Wajib dengar sendiri Rukun Qauli?
Wajib dengar sendiri Rukun Qauli?
Para ulama berbeza pandangan apakah bacaan didengari atau cukup sekadar menggerakkan lisan. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:
واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.
“Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hinduwaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”
Hadith 1 : Dari Abu Hurayra ra
إنَّما الإمامُ ليؤتمَّ بِهِ ؛ فإذا كبَّرَ فَكَبِّروا ، وإذا قرا فأنصِتوا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الألباني
المصدر : صحيح النسائي الصفحة أو الرقم: 921 خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
Terjemahan : Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya diadakannya Imam itu adalah untuk diikuti. Apabila ia bertakbir maka takbirlah kamu semua dan jika ia membaca (ayat Al-Qur’an) maka diamlah kamu semua” – Hasan sahih kata Albani, dalam sahih Muslim
Fiqh hadith: dalil tidak perlu baca Al-Fatihah bila Imam membaca surah pada rakaat yang bacaannya jahar (kuat)
Hadith 2
مَن كان لَه إمامٌ فقراءَةُ الإمامِ له قِراءَةٌ
الراوي : جابر بن عبدالله المحدث : ابن حجر العسقلاني
المصدر : الدراية الصفحة أو الرقم: 1/162 خلاصة حكم المحدث : فيه جابر الجعفي وهو ضعيف
Terjemahan: Barangsiapa (shalat) bersama Imam maka bacaan Imam itu jadi bacaan baginya – HR Ahmad dan Daraqutni, diklaskan sebagai dhaif oleh Ibn Hajar.
Hadith 3
لا صلاةَ لمن لم يقرأْ بفاتحةِ الكتابِ .
الراوي : عبادة بن الصامت المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 756
Terjemahan: Tidak ada shalat bagi yang tidak membaca surah Al-Fatihah – HR Bukhari
Fiqh Hadith: Hujah mazhab Syafi’iy untuk sentiasa membaca Al-Fatihah walaupun Imam baca nyaring
100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari-
100 sunnah – 1 sunnah setiap hari
7/100
Wudhu’
1. mengucapkan lafaz Basmalah
2. membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali di permulaan wudhu’.
3. mendahulukan berkumur dan istinsyaq sebelum membasuh muka.
4. melakukan intintsar dengan tangan kiri.
“baginda membasuh kedua taoak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian berkumur, beristisyaq, beristintsar, lalu membasuh wajah sebanyak tiga kali.” HR Al-Bukhari dan Muslim.
8/100
Wudhu’ – sambungan
5. Membanyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yg tidak berpuasa.
6. Berkumur dan beristinsyaq dengan satu tapak tangan, tanpa memisahkan keduanya.
ث أدخل يده فتمضمض واستنشق من كفًًٍ واحدٍ
“kemudian baginda memasukkan tangan lalu berkumur dab beristinsyaq dengan satu telapak tangan.”
HR Al-Bukhari dan Muslim.
9/100
Wudhu’ – sambungan
7. Bersiwak, dan waktu paling tepat adalah ketika berkumur.
“Jika bukan kerana khuatir akan memberatkan umatku, nescaya ku perintahkan mereka bersiwak dalam setiap wudhu’ ” HR Ahmad dan An Nasa’i
8. Mengusap-usap janggut yg lebat dgn jari-jari tangan yg basah ketika membasuh wajah.
“Kebiasaan baginda saw menyela-yela janggutnya ketika wudhu'” HR At Tirmizi
10/100
9. Cara usap kepala
“Rasulullah saw mengusap kepalanya; Baginda memulai dari bahagian depan lalu ditarik ke bahagian belakang.” HR Al-Bukhari dan Muslim
10. Menyela2 jari2 tangan dan kaki.
“Sempurnakanlah wudhu’, dan sela-selalah antara jari-jari (dengan air).”
HR Abu Daud, At Tirmizi, Nasa’i, Ibn Majah
11/100
Wudhu’ – sambungan
11. Menambah jumlah bilasan sampai tiga kali ketika membasuh wajah, kedua tangan dan kedua kaki.
12. Melafazkan dua kalimah syahadah selesai berwudhu’.
“Dibukakan baginya pintu syurga yang jumlahnya lapan, dia boleh masuk dari pintu mana sahaja yang dikehendaki.” HR Muslim.
12/100
Wudhu’ – sambungan
13. Berwudhu’ di rumah.
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu dia berjalan ke salah satu masjid Allah untuk menunaikan salah satu kewajipan yg ditetapkanNya, maka dari langkah kaki keduanya itu, langkah kaki yg satu menghapuskan dosanya, sedangkan langkah kaki yg satu lagi mengangkat darjat.” HR Muslim.
14. Berhemat dalam menggunakan air.
“Rasulullah saw berwudhu’ dgn satu mud air sahaja.” – HR Al Bukhari dan Muslim.
*1 mud: 0.6875 liter.
www.uito.org
Menziarahi Masjid dan Maqam Rasulullah SAW
Bismillah…
Note 41 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MENZIARAHI MASJID DAN MAQAM RASULULLAH SAW.
1. Kepentingan Menziarahi Maqam dan Dalilnya :
Sunat memziarahi masjid Rasulullah. Baginda penah bersabda : “Tidak dikuatkan suruhan berkunjung kecuali ke tiga buah masjid iaitu Al Masjid Al Haram, masjidku ni dan masjid Al Aqsa.”
Riwayat Al Buqhari : 1189
Sunat menziarahi maqam Rasulullah SAW dan mendapat pahala yang banyak bahi sesiapa yang melakukannya.
Rasulullah penah bersabda : “Dahulu, aku penah mencegah kamu menziarahi kubur, sekarang kamu pergilah menziarahinya.”
Riwayat abu Daud : 3237
Rasulullah SAW penah bersabda pada Mu’az ketika Baginda mengutuskannya ke Yaman : “Wahai Mu’az! Sesungguhnya mungkin engkau tidak menemuiku lagi selepas tahun ini. Smoga engkau singgah di masjidku ini dan kuburku.”
Riwayat Ahmad : 22702
2. Adab Memziarahi Masjid Rasulullah SAW :
2.1. Sunat berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya ketika menuju ke Madinah supaya dapat pahala kedua duanya. Begitu juga, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dalam perjalanan tersebut.
2.2. Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.
2.3. Apabila sampai di pintu masjid Nabi SAW, melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca : ” Aku mohon perlindungan dengan Allah Maha Agung, dengan ZatNya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaanNya dan segala puji pujian bagi Allah. Ya Allah! Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya dan sejahterakanlah mereka. Ya Allah! Ampunikanlah dosa dosaku dan bukakanlah pintu rahmatMu untukku.”
2.4. Setelah solat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda yang mulia. Berdirilah di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala.
Ucaplah dengan pelahan : “Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah sebaik baik balasan yang Allah bagi pada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah sebenar benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa engkaulah hambaNya dan Rasul dari kalangan makhlukNya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Alllah sebenar benar jihad.”
Kemudian bergerak sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam : “Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar Al Siddiq.”
Kemudian bergerak lagi ke kanan kubur Umar bin Al Khattab dan ucapkanlah salam : “Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin Al Khattab.”
Kembali ke tempat permulaan dan berdoalah untuk diri sendiri dan keluarga
2.5. Tidak harus tawaf di maqam Nabi SAW. Imam Al Nawawi Rahimahullah berkata : “Makruh melekapkan badan ke dinding maqam, mengusap usap dan mengucupnya, sebagaimana yang dilakukan daripada golongan mereka yang jahil. Cara yang beradab adalah dengan berada jauh dari maqam tersebut seolah olah berada dihadapa baginda ketika hayatnya.
2.6. Sebaik baik bersolatlah dimasjid Rasulullah SAW selama berada di Madinah dan ziarahilah kuburan Baqi pada setiap hari dan juga para kuburan syuhadah di Uhud.
Begitu juga sunat muakkad memgunjungi Masjid Quba, bahawa Rasulullah SAW sentiasa mengunjunginya setiap hari Sabtu.
Ibadah Haji Rasulullah SAW
Bismillah…
Note 40 : sambungan note 39
Setelah tiba dibawah bukit, Baginda pun berucap kepada orangramai, sabdanya : “Sesungguhnya darah dan harta benda kamu dihormati, sebagaimana kesucian hari ini pada bulan ini, dan di negeri kamu ini. Ketahuilah bahawa semua urisan Jahiliyah dibatalkan, dan tuntutan darah yang mula mula akan dihapuskan dari darah kita ialah darah Ibn Rabi’ah bin Al Harith, yang disusukan oleh Bani Sa’ad dan dibunuh oleh qabilah Huzail. Riba zaman Jahiliyah juga dibatalkan. Riba yang mula mula aku hapuskan ialah riba yang apa saudaraku Al Abbas bin Abdul Mutalib.”
Bertakwalah kamu kepada Allah terhadap kaum wanita kerana kami memgambil mereka sebagai amanah dan Allah halalkan kehormatan mereka bagi kamu dengan izinNya. Dan adalah hak kamu agar mereka tidak membenarkan sesiapa pun yang kamu tidak suka dalam rumahtangga kamu.
Jika berlaki demikian, pukullah mereka, asalkan tidak melampau. Begitu juga tanggungjawab kamu terhadap mereka memberi nafkah dan pakaian yang sepatutnya.
Sesungguhnya aku tinggalkan kamu, sesuatu yang kamu tidak akan sesat selepas itu sekiranya berpegang dengannya, iaitu Al Quran.
Setelah itu Baginda pun azan, lalu iqamah dan melakukan solat Zuhur. Iqamah dan melakukan solat Asar pula tanpa melakukan sebarang solat diantara keduanya.
Selesai solat, Baginda menaiki tunggangannya. Sebaik sampai ditempat wukuf, unta Baginda duduk berhadapan dengan tempat orangramai berhimpun.
Sambil menghadap kiblat, Baginda terus berhenti disitu sehingga matahari terbenam, hilang cahaya kekuningan sedikit demi sedikit, sehinggalah terbenam keseluruhannya. Selepas meminta Usamah RA memboncing dibelakangnya, Baginda pun berangkat.
Sampai di Muzdalifah, Baginda bersolat Maghrib dan Isya dengan satu azan dan dua kali iqamah tanpa membaca sebarang tasbih di antara kedua duanya. Kemudian, Rasulullah SAW berbaring hinggalah terbit fajar. Waktu Subuh Baginda pun azan, iqamah dan menunaikan solat Subuh.
Baginda menaiki Al Qaswa sehingga sampai di Masy’ar al Haram. Baginda mengadap kiblat, berdoa, bertakbir, bertahlil dan mengucap kalimah tauhid. Berhenti disana hingga hari benar-benar terang. Sebelum matahari terbit Baginda pun berangkat dan Fudhail bin Abbas RA seorang yang cantik, mempunyai rambut yang cantik dan kulit yang putih, membonceng bersama samanya.
Ketija Baginda berangkat, beberapa wanita Bahrain lalu di situ. Al Fudhail memandang mereka, lalu Rasulullah menutup muka Al Fudhail dengan tangan Baginda. Lantas Al Fudhail memaling wajahnya ke arah lain.
Sampai di Lembah Muhassir, melalui jalan menuju tengah ke Jamtah Al Kubra. Di Jamrah berdekatan dengan pokok ni, Raslulullah SAW melontar dengan 7 biji batu sebesar krikil sambil brtalbir pada setiap kali lontaran ke lembah tersebut.
Selepas itu Baginda pergi ke tempat penyembelihan dan Baginda sendiri menyembelih 63 ekor kamben qurban. Dan selebihnya diqorbankan oleh Ali RA.
Baginda meminta sepotong daging daripada setiap unta yg disembelih dan dimasukan ke dalam periuk lalu dimasak.
Kemudian Baginda menaiki tunggangan dan meneruskan perjalanannya. Seterusnya, Baginda melakukan tawaf Ifadhah di Kaabah dan bersolat Zuhur. Selepas solat, Baginda menemui Bani Abdul Mutalib yang memberi minuman air zam-zam dan bersabda : “Mintalah Bani Abdul Mutalib mencedokkan air minuman dengan baldi yang diyerik dengan tali. Sekiranya aku tidak bimbang dengan oranhramai bersesak sesak untuk mendapatkan air kerana beranggapan ia termasuk dalam ibadah haji, aku juga ajan mencedukannya bersama samamu disebabkan kelebihannya yang banyak.” Mereka pun mengambil Baginda sebaldi air, lalu diminumnya.
Ibadah Haji Rasulullah SAW
Bismillah…
Note 39 : Al Fiqh Manhaji 2
IBADAH HAJI RASULULLAH SAW
Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah tinggal di Madinah selama 9 tahun tanpa mengerjakan ibadah haji. Tahun ke10 Hijrah dihebahkan berita kepada orang ramai bahawa Rasulullah SAW akan mengerjakan haji. Ramailah orang datang ke Madinah untuk bersama sama dengan Rasulullah SAW.
Tiba-tiba, Asma binti Umais R. Anha, melahirkan seorang bayi lelaki, iaitu Muhammad bin Abu Bakar, lalu dia menghantar seseorang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk bertanya, “Apakah yang patut dilakukan?” Baginda menjawab: “Mandikanlah dan pakaikanlah lampin kemudian berihramlah.”
Setelah bersolat di Masjid, baginda pun menunggang untanya yang bernama Al Qaswa. Sebaik sahaja unta Baginda berada di padang pasir, jauh dihadapan Baginda, ternampak orang ramai berkenderaan dan berjalan kaki.
Rasulullah SAW berada dikalangan kami, kepadaNya Al Quran diturunkan dan hanya Baginda yang mengetahui maksudnya.
Lalu Baginda melaungkan seruan tauhid yang bermaksud : “Aku menyahut seruanMu yang tiada sekutu bagiMu. Segala pujian, nikmat dan pemerintahan hanya milikMu yang tiada sekutu bagiMu.”
Orang ramai juga turut melaungkan seruan tersebut dan Rasulullah SAW tidak menolaknya sedikit pun.
Seterusnya Baginda berdiri di antara Maqam Ibrahim dan Kaabah, lalu bersolat dua rakaat dengan membaca surah Al Ikhas dan surah Al Kafirun. Setelah bersolat Baginda mengusap rukun Hajar Aswad. Setelah itu Baginda menuju ke Safa sambil membaca ayat ketika menghampirinya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintan dan pujian, dan Dialah yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, yang melaksanakan janjiNya, menolong hambaNya dan menghancurkan kumpulan musuh.”
Baginda berdoa dan mengulanginya sebanyak 3 kali.
Baginda menuruni Bukit Safa menuju ke Marwah. Di sana Baginda melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan di Bukit Safa. Ketika perjalanan ulang alik yang terakhir, Baginda bersabda : “Kalaulah sungguh aku mengerjakan Ibadah sebagaimana yang baru selesai tanpa membawa binatang qurban, aku jadikan amalan kamu ini sebagai umrah. Sesiapa yang tidak mempunyai binatang qurban, dia hendaklah bertahallul dan menjadikan ibadahnya sebagai umrah.”
Lalu Saraqah bin Malik bin Ju’syum bangun dan bertanya : “Wahai Rasulullah! Adakah untuk tahun ni sahaja atau untuk selama-lamanya?”
Rasulullah SAW memancarkan jarinya lalu bersabda : “Tidak, bahkan untuk selama-lamanya. Umrah terangan dalam ibadah haji, umrah terangkum dalam ibadah haji.”
Kata Jabir : “Semasa di Iraq, dia menemui Rasulullah SAW dan menceritakan perbuatan Fatimah agar Baginda memarahinya serta meminta fatwa perkara yang disebutnya. Dia juga memberitahu Baginda bahawa dia menyalahkan Fatimah kerana perbuatannya itu. Baginda menjawab : “Fatimah benar, Fatimah berkata yang benar. Adakah engkau ucapkan ketika memulakan haji?” Lalu Ali menjawab : “Ya Allah! Aku memulakannya sebagaimana dimulakan oleh Rasulullah.” Sabda Rasulullah SAW lagi : “Aku mempunyai binatang qurban, janganlah engkau bertahallul.”
Kata Jabir lagi ; “Jumlah binatang qurban yang dibawa oleh Ali RA dari Yaman dengan yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah 100 ekor. Orang ramai semuanya bertahallul dan bergunting kecuali Nabi SAW dan mereka yang mempunyai binatang qurban.”
Tiba hari Tarwiah, iaitu hari ke 8 Zulhijjah, mereka menuju ke Mina, dan mengerjakan ibadah haji. Di situ, Baginda melakukan solat Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh. Baginda menunggu sebentar hingga matahari terbit dan orang ramai mendirikan khemah di Namirah.
Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya, terus berjalan hingga sampai di Arafah dan memdapati khemahnya telahpun didirikan di Namirah. Baginda singgah disitu, apabila tergelincirnya matahari, Baginda meminta Al Qaswa dibawakan kepadanya. Lalu Baginda meneruskan perjalanannya.
Kelas #3 | Bilik Hadith al-Sakandary
Minggu ke-3: Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary
Kelas #3: 12 Mac 2015 @ 21 Jumada Awal 1436
Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d. Pada minggu lepas saya telah jelaskan perkembangan penulisan Ulum Hadith sehingga Ibn Thahir al-Maqdisi, dan hari ini insyaAllah kita akan meneruskan pengembaraan kita menelusuri sejarah hingga ke zaman moden dan insyaAllah kita akan tamatkan pengembaraan ini hari ini, kemudian masuk ke pengembaraan yang baru.
Baik, selepas Ibn Thahir al-Maqdisi, datang pula ulama-ulama lain meneruskan penulisan dalam Ulum hadith, antaranya datang al-Hazimi menyusun “Syurut al-Aimmah al-Khamsah”. Selepas itu datang Ibn al-Solah menyusun buku magnum opusnya pula bertajuk “Ma’rifat Anwa’ ‘Ilm al-Hadith” yang terkenal dengan nama “Muqaddimah”, dalam buku ini Ibn al-Solah berusaha mencuba menghimpunkan serpihan-serpihan yang pernah ditulis dalam buku-buku Mustolah sebelumnya.

Pada zaman Ibn al-Solah penguasaan terhadap ulum hadith semakin bertambah kurang, hingga kebanyakan para ulama selepas zaman Ibn al-Solah hanya mengikuti sahaja, dan kepada buku “Ma’rifat ‘Anwa’ ‘Ilm al-Hadith” inilah para ulama Mutaakhkhirin berpijak dalam menulis karya-karya mereka selepas itu,
buku ini menjadi tiang utama serta menjadi kiblat dalam penulisan buku-buku Mustolah mereka selepas zaman Ibn al-Solah, semua buku-buku Mustolah selepas itu adalah berdasarkan buku ini, ada yang melakukan ringkasan terhadap buku ini, ada yang mencipta puisi (nizham/manzumah) berdasarkan buku ini, ada pula yang melakukan komentar-komentar (nukat) terhadapnya, serta ada juga yang melakukan huraian (syarah) terhadapnya
Antara yang melakukan ringkasan terhadap buku karya Ibn al-Solah ini ialah “Irsyad Thullab al-Haqaiq” karya al-Nawawi (yang kemudiannya beliau sendiri melakukan ringkasan terhadapnya bertajuk “al-Taqrib wa al-Taisir”, yang kemudiannya dibuat huraian oleh al-Suyuthi bertajuk “Tadrib al-Rawi”),

serta “al-Khulasoh” karya al-Thibi, serta “al-Muqni” karya Ibn al-Mulaqqin, serta “Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith” karya Ibn Kathir, serta “al-Iqtirah” karya Ibn Daqiq al-‘Eid (yang kemudiannya diringkaskan al-Zahabi dengan tajuk “al-Muqizoh”).


Baik, itu contoh-contoh buku yang melakukan ringkasan terhadap buku Ibn al-Solah.
Manakala yang melakukan huraian (syarah) kepada buku Ibn al-Solah ini pula antaranya ialah “Islah Kitab Ibn al-Solah” karya Ibn al-, serta “Islah Ibn al-Solah” karya Mughulthay, serta “al-Jawahir al-Sihah” karya Ibn Jamaah. Manakala yang melakukan komentar (nukat) terhadap buku Ibn al-Solah pula antaranya ialah “al-Nukat” karya al-Zakarsyi, serta “al-Taqyid wa al-Idhah” karya al-Iraqi, serta “al-Nukat” karya Ibn Hajar.
Baik..
Manakala yang melakukan puisi (manzumah) terhadap buku Ibn al-Solah ialah antaranya “Alfiyyah”(bermaksud 1000, dan ia adalah puisi dengan 1000 rangkap) karya al-Iraqi dan inilah yang menjadi nisbah kepada guru saya Syaikhul Hadith al-Iskandariah al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, al-Alfy adalah nisbah beliau yang diambil sempena nama buku Alfiyyah karya al-Iraqi kerana Alfiyyah inilah merupakan buku matan Mustolah yang pertama beliau hafaz, moga Allah memelihara Syaikhuna al-Alfy. Kemudian Alfiyyah karya al-Iraqi ini dibuat huraian oleh al-Sakhawi dengan tajuk “Fath al-Mughits”.

Antara lain yang turut melakukan puisi berdasarkan buku Ibn al-Solah ialah “Alfiyyah” karya al-Suyuthi yang kemudiannya dibuat huraian oleh beliau sendiri dengan tajuk “al-Bahr al-Lazi Zakhar”, tidak dilupakan juga antara lain yang membuat puisi berdasarkan buku Ibn al-Solah ialah al-Baiquni dengan nama “al-Manzumah al-Baiquniyyah” yang kemudiannya dibuat huraian oleh ramai ahli ilmu antaranya guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muaz Thariq Iwadullah.

Mungkin akan ada yang bertanya kenapa tajuk buku karya al-Iraqi serta al-Suyuthi sama? Keduanya bernama “Alfiyyah”. Perlu diketahui bahawa nama buku tidak wujud baginya hak cipta, tidak menjadi kesalahan dan tidak dikira plagiat, banyak penulisan-penulisan para ulama mempunyai nama yang sama selain Alfiyyah, antara lain ialah huraian al-Jami’ al-Sahih al-Bukhari, ditulis oleh kedua Ibn Hajar al-‘Asqalani serta Ibn Rajab al-Hanbali dan kedua mereka memilih nama yang sama iaitu Fathul Bari.
Dalam kesemua buku-buku karya Mutaakhkhirin yang telah saya sebutkan tadi, yang masyhur serta yang penting antaranya ialah: “al-Kifayah” karya al-Khatib al-Baghdadi, “Muqaddimah” karya Ibn al-Solah, “al-Mugizoh” karya al-Zahabi, “al-Nukhbat al-Fikar” karya Ibn Hajar, “al-Manzumah al-Baiquniyyah” karya al-Baiquni, “Alfiyyah” karya al-Iraqi, “Fath al-Mughits” karya al-Sakhawi, “Tadrib al-Rawi” karya al-Suyuthi, “al-Nukat” karya al-Iraqi, serta “al-Nukat” karya Ibn Hajar.
Baik..
Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, qawaid (kaedah-kaedah) yang dibuat serta dirumuskan dalam buku-buku Ulum Hadith serta Mustolah karya Mutaakhkhirin ini tidaklah menggambarkan manhaj kajian para ahli hadith Salaf (Mutaqaddimin) secara tepat dan menyeluruh, sebaliknya ia hanyalah sebagai ringkasan dan pendekat sahaja, kebanyakan qawaid serta dhawabith yang dirumuskan itu adalah hasil daripada kajian yang tidak sempurna (istiqra’ naqis), manakala ada pula rumusan yang dibuat berdasarkan kajian sempurna (istiqra’ taam), hal ini diakui olah ramai para pengkaji misalnya berkata al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar ‘Awwad Ma’rouf dalam pendahuluannya atas tahqiq Sunan Ibn Majah atau nama sebenarnya al-Jami’ al-Sunan disebut juga al-Sunan al-Mu’all:
“Maklum bahawa qawaid (kaedah-kaedah) yang diletak oleh para penulis buku-buku Mustolah merupakan ijtihad, ada antara ijtihad itu terhasil daripada kajian yang sempurna (istiqra’ taam), manakala ada pula yang terhasil daripada kajian yang tidak sempurna (istiqra’ naqis) dan inilah yang majoriti”
Satu perkara yang penting perlu diketahui, bermula kurun ke-5 pengaruh-pengaruh luar semisal falsafah, ilmu kalam, madrasah fuqaha’ al-ra’y mula meresapi dan memasuki ilmu hadith, terutamanya pada zaman al-Khatib al-Baghdadi serta lebih menyerlah pada zaman Ibn al-Solah. Ramai ahli hadith pada zaman kejatuhan ini terpengaruh dengan falsafah serta ilmu kalam, madrasah al-ra’y serba sedikit atau banyak, disebabkan ini ramai penulis Ulum Hadith serta Mustolah ketika itu mencampur-campur pendapat ahli hadith dengan pendapat fuqaha’, serta pendapat ahli kalam dan falsafah dalam penulisan-penulisan mereka, hingga mereka yang datang terkemudian susah atau tidak dapat membezakannya, maka mulai sinilah penulisan-penulisan Ulum Hadith dan Mustolah bercampur-baur antara manhaj ahli hadith, manhaj ilmu kalam, manhaj falsafah, serta madrasah al-ra’y. Dan insyaAllah kita akan melihat contoh-contoh dalam kelas-kelas mendatang apabila tiba babnya.
Disebabkan itu jika kita perhatikan kepada buku-buku Mustolah karya Mutaakhkhirin yang telah saya sebutkan sebelum ini, ia bercampur-campur antara pendapat ahli hadith, ilmu kalam, falsafah. Bahkan semakin jauh sesuatu zaman itu dari zaman Salaf yakni Mutaqaddimin, semakin lemah penguasaan ilmu hadith ini dan manusia hanya mengikut-ikut sahaja apa yang telah tertulis dalam buku-buku Mustolah sebelumnya, tiada lagi usaha untuk mengkaji dan menilai semula rumusan yang dibuat dalam buku-buku ini.
Hal ini lebih menyerlah selepas zaman Ibn Hajar, hingga jika kita lihat kebanyakan penulisan dalam Mustolah selepas Ibn Hajar seolah-seolah salinan karbon dari karya-karya Ibn Hajar sahaja, seperti Ibn Hajar pula yang menulisnya sendiri, kecuali al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali yang terus teguh dengan manhaj ahli hadith Salaf (Mutaqaddimin), beliau banyak melakukan tajdid semula dalam penulisan-penulisan agar mengikuti manhaj ahli hadith yang asli, berusaha tidak bercampur dengan ilmu kalam, falsafah serta ahli ra’y, membebaskan semula serta membuka semula perbincangan-perbincangan yang telah ditulis untuk dinilai semula, dikritik dan dibetulkan. Namun malangnya disebabkan penguasaan ilmu hadith semakin merudum, para ahli istilah dan para penulis buku-buku Mustolah lebih selesa mengikut saja apa yang telah ditulis dalam penulisan-penulisan sebelumnya, ini menyebabkan usaha Ibn Rajab seolah tenggelam.
Perkara ini berlarutan hingga ke zaman moden, sehinggalah muncul al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdurrahman al-Mua’llimi al-Yamani yang bangkit menyambung semula usaha al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali. Beliau membuka semula banyak perbincangan-perbincangan, serta membebaskan semula apa yang dianggap selama ini muktamad untuk dikritik, dinilai semula dan dibetulkan, beliau membawa tajdid agar Ulum Hadith ini kembali bersih daripada anasir-anasir luar semisal falsafah serta ilmu kalam dan mazhab fuqaha al-ra’y, antara penulisan beliau yang utama ialah al-Tankil. Jika dalam aqidah kita punya tokoh semisal al-Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab yang melakukan tajdid terhadap ilmu aqidah, maka dalam hadith kita punya al-Syaikh ‘Abdurrahman al-Mu’allimi al-Yamani yang melakukan tajdid dalam ilmu hadith.
Usaha al-Syaikh ‘Abdurrahman al-Mu’allimi al-Yamani ini mendapat sambutan serta sokongan ramai para ahli hadith moden lain, mereka meneruskan usaha tajdid yang dibawa ini, antara mereka ialah al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Sa’d dari ‘Arab Saudi, serta al-Syaikh ‘Amru ‘Abdul Latiff (rahimahullah) dari Mesir, mereka berdua adalah antara yang terkehadapan dalam arus tajdid ini, juga al-Syaikh Dr. Ibrahim al-Laahim dari ‘Arab Saudi, serta guru kami al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari dari Malabar, serta al-Syaikh ‘Amru ‘Abdul Mun’im Salim dari Mesir, serta guru kami al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl dari Iraq, serta al-Syaikh al-Harith al-Hasani dari Samarra, Iraq, serta al-Syaikh Subhi al-Samarraie dari Samarra, Iraq, serta guru kami al-Syaikh Thariq Iwadullah Muhammad dari Mesir, serta guru kami al-Syaikh Dr. ‘Abdul Qadir Mustafa al-Muhammadi dari Iraq, serta guru kami al-Syaikh Dr. Basyar ‘Awwad Ma’rouf dari Iraq/Jordan, dan juga guru kami Syaikhul hadith al-Iskandariah al-Syaikh Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary dari Iskandariah (Mesir), serta guru kami al-Syaikh Dr. Umar al-Muqbil dari ‘Arab Saudi, serta al-Syaikh Muqbil Hadi al-Wadie, serta guru kami al-Syaikh Waleed Idris al-Meneesy dari Minnesota USA/Iskandariah,Mesir, serta guru kami al-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz al-Tharifi dari ‘Arab Saudi, al-Syaikh Dr. Ahmad Muhammad al-Khalil, al-Syaikh Nasir Hammad al-Fahd, dan ramai lagi.
Maka tidak dapat tidak bagi para penuntut ilmu hadith yang menyedari hakikat perkembangan penulisan Ulum Hadith ini, agar banyak membaca serta menela’ah karya-karya para ulama hadith yang membawa arus tajdid ini, supaya kita memahami manhaj para huffaz Salaf Mutaqaddimin, mengikuti manhaj para ahli hadith serta tidak mencampurkannya dengan manhaj fuqaha al-ra’y, falsafah serta ahli kalam. Baik, dengan ini berakhirlah pengembaraan kita menelusuri sejarah perkembangan penulisan ulum hadith. Allah Maha Mengetahui.
************************************
Boleh muat turun nota ini dalam format pdf dengan klik sini.
Q&A bersama Dr Fathi al-Sakandary sesi #2
S21: Ada terdengar dalam ikimfm tadi berkenaan riwayat Rasulullah diberikan limau masam dan Rasulullah makan seorang diri tanpa mempelawa sahabat kerana tidak mahu sahabat turut bersama makan limau yang masam itu. Sahihkah hadis ini?
Tiada baginya asal, Palsu, qarainnya (petunjuk kuat) ialah ia tidak dijumpai dalam mana-mana buku hadith baik yang menghimpunkan hadith-hadith Sahih atau Palsu, serta kisahnya tidak mengikut gaya bahasa hadith, sama ada terlalu puitis, terlalu detail, ia bukan budaya arab dan bukan cara para Sahabat menyebut kisah. Kesemuanya ini adalah qarain akan palsunya ia. Allah Maha Mengetahui.
S22: “Tepat Jam 12 Malam tadi telah datang’a 1 Safar. Rasullullah Bersabda “Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya”. Dan tolong baca sebentar aja Kita dzikir sebentar ingat Allah
Palsu. Tiada baginya asal. Allah Maha Mengetahui.
S23: Daripda Abu Umamah R.A.. Dari Nabi s.a.w.sabdanya brmaksud: Malaikat yang disebelah kanan(yang mejadi pnulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tesebut,dan apabila dia melakukan sesuatukejahatan, lalu malaikat disebelah kanan berkata: Tunggu dahulu “lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam,maka jika org itu brristighfar daripda perbuatan jahat itu,tidaklah ditulis sesuatu pun, dan jika dia tidak meminta ampun kpda allah dituliskn bagi nya satu kejahatan sahaja.. (Hadis riwayat at-tabrani)
Tidak Sahih. Allah Maha Mengetahui.
S24: “zikirlah kpd Allah sampai org cakap kamu gila”
Tersangat Dha’if, Munkar. Di’ilalkan oleh jamaah huffaz antaranya al-Imam Ibn `Adiy katanya Munkar. Berkata al-Haithami: “dalamnya terdapat Darraj, dan telah mendha’ifkannya jamaah, dan telah mendha’ifkannya bukan seorang”. Allah Maha Mengetahui.
S25: Hadith yang menyebut setitis arak ibadah tidak diterima selama 44 hari adakah sahih?
Saya tidak menjumpai hadith yang menyebut sedemikian, yang ada ialah hadith yang menyebut sesiapa yang meminum arak maka tidak diterima solatnya selama 40 hari, dikeluarkan al-Tirmizi dan lainnya, yang rajih ianya hadith Dha’if, di’ilalkan oleh jamaah huffaz dan berkata al-Imam Abu Zur’ah ke atas hadith ini: “Munkar”. Sebahagian menSahihkan dan mengHasankan, dan ini tidak tepat. Allah Maha Mengetahui.
S26: Saya mendengar hadith bahawa berkata Nabi:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, dan kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian mengerjakan solat 2 rak’at, maka baginya pahala seperti mengerjakan haji dan umrah”, kata Nabi lagi “ sempurna, sempurna, sempurna”, Sahihkah hadith ini?
Hadith Munkar, Dha’if dengan kesemua jalurnya dan tidak dapat dikuatkan, bahkan tiada satupun yang Sahih dalam bab ini, demikian jelas guru-guru saya semisal al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, al-Syaikh al-Muhaddith Thariq Iwadullah, serta al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Tharifi.
Hadith ini datang dengan beberapa jalur Sahabat yang kesemuanya ma’lul. Jalur Anas, melalui Abu Zilal adalah Munkar, melalui Tahwwabah juga Munkar, melalui Thabit al-Bunani pula Dha’if Jiddan. Jalur Abi Umamah, melalui al-Qasim adalah Munkar, melalui al-Ahwas Dha’if Muttarib Munkar. Jalur ‘Abdullah bin ‘Umar, melalui Malik bin Mighwal dari Nafi’ adalah Munkar, melalui Mi’sar dari Khalid bin Ma’dan adalah Dha’if. Jalur ‘Aishah, melalui Hisyam bin ‘Urwah dari Ayahnya adalah Maudhu’, melalui ‘Amrah binti Arthah al-‘Adawiyyah juga Dha’if Munkar.
Untuk penjelasan lanjut dianjurkan menela’ah sebuah risalah khas setebal 12 halaman karya guru saya Syaikhul Hadith al-Islandariah al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary yang menjelas secara rinci akan Dha’ifnya hadith ini bertajuk “al-Hujjah Bi Dha’fi Hadith Man Solla Rak’atain Ba’da al-Subhi Falahu Ajru ‘Umratin wa Hajjatin”.
Walaupun hadith ini Munkar dan tidak sahih walau sedikit, namun fiqhnya benar kerana telah thabit dalam hadith Sahih bahawa Nabi SAW biasa duduk diam berzikir dalam masjid selepas solat subuh sehingga terbit matahari, hanya saja ganjaran pahala haji dan ‘umrah yang disebutkan tidak sahih walau sedikit, demikian jelas guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah kepada saya. Maka hadith ini Munkar Dha’if, fiqhnya benar. Allah Maha Mengetahui.
S27:
من لا يحزن لموت العالم فهوا منافق فهوا منافق،،
“Sesiapa yang tidak berasa sedih dengan kematian seorang ‘alim, maka dia adalah munafiq, munafiq, munafiq” Diriwayatkan oleh imam as sayuti dalam tanqih al qaul. Soalnya sahihkah hadith ini?
Disebut oleh al-Suyuthi dalam Lubab al-Hadith tanpa sanad. Saya telah bertanya akan hadith ini kepada guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Khaled al-Hayek dan jawab beliau: “Batil”. Allah Maha Mengetahui
S28: Hadis nabis saw: ” Aurat bagi seorang mukmin tersebut ialah apa yang diantara pusat dan lutut ” (Riwayat Samuyyah)
Hadith Dha’if. Namun fiqhnya benar, jumhur fuqaha berpegang sedemikian, dan dalam bab ini dalil-dalil yang lain.
S29: Nabi (saw) bersabda…..sesiapa baca yaasin malam jumaat nescaya allah ampun sehimgga ke pagi…..di keluarkan oleh imam ibnu hibban didalam sahihnya.
Dikeluarkan Ibn Hibban dalam al-Taqasim wa al-‘Anwa’, dan ia hadith Dha’if, bahkan kata al-Hafiz al-Muhaddith ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Sa’d: “tiada satupun hadith yang Sahih berkenaan kelebihan surah Yasin”. Allah Maha Mengetahui.
S30: Dalam sebuah hadis,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi. “Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!” Kata Iblis..Allah berfirman,,”Tempat tinggalmu adalah kamar mandi atau tandas”(HR. Bukhari)
Tiada baginya asal. Dusta kepada Nabi SAW serta dusta kepada al-Bukhari. Celaka kepada mereka yang mencipta hadith kemudian menyandarkannya kepada al-Bukhari secara dusta, demikian teknik keji para pendusta hadith moden.
Kelas #2 | Bilik Hadith al-Sakandary
Minggu ke-2: Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary
Kelas #2: 5 Mac 2015 @ 14 Jumada Awal 1436
Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d. Minggu lepas kita telah berbincang berkenaan definisi Ulum Hadith serta Mustolah Hadith, dan kita telah melihat beberapa contoh buku-buku dalam Ulum Hadith karya ulama awal yakni Mutaqaddimin, hari ini insyaAllah kita akan lihat sekilas berkaitan penulisan-penulisan penting dalam Ulum Hadith khasnya Mustolah Hadith.
Sekilas berkenaan penulisan-penulisan penting dalam ulum hadith, sejarah serta perkembangannya:
Seperti yang telah saya sebutkan minggu lepas, para ulama hadith Mutaqaddimin yang awal pada zaman keemasan hadith (golden age of hadith) tidaklah menyusun sebuah buku khas dalam bab Ulum Hadith dan Mustolah, kerana mereka beramal dengan ilmu ini secara amali praktikal, disebabkan ini maka kurang penulisan ataupun boleh dikatakan tiada langsung.
Yang dimaksdkan saya di sini ialah buku khas yang membicara cara-cara menilai hadith, cara mengenal yang Sahih dan yang Dha’if, sebagaimana yang biasa kita lihat dalam buku-buku Ulum Hadith atau Mustolah Hadith moden ini.
Sehinggalah datangnya Mutaakhkhirin, zaman kejatuhan kajian hadith, disebabkan kefahaman serta penguasaan atas ulum hadith semakin berkurang, ditambah pula pengaruh luar ilmu kalam serta falsafah dan fiqh meresap dalam ulum hadith, maka mereka mencipta qawaid-qawaid berdasarkan pemerhatian mereka atas amali praktikal para huffaz Mutaqaddimin,
Malangnya mereka bergantung banyak kepada qawaid-qawaid serta mengabaikan qarain-qarain, hingga mereka menjadi terlalu terikat dengan qawaid-qawaid ini, ditambah pula tidak sedikit qawaid-qawaid ini tidak menggambarkan cara sebenar para huffaz mutaqaddimin menilai hadith, sebaliknya ia hanyalah sebagai pendekat secara umum sahaja. Baik.
Antara sumber utama (usul) penulisan dalam Ulum Hadith, seperti yang saya sebutkan pada minggu lepas ialah:
1- Buku-buku Mutun
2- Buku-buku Jarh & Ta’dil
3- Buku-buku ‘Ilal
4- Buku-buku Sualat
5- Buku-buku al-Ajza’
Saya telah sebutkan buku-buku mutun semisal al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari, serta al-Jami’ al-Sahih karya Muslim al-Hajjaj, serta al-Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi, keduanya murid hebat al-Bukhari. Serta Musnad karya Ahmad bin Hanbal, serta Sunan karya Abu Daud, muridnya Ahmad. Serta Muwatta karya Malik, Imam Darul Hijrah, gurunya al-Syafie, dan lain-lain.
Dan saya juga telah sebutkan buku-buku Jarh & Ta’dil semisal al-Thiqat karya al-Ijli, serta al-Tarikh karya Abi Zur’ah al-Dimashqi, serta al-Ma’rifat wa al-Tarikh karya al-Fasawi, serta Muqaddimah al-Jarh wa al- Ta’dil karya Ibn Abi Hatim, anaknya Abi Hatim al-Razi, imam besar Jarh & Ta’dil, sahabatnya Abu Zur’ah al-Razi.
Juga saya telah sebutkan buku-buku ‘ilal semisal al-‘Ilal karya Ibn Abi Hatim, al-‘ilal karya al-Daraquthni, kedua buku ini adalah usul dalam manhaj al-ta’lil (metod meng’ilalkan hadith) bagi mutaqaddimin, bahkan berkata guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Abu ‘Ali al-Harith al-Hasani, syaikhul hadith di Darul Hadith Samarra, muridnya al-Syaikh Subhi al-Samarraie: “sesiapa yang menela’ah kedua buku ini dengan mendalam, nescaya akan jelas kepadanya akan kesalahan-kesalahan dalam qawaid ta’lil hadith yang digunapakai oleh Mutaakhkhirin dalam buku-buku mustolah”.
Saya terlupa menyebut buku-buku Sualat pada minggu lepas, buku-buku Sualat (iaitu soalan-soalan) ini adalah himpunan soalan-soalan seorang murid kepada guru-gurunya, misalnya Sualat Ibn Abi Syaibah Li Ibn al-Madini yang merupakan himpunan soalan Ibn Abi Syaibah kepada gurunya ‘Ali ibn al-Madini, juga Sualat Abi Daud Li Imam Ahmad, yang merupakan himpunan soalan Abi Daud kepada gurunya Ahmad bin Hanbal, juga Sualat al-Darimi Li Ibn Ma’in yang merupakan himpunan soalan al-Darimi kepada gurunya Ibn Ma’in.



Baik
Sesungguhnya belajar adalah dengan bertanya, dan amalan menghimpunkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya kepada guru merupakan sunnah para Salaf, maka dianjurkan para penuntut ilmu zaman ini mengikuti tauladan para Salaf, himpunlah soalan-soalan kita kepada para guru-guru kita, moga ia boleh dibukukan kelak, saya alhamdulillah telah memulakan amalan ini sikit demi sedikit, dan himpunan soalan-soalan saya kepada guru-guru saya telah saya himpunkan dalam nota Facebook bertajuk “Himpunan Soalan Dr. Fathi al-Sakandary”, dianjurkan membacanya, moga bermanfaat.

Baik…kemudian yang saya tidak sempat sebutkan minggu lepas ialah buku-buku al-Ajza’, misalnya buku al-Risalah karya al-Syafie, serta Ma’rifat al-Muttasil karya al-Bardiji, serta Juzu’ ‘Abdullah bin al-Zubair al- Humaidi dan lainnya.
Jika seseorang melihat kesemua buku-buku karya huffaz mutaqaddimin yang telah saya sebutkan sebelum ini secara kasar, nescaya tidak dapat melihat dalamnya perbahasan Ulum Hadith atau Mustolah, namun jika dilihat secara teliti dan mendalam nescaya akan tampak perbahasan Ulum hadith dalamnya.
Malanganya tidak sedikit daripada ahli istilah Mutaakhkhirin yang menyusun buku-buku Mustolah, mereka tidak menela’ah buku-buku karya Mutaqaddimin yang telah disebutkan secara menyeluruh, istiqra yang tidak sempurna,
Maka disebabkan ini muncul beberapa qawaid yang tidak menepati manhaj para huffaz Mutaqaddimin, ditambah pula sebahagian ahli hadith Mutaakhkhirin pada zaman tersebut yang terpengaruh dengan ilmu kalam, falsafah, dan mereka meresapkan beberapa konsep mutakallimin dalam penulisan mereka.
Maka bermulalah secara sikit bibit akan bezanya manhaj ta’lil antara Mutaqaddimin dan Mutaalhkhirin.
Ya, tidak dinafikan antara faktor yang mendororong hal ini juga ialah disebabkan buku-buku yang ditulis pata huffaz Mitaqaddimin ini bukanlah buku khas dalam Mustolah Hadith, kata-kata serta ungkapan dan kaedah-kaedah dalam menilai hadith tidak dihimpunkan dalam satu bab khas, sebaliknya berselerak, ini semua menyusahkan para ahli istilah dan penyusun qawaid dalam kalangan Mutaalhkhirin untuk memahami manhaj para huffaz Mutaqaddimin secara menyeluruh, dan qawaid-qawaid yang mereka rumuskan adalah sebagai pendekat sahaja.
Antara buku-buku Ulum dan Mustolah Hadith yang ditulis oleh para ahli istilah Mutaakhkhirin, yang awal-awal antaranya ditulis oleh al-Imam al-Ramahurmuzi dengan tajuk “al-Muhaddith al-Fasil Baina al- Rawi wa al-Wa’ie”.
Begitu juga karya al-Imam Abu Sulaiman al-Khattabi dalam Ma’alim al-Sunan, kemudian mengikuti mereka pula ialah Abu al-Hasan al-Qabisi dalam pendahuluan bukunya Mukhtasar al-Muwatta’, popular dengan nama al-Mulakhkhas,
Kemudian buku karya al-Hakim bertajuk “al-Madkhal Ila al-Iklil”, kemudian beliau menyusun pula kitab beliau yang besar, kitab magnum opus beliau dalam Ulum Hadith bertajuk “Ma’rifat ‘Ulum al-Hadith”.
Buku Ma’rifat Ulum al-Hadith karya beliau ini jika kita lihat, ia berpegang atas manhaj Mutaqaddimin, malangnya al-Hakim ketika menyusun bukunya al-Mustadrak, beliau sendiri dalam banyak hal telah lari daripada apa yang beliau sebutkan dalam Ma’rifat Ulum al-Hadith.
Kemudian datang pula al-Imam al-Khatib al-Baghdadi menyusun buku magnum opusnya bertajuk “al- Kifayah Fi ‘Ulum al-Riwayah”
Kemudian pula menyusun buku “al-Jami’ Li Akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami’, dan ia adalah buku khas berkaitan adab periwayatan hadith.
Kemudian datang Ibn Thahir al-Maqdisi menyusun pula “Syurut al-Aimmah al-Sittah”.
Boleh muat turun nota ini dalam format pdf dengan klik sini.










