Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05.06 #040315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05.06 #040315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

107
0
 
Susunan: BroSyarief
 
Beberapa istilah berkaitan dengan sanad: 
 
AL-ISNAD (الإسناد) 
 
Secara bahasa ia berasal dari kata akar yang sama dengan Al-Sanad, cuma di atas wazan yang sedikit berbeza menyebabkan maknanya juga sedikit berubah, yakni menyandarkan sesuatu kepada sesuatu. 
 
Adapun secara teknikal ia secara umumnya merujuk kepada makna yang sama dengan Al-Sanad. 
 
AL-TARIQ (الطريق) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud jalan atau laluan. 
 
Secara teknikal, ia juga bermaksud sanad. Seperti kata sebahagian ulama hadits:
 
هَذَا مِنْ طَرِيق الثَّوْرِي
 
“Ini dari jalan (yakni: sanad) ats-Tsauri”
 
AL-WAJH (الوجه) 
 
Secara bahasa ia bermaksud muka, tempat berkumpulnya anggota-anggota deria yang utama. 
 
Secara teknikal, ia juga bermaksud sanad. Dan istilah ini paling banyak digunakan oleh Imam at-Tirmizi, seperti katanya: 
 
هَذَا الْحَدِيث لَا نَعْرِفُه إِلاَّ مِنْ هَذَا الوَجْه 
 
“Hadits ini kami tak mengetahuinya kecuali dari wajah (yakni: sanad) ini” 
 
AL-I’TIBAR (الإعتبار) 
 
Secara bahasa ia bermaksud pembuktian sesuatu dengan membandingkan kepada sesuatu. 
 
Secara teknikal, ia merujuk kepada proses atau usaha mengkaji satu sanad hadits sama ada terdapat sanad lain yang bertemu pada sanad tersebut ataupun tidak. 
 
2 jenis perbandingan sanad ini ialah: 
1) AL-MUTAABI’ (المتابع) 
2) ASY-SYAAHID (الشاهد)
Ini akan dibincangkan dalam nota seterusnya. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
 
#BroSyariefShares

#040315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

 

Komen dan Soalan