Utama Blog Halaman 336

Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara [Q&A 50-100] Sesi II

0

Assalamualaikum. Berikut adalah sesi ke 2 wacana bersama dengan Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah dalam bab Bidaah Nusantara. Mohon maaf anda ada kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam wacana ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Credit: Doc Adli

Q51: Kalau tanya bab adab di kubur boleh tak ustaz? Apakah hukum siram air mawar?

A51: Siram air tu bid’ah, sebab ada kepercayaan di belakang amalan tu.

Q52: Di Nusantara ni, kalau sampai kubur baca ayat-ayat macam ila hadrathin nabi mustaffa etc..Al fatihah tu boleh ke ustaz? Apakah cara yang sunnah?

A52: Itu cara yang salah, bagi salam kepada penghuninya, tidak baca Al-Quran dan berdoa secara umum untuk penghuni kubur dan pusara keluarga anda, semuanya berdiri bukan duduk.

Q53: Kirim salam kat Rasulullah SAW boleh tak? Maksud saya kirim salam masa orang nak pergi Makkah.

A53: Kirim salam masa ke Makkah tu bid’ah. Bid’ah-bid’ah umrah.

Q54: Hadiahkan Al-Fatihah kepada Nabi ﷺ boleh tak?

A54: Nabi suruh selawat bukan dia nak Al-Fatihah, Al-Fatihah beliau yang terima, kasi balik buat kat Nabiﷺ.

Q55: Bolehkah tanam pokok atas kubur, ustaz?

A55: Boleh, untuk menghijaukan kubur.

Q56: Ada larangan membuat binaan di kuburan. Ustaz, berapa had ketinggian kubur mengikut sunnah?

A56: Tinggii tanah 6″ untuk elakkan mendapan (Imam As-Syafi’iy).

 

Q57: Jika siram kubur tanpa apa-apa i’tikad pelik-pelik maka dibolehkan? Seperti saja-saja siram.

A57: Siram tanpa tahu apa rasional dan contoh dari Salafi, maka ia perbuatan yang sia-sia. Tanah Arab, kubur tak ada satu pokok pun, semua pasir. Tanam pun tak hidup.

Q58: Pokok boleh, batu kelikir boleh ke ustaz?
A58: Batu nisan bukan kelikir, batu nisan bolehlah sebab nak tanda kubur.

Q59: Di Nusantara juga suka letak payung, bid’ah ke ustaz?
A59: Payung tu bid’ah, pelepah tamar khusus untuk Nabi ﷺ sahaja. Nabi ﷺ tahu kubur mana yang ada masalah.

Q60: Adakah selepas kita doa kita menyapu muka itu bid’ah? Mohon pencerahan.
A60: Bid’ah sapu muka jika dianggap ianya sunnah.

Q61: Kalau kita saja-saja duduk di kuburan sebentar sekadar berfikir, boleh tak ustaz? Saya selalu ziarah kubur arwah nenek saya di perkuburan Jalan Ampang, di situ ada disediakan bangku batu. Bukan betul-betul tepi kubur, dia dilaluan pejalan kaki.
A61: Maksudnya tidak duduk lama di kubur.

Q62: Adakah mengirimkan doa pada org tertentu sewaktu beliau ke Makkah terutama sewaktu orang tersebut berada di hadapan Kaabah/Maqam Ibrahim sebagai bid’ah?
A62: Bid’ah.

Q63: Baru-baru ni ada kisah di gunung, ada entiti jaga yang entiti tu mewakili roh-roh tok Syeikh yang jaga. Maka siapa yg nak mendaki kena ada adab bagi menghormati roh penjaga gunung. Only in Nusantara. Bid’ah plus Syirik jika mepercayainya syeikh?
A63: Ia adalah syirik, dalil:

a63

Dan sesungguhnya ada lelaki manusia meminta perlindungan kepada lelaki dari bangsa jin maka bertambahlah kebodohan mereka (Al-Qur’an: Surah Jin:6)
Orang Arab percaya setiap tempat yang keras ada Ghoul atau penunggunya yakni jin yang menjaga.

Q64: Adakah wanita dibolehkan ziarah kubur? Tiada larangan walau dalam hadas/haid ?
A64: Sunat ziarah kubur tak kira gender

Dalilnya:
a64
“Dahulu aku melarang kamu semua berziarah kubur, maka sekarang lakukanlah ziarah kubur.” (HR. Muslim: 1406)
Ini hadis yang muktamad. Part 2, wanita haid tidak dilarang ziarah kubur, sebab ia bukan ibadat khusus.

Q65: Sewaktu berdoa kita mengangkat kedua-dua tangan, adakah setelah selesai berdoa tidak perlu menyapu muka? Bid’ahkah bila menyapu muka? Ada dalilkah tentang tidak perlu sapu muka?
A65: Sapu tangan selepas berdoa: Menurut Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al-Fatawa (22/519), dalam persoalan ini: “hadis-hadis dalam bab ini semuanya tidak boleh dijadikan dalil”. Maka ia bukan sunnah.

Q66: Qunut bid’ah kan?
A66: Qunut subuh yang rutin diadakan adalah khilaf. Kata Syeikh ibn Uthaimin, ulama famousKSA, ianya khilaf, namun pendapat lebih tepat ialah tiada qunut subuh yang berterusan kecuali qunut witir dan qunut Nazilah. Ini isu yg kita kena hormati perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’ – [Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 14/97-98, Maktabah Syamela].

Q67: Apakah hukum bagi perempuan mengiringi jenazah?
A67: Perempuan mengiringi jenazah.
a67
Dari Ummu ‘Athiyah -ra-, ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.” (HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).
Hukum: Makruh majoriti ulama, manakala Malikiah, harus, cuma anak gadis yang makruh.

Q68: Adakah mengadakan kenduri doa selamat bagi upacara “lenggang perut” untuk wanita hamil 7 bulan bid’ah?

A68: Bid’ah adat, ianya dari Hindu, dilakukan oleh pawang dan mak bidan.

Q69: Apa maksud wazaif atau wazifa? Adakah wazaif ni bid’ah? Tak pasti benda ni dah merebak ke Nusantara. But some people claimed tabligh banyak amal wazaif ni.

A69: Wazifah= tugasan, amaun, kerja rutin. Dalam tareqat, wazifah ialah amalan rutin yg perlu dilakukan dalam wirid atau zikir/doa harian. Dalam harakah Ikhwan contoh, ada al-Makthurat atau himpunan wirid dan doa yang disusun oleh ustaz Hasan alBanna. Makanya ikhwan kena disiplinkan diri baca setiap hari, samada versi pendek (sughra) atau kubra, versi panjang.

Amalan membaca makthurat samada pendek atau panjang tu dinamakan wazifah.

Q70: Adakah beramal dgn wazifah itu bidaah?

A70: Ya, sebab ia amalan tareqat, manakala susunan wirid atau makthurat juga tidak ikut wirid Nabi . Wirid al-Makthurat Ikhwan adalah adaptasi dari tareqat Hashafiyah Egypt. wirid Nabi yang lebih sahih, kena ikut Hisnul Muslim, Dr. Wahf al-Qahthani dari Jordan.

Q71: Didalam keluaran zikir selepas solat, keluaran Dr Abdul Basit dalam kolum yang terakhir ada tertulis “doa”, riwayat Abu Umamah radhiallahu ‘anhu , Rasulullah ﷺ ditanya, “Bilakah doa yang sangat didengari (diterima)?” Jawab Rasulullah ﷺ, “Di akhir malam dan selepas solat fardhu”. At-Tirmizi (3499) Hasan , Lihat al-Targhib wa al-Tarhid(1648). Minta sedikit penjelasan, kerana sejauh kefahaman saya tiada sunnah doa tetapi sunnah zikir ada. Tetapi doa itu bersifat umum maka kami akan doa jika rasa nak doa.

A71: Dhaif, al-Munawi, Syarah Jami’ Tirmizi

a71

Dubur solat di sisi salaf ialah sebelum salam untuk berdoa. Melayu Nusantara, dubur solat ialah selepas salam dengan doa Jama’iy. Salah faham.

Q72: Ulas sikit:

Asy Syaikh Zaid bin Muhammad Al Madkholiy hafizahullah berkata: “Aku menuntut dan meminta kepada para ulama dan tokoh-tokoh yang mementingkan urusan Islam dan umat Islam, dan dengan derajat yang tertinggi adalah para pemudanya, agar mereka memperingatkan umat dengan semangat, terhadap seluruh penyelewengan dan terhadap manhaj-manhaj hizbiyyin harokiyyin dengan seluruh kelompok-kelompok mereka dan berbilangnya sekte-sekte mereka, dan segenap organisasi-organisasi mereka, … dst.” (“Quthuf Min Nu’utis Salaf”/hal. 42/karya beliau).

A72: Madkholiah tu Salafi jalur keras. Harakah, Parti Islam semua khawarij.

Q73: Mohon pencerahan sedikit berkenaan permusafiran. Sampaikan hajat sahabat yang bertanya. Dia akan bermusafir ke Turki. Penerbangan jam 3.00 pagi nanti. Tempoh penerbangan dalam 9 jam.Dijangka sampai ke Turki sekitar jam 12 tengahari (waktu Malaysia). Perbezaan masa antara Turki dan Malaysia adalah sekitar 7 jam. (Maknanya dia sampai di Turki pada jam 5 pagi waktu Turki). Bagaimana dengan solat subuhnya. Adakah perlu ikut waktu dari Malaysia (solat dalam kapal terbang).Ataupun solat subuh ketika sampai di Turki ?

A73: Kalau arrival Angkara, 5:05 pm, maka kena solat subuh dalam pesawat. Maka kena solat di atas seat.

Q74: “Madkholiah tu Salafi jalur keras. Harakah, Parti Islam semua khawarij.”. Ni yang saya nak tanya malam tadi. Ada sorang ustaz (macam Salaf) dia kata pembangkang = khawarij. Sampai sekarang sayatak dengar kuliah dia (dalam Youtube).

A74: Saudi memanglah, mana ada pembangkang. Masalahnya Malaysia ni DemokrasiBerparlimen, maka penubuhan parti Islam dan harakah Islamiah, dibenarkan oleh ROS= Register of Societies. Fatwa ni kena localkan khususnya dalam fiqh politik. Maka Saudi haramkan parti, harakah dan NGO tidak boleh dikenakan ke atas Malaysia. Kat saudi, persatuan pengguna dan MLM pun tak boleh.

Q75: Kiranya pendapat dia tu tak kena la dengan waqi’ kita kan?Ni bkn madkholi ke?

A75: Tak kena. Democracy vs Monarchy. Ulamak dalam sistem monarki tidak boleh fatwakan isu politik dalam negara bebas macam Malaysia.

Q76: Untuk kes Usman radhiallahu ‘anhu, Usman radhiallahu ‘anhu tak izinkan sahabat surai sebab nak elak tumpah darah atau sebab demo tak salah? ‘Aisyah radhiallahu ‘anha gerak ke Kufah untuk bersama Ali radhiallahu ‘anhu cari pembunuh Usman radhiallahu ‘anhu atau memang berdemo? Husin gerak ke Iraq kerana dapat surat bai’ah atau demo ke Bani Umayyah?

A76:

  • Uthman radhiallahu ‘anhu tak kisah dengan demo sebab dia yakin semua tuduhan puak yang demo tida ada asas, dia jawab semua tuduhan.
  • ‘Aisyah radhiallahu ‘aha gerak ke Iraq, demo dan nak cari perdamaian.
  • Husin gerak ke Iraq sebab demo dan ready untuk perang jika penduduk Iraq sokong

 Demostrasi ada dua:

  • Muzhaharah =tunjuk perasaan dengan keganasan.
  • Masirah=demonstrasi aman.

 Yang haram ialah muzhaharah, harus ialah masirah. Bini kita pun demontrasi, masam muka dua tiga hari, bad mood, betul tak? Demonstrasi perlu bila penguasa tidak lagi acuh dengan ketidakpuasan rakyat. Salafiyah anggap demonstrasi haram kerana otak mereka hidup di zaman Salaf dan badan mereka ada di zaman Demokrasi. Otak mereka anggap penguasa hari ini sama dgn Umar bin Abdul Aziz yang amat peka dengan suara rakyat. Menyamakan PM Najib dengan Umar Abdul Aziz adalah satu kesilapan. Di Arab Saudi, demonstrasi agak kerap. Wanita Arab Saudi merancang untuk mogok umum kerana menuntut lesen memandu.

Q77: Adakah sahih perbuatan picit perut jenazah untuk buang kotoran dalam perutnya ketika memandikan jenazah? Mohon pencerahan.

A77: Jawapan kepada picit perut jenazah ketika pemandian mayat, memang ada dalam semua kitab fiqh, walaupun tak ada nas, tapi ia adalah mutawatir dari segi amalannya. Ini sebagai precaution atau langkah berjaga-jaga, mana tahu kalau tidak dikeluarkan najisnya, semasa mayat di solatkan atau diusung atau ketika dimasukkan ke dalam liang, kalau keluar najis, maka akan mengganggu kepada orang yang menguruskannya.

 Q78: Kalau demonstrasi itu berlaku bercampuran laki dan perempuan bagaimana pula hukum? Adakah ia di benar syarak kerana ia darurat? Mohon pencerahan.

A78: Percampuran tak ada masalah, kat Arafah, Mina masa melontar semuanya bercampur, begitu juga masa tawaf dan sa’iy.

Q79: Soalan: (mengenai susunan makmum). Perkara ni selalu berlaku, di surau-surau kecil contoh surau stesen minyak. Cuma boleh buat satu saf saja kadang-kadang dengan 4~5 orang. Tapi biasanya ada ruang lebih di kiri/kanan imam. Boleh tak kita dirikan saf disebelah imam memandangkn dah tiada ruang kosong di belakang? Saya selalu tengok orang Timur Tengah buat begini. Boleh ke sebenarnya?

A79: Boleh. Memang amalan di Arab Saudi, walaupun ruang yang luas tapi semua dah penuh, boleh berdiri di sebelah Imam.

 Q80: Saya pun dah lama keliru bab ni. Di malaysia saya kenal sekumpulan yang menggelar kumpulan mereka Salafi yang berpendapat seperti berikut

  • Membangkang kerajaan walaupun dihati adalah khawarij (menggunakan dalil dari kata-kata Syeikh al-Albani) .
  • Ikhwanul Muslimin adalah Ikhwanul Syaitan.
  • Salafi tidak ada golongan atau kumpulan, sesiapa yang tak sependapat maka manhajnya terkeluar dari Salafi.
  • Terlibat dengan mana-mana parti poliitik pembangkang adalah hizbi dan khawarij. Yang peliknya terlibat dengan parti politik UMNO tidak pulak hizbi.
  • Mohon komen thtl.

A80: Sebenarnya kita kena buat forum tertutup nak diskus isu ni. Geng Salafi ni sebenarnya sahabat-sahabat kita juga. Mungkin kita kena discussmacamana nak buat forum khas dengan iLMU ni.

Q81: Selain Syeikh Abdul Qadir, siapakah tokoh sufi yg diterima manhajnya? Maksudnya tokoh yang diangkat oleh “sufi” tetapi hakikatnya ulama itu bukanlah seperti gambaran mereka. selain Hassan al-Basri, Syeikh Abdul Qadir Jilani?

A81: Hasan al-Basri, Fudail bin ‘Iyad,Khatib al-Baghdadi, Imam Nawawi.

Q82:Ketika dgr khutbah jumaat, boleh tak kita membuat catatan bertulis atau guna gajet?

A82: Khutbah Nabi cuma 5 minit. Sebab tu baginda larang buat apa saja melainkan dengar. Kuliah je kita buat catatan, khutbah sebab pendek, maka tak perlu. Khutbah Jumaat panjang ni bid’ah. Di Jazan, khutbah masih kekal pendek, 10 minit dua khutbah dah abis.

Q83: Dalam Kitab Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah ada sebut pasal Bid’ah memuji atau mendoakan pemimpin dalam khutbahkan? Apa pula hukum mendoakan agong dan permaisuri dalam khutbah? Adakah ianya termasuk dalam Bid’ah dalam khutbah ?

A83:Bid’ah, diamalkan sejak Ummayah, Abbasiah, sampailah kepadaUthmaniah dan Daulah Saudiah. Maka ia dah jadi kebiasaan. Bid’ah ni dari segi skala, ada bid’ah yang kecil dan bid’ah yang besar, macam dosa juga ada dosa-dosa kecil dan ada dosa besar. Maka doa kepada pemimpin dalam khutbah ni termasuk bid’ah kecil jika pemimpin itu dikasihi rakyat jelata. Sebab apa jua tambahan yang menjadikan khutbah itu panjang, maka tidak digalakkan.

Q84: Bolehkah khatib melantik orang lain sebagaiImam selepas selesai baca khutbah?

A84: Rule: Imam – orang yang terbaik bacaannya; khatib: yang terbaik public speaking, kekadang dua sifat ini tidak ada pada Imam, maka bisa saja ada dua orang. Imam dan khatib orang yg berbeza. Era Salaf: Imam, Khatib dan Ketua Negara atau Gabernor orang yang sama. Sekarang, PM atau Wakil Rakyat tidak lagi Imam dan Khatib. manakala setiap masjid jamik ada sampai 3 Imam, maka bila time dia on duty, maka dialah imam dan khatib.

Q85: Mohon thtl komen statement di gambar tu. Penulis ramai yang mahir hadis. Bagaimana corak pemikiran mereka?

(Manhaj kami berdiri atas akidah ahli sunnah khususnya akidah Asy’ariyah yang merupakan akidah utama umat Islam. Manakala dari sudut pengalaman mazhab, ulama bersepakat atas kesahihan bertaqlid kepada mazhab empat, khususnya mazhab Imam Syafii, tanpa menolak bertaqlid kepada mazhab lain ketika berhajat, seperti yang dinaskan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami dan al-Bajuri)

A85: Asya’irah akidah utama Islam, ittifaq bolehnya bertaqlid kepada 4 mazhab, khususnya kepada mazhab Syafi’iy tanpa menolak taqlid kepada mazhab lain ketika berhajat. Ini kenyataan yang sahih dari sudut realiti atau fiqh waqe’iyat. Akidah asya’irah memang akan melahirkan amal berikutnya iaitu taqlid kepadaMazhab Syafi’iy dan kemudian kena pula bertasawuf dan bertareqat. Namun, di sana ada madrasah ahli hadith, mazhab Imam Hanbali, akidanya Salafi dan tiada tasawuf dan bid’ahnya tareqat. Maka ia balik kepada isu asal: aliran Salafiyah dan aliran asya’irah atau Kaum Muda vs Kaum Tua. Pusing kot mana pun ia akan kembali kepada isu salaf-asya’irah juga.

Q86: Kenapa ulama’ besar beraliran Asy’ariah?

A86: Sebab Mazhab Syafi’iy dan Mazhab Hanafi, dua mazhab yang paling dominan telah menerimapakai akidah Asya’irah dan menyebarkannya bersama fiqh mereka sebagai pakej nyg standard, misalnya: akidah asya’irah, fiqh syafi’iy dan tasawuf al-Ghazali.

Q87: Benarkah ini statement Imam al-Bukhari?

“Whoever says Allah is not above His Throne is a Kafir – Khalq Af`al Al-`Ibad, page: 10.

A87: Saya tak ada kitab Imam Bukhari tersebut. Belum baca, kena kasi masa nak cek kitab asal.

Q88: Kalau dia kembali kepadaSalafi apakah tiada anak muridnya yang ikut aqidah salafnya?

A88: Kembali guru kepada salafi, namun majoriti murid enggan kembali kerana masih ada lagi ancaman dariMuktazilah dan Jahmiyah. Contoh: Ada Kaum Tuayang taubat dari amalan Kaum Tua dan ingin kembali kepadaSalafiyah, majoriti orang Melayu enggan ikut. Contoh mudah, TGNA, dia Salafi atau Sunnah, tapi ahli PAS adalah Asya’irah. Contoh lain, Musa AS pergi ke Gunung Sinai selama 40 hari, majoriti pengikutnya kembali menjadi Musyrikin.

Q89: Boleh jelaskan makna ni tak (‘wujuduhu fi kulli makaan) falsafah sesat pegangan golongan mana?

A89: Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Hadid : 4)

Itu akidah Aswaja kerana mereka menganggap maksud ayat di atas adalah dalil bahawa Allah ada di mana-mana. Ia tidak benar sama sekali.

Q90: Yang kata Allah wujud tak bertempat tu siapa punya pegangan pula?

A90: Samalah aswaja, tak bertempat maksudnya di mana-mana. Tak ada tempat ni macam Jin, di mana-mana saja dia boleh menetap.

Q91: Apa beza Asyairah yNg mula dan yang kebelakangan ustaz?

A91: Asyairah yang dibina oleh Imam Abu Hasan pada fasa kedua, Salafi+Takwil, Asya’ari sifat 20 dah jauh lari dan dah hampir sama dengan Muktazilah.

Q92: Akidah Ibn Hajar dan Imam Nawawi dikait dengan Asyairah benar kah? adakah dengan kita radd “Asyairah” itu akan melibatkan beberapa imam besar seperti Nawawi dan Hafiz ibn hajar?

A92: Itu akidah Asyairah yang asal, yang dianuti Imam Asya’ari pada Fasa ke dua. Salafi + Takwil. Radd tu yang dah jauh dariAsyairah asal, yang dah memegang akidah sifat 20.

Q93: Selain dari pendekatan dakwah, adakah cara lain untuk kita patahkan hujah kaum tua ini, contoh dizaman Muktazilah ada Asyairah, didalam AsyairahModen kita perlu method tertentu? Atau s\sebenarnya ia akan memburukan lagi keadaan?

A93: Sama dengan Imam Muhammad Abdul Wahab, kuasa politik. Sebab Kaum Muda yang pertama dah salah guna method, mereka terjah Kaum Tua dengan keras. Kekerasan dalam perubahan akan automatik kena reject. Kesilapan ialah Kaum Muda dulu, kita dah tak boleh repair melainkan dengan kuasa politik.

Q94: Saya nampak salah satu cara kita dekatkan dengan hadis. Tengok perkembangan sekarang macam dah ok sikit.

A94: Masalah sekarang masalah pengajian, manhaj Kaum Tua masih guna silabus yang sama. Ilmu hadis pun manhaj cara Kaum Tua juga. Masalah kedua, mereka selesa menjadi golongan lebai atau priesthood yang kuasai semua ritual agama. Mereka dah jadi golongan brahmin atau sami. Ritual Melayu ni banyak, maka lebai dah kontrol semua ritual tersebut. Ritual kelahiran, maulud, nikah kahwin, solatan, Yasinan, talqinan, selamatan, dan upacara kematian sudah depa solid control. Umat Melayu tidak dapat keluar darirituals yang dipaksakan sejak 100 tahun. Otak mereka jumud kerana dipaksa bertaqlid dan ditutup pintu ijtihad. Dalam politik , Melayu tidak dapat keluar dari UMNO/BN, dalam agama, Melayu tidak dapat bebaskan diri dari genggaman priesthood Melayu. Melayu di rantai oleh khurafat Politik dan khurafat Kaum Tua.

Q95: Sedikit pertanyaan, dizaman kedatangan Islam ke Nusantara Melayu aliran tawaswuf, tiada aliran salaf yang sampai ke thtl? Kerana ada terbaca beberapa kisah Tok Kenali yang beliau menolak tareqat. Tapi bila baca buku-buku sekarang ni seolah beliau ada tareqat.

A95: Bukan Tok Kenali, Tok Khurasan. Tok Kenali sama dengan yang lain. Tasawuf yang sampai dulu ke Nusantara bukan Salafi, Salafi ni tahun1920’an.

Q96: Tapi bagaimana dengan mereka yang berakidah Asyairah, tapi bab feqah mereka mengambil method salaf ?

A96: Sama dgn Imam Nawawi.

Q97: Adakah puak Asyairah dpt buktikan ada versi lain kitab al-Ibanah?

A97: Manuskrip al-Ibanah dan buku

  • Daarul-Kutub Al-Quumiyyah Al-Mishriyyah di Cairo, no107 & 377;
  • Manuskrip India di Maktabah Jaamiah Utsmaniyyah di Haiderabad, nomor 502;
  • Manuskrip di Maktabah Azhariyyah, nomor 904;
  • Cetakan Dr. Fauqiyyah Mahmud, Cet. Daarul-Bayan Beirut dengan pentahqiq Basyir Uyuun,
  • Daarun-Nafaais Beirut dengan pentahqiq ‘Abbas Shabbaagh, dan yang lainnya.

 Yang diguna pakai oleh Asya’irah aswaja ialah cetakan Dr Fauqiyyah cetakan Beirut, itu yg banyak diubah supaya Imam Asya’ari kekal dalam Fasa II, akidah Asya’irah, sedangkan edisi dan manuskrip lain Imam Asya’ari berada di Fasa III.

Q98: Diberitakan dalam satu hadis, Rasulullah ﷺ beribadat dimalam hari sehingga bengkak kaki, ianya suatu yang berlebih-lebihan dalam ibadat. Mengapa baginda tidak menghenti perkara itu ?

A98: Namanya khusyusiaat ar-Rasul, yakni khusus untuk Nabi sahaja, yang lain contoh: puasa wishal, puasa tanpa berbuka, kahwin 9 isteri. Nabi menjadi hakim tanpa saksi dan juri. Ini juga khusus, Nabi tidak boleh menerima sedekah, etc. Nabi kahwin tanpa jurunikah, tanpa saksi dan tanpa mahar dan izin wali.

Q99: Doa ini dalam riwayat apa selain at-Tirmidhi, an-Nasa’i ?

q99

A99:

a99

Ashab sunan tu maksudnya banyak, antaranya atTirmidzi, Abu Daud, ibn Majah dan an-Nasa’iy.

Q100: Mengapa ketika membahas tentang akidah Asya`irah, fokus kita lebih kepada Imam Abu Hasan Al-Asy`ari, tetapi jarang disentuh tentang Al-Maturidi? Adakah Al-Maturidi juga kembali kepada akidah ahli sunnah sebagaimana Imam Al-Asy`ari?

J100: Imam Maturidi (w.333H) tidak banyak diketahui sebab dia menetap di Uzbekistan. Manakala pengikutnya berpecah dua, satu pengikut dia sendiri yang kekal di Uzbek dan satu lagi oleh al-Bazdawi yang menetap di Bukhara, dekat dengan kawasan Imam Bukhari. Imam Maturidi tidak kembali kepada salaf, dia wafat sebagai Maturidiah. Manakala aliran Bazdawi ni bergabung dengan asya’irah menjadi sifat 20. Aliran Maturidi yang asal berkembang ke India, aliran Deoband dan Bhrelwi masih mempertahankan akidah maturidi yang asal.

 

Tamat.

Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara [Q&A 1-50] Sesi I

0

Assalamualaikum semua.. Berikut adalah sesi soaljawab dari Bilik (28) Bidaah Nusantara. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa. InshaAllah, kami akan perbaiki dari masa ke semasa. Selamat membaca, semoga bermanfaat buat semua.

Credit: Doc Adli.

Q1: Adakah Sifat 20 kita boleh guna lagi?

A1: Sifat 20 dah jadi bid’ah, kena balik kepada silibus Salafiyah, cara asal belajar aqidah.

Q2: Adakah Sifat 20 bid’ah?

A2: Bid’ah sebab diamalkan berterusan dan ancaman muktazilah dan mujassimah sudah tiada.

Q3: Apakah ulama-ulama yang menggunakan sifat takwil selepas pada 300-400 hijrah boleh di katakan sebagai bid’ah?

A3: Takwil dah jadi bid’ah sebab ancaman muktazilah dah pupus.

Q4: Apa kelemahan atau kekurangan sifat 20 dlm erti kata sebenar mengenal Allah?

A4: Sifat 20 adalah terbatas dan sulit dimengerti.

Q5: Adakah fahaman sifat 20 pada zaman Abu Hassan Asyaari sama dengan sekarang?

A5: Sifat 20 di zaman Abu Hasan hanya 7.

Q6: Jadi macamana Negeri Selangor dan N9 buat proses pemilihan jawatankuasa Majlis Fatwa?

A6: Ia dibuat atas aliran tareqat dan fahaman Kaum Tua Malaya.

Q7: Adakah sesiapa yang berpegang dgn Aqidah Asyairah pada masa kini terkeluar dari aswj?

A7: Ya, jika mencerca cara salafi sebagai Mujassimah dan Wahabi.

Q8: “Pada asalnya dua method ini bermusuh, tapi akhirnya mereka berdamai dan bergabung semula, maka jadilah Sifat 20 yang dikenali sekarang di Nusantara. Mengapa dua aliran ni boleh bermusuhan?

A8: Asya’ari lebih kepada Manhaj Ahli Hadith, manakala Maturidi lebih kepada Manhaj Ahli Ra’yi Abu Hanifah. Itu secara umumnya.

Q9: Apakah bid’ah aqidah ini (Sifat 20), adalah bid’ah dari segi bahasa atau syarak?

A9: Bid’ah dari segi method, ia bukan bahasa atau syarak, bid’ah kaifiyat mempelajari tauhid.

Q10: Macamana yang dikatakan mujassimah dari segi istilah. Apa hukumnya, kufur kah?

A10: Mujassimah ialah orang yang menyatakan Allah berjisim dan bersifat seperti makhluk, kalau tangan Allah, ia sama dengan tangan manusia.

Q11: Berapa jumlah pembahagian istilah bid’ah ini secara keseluruhannya?

A11: Pembahagian bid’ah, Bid’ah Hakikiah dan Idhafiah, Bid’ah Aqidah, Bid’ah Ibadat dan Bid’ah Adat.

Q12: Ulama berbeza pendapat sesuatu amalan itu sama ada bid’ah ataupn tidak. Bagaimana nak berinteraksi dengan kalam ulama yang berbeza pendapat begini?

A12: Ulama berbeza pendapat samada bid’ah atau tidak dilihat kepada siapa ulama, manhaj dan hujah.

Q13: Bagaimana mahu memahami istilah bid’ah dgn cara yang betul?

A13: Takrif bid’ah = Sesuatu yang diada-adakan dalam agama untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan beranggapan masih ada tersisa dari kecuaian Nabi dan Salaf.

Q14: Ada orang kata, sahabat pun buat bid’ah, Nabi ﷺ setuju. Ada yang Nabi ﷺ puji lagi.

A14: Pada 300 tahun pertama tiada bid’ah. Pada 100 tahun pertama, 100% bid’ah free. Bid’ah berlaku selepas 300 hijrah.

Q15: Bagaimana yang dikatakan ulama pembahagian bid’ah kepada 5 bahagian. Adakah benar?

A15: Ia dilakukan oleh Sultanul Ulama Al-Izz Abdusalam, bid’ah Haram Makruh, Mubah, Mandub dan Wajib, ia ikut hukum Islam yang lima. Ini memang tidak wajar kerana menyalahi erti bid’ah secara istilah dan syarak.

Q16: Adakah doa awal akhir tahun itu bid’ah?

A16: Ia masuk dalam Bid’ah Hauliyah, kita akan kaji nanti. Tapi secara ringkas ia adalah amalan syiah kerana sambut awal Muharam.
Q17: adakah menerangkan yaddullah sambil mengisyaratkan/menggerakkan/menunjukkan tangan kita adalah bidaah? Ni biasa sy nampak penceramah lakukan

A17: Tauhid salaf ialah tanpa takwil atau tahrif (menukar maksud), tanpa takyif (bertanya bagaimana), ta’thil (menafikan), tamsil dan tasybih (menyerupakan dengan sifat makhluk), maka yang dilakukan oleh penceramah adalah untuk memfitnah kaum Salaf dan mengaitkan dengan Mujassimah. Yang pertama melakuikan ialah Ibn Batuta yang dipetik oleh KH Sirajudin Abbas.

 Q18: Dalam kitab mana boleh cari pembahagian bid’ah yang dilakukan oleh Al-‘Izz ‘Abdussalam?

A18: Lihat Qawa’id Al Ahkam fi Mashalihil Anam, juz 2. h. 204) bid’ah dibahagi 5.

Q19: Ada ke mana-mana `ulama’ yang terdahulu yang tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut?

A19: Imam as-Syatibi, Wafat 790H, kitabnya al-I’tishom.

Q20: Bagaimana nak menasihat saudara-saudara yang selalu post-post benda macam ni: “Madad ya Rasulullah, Madad ya Habiballah.”?

A20: Telah difatwakan sesat oleh Majlis fatwa Perlis. Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis pada 17 November lalu, yang menetapkan bahawa ungkapan ‘al-Madad ya Rasulullah‘ sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.

*Madad ya Rasulullah = kami pohon pertolongan dengan (kemuliaanmu) ya Rasulullah.

Q21: Dari mana sumber definisi bidaah tu tadi?

A21:

a21

Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah swt. (al-Syatibi, al-I’tishom, ms 27).

Q22: Macam mana dengan pereka cerita-cerita karut, adakah itu bid’ah?

A22: Ia dinamakan golongan qussas atau tukang cerita dan wuadz yang mengadakan majlis-majlis ceramah yang dipenuhi hikayat palsu dan lawak agama.

Q23: Benarkah tasbih itu bid’ah? Setengah orang yang guna tasbih oyk Abu Aurairah guna tasbih. Nabi ﷺ tak larang, betul ker?

A23:

a23

  1. Harus, jika memerlukan dan sukar menghitung.
  2. Haram, jika ada unsur riya’.
  3. Sunnah adalah zikir dengan jari.

Dalil:

“Hendaknya kalian bertasbih , bertahlil, dan bertaqdis), dan hitunglah dengan ujung jari jemari kalian kerana itu semua akan ditanya dan diajak bicara, janganlah kalian lalai yang membuat kalian lupa dengan rahmat Allah – Ref: Majmu’ Fatawa lil syaikhul Islam, jilid 22.

Q24: Siapa pelopor bacaan yassin dan majlis tahlil tiap malam jumaat di Nusantara sehingga menjadi wajib sehingga sekarang ni.

A24: Imam as-Suyuthi, dia mensahihkan hadis-hadis Yasin kerana banyaknya jalan riwayat.

Q25: Adakah solat hajat dan solat taubat tu dikira bid’ah juga?

A25: Solat Hajat itu sebenarnya solat sunat biasa atau solat mutlak. Yang bid’ah ialah bila ia menjadi Solat Perdana utk SPM, selamatkan Kelantan, selamatkan DSAI. Sebab Nabi melalui 18 kali perang, tak ada solat Hajat Perdana perang Badar, Uhud, dan sebagainya. Solat Taubat thabit, dalil solat taubat:-

a25

Terjemahan:

“Tidak ada seorang muslim pun yang berbuat dosa lalu bangkit dan bersuci kemudian melakukan solat lalu meminta ampun kepada Allah melainkan Allah akan mengampuninya.” Lalu beliau membaca ayat ini, “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Ali Imran: 135) – Syeikh al-Albani, sahih at-Tirmizi.

Q26: Selain solat taubat, memadai atau tidak dengan hanya istighfar selepas melakukan dosa?

A26: Ya.

Q27: Tuan, adakah solat taubat itu memang dinamakan sunat taubat atau sekadar perintah untuk solat dan meminta ampun?

A27: Solat sunat mutlak juga. Tak ada nama.

Q28: Ada dgr hujah kata sedekah Al-Fatihah tu sampai, sebab dia katakan bila kita lalu kubur kena bagi salam, jadi apa tujuan bagi salam kalau orang dalam kubur tidak boleh jawab. Dia kata bila hukum beri salam jawab salam dapat pahala, maknanya pahala sampai kepada orang mati. Mohon pencerahan thtl.

A28: Isu sampai pahala ni agak rumit sebab hadis, anak Adam bila mati terputus semua talian hayat kecuali tiga. Kecuali yang disyariatkan, seperti sedekah, haji, umrah.

Q29: Adakah amalan sedekah atau hadiahkan pahala Al-Fatihah kepada Nabi ﷺ suatu bentuk bid’ah?

A29: Ya, Nabi suruh selawat, selaqat sekali dapat 10 markah

Q30: Bhrelwi‍‌‌‌‍‍‌‌‍‌‌‌ individu ke?‌‌‍‌‍‍‌

A30: Puak atau golongan di India dan Pakistan, sama dengan Kaum Tua di Malaysia Nusantara. Indonesia ada Nahdatul Ulama, NU. Bhrelwi, aqidah Maturidi, Fiqh Hanafi dan tareqat Chisti. Malaya, aqidah Asyairah, mazhab Syafi’iy dan Sufi al-Ghazali. Juga pooja wali.

Q31: “Mengapa orang mengharap syurga/pahala walhal syurga juga makhluk. Makhluk mana ada kekal. Yang kekal hanya zat Allah. Mohon pencerahan tuan.” Assalam ustaz persoalan yang diajukan sahabat saya ustaz.

A31: “Tiap-tiap sesuatu pasti akan binasa, kecuali Wajah-Nya (Allah).” (Al-Qur’an: Al Qoshos : 88). “Kekallah mereka di dalamnya (syurga) selama-lamanya” Al-Qur’an: 98:08. Kata Ibnul Qayyim, segala sesuatu akan binasa, namun syurga dan neraka Allah kecualikan dari sifat kehancuran itu (hadi ila arwah, 55).

Q32: Assalamu’alaikum, siapa ada matan hadis yang penuh kullu bid’ah finnar tu?

A32:

a32

“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at kepada pemimpin walaupun yang memimpin kalian adalah seorang bekas hamba Habsyi. Kerana barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnah-ku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan kerana setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. At Tirmidzi no. 2676, hasan sahih).

 Versi Nasa’iy yang ada fi Naar

a32-1

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan yang disesatkan oleh Allah tidak ada yang bisa memberi petunjuk padanya. Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad . Seburuk-buruk perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya di neraka” (HR. An Nasa’i no. 1578, albani kata sahih)

Q33: Benarkah maksud kullu tu setiap? Sebab ada dengar kuliah seorang ustaz, Nabi ﷺ tidak bermaksud setiap. Boleh tak terangkan maksud?

A33: Bahasa arab kullu = semua. Yang jawab ada tu sebab bid’ah hasanah ler, itu dia nak trick u.

Q34:

a34

“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam surga melalui pintu mana saja yang engkau suka. ” (HR. Ahmad 1: 191 dan Ibnu Hibban 9: 471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Saya nak tahu status hadis ni. Ada yang mengatakan darjat hadis ini banyak keraguan. Masih ada orang mempersoalkan. Ada kata sahih, ada kata hasan dan ada kata daif. Al-Arnauth kata sahih? Siapa dia? Kelihatannya al-Albani juga ada meriwayatkannya. Ok. Ada orang kata, al-Albani kata sahih, ada pula kata hasan. Tetapi meragukan apabila dia kata al-Albani kata sahih dalam satu bukunya bertajuk Sahih Al-Jami. Masalahnya Imam as-Suyuthi ada tulis kitab Sahih Al-Jami. Tetapi sebenarnya Albani memang tak pernah tulis kitab tu. Jika ada pun, Dhaif wa Sahih Jami Saghir. Betul ke?

A34:Nur, hadis ni kena belajar dulu baru boleh komen takhrij, tahqiq dan tashhih. Kalau nak taqlid kepada hasil pentashihan, maka pegang ajela kepada al-Albani, al-Arnauth, jangan komen kenapa al-Albani sahihkan? Maka hadith di atas, kalau Syeikh al-Arnauth kata sahih, maka kena terimalah kalau kita tak ngaji hadis.

Q35: “Telah menceritakan kepada kami Marwan bin Syuja’, telah menceritakan kepadaku Khusaif, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, bahawa dia thawaf di Ka’bah bersama Mu’awiyah, tiba-tiba Mu’awiyah mencium semua rukun, maka Ibnu Abbas bertanya kepadanya; “”Kenapa engkau mencium kedua rukun ini, padahal Rasulullah ﷺ tidak pernah melakukannya?”” Mu’awiyah menjawab; “”Tidak ada satu bagian Ka’bah pun yang dilarang (untuk dicium).”” Ibnu Abbas berkata; “”Sungguh telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu suri tauladan yang baik.”” Mu’awiyah berkata; “”Engkau benar.””

Bid’ah Hasanah atau Mubah perbuatan Muawiyah ini ?

a35

A35:

Hadith tu dha’if daa. Didha’ifkan oleh al-Thabrani. Imam Ahmad sendiri kata hadis Khashif, adalah mungkar, Khasif adalah perawi dalam sanadnya.

Q36: Apakah dikira bid’ah dengan menerima pandangan dalam hal cabang agama hanya dari seorang ulama’. misalnya dalam hal tasauf hanya merujuk al Ghazali, dalam bidang hadis hanya merujuk Al Albani. ?

A36: Dalam agama hanya merujuk sorang ulamak sahaja. Ia bukan bid’ah kerana ia bukan urusan ibadat. Merujuk kepada 1 atau 100 ulama itu adalah pilihan yang tidak dipaksa. Cuma lagi banyak rujukan lebih baik bagi setengah orang, bagi yang lain merujuk kepada satu sudah memadai

Q37: Masa tawaf di Kaabah bila smpai di rukun Yamani di sunatkn isti’lam kan. Persoalannya bila berada jauh sedikit adakah perlu melambai tangan kemudian kucup tangan tu? Apakah ianya thabit atau perbuatan bid’ah?

A37:

a37

“Aku tidak pernah melihat Nabi saw menyentuh sesuatu dari Ka’bah kecuali dua rukun Yamani (yaitu Hajar Aswad dan Rukun Yamani)“. (HR. Bukhari no. 1609 dan Muslim no. 1267)

Difatwakan oleh Abdullah bin Baz dalam kitab “At Tahqiq wal Idhah li Katsir min Mas-ail al Haj wal’Umrah waz Ziyarah”. Beliau menyatakan “Tapi jika untuk mengusap Rukun Yamani sangat menyukarkan, maka tidak boleh dipaksa untuk mengusapnya, cukup melintasinya saja saat thawaf tanpa mengisyaratkan tangan atau takbir kerana tidak terdapat dalil dari Nabi dan para Sahabatnya”.

Q38: Tawaf lebih afdhol daripada solat sunat? Sahih?

A38: Sahih, sebab 30 minit.

Q39: Ada pendapat tak salah ana Imam an-Nawawi yang kata tiada solat tahiyatul masjid di Masjidil Haram. Sebab di Masjidil Haram itu Tawaf Qudum. Sheikh boleh bagi pencerahan. Tak silap ana dlm kitab Majmuk Imam An-Nawawi.

A39: Maksud masuk masjid haram untuk solat 5 kali sehari tu dan masuk untuk solat Jumaat.

Q40: Betul ke di zaman Umar radhiallahu ‘anhu pun ada bid’ah dan Umar radhiallahu ‘anhu tidak menghalangnya? Bid’ah apa yang dimaksudkan? Ada contoh cakap yang kumpulkan mushaf al-Quran dan susunan tu salah satu bid’ah di zaman Umar. Benarkah? Mohon penjelasan.

A40: Tidak ada bid’ah di zaman khulafa ar-Rashidin kerana sunnah khulafa’ juga adalah sejenis sunnah jugadalil:

a40

Terjemahan: ..Maka, berpegang teguhlah kalian dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang memperoleh petunjuk dan berilmu. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta berhati-hatilah terhadap perkara-perkara baru yang dibuat-buat. Sungguh, setiap perkara baru yang dibuat-buat adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat!” [HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Sahih]

Q41: Maaf Bertanya Thtl Seandainya terdapat perselisihan dalam pentashihan hadith antara Sheikh Al Albani dgn Sheikh Al Arnaut mana yg lebih utama kita ambil?

A41:Tashih al-Albani (w.1999) dan al-Arnaouth sama sahaja kerana mereka adalah muhaddith kontemporer. Tugas kita semak tashih muhadith kontemporer vs ulama’ Hadith Mutaqaddimin (yg hidup sebelum 300H).

Q42: Adakah mengaji kuat di microfon sebelum azan itu bid’ah?

A42: Bid’ah, termasuk bida’ul Qura’.

Q43: Adakan mengucapkan “saiyyidina” dalam selawat itu bidaah?

A43: Lafaz Sayyidina dalam selawat

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya Ar-Raudhah: “Selawat yang paling sempurna kepada Nabi saw adalah ‘Allahumma shalli ‘alaa Muhammad…” tanpa menyebutkan lafaz: ‘sayyidina’. (Sifat Shalat An-Nabi, Al-Albani rh, ms172-175)

Q44: Tuan macamana yang mereka kumpul mushaf quran tu, bukan bida’h ke?

A44: Kat awal thread saya dah jelaskan 4 definisi. Kumpul AQ ni tak masuk dlm bid’ah agama

Q45: Mohon pencerahan adakah azan tambahan uthman dikira bidah?

A45: Ijtihad khulafa ar-rashidin adalah sunnah, saya baru je kasi hadith Irbad bin Sariyah. Azan Uthmani diamalkan di Saudi sampai sekarang. Azan Uthman satu jam awal dari waktu Zuhur. Kata Imam syafi’iy dalam al-Umm, aku suka kalau azan Muhammad diikuti. Maksudnya balik kepada sunnah yang asal. Malaysia, memang tak amalkan sebab ikut fatwa Imam Syafi’iy.

Azan dua kali di Malaysia tu sebenarnya azan Uthmani, saya tersilap.

Azan 1: azan masuk waktu.

Azan 2: khatib naik mimbar.

Azan 3: iqamat.

Maka jumlah azan Uthmani ialah 3.

Cuma cara yang benar di zaman Uthman radhiallahu ‘anhu ialah:

Azan 1: Sejam sebelum zuhur di pasar zaura’ Madinah.

Azan 2: Khatib naik mimbar.

Azan 3: Iqamat.

Q46: Sheikh di Madinah ada ke jamaah solat sunat qabliah seperti di Malaysia? Sebelum solat Jumaat.

A46: Kalau Masjidil Haram, sama dengan Malaysia, ada qabliah. Sunnah, memang tak ada sebab azan sekali je. Kalau azan dua kali, maka adalah qabliah. Kat Masjidil Haram, masuk waktu azan, makmum majoriti bangkit solat qabliah, saya tak buat. Dalam 10 minit azan kedua, dan khatib khutbah.

Q47: Sebab fadhilat pahala solat besar ke sheikh?

A47: Tak ada fadhilat sebab khilaf. Yang tak buat lebih baik, sebab taat kepada Muhammad . sebab wujudnya azan Uthmani, maka kita tawaquf untuk kondem.

Q48: Hadis pahala 100k untuk solat di Masjidil Haram dan 1k untuk solat di Masjid an-Nabawi tu dhaif ye? Hadis tu untuk solat fardhu je ke, tak termasuk solat sunat? Macam tu?

A48: Sahih. Solat fardhu je, solat sunat afdhal di rumah. 5 kali x 100 000, kan banyak tu.

Q49: Syeikh thtl dalam qawaid kubra page berapa definisi bid’ah oleh Sultanul Ulama?

A49: Jld 2: 174.

Q50: Klau baca al-Kahfi sokmo tiap-tiap Jumaat tak bid’ah kan?

A50: Taklah sebab ada nas.

TAMAT

Tatacara Bacaan Selawat di dalam Solat

0

Bacaan Selawat dalam solat

 

Mencontohi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam

Dewasa ini ramai orang yang tidak ambil peduli untuk benar-benar mencontohi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dalam tatacara berselawat. Malah mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat, generasi tabi’in mahupun imam-imam mazhab yang empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat dari lafaz aslinya yang datang dari baginda shalallahu ‘alaihi wasallam.

Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sahih. Ini kerana Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam adalah makhluk yang paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi Allah ‘Azza Wa Jalla. Maka sewajarnya untuk kita tidak mencontohi ikutan yang lain selain dari baginda shalallahu ‘alaihi wasallam.

 

Lafaz perkataan sayyidina (tuan kami) sebelum nama Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, amalan kebiasaan yang dilakukan ketika pembacaan selawat dalam tasyahhud atau ketika berdoa akan dilafazkan perkataan sayyidina (tuan kami) sebelum nama Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam sebagai tanda penghormatan kepada baginda. Bagi mereka yang enggan menambah perkataan tersebut di dalam tasyahhud ketika bersolat atau ketika berdoa seringkali dituduh sebagai golongan yang tidak menghormati atau mencintai Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam.

Maka ada baiknya untuk kita meneliti hadis-hadis Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam yang mengajar kita mengenai tatacara untuk berselawat yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan tasyahhud. Mempelajari cara Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkannya adalah satu kaedah yang dituntut dalam Islam kerana beliau merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua.

Sebagaimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) – Al-Ahzab (33:21)

 

Antara Hadis-hadis yang tersebut adalah:-

Pertama:

Abdurrahman bin Abi Lailah berkata: “Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata:

“Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam?”

Jawabku:

“Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku!”

Dia berkata:

“Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)?”

Baginda menjawab:

Ucapkanlah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ, وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

 

Kedua:

Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaitu Thalhah bin ‘Ubaidullah) dia berkata:

“Kami (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu?”

Baginda bersabda:

Ucapkanlah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ, وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)”

 

Ketiga:

Dari Abi Mas’ud al-Anshari, dia berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam datang kepada kami sedang kami berada di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda:

“Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?”

Kata Abi Mas’ud:

“Maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda.

Kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Ucaplah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

 

Keempat:

Abu Humaid al-Saa’idi dia berkata:

“Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu?”

Jawab baginda:

Ucapkanlah oleh kalian:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)”

 

Mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam

Selain dari selawat-selawat di atas terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam yang boleh kita dapati dari hadis-hadis yang sahih dari baginda yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk tasyahhud. Maka sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Ini sesuai dengan anjuran baginda sendiri untuk mengikuti hanya baginda di dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya:

“Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

Setelah membaca hadis-hadis di atas mungkin kita akan tertanya-tanya tentang perbezaan lafaz selawat dalam bacaan tasyahhud awal dan tasyahhud akhir (bagi solat yang lebih dari 2 rakaat). Keumuman hadis-hadis tentang lafaz selawat ini menunjukkan tidak ada perbezaan bacaannya dalam kedua-dua tasyahhud. Inilah juga pendapat al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm:

“Bacaan selawat pada tasyahhud awal dan tasyahhud kedua adalah sama, tidak ada perbezaan.”

Semoga mereka yang mengaku bermazhab al-Syafi’i memperhatikan perkara ini demi untuk menjaga kesempurnaan tasyahhud dalam solat.

 

Tidak ada satupun lafaznya yang disebutkan perkataan Sayyidina

Setelah kita meneliti hadis-hadis yang sahih tentang bacaan selawat kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, maka jelaslah tidak ada satupun lafaznya yang disebutkan perkataan Sayyidina. Sekiranya kita telah bersetuju bahawa Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam adalah Uswatun Hasanah (contoh ikutan terbaik) dan baginda juga memerintah kita untuk mencontohi baginda dalam bersolat, maka patutkah kita memiliki cara bacaan selawat yang berbeza atau menambah perkataan-perkataan tertentu dalam lafaz yang diajar oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sendiri seolah-olah apa yang diajar oleh baginda kurang sempurna?

Tentu sekali tidak! Apatah lagi Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sendiri melarang kita memberi gelaran-gelaran yang berlebihan kepada baginda (termasuk Sayyidina) dan hanya mencukupkan kita dengan gelaran yang Allah ‘Azza Wa Jalla berikan kepadanya iaitu ‘abduhu wa rasuluhu’ (Hamba Allah dan Pesuruh Allah).

 

Ini sebagaimana beberapa hadis berikut:

عُمَرَ رَضِيَ الله عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ الله وَرَسُولُهُ.

Umar al-Khattab radhiallahu’anh berkata di atas mimbar; Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukan terhadap Isa anak Maryam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka berkatalah:

Hamba Allah dan Pesuruh Allah.”

 

Dalam perbahasan feqh syafie ada di catatkan keharusan menambah sayyidina seperti kitab al bujairimi dan lain-lain.

عَنْ مُطَرِّفٍ قَالَ: قَالَ أَبِي انْطَلَقْتُ فِي وَفْدِ بَنِي عَامِرٍ إِلَى رَسُولِ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَا: أَنْتَ سَيِّدُنَا! فَقَالَ: السَّيِّدُ الله تَبَارَكَ وَتَعَالَى! قُلْنَا: وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلاً. فَقَالَ: قُولُوا بِقَوْلِكُمْ أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَجْرِيَنَّكُمْ الشَّيْطَانُ.

Mutharrif bin Abdullah radhiallahu’anh berkata bahawa ayahnya pernah bersama satu rombongan dari Banu Amir pergi berjumpa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.  Apabila mereka tiba, mereka berkata kepada rasulullah:

“Anta Sayyidina!” (Anda tuan kami).

Nabi menjawab:

“Tuan kamu adalah Allah Tabaraka wa Ta’ala.”

Mereka (Banu Amir) berkata lagi:

“Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling besar keutamaannya.”

Rasulullah menjawab:

“Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.”

 

يَا مُحَمَّدُ يَا سَيِّدَنَا وَابْنَ سَيِّدِنَا وَخَيْرَنَا وَابْنَ خَيْرِنَا! فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ! عَلَيْكُمْ بِتَقْوَاكُمْ! وَلاَ يَسْتَهْوِيَنَّكُمْ الشَّيْطَانُ, أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الله عَبْدُ الله وَرَسُولُهُ وَالله مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُونِي فَوْقَ مَنْزِلَتِي الَّتِي أَنْزَلَنِي الله عَزَّ وَجَلَّ.

Anas bin Malik radhiallahu’anh berkata seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata:

“Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami!”

Rasulullah menjawab:

“Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.”

 

Agama islam telah sempurna

Mustahil masih ada perkara berkaitan dengan kesempurnaan ibadah yang yang terluput dari ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Dengan terwahyunya ayat ini, maka segala bentuk ibadah yang disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala telah lengkap lagi sempurna sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatnya untuk diwarisi kepada generasi kemudiannya.

Maka apa sahaja amalan yang TIDAK dikerjakan oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam dan sahabatnya maka ia sememangnya bukan sebahagian dari ibadah termasuklah amalan mengucapkan sayyidina dalam bacaan selawat.

Ibnu Abbas radhiallahu’anh ketika menafsirkan ayat ini berkata (Tafsir Ibnu Kathir, jld. 2, ms. 12):

“Allah memberi khabar kepada Nabi-Nya, bahawa agama keimanan sudah disempurnakan tidak perlu ditambah, dan telah dicukupkan tidak perlu dikurangi, kerana Allah meredhainya dan tidak murka selamanya.”

Selain itu Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam juga telah bersabda:

قَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لاَ يَزِيغُ عَنْهَا بَعْدِي إِلاَّ هَالِكٌَ.

Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di atas ajaran yang putih bersih, yang malamnya laksana siangnya (akibat dari kejelasan ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam ), tidak seorangpun yang menyimpang darinya kecuali orang yang binasa.

Sekiranya penambahan sayyidina dalam selawat ini adalah satu amalan mulia yang boleh mendekatkan kita kepada syurga, mungkinkah Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam tidak mengkhabarkan kepada kita hanya kerana baginda itu bersifat tawadhu’? Tentu sekali tidak!

Tanggapan mereka menambahkan sayyidina itu sebenarnya mencantikkan lagi amalan selawat adalah bercanggah dengan pegangan al-Syafi’i rahimahullah kerana di dalam kitabnya al-Risalah, beliau berkata:

“Sesiapa yang mencipta istihsan (mencipta suatu perkara yang disangka baik), maka dia telah mencipta syara’, dan sesiapa yang mencipta syara’ maka dia telah kafir.”

Pernyataan al-Syafi’i ini di sokong pula oleh firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan-perbuatan (ibadah yang mereka cipta mengikut cara mereka sendiri) adalah baik.”

Janganlah sampai ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam.

Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Ibnu Hajar menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, Ibnu Hajar  tidak menemukan adanya riwayat semacam itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala sebagai seorang yang paling menghormati Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”.

 

Rujukan kitab al-Umm

Tambahan lagi setelah dirujuk kitab al-Umm dalam Bab “Tasyahhud Dan Selawat kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam“ ternyata al-Syafi’i sendiri meriwayatkan hadis-hadis bacaan selawat yang tidak terdapat perkataan sayyidina di dalamnya.

Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebuah ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti sebagaimana ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam) maka kita semua wajib membaca selawat kepada beliau dengan lafaz yang telah ditetapkan. Kita tidak boleh menambah mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syari’at (iaitu Allah Ta’ala) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati.

Rujukan al-Ahzaab (33):21, (33):56

Muhammad Nashiruddin al-Abani, Jld.1, al-Syafi’i.

Shahih Sunan al-TirmiziSahih: , hadis no. 3220.

Puasa Qadha Ramadhan, Fidyah dan Kaffarah

0

Bismillah…
Note 19 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA QADHA’ RAMADHAN, FIDYAH DAN KAFFARAH

1. Orang Musafir dan Orang Sakit:
– wajib mengqadhakannya sebelum tiba Ramadhan yang akan berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqadhakannya, dia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaannya penduduk negeri setempat dan mengandakannya fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.

Rasulullah SAW bersabda : ” Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai kewajipannya berpuasa, walinyalah berpuasa bagi pihaknya.”
Riwayat Al Bukhari : 1851
Muslim : 1147

2. Orang Tua yang Lemah dan Pesakit yang Tiada Harapan Sembuh:
– wajib bersedekah setiap hari secupak, sebanyak hari yang dia tinggal puasa.

Ibni Abbas membaca Al Quran :
“Dan wajah ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin.”

3. Mengandung dan menyusukan bayi : – berbuka kerana bimbingakan kesihatan dirinya dan bayi.
– wajib qadha sebelum tiba Ramadhan akan datang.

4. Kaffarah puasa Ramadhan yang dibatalkan:
i. Sebab Wajib Kaffarah:
– disebabkan sengaja membatalkan puasa Ramadhan dengan melakukan persetubuhan dengan syarat, dia menyedari bahawa dirinya berpuasa serta mengetahui perbuatannya haram dan bukan dalam bermusafir yang diberikan keringanan.

ii. Orang yang Wajib Kaffarah:
– wajib ke atas suami yang melakukan persetubuhan. Kaffarah tidak wajib ke atas isteri atau wanita yg disetubuhi, sekalipun mereka berpuasa.

iii. Kaffarah Puasa Ramadhan yang Dibatalkan dengan Persetubuhan :
– wajib kerana membatalkan puasa Ramadhan dengan persetubuhan ialah membebaskan seorang hamba sahaya, beragama islam samada lelaki atau wanita.
– tidak mampu hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin setiap orang secupak makanan kebiasaan penduduk negeri itu.

Adab Dan Perkara Makruh Dalam Puasa

0

Bismillah…
Note 18 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

ADAB DAN PERKARA MAKRUH DALAM PUASA

1. Segera Berbuka: setelah matahari terbenam.
Nabi SAW bersabda :
“Orang yang berpuasa sentiasa mendapat kebajikan, selama mereka segera berbuka.”
Riwayat Al Bukhari : 1856
Muslim : 1908

2. Bersahur : bermaksud makanan ketika bersahur.
Nabi SAW bersabda :
“Hendaklah kamu bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan.”
Riwayat Al Bukhari : 1823
Muslim : 1095
– Hikmah digalakan bersahur supaya bertenaga ketika berpuasa.

3. Melewatkan Sahur: sahur sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda :
“Umatku sentiasa mendapat kebajikan selama mereka segera berbuka dan lewat bersahur.”
Riwayat Imam Ahmad : 5/147

4. Meninggalkan Kata-kata keji dan Perbuatan yang Memberahikan.
– kata keji seperti memaki hamun, berbohong, mengumpat dan sebagainya.
– yang memberahikan seperti merenung wanita, mendengar nyanyian mengasyikan dan melalaikan serta lain-lain perbuatan haram.

5. Mandi Janabah sebelum Terbit Fajar.
– bertujuan menjadikan seseorang dalam keadaan suci dari permulaan puasanya.

6. Meninggalkan bekam di kepala, di badan, dan seumpamanya serta merasa makanan atau mengunyahnya.

7. Berdoa ketika berbuka.
“Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang dahagaku, basah semua urat saraf dan tetaplah pahalanya dengan izinMu.”

Rukun Puasa

0

Bismillah…
Note 17 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

RUKUN PUASA

1. Niat : mengqasadkan puasa. Niat didalam hati dan tidak memadai dengan lisan.
Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan dengan niat.”
Riwayat Al Bukhari : 1
Muslim : 1907

Syarat Niat Puasa Ramadhan:
i. Berniat pada Waktu Malam.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah.”
Riwayat Al Daraqutni : 2/172
Al Baihaqi : 4/202

ii. Menentukan jenis puasa.
Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, dan seseorang hanya mendapat apa yg diniatkannya.”
Riwayat Al Bukhari : 1

iii. Niat Berulang ulang.
– hendaklah berniat puasa pada hari berikutnya pada setiap malan sebelum fajar terbit, kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang tunggal. Ia adalah ibadat yang berulang ulang dan setiap satu ibadat mempunyai niat yang tersendiri.

2. Menahan Diri daripada Perkara yang Membatalkan :
i. Makan dan minum.
ii. Sesuatu benda masuk kedalam rongga melalui ruang yang sedia terbuka.
iii. Muntah dengan sengaja.
iv. Bersetubuh dengan sengaja.
v. Mengeluarkan air mani.
vi. Haidh dan Nifas.
vii. Gila dan murtad.

Usul Tafsir 4 : Doa Perantara Dan Amalan Syirik Masyarakat

0

“Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai penolong mengatakan, ‘Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka, melainkan hanya supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’ ” (QS. Az-Zumar : 3).

Saya buat kelas ini peringkat demi peringkat. Bila begini akan ada yang tak sabar hendak bertanya soalan bersangkutan berdasar tasauf yang telah dipelajarinya. Setelah menulis saya akan tahan diri saya dari bercerita tentang bab yang sama. Akibatnya akan timbul pelbagai persoalan yang lain.

Persoalan yang lain itu belum perlu lagi saya huraikan.Kadang-kadang awak bertanya kepada  saya berkaitan bab yang saya telah tahan diri dan tangguhkan penceritaannya itu. Saya tidak mahu jawab sebab saya tidak mahu yang lain keliru. Kadang-kadang saya mahu menjawabnya tetapi terlupa. Oleh itu saya berharap awak ulangi soalan itu seandainya lama tidak berjawab. Kerana saya ini manusia. Ada kala ingat ada terlupa. Kadang-kadang saya minta awak tanya saya personal, kerana tidak mahu mengganggu org lain. Memang belajar itu perlukan kesabaran. Apa yang saya ajarkan pada awak itu, saya  ambil masa yang lama untuk pelajarinya. Berbulan-bulan, tetapi Allah beri saya kefahaman. Dan saya mengajar awak hanya dalam masa 4 hari saja.

1.Soalan : Salam…kita dah bincang pasal doa..tiada perantaraan pada makhluk lain hanya lah pada Allah..soalan saya,apakah menggunakan kaedah”cable besar”atau”orang dalam”bagi memenuhi hajat atau kehendak individu bagi mendapat sesuatu.Contohnya nak dapat kontrak,pekerjaan dan sebagainya.Apakah ianya dikira “perantaran”bagi mendapat rezeki??Mohon ustaz dapat perjelaskan..?

Ustaz : Awak nakkan satu projek daripada Perdana Menteri. Awak susah sebab tiada cable.Awak tahu PM sayang pada isterinya.Tapi awak tak biasa dgn Datin Ros. Awak dapati Datin Ros suka mendandan dengan seorang hairstylist. Setiap dua ke tiga hari dia akan mendandan rambut. Awak pula tak biasa dengan pendandan tersebut. Tetapi pendandan itu sangat sayang kepada salah seorang adik nya. Awak kenal adik nya it. Awak bodek adik pendandan itu dengan hadiah-hadiah. Lama-lama awak beri tahu niat awak itu.  Lalu awak pun beri surat awak ke orang tersebut. Org itu beri surat kepada kakak nya. Kakak nya beri pula kepada Datin Ros. Datin Ros sewaktu hendak tidur berkata kepada PM. Awak boleh tak tolong org saya ni? Lalu PM dek kerana sayangkan isteri dan tidak sanggup menghampakannya ditolongnya lah. Datin Ros pula  sayang pada pendandannya. Pendandan sayang pada adiknya. Adiknya sayang pada awak. Inilah yang dinamakan rasuah. Ini di panggil pertolongan atas dasar kasih sayang.


Allah taala tidak terpengaruh kerana kasih sayang sebegini. Tiada siapa boleh bodek Allah. Walaupun nabi nabi Allah. Walaupun wali wali Allah. Atau para malaikat. Memang Allah sayang pada nabi nabi,  wali wali dan para malaikat Nya. Tetapi awak tak boleh bodek Tok Wali untuk bodek tok wali  yang sudah mati, untuk bodek para nabi, untuk bodek Nabi Muhamad saw, untuk bodek Allah supaya sempurna hajat awak.

Inilah syirik-syirik yang di buat oleh manusia. Semenjak daripada zaman nabi Nuh as, Ibrahim as, Musa as, Isa as dan kini Nabi Muhamad saw. Inilah semua cerita-cerita nabi yang Allah sebut dalam Al Quran. Orang-orang yang mengamalkan ini di panggil musyrikin.

Siapakah sekarang ini yang ada nelakukan begini. Mereka panggil tok wali di kuburan tok wali tersebut. Mereka cakap sambil merayu-rayu pada kubur itu supaya sampaikan kepada nabi kita. Supaya beritahu Allah.

2. Soalan : Mksudnya dapatnya projek tu bukan pemberian@rezeki dari Allah tetapi dari manusia? Maka mungkin keberkatannya tiada. Sepatutnya kita mesti mencari rezeki yang halal dan berkat..betul kan ustaz?

Ustaz : Betul. Itu pun dah di panggil rasuah oleh manusia.

 Buat begini pada Allah adalah kufur hukumnya. Mereka bodek tok wali begini. Mrk pergi ke kubur. Bawa setanggi hindu dan pasang. Letak bunga melor di nisan, Binaan atas kubur. Buat rumah atas kubur tok wali. Pasang kain pada kubur. Pasang kain kuning pada nisan.Pasang kain pada kubur. Pasang kain kuning pada nisan. Tabur bunga-bunga. Sembelih nazar lembu kambing di kubur. Siapa yg buat begini??? Tau tak?? Golongan ini suka menyanyi-nyanyi mengggunakan ayat-ayat Al Quran. Berselawat dengan selawat-selawat rekaan tok guru mereka. Makmum pun berjoget-joget. Tak tahu ke????

3. Soalan : Rutin mingguan di Hadhramaut setiap pagi jumaat mereka akan mengadakan majlis qasidah di kuburan para wali tujuannya untuk bodek tok wali . Ana dengar dari sahabat yang belajar di sana seram.

Ustaz : Ada juga di Pulau Besar melaka. Ada juga di Singapura. Habib Nuh. Ada juga di Perak. Makam Tok Temoh. Kadi Perak.

4. Soalan : Ana tengok satu video ustaz dari kedah dia suruh anak-anak muridnya pergi ziarah kubu habib nuh kebesaran Allah kata nya.

Ustaz : Itu lah bodek ‘tok wali’ nama nya. Kata nak besarkan Allah. Itulah sebesar-besar syirik pada Allah

5. Soalan : Dorang ni saya pernah tanya kenapa tak minta terus pada Allah, dia kata ” kita banyak dosa tak layak minta doa sendiri ”

Ustaz : Ya . Itu lah jawapan mana-mana musyrikin di dunia ini.  Inilah di panggil syirik dalam berdoa. “Wa iyya kanasta in”. Pada Mu saja Allah kami nak minta pertolongan. Syiah dan habib-habib berpendapat berdoa terus pada Allah di haram kan. Berdoa perlu berperantara.

 6. Soalan : Yang lagi mengejutkan, bukan minta pada wali suruh minta pada nabi suruh minta pada Allah. Tapi terhenti setakat nabi SAW sahaja. Maksudnya memang minta pada nabi. Kalau tengok antara bait-baitnya “isyfa’ lana” memang diorang minta suruh nabi bagi syafaat

Ustaz : Serupa tak macam Kristian? Serupa tak macam Hindu? Macam Budha. Macam Sikh. Macam Cina. Macam Iban, Dayak org ulu org asli?

 (فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ)

[Surat Al-Baqara 10]

Dalam hati-hati mereka ada penyakit. Iaitu buruk sangka pada Allah. Mereka orang yang banyak dosa. Maka Allah tambah penyakit lain iaitu kufur pada Allah. Tak pandai baca Al Quran. Tak tahu Hadis. Tak kan lah Allah nak terima doa mereka.

 Serupa dengan hati-hati orang yang suruh solat hajat?????? Kalau aku doa sendiri Allah tak nak beri. Tapi kalau ustaz-ustaz, guru-guru , imam-imam , ahli-ahli jemaah masjid; mereka dekat dengan Allah.Tàk kan dalam ramai-ramai itu tak ada yang berkat? Serupa tak?????

Buat solat hajat itu apa???? Apa maksud??? Akidah solat hajat ini menunjukkan sudah ada dalam hati rasa buruk sangka pada Allah. Inilah yang memudahkan puja kubur tok tok wali. Bukan tak yakin pada diri sendiri tapi TAK YAKIN pd Allah.

7. Soalan : kalau mak ayah yang pergi umrah atau haji. Anak-anak boleh kah kirim doa suruh mak ayah doakan?

Ustaz :Itu pun serupa . Disebut dalam sebuah hadis sahih yang maksudnya; Saidina Omar hendak pergi umrah. Nabi pun kata ingatlah kami dalam doa2 kamu Omar. Mafhumnya kita boleh suruh orang berdoa untuk kita. Tetapi kita jangan cakap doakan apa. Suruh berdoa saja lah. Allah Maha tahu apa dalam hati kita. Nescaya orang itu akan berdoa yang bagus untuk kita.

8. Soalan : Atau kita bolh doa terus pd Allah lembutkn dan bukakn pintu hati org tu utk beri projek pd kita..Allah izin dptlah..x dpt jgn kecewa sbb Allah da tetapkn rezeki kita d mana..begitu ke ustaz?

Ustaz : Dalam soalan ini ada masaalah sikit.Suruh Allah lembutkan hati pemberi projek dan buka pintu hati org itu utk beri projek pd kita. Ayat di atas adalah ayat suruhan pd Allah. Allah tak tahu ke??? Sampai perlu di ajar? Cuba awak semua fikir apa sy kata ni.

Saya ulangi. Bolih tak kita ajar Allah cara2 nak makbul doa? Semasa berlaku banjir di Kelantan baru2 ini; ada dalam khutbah jumaat di Selangor berbunyi begini:

Wahai Allah. Perintahkanlah langut Mu supaya berhenti hujan. Wahai Allah. Perintahkanlah bumi Mu supaya telan air.ak boleh ajar Allah. Perintah pd Allah adalah biadap. Bertaubatlah jika dah buat.

Kita tak berani nak perintah PM atau menteri besar atau CEO.

Soalan : Ada dengar doa waktu Dhuha,

Jika rezeki di langit, turunkanlah…?

Ustaz : Doa Dhuha itu minta di turun rezki bukan perintah turun rezki.

Soalan : Mohon bertanya soalan, selain hadith Uwais, ada hadis para sahabat minta doa pada Abbas tentang hujan. Apakah ini khususiyyat juga?

Ustaz : itu doa minta hujan.sama saja dgn kita pelawakan seseorg jadi imam..uwais doa minta ampun..abbas doa minta hujan. dlm hadis uwais minta ampun..tu perintah nabi..Tak ada suruh minta projek dunia

٤٦١٢ – حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ أَنَّ أَهْلَ الْكُوفَةِ وَفَدُوا إِلَى عُمَرَ وَفِيهِمْ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ يَسْخَرُ بِأُوَيْسٍ فَقَالَ عُمَرُ هَلْ هَاهُنَا أَحَدٌ مِنْ الْقَرَنِيِّينَ فَجَاءَ ذَلِكَ الرَّجُلُ فَقَالَ عُمَرُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قَالَ إِنَّ رَجُلًا يَأْتِيكُمْ مِنْ الْيَمَنِ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ لَا يَدَعُ بِالْيَمَنِ غَيْرَ أُمٍّ لَهُ قَدْ كَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَدَعَا اللَّهَ فَأَذْهَبَهُ عَنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ الدِّينَارِ أَوْ الدِّرْهَمِ فَمَنْ لَقِيَهُ مِنْكُمْ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ وَهُوَ ابْنُ سَلَمَةَ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

4612. Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Al Qasim; Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Al Mughirah; Telah menceritakan kepadaku Sa’id Al Jurairi dari Abu Nadhrah dari Usair bin Jabir bahwa penduduk Kufah mengutus beberapa utusan kepada Umar bin Khaththab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa mencela Uwais. Maka Umar berkata; “Apakah di sini ada yang berasal dari Qaran. Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: ‘Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya akan datang kepadamu seorang laki-laki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di Yaman bersama Ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdo’a kepada Allah, dan Allahpun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar uang dinar atau dirham saja. Barang siapa di antara kalian yang menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohonkan ampun kepada Allah untuk kalian.” Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Muhammad bin Al Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami ‘Affan bin Muslim; Telah menceritakan kepada kami Hammad yaitu Ibnu Salamah dari Sa’id Al Jurairi melalui jalur ini dari ‘Umar bin Al Khaththab dia berkata; Sungguh aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik tabi’in, adalah seorang laki-laki yang dibiasa dipanggil Uwais, dia memiliki ibu, dan dulu dia memiliki penyakit belang ditubuhnya. Carilah ia, dan mintalah kepadanya agar memohonkan ampun untuk kalian.’

hr muslim

Olih itu elak diri drp solat hajat.

Ust Solah pun dah jawab drp cerita Uwais.

Jawab syubhah hadis uwais alqarni bukan utk ajar umat supaya minta org solat hajat utk kita dan bukan juga suruh kita cari mana2 org soleh utk minta doakan utk kita sbbnya:

1-hadis itu hanya menerangkan tentang kelebihan beliau walaupun tak pernah jumpa Nabi SAW.

2-umar tidak berterusan minta dgn uwais setiap masa padahal tentu la setiap manusia tak sunyi dari dosa.

3-kenapa susah2 minta dgn uwais jika Nabi masih hidup?

4-kenapa tak minta di kubur Nabi tapi jumpa uwais?maka ini dalil orang mati takde kuasa atas yg hidup.

5-sesiapa lebih hebat antara uwais dan umar? ini tidak lain melainkan utk gembirakan uwais dgn kelebihan dari Allah.

6-ini dalil khusus buat uwais maka takleh kiaskan dgn selain uwais.sbb jika kias lebih baik minta dgn sahabat2 lain.lebih2 abu bakar umar usman ali dll.

7-kenapa di terangkan doa uwais maqbul padahal dlm alquran sesiapa doa pada Allah pasti di terima?tak lain melainkan kelebihan khusus buat uwais.berupa berita gembira dari Allah.

8-sahabat2 tidak sibukkan diri dgn meminta org lain doakan mereka.

9-ayat alquran perintah suruh minta kpd Allah manakala hadis seolah sebaliknya..maka perlu di takwilkan hadis bukan dgn takwilkan alquran(hingga seolah2 boleh syirik pulak).alquran sudah ijma’ sohih lagi mutawatir. sanad.manakala hadis tak semestinya sohih mutawatir

10-nabi tak perintah kita minta doa dari org soleh.bahkan nabi minta kita doakan utknya.contoh: selawat dan doa azan.

11-sahabat tak minta nabi solat hajat utk mereka dan sahabat tak minta uwais solat hajat utk mereka.

12-hadis ini ada dlm kitab muslim dlm tu di letak dlm bab kelebihan uwais bukan kelebihan minta doa kpd org soleh.(ini kaedah asas utk memahami ilmu hadis dari perawi.)

wallahu a’lam.

Saya pernah jumpa Dr Maza dan Ust Halim. Kami bercakap lama.

Sesudah itu masa bersurai Dr Maza kata pd sy:

Ust doakan ana.

Sy jawab insya Allah.

Dia tak cakap doa apa. Sebab itu sy jawab insya Allah. y sebenarnya nak suruh Dr Maza doakan sy saperti dia minta. Sy tak sempat. Dia dulu. Sy rasa jelas dah ni.

Setiap kali sy jumpa guru sy; selepas lapur diri pd nya, sy akan kata:

Ust. Terima kasih ajar ana ilmu quran dan hadis.

Ust. Doakan ana.

Drp hadis sy belajar, jika kita tak cakap doa apa kita nak, org itu akan doa yg terbaik utk kita.

Semua org2 yg belajar dgn sy memang sy dah doakan. Kami di ajar begitu. Ada di sebut dalam quran. Sy lupa ayat nya.

Awak pun jika ada sesiapa belajar sesuatu dgn awak maka doalah utk mrk.

Keampunan dosa mrk dan ibubapa mrk 

Minta di beri taufiq.

Di beri hikmah ..kefahaman ugama.

Selamat drp api neraka dan minta di masuk ke syurga.

Alhamdulillah kekeliruan dlm berdoa ni dah mula faham.Habis bab ini kita masuk bab percaya pd nabi pula.Inilah akidah2 yg perlu di perbaiki supaya tafsir yg akan ajar mudah di fahami.

Di situ ada lagi banyak kekeliruan Allah ajar pd kita.

Insya Allah mudahlah nak faham.

(لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ)

[Surat Ya-Seen 6]

Supaya kamu org2 yg belajar tafsir dan hadis memberi peringatan pd satu kaum yg belum dtg pd mrk quran dan hadis; akibatnya mrk lalai.

Sy tafsir kamu bukan nabi sebab nabi di perintah begini lah dulu. Tok nenek kita drp hindu masuk Islam. Selepas itu portugis sudah takluk melaka. Selepas itu belanda dan Siam. Selepas itu British.Belum lagi ada guru tafsir dan hadis melainkan selepas Jepun.

Kepercayaan adat2 hindu telah di ‘Islamkan’. Kita dok pakai lagilah

1. Tahlil di amalkan olih org2 budha sampai sekarang. Mrk buat 3 hari 7 hari 49 hari 100 hari dan setahun sekali.Kita buat.

2. Talkin di amal budha Cina. Bila mati sorg, tok Ca2 dtg baca talkin di rumah. Depan simati. Kita bolih tengok mrk berkumpul depan mayat sampai 3 atau 7 hari.

Kita buat juga tapi di kubur. ‘Di Islamkan’

3. Hindu kahwin cara keliling api dan bersanding. Di renjis2. Di suap semangat pd pengantin saperti mrk puja dewa2 berhala mrk.

Kita ‘Islamkan’ dan kita buat

4. Hindu2 buat taipusam. Menari2 sambil tarik kavadi. Tujuan puja dewa ganish kepala gajah utk murah rezki.

Kita ‘islamkan’ dgn buat maulud. Syiah pukul2 badan berdarah.

6. Hindu2 berpantang tak makan benda2 berdarah.

Kita buat juga dgn berpantang selepas bersalin tak bolih makan ikan daging dll cuma makan ikan kering aje

Kita islamkan

7. Campur aduk adat syirik dgn sunah nabi.

Tahnik bayi2. Nabi kata dgn tamar saja.

Kita talbis/ campur aduk dgn letak garam…. utk jadi mulut masin… syirik

Gula batu supaya manis mulut…syirik

Cincin…. supaya kaya ..syirik

Terlampau banyak syirik di buat terang olih ustaz2 imam2 bab tahnik ni saja. Macamana mrk tak tahu ni????

Org ramai buat sedangkan mrk tok guru.

banyak nya syirik org kita buat. Drp apa sy dah tulis itu ada pecahan2 syirik lain.Allah!!!! Kesiannya Ya Allah bangsa ku

Sy nak tanya semua yg ada di sini.Pernahkah awak2 dengar perkara2 ini di ajar di masjid2 surau2?

Sembunyi ilmu lah tu…. ayat 159 ke 161 al baqarah

Syirik dgn sifat tuhan pula. Nak tahu ke??????????

Allah itu Alim… Maha Tahu. Ust2 sifat 20 hurai berjela2. Kita rasa kita faham lah

Syirik tentang sifat ni mrk kata ialah Allah tak tahu

Syirik Alim Allah manusia buat.

Dengar burung hantu berkokok ada org nak mati.

Maknanya.. burung dapat tahu ada org nak mati. Lalu ia ambil inisiatif berkokok atas pokok utk beritahu org. Ada org nak mati. tak mati lagi tapi nak mati

Tengok tahi gajah. Kena cakap elok2 nanti gajah dengar..

Gatal tangan …nak dapat duit

Kedip mata… ada org sebut

Pakai baju terbalik .. nak dapat rezki.

Ini makna tgn, gajah, mata, baju tahu. Kita pula percaya.

Itulah syirik Allah Alim

Ada 98 lagi sifat Allah. Setiap satu tu ada syirik manusia buat. Kita belajar doa tadi. Ia sifat Allah maha penyahut doa.Tak bolih nak kata pd Allah di mahsyar esok. Sorry Allah. Saya tak tahu. Sorry Allah sy tak sempat belajar. Sy sibuk. Sy nak hantar anak tuison. Sy ….. entah macam2 excuse.

Awak rasa awak berani ke jawab begitu pd Allah???Saya tak berani. Sy takut.

Ini belum lagi syirik dgn sifat2 nabi. Malaikat. Syurga. Neraka. Mahsyar.Syirik dgn ayat2 Allah. Syirik dgn hadis2 nabi.

Apa itu syirik????

Syirik ialah murtad krn tak sedar. Kalau sedar di panggil murtadlah. Ada hadis2 nabi akhir zaman.Pagi2 Islam. Petang2 kafir. Petang2 islam pagi2 kafir. Umat ku saperti bueh di laut. Banyak tapi bila sampai ke pantai pecah..

Ya Allah. Banyak nya kena ajar.

(Doa)Ya Allah ajarlah pd ku cara2 ngajar yg lebih baik drp yg telah aku ajar manusia


Soalan : Dah bertahun berdoa ramai2 dgn imam, aminkan doa lepas solat berjamaah -dgn cara yg tak ikut sunnah nabi. Agaknya tak diterimakah doa tu?

Skrg ni saya doa sendiri2 -bisikan peribadi dgn Allah. Rasanya lebih makbul daripd yg dulu2.

Dengan budak2 di sekolah pun saya ajar begitu. Saya pilih bbrp org budak jadi imam, lepas tu wirid dan doa buat urusan sendiri2.

Tapi pihak pentadbiran tak berkenan. Tak nampak cantik. Mereka suruh jugak imam tu jd tekong baca doa ramai2. Rosak dah satu sunnah yg saya ajar. Balik cara tradisi melayu.

Apa nasihat Ust Rosman?

Ustaz :  Benar usaha cikgu. Tapi tiada paksaan dlm ugama. Baqarah..256. Usaha lagi.

Drp syirik2 saya tulis tu siapa yg tak buat????

Soalan : Ustaz Mufti pun buat tahlil dan talkin.?

Ustaz : Lebih menghairankan baca talkin secara langsung….live telecast.

Tak malu ke dok ajar org supaya kufur pd Allah. Tak malu ke pd diri sendiri saperti org…..

Soalan : Ust Rosman dulu bersama Maulana hadi ke?

Ustaz : Dia guru saya. Dah lebih 2 bulan tak jumpa. Dialah guru tafsir dan hadis muatha imam malik tarmizi dan abi daud. Saya belajar usul tafsir dgn maulana nik mat paya purnama kota bharu.

Ust nik mat belajar usul tafsir dan tafsir drp bapa guru ust hadi yaitu maulana abd ghani. Saya juga belajar tafsir dgn ust nik mat tapi sikit aje. Belajar misykatul musobih dgn nya. Pun sikit tapi dia beri sanad nya pd sy. Juga sanad tafsir. Dan usul. Sy ngajar awak2 semua ialah pelajaran usul tafsir yg sy belajar bersanad dgn maulana nik mat. Semua yg saya dah ajar. Apa sy ajar sy dapat pahala. Jumlah yg sama Allah kirim pd guru sy ke guru pd guru sy….sampailah akhir nya pd nabi saw. Itulah maksud tinggal ilmu berguna. Jadi kirim fatihah pd nabi tu nampak macam bodoh aje. Solat, zikir, amal soleh dan semua yg nabi ajar memang pahala sama banyak dpt pd nabi kita. Juga sahabat2. Juga imam2 mazhab. Juga imam2 lain dan seterusnya. Sy ajar awak. Sy dpt pahala. Awak pula amal awa dpt. Sy pun dpt pula apa awak buat tampa pahala awak di kurangkan. Sy ajar 200. Kalau semua 200 ni buat maka sy dpt semua awak 200 org dan Allah masih tak kurangkan. Awak sorg2 ajar 10 org lagi. Awak akan dpt drp 10 org itu dan sy juga dpt. Masya Allah kayanya Allah Tuhan kita.

Bodoh kan dok kirim fatihah kat nabi2 wali2. Lebih menghairankan kirim fatihah ke jibril mikail ni! Malaikat2 tak perlu pun ibadat2 kita.Itulah sy kata di atas dok bodek nabi wali malaikat krn nak sesuatu drp mrk. Itu lah syirik. Dah bertaubat ke belaka???Minta ampun pula.Jgn pula buat solat taubat. Nabi tak ajar tuuuuu.Guru2 karutlah ajar awak2 solat taubat. Itu bidaah. Taubat ialah azam tak nak buat aje. Kemudian minta ampun. Lama2 lagi akan tambah bidaah baru solat minta ampun pula.

Soalan : Boleh kah…kita minum air yg kita baca al fatihah dan selawat?

Ustaz : Masya Allah . Ini bab awak tanya sy tak sentuh banyak. Minta berkat dgn sebut nama Allah… bolih. Minta berkat dgn baca ayat2 Allah …bolih.

Minta berkat drp selawat pd nabi….condong ke syirik. 

Sebab tak ada hadis yg kata baca selawat bolih sembuh penyakit.

Baca fatihah dan baca selawat utk sembuh penyakit saperti di ajar2 org sampai dalam tv tu bertentangan dgn ayat Allah. Puja Allah bersama dgn org lain.


(وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ)

[Surat Al-Mumenoon 117]

Tak ada dalil bukti dgn dakwaan demikian sebarang dalil.

Dan barangsiapa campur aduk seruan, doa, zikir, pd Allah dan org lain.

Yaitu nabi muhamad saw

Maka sesungguhnya hisab amal org yg buat di sisi Allah saja lah

Sesunguhnya tak akan berjaya org2 kafir saperti ini

Soalan : Ustaz kalau nk semboh penyakit baca apa?

Ustaz : Begini. Jika kita ada penyakit dan nak ambil ubat apa2 maka baca lah bismillah sj… dgn berkat nama Allah.

Kalau nak minta sembuh penyakit baca ayat2 quran. Ayat2 apa sj. Selepas itu baca doa.

Saya dah ajar semalam tentang sorg kak tu yg anaknya hampir….. dia baca doa.

Dia tak tiup pd anak nya.

Dia tak tiup pd air

Dia tak di ajar minum air

Dia tak di tanya ada wuduk

Dia tak di tanya ada haid

Dia tak di tanya ada junud

Dia tak solat hajat

Dia hanya baca doa saja. Itulah dia iman. Itulah percaya pd Allah. Itulah yg nabi2 semua dok ajar manusia.

Kak ni masih hidup dan tinggal di manjung perak. Awak buatlah rombongan pergi tanya sendiri dia. Anak nya pun ada juga

Dia dpt no tel sy. Dia call dan cerita. Sy kata sy akan pergi Ipoh esok jumpa nya.

Esoknya sy jumpa. Nangis2 kak tu. Kebuluran 2 tahun. Cantik org nya.

Sy ajar nya doa macam sy ajar awak. Dia terus doa. Nangis2 dlm doa. Sy tengok aje. Kemudian sy kata insya Allah. Allah akan makbul doa kak.

Sy tak suruh solat ke ,selawat ke, buat air tawar, suruh mandi bunga ke. Baca doa sj.

Dia nak bayar duit kat sy. Sy tak mahu. Dia nak bayar minyak sy. Dia nak bayar makan sy. Hotel sy. Semua sy tolak.

Patut dia kata ini hadiah buat ust. Saya terima lah. Esok nya dia call sy. Sy dah di Lenggong.

Meraung2 dia. Bukan nangis lagi. Macam org kena siksa. Kemudian dia kata ayah aji. Allah telah makbul doa sy malam tadi.

Doa :

Jika kamu tak terima doa ku Tuhan maka pd tuhan mana lagi aku nak berdoa krn Kamu lah saja Tuhan ku.

Text Doa Penuh :

Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.


Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku utk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan2 ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku


Aku ni hamba Mu yg sgt cuai pd Mu Tuhanku.

Aku baru tadi mengucap kalimah syahadah yg aku faham maksudnya. 

Aku tahu aku telah buat banyak dosa yg aku baru sedar aku telah lakukan.

Aku juga tahu aku baŕu belajar tafsir yg telah lama Allah kirimkan khas pd ku. 

Wahai Allah Tuhanku. Ampunilah segala dosa ku dan aku bertaubat pd Mu. Begitulah juga aku pohon utk kedua ibubapa ku. Anak2 ku isteri ku dan tok nenek kami serta keturunan kami. 

Selamatkanlah kami semua drp azab neraka Mu dan masukkan lah kami ke syurga Mu 


Wahai Allah Tuhan ku. Aku ada hajat kecil dunia ni. Sebutlah hajat awak……

Jika Allah makbul doa ku memang Allah lah yg bolih makbulkan hajat ku sahaja. 

Jika Allah tak nak makbulkan doa ku, maka tiada lah mana2 makhluk bolih desak Mu utk makbul doa ku. 

Tetapi jika Allah tak nak makbulkan juga doa ku maka pd Tuhan mana lagi yg aku nak berdoa krn Allah lah saja Tuhan ku.

Doa ni yg sudah di ajar. Sy ajar apa selama beberap hari ni? Sy dok ajak awak utk kembali mengEsakan / mentauhidkan Allah. Buang perasaan ragu2 pd Allah. Awak sudah di tipu sudah lama. Ambil masa lah sikit nak terima. Adalah sikit2 lagi.

Awak tanya sy. Drp soalan akan terserlah akidah.

Soalan : Apakah memang tidak ada dalil ayat2 ruqyah ust??

Ustaz : rukyah ada di sebut dalam hadis. Masaalah nya ramai pengamal rukyah ni campur aduk yg ori dgn yg syirik.

Payah nak kenal. Awak tanya ust Solah hal2 rukyah ni. Dia lebih mahir hadis drp sy walaupun sy ni ayah nya. Sy juga kenal pengamal2 bomoh2 ni. Ramai mrk tak tahu tauhid. Olih itu utk jelas. Tinggal dulu yg ragu2 dan ambil yg jelas2 dulu. Ok? Bila belajar hadis awak sendiri bolih buat rukyah.

Soalan : Ustaz, maaf soalan saya ni melompat dari tajuk atau tidak. Sekiranya beramal dan melakukan amal soleh tapi niat mau dunia, bagaimana tu? Contoh: Saya nak solat dhuha utk kemudahan dunia seperti harta dsbnya.

Ustaz : drp quran surah albaqarah. Sekiranya awak beramal utk bahagian dunia maka Allah kata awak akan dpt bahagian dunia tapi bahagian awak tak dpt. Kalau nak akhirat maka akhirat dpt dan dunia pun dpt.

(Al-Baqarah):201 – Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”.

Itulah Allah. Dia akan dekat kpd yg nak dekat kpdNya.

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

Dan berlaku dengan izin Allah menurut peraturanNya.

Ustaz : Benar

Bukan doa sy ajar tu aje malah ada banyak doa2 Allah ajar dlm quran dan nabi ajar dlm hadis.

Sy pula buat doa ni hasil drp kefahaman Allah fahamkan pd sy.

Usul Tafsir 3 : Kalimah Syahadah

0

Malam ni saya nak bincang hal kalimah syahadat.

1. Kalimah Syahadah Yang Pertama :

‘ASYHADU AN LA ILAA HA ILLA ALLAH’’

Asyhadu itu makna apa?

Sesiapa yang kata maknanya ‘Aku melihat’ , ‘aku menyertai’ Itu tidak tepat.

Manakala ‘Aku bersaksi’, ‘Aku bersumpah’ itu pula kepada siapa????

Makna Asyhadu ialah : Aku berjanji aku bersumpah pada Mu Allah Tuhan ku.

‘Asyhadu allaaa ilallahaa illallah’

Apakah tafsiran ‘Asyhadu’ itu?

Jika kita kata tafsirannya ialah ‘Mengaku’ itu masih Boleh diterima tetapi masih tidak sempurna.

Ilah bukan sekadar tuhan sahaja., Jika disuruh pilih antara bekerja dengan solat, hendaklah diutamakan solat..

Masih kah keliru lagi?

Begini. Nabi saw bila di bacakan oleh Jibrail kepada nya Surah Al Mudatthir. ‘Wahai orang yang berselimut’. Nabi tidak berbuat apa-apa dan sudah pun tidur.  ‘Qum!!!’... bangun!!!! ‘Fa anzir!!!!‘ … Berilah ancaman pada yang engkar  Berilah peringatan pada yang mahu menerima tauhid. ‘Wa rabbaka fakabbir‘… Dan nama Tuhan mu hendaklah kamu perbesarkan semasa tabligh.

Lalu nabi saw terus ke Masjidil Haram. Pergi berjumpa dengan Jkkk Masjidil Haram iaitu pembesar-pembesar Quraisy. Nabi pun berkata: “wahai kaum quraisy semua!! Jika aku kata kepada kamu ada musuh hendak menyerang kita di belajar bukit ini; kamu percaya tak?” Semua mereka berkata; “kami percaya. Kamu kami beri gelaran Al Amin. Yang di percayai. Kamu tak pernah berbohong. ” Lalu nabi pun berkata; ” laaa ila haillallah.” Musyrikin musyrikin Mekah lantas menuduh ; ” kamu dusta yaa muhammad ! “.

Jadi apa sebenar maksud kalimah itu?

Jawabannya ialah, jangan membuat perantaraan dgn yg selain Allah

Jadi begini lah maksud bahagian pertama kalimah itu :

Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku. Bahawa tiada lagi perantara dalam ibadat doa zikir munajat sembah niat nazar melainkan hanya pd Mu Allah Tuhan ku.

Dalil daripada hadis di atas. Musyrikin tahu nabi mengatakan hal berhala berhala yang di buat perantara pada Allah Azza wa Jalla. Berhala berhala yang ada di sekeliling kaabah berjumlah sebanyak 360 semuanya yang dijadikan sebagai perantara oleh mereka.

2. Kalimah Syahadah Yang Ke Dua :

‘WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH’

Bagaimana pula dengan kalimah syahadat yg kedua???

Apakah makna ‘Wa asyhadu’???

Aku bersumpah dan berjanji… aku bersumpah dan berjanji pada Allah- Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku

Apakah sumpahan nya?Iaitu :

Aku hanya ikut nabi ajar. Tiada tambahan selain dari yang nabi ajar.

Jadi bila di tanya kepada ramai orang yang buat bidaah; kenapa awak kata nabi Muhamad pesuruh Allah? Hampir semua mereka tak mampu menjawabnya.

Mereka berkata kerana nabi itu pesuruh Allah. Saya bertanya kenapa awak berkata begitu sedangkan memang Allah sudah melantik dia. Awak tidak mengaku pun Allah sudah lantik dia. Mereka berkata lagi nabi jujur amanah. Saya jawab memang nabi begitu. Tetapi mengapa awak mengatakan bahawa dia rasul Allah? Mereka tidak terjawab.

 

Oleh itu maksud kalimah syahadat yang kedua :

Dan aku juga bersumpah, berjanji, berikrar pada Mu Tuhan ku : Bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi Muhamad Rasul Allah.

Dengan itu maksud kalimah syahadat ialah:

Aku bersumpah berjanji berikrar pd Mu Allah Tuhanku bahawa:

Tiada lagi lah perantaraan dalam ibadat, sembah puja, berdoa, berzikir, berniat, bermunajat, melainkan hanya pada Mu Allah Tuhan ku.

Dan aku juga bersumpah berjanji berikrar bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi Muhammad rasulullah sahaja.

Begini kita berhenti sekejap dan kita lafaz semula kalimah syahadat ini pada Allah. Anggap lah Dia sedang melihat awak semua.

Mari kita mengucapkannya semula……….

Ok sudah kah…….? Saya nak tanya apa perasaan awak semasa awak mengucap tadi?

Allah lah yg pilih awak semua belajar Al Quran ini. Saya hanya menyampaikan sahaja. Allah taala lah yg memberi hidayat kepada awak semua.

Ada ayat khas untuk awak semua tentang tauhid ini . Lafaz sebelum ni tiada sesiapa ajar pd awak bukan?

Kita sangka kita ini sudah Islam. Tetapi kita tidak tahu sebenar nya.

 (وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ)

[Surat Ash-Shura 14]

“ Tak akan berpecah belah sesuatu puak, kampung, daerah, bandar, dan negara sehinggalah datang kepadanya ilmu tauhid. Sebabnya adalah kebencian antara sesama mereka, Ahli Sunnah benci kepada Ahli Bidaah dan begitulah sebaliknya. Kalaulah tidak kerana keputusan Allah sebelum ini ( menangguhkan azab bagi mereka yang engkar) sudah tentulah Allah putuskan keputusan Nya (masuk neraka) sehingga tempoh umur mereka hidup. Dan orang-orang yang mewarisi Al Kitab (ajaran guru guru mereka) akan berada di dalam syak wasangka terhadap ajakan tauhid dan dalam kebingungan ” ( Ash-Shura 14]

(شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ)

[Surat Ash-Shura 13]

“Syariat untuk kamu semua daripada ugama (tauhid) seperti itulah juga syariatnya kepada nabi Nuh as , dan wahyu yang kami wahyu kepada kamu, dan wasiat wahyu yang kami wahyu kepada nabi Ibrahim as, Musa as dan Isa as. Iaitu tegakkan, hidupkan ajakan tauhid ini dan jangan kamu berpecah belah dalam tauhid ini. Amat berat lah hendak dipikul ajakan tauhid kamu terhadap ahli ahli musyrikin yang kamu ajak kepada tauhid. Allah akan menarik perlahan-lahan orang-orang yang Allah pilih dan memimpin orang-orang itu kepada Nya iaitu orang-orang yang mahu mencari kebenaran.”

Ayat yang akhir itu adalah awak semua. Insya Allah..

Saya ingin menasihatkan kepada awak semua….

Ajarlah kalimah syahadat ini kepada isteri, kepada suami, kepada anak-anak, kepada saudara mara, kepada kawan-kawan, kepada adik-beradik, kepada jiran-jiran, kepada Hindu, Budha, Sikh, Kristian dan sesiapa sahaja.

Tahukah kamu semua bahawa saya ada berdoa. Saya pohon pada Allah minggu lepas….

“Ya Allah. Kurniakan lah pada ku satu kumpulan manusia yang mencari kebenaran Mu Allah Tuhanku. Boleh aku ajarkan pada mereka semua supaya mereka pula sampaikan lagi kepada orang lain.

Makbulkanlah Ya Allah…”

**********************************************************************************************************************************

Permasaalahan: Cara untuk menjelaskan konsep Syahadah kepada non Muslim.

Antara cara yang berkesan untuk menjelaskan konsep syahadah kepada non muslim adalah dengan memberitahu tentang Allah sahaja. Tak perlu beritahu hal Islam sebab mereka dah tahu tentang Islam.

Allah Tuhan kita ini mereka pun tahu. Mereka tahu Allah itu tuhan. Cuba tanyakan kepada Hindu. Berhala kamu sembah tu adakah itu tuhan kamu? Nescaya mereka akan jawab bukan tuhan. Kamu ingat kami bodoh ke, itu batu kami buat. Sama lah juga dengan Cina Budha dan lain lain.

Tanyakan kepada  mereka. Jadi kamu sembah apa?. Hindu akan jawab. Sembah Dewa. Dewa itu tuhan kamu ke? Mereka jawab bukan. Itu perantara kami saja. Habis siapa tuhan kamu? Mereka akan jawab Tuan Allah, atau tuhan yg satu atau Siva.

Habis Siva itu atau tuhan yang satu itu, Dia kah yang mencipta langit dan bumi ini? Mereka  jawab ya. Mereka akan kata , ugama kita sama saja. Berlainan nama tetapi kita sembah tuhan itu juga.  Masa itu jangan kita jawab ya atau benarkan kata-katanya. Kalau kita jawab begitu bermakna kita mengiyakan ugama mereka. Kita pula yang jadi kufur.

Sebab itu kita hendaklah tanya kepada mereka tentang apa yg mereka faham tentang Allah. Pernahkah mereka sembah Allah? Pernahkan mereka meminta doa kepada Allah? Pernah tak? Mereka akan jawab tak pernah.

Maka perbesarkanlah Allah. Ceritalah kepada mereka tentang Allah tuhan kita.

 

Syarat Wajib Puasa Dan Syarat Sahnya

0

Bismillah…
Note 16 : ruj Al Fiqh Manjahi 2

SYARAT WAJIB PUASA DAN SYARAT SAHNYA

Syarat Wajib Puasa Ramadhn:
1. Islam
2. Mukallaf
3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa dan mengharuskan berbuka:
i. Keuzuran yg menghalang puasa.
ii. Haid atau nifas pd sebahagian waktu siang.
iii. Pitam atau gila sepanjang hari.

Keuzuran yang Mengharuskan Berbuka:
i. Penyakit yang memudaratkan atau menyebabkan penderitaan yang teruk.

ii. Perjalanan yang jauh.
Allah berfirman :
“Dan sesiapa sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan pada hari hari yang lain.”
Surah Al Baqarah : 185

iii. Tidak berupaya melakukan puasa, disebabkan tua atau penyakit tiada harapan untuk sembuh.

Syarat Sah Puasa :
i. Islam
ii. Berakal atau mumayyiz : mampu membezakan baik dan buruk.
iii. Tiada sebarang keuzuran yang menghalangkan berpuasa.

Puasa

0

Bismillah…
Note 14 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA

Pengertian Puasa
– menahan diri daripada melakukan sesuatu iaitu makan, minum dan bercakap.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al Rahman.”
Surah Maryam : 26

Sejarah Pensyariatan Puasa
– Puasa bulan Ramadhan difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah.

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Surah Al Baqarah : 183

Dalil Persyariatan Puasa pada Bulan Ramadhan
Rasulullah SAW bersabda : “Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah persuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.”
Riwayat Al Bukhari : 8

Hukum Meninggalkan Puasa Bulan Ramadhan Tanpa Keuzuran:
-Sesiapa yang mengingkari kewajibannya, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Enggan bertaubat dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulamak.

Hikmah Puasa:
Ibadah yang difardhukan oleh Allah. Setiap orang islam yang melakukannya kerana mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepadanya tanpa memandang sebarang kemungkinan yang berlaku sebagai natijah daripada ibadah tersebut.

i. Puasa yang sempurna dapat menyedarkan hati orang beriman bahawa dirinya dibawah perhatian Allah SWT.
ii. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci.
iii. Puasa mendidik jiwa.
iv. Sifat kasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam.

Popular

Iklan

Iklan