Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Puasa Qadha Ramadhan, Fidyah dan Kaffarah

Puasa Qadha Ramadhan, Fidyah dan Kaffarah

497
0
Iklan

Bismillah…
Note 19 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA QADHA’ RAMADHAN, FIDYAH DAN KAFFARAH

1. Orang Musafir dan Orang Sakit:
– wajib mengqadhakannya sebelum tiba Ramadhan yang akan berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqadhakannya, dia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaannya penduduk negeri setempat dan mengandakannya fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.

Rasulullah SAW bersabda : ” Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai kewajipannya berpuasa, walinyalah berpuasa bagi pihaknya.”
Riwayat Al Bukhari : 1851
Muslim : 1147

2. Orang Tua yang Lemah dan Pesakit yang Tiada Harapan Sembuh:
– wajib bersedekah setiap hari secupak, sebanyak hari yang dia tinggal puasa.

Ibni Abbas membaca Al Quran :
“Dan wajah ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin.”

3. Mengandung dan menyusukan bayi : – berbuka kerana bimbingakan kesihatan dirinya dan bayi.
– wajib qadha sebelum tiba Ramadhan akan datang.

4. Kaffarah puasa Ramadhan yang dibatalkan:
i. Sebab Wajib Kaffarah:
– disebabkan sengaja membatalkan puasa Ramadhan dengan melakukan persetubuhan dengan syarat, dia menyedari bahawa dirinya berpuasa serta mengetahui perbuatannya haram dan bukan dalam bermusafir yang diberikan keringanan.

ii. Orang yang Wajib Kaffarah:
– wajib ke atas suami yang melakukan persetubuhan. Kaffarah tidak wajib ke atas isteri atau wanita yg disetubuhi, sekalipun mereka berpuasa.

iii. Kaffarah Puasa Ramadhan yang Dibatalkan dengan Persetubuhan :
– wajib kerana membatalkan puasa Ramadhan dengan persetubuhan ialah membebaskan seorang hamba sahaya, beragama islam samada lelaki atau wanita.
– tidak mampu hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin setiap orang secupak makanan kebiasaan penduduk negeri itu.

Komen dan Soalan