Utama Blog Halaman 340

Class 3 : Tafseer Sura Maryam Verse 6

0

Assalaamulaikum wr wt

Bismillah ArRahman ArRahim. Allahumma rabbana zidna ilma. Allahumma rabbana ihdinassiratal mustaqim. Amma ba’du

Surah Maryam, Verse 6:

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Who should inherit me and inherit from the children of Yaqoub, and make him, my Lord, one in whom Thou art well pleased.

The missing verse I had not tafsir. After Zakariya asked for a son, he asked also for a good chàracteristic son. He doesn’t simply ask for a son but a good son. He said in his dua, A son who inherit me as a messenger/ nabi. …..Who also inherit all good attributes of messenger or nabi from the house of Jacob/Yaakub a.s

Tafsir..

He wanted a son, and ask to be a messenger and had all good attributes from all messenger from the house of Yaakub a.s and He said… O my Lord or Rabb, one with whom Thou art well pleased… he wanted be a shahid… indèed Yahya/John was martyred … he was killed by cutting his head into two by a saw.

His story..Yahya. was again told in surah yassin about 2 messengers to preach in a city.. Antoich.. Roman city near Damascus Syria…. and Allah send a third one..

Verses 13 to 30.

Conclusion from Zakariya’s doa

  1. Any dua whether how impossible it is can be granted by Allah.
  2. Doa must be direct to Allah only…. dont use mediator in your doa… eg .. ask imam or ust or a jemaah to do the doa for u… its wrong

I had teached this doa to a few man

  1. An ustaz who was married for 8 years but not granted a child… about 8 years ago. He said, ust ..his above case. He then said… can ust ‘adjust’ .. thats the word he said.. so that I can have a child.. I hear that your doa was always granted. From his own words, I knew his akidah was kufur to Allah. I must show the truth to him. So I ask him about his beliefs in Allah… then when I teach him to a muslim ‘again’ ; I taught him a doa… using a verse from al waakiah…verse 58..59 His doa is when he answer verse 59… is it u who created the sperm that inturn join with the egg and become a child or Allah did??? He must answer that question by our Lord by saying.. Indeed Thy Allah creat the child… then he said his doa for a child His doa was granted… now his daughter is about 7 and another son 5.
  2. Another case. One student of mine here in KL…as I was teaching this sura Maryam n told everyone about that ustaz… after class he ask me about the doa. I taught him about the previous doa ..ustaz. But I also taught him using the first 6 verses of Maryam.. During the doa.. He praised Allah, Asked for forgiveness from syirik bidaah and other sins, Recite the verses 1 to 6 Maryam, Then said his doa… He does that for 4 months. Bear in mind…He was married for 11 years. His wife had a sickness of the Rahim. Always in pain of the  rahim after haidh.. to the other cycle of haidh. Doctors told them that its quite imposible to conceive. After a few months he told me that his wife was pragnant.. after a few weeks she bleed. Rush to hospital and hospitalise for 8 months… Now they had a beutiful 2 year old girl

So Allah insya Allah will grant u your doa provided your doa is not against His qadha’. I for both cases dont do any doa for them. If I do, I will be just like the priest in christianity or sami for hindus

Wassalam

Harta yang diwajibkan Zakat

0

Bismillah…
Note 3 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

Asas Wajib Zakat Bagi Zakat Harta:
– harta yg subur.
– berkembang dan bercambah.

i. Emas dan Perak:
“Sesiapa yang menyimpan emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, disediakan baginya Neraka Wail.”
Riwayat Al Bukhari : 1339

Jenis-jenis emas yang diwajibkan zakat:
a. Wang dirham perak dan wang dirham emas serta sebarang mata wang yanh dicetak menggantikan emas dan perak untuk urusan.
b. Ketulan emas dan perak.
c. Bekas-bekas kepingan yang dibuat daripada emas dan perak untuk sebarang kegunaan atau perhiasan.

Tidak diwajibkan zakat barang kemas:
– barang-barang perhiasan wanita yang diberbuat daripada emas dan perak, yang tidak sampai ketahap berlebihan pada pandangan umum.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak wajib zakat barang kemas.”
Riwayat Al Bukhari : 4/138
Al Daraqutni : 2/107

Dalil Pengharaman :
-Haram makan minum menggunakan peralatan emas dan perak.
-Pengharaman tersebut adalah sama ke atas lelaki dan perempuan.

ii. Binatang Ternakan :
– Unta, lembu, biri-biri dan kambing.

iii. Tanam-tanaman dan buah-buahan:
– Wajib zakat adalah menjadi makanan asasi manusia dalam keadaan biasa boleh disimpan lama dan tidak rosak. Kurma, anggur, gandum, barli, padi, kacang dal, kacang putih, jagung dan sebagainya.

iv. Barang Perniagaan:
– bertukar ganti barangan untuk mendapatkan keuntungan.

Dalil Wajib Zakat Perniagaan:
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik.”
Surah Al Baqarah : 267

Syarat Wajib Zakat Perniagaan:
i. Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti.
ii. Harta tersebut pemilik hendak berniat meniagakannya dan niat tersebut hendaklah berterusan.

v. Harta Galian dan Harta Purba:
– Emas dan perak yang dikeluarkan dari bumi dan dibersihkan dinamakan Ma’dan. Emas dan perak yang tertanam sebelum kedatangan Islam dipanggil Rikaz.
Nabi SAW bersabda:
“Pada harta rikaz zakatnya 1/5.”
Riwayat Al Bukhari : 1428
Muslim : 1710

Pengajian 1 : Qawa’id Fiqh

0

 

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله…

Pelajaran yang akan kita bincangkan ini dikenali dengan

القاعدة الفقهية @ القواعد الفقهية @ قواعد الفقه

Qa’idah (قاعدة) dari segi bahasa berasal dari (قعد) Qu’ud bermaksud duduk. Ia sebagai isyarat qaedah ini adalah suatu yang tetap, kemas seperti orang duduk. Dari segi bahasa asas atau usul sesuatu.

Dari segi istilah, ulama’ mendepankan pelbagai ta’rif.

  1. Prinsip atau ketetapan umum (كل) yang dapat diketahui dengannya hukum-hukum juz’ie / juzu’ yang terkandung dibawahnya.
  2. Ketetapan/prinsip umum yang bersesuaian dengan semua juzu’nya agar boleh diketahui hukum juzu’ itu daripada prinsip umum tersebut.

Secara ringkasnya qaedah ialah satu prinsip umum yang mana banyak juz’ie/masalah boleh berada dibawahnya dan difahami dengannya.

Tatkala digabungkan dengan fiqhiyyah (فقهية) maka ia membentuk beberapa makna. Antaranya :

  1. Ia adalah kaedah-kaedah yang mengandungi sekumpulan hukum-hukum syara’ daripada bab-bab yang pelbagai, berbeza yang diikat dengan satu sudut kefahaman yang boleh dikongsi (antara bab-bab yang berbeza itu). Dengan gabungan fiqhiyyah maka qaedah yang tidak berkait dengan syara’ atau agama tidak termasuk.
  2. Qaedah fiqh ialah asas/usul feqah secara umum/ (كل) yang mengandungi hukum-hukum syara’ yang umum daripada bab-bab yang pelbagai didalam ketetapan/prinsip yang berada dibawah perbincangan fiqh.

*Contoh jawapan berdasarkan qawa’id fiqh yang pernah saya {Abu Naielah} jawab.

Qawa’id fiqh ada 5 kaedah utama. Bawahnya keluarnya banyak kaedah-kaedah pecahan yang lebih dikenali dengan dhobit (ضبط). Dalam masalah diatas, kita boleh merujuk kepada beberapa dhobit untuk membuat keputusan.

Dhobit 1 ialah :

اليقين لا يزال بالشك

Yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak.

Di bawahnya banyak dhobit.

الاصل براءة الذمة

Asal dalam sesuatu masalah seseorang itu terlepas dari tanggungan.

Dalam masalah ini, asal masalahnya ialah orang itu terlepas dari tanggungan bahawa dia menanggung najis yang mesti dibersihkannya. Kecuali dapat kepastian adanya najis tersebut.

Dhobith 2 ialah :

الاصل العدم

Asal adalah tiada.

Maknanya asal antara ada najis dengan tiada najis ialah tiada kecuali pasti ada (موجود).

Dhobith 3 ialah :

اذا تعارض الاصل والظاهر فللاصل عاضد قدم الاصل. ان كان للظاهر عاضد قدم الظاهر

Bila bertembung antara asal dan zohir. Lalu yang asal mempunyai penyokong maka didahulukan hukum asal. Sekiranya yang zohir mempunyai penyokong maka didahulukan hukum zohir.

Dalam kes diatas, asal hukum rumah itu bersih. Tapi zohirnya bila rumah itu ada bela anjing maka hukumnya bernajis. Maka lihat apa kesan yang ada.

Sekiranya ada kesan jilatan atau seumpamanya, maka dikira bernajis. Sekiranya tiada kesan jilatan maka ambil hukum asal yaitu tidak bernajis.

* Soalan terkumpul :

Q1: Saya sebelum ini difahamkan bahawa berselawat secara beramai-ramai seperti yang seringkali dianjurkan akhir-akhir ini adalah tidak mengikut kepada kehendak islam yang sebenar. Saya mohon pencerahan lanjut.

J1: Isu selawat. Sahabat Nabi (صلى الله عليه وسلم) bertanya kepada Nabi (صلى الله عليه وسلم) bagaimana cara untuk berselawat? Hal ini kerana mereka bimbang tidak menepati cara yang dikehendaki oleh Baginda (صلى الله عليه وسلم). Maka, kita sebaiknya ambil apa yang diajar oleh Nabi (صلى الله عليه وسلم) tentang cara untuk berselawat. Selawat merupakan doa permohonan kepada Allah. Di dalam al-Quran ada arahan supaya kita berdoa dengan suara yang perlahan.

Surah al-Anfal : 55

قال الله جل وعلا : (ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Tambahan Fahmi : Dalam Tafsir Ibn Katsir, تَضَرُّعًا وَخُفْيَة adalah السر bermaksud perlahan. Berkata Ibn Juraih : تَضَرُّعًا bermaksud memperhambakan diri, penyerahan diri untuk mentaati-Nya. Dan وَخُفْيَة bermaksud dengan keadaan khusyuk pada jantung hati mereka, dan yakin dengan keEsaanNya dan keRububiyyahNya dalam apa sahaja perkara antara mereka dengan Allah Ta’ala. (والله أعلم)

Keadaan berselawat adalah bebas dalam apa jua bentuk. Yang diamalkan oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in dan ulama’-ulama’ ialah secara bersendirian. Dan dengan itu mereka sentiasa boleh melakukannya. Apa faedah sekiranya dibuat secara beramai-ramai selepas itu balik, langsung tidak melakukan secara berterusan. Itu adalah secara realiti yang berlaku. Berbeza dengan orang yang sentiasa melazimi diri dengan hadis akan sentiasa dilazimi diri dengan selawat. Ya, pasti secara beramai-ramai bukan cara yang diwarisi dari generasi awal Islam. Yang lebih baik dan tiada yang terbaik selainnya ialah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Baginda (صلى الله عليه وسلم), para sahabat (رضوان الله عليهم أجمعين) dan generasi awal Islam.

Q2 : Adakah sama dari sudut istilah kalimah ‘qaedah’ itu sendiri dalam qaedah al-fiqh dengan qaedah usul al-fiqh?

J2 : Qawa’id fiqh dan usul fiqh adalah 2 hal yang berbeza. Qaedah fiqh dengan qaedah usul fiqh adalah berbeza.nanti saya jelaskan. In sha Allah

Q3 : Dalam isu selawat beramai-ramai, qawaid fiqhiyyah yang manakah digunapakai samada dari pihak yang membolehkannya atau pihak yang tidak membolehkannya?

J3 : Biasanya bagi setengah golongan yang sentiasa melakukan penambahan dalam amalan, mereka berhujahkan dengan kaedah asal segala sesuatu adalah harus. (الأصل في الأشياء الإباحة). Namun begitu kaedah itu tidak digunapakai bagi masalah ibadat. Dalam masalah ibadat kaedah yang digunapakai ialah :

الاصل فى العبادة التوقف او التحريم

Asal dalam ibadat adalah terhenti atau diharamkan hingga terdapat dalil yang mengharuskan.

:رواه مسلم (صلى الله عليه وسلم) Ia berdasarkan hadis Nabi

من عمل عملا ليس عليه امرنا فهو رد

Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan urusan kami/dalam agama Kami maka ianya tertolak.

Tambahan Fahmi : Dalam riwayat al-Bukhari :

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Siapa yang mereka-reka dalam urusan Kami, hal itu tidak daripadanya maka ianya tertolak.

Q4: Ustaz, kalau ada agamawan memakai kaedah hukum asal semuanya harus dan mengatakan adalah salah kaedah hukum asal ibadat itu adalah haram?

J4 : Akan jadi celaru dalam masalah ibadat dan segala ibadat tidak lagi disandarkan kepada Nabi (صلى الله عليه وسلم). Bila umat Islam sudah lupa bahawa sandaran ibadat itu kepada Nabi (صلى الله عليه وسلم), maka hendaklah kita merenung kepada agama-agama lain yang telah berlaku penyelewengan kepada mereka. Sekiranya mereka menyandarkan amal ibadat kepada Nabi-Nabi mereka, nescaya mereka akan berada diatas landasan yang betul dan akan ikut Nabi (صلى الله عليه وسلم).

Q5 : Pernah seorang ustaz kata (جلس) duduk dari baring. (قعد) duduk dari berdiri. Atau sebaliknya.

J5 : Abu Naielah : Antara (جلس)dengan (قعد)memang didalam hadis ada guna kalimah (جلس) bila Nabi sallallahu alaihi wasallam tengah berbaring mengiring tiba-tiba dia duduk. Kena cari betul-betul dulu baru dapat makna dia pada sudut perbezaan.

Q6: Ustaz, setiap mazhab ada qawaid fiqhiyyah yang berbeza ke? Kerana saya pernah baca karangan ulama hadith tentang kaedah fiqh untuk ahlul hadith.

J6: Qawa’id fiqh ada untuk mazhab masing-masing. Saya belajar qawa’id mazhab syafie dan hanafi. Yang ahli hadis juga ada.

Fiqh Wanita 1

0

Soalan 1 :
i)Apakah hukum sebenarnya mencukur bulu kaki,bulu ketiak dan juga bulu ari-ari?
ii)Ada yang menggunakan wax untuk membuang bulu-bulu tersebut.Boleh ke?

Jawapan 1 Thtl
Hukum bulu bagi wanita.
i)Bulu betis(kaki) harus menghilangkannya kerana bulu betis tidak sesuai untuk wanita.Ia juga tradisi arab,jika hari perkahwinan,maka bulu -bulu yang tidak feminin dibersihkan.
ii)Bulu ketiak dan ari-ari adalah sunan al-fitrah atau personel hygiene umat islam.

Dalil:
“Perkara fitrah ada 5: berkhitan,mencukur bulu kemaluan,mencukur kumis,memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (HR Bukhari dari Abu Hurairah)
Cara menghilangkan bulu-bulu tersebut boleh saja dengan sebarang cara yang kurang sakit dan paling mudah.
Soalan 2
Saya dengar orang meninggal sebab sakit perut,mati lemas adalah mati syahid,Boleh tolong jelaskan tak?

Jawapan 2 Thtl
Kematian yang mendapat syahid dunia.
Ada beberapa kematian yang disifatkan sebagai mati yang baik(husnul khatimah)dan mendapat title syahid dunia.
Maksud syahid dunia adalah ialah mati dengan penyudah yang baik namun ia masih dimandi ,dikapankan dan disolat seperti biasa,antaranya wanita yang mati ketika bersalin.WA
Soalan 3
Apa hukum air kencing bayi yang berumur 7 hari tapi disuapkan madu,air zam-zam ketika bertahnik.Pada masa itu bayi menyusu susu ibu. Adakah najis air kencing?

Jawapan 3Thtl
Status kencing bayi selepas di tahnik

Dalil hadith:
“Kencing bayi perempuan itu dicuci,sedangkan bayi lelaki diperciki” (HR.Abu Daud no:376 dan An Nasai no:305,sahih Albani ada perbezaan akan najis bayi.
Bayi perempuan kencingnya dibasuh seperti biasa manakala bayi lelaki di percik kerana najis ringan.
Status kencing bayi lelaki tidakberubah selepas ditahnik kerana ia bukan suapan yang mengenyangkan.cuma sekadar syarat sahaja.WA

Nota:Air kencing bayi lelaki yang umurnya kurang 2 tahun yang minum susu ibu sahaja termasuk dalam najis ringan(mukhafafah),hanyanpercikair sahaja,air kencing kanak-kanak perempuan pula adalah najis sederhana(mutawasitah),kena basuh macam biasa,jirus air sehingga hilang warna,bau dan rasa.
dari ustazah Zalizan Abd Rani.
Soalan 4
Apakah hukumnya seorang suami yang melebihkan keperluan ibubapanya berbanding keluarganya sendiri.Isteri bekerja dengan pendapatan melebhi suami.

Jawapan 4 Thtl
Keatas suami memang ada 2 nafkah.
i)Nafkah keluarganya dan nafkah kepada ibubapanya jika kedua mereka masih hidup dan dalam keadaan memerlukan nafkah dari anak-anak.
ii)Prinsip suami kenalah adil dan tawazun,yakni imbangkan nafkah keluarga dan ibubapanya.
iii)Jika isteri bekerja dan bergaji lebih besar,suami dan isteri kena duduk dan berbncang serta bentangkan bajet untuk keluarga,siapa bayar bildan bil-bil semua ,siapa nak langsaikan.disebabkan keluarga moden,dimana isteri bekerjaya,sistem nafkah keluarga berubah.
Soalan 4a tambahan
i)Bagaimana dengan isteri yang menjadi surirumah sepenuh masadan bergantung pada pendapatan suami,bagaimana dengan nafkah kedua ibubapa isteri?
ii)Bagaimana bagi keluarga yang tiada anak lelaki? contohnya,keluarga saya,kami bertiga anak perempuan.

Jawapan 4a tambahan Thtl
i)Nafkah ibubapa atas anak lelaki.sebab pesaka anak lelaki dapat 2 bahagian,anak perempua dapat 1 saja.Dengan izin suami,anak perempuan boleh juga menyumbang.
ii)Anak perempuan yang bekerjalah kena lebih bertangungjawab dari adik yang jadi surirumah.
nafkah ibubapa jatuh ke atas anak perempuan.
Soalan 4b tambahan
Maaf,saya pernah baca urutan pemberian nafkah bagi seorang lelaki iaitu pertama diri sendiri.Jika cukup perlu diberi kepada isteri,anak-anak,ibubapa dan adik-beradik.Betul ke?

Jawapan 4b tambahan Thtl
Betul.Fiqh Awlawiyat atau keutamaan atau setting priorities.
Soalan 4c tambahan
Isteri kena minta izin suami juga untuk bagi sumbangan pada ibubapa?kalau duit sendiri perlu minta izin?

Jawapan 4c tambahan Thtl
Klau dari duit sendiri pun kena minta izin suami atas dasar menghormati suami dan kasih sayang antara keduanya.Jangan biasakan ada rahsia antara suami dan isteri.

Orang yang Wajib Mengeluarkan Zakat

0

Bismillah…
Note 2 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

Orang yang Wajib Mengeluarkan Zakat:
i. Islam.
ii. Memiliki Nisab
– had minimum harta yang dimiliki.
iii. Cukuo setahun
Nabi SAW bersabda:
“Tidak wajib zakat harta hingga berlalu masa setahun.”
Riwayat Abu Daud : 1573

Zakat Harta Bagi Kanak2 dan Orang Gila:
– Harta kanak2 dan orang gila wajib dikeluarkan zakat oleh wali untuk dikeluarkan bagi pihak mereka.
– anak-anak yatim yang belum baligh dan kematian bapanya.
– zakat harta orang gila pula diqiaskan dengan harta kanak-kanak kerana kedua-duanya hukum adalah sama.
Daripada Umar R.A :
“Hendaklah diuruskan niagakan harta anak yatim supaya tidak habis oleh zakat.”
Riwayat Malik dalan Al Mutawatta :1/251

Qias
– dengan zakat fitrah. Wajib zakat fitrah terhadap kanak-kanak dan orang gila.

Zakat

0

Bismillah…
Note 1 : Ruj Al Fiqh Manhaji 2

ZAKAT
1. Pengertian Zakat:
– Sesuatu bertambah dan subur (tanaman dan perniagaan yg maju dan bertambah).

– Zakat juga bererti bersih.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya berjayalah orang yg menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).”
Surah Al Syams : 9

– Mengeluar zakat juga bereti membersihkan harta daripada sebarang syubhah.

2. Sejarah Pensyariatan Zakat:
–  Mula disyariatkan pada tahun ke 2 setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah.

3. Hukum dan Dalil Pensyariatan Zakat:
– Merupakan rukun islam paling penting.
Allah SWT berfirman :
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.”
Surah Al Baqarah : 43

Hikmah dan Faedah Zakat:
– Hikmah dan faedah yg banyak. Kepada pengeluar zakat dan penerimanya.

i. Membiasakan diri bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Membuang sifat kedekut dan bakhil.

ii. Menguat hubungan persaudaraan dan kasih sayang pengeluar zakat dengan org lain.

iii. Tiada jurang perbezaan taraf sosial dan kehidupan.

iv. Dapat mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan.

v. Membersihakan hati dari sifat keji kepada sifat kasih sayang, tolong menolong dan saling bersimpati.
Rasulullah penah bersabda:
“Zakat itu tidak mengurangkan harta.”
Riwayat Muslim : 2588

Wacana Siri 2 : Generasi Rabbānīy. Kenyataan dan Harapan

6

Tajuk perbicangan kita pada hari ini: “Generasi Rabbānīy: Kenyataan dan Harapan”

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلر آله وصحبه ومن والاه اللهم انفعنا بما علمتنا, وعلمنا ما ينفعنا وزدنا علما, اللهم آمين

 

Allah – Jalla wa ‘Ala – memerintah setiap Muslim menjadi golongan rabbānīy. Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya kaum Muslimin membina diri menjadi golongan rabbānīy. [3:79]. Golongan Rabbānīy adalah golongan yang terus belajar dan mengajar al-Qur’an serta mengamalkannya dalam kehidupan. Apakah kenyataan yang ada di hadapan kita? [25:30]. Kaum Muslimin tidak mempedulikannya. Kalaupun mereka membaca, tetapi tidak memahaminya. [62:5]. Kaum Muslimin tidak memahami kitab Tuhannya. Ini suatu fitnah yang cukup besar.

 

Cuba lihat kata Ibn Mas’ud:

كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَبِسَتْكُمْ فِتْنَةٌ

Bagaimana keadaan kamu apabila kamu diselubungi fitnah

يَهْرَمُ فِيهَا الْكَبِيرُ

golongan dewasa tua dalam keadaan sedemikian

وَيَرْبُو فِيهَا الصَّغِيرُ

golongan kanak-kanak membesar dalam keadaan sedemikian

وَيَتَّخِذُهَا النَّاسُ سُنَّةً

Orang ramai menganggapnya sebagai sunnah

فَإِذَا غُيِّرَتْ، قَالُوا: غُيِّرَتِ السُّنَّةُ؟

Apabila hendak diubah sahaja, mereka berkata: “Telah diubah sunnah.”

 

Ditanya kepada Ibn Mas‘ūd:

مَتَى ذَلِكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟

Bila akan berlaku yang demikian itu wahai Abu ‘Abd al-Rahman?

 

Jawab beliau:

إِذَا ذَهَبَتْ عُلَمَاؤُكُم

Apabila hilang lenyapnya para ulama’ kamu.

وَكَثُرَتْ جُهَلَاؤُكُمْ

Ramainya orang-orang yang jahil di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ قُرَّاؤُكُمْ

Ramainya orang yang hanya pandai membaca di kalangan kamu.

وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ

Sedikitnya orang yang mendalam pengetahuannya di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ

Ramainya para pemimpin kamu.

وَقَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ

Sedikit golongan yang amanah di kalangan kamu

وَتُفُقِّهَ لِغَيْرِ الدِّينِ

Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama

وَالْتُمِسَتْ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ

Dicari dunia dengan amalan akhirat.

 

 

Maksud ‘Sedikit golongan yang amanah dikalangan kamu’

Ditujukan kpd kita semua. Kita diamanahkan utk berpegang teguh dengan al-Qur’an, tetapi tidak menjaga amanah ini dengan baik kerana tidak memahami [2:121] dan tidak berusaha menyebarkannya. [16:125]

 

Maksud ‘Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama’

Tafaqquh li ghayr al-din. [30:7]

 

Maksud ‘Dicari dunia dengan amalan akhirat’

Al-Qur’an itu dibaca hanya untuk keperluan dunia. Ketika hendak mula dan tutup siaran TV. Bila kematian dan hendak kahwin. Sedangkan al-Qur’an untuk memberi peringatan kepada org yang hidup. [36:70]

 

Perlunya golongan rabbānīy

Kewujudan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah [2:30] dengan tujuan penciptaan-Nya supaya mereka semua tunduk mengabdikan diri hanya kepada-Nya. [51:56]

Daripada Ibrāhīm bin ‘Abd al-Raḥmān al-‘Udhrīy, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلْفٍ عُدُولُهُ

Ilmu ini akan didokong oleh orang yang adil dari setiap generasi.

يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ

Mereka berusaha membasmi penyelewengan golongan pelampau

وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ

tokok tambah golongan sesat

وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ.

dan takwilan songsang golongan jahil.

Itulah peranan ahli ilmu. Peranan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya jika ia tidak menepati ciri-ciri rabbaniy.

 

Al-Quran sebagai rujukan

Rujukan utama golongan rabbaniy ialah al-Qur’an. [29:51]. Apabila al-Qur’an yang dirujuk, ia terpimpin kepada sesuatu yang benar dan adil [6:115]. Manakala al-Sunnah adalah sebagai penerang [33:21]

Rujukan golongan rabbaniy ialah al-Qur’an sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dan ditunjukkan jalannya oleh baginda.

Daripada Malik, katanya: Sampai berita kepadannya bahawa Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.

لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا:

Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya:

كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

KitabulLah dan Sunnah Nabi-Nya.

Golongan rabbānīy adalah golongan istimewa di antara para ‘ulamā’. Mereka adalah golongan yang belajar, mempraktikkan apa yang dipelajari dan mengajar orang lain.

 

Usaha bersungguh mereka ialah:

  1. Belajar ilmu bermanfaat demi mencari keredhaan Allah (تعلّموا)
  2. Berusaha mempraktikkan ilmu yang dipelajari (عملوا)
  3. Mengajar orang lain. (علّموا)

 

Bagaimana situasi di zaman sahabat dahulu?

Kata Ibn Mas‘ud:

إِنَّكَ فِي زَمَانٍ

Sesungguhnya engkau(para sahabat) berada pada zaman

قَلِيلٌ قُرَّاؤُهُ

Sedikit orang yang membaca tidak faham

كَثِيرٌ فُقَهَاؤُهُ

Ramai orang yang mendalam pengetahuannya

يحْفَظُ فِيهِ حُدُودُ الْقُرْآنِ

Dipelihara di dalamnya hukum al-Qur’an

وَيضَيَّعُ حُرُوفُهُ

Tidak diberatkan kepada menghafaz huruf-hurufnya

قَلِيلٌ مَنْ يَسْأَلُ

Sedikit yang meminta

كَثِيرٌ مَنْ يُعْطِي

Ramai yang menyumbang

يُطِيلُونَ فِيهِ الصَّلاَةَ

Mereka memanjangkan salat

وَيَقْصُرُونَ فيه الْخُطْبَةَ

Mereka meringkaskan khutbah

يُبَدُّونَ فيه أَعْمَالَهُمْ قَبْلَ أَهْوَائِهِمْ

Mereka mendahulukan kewajipan mereka bukan kepentingan mereka

Cuba bezakan zaman kita dengan generasi rabbaniy zaman sahabat? Pikirkanlah

 

Sekarang apa pula yang patut kita beri perhatian?

Kalau kita kekal sebagai kelompok yang ditimpa fitnah, maka serupalah kita dengan [2:8]. Berdiri salat dengan malas. [4:142] [4:143]

 

Apakah maksud berdiri salat dengan malas?

Dalilnya. Salat yang sempurna mesti bermula dengan kefahaman al-Qur’an. Kalau orang itu rajin salat, tetapi tidak pedulikan al-Qur’an bukankah ia tergolong dalam kelompok yang malas, iaitu mendirikannya tanpa persediaan. [29:45]. Kita wajib memahami al-Qur’an kerana ia termasuk sebahagian daripada salat. Maka bacalah mana-mana yang mudah dari al-Qur’an; dan dirikanlah salat [73:20].

Para sahabat dahulu bila beroleh kesimpulan dari sesuatu ayat, ia terus bertindak dan tidak melengah-lengahkannya.

 

Apakah TINDAKAN yang patut diambil?

Marilah kita susun pelan tindakan ini dengan teratur.

1. Bertawbat [4:146]

Terjemahan saya: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki diri (dgn belajar membaca al-Qur’an dan memahaminya), berpegang teguh kepada tali Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

2. Kuatkan keimanan [8:2]

3. Berhijrah [9:20]

4. Mengajar [2:160]

5. Berkorban harta benda dan jiwa raga fi sabililLah demi menolong agama Allah [47:7]

6. Berdoa mohon tetap istiqamah [3:8]

Semoga apa yang saya sampaikan ini berguna buat diri saya dan ahli-ahli dalam Bilik (110) Seminar Mingguan ini dapat disebarluaskan kepada ahli keluarga masing-masing. [66:6]

 

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا، وجلاء همنا وغمنا، ونور أبصارنا، اللهم اجعل القرآن شفيعاً لنا يوم أن نلقاك، اللهم اجعلنا من أهل القرآن، اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

 

Ustaz Baharuddin Ayudin

 

Ulum Hadith : Soal Jawab bersama Dr Fathi Al-Sakandary siri #1

0

Soal Jawab bersama Dr. Fathi Al-Sakandary Siri #1

 

S1: Apakah kegunaan sanad pada zaman sekarang sedangkan kitab hadith sudah dibukukan bersama sanadnya.

Ulum hadith mempunyai cabang yang luas, sebahagian ulama membahagikannya kepada 64 cabang semisal al-Imam Ibn al-Solah, bahkan sebahagian ulama semisal al-Imam al-Hazimi membahagikannya kepada 100 cabang. Namun secara umumnya ulum hadith terbahagi kepada 2 iaitu ilmu riwayah serta ilmu dirayah. Ilmu riwayah antaranya termasuk ilmu menghafaz hadith-hadith serta meriwayatkan hadith, manakala ilmu dirayah pula ialah ilmu menyemak hadith-hadith itu dari segi Sahih ataupun Dha’ifnya.

Amalan meriwayatkan hadith dengan sanad serta pemberian ijazah selepas majlis-majlis sama’ (majlis membaca serta mendengar buku-buku hadith dan lainnya buku) termasuk bahagian ilmu riwayah dalam ulum hadith, ianya tidak terhenti selepas hadith-hadith dibukukan, bahkan ia adalah sunnah para ahli hadith zaman berzaman.

Sanad-sanad yang diriwayatkan selepas zaman pembukuan hadith tidak digunakan untuk kajian status hadith (ilmu dirayah), sebaliknya ijazah-ijazah sanad ini tidak lain melainkan meneruskan dan menguatkan manhaj salafussoleh dalam menjaga kebersambungan sanad, dan penisbahan kepada perawi-perawinya sehingga bersambung kepada Nabi, sehingga umat Islam ini kekal mempunyai sanad berbanding umat-umat manusia sebelumnya, dan ia bersambung-sambung hingga akhirat. Isnad ini juga harus dipelihara agar mendapat kemuliaan nisbah dan hampir dengan Nabi dan para ulama Islam.

Lihatlah bagaimana Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ibn Kathir, al-Nawawi dan lainnya yang terus memburu sanad dan ijazah, walaupun sanad-sanad yang mereka perolehi tidak digunakan lagi bagi menilai status hadith kerana semua hadith telah dibukukan, tujuan ijazah sanad pada zaman mereka dan juga zaman kita ini adalah agar namannya dinisbahkan kepada sama’ hadith pada majlis naqal atau sama’, dan dia mempunyai satu naskhah yang dia baca atau dengar, atau terdapat di negerinya satu naskhah yang mempunyai tabaqah sama’, namanya tersebut di dalamnya, atau dia mempunyai izin atau ijazah kitab tersebut, dan apabila didengarkan kepadanya, dia memperdengarkan pembacanya, dan kemudian dia menuliskan dengan tulisannya berkaitan bacaannya dan sama’nya.

Antara ijazah dan sama’, maka sama’ adalah lebih awla secara mutlak, agar dapat diambil faedah daripada apa yang didengar ketika sama’. Ia merupakan satu tradisi para ulama’ apabila mereka mengijazahkan kitab-kitab tulisan mereka kepada para murid. Agar hadith itu berterusan diriwayatkan dengan haddathana atau akhbarana. Majlis sama’ dapat memastikan seseorang menghabiskan bacaan kitab dari kulit ke kulit.

Majlis bacaan atau sama’ sehingga beroleh ijazah sanad bermaksud kita mengambil kitab daripada syaikh, daripada riwayat yang benar. Biodata para guru disimpan dan dipelihara sepanjang zaman. Jadi tidaklah kita menjadi seperti Kristian yang tidak tahu kitabnya ditulis atau diambil daripada siapa. Ianya juga mengelakkan malas dan penipuan.

Perlu diketahui bahawa ijazah-ijazah sanad ini secara asasnya tidaklah melambangkan tahap keilmuan seseorang, sanad adalah hak seluruh umat islam, baik dia seorang yang ‘alim ataupun jahil. Seseorang yang mempunyai ijazah sanad dan meriwayatkan sanad maka dia dipanggil al-Musnid, tanpa mengira sama ada dia ‘alim atau jahil, demikian jelas guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Thariq Iwadullah.

Walaubagaimanapun sebahagian ijazah boleh memberi isyarat umum akan keilmuan seseorang apabila diketahui ijazah yang diperoleh itu memerlukan syarat-syarat yang amat ketat untuk mendapatnya, sebahagian ulama memberi syarat-syarat yang ketat misalnya guru saya al-Syaikh Maher Yasin al-Fahl mensyaratkan seseorang yang ingin memohon ijazah daripadanya agar khatam mendengar syarah Sahih al-Bukhari oleh beliau dan dibuat ujian, apabila lulus barulah akan diberikan ijazah sanad, pada waktu yang lain beliau mensyaratkan agar membaca al-Qur’an satu juzu’ sehari serta mengkatamkan buku al-Jami’ Fi al-‘Ilal wa al-Fawaid (sebuah kitab ilmu ‘ilal karya beliau) bagi mereka yang inginkan ijazah dan alhamdulillah saya antara murid beliau yang dikenakan syarat ini.

Begitu juga guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary biasa membuat ujian ulum hadith secara lisan kepada yang meminta ijazah sebelum memberinya, begitu juga guru saya al-Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Azeem Badawi yang membuat ujian bertulis sebelum memberi ijazah sanad kitab al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab al-‘Aziz beliau, dan saya alhamdulillah antara yang diberikan ijazah oleh beliau selepas lulus ujian dengan pangkat jayyid jiddan, begitu juga guru kepada guru saya al-Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali yang mensyaratkan seseorang yang inginkan ijazah kitab Bidayah al-Mutafaqqih beliau agar menghafaz keseluruhan kitab dan dibuat ujian lisan, hanya mereka yang menghafaz keseluruhan kitab dan lulus ujian saja yang akan diberikan ijazah.

Saya secara peribadi pernah bertanya berkenaan faedah ijazah pada zaman ini kepada guru saya al-Syaikh al-Musnid Dr. Waleed Idris al-Meneesy, maka jawab beliau kepada saya “ijazah tanpa sama’ baginya suatu keberkatan serta kemuliaan bersambungnya sanad kepada Nabi SAW, manakala jika bersama sama’ kitab secara penuh maka baginya pelajaran yang bermanfaat daripada penerangan masyayikh samasa majlis sama’ serta baginya banyak bersalawat kepada Nabi, akan tetapi apapun secara umumnya ijazah ini bukanlah bermaksud sebagai takat ukur keilmuan”. Allah Maha Mengetahui

 

S2: Hadis muallaq dalam sahih bukhari adakah sahih?

Ada yang Sahih dan ada yang Dhaif. Perlu diketahui bahawa kaedah masyhur bagi hadith-hadith mu’allaq dalam al-Jami’ al-Bukhari ‘sighah jazam bermaksud hadith itu Sahih atas syarat beliau, manakala sighah tamridh bermaksud hadith itu Dha’if”.

Sebenarnya perkara ini tidak pernah disebutkan oleh al-Bukhari namun ianya terhasil daripada kajian istiqra’ naqis (yang tidak sempurna) atas hadith-hadith mu’allaq al-Bukhari, dengan itu kaedah ini sebenarnya kaedah aghlabiyah bukannya kulliyah.

Jika kita perhatikan hadith-hadith mu’allaq dalam al-Jami’ al-Bukhari akan kita dapati di sana hadith-
hadith mu’allaq dengan sighah jazam yang tidak menepati syarat al-Bukhari, dan juga hadith-hadith mu’allaq dengan sighah tamridh yang Sahih di sisi al-Bukhari bahkan menepati syaratnya. Allah Maha Mengetahui.

 

S3: Bagaimana kedudukan hadis mudraj dan perbezaannya dengan ziyadah at tsiqah?

Mudraj boleh jadi Ziyadah al-Thiqah, dan ia boleh jadi Sahih, kesemuanya bergantung kepada qarain-qarain yang mengelilinginya secara khusus. Dianjurkan menela’ah buku al-Jami’ Fi al-‘Ilal wa al-Fawaid jilid 3 & 5 karya guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl, insyaAllah cukup untuk memahami hal ini. Allah Maha Mengetahui.

 

S4: Bagaimana berdepan dengan hadith khilaf seperti ada hadith nabi kencing duduk dan ada juga hadith yang nabi kencing berdiri.

Apabila dilihat terdapat percanggahan antara hadith, maka perkara pertama yang harus dipastikan ialah kesahihan keduanya, sekiranya salah satu Dha’if maka yang dipegang ialah yang Sahih dan ditinggalkan yang Dha’if. Sekiranya kedua-dua adalah Sahih maka langkah seterusnya ialah menjama’ (menggabungkan) kedua-kedua hadith itu agar hilang percanggahan.

Misalnya hadith Sahih menyebut larangan kencing berdiri dan hadith Sahih lain pula menyebut Nabi sendiri kencing berdiri, ia kelihatan seolah bercanggah, maka digabungkan menjadi kedua-dua amalan sama ada kencing duduk atau berdiri adalah dibolehkan, dan disebabkan kencing berdiri itu merupakan ayat larangan maka dirumuskan “asal adab kencing adalah dengan duduk, namun jika mendesak seperti mahu cepat atau keadaan tidak sesuai untuk duduk maka dibolehkan kencing berdiri”. Allah Maha Mengetahui.

 

S5: Imam Abu Ismail Abdullah bin Ahmad Al-Ansari (w. 481H) pernah berkata: “Kitab Al-Tirmidzi menurutku lebih bermanfaat daripada kitab al-Bukhari dan Muslim. Sebab kedua kitab ini tidak dapat dikeluarkan faedah (ilmu-ilmu) daripadanya melainkan oleh seorang ulama yang sangat pakar. Adapun kitab Al-Tirmidzi, maka semua orang boleh mengambil faedah daripadanya.”. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini?

Moga Allah merahmati al-Imam, kenyataan beliau amatlah benar. Ini kerana al-Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi menyebut secara jelas akan status hadith, ‘ilalnya, beserta fiqhnya disisi Salaf, berbeza dengan kitab al-Jami’ karya al-Bukhari dan Muslim yang tidak menyebut secara jelas akan ‘ilal sesuatu hadith serta tidak disebut secara jelas akan fiqh hadith, al-Bukhari serta Muslim menyebut ‘ilal-‘ilal bagi hadith-hadith dalam kitab mereka secara isyarat dalam tabwib (penamaan bab-bab) serta penyusunan hadith-hadith dalam bab, begitu juga fiqh hadith disebut secara isyarat dalam tabwib.

Semua isyarat ini tidak dapat dikenal oleh mata awam melainkan hanya bagi mata ahli hadith yang amat pakar akan metod kedua imam dalam Jami’ mereka, itupun terkadang isyarat ini boleh terlepas pada pandangan mereka. Kerana itu kita tidak hairan melihat ramai menyebut sesuatu hadith yang diambil dalam al-Sahihain, sedangkan hadith itu Dha’if disisi kedua al-Bukhari dan Muslim sendiri! Allah Maha Mengetahui.

 

S6: Sejauh manakah keilmuan dan sumbangan Sheikh Rabee’ bin Hadi al Madkhali dalam bidang hadis? Bolehkah berpegang kepada beliau?

Soalan sebegini seharusnya dielakkan, saya tidak suka berbicara akan manusia dan manusia. Secara umumnya al-Syaikh Dr. Rabi’ merupakan seorang yang ‘alim dalam hadith, dan seperti ulama lainnya beliau tidaklah ma’sum, bagi beliau beberapa kesilapan dan ia biasa. Dianjurkan membaca tesis PhD bertajuk al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih karya al-Syaikh Dr. Khaled al-Durayyis, telah dicetak sebanyak 5 jilid, di sana ada beberapa kritikan ilmiah buat al-Syaikh Rabi’ dalam kajian hadith. Allah Maha Mengetahui.

 

S7: Bagaimana kita nk beramal dgn hadith yg berstatus hasan? bolehkah ditinggalkan mengikut waqi semasa. Mohon pandangan Dr.

Hadith Hasan Li Zhatih baginya hukum sebagaimana hadith Sahih. Manakala hadith Hasan Li Ghairih ia tidak dibuat hujah dalam aqidah kecuali dalam hal targhib dan tarhib, dalam fiqh ia biasanya menjadi tempat khilaf antara fuqaha kerana hakikatnya Hasan Li Ghairih adalah hadith Dha’if. Saya tidak mengetahui satupun kaedah di sisi Salaf bolehnya meninggalkan hadith Sahih mengikut waqi, bahkan kata guru saya al-Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam “bukanlah Islam perlu menyesuaikan diri dengan tempat dan zaman, sebaliknya tempat dan zamanlah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam!”. Allah Maha Mengetahui.

 

S8: Al-Bukhari ada menyatakan bahawa beliau menghafal 100 ribu hadith Sahih, Tapi sebagaimana kata huffaz semisal Syu’bah, al-Thauri, Ibn al-Mahdi dan lainnya jumlah hadith sahih lebih kurang 4400. Apakah yg dimaksudkan al-Bukhari itu hadith beserta jalur-jalurnya yg pelbgai?

Ya. Allah Maha Mengetahui.

 

S9: Apa makna Hadis Hasan Gharib yg dinyatakan oleh Tirmizi. Tapi hadis yg sama dinyatakan Sahih oleh al-Albani.

J9: Hasan Gharib dalam istilah khas al-Jami’ al-Mukhtasar al-Tirmizi bermaksud Dha’if. Rujuk buku saya “Pengenalan Kepada Sunan al-Tirmizi dan Manhajnya”, percuma edisi pdf dalam Ansarul-Hadis. Allah Maha Mengetahui.

 

S10: Adakah wujud khilaf penilaian sesuatu hadis di sisi huffaz mutaqaddimun, selain hadis Sulaiman bin Yasar daripada Aisyah r.a.? (Muttasil di sisi al-Bukhari tetapi tidak di sisi asy-Syafie)

J10: Tentu boleh saja wujud perbezaan natijah status hadith. Sepakat dalam manhaj bukan bermakna natijah tidak boleh berbeza. Allah Maha Mengetahui.

 

S11: adakah benar dakwaan mengatakan setiap ulamak hadis mula mengaji hadis menggunakan kitab Al Mandzhumah Al Baiquniyyah??

J11: Tidak benar dakwaan mutlak begini, dan saya tidak pernah mendengar dakwaan sebegini daripada mana-mana ulama hadith. Yang biasa disebut ialah puisi al-Baiquniyyah menjadi bahan pengajian awal kebanyakan ulama hadith bukan semua, ini benar kerana ia ringkas dan sesuai bagi penuntut ilmu yang baru hendak berjinak dengan hadith. Allah Maha Mengetahui.

 

S12: Apa beza hadith yang diriwayatkan secara tahdith dan diriwayatkan secara ‘an’anah?. Yang mana lebih kuat?

Secara umumnya sighah tahdith menunjukkan isnad itu bersambung, manakala ‘an’anah menunjukkan ia tidak bersambung, ini secara umum saja dan bukan satu kemestian. Banyak di sana hadith-hadith dengan sighah tahdith tapi putus, dan ‘an’anah yang bersambung. Akan dibincangkan dalam kelas-kelas mendatang dengan lanjut insyaAllah. Allah Maha Mengetahui.

 

S13: perbezaan akhbarana dgn haddasana?

Apabila seseorang rawi itu mendengar hadith dalam majlis sama’ gurunya secara berkumpulan dan terdapat tukang baca hadith, maka apabila dia ingin meriwayat hadith itu dari gurunya tersebut dia menyebut “akhbarana”.

Manakala apabila seseorang rawi itu mendengar hadith dalam majlis sama’ gurunya secara berkumpulan dan gurunya membacakan hadith itu sendiri, maka apabila dia ingin meriwayatkan hadith itu dari gurunya tersebut dia menyebut “haddathana”.

Demikian jelas guru saya al-Syaikh Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary. Hal ini juga boleh dilihat dalam al-‘Ilal karya al-Tirmizi. Allah Maha Mengetahui.

 

S14: Adakah muhaddith mutaakhkhirin ditolak terus disebabkan mereka dikatakan sudah jauh dari golongan salaf serta bermudah-mudah dalam pemberian status hadith? Bagaimana untuk mengguna dan memanfaatkan pendapat mereka?

Subhanallah! Ini soalan yang pelik, gharib, ajib. Tidak pernah saya mendengar seorangpun ulama menyatakan para ahli hadith mutaakhkhirin ditolak terus disebabkan mereka jauh dari zaman Salaf, begitu juga dakwaan mutlak umum bahawa mereka bermudah-mudah menilai status hadith kerana mereka mutaakhkhirin, dakwaan pelik, ajib. Tidaklah yang berkata sedemikian melainkan mereka yang jahil, bercakap sesuatu perkara tanpa mempunyai ilmu dalamnya, menyangka diri tahu tapi sebenarnya tin kosong.

Bagaimana dengan Ibn Rajab al-Hanbali? Juga Ibn ‘Abdul Hadi? juga al-Daraquthni? Ya tahun 300H adalah had pemisah antara mutaqaddimin dan mutaakhkhirin, akan tetapi dimasukkan juga bersama mereka al-Daraquthni yang wafat pada 385H kerana beliau berada atas manhaj mutaqaddimin, para ulama tidak menghadkan ia kepada tahun yang tertentu, yang penting ialah manhaj, Ibn Rajab yang wafat pada 795H adalah dalam kalangan mtaakhkhir dari segi tarikh akan tetapi dari segi manhaj beliau berada atas manhaj mutaqaddimin dan begitu juga Ibn ‘Abdul Hadi.

Yang biasa disebut oleh para ulama ialah para muhaddithin mutaakhkhirin kebanyakannya berdiri atas manhaj fuqaha dan mutakallimin dalam penilaian status hadith. Bahkan berkata guru saya al-Muhaddith Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, perbezaan manhaj mutaqaddimin dan mutaakhkhirin ini adalah hakikatnya perbezaan “manhaj ahli hadith” dan “manhaj para fuqaha’ dan mutakallimin” yang menyelinap masuk dalam ilmu hadith.

Menyelinapnya fahaman luar ini bukan hanya berlaku dalam hadith tetapi juga berlaku dalam semua ilmu lainnya, misalnya dalam aqidah, fahaman ‘Asyaerah adalah fahaman luar yang menyelinap masuk dari mutakallimin ke dalam aqidah. Dalam hadith misalnya bab Ziyadah al-Thiqah, sebahagian ahli hadith mutaakhkhirin menerimanya secara mutlak, ini bukanlah manhaj ahli hadith tetapi ia adalah manhaj fuqaha dan mutakallimin, begitu juga bab Tafarrud seorang thiqah, sebahagian menerimanya secara mutlak sedangkan itu bukanlah manhaj ahli hadith tetapi manhaj mutakallimin, penguatan hadith Dha’if dengan Shawahid dan Mutaba’at sehingga hadith yang Munkar juga boleh menjadi Sahih, ini bukan manhaj ahli hadith, penerimaan atau penolakan riwayat perawi thiqah yang mudallis dengan melihat jika sighah tahdith maka diterima dan jika ‘an’anah ditolak, ini manhaj fuqaha’ dan mutakallimin bukan ahli hadith! Dan lain-lain perkara.

Maka wajib berpegang atas manhaj asal salafussoleh disebut juga mutaqaddimin, iaitu manhaj ahli hadith yang tidak dicemari konsep fuqaha’ dan mutakallimin, baik dalam hadith atau aqidah dan sebagainya. Allah Maha Mengetahui.

 

S15: Al Hakim, At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah antara huffaz salaf yg dikaitkan dgn tasahul dalam penilaian hadis. Bagaimana kita berinteraksi dengan dakwaan ini, sejauh mana kebenarannya?

Al-Hakim bukanlah huffaz Salaf, sebaliknya beliau adalah Khalaf, beliau sememangnya tasahul dalam mensahihkan hadith dalam kitab beliau al-Mustadrak, berbeza dengan kitabnya Ma’rifat Ulum al-Hadith.

Dianjurkan menela’ah buku Mustadrak Abi Ishaq al-Huweini ‘ala Abi ‘Abdillah al-Hakim al-Naisaburi, ia adalah buku kritikan ilmiah guru saya al-Syaikh Abi Ishaq al-Huweini atas penilaian-penilaian al-Imam. Al-Tirmizi didakwa tasahul oleh mereka yang tidak memahami manhaj beliau dalam Jami’nya, mereka menyatakan beliau mudah menilai Hasan sesuatu hadith yang Dha’if, sedangkan istilah Hasan dalam kitabnya bermaksud Dha’if, ia istilah khusus al-Tirmizi dalam Jami’nya al-Mukhtasar. Ibn Hibban dan gurunya Ibn Khuzaimah didakwa tasahul kerana memasukkan tidak sedikit hadith-hadith Dha’if dalam kitab al-Sahih mereka, sedangkan hadith-hadith itu telah sedia dinyatakan Dha’if oleh mereka secara isyarat, mereka yang tidak memahami isyarat ini akan menganggap ia Sahih kerana wujud dalam kitab mereka. Inilah pentingnya seseorang penuntut ilmu belajar dan memahami manhaj huffaz daam kitab mereka, agar tidak salah faham. Sudahlah salah faham, kemudian berlagak pandai pula, dituduhnya para huffaz sebagai tasahul. Allah Maha Mengetahui.

 

S16: Adakah Hadith sahih berkenaan larangan campur makan makanan laut dengan meminum susu dan sbagainya?

Tiada. Dianjurkan membaca risalah saya bertajuk “Penjelasan Status Hadith Diet Rasulullah”. Allah Maha Mengetahui

 

S17: Hadith mengenai menyentuh kemaluan boleh membatalkan wudhu. Lagi satu hadith mengatakan wudhu tidak batal sekiranya menyentuh kemaluan. Bagaimana berinteraksi dengan kedua hadith ini?

Apabila dilihat terdapat percanggahan antara hadith, maka perkara pertama yang harus dipastikan ialah kesahihan keduanya, sekiranya salah satu Dha’if maka yang dipegang ialah yang Sahih dan ditinggalkan yang Dha’if.

Sekiranya kedua-dua adalah Sahih maka langkah seterusnya ialah menjama’ (menggabungkan) kedua-
kedua hadith itu agar hilang percanggahan.

Dalam kes ini, digabungkan kedua-kedua hadith menjadi “tidak batal wudhu’ apabila menyentuh kemaluan, dan suruhan memperbaharui wudhu’ selepas menyentuh kemaluan bukanlah wajib namun hanya anjuran”. Allah Maha Mengetahui.

 

S18: Sejauh mana sesuatu hadith Da’if boleh diamalkan fiqhnya?

Dalam bab selain fadhail amal, sesuatu hadith Dha’if boleh diamalkan fiqhnya apabila terdapat dalil-dalil lain semisal ayat al-Qur’an atau amalan Sahabi, contohnya kelonggaran berwudhu’ dengan menyapu stokin menggantikan khuf, tiada hadith marfu’ Sahih namun wujud amalan Sahabi yang Sahih. Manakala dalam bab fadhail amal perlulah menepati syarat-syarat yang digariskan ulama’, dianjurkan membaca risalah saya “fadhail amal yang bid’ah” untuk memahami hakikat fadhail amal.

 

S19: Soalan saya : Apakah maksud sebenar ‘hadis hasan’ disisi Imam Tirmizi?

Istilah Hasan di sisi al-Tirmizi dalam buku Jami’nya al-Mukhtasar secara khusus bermaksud Dhaif, demikian jelas ramai ulama’ hadith semisal guru-guru saya al-Syaikh Dr. Basyar ‘Awwad Ma’rouf dan saya telah bertanya lebih dari 3 kali kepadanya akan hal ini, juga al-Syaikh Dr. ‘Abdul Qadir Mustafa al-Muhammadi, serta al-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz al-Tharifi, juga al-Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Sa’d, serta al-Syaikh ‘Amru ‘Abdul Mun’im Salim dan lainnya. Untuk lanjut dianjurkan membaca buku saya “Pengenalan kepada sunan al-Tirmizi dan manhajnya”, percuma edisi PDF di Ansarul-Hadis. Bagi yang mampu memahami bahasa arab, saya anjurkan membaca tesis PhD bertajuk “al-Syaz wa al-Munkar wa Ziyadah al-Thiqah Muwazanah Baina al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhkhirin” karya guru saya al-Syaikh Dr. ‘Abdul Qadir al-Muhammadi yang diselia oleh guru saya al-Syaikh Dr. Basyar ‘Awwad Ma’rouf.

Dijelaskan dengan begitu rinci bahawa Hasan di sisi al-Tirmizi adalah Dhaif, bahkan ta’rif yang dibuat al-Tirmizi itu sendiri jelas memberitahu bahawa Hasan di sisinya adalah Dha’if. Juga dianjurkan membaca buku Sifatu Hajjatin Nabi karya guru saya al-Syaikh al-Tharifi, di sana juga di jelaskan bahawa Hasan di sisi al-Tirmizi bermaksud Dha’if. Keduanya telah ada edisi PDF. Allah Maha Mengetahui. Muat turun secara percuma dari laman Ansarul Hadis. Klik sini.

 

S20: Dr Fathi, semoga Allah merahmati kamu.Mana ulama’ mutaqaddimin yg kata hasan di sisi al-tirmizi dha’if?

Al-Imam al-Tirmizi sendiri. Pembuktian lanjut dianjurkan membaca buku-buku yang telah saya sebutkan dalam jawapan soalan 19. Allah Maha Mengetahui.

 

Soal Jawab : Aqidah Salaf

0

Sesi Soal & Jawab

 

Q1. Garis pemisah ulama bermanhaj salaf dan manhaj khalaf. Ibnul Jawzi adakah semua penulisan beliau bermanhaj khalaf. Ibn Qayyim adakah semua buku karangan beliau bermanhaj salaf.

J1. garis pemisah manhaj salaf vs khalaf. ada dua isu: zamani atau era. salaf ialah 300 tahun pertama. khalaf, selepas era 300 tahun. kedua, isu manhaj: manhaji atau metod dalam memahami agama, metod salafiyah, ia berterusan hingga kini atau cara khalafiyah. status kitab2 karya Ibn Jauzi, manhaj salaf dalam hadith, cuma akidahnya dia dalam aliran takwil sama dgn Ibn Hajar asqolani, ilmu hadith dan sunnahnya, dia di atas salaf (lihat kitab, Ibnul Jauzi baina At-Takwiil wa At-Tafwiidh” yang ditulis oleh Ahmad ‘Athiyah Az-Zahrooni, Ibn Qayyim adalah salaf dalam akidah dan kitab2nya kecuali kitab ar-Ruh, ia menggunakan metod khalaf.

 

Q2. Mengapa banyak buku-buku Ibnu Qayyim dirampas dan dikumpulkan untuk dilupuskan oleh pihak penguasa masa tu (zamannya)

J2. pembakaran buku Ibn qayyim dan OIbn Taymiyah, mmg sahih, ia dilakukan oleh Emir Abdul Qadir bin Muhyidin Al-Husaini Al-Jazairi, w. 1300 H, seorang yg berpengaruh di Syria, ia dari aliran sufi al-hulul atau wehdatul wujud lihat, Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan dalam “Muqaddimah Al-Kalimatuth Thayyib”:

 

Q3. Jelaskan apa pandangan khalaf dan salaf…dan kenapa perlu ambil pandangan salaf.

J3. pandangan khalaf dan salaf. pandangan salaf dalam akidah:Mereka membiarkan nas-nas sifat sebagimana datangnya tanpa mentahrif, menta’thil serta tanpa mantakyif dan mentamtsil. Mereka mengikuti firman Alloh Ta’ala : “Tiada sesuatu apapun yang serupa dengan Alloh Ta’ala dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Asy Syuraa : 11). pandangan khalaf dalam akidah: mereka menggunakan kaedah takwil dalam memahami nusus, ianya masih dalam lingkungan yg dibenarkan kerana mereka masih menundukkan akal di bawah wahyu (Dr Qardhawi, akidah salaf dan khalaf) kenapa perlu ambil pandangan salaf, kerana mereka adalah sebaik2 generasi dan metod mereka adalah sebaik2 metod

 

Q4. Terangkan perbezaan di antara tareqat Nabi-nabi dan tareqat2 sufi-sufi. Dr aspek sejarah dan ajaran?

J4. perbedzaan tareqat Nabi vs tareqat sufi. Tareqat nabi adalah sunnah yg ditinggalkann, tareqat hanya muncul di abad ke 5. ia muncul sempena ajaran abdul qadir jilani, ar-rafa’iy, al-junaid dan Imam ghazali. sebab lahir tareqat kerana kemakmuran luar biasa yg dinikmati selepas keluasan empayar Islam, maka umat islam menjadi alpa akan akhirat, maka tareqat muncul utk membawa balik manusia kpd agama dari kemewahan dunia yg melimpah

 

Q5.definisi manhaj,salaf,khalaf..mostly fundamental akidah salaf ni..saya baru nak mula jadi tokoh2 dan buku2 yg di mention saya tak tahu..minta maaf..

J5. definasi manhaj=metod atau jalan atau sistem. salaf=generasi pertama, kedua dan ketiga islam yg dikenali dgn zaman sahabat, tabi’iin dan tabi’ tabi’ien, atau dalam lingkungan 300 hijrah, mereka paling bersih agama akidah dan manhaj khalaf, generasi selepas 300 hijrah, mereka tergugat kerana kemunculan mazhab akidah yg sesat spt khawarij, muktazilah, jahmiah, syiah danqadariah, fundamental akidha salaf ialah akidahnya, yakni tanpa takwil menetapkan sifat Allah sbagaimana yang Dia sendiri tetapkan, khalaf, mereka mentakwil kerana berhadapan dgn ancaman kumpulan sesat dalam akidah.

 

Q6. manhaj imam 4 mazhab yang sebenarnya bermanhaj mcm mana? Boleh bagi rujukan kitab kalau ada..

J6. manhaj empat imam. Istilah Imam Empat merujuk kpd:

1. Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit rh, dari Kufah, Irak (hidup th 80 H – 150 H).
2. Imam Malik bin Anas rh, dari Madinah (hidup th 93 H – 179 H)
3. Imam Syafi’i Muhammad bin Idris rh, lahir di Ghazza, ‘Asqalan, kemudian pindah ke Mekkah. Beliau bersafar ke Madinah, Yaman dan Irak, lalu menetap dan wafat di Mesir (hidup th 150 H – 204 H).
4. Imam Ahmad bin Hanbal rh dari Baghdad, ‘Irak (hidup th 164 H – 241 H).

Akidah mereka: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah ‘I’tiqad Aimmatil Arba’ah (Akidah Empat Imam Madzhab). akidah mereka, tanpa takwil

 

Q7. Kenapa boleh ada manhaj khalaf? Manhaj Khalaf yang meletakkan manhaj mereka termasuk didalam Aswj, dan bukan kah aswj itu manhaj salaf?

J7. kenapa ujudnya manhaj khalaf. Manhaj ASWJ ada dua: manhaj salaf + manhaj khalaf. Tidak boleh mengeluarkan khalaf dari ASWJ kerana berbedza dalam ijtihad. Ujudnya manhaj khalaf kerana kemunculan aliran akidah baru di abad ke 3 hijrah, spt syiah, khawarij, Muktazilah, jahmiyah, Qadariah dan mujassimah. Manhaj ni diasaskan oleh Imam abul Hasan al-Asya’ari dan Imam Maturidi.

 

Q8. (sekadar tambahan kpd soalan #4..boleh dijawab bersekali..jika berkaitan dgn bilik 21) apakah itu tarekat? Dan berapa banyak tarekat ada di nusantara ni? Mana yg betul mana yg menyimpang? Apa definisi tarekat sufi dan tarekat nabi?

J8. apa itu tareqat dan mana tareqat yg sahih di nusantara. Tareqat datang dari kalimah tareq atau jalan. maksudnya suatu jalan utk melaksanakan ajaran agama Islam melalui cara bimbingan dalam kumpulan di bawah panduan mursyid atau syaikh atau wali. Ia mengamalkan beberapa disiplin dan ritual seputar pembacaan hizib, atau wirid yang dikarang oleh syaikh tareqat tsb. Tareqat nusantara yg bergabung dengan NU atau nahdatul ulama menjadi kesatuan tareqat nusantara berjumlah 44 semuanya. Kesemua tareqat 44 ni tidak lagi menepati ajaran islam kerana mereka memiliki sistem akidah, tafsir AQ, uloom hadith dan ritual yg tersendiri

 

Q9. bagaimana pula dengan yang manhaj salaf, tapi ada ciri2 ikhwan muslimin (menentang pemerintah).. ke yg ni termasuk dlm khalaf?

J9. Kedudukan Ikhwan. Ikhwan adalah gerakan islam atau jamaah islamiah yg diasaskan oleh syaikh Hasan al-Banna pada tahun 1928. Maka ia bukan salaf, bahkan khalaf dan gerakan Islam Kontemporer, tak ada kaitan dengan salaf. Ikhwan adalah gerakan siasah dan berusaha mengambil alih kuasa di negara2 OIC.

 

Q10. Kenapa perlu aqidah Salaf.. boleh tak panggil aqidah Islam sahaja ?

J10. kenapa dinamakan akidah salaf. Sebab perpecahan aliran salaf pada abah ke 3, di mana Imam abulhasan asya’ari dan Imam Maturidi memisahkan diri dari aliran salaf atau aliran sunnah dengan mengambil kaedah muktazilah dan falsafah urk membendung penguasaan muktazilah sebagai mazhab resmi abbasiah dan ancaman Jahmiyah + Mujassimah. Maka sejak itu penjenamaan semula menjadi akidah salafi dan akidah ASWJ. akidah salafi adalah ahli hadith, dan akidah ASWJ adalah akidah khalaf

 

Q11. Apa kepentingan belajar aqidah melalui manhaj salaf dan khalaf kepada ummah ?

J11. Kepentingan mengajar melalui akidah salaf dan khalaf. akidah salaf perlu dipelajari kerana itulah cara salaf mengaji tauhid, manakala mengaji cara khalaf adalah metod utk menghadapi kaum ateis, free thinker, liberal dan antihadith atau kaum kafir.

 

Q12. Adakah tauhid 3 dikenali pelopor atau pengarangnya sebagaimana tauhid sifat 20?

J12. asal usul tauhid tiga. Tauhid 3 dikatakan ciptaan syaikhul Islam Ibn Taymiyah adalah omongan dari musuh2 salafiyah, antaranya Aswaja Malaysia. yg sahih ia tercetus dari Imam abu Hanifah”: Al-Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit Al-Kufi rahimahullah (w. 150 H) berkata,

والله تعالى يدعى من أعلى لا من أسفل لأن الأسفل ليس من وصف الربوبية والألوهية في شيء

“Allah ta’ala diseru sedang Dia berada di atas bukan di bawah, karena posisi bawah bukanlah bagian dari sifat rububiyah dan uluhiyah sedikitpun Ruj: Al-Fiqhul Abshath, hal. 51, sebagaimana dalam ‘Aqooidul Aimmah Al-Arba’ah fit Tauhid, Dr. Muhammad bin AbdurRahman Al-Khumais , hal. 5. Juga dalam kitab akidah tohawiah abu jaafar atThahawi, w.321H.

Kelas #1 | Bilik Hadis al-Sakandary

0

Kelas #1: 26 Februari 2015 @ 7 Jumada Awal 1436

BismiLlah al-Rahman al-Rahim, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan seluruh ‘alam, selawat serta

salam kepada baginda Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat baginda serta semua mereka

yang mengikuti jejaknya. ‘Amma ba’d

Disebabkan kelas kita berbentuk tulisan, maka sunnah memulakannya dengan ‘bismillah’, bukannya

‘khutbah al-hajah’.

Maka sebagaimana yang dilihat, saya mulakan dengan BismiLlah.

Khutbah al-Hajah sunnah apabila hendak berucap, manakala apabila menulis sunnah bermula dengan

menyebut nama Allah iaitu bismillah.

Sebahagian ulama menyatakan khutbah al-hajah sunnah bukan hanya apabila ingin memulakan ucapan,

namun juga apabila ingin memulakan penulisan.

Pendapat ini bagi saya adalah lemah, yang kuat bagi saya ialah apabila memulakan penulisan maka

sunnah dengan Bismillah manakala apabila memulakan ucapan maka mulakan dengan khutbah-hajah,

Walaupun hadith yang masyhur bermaksud “setiap amalan yang tidak dimulakan dengan bismillah maka

ia terputus dan tertolak” adalah hadith yang Dha’if Munkar

Namun, cukup dengan amalan Nabi SAW dalam surat-surat baginda SAW yang jelas memulakan dengan

bismillah.

Saya anjurkan membaca sebuah buku yang amat bagus karya al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdul Fattah Abu

Ghuddah rahimahullah, ulama hadith syria yang masyhur bertajuk “Khutbah al-Hajah Laisat Sunnatan Fi

Mustahal al-Kutub wa al-Muallafat”.

Namun jika seseorang memulakan penulisan dengan khutbah al-hajah, tiada masalah.

Kitab ini yang saya maksudkan, jika ada yang mempu cari dan baca, saya anjurkan..
Kitab ini yang saya maksudkan, jika ada yang mempu cari dan baca, saya anjurkan..

Syukur kepada Allah yang telah memberi kita rezqi serta kelapangan masa untuk berkumpul pada

malam ini, pada hari Jumaat yang mulia. InsyaAllah kita akan memulakan diskusi ilmu hadith, bermula

daripada asas-asas insyaAllah.

Sekarang dikira hari Jumaat, bukan Khamis lagi, kerana hari baru dalam kelandar Islam bermula sejak

maghrib. Baik..

Sebelum kita bermula, saya mempunyai soalan: ramai kita sebut perkataan Mustolah Hadith, dan ada

yang sebut Ulum Hadith, saya lihat sepanjang minggu ini, apabila ada ahli yang bertanya buku apa yang

perlu dibaca untuk persedian kelas?

Ada yang sebut “apa-apa saja buku ulum hadith”.

Ada pula yang jawab “apa-apa saja buku mustolah hadith”

Maka soal saya apakah beza antara Ulum Hadith dan juga Mustolah Hadith? (Ulum = ilmu-ilmu,

Mustolah = istilah)

Namun sebelum saya menjelaskan beza antara Mustolah Hadith dan Ulum Hadith, ada baiknya kita jelas

akan makaud perkataan ‘istilah’ itu sendiri, apakah maksud ‘istilah’?

Istilah’ bermaksud “satu lafaz perkataan yang disepakati oleh sesebuah kelompok ahli ilmu untuk

menggunakan lafaz perkataan tersebut bagi makna tertentu”

Kelompok-kelompok yang berbeza mungkin menggunakan lafaz perkataan yang sama namun dengan

makna yang berbeza..fahamkah?

Mungkin ramai tak faham..baik saya beri contoh

Baik, contohnya lafaz perkataan ‘khabar’. Perkataan ‘khabar’ digunakan oleh banyak kelompok ahli ilmu,

antaranya ahli hadith dan juga ahli nahu.

Bagi ahli hadith maksud khabar ialah “apa saja yang dinisbahkan kepada Rasul SAW atau selain Rasul,

baik perkataan atau perbuatan, iaitu khabar mencakupi hadith dan juga athar”.

Manakala bagi ahli nahu arab pula, lafaz perkataan ‘khabar’ pula membawa makna yang berbeza terus

daripada makna di sisi ahli hadith, iaitu ‘khabar’ adalah satu bahagian daripada jumlah ismiah, iaitu

jumlah ismiah terdiri daripada dua perkataan mubtada’ dan khabar.

Maka jelas di sini satu istilah yang sama iaitu istilah ‘khabar’ mempunyai maksud yang berbeza antara 2

kelompok ahli ilmu, ahli hadith faham lain, manakal ahli nahu faham lain.

Ini lah yang saya maksudkan istilah bermaksud “satu lafaz perkataan yang disepakati oleh sesebuah

kelompok ahli ilmu untuk menggunakan lafaz perkataan tersebut bagi makna tertentu”

Baik. Contoh lain pula..

Contoh lain apa ya..erm, istilah ‘hadith’ itu sendiri.. juga dengan istilah ‘hadith’, di sisi ahli bahasa

‘hadith’ boleh membawa maksud ‘kata-kata’ ataupun ‘baru’, manakala bagi ahli hadith pula ia

bermaksud ‘apa sahaja yang dinisbahkan kepada Nabi SAW, baik perkataan, perbuatan, sifat,

persetujuan dan lainnya’.

Baik, maka kembali kepada soalan saya yang awal, apakah beza antara Mustalah Hadith serta Ulum

Hadith? Jawabnya Mustolah Hadith adalah subset Ulum Hadith, ia adalah salah-satu bahagian daripada

banyak bahagian dalam Ulum Hadith.

Ulum Hadith ialah segala ilmu yang berkhidmat untuk sunnah Rasul iaitu hadith, cabangnya sangat

banyak, salah satu cabang tersebut ialah ilmu Mustolah Hadith, iaitu ilmu mengenal istilah-istilah yang

digunakan dalam Ulum Hadith…faham?

Kelas kita adalah kelas Ulum Hadith. Baik, Ulum Hadith ini merupakan satu ilmu yang cukup cukup besar,

para ulama ada yang membahagikan Ulum Hadith kepada lebih 60 bahagian, bahkan ada yang

membahagikannya kepada lebih 100 bahagian. Misalnya al-Imam Ibn al-Solah membahagikan ilmu ini

kepada 64 bahagian daam bukunya ‘Ulum al-Hadith, manakala al-Imam al-Hazimi pula

membahagikannya kepada 100 bahagian!

 

Buku Ulum al-Hadith karya al-Imam Ibn al-Solah
Buku Ulum al-Hadith karya al-Imam Ibn al-Solah

Dalam kitab ini misalnya beliau bahagikan cabang-cabang Ulum Hadith kepada 64 bahagian.

Kelas kita buat permulaan akan tertumpu kepada Mustolah Hadith insyaAllah

Baik, dalam kelas ini akan ada beberapa istilah yang saya akan mengulangnya berkali-kali, antaranya

istilah Mutaqaddimin dan juga istilah Mutaakhkhirin. Mutaqaddimin bermaksud Salaf, iaitu mereka yang

berada pada 3 kurun yang awal, iaitu Sahabat, Tabi’in serta Tabi’ Tabi’in. Manakala Mutaakhkhirin

bermaksud Khalaf, iaitu mereka yang selepas kurun Salaf, selepas 3 kurun awal Islam.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama kelas, adalah baiknya kita mengenal sejarah penulisan-
penulisan ataupun buku-buku yang masyhur dan penting dalam Ulum Hadith khasnya Mustolah, baik

karya ulama terhadulu ataupun terkemudian.

Para ulama mutaqaddimin yang awal tidaklah menyusun buku-buku khas dalam Mustolah Hadith, ini

kerana mereka beramal dengan ilmu ini secara praktikal, secara amali, disebabkan ini maka kurang

buku-buku ataupun boleh dikatakan tiada buku-buku berkaitan Mustolah Hadith. Para huffaz

mutaqaddimin berpegang kepada kefahaman yang mendalam, serta qarain-qarain (petunjuk-petunjuk

kuat) dalam menilai sesuatu hadith.

Buku-buku ulum hadith terbahagi kepada banyak jenis

Antara yang utama ialah: buku-buku mutun, buku-buku jarh & ta’dil, buku-buku ‘Ilal, buku-buku sualat

dan lainnya

Buku-buku mutun contohnya ialah..

Sebelum itu mutun adalah kata plural bagi matan.

Contoh buku-buku mutun hadith ialah: Al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari

Juga buku al-Jami’ al-Sahih karya Muslim al-Hajjaj, muridnya al-Bukhari

Kedua buku karya al-Bukhari dan Muslim ini bukan hanya menghimpun hadith, tetapi juga ada

menjelaskan beberapa perkara ulum hadith, misalnya yang jelas dalam muqaddimahnya Sahih Muslim.

Oh ya, saya apabila sebut al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari, yang saya maksudkan ialah Sahih al-Bukhari

Dan al-Jami’ al-Sahih karya Muslim pula ialah Sahih Muslim.

Contoh lain buku-buku mutun ialah Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi,

Dikenal ramai sebagai Jami’ al-Tirmizi, atau Sunan al-Tirmizi.

Sebahagian ulama menyebut Sunan al-Tirmizi, ini tidak tepat kata guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah

Kerana buku al-Tirmizi bukan hanya mencakupi perihal hukum hakam, sebaliknya lebih luas, maka yang

tepat namanya adalah Jami’ bukan Sunan.

Nama yang tepat bagi buku al-Tirmizi ialah al-Jami’ al-Mukhtasar, inilah nama yang diberi oleh al-Tirmizi

sendiri

Sebahagian ulama menyebut buku al-Tirmizi sebagai al-Jami’ al-Kabir, ini juga tidak tepat, bahkan ada

yang menamakannya sebagai Sahih al-Tirmizi dan ini juga tidak tepat.

Kemudian contoh lain pula ialah Sunan al-Nasaie

Kemudian pula ialah Sunan Abu Daud, Sunan al-Daraquthni dan lainnya.

Baik, disebabkan saya telah sebut nama-nama buku ini, kita lihat sikit manhaj ataupuj metod para

penulisnya bagi buku-buku ini.

(Sunan ialah kitab mutun yang menyusun bab-babnya berdasarkan hukum hakam fiqh.)

Sebagaimana yang saya sebut sebelum ni, manhaj penulisan buku-buku ini..

  1. Pertama buku al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari dan juga Muslim, disebut dengan al-Sahihain (dua buku sahih).
  2. Kedua Imam Al-Bukhari dan juga Muslim, metod mereka dalam buku mereka ini ialah menghimpunkan hadith-hadith Sahih.

Bukan setakat Sahih saja tetapi apa yang Asoh dalam kalangan Sahih

Asoh = yang paling tinggi, yang paling kuat

Hadith-hadith sahih ada banyak,

Apa yang al-Bukhari dan Muslim buat ialah pilih hadith-hadith yang paling kuat antara yang sahih-sahih.

Manakala kitab al-Nasaie pula, juga bertujuan menghimpunkan hadith-hadith Sahih yang utama. Yang

dimaksudkan di sini ialah Sunan al-Sughra.

Kerana itu sebahagian ulama salaf menyebut kitab Sunan al-Nasaei sebagai kitab Sahih al-Nasaie.

Namun, al-Nasaie bukan hanya himpun yang Sahih saja, beliau juga selepas menyebut hadith yang Sahih

dalam sesuatu bab, beliau akan membawa hadith-hadith yang Dha’if mengikutinya.

Hadith-hadith yang Dhaif ini tidak termasuk syarat kitab al-Nasaie. Bahkan hadith-hadith yang dhaif ini

telah dijelaskan Dhaif oleh beliau sendiri

Kitab al-Tirmizi pula, Al-Tirmizi himpunkan hadith-hadith yang diamalkan fiqhnya oleh fuqaha, sama ada

sebahagian fuqaha atau semuanya, tanpa mengira ia sahih atau tidak.

Ini sebagaimana yang dijelaskan beliau sendiri dalam bab akhir bukunya.

Baik, itu serba ringkas untuk buku-buku mutun.

Saya akan beri contoh buku-buku jarh & ta’dil dan contoh buku-buku al-‘ilal, kemudian kitab tutup kelas

Contoh buku Jarh & ta’dil pula ialah:

Buku al-Thiqaat karya al-Ijli, buku al-Tarikh karya Abu Zur’ah al-Dimashqi, buku al-Ma’rifat wa al-Tarikh

karya al-Fasawi, buku Muqaddimah al-Jarh wa al-Ta’dil karya Ibn Abi Hatim

Contoh buku-buku ‘ilal pula ialah antaranya buku ‘Ilal karya Ibn Abi Hatim, ‘Ilal al-Daraqutuni, kedua

buku ini adalah buku utama dalam ‘ilal

Baik

Cukuplah setakat ini kelas minggu 1 kita .

Boleh muat turun nota ini, dalam format pdf, dengan klik sini.

                                

Popular

Iklan

Iklan