompromi antara hadith-hadith di atas, apa yang telah disebutkan oleh beberapa sahabat Imam Ahmad: sesungguhnya aurat itu ada dua:

Aurat mukhaffafah (ringan) dan aurat mughalladzah (berat). Aurat berat adalah dubur dan kemaluan, sedangkan aurat ringan adalah dua paha. Tidak saling meniadakan antara perintah untuk menundukkan pandangan dari dua paha kerana keduanya adalah aurat dan antara menyingkap keduanya kerana keduanya adalah aurat ringan”. 

( Tahdzibus Sunan : 11/36 )

✍️ Pendapat yang menyatakan bahawa paha adalah aurat ringan, adalah pendapat yang dikuatkan oleh Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz رحمه الله beserta Lajnah Daimah ( Majmu’ Fatawa Lajnah Daimah : 6/165 )

Kesimpulan: Kalau kita mengetahui ada dua pendapat sebegini, tidaklah kita terkejut sangat kalau ada yang tidak kisah kalau pasukan bola negara Islam selamba sahaja memakai seluar pendek. Tetapi tidaklah kita sampai berjalan ke hulu ke hilir pergi ke pusat membeli-belah dengan memakai seluar pendek sahaja. Dan jauh sekali kita suruh orang salat dengan memakai seluar pendek pula.

d. Bahagian tubuh wanita yang wajib ditutupi dalam salat

Wanita wajib menutupi keseluruhan tubuhnya dalam salat kecuali wajah dan tapak tangan.

✍️ Dalilnya adalah surah Nur, ayat 31:

وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا ما ظَهَرَ مِنها

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Tafsir: Jumhur ulama’ menafsir ‘yang biasa nampak’ itu adalah wajah dan juga tapak tangan.

Masyarakat wanita kita sudah biasa memakai telekung untuk salat jadi tidak ada masalah dalam bab ini. Tetapi sekiranya tidak memakai telekung namun pakaian dia menutup auratnya, maka masih boleh salat kerana memakai telekung bukanlah wajib ketika salat.

Sekian, allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-212

0

Tafsir Ayat Ke-212

Ini adalah dorongan kepada jihad (targhib) yang kelima. Allah ‎ﷻ hendak beritahu kedudukan orang yang bertaqwa.

Allah ‎ﷻ juga hendak mengingatkan kita bahawa dunia ini sementara sahaja, maka jangan tertipu dengan godaan dunia.

زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا ٱلحَيَوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءَامَنُواْ‌ ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ ٱلقِيَـٰمَةِ‌ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا ٱلحَيَوٰةُ الدُّنيا

Dunia diperhiaskan pada (pandangan) orang-orang kafir,

Soalan yang mungkin timbul di dalam fikiran manusia adalah: kenapa mereka yang dikatakan derhaka kepada Allah ‎ﷻ telah diberikan dengan nikmat dunia yang berganda-ganda? Dari dahulu sampai sekarang, kita boleh lihat bagaimana orang kafir itu sentiasa sahaja lebih kaya, lebih maju daripada orang Islam.

Mungkin ada yang kata, nampak macam Allah ‎ﷻ lebihkan mereka pula. Adakah mereka itu dalam puak yang benar dan Allah ‎ﷻ sayang mereka? Tetapi dikatakan mereka derhaka kepada Allah ‎ﷻ pula? Kenapa jadi macam ini? Nampak macam tidak logik pula, bukan?

Allah ‎ﷻ beritahu bahawa kekayaan dan kesenangan yang mereka dapati itu bukanlah kayu ukur atau sebagai tanda yang Allah ‎ﷻ sayang kepada mereka atau kedudukan mereka lebih tinggi. Sebenarnya dunia ‘diperlihatkan’ indah kepada orang-orang kafir dan kerana itu mereka bersusah payah dan berusaha bersungguh-sungguh hanya kepada hal-hal keduniaan sahaja.

Orang-orang Islam bukanlah tidak memandang keindahan dan kesenangan dunia, tetapi dalam masa yang sama, kita juga nampak kepentingan akhirat. Orang kafir nampak hanya dunia sahaja yang penting dan indah. Orang Mukmin pula mementingkan akhirat (tanpa menolak dunia). Kalau ada percanggahan antara dunia dan akhirat, akhiratlah yang lebih diutamakan.

Oleh kerana orang kafir nampak hanya dunia sahaja yang penting (dan hanya dunia sahaja yang ada), maka mereka berusaha dengan sekeras-kerasnya untuk mendapatkan kesenangan dunia itu dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun terpaksa menipu dan sebagainya.

Tumpuan mereka hanya pada dunia sahaja. Oleh kerana itu sahaja yang mereka tumpukan dan usahakan, maka mereka dapatlah dunia itu atas usaha keras mereka. Jika mereka hendak sangat dunia, Allah ‎ﷻ boleh berikan kepada mereka dan menjadikan dunia itu sebagai ujian untuk mereka.

Tetapi orang Islam tidak boleh buat begitu, maka adalah kekurangan di sana sini dari segi keduniaan. Namun sebagai seorang mukmin, dia akan redha dengan apa sahaja pemberian daripada Allah ‎ﷻ.

وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءَامَنُواْ‌ۘ

mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

Oleh kerana mereka hanya nampak kejayaan dunia sahaja, maka mereka memperkecilkan dan merendah-rendahkan orang-orang beriman yang tidak ada kedudukan dan kekayaan dalam dunia. Ini adalah kerana mereka hanya memandang kejayaan itu daripada segi kedudukan keduniaan sahaja.

Itu adalah pandangan yang amat silap. Kalau kita menilai kejayaan manusia dengan melihat pencapaian mereka dalam hal keduniaan sahaja, itu adalah salah. Lihatlah para Nabi, kebanyakan daripada mereka miskin-miskin belaka.

Orang kafir kata orang Islam itu bodoh sebab hidup kita tersekat dengan berbagai sekatan agama. Macam-macam tidak boleh buat. Sebagai contoh, pakaian kena jaga aurat, hari-hari kena salat, bercakap hendak kena jaga sebab tidak boleh cakap sebarangan, pergi kelab malam tidak boleh, tidak boleh makan riba’ dan macam-macam kekangan lagi.

Mereka kata kita hidup dalam kerugian. Begitulah Nabi ﷺ telah bersabda bahawa dunia ini adalah penjara kepada orang beriman.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Abdulaziz Ad Darawardi daripada Al Ala` daripada ayahnya daripada Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Dunia ini adalah penjara orang mukmin dan syurga orang kafir.” (Hadith Sahih Muslim no 5256)

Allah ‎ﷻ beritahu mereka yang nampak dunia itu indah hanyalah orang kafir sahaja. Malangnya, ada orang Islam pun macam itu juga, bukan? Mereka yang ajak kita buat maksiat, ajak pergi majlis bid’ah, buat benda yang salah dan macam-macam lagi. Lalu siapakah mereka itu sebenarnya?

وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ ٱلقِيَـٰمَةِ‌ۗ

Padahal orang-orang yang bertaqwa lebih tinggi daripada mereka pada hari kiamat kelak.

Inilah berita gembira kepada orang yang bertaqwa: Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang menjaga hukum Allah ‎ﷻ, lebih tinggi kedudukan daripada orang-orang kafir itu di akhirat kelak. Mungkin di dunia orang bertaqwa itu nampak rendah dan hina, namun di akhirat orang bertaqwa yang lebih tinggi kedudukan mereka.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘orang-orang bertaqwa’ kerana beriman sahaja tidak cukup. Taqwa adalah peringkat yang lebih tinggi selepas beriman kerana beriman itu maksudnya ‘percaya’ dan ‘taqwa’ adalah menjaga hukum dan perintah Allah ‎ﷻ selepas percaya.

Orang-orang yang bertaqwa akan masuk ke dalam syurga dan orang kafir itu akan masuk ke dalam neraka. Apabila masuk ke dalam syurga, maka kedudukan ahli syurga memang akan lebih tinggi daripada kedudukan mereka yang di neraka. Waktu itu orang bertaqwa pula yang akan mentertawakan orang kafir itu.

وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira

Sama ada rezeki lebih atau kurang itu adalah daripada takdir Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ yang menentukan siapa yang akan dapat berapa. Tidak boleh kita persoalkan kepada siapa Allah ‎ﷻ hendak beri. Kalau Allah ‎ﷻ hendak beri lebih banyak kepada orang kafir, bukan hak kita untuk persoalkan. Semuanya adalah atas kehendak Allah ‎ﷻ untuk menguji hamba-Nya.

Kenapa sebut tentang rezeki dalam ayat ini? Kerana orang-orang kafir itu pada mereka mudah sahaja mereka rasa untuk dapat harta – boleh kerja macam-macam tanpa halangan, boleh makan riba, boleh menipu dan sebagainya.

Maka Allah ‎ﷻ hendak beritahu bahawa Allah ‎ﷻ boleh beri rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kalau kita bertaqwa, Allah ‎ﷻ masih juga akan beri rezeki yang kadang-kadang kita tidak sangka. Allah ‎ﷻ akan beri jalan keluar. Seperti yang Allah sebut dalam [ Talaq: 3 ]

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya.

Tidak perlu kita melanggar hukum Allah ‎ﷻ untuk mendapatkan rezeki. Kita masih boleh dapat rezeki kalau kita menjaga hukum-hukumNya. Allah ‎ﷻ masih lagi boleh beri rezeki yang banyak.

Allahu a’lam.

Asma’ul Husna: Bab 2 Keutamaan Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Bahagian 4)

0

Bab 2: Keutamaan Ilmu Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Sambungan)

Jalan mengenal Allah‎ ﷻ ini dilakukan dengan memahami makna nama-nama Allah ‎ﷻ yang baik dan menanamkannya dalam hati hingga berpengaruh nampak dan konsekuensinya di hati dan dipenuhi hati tersebut dengan ilmu yang sangat mulia.

Contoh, nama Allah‎ ﷻ yang menunjukkan akan keagungan, kebesaran, kemuliaan, dan kehormatan akan memenuhi hati dengan pengagungan dan pemuliaan kepada Allah ‎ﷻ.

[Apabila kita belajar asma’ul Husna, ia bukan setakat ilmu sahaja tetapi hendaklah sampai memberi kesan kepada hati. Apabila kita kenal Allah ‎ﷻ, maka sepatutnya kita berharap kepada-Nya kerana kita tahu Dialah tempat pengharapan.]

Nama-nama Allah ‎ﷻ yang menunjukkan keindahan, kebaikan, keutamaan, kasih sayang, kedermawanan akan memenuhi hati dengan kecintaan kepada Allah ‎ﷻ dan puji syukur serta rindu kepada-Nya.

[Ada pula nama-nama yang menaikkan cinta dan sayang kepada-Nya].

Nama-nama Allah‎ ﷻ yang menunjukkan kemuliaan, kebijaksanaan, ilmu, dan kekuasaan akan memenuhi hati dengan ketundukan, kekhusyukan, ketakutan kepada-Nya.

[Ada pula nama-nama Allah ‎ﷻ yang menyebabkan kita takjub kepada-Nya].

Nama-nama Allah ‎ﷻ yang menunjukkan keilmuan, pengawasan, peliputan, dan persaksian akan memenuhi hati dengan perasaan selalu diawasi Allah ‎ﷻ dalam setiap gerak-geri dan diamnya, serta menjaga fikiran dari hal-hal yang jahat serta keinginan yang negatif.

[Ada nama-nama yang menyebabkan kita takut hendak berbuat dosa kerana kita yakin dengan sebenar-benarnya yakin yang Allah ‎ﷻ sedang memerhatikan kita. Takkan berani hendak buat salah depan ayah, bukan? Apatah lagi dengan Allah ‎ﷻ?]

Nama-nama Allah ‎ﷻ yang menunjukkan kekayaan dan kelembutan akan memenuhi hati dengan sikap selalu memerlukan, memasrahkan, dan menyerahkan diri kepada-Nya di setiap waktu dan keadaan.

[Terdapat juga nama-nama yang menyebabkan kita berharap sepenuhnya kepada Allah‎ ﷻ dalam menangani masalah dan musibah kita].

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 4)

0

Seperti telah diberitahu sebelum ini, golongan Atheis ini adalah golongan yang pandai dan berpendidikan. Akan tetapi Allah ‎ﷻ kata mereka ini jahil. Lihat [Rum: 6 & 7].

وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.

Jadi memang mereka ini berpendidikan namun mereka hanya ada ilmu tentang fizikal sahaja. Mereka ada ilmu dunia sahaja, tetapi tidak tahu ilmu akhirat.

Berkemungkinan juga mereka ini adalah pemikir yang hebat. Maka kata-kata mereka ada nilai. Orang yang tidak ada ilmu akhirat juga mudah tertipu kerana hujah-hujah mereka kadang-kadang masuk juga dek akal. Akan tetapi itu hanyalah hujah tanpa dalil sahaja. Seperti yang telah diberitahu, berkenaan ilmu akhirat dan ilmu ghaib, amat memerlukan maklumat daripada wahyu yang sahih.

Maka kita kena sedar tentang bahayanya golongan ini. Jangan kita mudah termakan dengan hujah-hujah mereka. Kepada anak-anak kita, hendaklah kita bekal mereka dengan ilmu agama semenjak muda lagi supaya mereka tidak senang terpesona dengan hujah-hujah bathil.

Kalau kita lihat sekarang, ramai yang terkesan dengan hujah-hujah bathil itu adalah kerana pegangan agama yang lemah. Apabila ilmu agama kurang, maka mudah untuk syaitan ambil peluang untuk talbis manusia dengan menggunakan golongan Atheis yang pandai berhujah ini.

Fiqh Asasi Sunnah: Soal Jawab mengenai Azan & Iqamah

0
  1. Adakah laungan azan yang pertama itu bermaksud telah masuk waktu salat sunat fajar 2 rakaat?

🔵 Bukan. Azan pertama tidak masuk waktu lagi.

Bolehlah kalau hendak menunaikan salat tahajjud.

  1. Adakah di Malaysia masih ada yang mengamalkan azan subuh sebanyak dua kali? Atau itu hanya sekadar info untuk lafaz”Ash sholatu khairun minan naum”?

🔵 Jika tidak silap saya, di Penang masih mengamalkan azan sebanyak dua kali.

Tetapi tidak ramai yang buat. Kena beritahu semua orang. Hal ini kerana, takut ada yang salat sebelum masuk waktu.

  1. Adakah benar lafaz jawab azan “Sadaqta wa barakta ya Rasullullah”?

🔵 Dari fatwa Syaikh Ibn Baz dan Syaikh Utsaimin, kalimah ini tiada asal. Maka, jawab sama dengan lafaz muazzin.

  1. Sekiranya dekat rumah kita terdapat dua buah masjid. Adakah kita perlu menunggu kedua-dua azan dari masjid tersebut selesai baru boleh menunaikan salat bagi wanita yang hendak menunaikan salat di dalam rumah?

🔵 Tunggu satu sahaja.

  1. Adakah sahih menjawab iqamah dan doa selepas iqamah?

🔵 Tidak ada doa selepas iqamah. Tunggu hendak solat sahaja.

  1. Bagaimana pula jika hendak menjawab iqamah?

🔵 Tidak ada doa menjawab
iqamah.

  1. Adakah boleh menjawab iqamah apabila salat secara bersendirian atau kena dilakukan apabila salat secara berjemaah sahaja?

🔵 Jika salat sendiri, hendak azan boleh. Hendak iqamah pun boleh.

  1. Adakah boleh jika hendak salat Tahajjud sedangkan Subuh lagi 10 minit disebabkan kadang terlewat bangun.

🔵 Boleh.

  1. Ketika sampai ke surau dan keaadan masih kosong di dalam surau walaupun sudah masuk waktu salat dalam 5 minit dan saya belum mengambil air wudhu’. Adakah perlu melaungkan azan dahulu atau wudhu’?

🔵 Wudhu’ dahulu.

  1. Adakah ayat “pasti masuk syurga’ yang paling terakhir itu sahih?

🔵 Sahih Muslim itu. Sahih.

  1. Adakah wajib menjawab azan dari radio,telefon bimbit ataupun hanya yang didengar nyata dari masjid sahaja?

🔵Tidak perlu. Jawab azan yang nyata sahaja.

  1. Adakah terdapat dalil bagi yang berdoa selepas iqamah?

🔵 Hanya qiyas kepada azan.

Rajihnya memang tidak ada berdoa selepas iqamah.

  1. Apakah petua jika hendak khusyuk ketika menunaikan salat?

🔵 Faham apa yang disebut. Dari mula sampai habis. Dan hayati setiap kalimah. Ini dipanggil tafhim.

Masalahnya kebanyakan orang kita hafal sahaja kalimah dalam salat. Ia tidak membawa erti kepada mereka. Jadi mulut sahaja bercakap, tetapi fikiran ke laut.

  1. Adakah perlu bertanya kepada iman untuk iqamah atau terus iqamah tanpa bertanya kepada imam?

🔵 Tunggu bila imam sudah sedia.

  1. Adakah perlu berhenti makan atau teruskan makan apabila terdengar azan ketika masih sedang makan sahur?

🔵 Hanya dibenarkan setakat menelan makanan yang sedang berada di dalam mulut sahaja.

Jika makanan siap ada di dalam mulut, kemudian tiba-tiba azan. Telan sahaja makanan di dalam mulut itu.

Makanan di atas pinggan jangan diambil lagi.

  1. Adakah boleh azan dan iqamah sendiri kalau terlambat salat?

🔵 Boleh.

  1. Adakah ini bermaksud, sunnah melaungkan azan subuh sebanyak dua kali, jarak di antara dua azan adalah 10 hingga 15 minit dan tambahan Al-Taswib pada azan yang pertama?

🔵 Ya, ini sunnah.

  1. Adakah dikira menyelisihi sunnah atau pun ada perbahasannnya jika azan Subuhnya sekali sahaja?

🔵 Maknanya, buat yang wajib sahaja. Perkara yang sunat tidak dibuat dan bermaksud semua orang boleh bangun sendiri.

  1. Adakah azan harus dilaungkan oleh individu, ataupun boleh menggunakan rakaman?

🔵 Janganlah begitu. Di awal bab azan, kita sudah letak kelebihan menjadi muazzin. Maka, ambillah peluang itu.

  1. Adakah kanak-kanak yang mumayyiz boleh menjadi muazzin?

🔵 Ya, boleh.

  1. Benarkah iqamah tidak perlu dijawab? Sebab ada yang kata iqamah perlu dijawab sebagaimana azan, dan berdoa sebagaimana doa azan. Katanya iqamah adalah azan kedua kerana itu di antara azan dan iqamah ada salat sunat.

🔵 Itu qiyas sahaja. Sememangnya tidak ada menjawab kepada iqamah dan juga berdoa selepas iqamah. Mereka yang mengamalkannya adalah kerana qiyas iqamah itu ‘azan ke dua’ sahaja. Tetapi itu bab mantiq.

  1. Adakah boleh salat sunat Tahiyyatul Masjid pada hari Jumaat ketika azan sedang berkumandang?

🔵 Azan pertama tunggulah sekejap.

Azan kedua boleh terus salat walaupun sedang azan sebab selepas habis azan khatib terus naik mimbar.

  1. Adakah sunnah melafazkan tasbih, tahmid, selawat dan hauqolah secara jahar sebelum melafazkan azan seperti yang biasa dilakukan oleh para muazzin?

🔵 Tidak ada.

Membaca selawat sunnatnya selepas azan, bukannya sebelum.

Kalau Brelvi memang selawat sebelum azan. Sebab kalau selawat itu Nabi Muhammad ‎ﷺ akan datang mendengar azan itu.

Tetapi tidak tahu pula alasan kenapa orang Melayu membaca selawat sebelum azan.

  1. Manakah lebih afdhal antara melakukan zikir dahulu atau salat sunat selepas selesai menunaikan salat fardhu?

🔵 Salat sunat lebih afdhal.

  1. Adakah zikir dan wirid itu berbeza?

🔵 Zikir lebih luas. Membaca Al-Quran, bercakap tentang Allah‎ ﷻ, kelas agama, itu termasuk zikir.

Wirid itu yang mengulang- ngulang kalimah.

  1. Bagaimanakah jika ada yang mengambil upah untuk menjadi muazzin?

🔵 Beroleh upah tetapi pahala belum tentu.

  1. Ada masjid yang apabila telah masuk waktu, setelah azan, penceramah masih meneruskan ceramah sehingga melewatkan waktu solat jemaah. Adakah perkara ini dibolehkan?

🔵 Boleh. Dalilnya adalah daripada Abdullah bin Syaqiq katanya:
خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ يَوْمًا بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى غَرَبَتْ الشَّمْسُ وَبَدَتْ النُّجُومُ وَجَعَلَ النَّاسُ يَقُولُونَ الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ قَالَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ لَا يَفْتُرُ وَلَا يَنْثَنِي الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ أَتُعَلِّمُنِي بِالسُّنَّةِ لَا أُمَّ لَكَ ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَقِيقٍ فَحَاكَ فِي صَدْرِي مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ فَأَتَيْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ فَسَأَلْتُهُ فَصَدَّقَ مَقَالَتَهُ
Suatu hari Ibnu Abbas pernah berpidato di hadapan kami, iaitu setelah Asar hingga matahari terbenam dan bintang-bintang mulai bermunculan, maka orang-orang berseru; “Salat, salat!” Tidak lama kemudian seorang lelaki bani Tamim, seorang yang tidak pernah penat dan juga tidak pernah malas datang; “Salat, salat.” Ibnu Abbas berkata; “Apakah engkau hendak mengajariku sunnah, celaka kamu! Selanjutnya dia berkata; “Aku pernah melihat Rasulullah ‎ﷺ menjamak antara Zuhur dan Ashar, Maghrib dan Isya’.” Abdullah bin Syaqiq berkata; Maka dalam hatiku ada sesuatu yang menyenangkan, sehingga aku menemui Abu Hurairah dan kutanyakan masalah ini kepadanya, ternyata ia membenarkan ucapan Ibnu Abbas.
[Sahih Muslim No. 1154]

  1. Adakah boleh melewatkan azan walaupun waktu salat telah masuk?

🔵 Ya boleh.

  1. Adakah boleh dijadikan rutin menggunakan hukum menjama’kan salat bukan kerana takut, hujan dan musafir

🔵 Tidak. Ini kalau ada benda penting untuk dikatakan. Belum habis ceramah jadi habiskan ceramah.

  1. Inikah antara punca syaitan lari terkentut apabila mendengar azan supaya tidak menjadi saksi di akhirat kelak?

🔵 Tiada kena mengena.

  1. Adakah boleh melaungkan azan selain dari panggilan untuk salat?

🔵 Tidak boleh.

  1. Adakah larangan keluar dari masjid ketika azan dilaungkan, termasuk juga wanita?

🔵 Wanita tidak diwajibkan untuk salat di masjid, maka wanita terkecuali pada larangan tersebut.

  1. Adakah lafaz wa (وَ) di dalam syahadah perlu disebutkan ketika azan?

🔵 Ya.

  1. Azan telah dilaungkan tetapi ketika itu ceramah masih berlangsung, maka jemaah tidak terus menunaikan salat berjemaah. Adakah kita boleh salat bersendirian kemudian pergi kerana ada urusan peribadi?

🔵 Apabila sudah sampai ke masjid, maka kita perlu mendengar ceramah dahulu dan salat berjemaah bersama-sama. Dalilnya:
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ
Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik daripada Ishaq bin Abdullah bin Abu Talhah bahwa Abu Murrah -mantan budak Uqail bin Abu Talib-, mengabarkan kepadanya daripada Abu Waqid Al-Laisi, bahwa Rasulullah ‎ﷺ ketika sedang duduk di Masjid bersama para sahabat tiba-tiba datanglah tiga orang. Yang dua orang menghadap Nabi ‎ﷺ dan yang seorang lagi pergi meninggalkan majlis itu, yang dua orang terus duduk bersama Nabi ‎ﷺ dimana satu di antaranya nampak ada ruang di halaqah maka dia duduk di situ sedang yang kedua duduk di belakang mereka, sedang yang ketiga berbalik pergi, Setelah Rasulullah ‎ﷺ selesai bermajlis, Beliau bersabda: “Maukah kalian aku beritahu tentang ketiga orang tadi?” Adapun seorang di antara mereka, dia meminta perlindungan kepada Allah, maka Allah lindungi dia. Yang kedua, dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Sedangkan yang ketiga berpaling daripada Allah maka Allah pun berpaling darinya”.
[Sahih Al-Bukhari no.66]

  1. Bolehkah seorang wanita iqamat ketika menunaikan salat seorang diri?

🔵 Ya, boleh. Digalakkan.

  1. Ada seorang muazzin mengadu kepada kawan saya bahawa katanya, apabila dia melaungkan azan mesti ada gangguan dan tidak boleh hendak melagukan azan itu. Bukankah ketika azan syaitan akan lari?

🔵 Ini pelik. Kena periksa semula apa amalan dia. Bukan senang jin hendak mengganggu seseorang tanpa sebab. Kena periksa sama ada:

1. Amalan salah.
2. Takut dengan jin
3. Percaya jin ada kuasa.

  1. Adakah perlu seorang wanita melaungkan azan apabila hendak menunaikan salat?

🔵 Azan adalah fardhu kifayah di sesuatu tempat dan merupakan tanggungjawab bagi seorang lelaki. Kalau wanita pula memang tidak perlu melaungkan azan.

  1. Adakah azan perlu diucapkan dengan fasahah yang betul?

🔵 Ya. Dengan lafaz yang betul.

  1. Adakah contoh azan seperti dalam rancangan televisyen itu dibolehkan?

🔵 Ya.

  1. Adakah muazzin perlu menjawab azan yang dia sedang lafazkan?

🔵 Tidak perlu.

  1. Berkenaan dengan iqamah, jika kita salat qabliah, fardu dan ba’diah Zohor adakah perlu iqamah pada ketiga-tiga salat itu?

🔵 Tiada iqamah pada salat sunat Rawatib.

  1. Adakah bertasbih (memuji-muji) sebelum fajar ini dilarang pada waktu sebelum fajar sahaja?

🔵 Termasuk waktu-waktu salat yang lain juga.

  1. Adakah amalan itu tertolak jika membaca Al-Quran dan zikir menggunakan pembesar suara?

🔵 Itu adalah perbuatan bid’ah. Berdosa kerana mengganggu orang lain dan hanya perbuatan sia-sia.

  1. Boleh terangkan lebih mendalam lagi maksud berlagu ketika azan?

🔵 Contohnya Azan P. Ramlee dan pertandingan azan. Itu tidak boleh. Itu sudah menunjuk-nunjuk. Sebut sahaja satu persatu.

  1. Adakah maksud berlagu dalam azan ini seperti amalan sesetengah Syeikh yang azannya panjang lebih kurang 10 minit?

🔵 10 minit itu terlalu panjangnya. Saya tidak tahu bagaimana dia buat tetapi itu sudah dianggap ghuluw.

  1. Adakah memadai iqamah sahaja ketika salat bersendirian ataupun perlu melaungkan azan dan iqamah?

🔵 Boleh jika hendak iqamah sahaja. Tetapi, akan mendapat pahala iqamah sahaja.

  1. Selain tiada azan dan iqamah untuk salat Eid, adakah larangan untuk melaungkan azan atau iqamah untuk salat Sunat?

🔵 Tiada larangan. Tetapi apabila tidak dibuat oleh Nabi dan sahabat, maknanya tidak ada amalan tersebut. Kalau hendak dibuat juga itu adalah bid’ah.

Dalam ibadah, tidak perlu ada larangan. Tetapi, kalau tidak ada contoh maka, jangan dibuat.

  1. Saya masih keliru dengan pendapat sebahagian orang. Katanya asalkan tiada larangan maka boleh dibuat. Asalkan ada qiyas, maka boleh dibuat. Adakah qiyas ini boleh diguna pakai di dalam semua hal yang tiada dalil jelas berkenaannya, termasuk bab ibadah dan aqidah?

🔵 Tidak perlu keliru, itu hanya salah faham hal agama. Jangan mengikut orang yang keliru dan tidak belajar atau yang belajar salah. Jangan keliru seperti mereka.

Qiyas ada tetapi tidak faham bab ibadah. Imam Syafi’iy sendiri berkata “la qiyasa fil ibaadah” yang bermaksud tiada qiyas dalam bab ibadah.

Banyak benda Nabi tidak larang. Contohnya, salat Subuh tiga rakaat, azan setiap kali hendak tidur dan azan ketika hendak membayar zakat.

Kalau kita menggunakan hujah boleh buat selagi tiada larangan boleh punah agama ini.

Allahu a’lam.

KEBURUKAN BANYAK KETAWA DAN GURAUAN

0

1. Apakah hukum menyebut perkataan In sha Allah, Alhamdulillah, Bismillah semasa persembahan di dalam pertandingan lawak komedi yang bertujuan untuk membuat penonton ketawa dengan persembahan mereka?

Kesemuanya telah terjerumus di dalam perkara yang mempersendakan agama.

Firman Allah :

ﻭَﻟَﺌِﻦ ﺳَﺄَﻟْﺘَﻬُﻢْ ﻟَﻴَﻘُﻮﻟُﻦَّ ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﻛُﻨَّﺎ ﻧَﺨُﻮﺽُ ﻭَﻧَﻠْﻌَﺐُ ۚ ﻗُﻞْ ﺃَﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺁﻳَﺎﺗِﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻛُﻨﺘُﻢْ ﺗَﺴْﺘَﻬْﺰِﺋُﻮﻥَ ﻟَﺎ ﺗَﻌْﺘَﺬِﺭُﻭﺍ ﻗَﺪْ ﻛَﻔَﺮْﺗُﻢ ﺑَﻌْﺪَ ﺇِﻳﻤَﺎﻧِﻜُﻢ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. [Surah at Taubah ayat: 65-66]

Dalil hadith:

وَﻳْﻞٌ ﻟِﻠَّﺬِﻯ ﻳُﺤَﺪِّﺙُ ﻓَﻴَﻜْﺬِﺏُ ﻟِﻴُﻀْﺤِﻚَ ﺑِﻪِ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡَ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ

رواه الترمذي ( 2315 ) وأبو داود ( 4990 ) ، وحسَّنه الألباني في

“صحيح الترمذي”

Terjemahan:

“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia .[HR. Abu Daud no. 4990 dan Tirmidzi no. 3315, menurut pendapat Syaikh al Albani, status hadith ini hasan]

2. Apakah hukum bergurau tentang hukuman atau seksaan di akhirat nanti?

Allah ﷻ berfirman:

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا 

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia…..”

[Al-An’am: 70]

Banyak Ketawa Mematikan Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Daripada Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda:  Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.” [HR Ibnu Majah No: 4183]

Ketawa adalah fitrah manusia, namun perlu berkadaran bukan berlebihan.  Kata Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair terkenal:

Berikanlah istirehat pada tabiat kerasmu yang serius,

Rehat dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda,

Tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya  jadikanlah ia,

Seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan.

 

عن أبي هريرة  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا

Daripada Abu Hurairah  رضي الله عنه  berkata , sesungguhnya Rasulullah ﷺ  telah bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” [HR Bukhari No 474]

 

Jangan banyak tertawa kerana ia akan mematikan hati. Kata al-Mawardi:

وَأَمَّا الضَّحِكُ فَإِنَّ اعْتِيَادَهُ شَاغِلٌ عَنْ النَّظَرِ فِي الْأُمُورِ الْمُهِمَّةِ ، مُذْهِلٌ عَنْ الْفِكْرِ فِي النَّوَائِبِ الْمُلِمَّةِ. وَلَيْسَ لِمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ هَيْبَةٌ وَلَا وَقَارٌ، وَلَا لِمَنْ وُصِمَ بِهِ خَطَرٌ وَلَا مِقْدَارٌ

Adapun tertawa, apabila seseorang membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka ia akan melalaikan dan melupakannya dari melihat perkara yang penting. Orang yang banyak tertawa, tidak akan memiliki wibawa dan kehormatan. Orang yang terkenal banyak ketawa tidak akan memiliki kedudukan dan martabat.

Wasiat Hasan Al-Bana:  “Jangan terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akan tenteram dan tenang”

Talbis Iblis: Fahaman Sesat Dahriyyah (Bahagian 3)

0

Fahaman Sesat Dahriyyah (Sambungan)

Golongan Atheis hendak percaya kepada pancaindera mereka sahaja. Yang mereka nampak, baru mereka hendak terima.

Mereka hanya hendak terima apa yang akal mereka boleh faham sahaja. Yang mereka tidak faham kenapa dan mengapa kena dilakukan oleh syari’at, mereka tidak mahu terima. Maka yang tidak boleh dikesan dan tidak boleh difahami, mereka tolak mentah-mentah.

Tetapi memang susahlah kalau begitu kerana ada banyak benda dia akan jadi masalah. Ini kerana ada banyak benda dia tidak dapat kesan dengan pancaindera dan dia tidak akan dapat faham.

Sebagai contoh, dia tidak nampak angin. Takkan tidak ada angin pula? Dia tidak akan nampak nyawa. Takkan nyawa tidak ada. Dia tidak nampak minda, takkan dia tidak ada minda pula? Dan banyak lagi benda yang tidak dapat dikesan dengan pancaindera yang lima dan difahami oleh akal.

Pancaindera dan akal hanyalah alat sahaja untuk kenal sesuatu. Namun bukanlah itu sahaja yang kita ada kerana bukan semua perkara dalam alam ini boleh dijelaskan. Sedangkan roh pun Nabi ﷺ tidak boleh jelaskan.

Maka orang yang sebenarnya bijak akan memberi ruang kepada hati untuk terima. Jadi ini tentang penerimaan hati sebenarnya. Yang menolak kebenaran itu adalah hati, bukannya akal.

Kalau hanya bergantung kepada pancaindera, akan rugi kerana pancaindera tidak boleh tahu perkara ghaib. Sebagai contoh, telinga tidak dapat dengar apa yang sedang berlaku di dalam kubur. Mata tidak boleh nampak syurga dan neraka dan juga alam barzakh.

Ini kerana perkara ghaib bukan bidang akal, kerana akal tidak mampu hendak capai. Sebaliknya ia sudah jadi santapan hati. Maka kita kena serahkan kepada hati untuk menyakininya dan suruh akal diam seketika.

Akal juga amat terhad kerana kalau kita bayangkan syurga dan neraka dengan akal, tidak akan sama. Akal kita memang tidak dapat bayangkan kerana tidak ada contoh yang kita boleh bandingkan.

Kalau kita hanya gunakan akal sahaja untuk bayangkan, maka neraka sudah jadi tidak menakutkan dan syurga tidak nampak menarik. Akhirnya syurga dan neraka akan nampak macam biasa sahaja dan tidak memberi kita motivasi untuk mengejar syurga dan mengelak neraka. Sebagai contoh, dalam Al-Qur’an disebut tentang buah. Kalau kita bandingkan dengan buah dunia, maka buah di syurga jadi macam biasa sahaja.

Maka perkara-perkara ghaib tidak boleh dibandingkan dengan akal kerana akal kita terhad sahaja. Kata Ibn Khaldun, akal kita ini bagaikan ‘neraca emas’. Kalau benda ringan seperti emas dua tiga karat itu, bolehlah ia timbang. Namun kalau benda berat seperti tepung dan beras bergantang, ia tidak dapat ditimbang.

Maksud yang lebih jelas untuk kata-kata Ibn Khaldun adalah seperti berikut:

Kapasiti otak manusia terhad. Kalau digunakan untuk fikir keperluan dunia: makan minum, liburan, bergaul, rancang kehidupan, pentadbiran, hal-hal lain tentang dunia, boleh sahaja otak mencapainya.

Namun kalau hal-hal ghaib, seperti syurga neraka, Allah ‎ﷻ dan malaikat hal-hal akhirat dan apa terjadi, otak kita tidak akan mampu hendak capai maklumat itu dengan minda. Habis fikir pun tidak akan dapat.

Maka kerana itu kita bergantung kepada wahyu yang Allah ‎ﷻ sampaikan dan Rasul yang Allah ‎ﷻ lantik untuk beri maklumat tentang hal ghaib dan hal agama. Sebab otak kita tidak boleh hendak fikirkan sendiri.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan Petang

0

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 4/18

اللهم ما أصبح بي من نعمةٍ أو بأحدٍ من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد، ولك الشكر ( 3X) (ثلاثاً).
عن عبد الله بن غنام البياضي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: طمن قال حين يصبح: اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك ل، فلك الحمد ولك الشكر فقد أدى شكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين يمسي فقد أدى شكر ليلته” رواه أبو داود والنسائي وابن حبان في صحيحه

Ya Allah, nikmat apapun yang aku peroleh ataupun melalui salah satu makhluk-Mu, maka sesungguhnya hal itu berasal daripada-Mu. Engkau Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu segala puji, dan bagi-Mu pula segala rasa syukur. ”

Takhrij:

HR Abu Daud, an Nasa’iy dan Ibn Hibban dalam sahihnya daripada perawi akhir Abdullah bin Ghanam Al Bayadhi.

Tahqiq:

قلت: إسناده ضعيف؛ لأن مدار الحديث على عبد الله بن عنبسة، وهو مجهول، ومع ذلك جوّد إسناده النووي في ((الأذكار)) (1/ 230)، وحسنه الحافظ في ((نتائج الأفكار)) (2/ 360).
الشيخ طارق عاطف حجازي

Dhaif menurut Syaikh Tariq ‘aathif Hijari, KSA, kerana perawi Abdullah bin ‘Anbasah,dia adalah majhul, dinilai hasan oleh Ibn Hajar di dalam Nataij Al-Afkar dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban رحمه الله dalam sahihnya.

Penilaian Al-Albani رحمه الله, juga dhaif.

Dhaif Al Jaami’ 5730.

الراوي : عبدالله بن غنام البياضي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الجامع
الصفحة أو الرقم: 5730 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Muktamad: Dhaif sanadnya.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 5/18

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Wahai Tuhanku, bagi-Nya segala puji, sebagaimana kemuliaan wajah-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya.

Takhrij:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثهم أن عبداً من عباد الله قال: يا ربي لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك فعضلت بالملكين (أعيتهما) فلم يدريا كيف يكتبانها، فصعدا إلى السماء.فقالا: يا ربنا إن عبدك قد قال مقالة لا ندري كيف نكتبها؟ قال الله عز وجل وهو أعلم بما قال عبده. ماذا قال عبدي قالا: يارب إنه قد قال: يا ربي لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك. فقال الله عز وجل لهما: اكتباها كما قال عبدي حتى يلقاني فأجزيه بها. رواه الإمام أحمد وابن ماجه ورجاله ثقات

Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah ﷺ menceritakan ada hamba Allah ﷻ yang membaca:

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Lalu dua malaikat tidak sanggup mencatatnya dan tidak tahu cara mencatat pahala ucapan ini. Lalu dua malaikat ini naik ke langit dan mengadu: “ Ya Tuhanku, sesungguhnya hamba-Nya telah mengucapkan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatatnya.” Lalu Allah ﷻ berfirman dan Dia Maha Tahu perkataan hamba-Nya : “ Apa yang dikatakan oleh hamba-Nya? ” Dua malaikat itu berkata: “ Ya Tuhanku, Segala puji bagi-Nya sebagaimana selayaknya kemuliaan wajah-Nya dan keagungan kekuasaan-Nya.” Allah ﷻ pun berfirman: “ Catatlah sesuai apa yang diucapkan hamba-Nya, hingga dia bertemu dengan-Nya, dan Aku sendiri yang akan membalas ucapannya.”

(HR Imam Ahmad dan Ibn Majah, rijalnya tsiqah. HR Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitabul Adab Bab Fadhlu Al Hamidin, No: 3801. Imam Ath Thabarani, Al Mu’jam Al Kabir, No: 13118. Juga di dalam Al Mu’jam Al Awsath, No: 11305. Syamilah, Imam Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No: 4215. Syamilah; Imam Alauddin Al Muttaqi Al Hindi, Kanzul ‘Ummal, No: 5127, 6441; Abul Fadhl As Sayyid Abul Ma’athi An Nuri, Al Musnad Al Jami’, No: 8100)

Penilaian al-Multaqa:

Syeikh Abdul Rahman Al-Sahim رحمه الله, KSA.

الحديث لم يروه من اصحاب الكتب الستة الا ابن ماجة
وللفائدة اجاب الشيخ عبد الرحمن السحيم عن هذا الحديث فقال
مدار إسناد هذا الحديث على صدقة بن بشير مولى العمريين عن قدامة بن إبراهيم الجمحي .
والحديث المذكور ضعّفه الألباني رحمه الله

Ada dua perawi yang diperselisihkan iaitu Sadaqah bin Bashir dan Qudamah bin Ibrahim.

Al-Albani رحمه الله mendhaifkannya dalam dhaif Ibn Majah, 829.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 6/18

رضيت بالله رباً، وبالإسلام ديناً، وبمحمدٍ نبياً ورسولاً (ثلاثاً).
 – عن أبي سلام رضي الله عنه خادم النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعاً أنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “من قال إذا أصبح وإذا أمسى: رضينا بالله رباً، وبالإسلام ديناً، وبمحمدٍ رسولاً، كان حقاً على ألله أن يرضيه” رواه أبو داود والترمذي والنسائي والحاكم.

Daripada Abu Sallam r.a. khadam Nabi ﷺ, mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “ Barangsiapa yang pagi dan petangnya membaca:

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًاإِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ

Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul.Melainkan Allah pasti akan meredhainya.

(HR Abu Daud, No: 5072, dengan lafaz: Radhiina billahi; An Nasa’i, As Sunan Al Kubra, No: 9832; At-Tirmizi, No: 3449, katanya: hasan gharib; Ahmad dalam Musnadnya, No: 18199; Ath Thabarani, Al Mu’jam Al Kabir, No: 18356. Syamilah; Ibnu Majah dalam Sunannya, No: 3870. Al Hakim, No: 1904; katanya: sanadnya sahih tetapi tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim)

Tahqiq:

Imam At-Tirmizi mengatakan gharib, indikasi dhaif. Imam Al Albani menilainya dhaif.

ما مِن مسلمٍ أو إنسانٍ أو عبدٍ يقولُ حينَ يُمسي وحينَ يصبحُ رضيتُ باللَّهِ ربًّا وبالإسلامِ دينًا وبمحمَّدٍ نبيًّا إلَّا كانَ حقًّا على اللَّهِ أن يُرضِيَهُ يومَ القيامةِ
الراوي : أبو سلام خادم النبي صلى الله عليه وسلم | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 779 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Dhaif Ibn Majah, No: 779

Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar menilainya hasan.

Terdapat di dalam Hisnul Muslim, sahih menurut penyusunnya iaitu zikir no: 86.

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Popular

Iklan

Iklan