Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary Kelas #1 | Bilik Hadis al-Sakandary

Kelas #1 | Bilik Hadis al-Sakandary

426
0
Iklan

Kelas #1: 26 Februari 2015 @ 7 Jumada Awal 1436

BismiLlah al-Rahman al-Rahim, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan seluruh ‘alam, selawat serta

salam kepada baginda Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat baginda serta semua mereka

yang mengikuti jejaknya. ‘Amma ba’d

Disebabkan kelas kita berbentuk tulisan, maka sunnah memulakannya dengan ‘bismillah’, bukannya

‘khutbah al-hajah’.

Maka sebagaimana yang dilihat, saya mulakan dengan BismiLlah.

Khutbah al-Hajah sunnah apabila hendak berucap, manakala apabila menulis sunnah bermula dengan

menyebut nama Allah iaitu bismillah.

Sebahagian ulama menyatakan khutbah al-hajah sunnah bukan hanya apabila ingin memulakan ucapan,

namun juga apabila ingin memulakan penulisan.

Pendapat ini bagi saya adalah lemah, yang kuat bagi saya ialah apabila memulakan penulisan maka

sunnah dengan Bismillah manakala apabila memulakan ucapan maka mulakan dengan khutbah-hajah,

Walaupun hadith yang masyhur bermaksud “setiap amalan yang tidak dimulakan dengan bismillah maka

ia terputus dan tertolak” adalah hadith yang Dha’if Munkar

Namun, cukup dengan amalan Nabi SAW dalam surat-surat baginda SAW yang jelas memulakan dengan

bismillah.

Saya anjurkan membaca sebuah buku yang amat bagus karya al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdul Fattah Abu

Ghuddah rahimahullah, ulama hadith syria yang masyhur bertajuk “Khutbah al-Hajah Laisat Sunnatan Fi

Mustahal al-Kutub wa al-Muallafat”.

Namun jika seseorang memulakan penulisan dengan khutbah al-hajah, tiada masalah.

Kitab ini yang saya maksudkan, jika ada yang mempu cari dan baca, saya anjurkan..
Kitab ini yang saya maksudkan, jika ada yang mempu cari dan baca, saya anjurkan..

Syukur kepada Allah yang telah memberi kita rezqi serta kelapangan masa untuk berkumpul pada

malam ini, pada hari Jumaat yang mulia. InsyaAllah kita akan memulakan diskusi ilmu hadith, bermula

daripada asas-asas insyaAllah.

Sekarang dikira hari Jumaat, bukan Khamis lagi, kerana hari baru dalam kelandar Islam bermula sejak

maghrib. Baik..

Sebelum kita bermula, saya mempunyai soalan: ramai kita sebut perkataan Mustolah Hadith, dan ada

yang sebut Ulum Hadith, saya lihat sepanjang minggu ini, apabila ada ahli yang bertanya buku apa yang

perlu dibaca untuk persedian kelas?

Ada yang sebut “apa-apa saja buku ulum hadith”.

Ada pula yang jawab “apa-apa saja buku mustolah hadith”

Maka soal saya apakah beza antara Ulum Hadith dan juga Mustolah Hadith? (Ulum = ilmu-ilmu,

Mustolah = istilah)

Namun sebelum saya menjelaskan beza antara Mustolah Hadith dan Ulum Hadith, ada baiknya kita jelas

akan makaud perkataan ‘istilah’ itu sendiri, apakah maksud ‘istilah’?

Istilah’ bermaksud “satu lafaz perkataan yang disepakati oleh sesebuah kelompok ahli ilmu untuk

menggunakan lafaz perkataan tersebut bagi makna tertentu”

Kelompok-kelompok yang berbeza mungkin menggunakan lafaz perkataan yang sama namun dengan

makna yang berbeza..fahamkah?

Mungkin ramai tak faham..baik saya beri contoh

Baik, contohnya lafaz perkataan ‘khabar’. Perkataan ‘khabar’ digunakan oleh banyak kelompok ahli ilmu,

antaranya ahli hadith dan juga ahli nahu.

Bagi ahli hadith maksud khabar ialah “apa saja yang dinisbahkan kepada Rasul SAW atau selain Rasul,

baik perkataan atau perbuatan, iaitu khabar mencakupi hadith dan juga athar”.

Manakala bagi ahli nahu arab pula, lafaz perkataan ‘khabar’ pula membawa makna yang berbeza terus

daripada makna di sisi ahli hadith, iaitu ‘khabar’ adalah satu bahagian daripada jumlah ismiah, iaitu

jumlah ismiah terdiri daripada dua perkataan mubtada’ dan khabar.

Maka jelas di sini satu istilah yang sama iaitu istilah ‘khabar’ mempunyai maksud yang berbeza antara 2

kelompok ahli ilmu, ahli hadith faham lain, manakal ahli nahu faham lain.

Ini lah yang saya maksudkan istilah bermaksud “satu lafaz perkataan yang disepakati oleh sesebuah

kelompok ahli ilmu untuk menggunakan lafaz perkataan tersebut bagi makna tertentu”

Baik. Contoh lain pula..

Contoh lain apa ya..erm, istilah ‘hadith’ itu sendiri.. juga dengan istilah ‘hadith’, di sisi ahli bahasa

‘hadith’ boleh membawa maksud ‘kata-kata’ ataupun ‘baru’, manakala bagi ahli hadith pula ia

bermaksud ‘apa sahaja yang dinisbahkan kepada Nabi SAW, baik perkataan, perbuatan, sifat,

persetujuan dan lainnya’.

Baik, maka kembali kepada soalan saya yang awal, apakah beza antara Mustalah Hadith serta Ulum

Hadith? Jawabnya Mustolah Hadith adalah subset Ulum Hadith, ia adalah salah-satu bahagian daripada

banyak bahagian dalam Ulum Hadith.

Ulum Hadith ialah segala ilmu yang berkhidmat untuk sunnah Rasul iaitu hadith, cabangnya sangat

banyak, salah satu cabang tersebut ialah ilmu Mustolah Hadith, iaitu ilmu mengenal istilah-istilah yang

digunakan dalam Ulum Hadith…faham?

Kelas kita adalah kelas Ulum Hadith. Baik, Ulum Hadith ini merupakan satu ilmu yang cukup cukup besar,

para ulama ada yang membahagikan Ulum Hadith kepada lebih 60 bahagian, bahkan ada yang

membahagikannya kepada lebih 100 bahagian. Misalnya al-Imam Ibn al-Solah membahagikan ilmu ini

kepada 64 bahagian daam bukunya ‘Ulum al-Hadith, manakala al-Imam al-Hazimi pula

membahagikannya kepada 100 bahagian!

 

Buku Ulum al-Hadith karya al-Imam Ibn al-Solah
Buku Ulum al-Hadith karya al-Imam Ibn al-Solah

Dalam kitab ini misalnya beliau bahagikan cabang-cabang Ulum Hadith kepada 64 bahagian.

Kelas kita buat permulaan akan tertumpu kepada Mustolah Hadith insyaAllah

Baik, dalam kelas ini akan ada beberapa istilah yang saya akan mengulangnya berkali-kali, antaranya

istilah Mutaqaddimin dan juga istilah Mutaakhkhirin. Mutaqaddimin bermaksud Salaf, iaitu mereka yang

berada pada 3 kurun yang awal, iaitu Sahabat, Tabi’in serta Tabi’ Tabi’in. Manakala Mutaakhkhirin

bermaksud Khalaf, iaitu mereka yang selepas kurun Salaf, selepas 3 kurun awal Islam.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama kelas, adalah baiknya kita mengenal sejarah penulisan-
penulisan ataupun buku-buku yang masyhur dan penting dalam Ulum Hadith khasnya Mustolah, baik

karya ulama terhadulu ataupun terkemudian.

Para ulama mutaqaddimin yang awal tidaklah menyusun buku-buku khas dalam Mustolah Hadith, ini

kerana mereka beramal dengan ilmu ini secara praktikal, secara amali, disebabkan ini maka kurang

buku-buku ataupun boleh dikatakan tiada buku-buku berkaitan Mustolah Hadith. Para huffaz

mutaqaddimin berpegang kepada kefahaman yang mendalam, serta qarain-qarain (petunjuk-petunjuk

kuat) dalam menilai sesuatu hadith.

Buku-buku ulum hadith terbahagi kepada banyak jenis

Antara yang utama ialah: buku-buku mutun, buku-buku jarh & ta’dil, buku-buku ‘Ilal, buku-buku sualat

dan lainnya

Buku-buku mutun contohnya ialah..

Sebelum itu mutun adalah kata plural bagi matan.

Contoh buku-buku mutun hadith ialah: Al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari

Juga buku al-Jami’ al-Sahih karya Muslim al-Hajjaj, muridnya al-Bukhari

Kedua buku karya al-Bukhari dan Muslim ini bukan hanya menghimpun hadith, tetapi juga ada

menjelaskan beberapa perkara ulum hadith, misalnya yang jelas dalam muqaddimahnya Sahih Muslim.

Oh ya, saya apabila sebut al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari, yang saya maksudkan ialah Sahih al-Bukhari

Dan al-Jami’ al-Sahih karya Muslim pula ialah Sahih Muslim.

Contoh lain buku-buku mutun ialah Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi,

Dikenal ramai sebagai Jami’ al-Tirmizi, atau Sunan al-Tirmizi.

Sebahagian ulama menyebut Sunan al-Tirmizi, ini tidak tepat kata guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah

Kerana buku al-Tirmizi bukan hanya mencakupi perihal hukum hakam, sebaliknya lebih luas, maka yang

tepat namanya adalah Jami’ bukan Sunan.

Nama yang tepat bagi buku al-Tirmizi ialah al-Jami’ al-Mukhtasar, inilah nama yang diberi oleh al-Tirmizi

sendiri

Sebahagian ulama menyebut buku al-Tirmizi sebagai al-Jami’ al-Kabir, ini juga tidak tepat, bahkan ada

yang menamakannya sebagai Sahih al-Tirmizi dan ini juga tidak tepat.

Kemudian contoh lain pula ialah Sunan al-Nasaie

Kemudian pula ialah Sunan Abu Daud, Sunan al-Daraquthni dan lainnya.

Baik, disebabkan saya telah sebut nama-nama buku ini, kita lihat sikit manhaj ataupuj metod para

penulisnya bagi buku-buku ini.

(Sunan ialah kitab mutun yang menyusun bab-babnya berdasarkan hukum hakam fiqh.)

Sebagaimana yang saya sebut sebelum ni, manhaj penulisan buku-buku ini..

  1. Pertama buku al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari dan juga Muslim, disebut dengan al-Sahihain (dua buku sahih).
  2. Kedua Imam Al-Bukhari dan juga Muslim, metod mereka dalam buku mereka ini ialah menghimpunkan hadith-hadith Sahih.

Bukan setakat Sahih saja tetapi apa yang Asoh dalam kalangan Sahih

Asoh = yang paling tinggi, yang paling kuat

Hadith-hadith sahih ada banyak,

Apa yang al-Bukhari dan Muslim buat ialah pilih hadith-hadith yang paling kuat antara yang sahih-sahih.

Manakala kitab al-Nasaie pula, juga bertujuan menghimpunkan hadith-hadith Sahih yang utama. Yang

dimaksudkan di sini ialah Sunan al-Sughra.

Kerana itu sebahagian ulama salaf menyebut kitab Sunan al-Nasaei sebagai kitab Sahih al-Nasaie.

Namun, al-Nasaie bukan hanya himpun yang Sahih saja, beliau juga selepas menyebut hadith yang Sahih

dalam sesuatu bab, beliau akan membawa hadith-hadith yang Dha’if mengikutinya.

Hadith-hadith yang Dhaif ini tidak termasuk syarat kitab al-Nasaie. Bahkan hadith-hadith yang dhaif ini

telah dijelaskan Dhaif oleh beliau sendiri

Kitab al-Tirmizi pula, Al-Tirmizi himpunkan hadith-hadith yang diamalkan fiqhnya oleh fuqaha, sama ada

sebahagian fuqaha atau semuanya, tanpa mengira ia sahih atau tidak.

Ini sebagaimana yang dijelaskan beliau sendiri dalam bab akhir bukunya.

Baik, itu serba ringkas untuk buku-buku mutun.

Saya akan beri contoh buku-buku jarh & ta’dil dan contoh buku-buku al-‘ilal, kemudian kitab tutup kelas

Contoh buku Jarh & ta’dil pula ialah:

Buku al-Thiqaat karya al-Ijli, buku al-Tarikh karya Abu Zur’ah al-Dimashqi, buku al-Ma’rifat wa al-Tarikh

karya al-Fasawi, buku Muqaddimah al-Jarh wa al-Ta’dil karya Ibn Abi Hatim

Contoh buku-buku ‘ilal pula ialah antaranya buku ‘Ilal karya Ibn Abi Hatim, ‘Ilal al-Daraqutuni, kedua

buku ini adalah buku utama dalam ‘ilal

Baik

Cukuplah setakat ini kelas minggu 1 kita .

Boleh muat turun nota ini, dalam format pdf, dengan klik sini.

                                

Komen dan Soalan