Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Usul Tafsir 4 : Doa Perantara Dan Amalan Syirik Masyarakat

Usul Tafsir 4 : Doa Perantara Dan Amalan Syirik Masyarakat

1014
0
Iklan

“Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai penolong mengatakan, ‘Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka, melainkan hanya supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’ ” (QS. Az-Zumar : 3).

Saya buat kelas ini peringkat demi peringkat. Bila begini akan ada yang tak sabar hendak bertanya soalan bersangkutan berdasar tasauf yang telah dipelajarinya. Setelah menulis saya akan tahan diri saya dari bercerita tentang bab yang sama. Akibatnya akan timbul pelbagai persoalan yang lain.

Persoalan yang lain itu belum perlu lagi saya huraikan.Kadang-kadang awak bertanya kepada  saya berkaitan bab yang saya telah tahan diri dan tangguhkan penceritaannya itu. Saya tidak mahu jawab sebab saya tidak mahu yang lain keliru. Kadang-kadang saya mahu menjawabnya tetapi terlupa. Oleh itu saya berharap awak ulangi soalan itu seandainya lama tidak berjawab. Kerana saya ini manusia. Ada kala ingat ada terlupa. Kadang-kadang saya minta awak tanya saya personal, kerana tidak mahu mengganggu org lain. Memang belajar itu perlukan kesabaran. Apa yang saya ajarkan pada awak itu, saya  ambil masa yang lama untuk pelajarinya. Berbulan-bulan, tetapi Allah beri saya kefahaman. Dan saya mengajar awak hanya dalam masa 4 hari saja.

1.Soalan : Salam…kita dah bincang pasal doa..tiada perantaraan pada makhluk lain hanya lah pada Allah..soalan saya,apakah menggunakan kaedah”cable besar”atau”orang dalam”bagi memenuhi hajat atau kehendak individu bagi mendapat sesuatu.Contohnya nak dapat kontrak,pekerjaan dan sebagainya.Apakah ianya dikira “perantaran”bagi mendapat rezeki??Mohon ustaz dapat perjelaskan..?

Ustaz : Awak nakkan satu projek daripada Perdana Menteri. Awak susah sebab tiada cable.Awak tahu PM sayang pada isterinya.Tapi awak tak biasa dgn Datin Ros. Awak dapati Datin Ros suka mendandan dengan seorang hairstylist. Setiap dua ke tiga hari dia akan mendandan rambut. Awak pula tak biasa dengan pendandan tersebut. Tetapi pendandan itu sangat sayang kepada salah seorang adik nya. Awak kenal adik nya it. Awak bodek adik pendandan itu dengan hadiah-hadiah. Lama-lama awak beri tahu niat awak itu.  Lalu awak pun beri surat awak ke orang tersebut. Org itu beri surat kepada kakak nya. Kakak nya beri pula kepada Datin Ros. Datin Ros sewaktu hendak tidur berkata kepada PM. Awak boleh tak tolong org saya ni? Lalu PM dek kerana sayangkan isteri dan tidak sanggup menghampakannya ditolongnya lah. Datin Ros pula  sayang pada pendandannya. Pendandan sayang pada adiknya. Adiknya sayang pada awak. Inilah yang dinamakan rasuah. Ini di panggil pertolongan atas dasar kasih sayang.


Allah taala tidak terpengaruh kerana kasih sayang sebegini. Tiada siapa boleh bodek Allah. Walaupun nabi nabi Allah. Walaupun wali wali Allah. Atau para malaikat. Memang Allah sayang pada nabi nabi,  wali wali dan para malaikat Nya. Tetapi awak tak boleh bodek Tok Wali untuk bodek tok wali  yang sudah mati, untuk bodek para nabi, untuk bodek Nabi Muhamad saw, untuk bodek Allah supaya sempurna hajat awak.

Inilah syirik-syirik yang di buat oleh manusia. Semenjak daripada zaman nabi Nuh as, Ibrahim as, Musa as, Isa as dan kini Nabi Muhamad saw. Inilah semua cerita-cerita nabi yang Allah sebut dalam Al Quran. Orang-orang yang mengamalkan ini di panggil musyrikin.

Siapakah sekarang ini yang ada nelakukan begini. Mereka panggil tok wali di kuburan tok wali tersebut. Mereka cakap sambil merayu-rayu pada kubur itu supaya sampaikan kepada nabi kita. Supaya beritahu Allah.

2. Soalan : Mksudnya dapatnya projek tu bukan pemberian@rezeki dari Allah tetapi dari manusia? Maka mungkin keberkatannya tiada. Sepatutnya kita mesti mencari rezeki yang halal dan berkat..betul kan ustaz?

Ustaz : Betul. Itu pun dah di panggil rasuah oleh manusia.

 Buat begini pada Allah adalah kufur hukumnya. Mereka bodek tok wali begini. Mrk pergi ke kubur. Bawa setanggi hindu dan pasang. Letak bunga melor di nisan, Binaan atas kubur. Buat rumah atas kubur tok wali. Pasang kain pada kubur. Pasang kain kuning pada nisan.Pasang kain pada kubur. Pasang kain kuning pada nisan. Tabur bunga-bunga. Sembelih nazar lembu kambing di kubur. Siapa yg buat begini??? Tau tak?? Golongan ini suka menyanyi-nyanyi mengggunakan ayat-ayat Al Quran. Berselawat dengan selawat-selawat rekaan tok guru mereka. Makmum pun berjoget-joget. Tak tahu ke????

3. Soalan : Rutin mingguan di Hadhramaut setiap pagi jumaat mereka akan mengadakan majlis qasidah di kuburan para wali tujuannya untuk bodek tok wali . Ana dengar dari sahabat yang belajar di sana seram.

Ustaz : Ada juga di Pulau Besar melaka. Ada juga di Singapura. Habib Nuh. Ada juga di Perak. Makam Tok Temoh. Kadi Perak.

4. Soalan : Ana tengok satu video ustaz dari kedah dia suruh anak-anak muridnya pergi ziarah kubu habib nuh kebesaran Allah kata nya.

Ustaz : Itu lah bodek ‘tok wali’ nama nya. Kata nak besarkan Allah. Itulah sebesar-besar syirik pada Allah

5. Soalan : Dorang ni saya pernah tanya kenapa tak minta terus pada Allah, dia kata ” kita banyak dosa tak layak minta doa sendiri ”

Ustaz : Ya . Itu lah jawapan mana-mana musyrikin di dunia ini.  Inilah di panggil syirik dalam berdoa. “Wa iyya kanasta in”. Pada Mu saja Allah kami nak minta pertolongan. Syiah dan habib-habib berpendapat berdoa terus pada Allah di haram kan. Berdoa perlu berperantara.

 6. Soalan : Yang lagi mengejutkan, bukan minta pada wali suruh minta pada nabi suruh minta pada Allah. Tapi terhenti setakat nabi SAW sahaja. Maksudnya memang minta pada nabi. Kalau tengok antara bait-baitnya “isyfa’ lana” memang diorang minta suruh nabi bagi syafaat

Ustaz : Serupa tak macam Kristian? Serupa tak macam Hindu? Macam Budha. Macam Sikh. Macam Cina. Macam Iban, Dayak org ulu org asli?

 (فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ)

[Surat Al-Baqara 10]

Dalam hati-hati mereka ada penyakit. Iaitu buruk sangka pada Allah. Mereka orang yang banyak dosa. Maka Allah tambah penyakit lain iaitu kufur pada Allah. Tak pandai baca Al Quran. Tak tahu Hadis. Tak kan lah Allah nak terima doa mereka.

 Serupa dengan hati-hati orang yang suruh solat hajat?????? Kalau aku doa sendiri Allah tak nak beri. Tapi kalau ustaz-ustaz, guru-guru , imam-imam , ahli-ahli jemaah masjid; mereka dekat dengan Allah.Tàk kan dalam ramai-ramai itu tak ada yang berkat? Serupa tak?????

Buat solat hajat itu apa???? Apa maksud??? Akidah solat hajat ini menunjukkan sudah ada dalam hati rasa buruk sangka pada Allah. Inilah yang memudahkan puja kubur tok tok wali. Bukan tak yakin pada diri sendiri tapi TAK YAKIN pd Allah.

7. Soalan : kalau mak ayah yang pergi umrah atau haji. Anak-anak boleh kah kirim doa suruh mak ayah doakan?

Ustaz :Itu pun serupa . Disebut dalam sebuah hadis sahih yang maksudnya; Saidina Omar hendak pergi umrah. Nabi pun kata ingatlah kami dalam doa2 kamu Omar. Mafhumnya kita boleh suruh orang berdoa untuk kita. Tetapi kita jangan cakap doakan apa. Suruh berdoa saja lah. Allah Maha tahu apa dalam hati kita. Nescaya orang itu akan berdoa yang bagus untuk kita.

8. Soalan : Atau kita bolh doa terus pd Allah lembutkn dan bukakn pintu hati org tu utk beri projek pd kita..Allah izin dptlah..x dpt jgn kecewa sbb Allah da tetapkn rezeki kita d mana..begitu ke ustaz?

Ustaz : Dalam soalan ini ada masaalah sikit.Suruh Allah lembutkan hati pemberi projek dan buka pintu hati org itu utk beri projek pd kita. Ayat di atas adalah ayat suruhan pd Allah. Allah tak tahu ke??? Sampai perlu di ajar? Cuba awak semua fikir apa sy kata ni.

Saya ulangi. Bolih tak kita ajar Allah cara2 nak makbul doa? Semasa berlaku banjir di Kelantan baru2 ini; ada dalam khutbah jumaat di Selangor berbunyi begini:

Wahai Allah. Perintahkanlah langut Mu supaya berhenti hujan. Wahai Allah. Perintahkanlah bumi Mu supaya telan air.ak boleh ajar Allah. Perintah pd Allah adalah biadap. Bertaubatlah jika dah buat.

Kita tak berani nak perintah PM atau menteri besar atau CEO.

Soalan : Ada dengar doa waktu Dhuha,

Jika rezeki di langit, turunkanlah…?

Ustaz : Doa Dhuha itu minta di turun rezki bukan perintah turun rezki.

Soalan : Mohon bertanya soalan, selain hadith Uwais, ada hadis para sahabat minta doa pada Abbas tentang hujan. Apakah ini khususiyyat juga?

Ustaz : itu doa minta hujan.sama saja dgn kita pelawakan seseorg jadi imam..uwais doa minta ampun..abbas doa minta hujan. dlm hadis uwais minta ampun..tu perintah nabi..Tak ada suruh minta projek dunia

٤٦١٢ – حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ أَنَّ أَهْلَ الْكُوفَةِ وَفَدُوا إِلَى عُمَرَ وَفِيهِمْ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ يَسْخَرُ بِأُوَيْسٍ فَقَالَ عُمَرُ هَلْ هَاهُنَا أَحَدٌ مِنْ الْقَرَنِيِّينَ فَجَاءَ ذَلِكَ الرَّجُلُ فَقَالَ عُمَرُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قَالَ إِنَّ رَجُلًا يَأْتِيكُمْ مِنْ الْيَمَنِ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ لَا يَدَعُ بِالْيَمَنِ غَيْرَ أُمٍّ لَهُ قَدْ كَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَدَعَا اللَّهَ فَأَذْهَبَهُ عَنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ الدِّينَارِ أَوْ الدِّرْهَمِ فَمَنْ لَقِيَهُ مِنْكُمْ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ وَهُوَ ابْنُ سَلَمَةَ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

4612. Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Al Qasim; Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Al Mughirah; Telah menceritakan kepadaku Sa’id Al Jurairi dari Abu Nadhrah dari Usair bin Jabir bahwa penduduk Kufah mengutus beberapa utusan kepada Umar bin Khaththab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa mencela Uwais. Maka Umar berkata; “Apakah di sini ada yang berasal dari Qaran. Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: ‘Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya akan datang kepadamu seorang laki-laki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di Yaman bersama Ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdo’a kepada Allah, dan Allahpun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar uang dinar atau dirham saja. Barang siapa di antara kalian yang menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohonkan ampun kepada Allah untuk kalian.” Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Muhammad bin Al Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami ‘Affan bin Muslim; Telah menceritakan kepada kami Hammad yaitu Ibnu Salamah dari Sa’id Al Jurairi melalui jalur ini dari ‘Umar bin Al Khaththab dia berkata; Sungguh aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik tabi’in, adalah seorang laki-laki yang dibiasa dipanggil Uwais, dia memiliki ibu, dan dulu dia memiliki penyakit belang ditubuhnya. Carilah ia, dan mintalah kepadanya agar memohonkan ampun untuk kalian.’

hr muslim

Olih itu elak diri drp solat hajat.

Ust Solah pun dah jawab drp cerita Uwais.

Jawab syubhah hadis uwais alqarni bukan utk ajar umat supaya minta org solat hajat utk kita dan bukan juga suruh kita cari mana2 org soleh utk minta doakan utk kita sbbnya:

1-hadis itu hanya menerangkan tentang kelebihan beliau walaupun tak pernah jumpa Nabi SAW.

2-umar tidak berterusan minta dgn uwais setiap masa padahal tentu la setiap manusia tak sunyi dari dosa.

3-kenapa susah2 minta dgn uwais jika Nabi masih hidup?

4-kenapa tak minta di kubur Nabi tapi jumpa uwais?maka ini dalil orang mati takde kuasa atas yg hidup.

5-sesiapa lebih hebat antara uwais dan umar? ini tidak lain melainkan utk gembirakan uwais dgn kelebihan dari Allah.

6-ini dalil khusus buat uwais maka takleh kiaskan dgn selain uwais.sbb jika kias lebih baik minta dgn sahabat2 lain.lebih2 abu bakar umar usman ali dll.

7-kenapa di terangkan doa uwais maqbul padahal dlm alquran sesiapa doa pada Allah pasti di terima?tak lain melainkan kelebihan khusus buat uwais.berupa berita gembira dari Allah.

8-sahabat2 tidak sibukkan diri dgn meminta org lain doakan mereka.

9-ayat alquran perintah suruh minta kpd Allah manakala hadis seolah sebaliknya..maka perlu di takwilkan hadis bukan dgn takwilkan alquran(hingga seolah2 boleh syirik pulak).alquran sudah ijma’ sohih lagi mutawatir. sanad.manakala hadis tak semestinya sohih mutawatir

10-nabi tak perintah kita minta doa dari org soleh.bahkan nabi minta kita doakan utknya.contoh: selawat dan doa azan.

11-sahabat tak minta nabi solat hajat utk mereka dan sahabat tak minta uwais solat hajat utk mereka.

12-hadis ini ada dlm kitab muslim dlm tu di letak dlm bab kelebihan uwais bukan kelebihan minta doa kpd org soleh.(ini kaedah asas utk memahami ilmu hadis dari perawi.)

wallahu a’lam.

Saya pernah jumpa Dr Maza dan Ust Halim. Kami bercakap lama.

Sesudah itu masa bersurai Dr Maza kata pd sy:

Ust doakan ana.

Sy jawab insya Allah.

Dia tak cakap doa apa. Sebab itu sy jawab insya Allah. y sebenarnya nak suruh Dr Maza doakan sy saperti dia minta. Sy tak sempat. Dia dulu. Sy rasa jelas dah ni.

Setiap kali sy jumpa guru sy; selepas lapur diri pd nya, sy akan kata:

Ust. Terima kasih ajar ana ilmu quran dan hadis.

Ust. Doakan ana.

Drp hadis sy belajar, jika kita tak cakap doa apa kita nak, org itu akan doa yg terbaik utk kita.

Semua org2 yg belajar dgn sy memang sy dah doakan. Kami di ajar begitu. Ada di sebut dalam quran. Sy lupa ayat nya.

Awak pun jika ada sesiapa belajar sesuatu dgn awak maka doalah utk mrk.

Keampunan dosa mrk dan ibubapa mrk 

Minta di beri taufiq.

Di beri hikmah ..kefahaman ugama.

Selamat drp api neraka dan minta di masuk ke syurga.

Alhamdulillah kekeliruan dlm berdoa ni dah mula faham.Habis bab ini kita masuk bab percaya pd nabi pula.Inilah akidah2 yg perlu di perbaiki supaya tafsir yg akan ajar mudah di fahami.

Di situ ada lagi banyak kekeliruan Allah ajar pd kita.

Insya Allah mudahlah nak faham.

(لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ)

[Surat Ya-Seen 6]

Supaya kamu org2 yg belajar tafsir dan hadis memberi peringatan pd satu kaum yg belum dtg pd mrk quran dan hadis; akibatnya mrk lalai.

Sy tafsir kamu bukan nabi sebab nabi di perintah begini lah dulu. Tok nenek kita drp hindu masuk Islam. Selepas itu portugis sudah takluk melaka. Selepas itu belanda dan Siam. Selepas itu British.Belum lagi ada guru tafsir dan hadis melainkan selepas Jepun.

Kepercayaan adat2 hindu telah di ‘Islamkan’. Kita dok pakai lagilah

1. Tahlil di amalkan olih org2 budha sampai sekarang. Mrk buat 3 hari 7 hari 49 hari 100 hari dan setahun sekali.Kita buat.

2. Talkin di amal budha Cina. Bila mati sorg, tok Ca2 dtg baca talkin di rumah. Depan simati. Kita bolih tengok mrk berkumpul depan mayat sampai 3 atau 7 hari.

Kita buat juga tapi di kubur. ‘Di Islamkan’

3. Hindu kahwin cara keliling api dan bersanding. Di renjis2. Di suap semangat pd pengantin saperti mrk puja dewa2 berhala mrk.

Kita ‘Islamkan’ dan kita buat

4. Hindu2 buat taipusam. Menari2 sambil tarik kavadi. Tujuan puja dewa ganish kepala gajah utk murah rezki.

Kita ‘islamkan’ dgn buat maulud. Syiah pukul2 badan berdarah.

6. Hindu2 berpantang tak makan benda2 berdarah.

Kita buat juga dgn berpantang selepas bersalin tak bolih makan ikan daging dll cuma makan ikan kering aje

Kita islamkan

7. Campur aduk adat syirik dgn sunah nabi.

Tahnik bayi2. Nabi kata dgn tamar saja.

Kita talbis/ campur aduk dgn letak garam…. utk jadi mulut masin… syirik

Gula batu supaya manis mulut…syirik

Cincin…. supaya kaya ..syirik

Terlampau banyak syirik di buat terang olih ustaz2 imam2 bab tahnik ni saja. Macamana mrk tak tahu ni????

Org ramai buat sedangkan mrk tok guru.

banyak nya syirik org kita buat. Drp apa sy dah tulis itu ada pecahan2 syirik lain.Allah!!!! Kesiannya Ya Allah bangsa ku

Sy nak tanya semua yg ada di sini.Pernahkah awak2 dengar perkara2 ini di ajar di masjid2 surau2?

Sembunyi ilmu lah tu…. ayat 159 ke 161 al baqarah

Syirik dgn sifat tuhan pula. Nak tahu ke??????????

Allah itu Alim… Maha Tahu. Ust2 sifat 20 hurai berjela2. Kita rasa kita faham lah

Syirik tentang sifat ni mrk kata ialah Allah tak tahu

Syirik Alim Allah manusia buat.

Dengar burung hantu berkokok ada org nak mati.

Maknanya.. burung dapat tahu ada org nak mati. Lalu ia ambil inisiatif berkokok atas pokok utk beritahu org. Ada org nak mati. tak mati lagi tapi nak mati

Tengok tahi gajah. Kena cakap elok2 nanti gajah dengar..

Gatal tangan …nak dapat duit

Kedip mata… ada org sebut

Pakai baju terbalik .. nak dapat rezki.

Ini makna tgn, gajah, mata, baju tahu. Kita pula percaya.

Itulah syirik Allah Alim

Ada 98 lagi sifat Allah. Setiap satu tu ada syirik manusia buat. Kita belajar doa tadi. Ia sifat Allah maha penyahut doa.Tak bolih nak kata pd Allah di mahsyar esok. Sorry Allah. Saya tak tahu. Sorry Allah sy tak sempat belajar. Sy sibuk. Sy nak hantar anak tuison. Sy ….. entah macam2 excuse.

Awak rasa awak berani ke jawab begitu pd Allah???Saya tak berani. Sy takut.

Ini belum lagi syirik dgn sifat2 nabi. Malaikat. Syurga. Neraka. Mahsyar.Syirik dgn ayat2 Allah. Syirik dgn hadis2 nabi.

Apa itu syirik????

Syirik ialah murtad krn tak sedar. Kalau sedar di panggil murtadlah. Ada hadis2 nabi akhir zaman.Pagi2 Islam. Petang2 kafir. Petang2 islam pagi2 kafir. Umat ku saperti bueh di laut. Banyak tapi bila sampai ke pantai pecah..

Ya Allah. Banyak nya kena ajar.

(Doa)Ya Allah ajarlah pd ku cara2 ngajar yg lebih baik drp yg telah aku ajar manusia


Soalan : Dah bertahun berdoa ramai2 dgn imam, aminkan doa lepas solat berjamaah -dgn cara yg tak ikut sunnah nabi. Agaknya tak diterimakah doa tu?

Skrg ni saya doa sendiri2 -bisikan peribadi dgn Allah. Rasanya lebih makbul daripd yg dulu2.

Dengan budak2 di sekolah pun saya ajar begitu. Saya pilih bbrp org budak jadi imam, lepas tu wirid dan doa buat urusan sendiri2.

Tapi pihak pentadbiran tak berkenan. Tak nampak cantik. Mereka suruh jugak imam tu jd tekong baca doa ramai2. Rosak dah satu sunnah yg saya ajar. Balik cara tradisi melayu.

Apa nasihat Ust Rosman?

Ustaz :  Benar usaha cikgu. Tapi tiada paksaan dlm ugama. Baqarah..256. Usaha lagi.

Drp syirik2 saya tulis tu siapa yg tak buat????

Soalan : Ustaz Mufti pun buat tahlil dan talkin.?

Ustaz : Lebih menghairankan baca talkin secara langsung….live telecast.

Tak malu ke dok ajar org supaya kufur pd Allah. Tak malu ke pd diri sendiri saperti org…..

Soalan : Ust Rosman dulu bersama Maulana hadi ke?

Ustaz : Dia guru saya. Dah lebih 2 bulan tak jumpa. Dialah guru tafsir dan hadis muatha imam malik tarmizi dan abi daud. Saya belajar usul tafsir dgn maulana nik mat paya purnama kota bharu.

Ust nik mat belajar usul tafsir dan tafsir drp bapa guru ust hadi yaitu maulana abd ghani. Saya juga belajar tafsir dgn ust nik mat tapi sikit aje. Belajar misykatul musobih dgn nya. Pun sikit tapi dia beri sanad nya pd sy. Juga sanad tafsir. Dan usul. Sy ngajar awak2 semua ialah pelajaran usul tafsir yg sy belajar bersanad dgn maulana nik mat. Semua yg saya dah ajar. Apa sy ajar sy dapat pahala. Jumlah yg sama Allah kirim pd guru sy ke guru pd guru sy….sampailah akhir nya pd nabi saw. Itulah maksud tinggal ilmu berguna. Jadi kirim fatihah pd nabi tu nampak macam bodoh aje. Solat, zikir, amal soleh dan semua yg nabi ajar memang pahala sama banyak dpt pd nabi kita. Juga sahabat2. Juga imam2 mazhab. Juga imam2 lain dan seterusnya. Sy ajar awak. Sy dpt pahala. Awak pula amal awa dpt. Sy pun dpt pula apa awak buat tampa pahala awak di kurangkan. Sy ajar 200. Kalau semua 200 ni buat maka sy dpt semua awak 200 org dan Allah masih tak kurangkan. Awak sorg2 ajar 10 org lagi. Awak akan dpt drp 10 org itu dan sy juga dpt. Masya Allah kayanya Allah Tuhan kita.

Bodoh kan dok kirim fatihah kat nabi2 wali2. Lebih menghairankan kirim fatihah ke jibril mikail ni! Malaikat2 tak perlu pun ibadat2 kita.Itulah sy kata di atas dok bodek nabi wali malaikat krn nak sesuatu drp mrk. Itu lah syirik. Dah bertaubat ke belaka???Minta ampun pula.Jgn pula buat solat taubat. Nabi tak ajar tuuuuu.Guru2 karutlah ajar awak2 solat taubat. Itu bidaah. Taubat ialah azam tak nak buat aje. Kemudian minta ampun. Lama2 lagi akan tambah bidaah baru solat minta ampun pula.

Soalan : Boleh kah…kita minum air yg kita baca al fatihah dan selawat?

Ustaz : Masya Allah . Ini bab awak tanya sy tak sentuh banyak. Minta berkat dgn sebut nama Allah… bolih. Minta berkat dgn baca ayat2 Allah …bolih.

Minta berkat drp selawat pd nabi….condong ke syirik. 

Sebab tak ada hadis yg kata baca selawat bolih sembuh penyakit.

Baca fatihah dan baca selawat utk sembuh penyakit saperti di ajar2 org sampai dalam tv tu bertentangan dgn ayat Allah. Puja Allah bersama dgn org lain.


(وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ)

[Surat Al-Mumenoon 117]

Tak ada dalil bukti dgn dakwaan demikian sebarang dalil.

Dan barangsiapa campur aduk seruan, doa, zikir, pd Allah dan org lain.

Yaitu nabi muhamad saw

Maka sesungguhnya hisab amal org yg buat di sisi Allah saja lah

Sesunguhnya tak akan berjaya org2 kafir saperti ini

Soalan : Ustaz kalau nk semboh penyakit baca apa?

Ustaz : Begini. Jika kita ada penyakit dan nak ambil ubat apa2 maka baca lah bismillah sj… dgn berkat nama Allah.

Kalau nak minta sembuh penyakit baca ayat2 quran. Ayat2 apa sj. Selepas itu baca doa.

Saya dah ajar semalam tentang sorg kak tu yg anaknya hampir….. dia baca doa.

Dia tak tiup pd anak nya.

Dia tak tiup pd air

Dia tak di ajar minum air

Dia tak di tanya ada wuduk

Dia tak di tanya ada haid

Dia tak di tanya ada junud

Dia tak solat hajat

Dia hanya baca doa saja. Itulah dia iman. Itulah percaya pd Allah. Itulah yg nabi2 semua dok ajar manusia.

Kak ni masih hidup dan tinggal di manjung perak. Awak buatlah rombongan pergi tanya sendiri dia. Anak nya pun ada juga

Dia dpt no tel sy. Dia call dan cerita. Sy kata sy akan pergi Ipoh esok jumpa nya.

Esoknya sy jumpa. Nangis2 kak tu. Kebuluran 2 tahun. Cantik org nya.

Sy ajar nya doa macam sy ajar awak. Dia terus doa. Nangis2 dlm doa. Sy tengok aje. Kemudian sy kata insya Allah. Allah akan makbul doa kak.

Sy tak suruh solat ke ,selawat ke, buat air tawar, suruh mandi bunga ke. Baca doa sj.

Dia nak bayar duit kat sy. Sy tak mahu. Dia nak bayar minyak sy. Dia nak bayar makan sy. Hotel sy. Semua sy tolak.

Patut dia kata ini hadiah buat ust. Saya terima lah. Esok nya dia call sy. Sy dah di Lenggong.

Meraung2 dia. Bukan nangis lagi. Macam org kena siksa. Kemudian dia kata ayah aji. Allah telah makbul doa sy malam tadi.

Doa :

Jika kamu tak terima doa ku Tuhan maka pd tuhan mana lagi aku nak berdoa krn Kamu lah saja Tuhan ku.

Text Doa Penuh :

Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.


Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku utk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan2 ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku


Aku ni hamba Mu yg sgt cuai pd Mu Tuhanku.

Aku baru tadi mengucap kalimah syahadah yg aku faham maksudnya. 

Aku tahu aku telah buat banyak dosa yg aku baru sedar aku telah lakukan.

Aku juga tahu aku baŕu belajar tafsir yg telah lama Allah kirimkan khas pd ku. 

Wahai Allah Tuhanku. Ampunilah segala dosa ku dan aku bertaubat pd Mu. Begitulah juga aku pohon utk kedua ibubapa ku. Anak2 ku isteri ku dan tok nenek kami serta keturunan kami. 

Selamatkanlah kami semua drp azab neraka Mu dan masukkan lah kami ke syurga Mu 


Wahai Allah Tuhan ku. Aku ada hajat kecil dunia ni. Sebutlah hajat awak……

Jika Allah makbul doa ku memang Allah lah yg bolih makbulkan hajat ku sahaja. 

Jika Allah tak nak makbulkan doa ku, maka tiada lah mana2 makhluk bolih desak Mu utk makbul doa ku. 

Tetapi jika Allah tak nak makbulkan juga doa ku maka pd Tuhan mana lagi yg aku nak berdoa krn Allah lah saja Tuhan ku.

Doa ni yg sudah di ajar. Sy ajar apa selama beberap hari ni? Sy dok ajak awak utk kembali mengEsakan / mentauhidkan Allah. Buang perasaan ragu2 pd Allah. Awak sudah di tipu sudah lama. Ambil masa lah sikit nak terima. Adalah sikit2 lagi.

Awak tanya sy. Drp soalan akan terserlah akidah.

Soalan : Apakah memang tidak ada dalil ayat2 ruqyah ust??

Ustaz : rukyah ada di sebut dalam hadis. Masaalah nya ramai pengamal rukyah ni campur aduk yg ori dgn yg syirik.

Payah nak kenal. Awak tanya ust Solah hal2 rukyah ni. Dia lebih mahir hadis drp sy walaupun sy ni ayah nya. Sy juga kenal pengamal2 bomoh2 ni. Ramai mrk tak tahu tauhid. Olih itu utk jelas. Tinggal dulu yg ragu2 dan ambil yg jelas2 dulu. Ok? Bila belajar hadis awak sendiri bolih buat rukyah.

Soalan : Ustaz, maaf soalan saya ni melompat dari tajuk atau tidak. Sekiranya beramal dan melakukan amal soleh tapi niat mau dunia, bagaimana tu? Contoh: Saya nak solat dhuha utk kemudahan dunia seperti harta dsbnya.

Ustaz : drp quran surah albaqarah. Sekiranya awak beramal utk bahagian dunia maka Allah kata awak akan dpt bahagian dunia tapi bahagian awak tak dpt. Kalau nak akhirat maka akhirat dpt dan dunia pun dpt.

(Al-Baqarah):201 – Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”.

Itulah Allah. Dia akan dekat kpd yg nak dekat kpdNya.

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

Dan berlaku dengan izin Allah menurut peraturanNya.

Ustaz : Benar

Bukan doa sy ajar tu aje malah ada banyak doa2 Allah ajar dlm quran dan nabi ajar dlm hadis.

Sy pula buat doa ni hasil drp kefahaman Allah fahamkan pd sy.

Komen dan Soalan