Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05.05 #030315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05.05 #030315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

283
0
Iklan
preview
Nota 01.05.05 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
AL-SANAD AL-‘ALIY (السند العالي)
 
Al-‘Aliy secara bahasa bermaksud tinggi. 
 
Secara teknikal, ia bermaksud sanad yang SEDIKIT jumlah periwayatnya berbanding sanad-sanad yang lain bagi hadits yang sama. 
 
Ingat! Sesuatu hadits tak semestinya mempunyai hanya satu sanad. Boleh jadi ia mempunyai lebih dari satu sanad dan direkodkan di dalam kitab-kitab hadits yang berbeza. 
 
AL-SANAD AL-SAAFIL atau AN-NAAZIL (السند السافل او النازل)
 
Saafil dari sudut bahasa bermaksud rendah. 
 
Secara teknikal, ia bermaksud sanad yang RAMAI jumlah periwayatnya berbanding sanad-sanad yang lain bagi hadits yang sama. 
 
~~~
 
Kelebihan Al-Sanad Al-‘Aliy berbanding Al-Sanad Al-Saafil, ianya lebih berkualiti kerana sedikitnya jumlah periwayat menunjukkan sanadnya pendek, dan kebarangkalian untuk kesilapan berlaku lebih sedikit. 
 
Selain itu, sanad yang paling pendek dan juga yang paling sahih dipanggil Sanad Emas atau Silsilah Zahabiyyah, dan ianya berbeza mengikut seseorang imam dalam bidang hadits. 
 
Menurut Imam Ahmad rahimahullah sanad emas itu adalah riwayat dari Az-Zuhri dari Salim dari bapanya.Sedangkan sanad emas menurut Imam al-Bukhari rahimahullah adalah sanad Malik dari Nafi’ dari Ibnu Umar.

walLaahu a’lam 

 
Ruj: Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan