Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ٨

سورة الطارق ٨

110
0
Iklan

[86:8] إِنَّهُ ۥ عَلَىٰ رَجۡعِهِۦ لَقَادِرٌ۬

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati) [86:8]

Manusia percaya tentang kehidupan selepas mati di mulut tetapi tidak terjelma dalam bentuk tindakan. [23:115]

Kenapa mereka menjadi orang yang tidak mengambil peduli KitabulLah dan membangkang segala keterangannya setelah percaya bahawa adanya kehidupan selepas mati? [47:8-9]

Jika kita yakin akan kembali kepada Allah, maka ketahuilah harta benda dan anak pinak hanyalah perhiasan dunia, tetapi al-baqiyat as-salihat adalah lebih baik pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46]

As-salihat faedah-faedahnya kekal di sisi Allah apabila seseorang itu meninggal dunia. [19:76]

Amalan-amalan salih itu adalah sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak salih yang mendoakannya.

Membuka sekolah bagi maksud mengembang dan mengajar al-Qur’an secara teratur, bersistem dan dapat diikuti oleh ramai orang adalah sedekah jariyah yang terbaik buat masa sekarang kerana ia mendokong usaha dakwah dan tarbiyah secara lebih serius. Lalu infaq fi sabililLah ini terfokus tujuannya, galakan melakukan sedekah jariyah dapat berjalan. Manakala ilmu yang bermanfaat boleh disumbangkan. Seterusnya usaha melahirkan anak-anak yang salih lebih menampakkan keberhasilannya.

Tugas kita untuk melahirkan golongan rabbaniy (yang hanya mengabdikan diri pada Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna) [3:79]

Jangan risau dan bersangka buruk dengan al-Qur’an. Ia adalah sebuah kitab yang dijamin mudah. [54:17, 22, 32,40]

Oleh itu marilah kita habiskan sisa umur yang masih ada bagi membanyakkan usaha meninggalkan al-baqiyat as-salihat di dunia ini kerana ia adalah lebih besar pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46] serta lebih baik kesudahannya. [19:76]

Komen dan Soalan