Utama Blog Halaman 326

Fiqh Wanita 7

0

Soalan 1
Adakah sahih hadith di bawah?
“Tiada daripada sedekah yang lebih afdhal daripada sedekah lidah”
1.Seorang Datuk(atau orang yang berpengaruh) boleh beri syafaat ddapat pahala sedekah lisan bila Datuk itu rekomen agar seorang ibu tunggal dibantu untuk dapatkan wang zakat.
2. Seorang Datuk boleh dapat pahala sedekah lisan bila tolong rekomen seorang kontraktor untuk dapatkan projek (yang mana kontraktor tu memang layak, cuma perlu kabel untuk dapatkan projek tersebut)
Jawapan 1 Thtl
Takhrij hadis sedekah
“Tiada daripada sedekah yang lebih afdhal daripada sedekah lidah”
Tidak ada sedekah seperti ini dalam kitab sunah
sedekah paling utama ialah yang ini:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila cucu Adam meninggal, maka terputuslah seluruh amalnya kecuali tiga; sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendo’akan (orang tua)nya.” (HR. Muslim)
Ini saja sedekah yg paling utama sebab pahalanya terus menerus

Soalan 2
Jika dianiaya oleh seseorang dari segi duit tidak seperti yang dijanjikan dan juga memfitnah dirinya benda yang dia tidak buat bolehkah kita berdoa supaya orang itu kena balasan dan apa yang dia alami orang itu kena?
Jawapan 2 Thtl
Mendoakan kecelakaan orang yang menzalimi kita sudah jawab
ulangan ringkas, hukumnya boleh
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
” Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.” Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan ‌

Soalan 3
Ada satu lagi amalan yang dibuat berdasarkan satu video dari sumber yang saya kurang pasti. Iaitu amalan membaca surah al Ikhlas 10 kali, zikir subhanAllah dan surah Al-Mulk setiap hari. Tujuannya untuk mebina rumah yang cantik di dalam syurga. Sheikh, ada ke amalan-amalan ini terdapat dalam AQ?‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 3 Thtl
Amalan al-ikhlas 10X, zikir subhanallah, dan surah al-Mulk dapat banglo di syurga
setakat carian kami, tak ada fadilat sedemikian. tanda hadith dha’if amal sedikit, dapat reward yang tidak menasabah. ‌
Bukan senang nak dapat banglo. jika kat dunia pun kena jadi jutawan dulu baru nak dapat banglo, apatah lagi banglo Tuhan

Soalan 4
Betul ke jika hafiz AQ lupa hafalannya ,maka dia berdosa?
Jawapan 4 Thtl
Hafiz AQ dan kemudian lupa
tidak berdosa,
dalilnya
تَعَاهَدُوا الْقُرْآنَ فوَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ اْلإِبِلِ فِيْ عَقْلِهَا

“Jagalah Al-Quran. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh Al-Quran itu lebih mudah lepas daripada seekor unta yang lepas dari talinya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 5033 dalam kitab Fadha’il al-Qur’an, bab (22), dan diriwayatkan Muslim, no. 791
semua hadith yang ancam dosa kepada hafiz yang lupa adalah dha’if.
yang penting AQ bukan hafalan, tapi amalannya. faham ayat, amalkan

Soalan 5
Betulkah manusia sebenarnya akan sedar atau tidak 100 hari sebelum ajalnya 40 hari sebelumnya dan seterusnya..seperti ada drama di tv tentang 100hari sebelum ajal tentang perlakuan – perlakuan manusia berbeza amalannya sehingga ajal menjemput.
Jawapan 5 Thtl
Apakah mengetahui ajalnya, 100 hari lagi, 40 hari lagi..
Tidak benar, ajal atau waktu kematian adalah hanya di sisi Allah
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya” surah al-munafiqun ayat 11
“Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.”(AQ. 35:11)
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (AQ Luqman 31:34)

Soalan 6
Dengan maksud lain,simati dapat apa (amalan)yang telah mereka lakukan didunia bukan dengan mengupah orang membaca AQ 7 hari berturut,
yang saya faham setiap amal solih yang simati lakukan, akan dapat pahala sekiranya ada kesinambungan dari waris simati, contoh mengajar AQ kepada orang lain sebagaimana ibu bapa nya,lakukan.betulkan syeikh?
Jawapan 6 Thtl
Upah qari dan pahala dihadiahkan kepada mayat, memang tidak sampai
Jika si mayat kerjanya mengajar AQ kpd manusia, maka sudah tentu ilmu yang diajarkan kepada manusia akan kekal dapat selagi mana tafsirnya di sampaikan pula kepada orang lain, itu maksud ilmu yang dimanfaatkan

Soalan 7
Macamana pula dengan wakaf al-quran di masjid-masjid dan surau adakah dengan mewakafkan al-quran dan setiap bacaan akan sampai dekat si mati.Adakah itu benar ?
Jawapan 7 Thtl
Waqaf AQ maksudnya selagi naskhah itu diguna pakai, maka pahalanya akan dikongsikan oleh si mayat yg mewakafkan, wakaf ini termasuk dalam hadith di atas…

Soalan 8
Fatihah dan kematian..
Selama ini masyarakat umum fahami (termasuk saya) membaca fatihah bila mendengar kematian adalah untuk sedekah pahala bacaan tersebut kepada si mati.. bukan sebagai ucapan takziah kepada keluarganya.. soalannya: salah ke pemahaman itu?
Jawapan 8 Thtl
Sedekah fatihah kepada mayat.
Sedekah fatihah ni adalah muhdats, maksudnya baru. ia hanya berlaku di nusantara. Tidak tahu siapa yang ajar kepada orang nusantara. ia tiba-tiba menjadi suatu culture. sepatutnya benda macam ini ia mesti datang dari Rasululah,
dalilnya:
MATAN HADITS AL-ARBA’IIN AN-NAWAWIYYAH NO. 5
عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ. [رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ ]

Dari Ummul Mu’minin; Ummu Abdillah; Aisyah ra dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya, maka dia tertolak. [Riwayat Bukhari dan Muslim], dan dalam riwayat Muslim disebutkan: Barangsiapa yang melakukan suatu amal (ibadah) yang tidak sesuai dengan urusan (agama) kami, maka amalan itu tertolak
Takziah atau balasungkawa ada fiqhnya, namanya fiqh Takziah, maka ia adalah mengucapkan takziah dan membaca 2:156, namanya istirja’ yakni mengembalikan sesuatu kematian kpd manusia akan kembaii kepada Allah.
ataupun kepada si mati, sedekah paling baik ialah berdoa agar Allah ampunkannya bukan memberinya al-fatihah, dia dah cukup dgn alfatihah, dia baca 17X sehari minima dalam solat lima waktunya, maka dia tidak lagi memerlukan fatihah dalam barzakh

Soalan 9
‍‌‌‌‌‍‍‍Bolehkah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri atau untuk orang lain yang masih hidup atau kepada Nabi Muhammad atau nabi-nabi lain? Maaf jika soalan ini sudah ditanya.. Saya masih kurang faham..‌‌‍‌‍‍‌
‌Jawapan 9 Thtl
Fenomena hadiah al-Fatihah
Kita tidak tahu kenapa umat Melayu amat suka memuja dua surah, fatihah dan yasin. ini adalah suatu kesalahan dalam cara berinteraksi dengan AQ. Maka ujud satu fenomena sedekah fatihah dan yasin kepada mayat, kepada diri sendiri, hatta kepada kepada Nabi pun hadiah fatihah.
AQ adalah:
“Agar supaya Al-Qur’an itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang hidup” [Yasin : 70] Bila dah mati “ma fi manfaat” tak ada lagi manfaatnya kpd si mayat.
Adapun pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi’i adalah pegiriman pahala bacaan al Qur’an tidak sampai kepada si mayit. ( lihat syarah Shahih Muslim oleh Imam Nawawi Juz I halaman 90)
sapa yang kata sampai, mayat dapat kiriman pahala bacaan orang yang kirim, semua berdasarkan dzann atau sangkaan sahaja sedangkan mereka tidak mengetahui macam mana Allah mentadbir orang mati.

Soalan 10
Apa maksud Dalil Akli dan Dalil Naqli..?
Jawapan 10 Thtl
Dalil hukum syarak: naqli vs akli
Naqli: dari dua sumber utama, al-Qur’an dan sunnah
Aqli: sumber akal manusia, spt Ijma’, qias, istihsan, istishab, fatwa sahabi, uruf dan Ijtihad imam

Soalan 11
Baca Fatihah ketika mendengar kematian adalah bid’ah, tak ada contoh dr Nabi saw. Jika baca fatihah bermaksud si fulan sukacita akan kematiannya..kerana ayat pertama Fatihah ialah “segala puji kepada Tuhan sekelian alam”. Ungkapan yang sahih ialah ungkapan Istirja’ AQ 2:156 kerana ia adalah ayat penyembuh kepada kematian.
Apa maksudnya sheikh “ayat penyembuh kepada kematian”
Kematian tetapi boleh sembuh?
Jawapan 11 Thtl
Istirja adalah penyembuh dari kematian
bila kematian menimpa famili, maka ia memerlukan suatu keajaiban atau suatu kata-kata yang menyentap hati dan membawa famili yang ditimpa musibah kembali ke alam nyata dan meneruskan kehidupan. Contoh: ayah atau ibu anda wafat, maka ia bagaikan tsunami yang menimpa famili anda, maka anda memerlukan suatu kejutan untuk memulihkan keadaan tersebut. Maka ia tidak dapat dengan al-Fatihah, melainkan dengan ayat istirja’ pada ayat 156 al Baqarah.
contoh kedua, bila berita kewafatan Nabi saw, umat islam stunt, terhenti..Umar menjadi kaget, muncul Abu Bakar dgn istirja’ bahawa nabi seperti kita adalah manusia dan akan mati. itu maksudnya

Soalan 12
Mereka beribadat hanya dengan cara cinta atau love atau mahabbah, cinta Allah dan rasul sahaja slogan sufi ialah kami beribadah kerana cinta, bukan kerana takutkan neraka atau harapkan syurga, pure love.
tak boleh beribadah kerana cinta Allah dan rasul? . Sebab saya pernah dinukilkan kalau kita ibadah sebab nak masuk syurga macam kita buat benda sebab nak pujian dr bos..kalau kita ibadah sebab tak nak neraka sama macam kita buat kerja sebab takut bos marah..jadi tak ikhlasla..kan beribadat utk dapatkan keredhaan Allah..
Jawapan 12 Thtl
Ibadah tareqat hanya kerana cinta
ibadah menurut Imam Ibn Taymiyah:
Ibadah= merangkumi rasa takut (khouf), harap (roja), merendah (Dzul), tunduk (Khudhu’), doa dan lain-lain bukan semata-mata cinta (Ibn Taymiyah, kitab al-Ubudiyah)
Penjelasan Imam Ibn Qayyim al-Jauziah:
“Siapa yang beribadah kepada Allah dengan cinta semata maka dia adalah zindiq (pura-pura), dan siapa yang beribadah kepada Allah dengan raja’ [harapan] semata maka dia adalah murjiah (amal tak perlu, iman sahaja) dan siapa yang beribadah kepada Allah dengan takut semata maka dia adalah haruri (khawarij,, haruri adalah markaz khawarij) , dan siapa yang beribadah kepada Allah dengan cinta, harap dan takut, maka dia adalah mu’min sejati”

Soalan 13
Macamana mereka ni boleh masuk semula ke malaysia walhal pernah di fatwakan sesat oleh Jakim,tak silap saya 2002..
Ada moderator yang anjurkan seminar keusahawanan yang cukup popular dilihat bersama beliau ni…
Bukankah ada pendapat yang melarang bergaul dgn ahli bid’ah contoh dalam kitab Al – hadith ashab as sabuni?
Jawapan 13 Thtl
status tareqat Naqsyabandiah al-aliyah al-Haqqani
Kenapa tareqat ini masih beroperasi di Malaysia? seperti yang kata tareqat ni mendapat sokongan dari sultan, orang hartawan kerana golongan kaya banyak dosa dan malas beribadat, maka mereka mahu jalan pintas ke syurga tanpa taubat dan melakukan ketaatan kepada Allah, maka cara mudah ialah outsourcing kepada syaikh-syaikh tareqat. maka sebab itu tareqat yang sesat susah di benteras kerana ada sokongan dari golongan kaya dan berpengaruh

Soalan 14
Puak tarikat dan sufi sering mencanangkan agar belajar dengan guru yang murshid. Sebenarnya apakah yang maksudkan sebagai Guru Murshid itu dan apakah ciri-ciri nya? Adakah hadis yang menyebut tentangnya?
Jawapan 14 Thtl
Belajar dan kaitan dengan ulamak
Hukum Logika: manusia menuntut ilmu dari institusi yang berwibawa, accredited dan diiktiraf oleh MQA. di Malaysia ada universiti elit atau apex universiti spt UPM, USM, UM, UKM dan UTM, di mana bila graduate, mereka lebih marketable. di peringkat global, top 10 universiti, spt Harvard, Oxford, MIT, Stanford, Cambridge…
Maka begitu juga belajar ugama, kita kena pilih ulama yang mursyid, reputable, reliable, sama dgn IPTA/S… cuma bagi golongan tareqat, mereka hanya iktiraf rangkaian ulama-ulama mereka sahaja. Ini kerana ulama dalam system tareqat mestilah wali, pernah jumpa Rasulullah secara jaga, memiliki kesaktian yang tinggi seperti terbang, berjalan di atas air, berjalan dengan cepat tanpa kereta dan sebagainya.
di sisi sunni, ulama’ yang mursyid ialah ulamak warathul anbiya’, dalilnya:
الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُاْلأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris para nabi.” HR Abu Daud, disahihkan oleh albani, sahih attarghiib

Soalan 15
Jadi istilah Murshid ini tidak menentu lah ye Sheikh? Sunni kata ulama pewaris para nabi adalah murshid. Sedang kan sufi tarikat kata wali sakti syiah mungkin pulak ada istilahnya tersendiri.Jadi macamana umat Islam yang malas belajar dan berfikir nak pilih?
Jawapan 15 Thtl
Macam mana nak pilih ulamak yang sejati
Ulama hakiki itu adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al -Quran dan Sunnah.
” Mengetahui ilmu usul fiqh seperti nasakh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang mengkaji ucapan-ucapan ulama salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.” (Syeikh Abdus Salam bin Barjas, saudi, al-Qassim, Wujubul Irtibath bi ‘Ulama, ms 8)

Soalan 16
kenapakah bila kemukakan soalan pada pengikut gol tareqat atau sufism,
mengapa guru mereka tidak boleh disanggah perlakuan dan pendapat mereka yang berlebihan dalam memuji Nabi dan tatacara yang tidak mengikut prospek sunnah dan AQ,mereka akan beri alasan yang sama yakni dari susur galur Nabi dan ulamak itu pewaris Nabi.
Jawapan 16 Thtl
kenapa guru-guru tareqat untouchable…dah jawab. sebab ia berada dalam kelas Brahmin, atau divine
Ini kerana ulama dalam system tareqat mestilah wali, pernah jumpa Rasulullah secara jaga, memiliki kesaktian yang tinggi seperti terbang, berjalan di atas air, berjalan dengan cepat tanpa kereta dan sebagainya.

Soalan 17
Adakah ilmu tasawuf itu sesat atau sama dengan ilmu tarekat?
mohon pencerahan thtl.
Jawapan 17(a)
Tasawwuf dan tareqat
soalan yang diajukan oleh penghuni bilik 101 ini memang heavy…
pertama: tasawwuf dari kalimah Sufi. Sufi ni bukan kosa kata arab, ia tidak diketahui dari mana datangnya tapi sufi mula muncul selepas 200 hijrah kerana kemewahan yang melanda umat Islam selepas mereka menundukan Rome Timur dan Parsi, maka melimpahnya harta dan kemewahan dan hamba sahaya yang tidak terhitung banyaknya. femomena larut dengan dunia melahirkan istilah sufi, maksudnya kembali kepada akhirat dan jangan terpedaya dengan dunia.
Tasawwuf pula, orang yang mengamalkan gaya hidup sufi, yakni zuhud dan meremehkan kemewahan adalah org tasawwuf. Kata Dr Qardhawi, sebelum islam gaya hidup sufi ni sudah femes, adanya pedita kristian, nun yang hidup zuhud dalam gereja dan biara, monk dalam agama majusi, hindu, buddha dengan pakaian yang lusuh meminta makanan dari masyarakat.
Jawapan 17(b)
Tasawwuf part 2
Pada zaman Nabi saw tendensi kpd tasawwuf ni sudah ada, di mana ada yang tidak mahu berbuka bila puasa, ada yang tidak mahu kawin, dan ada yang tidak mahu tidur melainkan terus menerus ibadat, ia ditegur oleh Rasulullah saw, bahawa dia adalah sebaik-baik manusia, dia berpuasa dan berbuka, dia bernikah kawin dan dia juga solat dan tidur. Maka Nabi melarang tasawwuf yang melampau. Cuma pada sekitar tahun 300 hijrah, barulah tasawwuf dan sufism ni muncul di kota Baghdad dan Kufah dan menjadi satu trend dan aliran dalam umat Islam.
Tareqat: apabila manusia ingin mengamalkan tasawwuf, gaya hidup zuhud dan mengutamakan akhirat, mereka memerlukan bimbingan , maka tareqat adalah metod atau caranya.
Maka sufi adalah satu aliran pemikiran yang mengutamakan gaya hidup zuhud, penyucian jiwa, pemurnian akhlak dan mengutamakan akhirat. pengamal sufi menjadi tasawwuf dan tareqat adalah metod atau cara bagamana menjadi ahli sufi yang sebenarnya. sufi-tasawwuf dan tareqat adalah sesuatu yang asing pada 200 tahun pertama Islam, tapi menjadi satu aliran agama secara resmi pada abad 3 00 hijrah dan pusatnya di Iraq.
Jawapan 17( c)
sufi=zuhud dan fokus kpd jiwa
tasawwuf=orang yang amalkan gaya hidup kesufian
tareqat=memilih salah satu kumpulan sufi untuk bersama dibimbing kepada gaya hidup sufism. di dalam dunia sejak 300 hijrah mungkin ada 1000 tareqat, namun yang berdaftar di bawah Nahdatul Ulama di nusantara ialah sebanyak 44 buah tareqat dan mereka membentuk konsortium Tareqat 44 Nusantara
Ini kena clear.
Jawapan 17(d)
(Tareqat) part 4
A. apakah sufi dan tasawwuf itu sesat. jawabnya sejauh mana maksud sufi yang mereka fahami, apakah mereka meninggalkan hak badan, hak isteri, hak famili dan hak masyarakat?
B. apakah semua tareqat sesat?
jawapannya, Ya kerana selepas 1200 tahun perjalanan tareqat, kesemua tareqat memiliki doktrin yang sama, antaranya:
1. mereka beribadat hanya dengan cara cinta atau love atau mahabbah, cinta Allah dan rasul sahaja slogan sufi ialah kami beribadah kerana cinta, bukan kerana takutkan neraka atau harapkan syurga, pure love.
2. tidak lagi merujuk kpd AQ dan sunnah yang sahih, melainkan kepada laduni, kasyaf, ilham, mimpi dan berguru secara langsung dgn Allah, nabi saw secara yaqozah, dan Khidir
3. memiliki wirid, hizib, ratib mereka sendiri yang dikarang oleh syaikh-syaikh tareqat
4. Taksub kepada syaikh dan wali-wali tareqat dan sampai tahap pemujaan
5. mendekati Allah dengan jalan tarian dan musik dinamakan Taghbeer
Ruj lanjutan:
Dr Sholeh Fauzan, ahli majlis Fatwa saudi arabia, ( حقيقة التصوف وموقف الصوفية من أصول العبادة والدين)
Hakikat Sufi dan Sikap Kaum Sufi terhadap prinsip Ibadah dan Agama)

Soalan 18
Apakah hukum dengn mengelarkan diri sebagai Maharaja dan semua arahan kena ikut maharaja..?
Jawapan 18 Thtl‍
Gelaran Maharaja
ia bahasa sanskrit maksudnya Raja. ia adalah institusi beraja di India zaman purba. dalam melayu ialah DYMM al-sultan dan YDP. Maka orang yang tidak berkenaan memakai title maharaja atau King. ‌

Soalan 19
seseorang datang kepada Umar bin Abdil Aziz, kemudian menanyainya tentang sesuatu dari pemikiran ahli ahwa
Jawapan 19 Thtl
kata2 Khalifah Umar abd Aziz
Ja’far bin Burqon, dia berkata: seseorang datang kepada Umar bin Abdil Aziz, kemudian menanyainya tentang sesuatu dari pemikiran ahlil ahwa/bid’ah atau ilmu kalam, maka dia menjawab:
الزَم دينَ الصبِيِّ في الكُتَّاب والأعرابيِّ، والْهُ عمَّا سوى ذلك
“Pegangilah agama anak-anak kecil di kelas pengajian AQ dan orang-orang Arab pedusunan. Dan abaikan yang selain itu.” [HR. Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqot 5/374 dengan sanad sahih menurut imam Muslim, sebagaimana dikatakan Imam An-Nawawi dalam Tahdzib Al-Asma wal Lughot 2/22]
Ia dalam isu mula munculnya aliran Ilmu Kalam sbg metod mengaji Ilmu Tawhid di zaman salaf, maka mereka semua melarang mendekati ilmu Kalam. Lebih baik berpegang dengan pemikiran budak yang mengaji AQ atau arab dusun.

Soalan 20
Ilmu kalam dan ahlinya berada dalam sesatkan syeikh? mereka menafikan sifat-sifat Allah .adakah mereka ini dalam gol Muktazilah, qadariyah,rawafidah?
Jawapan 20 Thtl
Ilmu Kalam yang dianuti muktazilah, qadariah dan rafidah tu mmg sesat, bahkan rafidah dah terkeluar dari agama. sebab tu Umar abdul Aziz larang

Soalan 21
Apakah amalan yang diajar oleh Nabi SAW ketika melewati kawasan kubur?
Jawapan 21 Thtl
Amalan jika melewati kawasan perkuburan
kasi salam,
lafaznya:
السلام عليكم يا اهل الديار من الموءمنين و المسلمين و إن إنشا الله تعالى بكم لا حقون نسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni kampung-kampung dari kalangan mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya kami, Insya Allah, akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah ‘afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian.” HR Muslim

Soalan 22
Sesat dan bukan islam mksudnya kafir? pening pula pasal tareqat-tareqat ni..boleh tak kalau tak nak ambil tahu..
Jawapan 22 Thtl
Sesat ini tidak lagi jatuh kafir, cuma bila sudah dijatuhkan hukum oleh Imam yang Mujtahidin atau penguasa, barulah seseorang atau firqah (aliran) itu sesat dan kufur.
Contoh: fahaman wehdatul wujud, fahaman Allah dan makhluk bersatu, diwartakan sesat oleh kerajaan pada masa itu dan al-hallaj dijatuhkan hukuman mati kerana mengajar fahaman tersebut, maka fahaman wehdatul wujud adalah sesat dan pengamalnya adalah sesat dan kafir dan boleh dibunuh.
fahaman syiah yang mengkultuskan ali dan menyesatkan khalifah rasyidin dan mencela ummul Mukminin aisyah dan hafshah, maka ia diwartakan sesat dan orang yang menganut fahaman syiah rafidhah adalah bukan islam dan boleh dibunuh jika menyibarkannya.
contoh ajaran tareqat ayah pin kampung raja terengganu diwartakan sesat, maka pengamalnya adalah sesat dan terkeluar dari Islam yakni menjadi murtad.
Apakah kita tidak mahu ambil peduli pasal tareqat, maka itu lebih baik.

Soalan 23
Mazhab malik dan beberapa ulama seperti Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Tabari dan juga Ibn al-Munzir berpendapat perempuan haid boleh baca quran semasa dalam haidh berdasarkan dalil hadis aisyah semasa haji wida.kalau saya menggunakan pendapat ni boleh tak? sebab rasa sangat kosong kalau tak baca quran.lagi-lagi dalam bulan ramadhan nanti
Jawapan 23 Thtl
Boleh pindah dari mazhab sekarang jika anda sudah tahu ada pendapat yang membolehkan, Imam Bukhari dan Tabari atau Ibn Munzir adalah juga mazhab fiqh.

Soalan 24
ada yang cakap, orang yang tolak amalan yang dikatakan bidaah tu, contoh bacaan yasin, tahlil, orang tu ikut fahaman wahabi..apa pulak wahabi ni thtl?
Jawapan 24 Thtl
wahabi lagi
Wahabi=gerakan pemutihan semula Hijaz dari kerajaan Turki dan menghapuskan semua pengaruh syirik, bid’ah, khurafat dan tareqat di saudi arabia oleh gandingan King Saudi dan tentera Ikhwan pimpinan wahabi.
Fokus utama wahabiah ialah memutihkan arabia dari syirik, bid’ah dan tareqat. manakala tidak ada gerakan sedemikian di Malaysia, yakni usaha memutihkan malaysia dari khurafat, syirik, bid’ah secara military dan bersepadu.
adapun suara-suara mengkritik yasinan, tahlilan, talqinan itu bukan wahabi , ia hanya kritik dan usaha pemurnian secara kecil-kecilan atas nama islah, tajdid, dan sunnah.

Soalan 25
Saya pun masih tak dapat bezakan antara tareqat,syiah dan wahabi. Macamana cara yang mudah untuk saya kenali antara berikut
Jawapan 25 Thtl
tiga serangkai: tareqat, syiah, wahabi
tareqat=jalan yang ditempuh oleh muslim yang cenderung kepada keruhanian dan kezuhudan dan moral untuk bergabung dalam satu kumpulan yang dipimpin oleh pengurusan yang dikenali dengan wali-wali tareqat. tareqat tumbuh pada tahun 300 hijrah diKufah dan akhirnya menjadi doktrin dan kuasa politik yang tersendiri dengan bergabung dengan sultan dalam pentadbiran negara.
wahabi=lihat J6, usaha pemutihan arabia dari syirik dan bid’ah tareqat dengan kuasa militeri, yakni kuasa politik
syiah=pengikut Ali yang berpusat di Kufah, akhirnya menjadi militan selepas terbunuhnya Husin bin Ali di karbala, akhirnya syiah ali menjadi doktrin politik dan akidah dengan mengkultuskan Ali atau mendewakan keturunan ali-fatimah, akhirnya fahaman Ali diambil oleh Iran untuk membalas dendam ke atas umat Arab kerana memalukan mereka dengan meruntuhkan empayar Farsi yang gemilang, Iran menjadikan syiah sebagai topeng utk membalas dendam dan mengembalikan semula keagungan tamaddun Farsi ke atas umat Arab.

Soalan 26‍
Hari jumaat penghulu segala hari.. .adakah segala amalan termasuk sedekah diberi ganjaran yang lebih jika dibuat pada hari ini.. Ada dalil tak tuan?
Jawapan 26 Thtl
Amalan hari Jumaat
memang dilebihkan sebab ia penghulu hari-hari dalam seminggu sebagaimana ramadhan dalam 12 bulan
kata-kata Ka’ab bin Maalik ra,
والصدقة فيه أعظم من الصدقة في سائر الأيام
”Bersedekah di dalamnya lebih besar (pahalanya) daripada bersedekah pada hari lainnya.” (hadits mauquf shahih namun memiliki hukum marfu’). Ibn Qayyim dalam Zaad al-Maad, jld 1

Soalan 27
Apakah hukum guru lelaki menyentuh ubun kepala pelajar wanita (walaupun berlapik dengan tudung) dengan tujuan pengijazahan ilmu perubatan Islam?adakah boleh dikata harus dengan alasan kepala bukan bahagian yang mendatangkan syahwat bagi lelaki?
Jawapan 27 Thtl
Ijazah perubatan Islam, guru pegang kepala pelajar perempuan.
a. apa perlunya pegang kepala sedangkan nama nya “perubatan Islam”. Kalau perubatan Islam tak adalah ritual seperti itu.
b. apa itu perubatan Islam? Perubatan Islam ialah hospital moden dan peralatan canggih…apa yang ditawarkan oleh pantai, gleneagles, sime darby medical, putri, KPJ medical, itulah sebenarnya perubatan Islam.
maka perubatan Islam yang selain itu kena hati-hati…

Soalan 28
Apakah fatwa imam syafei dalam amalan membaca AQ di kuburan?mohon syeikh kongsikan dalil nas juga,jika tidak keberatan.
Jawapan 28 Thtl
Fatwa Imam Syafi’i mengenai pembacaan AQ di kuburan
وأما قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي أنه لا يصل ثوابها إلى الميت…….. ودليل الشافعي وموافقيه قول اللهِ تعالى : وَأَن لّيْسَ لِلإِنسَانِ إِلاّ مَا سَعَى. وقول النبي صلى الله عليه وسلم : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
”Adapun bacaan Al-Qur’an (yang pahalanya dikirmkan kepada si mayit), maka yang masyhur dalam madzhab Syafi’i adalah bahwa perbuatan tersebut tidak akan sampai pahalanya kepada mayit yang dikirimi…… Adapun dalil Imam Syafi’i dan para pengikutnya adalah firman Allah (yang artinya) : ”Dan tidaklah seseorang itu memperoleh balasan kecuali dari yang ia usahakan” (QS. An-Najm : 39); dan juga sabda Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam (yang artinya) : ”Apabila anak Adam telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali atas tiga hal : shadaqah jaariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak shalih yang mendoakannya” [Lihat Syarh Shahih Muslim oleh An-Nawawi 1/90]

Soalan 29
Adakah pahala solat seseorang itu akan diterima sekiranya dia suka sangat mengumpat dan sibuk akan hal orang lain?
Jawapan 29 Thtl
mengumpat dan menyibuk, impak kepada pahala solat
pahala solat masih diterima, tapi jadi muflis/bangkrap pulak
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ». قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ. فَقَالَ « إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِى يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِى قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِى النَّارِ ». رواه مسلم
Artinya: “Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bertanya: “Tahukah kalian siapa itu orang yang muflis?”, mereka menjawab: “Seorang yang muflis diantara kita adalah barangsiapa yang tidak mempunyai dirham dan juga harta”, beliau bersabda: “Sesungguhnya seorang yang muflis dari umatku adalah seorang yang akan datang pada hari kiamat dengan (pahala) salat, puasa dan zakat, ia datang dalam keadaan telah mencaci (orang) ini, menuduh berzina (orang) ini dan makan harta (orang) ini dan menumpahkan darah (orang) ini serta memukul (orang) ini, maka orang (yang dizhalimi) ini diberikan dari kebaikannya dan orang (lainnya yang dizhalimi) ini diberikan dari kebaikannya, maka jika habis kebaikannya sebelum selesai pelunasan atas kezhalimannya, niscaya diambil dari kesalahan mereka, dan dicampakkan kepadanya kemudian ia dlemparkan ke dalam neraka.” HR. Muslim

Soalan 30
Bagaimana sekiranya kita berkerja atau makan di suatu tempat dan kita tahu duit hasil keuntungan tersebut disalurkn kepada sesuatu rejimen terhadap kekejaman umat Islam.?
Jawapan 30 Thtl
Makan direstoren yang jualannya disalurkan kepada kekejaman
Jika yakin 100% maka haram,
dalilnya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.] AQ 5:2 jika tidak yakin, maka boikot akan menzalimi pekerja outlet tersebut kerana kebanyakan pekerja outlet dan franchise adalah muslim

Soalan 31
Hukum menyumpah seseorang dan percaya sumpahan nya menjadi serta mengugut untuk mengenakan sumpahan kepada orang yang tidak disenanginya. Mohon dalil.
Jawapan 31 Thtl
sumpah laknat
menyumpah laknat manusia maksudnya, ” aku sumpah engkau supaya accident”
hukumnya tidak digalakkan kecuali jika dizalimi
dalil AQ:
Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. AQ 4:148
tafsir Ibnu Abbas bahwa Allah tidak menyukai bila seseorang mendoakan kecelakaan terhadap orang lain, kecuali jika ia dianiaya olehnya. Maka saat itu Allah memberikan rukhsah kepadanya untuk mendoakan kecelakaan terhadap orang yang berbuat aniaya terhadapnya. Namun apabila bersabar maka itu lebih baik. (tafsir Ibn Katsir jld 6 surah an-Nisaa’)

سورة الطارق ١٢

0

[86:12] وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ

 

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. [86:12]

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh  para petani.

Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20]

Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi. Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63]

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [56:64]

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65]

Sambil berkata: “Sesungguhnya kami kini menanggung kerugian.” [56:66]

Bahkan kami kecewa tidak beroleh sebarang hasil. [56:67]

Kalau begitu, belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur’an – baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

سورة الطارق ١١

0

[86:11]  وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجۡعِ

 

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. [86:11]

Allah – Jalla wa ‘Alā – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. [80:25] Dia belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. [80:26] Dia tumbuhkan pada bumi biji-bijian, [80:27] buah anggur serta sayur-sayuran, [80:28] pohon zaitun dan kurma, [80:29] taman-taman yang menghijau subur, [80:30] pelbagai buah-buahan serta rumput-rumputan, [80:31] untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. [80:32]

Itu semua adalah nikmat adalah nikmat daripada Allah yang bermunculan sesudah turunnya hujan. Sedarkah manusia tentang hakikat ini? [67:30]

Bagaimana pula jika Allah timpakan bumi dengan hujan mencurah-curah tanpa henti. [46:24] yang menghancur leburkan segalanya dengan izin Allah [46:25]

Patut rasa sedap hati dan berasa aman jika azab datang pada waktu malam, semasa tidur? [7:97]

Atau di siang hari, ketika leka bermain-main? [7:98]

Orang-orang rugi. [7:99]

Apabila dalam ketakutan, maka manusia pun pakat berdoa. Apakah doanya diterima? Pintu langit ialah pintu taubat. [7:40]

Tunggulah sampai kucing bertanduk [7:175-176]

Apa patut kita buat?

Org yg mengaku beriman, tetapi tidak memperdulikan kitab Tuhannya dikira sebagai golongan apa? [4:145]

Apa tindakan seterusnya? [4:146]

Perhatian: Selepas bertawbat, perbaiki diri. Bagaimana caranya? Belajar dan faham apa? Al-Qur’an. Selepas belajar dan faham al-Qur’an?

ِApakah yg dimaksudkan dgn tali Allah? [3:103]

Nabi bersabda:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ

Tindakah seterusnya selepas berpegang teguh dengan al-Qur’an? 16:125

Ubah pemikiran masyarakat [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [13:11]

سورة الطارق ١٠

0

[86:10] فَمَا لَهُ ۥ مِن قُوَّةٍ۬ وَلَا نَاصِرٍ۬

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). [86:10]

Saat itu ialah di padang masyar Kenapa ketika itu manusia tiada kekuatan untuk membela diri? [36:65]

Bolehkah harta yang banyak dan anak-anak yang ramai membantunya? [26:88]

Kawan-kawannya? [43:67]

Bolehkan pada hari itu diadakan perundingan dan tawar menawar? [3:91]

Mahukan kita memilih untuk diserahkan catitan amalan di sebelah kiri? [69:25-32]

Setelah diikat dan dibelenggu, orang yang berdosa itu diseret ke neraka? Apakah soalan yang ditanya oleh malaikat penjaganya? Inilah pertanyaan yang manusia terpaksa akur dengan penuh penyesalan:

..Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?.. [39:71]

Justeru ketika di dunia dahulukan mereka tidak acuhkan al-Qur’an [25:30]

Ketika di dunia ini mereka tidak mengikut al-Qur’an sepenuhnya [15:90-91]

Ketika di dunia dahulu mereka sibuk dengan ilmu dunia [10:7] dan mereka ditempatkan di neraka. [10:8]

أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ (مسلم)

Kata Abu Umamah Bahiliy: Aku mendengar Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pendokongnya. (Riwayat Muslim)

Maksud baca = recite, understand and practice

Maksud pendokongnya = orang yang membaca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar. Oleh itu ketika di dunia ini ia tidak berpeluk tubuh dan bertindak memajukan masyarakatnya. Jika ia hanya banyak bercakap tetapi tidak bertindak apa-apa, renungilah ancaman ini. [69:33-37]

اللهم انفعنا وارفعنا بالقرآن الكريم،
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك يا أرحم الراحمين.

Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (2)

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

 

Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan membincangkan Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan (Bahagian 2).

Masih ingatkah lagi kesimpulan ini?

Pada siri (1) minggu lalu kita sudah sampai kepada kesimpulan bahawa kejayaan yang sebenar itu adalah milik orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu´ dalam sembahyangnya,
Surah Al-Mu’minun [23:2]

Siapakah orang-orang yang khusyuk di dalam solat? [29:45]

Perbuatan sumbang terhadap sesama manusia. [17:32]

Apakah perbuatan yang membolehkan seseorang menghampirkan diri kepada zina?

* Antara jawapan yang diberikan pelajar.

Sexy, Maksiat, Khalwat, Nafsu, Aurat
Lelaki and perempuan bukan mahram

Hari ini banyak atau tidak perkara ini berlaku? Perbuatan ini ada di mana? Adakah ia masuk ke rumah kita? Adakah kita sudah ambil langkah-langkah pencegahan dengan menyingkirkannya dari dalam hati kita dan menjauhkannya dari rumah kita?

Ini point pertama. Kalau belum boleh tolak fahsha’, maka salat itu belumlah khusyuk.

Apa pula makna mungkar?

Kehidupan manusia di dunia ini terdiri dari dua hubungan. Iaitu hubungan antara Allah dan manusia.

Perbuatan buruk seseorang kepada sesama manusia disebut sumbang. Kalau dengan Allah pula disebut ‘Syirik’ [34:31]

Dalam ayat ini Allah ada menyebut perkataan orang-orang yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu? Orang-orang yang zalim [31:13]

Apakah maksud kenyataan ini? [34:32-33]

“Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya.

Soalan: Hari ini banyak baca Koran atau al-Qur’an?
Koran tu apa?
👉 Surat khabar.

Ini semua adalah perbuatan syirik kerana ia menyebabkan manusia membelakangkan al-Qur’an dan tidak mempedulikannya. Setuju atau tidak?
Setuju.

AlhamdulilLah, jika semua setuju. Apakah ada makna khusyuk dalam salat bagi orang yang melakukan perbuatan sumbang dan syirik?

Apakah makna khusyuk dalam salat yang selama ini kita fahami? [2:45-46]

Lihat ayat 2:45,
Apa kalimah akhirnya?
Apa pula kalimah di awal ayat 2:46?

Cuba perhatikan apa yang hendak saya sampaikan.

Kaedah: Kalimah (الذين) yang terletak di permulaan surah adalah berfungsi sebagai penerang kepada kalimah sebelumnya.

Apabila ditanya siapakah orang-orang yang khusyuk? Jawabnya ialah: [الذين [2:46

Tujuan akhirat itulah yang menjadikan seseorang itu khusyuk hatinya, bertambah amalnya, sahih niatnya dan ada kekuatan untuk membezakan di antara yang hak dan batil.

Apa makna kenyataan ini?

Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) [29:45]

Tadabbur al-Quran

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam salatnya, iaitu orang yang tidak merosakkan hubungan sesama manusia dengan perbuatan sumbang dan tidak mencacatkan hubungannya dengan Allah menerusi perbuatan syirik. Hubungan yang baik dengan Allah dan hubungan yang baik sesama manusia itu hanya dapat dijelmakan apabila seseorang itu memahami al-Qur’an yang dapat membimbingnya meyakini destinasi sebenar yang ditujuinya, iaitu akhirat. [14:3]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا،
والحمد لله ربّ العالمين.

اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا،
والحمد لله ربّ العالمين.

Ya Allah perbaikilah hal ehwal kaum muslimin kesemuanya,
Ya Allah tunjukilah kami jalan Engkau yang lurus,
Ya Allah jadikanlah al-Qur’an sebagai pemekar hati-hati kami,
Ya Allah ajarilah apa yang kami jahil tentang al-Qur’an ini
Dan peringatkanlah kpd kami daripada al-Quran itu apa yang dilupakan daripada kami,
Segala pujian kesyukuran itu adalah wajib bagi Allah, Rabb bagi sekalian alam.

Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (1)

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد

 

Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan membincangkan tajuk Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan.

Kenapa tajuk ini dipilih?

Justeru Islam adalah agama yang sangat prihatin tentang erti kejayaan dalam hidup. Oleh itu setiap hari kaum Muslimin diseru kepada kejayaan.

حي على الفلاح
Marilah menuju kejayaan.

Lafaz ini diseru sebanyak 15 kali sehari! 10 kali di dalam azan dan 5 kali di dalam iqamah.

Maka cara hendak menyahut seruan supaya menuju kepada kejayaan ialah dengan mendirikan solat.

Bagaimanakah rupa salat yang sepatutnya? [29:45]

Apa yang Allah sebut patut dilakukan sebelum mendirikan salat? [29:45]

Apa makna baca itu?

Baca dan faham. Qira’ah untuk semua jenis bacaan (read). Tilawah untuk al-Qur’an sahaja (recite).

Bagaimana kualiti salat kaum Muslimin hari ini. Adakah mereka faham apa yang mereka baca?

Orang yang baca al-Qur’an, faham dan menerimanya sebagai panduan hidup dikenali sebagai golongan mukminun [23:1]

Apa makna Qad? Pasti. Qad dalam bahasa Arab disebut sebagai adat al-tahqiq. Selain itu ada makna taqrib (hampirlah) seperti disebut qad qamat al-salat (hampirlah salat hendak didirikan)

Kejayaan itu adakah kerana usaha atau anugerah? Anugerah.

Kalau begitu terjemahan yang sesuai untuk ayat [23:1] di atas ialah “Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman.” (Setuju dgn terjemahan ini?)

Apakah asas pertama untuk menjadi orang yang beriman? [27:1-2]

Asas pertama untuk menjadi orang beriman ialah memahami al-Qur’an dan mengamalkannya. Salat itu ialah amalan. Sebelum beramal betulkan pemikiran, iaitu dengan al-Qur’an. Supaya manusia menjadi orang yang mengikhlaskan ketaatannya kerana Allah. (Setuju?) [29:45]

Apakah rukun pertama yang diletakkan oleh al-Imam Hasan a-Banna ketika mentarbiyah ahli al-Ikhwan al-Muslimin? Rukun bay’ah yg pertama dlm jama’ah IM ialah AL-FAHM. Apa-apa usaha yang hendak kita mulai mesti dengan faham, bukan ikut-ikutan.

Apabila kita hendak mentawhidkan Allah, ia mesti bermula dengan faham. [47:19]

Apa makna fa’lam?

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka belajar oleh engkau akan al-Qur’an sampai engkau benar-benar memahami bahawa tiada yang berhak engkau serahkan pengabdian diri melainkan hanya kepada Allah
[setuju?]

Kalau begitu bersyukurlah kepada Allah yang telah menurunkan al-Qur’an [18:1]

Apakah asas pertama untuk menjadi seorang yang beriman?

Al-Qur’an adalah kalamulLah. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah, ia mesti memahami KalamulLah. Apabila ia faham kalamulLah, barulah ia boleh mentawhidkan Allah. Apabila ia sudah mentawhidkan Allah dalam setiap sudut kehidupannya, barulah amalannya diterima Allah. Apabila amalannya diterima Allah, sudah pasti ia beroleh kejayaan dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. [Setuju?]

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

Sekian untuk siri pertama ini. Kita sambung lagi pada minggu hadapan di atas tajuk yang sama.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم

Wacana Siri 4 : Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

0

Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

 

Salam, now live from Gizan City,

Segala puji bg Allah, selawat salam kpd Junjungan dan ahlil bayt, salaf dan khalaf yang ikut manhaj salaf hingga kiamat, waba’du

Fiqh politik atau siasah syariah adalah tajuk yang taboo di kalangan umat, dan kitabnya tidak banyak yang khusus dikarang. Sebab utama ia tidak dikarang kerana suasana politik zaman dulu tidak terbuka seperti zaman moden, di mana IPTA sudah menawarkan course dalam Sains Politik dan sejak itu barulah Politik ni dipelajari secara terbuka tanpa lagi rasa takut kpd penguasa.

Antara dua sahabat saya, antaranya Dr Maszlee Malik, UIAM,phD sains poltik dari Durram, wales dan Dr Mujahid Rawa , phD sains politik dari UM, saya dengan Dr Mujahid memang satu usrah selama 5 tahun ketika saya bersama beliau di Universiti Telekom sekarang MMU. Dari dua ni saya banyak belajar fiqh politik, terutama Dr Mujahid kerana dia memang dibesarkan dalam keluarga mursyid pertama PAS, Ustaz Yusof Rawa dan Dr Maszlee kami ada usrah selama 2 tahun sebelum saya datang ke Saudi Arabia.

Manakala pengalaman politik secara on the ground saya tidak ada, sebab academician, manakala Dr Mujahid selepas resign dari TM, menyertai PAS dan sekarang adalah MP parit buntar dan rata-rata orang parit buntar dan bintang politik beliau amat cerah. Adapun Dr Maszlee, dia academician seperti saya, dia di UIAM, namun pandangan-pandangan beliau dalam politik antara yang dicari oleh media untuk mengupas isu-isu politik semasa. Maka kalau tahu ilmu praktikal politik, wacana yang bagus ialah dari mereka berdua.

Ok, balik kepada topik kita Fiqh Politik dalam AQ dan sunnah

 

Istilah

Fiqh=ilmu amali agama. Politik = mengurus, memimpin rakyat

Maka fiqh politik ialah ilmu untuk mengurus dan mentadbir rakyat untuk kesejahteraan mereka. Manakala dalam islam ialah ilmu untuk mengurus tadbir negara dalam rangka mentaati Allah swt.

 

Isu pertama: politik ni isu akidah atau isu muamalat

Di Saudi arabia, politik adalah isu akidah dan usyul sunnah, manakala jumhur ulamak, ia adalah isu muamalat, yakni hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan penguasa. Isu apakah politik usyul akidah vs muamalat telah melahirkan kelompok salafi syadid, di mana mereka amat keras dalam isu ini kerana menganggapnya sama dengan tauhid dan ini adalah satu kesilapan

Manakala dalam Ikhwan, melalui pengalaman saya dulu dgn mereka, politik adalah Usyul dalam Fikrah sahaja. di mana Ikhwan menetapkan usyup pertama dalam fikrah ialah Islam itu syumul termasuk Politik dan kenegaraaan, manakala PAS juga meletakkan politik sebagai isu usyul agama dan menjadikan politik islami sebagai teras perjuangannya

Jadi, macam mana nak keluar dari isu ini, apakah politik usyul akidah atau termasuk sebahgian fiqh muamalat Islam. Maka kalau kita kembali kpd susunan agama kita, politik bukan usyul akidah, namun, kita hormati khilaf ini.

 

Isu kedua: apa rahsia nabi tidak menunjukkan sistem Politik kpd umatnya, baginda wafat dengan meninggalkan ruang kosong dalam politik, yakni fiqh mengganti baginda sebagai ketua kerajaan. kenapa baginda senyap tanpa menyebutnya?

Kata Qardhawi, ia petanda politik adalah muamalat Islam dan terbuka kepada ijtihad sepenuhnya dan bukan usyul akidah. Bila nabi wafat, tiada wasiat atau petunjuk yang jelas, tapi para salaf meninggalkan jenazah nabi untuk melantik pengganti, menunjukkan ia suatu muamalat yang amat penting. Mereka tinggalkan jenazah nabi selama 3 hari kerana sibuk dengan urusan politik melantik pengganti Nabi nabi wafat isnin dan dimakamkan pada rabu.

Syiah antara yang keluar dari isu ini, mereka mendakwa politik adalah sistem warisan dan nubuwwah, yakni politik adalah penerusan dari ahlil bayt secara wahyu dan kemaksuman, maka syiah telah sesat dalam politik dan ini adalah firqah pertama yang sesat kerana politik kerana mengaitkan politik debgan akidah dan nubuwwah. Manakala Khawarij adalah kelompok kedua selepas syiah yang sesat kerana mereka amat keras dalam politik dan mudah keluar dari ketaatan, aliran khawarij dihidupkan oleh Hizbu Tahrir.

 

Pelantikan Abu Bakar

Dari kewafatan Nabi tanpa wasiat dan sistem politik, maka perlantikan abu Bakar sebagai pemimpin pertama itu adalah asas politik Islam yang dinamakan sistem Khalifah. Khalifah adalah pengganti Nabi dan ketua kerajaan umat Islam yang dipilik oleh rakyat, dibaiah 100% dan pemimpin itu adalah yang terbaik dari semua manusia ketika itu, ini adalah asas suatu sistem politik yang baru yang tidak dikenali sebelum ini.

Kemudian Abu Bakar memilih Umar sebagai putra mahkota secara lantikan terus, ini juga satu cara politik Islam, seterusnya Uthman dipilih oleh satu panel calon dan mereka mengundi secara rahsia. Ini juga sistem politik Islam, dan Ali agak kontroversi, di mana dia mengambil alih kepimpinan berdasarkan ijtihad dirinya sendiri. Ini juga satu metod dalam politik Islam. Maka khalifah ar-rasyidin yang 4 membentuk sistem politik Islam yang ideal, tapi amir muawiyah memutuskan cara itu tidak stabil, maka beliau berijtihad kembali menggunakan sistem lama, iaitu kerajaan dinasti kaum atau kabilah.

Kata shah waliyullah dihlawi, satu zaman dengan imam ben wahab saudi, mengatakan, khalifah rasyidin itu hanya sekali sahaja berlaku dan ia tidak akan berlaku lagi kerana :

Ia ada ciri divine atau kewalian, di mana Abu Bakar dan Umar ada pertalian bapa mertua nabi, Uthman, menantu Nabi kepada dua putrinya, manakala Ali juga adalah menantu. Hubungan melalui perkahwinan itu menjadi 4 khalifah ni tidak lagi dapat wujud sampai bila-bila.

 

Isu ketiga: apakah politik ni ada banyak nas syarak?

Jawabnya tidak banyak, melainkan Islam hanya meletakkan dasar-dasar politik sahaja seperti keadilan, menghapuskan kezaliman dan menetapkan hukum pidana.

Khalifah yang 4 dilantik melalui 4 proses juga menunjukkan politik islam tidak ada cara yang khusus untuk melantik ketua, ini bukti Nabi saw memberi flexibility kepada umatnya dalam politik berbanding akidah dan ibadah di mana Nabi amat ketat sampai toilet pun nabi ajarkan, tapi dalam politik walaupun penting, Nabi biarkan kepada umatnya.

Ini adalah hujah kepada syiah, bahawa tiada wasiat yang Ali telah dilantik tapi sahabat besar telah menghapuskan wasiat tersebut dengan teori konspirasi sahabat. Juga hujah kepada Hizb Tahrir, bahawa sistem khalifah atas minhaj nubuwwah itu hanya wujud 30 tahun sahaja dengan berakhirnya Ali, manakala sistem selepas itu adalah sistem biasa sahaja, yakni monarki.

 

Isu keempat: isu kenegaraan islam

Apakah negara islam atau daulah itu ada definasi yang khusus?

Jawabnya tidak ada, negara Islam ialah simple sahaja, ia didiami oleh orang islam, pemimpinnya islam dan mereka minima mengerjakan rukun Islam 5 waktu dengan aman (albani)

 

Isu kelima

Manakala PAS dan HT, Ikhwan, mendefinasikan daulah islam adalah daulah hakimiyah, iatu mesti khilafah, amir mukminin, kepimpinan ulamak dan tertegakknya Hudud, ini adalah suatu definasi yang diada-adakan.

 

Isu keenam: apakah sistem yang ada menepati politik Islam?

Harus, ini kerana sejak purbakala manusia hanya tahu sistem Diraja, sistem paling kuno, tetapi Islam tidak mengkritik sistem Diraja dan ia kekal sampai sekarang, begitu juga monarki, yang berdasarkan kabilah juga diterima islam, seperti kerajaan saudi, hasyimiah di jordan dan kesultanan brunei dan emirate di GCC

Kesultanan tidak banyak yang dikriik, tapi yang dikritik hebat ialah demokrasi. HT, maudoodi dan ulamak saudi mengharamkan demokrasi secara total tapi tidak mengkritik sistem diraja dan monarki. Manakala ulamak yang menghalalkan demokrasi ialah Dr Muhammad Imarah, Mustafa alZarqa’ dan Dr Qardhawi dan menganggapnya inilah yang terbaik buat masa ini di mana manusia memilih pemimpin yang disukainya melalui undian.

Demokrasi yang dimaksudkan oleh Qardhawi ialah demokrasi terpimpin, bukannya Liberal demokrasi yang dianuti di Barat. Qardhawi mennganggap demokrasi adalah baiah rakyat secara automatik kepada pemimpin dan parti untuk membentuk kerajaan dan ia adalah jalan selamat dari proses menukar kerajaan dengan senjata yang diamalkan di negara arab. Cuma kritik beliau, demokrasi tidak dapat dilaksanakan di negara islam kerana wujudnya penipuan dari SPR dan pemimpin sedia ada, itu musuh demokrasi.

 

Isu ketujuh: ialah demonstrasi

Ada dua aliran, salafi tidak menyukai dan mencela demonstrasi, manakala gerakan islam dan HT anggap ia adalah hak kebebasan dalam Islam dan demokrasi.

Yang sahih: Demonstrasi adalah harus, dlihat kepada tujuan dan cara ia dilaksanakan, apa ada keganasan, merosakkan harta benda dan menyusahkan banyak pihak.

Demi yang pertama berlaku dalam sejarah ialah Nabi suruh sahabat yg mengerjakan tawaf membuka bahu kanan ketika tawaf dan kekal hingga kini sebagai demo kepada quraish akan kekuatan islam.

Demo yang berlaku di kediaman Uthman ra, di mana Uthma tidak melarangnya. Ketika Ali dan Hasan serta Husin masuk menemuinya untuk meminta izin menyuraikan demo tersebut, Uthman kata, biarkan kerana aku tak ada silap, dan aku dah jawab semua soalan mereka. Demo khawarij di kufah seramai 12K kerana membantah Tahkim. Ali hantar Ibn Abbas untuk dialog. Demo aisyah, Talhah dan zubair di mekah kepada pembunuhan Uthman dan demo muawiyah di siffin menuntut darah uthman. Maka demo ni ada asasnya dalam Islam sejak zaman salaf.

 

Isu kelapan: isu fiqh Nasihat kpd penguasa

Apabila berlaku salahguna kuasa oleh pemimpin, maka politik Islam tidak ada cara yang jelas bagaimana nak buat koreksi kepada pemimpin.

Cara salafiyah: fiqh nasihat secara rahsia dengan menarik tangannya dan memberi nasihat secara secara sirii, haram menegur pemimpin secara terbuka. Cara khawaroij dan Hizb Tahrir, semua laku penguasa hendaklah ditegur secara terbuka kerana salaf menegur khalifah secara open. Kata dr qardhawi, fiqh nasihat tarik tangan tidak releven kerana penguasa yang ada sekarang tidak lagi sama dengan penguasa di zaman salaf, mereka mendengar nasihat ulamak. Jadi isu ini lkhilaf bukan mutlak kena tarik tangan dan nasihat. Ia melihat kepada uruf dan keberkesanan

 

Isu kesembilan: Fiqh Taat

Ada dua pendapat yang ketara. fiqh salafiyah, fiqh taat adalah usyul iman atau akidah, siapa yg tidak taat terjejas akidahnya kerana ketaatan kepada pemimpin adalah sebahagian dari dasar tawhid (syaikh Barjas KSA, Muamalat al-Hukkam). Manakala dalam pendapat jumhur, ketaatan kepada ketua bukan isu akidah dan tauhid.

Ketaatan kepada ketua adalah ketaatan bersyarat selagi dalam perkara makruf sahaja. Isu ini menjadi masalah bila ketaatan dianggap akidah, maka siapa yang berada dalam parti pembangkang, maka automatik mereka tidak lagi taat.

 

Isu kesepuluh kedudukan Hizbiyah atau partai politik dalam demokrasi

Sini ada dua pendapat, salafiyah tidak membenarkan parti politik kerana ia akan membiakkan faham khawarij dan terbukti di saudi, tak ada langsung parti politik dan NGO politik. Manakala qardhawi, parti politik adalah harus sebagaimana penubuhan mazhab dan tareqat jika mereka mengikut lunas agama dan peraturan negara dalam berpolitik

 

Soalan :

 

Q1. Mohon pencerahan kenapa ijtihad ali utk ambil alih pimpinan di anggap kontroversi.

Ali dibaiah oleh penduduk Madinah sebaik sahaja uthman terbunuh dan Ali dengan berat hati menerimanya. Cara Ali dibaiah dinamakan baiah satu bandar mewakili semua bandar lain, syriah dan Iraq

 

Q2. Adakah di malaysia sekarang bilamana mufti berkata haram jatuhkan kerajaan maka ianya telah mengambil jalan akidah?

Mufti mana?, Dalam demokrasi, peluang nak jatuhkan kerajaan adalah harus setiap 5 tahun. Maksudnya, haram menjatuhkan kerajaan selain dari peti undi.

 

Q3. Adakah berdemonstrasi itu bersalahan dengan syara`?

Demonstrasi atau muzhaharoh (مظاهرة ) ialah menzahirkan perasaan akan sesuatu kepada pemerintah, baik isteri kepada suaminya, pekerja kepada majikannya dan rakyat jelata kepada pemerintahnya. Ia tidak bercanggah dengan syarak kerana demo adalah suatu media atau alat, ia boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Demo seperti pisau di dapur, ia boleh utk memotong sayur, daging dan buah, pisau yang sama juga dapat digunakan utk membunuh. Maka demo dapat digunakan utk kebaikan dan juga kemusnahan.

Hukumnya: demonstrasi adalah mubah.

Dalilnya banyak:

أفضلُ الجهادِ كلمةُ عدلٍ عند سُلطانٍ جائرٍ – أو أميرٍ جائرٍ – الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : الألباني المصدر : صحيح أبي داود الصفحة أو الرقم: 4344 خلاصة حكم المحدث : صحيح

Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang benar terhadap penguasa atau amir yang zhalim.

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai penolong seorang pun selain Allah sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)

Sample demo:

  1. Semasa melakukan umrah selepas hudhaibiah, para sahabat membuka bahu ketika tawaf, demonstrasi kekuatan kepada org quraish.
  2. Demo di rumah uthman al-affan.
  3. Demo aisyah, zubair dan Talhah kpd kepimpinan Ali di Jamal.
  4. Demo Muawiyah di siffin.
  5. Demo penduduk Madinah kepada perlantikan Yazid.
  6. Demo puak Khawarij di Harurah Kufah, 8000 orang

Rumusan:

  1. Demo yang fasid ialah yang bersifat merusak keamanan.
  2. Demo yang baik ialah jika itulah caranya untuk menyampaikan mesej kepada penguasa yang zalim.

 

Q4. Adakah hadits orang yang sokong pemerintah yang pembohong dan zalim Rasulullah tak mengaku sebagai umat?

إنه سيكونُ عليكم أمراءُ يَظلِمونَ ويَكذِبونَ فمن صدَّقهم بكذِبِهم وأعانهم على ظُلمِهم فليس منِّي ولستُ منه ولا يَرِدُ عليَّ الحَوضَ ومن لم يُصَدِّقْهم بكَذِبِهم ولم يُعِنْهم فهو منِّي وأنا منه وسَيَرِدُ عليَّ الحَوضَ. الراوي : حذيفة بن اليمان المحدث : الهيثمي المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 5/251 خلاصة حكم المحدث : أحد أسانيد البزار رجاله رجال الصحيح ورجال أحمد كذلك

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh”. (HR Imam Ahmad dalam musnadnya. Syeikh Syu’aib al-Arna’uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim, al-Haithami, sahih)

ومَن غشَّنا فليس منَّا. الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم:101

Barangsiapa yang menipu kami, maka ia bukan termasuk golongan kami. HR Muslim, 101

 

Q5. Pemerintahan, maksud dan jenisnya. Apa definisi pemerintah dalam Islam? Pemerintahan dalam konteks Malaysia? Dalam konteks Malaysia , jika berlaku perbezaan antara raja dan kerajaan dipilih, kita wajib taat pada siapa?

a. Definisi Pemerintah dalam Islam. Pemerintahan adalah semua urusan utk memenuhi keperluan/kemaslahatan rakyat. Konsep pemerintahan Islam adalah sebagaimana dijelaskan dalam nash Al-Qur’an, yakni pada surat An-Nisaa’ ayat 58-59. Bahwa pemerintahan Islam berdasarkan kepada tiga aturan penting yakni taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Taat kepada yang memegang kekuasaan di antara umat dan mengembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya, jika terjadi perselisihan dengan pihak yang berkuasa.

b. Pemerintahan dalam kontek Malaysia. Raja berpelembagaan – dwi system: Raja dan Perdana menteri, check n balance. Modelnya ialah UK.

c. Jika berlaku pertembungan antara institusi Raja dan Kerajaan, siapa yang wajib di taati? Jawab : Lihat kepada isu dan sejauh mana jelasnya isu yang menjadi krisis, apa puncanya. Maka jika jelas rakyat boleh mentaati salah satu, sebagaimana ada dua kerajaan di zaman Ali, ada dua kerajaan di zaman yazid bin Muawiyah. ada rakyat yg memihak dan ada rakyat yg berkecuali.

 

Q6. Adakah wujud rukhsah terhadap ketaatan kepada pemerintah? Adakah dikira sebagai khawarij sekiranya tidak mentaati pemerintah?

Memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat…”. (Muhammad Tahir ibn ‘Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun).

Ia akan membawa kekecohan iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik. Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu. Sejarah hitam kafir mengkafir di Malaysia ini adalah hasil dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian. (ruj: drmaza.com)

Manakala salafiyah, kata ia usyul akidah atau usyul sunnah. Yang benar, ia maslahah siyasiyah (kemaslahatan politik) atau rule of thumb, hokum cause n effect. Ia bukan isu rukhsah, kerana rukhsah dalam isu lain. Negara perlukan pemerintah dan pemerintah perlukan ketaatan atau loyalty untuk berfungsi macam kereta perlukan gearbox, kalau tidak, engine tak ada makna walaupun 800 HP. Kerajaan yang kuat memerlukan simple majority rakyat yang taat untuk mampu menjalankan pemerintahan.

b. Isu Khawarij lain, ia adalah suatu aliran kekerasan terhadap pemerintah mereka keluar menentang dengan kekuatan military dan kerajaan diharuskan menghancurkan mereka dengan kekerasan. Maka garis pemisahan antara khawarij dan ketidaktaatan ialah penggunaan senjata terhadap pemerintah yang sah.

 

Q7. Apa hukum kaum Muslimin memilih pemerintah daripada kalangan bukan Muslim? Perlukah kaun Muslimin taat kepada pemerintah kuffar?

Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (Post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:

Ali-Imran [118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai).

Walaubagaimana pun kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa, terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut. Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )

Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :

لا يَنْهَاكُمُ الله عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ الله يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

Jika Muslim sebagai minority dalam negara bukan Islam, memang kena taat sekadar makrufla.

 

Q8. Apakah ciri-ciri pemerintah yang zalim?

Apa maksud zalim:

“Dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” 2:229

Al-Ahzab ayat 72:

“Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”;

Segala sesuatu tindakan atau perbuatan yang melampaui batas, yang tidak lagi sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya.

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.” [Surah al An`am: 129]

Penguasa yang zalim lantaran ia banyak penyimpangan dan pelanggaran, fasiq, korup, otoriter, kesesatan, kufur, menentang hukum Allah Azza wa Jalla. Selalu ada sejak pasca masa-masa khulafa’ur rasyidin hingga sekarang. Mereka memusuhi ulama dan para da’i Islam, bahkan mengejar, mengirim mata-mata, memenjarakan dan membunuhnya, namun ada pula yang justru ‘dibeli’ untuk kepentingan status quonya.

Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan.” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur, 8: 74)

 

Q9. Cara menasihati pemerintah; secara tertutup atau terbuka?

Agama adalah nasehat.” Para sahabat bertanya, “Untuk siapa wahai Rosululloh.” Maka di antara jawaban beliau, “…Untuk para pemimpin kaum muslimin…” (HR. Muslim)

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسَلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَا نِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُو بِهِ، فَإْن قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ
الراوي : عياض بن غنم المحدث : الألباني المصدر : تخريج كتاب السنة. الصفحة أو الرقم: 1097 خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Barangsiapa hendak menasihati pemerintah tentang sesuatu, janganlah dia lakukan dengan terang-terangan. Akan tetapi, hendaknya dia ajak dan menyendiri dengannya. Jika diterima, itulah yang diharapkan. Jika tidak, sungguh ia telah menunaikan apa yang menjadi kewajibannya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya, sahih oleh albani)

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan, albani, sahih).

Cara terbuka atau tertutup dilihat kepada uruf, namun tidak boleh melampaui dan mengaib.

 

Q10. Apakah manhaj politik Islam?

“As-Siayasah” (politik) dialah hakikat Islam, karena makna siyasah sendiri adalah mengatur kemaslahatan umat dengan hal-hal yang tidak bertentangan dengan kitabullah dan Sunnah rasulNya. Dalam merealisasikannya diperlukan suatu manhaj, ilmu ataupun orang-orang yang faham kemaslahatan umat. Para ulama Islam telah mengarang berbagai macam literatur siayasah syar’iyyah (politik dalam syariat Islam) diantaranya: buku al-ahkam as-Sultaniyyah karya al-Imam Al-Mawardi, As-Siyasah As-Syar’Iyyah karya Ibn Taimiyyah dan Abu Ya’la al-Musili dan At-Turuq al-Hukmiyyah karya Ibn Al-Qayyim dan sebagainya yang keseluruhannya menerangkan bahwa Islam memiliki manhaj Politik. Islam merupakan agama seluruh nab atau sunnah

Manhaj politik Islam: Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair, watan ataupun kerajaan dan umat. Usyul Asrin no 1.

risalah Ikhwan, rukun kefahaman

 

Q11. Apa pandangan Islam jika pemerintahan ditadbir melalui sistem demokrasi, sosialis, sistem beraja, teokrasi dan selainnya, tetapi mengekalkan perundangan Islam?

Harus, asalkan ada: fiqh siyâsah adalah sebagai berikut:

  1. Siyâsah Qadlâ`iyyah; keHakiman.
  2. Siyâsah `Idâriyyah; jentera pentadbiran
  3. Siyâsah Mâliyyah;
  4. Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah.

ref: Ibn taymiyah, syaikhul islam, siasah syar’iyah, tahqiq syarh syaikh othaimin

 

Q12. Adakah konsep “less evil” boleh diterima pakai dalam memilih pemerintah?

إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Sesungguhnya tidak masuk surga kecuali jiwa muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan dien ini dengan laki-laki fajir.” 

Ali B. Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

لا يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا : يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم آمنا حتى يأتيه أجله

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk/jahat).”

Ada yang bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar/boleh diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk/jahat)?”

‘Ali menjawab:

“Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.”.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

rumusan, less evil or evil boleh jadi leader dalam Islam

 

Q13. Adakah pemerintahan cara ISIS boleh dijadikan ikutan?

ISIS tidak dikenali siapa di belakangnya kemungkinan al-Qaedah. seluruh negara arab tolak ISIS termasuk Dr Qardhawi, YDP majlis ulama sedunia dan majlis fatwa KSA.

 

Q14. Permasalahan orang Muslim yang menjadi tentera di negara kufar (Contoh: tentera Muslim di England yang berperang dengan negara Islam Turki), apa hukumnya kepada tentera Muslim itu dan kaedah penyelesaiannya?

Tengok perang apa sebab Turki pun eropah.

 

Q15. Bagaimana yang dikatakan sistem khalifah akan muncul kembali di akhir zaman?

Dalil hadith

تكونُ النُّبُوَّةُ فيكم ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةٌ على مِنهاجِ النُّبُوَّةِ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا عاضًّا، فتكونُ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فيكونُ ما شاء اللهُ أن يكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةً على مِنهاجِ نُبُوَّةٍ . ثم سكت . . . الراوي : النعمان بن بشير المحدث : الألباني المصدر : تخريج مشكاة المصابيح الصفحة أو الرقم: 5306 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة، وحسنه الأرناؤوط

“Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Kenabian akan menyertai kalian selama Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkat kenabian itu bila menghendakinya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian dalam waktu Allah menghendakinya. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya. Kemudian akan datang kerajaan yang menggigit dalam waktu yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya dan diganti dengan kerajaan yang memaksakan kehendaknya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian. Lalu Nabi saw diam”. (HR Ahmad)

فيه نظر، وقد نقل العقيلي في الضعفاء(323- ج2/ص66)، وابن عدي في الكامل(525)، كلام الإمام البخاري وقال ابن عدي(525): ولحبيب بن سالم هذه الأحاديث التي أمليتها، قد خولف في أسانيدها، وليس في متون أحاديثه حديثٌ منكر، بل قد اضطرب في أسانيد ما يروى عنه.

Status hadith: hasan di sisi mutaakhirin , antaranya al-Albani dan syaikh Syuaib, dha’if di sisi Mutaqaddimun dengan kalimah dalam sanadnya kena berhati-hati pada perawi habib bin salim menurut al-Bukhari, ibn adiy dan al-Uqaili.

Fiqh hadith: Sistem khalifah tidak lagi muncul kerana kalau anda cermati dalam matannya, dinyatakan oleh Nabi saw ada 5 fasa kepimpinan: nubuwwah, khulafa arrasyidin, dinasti, dan kezaliman dan fasa ke lima, ia muncul kembali. Kata Ibn Rajab, jami’ al Uloom, fasa kelima itu sudha berlalu, yakni zaman Umar Abdul Aziz ra (جامع العلوم والحكم (ج 28 / ص 18

 

Q16. Adakah memang wujud/perlu majlis syura, dan kita lihat di Malaysia, PAS pernah mengadakan dasar pandang ke IRAN secara tidak rasmi, lantas memperkenalkan kepimpinan `ulama’ walaupun kita tahu Syi`ah tersesat

a. Syura mmg ada dalam syariat kita, dalil:

Ibnu al-Arabi al-Maliki mendefinisikannya dengan berkumpul untuk meminta pendapat (dalam suatu permasalahan) dimana peserta syura saling mengeluarkan pendapat yang dimiliki [Ahkam al-Quran 1/297].

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

b. Isu Kepimpinan Ulama dalam PAS.

Adakah konsep kepimpinan Ulama’? Jawabnya ya dalam agama dan tidak dalam leadership atau kepimpinan Negara.

Dalil:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri di antara kalangan kamu.” (An Nisa: 59)

Ulama berselisih akan siapa ulil amri dikalangan kamu. Ada tiga pendapat, ulil amri adalah pemerintah Negara, ini pendapat majority termasuk Imam Syafi’iy, Kedua: ia adalah ulama, ia pendapat Mujahid dan Hasan al-Basri. Manakala pendapat ketiga ialah ulil amri adalah keduanya umara’ + ulama (pemerintah dan ulama) ini pendapat Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim( Ibn Hajar, Fathul Bari, Jld 9). Pendapat Ibn Qayyim ini dipakai oleh Muhammad Abdul Wahab dan dilaksanakan di Saudi Arabia. Ia juga pendapat syaikh Rashid Ridha dalam tafsir al-Manar.

Maka kepimpinan Ulama’ ni memang ada asas bukan syiah sahaja. Syiah mengamalkan konsep wilayatu faqeeh, bermaksud kepimpinan ulamak yang melampaui batas, yakni ulamak yang divine atau ada unsur kesaktian, maksum dan masih menerima wahyu dari Allah SWT. Maka PAS tidak amalkan konsep tersebut melainkan mereka amal pendapat Mujahid dan Hasan Basri. WA

 

Q17. Salahkah menjatuhkan kerajaan/pemerintah sedia ada melalui peti undi?

Tidak, sebab itulah tujuan demokrasi, pergiliran kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah. Apakah Malaysia dapat menyaksikan proses pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat disaksikan, namun di Negara seperti Indonesia, ia sudah mula berlaku. Yang salah ialah menjatuhkan dengan revolusi dan keganasan.

 

Q18. Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem pemerintahan khilafah?

HT atau Hizh Tahrir atau Parti Pembebasan yang diasaskan di Palestine oleh syaikh Taqiyudin anNabhani (w.1977), alumni al-Azhar, di Jurusalem pada tahun 1953. Visi utama HT berbeda dari yang lain ialah Khalifah adalah fardhu ain dan siapa yg tidak menegakkan adalah kafir. Dalil mereka:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (44) [المائدة : 44]

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS Al Maidah : 44)

Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij supaya ditegakkan syariat atau hudud, cuma HT menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.

Kesalahan HT:

  1. Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 4:44, ia satu kesalahan, ayat itu ditujukan khusus kepada Yahudi dan bukan mendirikan khalifah
  2. Bagaimana cara melantik khalifah sekarang? Kerana Nabi tidak menunjukkan jalan utk berbuat demikian. Ini kerana Nabi wafat dalam keadaan tidak ada sebarang wasiat utk jawatan khalifah, jawatan pun Nabi tak sebut apa titlenya.
  3. Tidak wujud system pemerintahan ala khalifah. Yang disyariatkan ialah system Syura bukan khalifah. System syura maksudnya urusan Negara diputuskan oleh gabungan amir dan senat atau majlis syura.
  4. Mereka menggunakan hadith Ahmad, akhir zaman akan wujud khilafah atas minhaj kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang sahih menurut ibn Rajab, fasa kelima minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman khilafah Umar bin abd Aziz.

 

Q19. Apakah sistem pemerintahan yang paling ideal menurut Q&S?

Tidak ada, yang ideal ialah system pemerintahan yang menggunakan system syura

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

Nabi tidak menunjukkan petunjuk siapa pengganti dan Nabi tidak ajar cara melantik successor atau pengganti baginda, ini menunjukkan tiada sistem politik yang ideal dalam Islam.

  1. Abu Bakar ra dipilih melalui syura antara Muhajirin dan Ansar, dua kaum utama Negara islam
  2. Umar ra di pilih melalui lantikan terus oleh pemimpin yg masih memerintah, system putra mahkota
  3. Uthman ra dipilih dari satu panel calon presiden
  4. Ali ra diberi bai’ah oleh penduduk Madinah mewakili seluruh empayar atau commonwealth.
  5. Amir Muawiyah ra menggunapakai sistem Kabilah sebagai parti yang memerintah, pemimpin mesti dari kabilah. Ini diamalkan di Saudi Arabia, pemimpin dari Kabilah al-Saud.

 

Q20. Adakah Islam sebagai agama wahyu memiliki dasar-dasar politik dan pembentukan entiti politik sebagai sebahagian daripada teras ajarannya?

Politik ada dalam Islam, di bawah Muamalat atau fiqh Interaksi dan memiliki dasar-dasar yg jelas:

  1. Amanah
  2. Keadilan
  3. Fiqh Taat
  4. Fiqh Nasihat
  5. Fiqh Syura

Ref: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama` al-Muslim Allazi Nansyuduhu, cet. pertama, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1993).

Dr Salem el-Awaa, naib YDP Majlis Ulama sedunia, Fi Nizam al-siyasi, liDawlah al-Islamiah (في النظام السياسي للدولة الإسلامية، الطبعة الأول)

 

Q21. Islam agama rahmat bagi seluruh alam. Bagaimana keadaan mereka yang belum memeluk Islam mendapat tempat di negara Islam? Adakah mereka diberi hak yang sama seperti mereka yang beragama Islam?

Ini isu yg khilaf, majoriti ahli fiqh menetapkan warga negara bukan Islam mendapat hak yang sama dengan muslim cuma dalam isu jawatan penting seperti Ketua kerajaan dan timbalannya. Antaranya Maudodi, Dr abdul Karim Zaidan dan Dr Qardhawi. Apa yang diamalkan di Malaysia adalah menepati pendapat tersebut dan non-muslim memang memegang jawatan menteri cabinet dan wakil rakyat.

19-2 Dalil ayat yang menjadi punca khilaf:

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik AQ 24:55

Maka jika kekuasaan di tangan Islam maka hendaklah digubal dasar dan system yg menepati kehendak agama, bahawa kepimpinan hendaklah di tangan orang Islam.

 

Q22. Boleh jelaskan tentang konsep bertahaluf secara jelas?

Khilaf di kalangan ulamak politik: Haram menurut prof Muhammad Qutb dan harus menurut Prof Qardhawi dan Dr Munir Ghadban.

1) Tahalluf siasi bermaksud ‘kerjasama politik’ di mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain utk membina sebuah kerajaan. Idea tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: ” Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati.” Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya di Egypt.

2) Perkongsian kuasa ialah perkongsian dalam memerintah sesebuah negara jika parti yang memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3 majoriti) dalam sistem demokrasi.

3) Tahalluf siasi yang dibenarkan syara’ ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syara’, contohnya akidah dan perundangan (hudud). Dalilnya: Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

4) Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang ialah apa yang diamalkan oleh BN di mana UMNO bergabung dgn parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen. Manakala tahaluf siasi dilakukan oleh PAS dengan menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif untuk mendapatkan kuasa politik.

Ruj:

  1. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
  2. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
  3. syarh Risalah Ta’alim oleh Sa’iid Hawa
  4. Fiqh Seerah oleh syaikh Muhammad al-Ghazali
  5. Fiqh Seerah oleh TG Hj Abd Hadi Awang
  6. Qaul qadim di AFN

 

Q23. Boleh bagi contoh politik kerajaan manakah yang menghampiri manhaj politik menurut Q&S setelah kewafatan baginda ﷺ?

30 tahun pertama, zaman Abu bakr, Umar, Uthman dan Ali semuanya ra. Selepas tu zaman ummayah, khususnya era Umar abdul Aziz. Selepas itu era Abbasiah kecuali era Muktazilah. Selepas itu era Othmaniah. Sekarang kerajaan Saudi kerana menjaga tawhid dan hudud kekal di arabia

 

Q24. Apakah keutamaan dalam Q&S apabila sebuah parti Islam & pakatan mesra Islam membentuk kerajaan?

Syarat2 tahalluf:

Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merealisasikan tujuan yang di maksudkan, mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Dasar dari sunnah:

  1. Nabi bersama abu Thalib
  2. Nabi bekerjasama dgn King Negus Ethiopia
  3. Kerjasama dengan beberapa kabilah utk mengukuhkan negara madinah dari serangan Quraish, antaranya Kabilah bani Bakar

 

Q25. Adakah demokrasi yang diamalkan kini sesuai dengan Islam?

Hukum demokrasi. Ada tiga system je di dunia sekarang:

1. Monarki. Sistem satu pemerintah yg tertua dan bersifat absolute, baik system diktator, Raja atau emir. Kuasa milik mutlak satu orang atau sesebuah keluarga.

2. Demokrasi, ini paling popular sudah wujud sejak abad ke 5 SM. Slogannya, dari rakyat kepada rakyat, rakyat pilih penguasa dan perwakilan rakyat dan mereka memperhambakan diri kepada rakyat.

3. Islam adalah antara keduanya: tidak monarki dan tidak demokrasi, pemimpin di beri bai’ah oleh rakyat. Namun sistem politik islam ni tidak berkembang kerana selepas 30 tahun, umat islam menyaksikan sistem politik kembali kepada Monarki. Setelah begitu lama dalam monarki, demokrasi mula mendapat tempat dalam negara OIC.

Sikap ulama terhadap demokrasi ada tiga:

  1. Haram mutlak, seperti Saudi Arabia dan kebanyakan salafiyah dan Maulana Maudoodi
  2. Harus bersyarat seperti Qardhawi, salil el awa
  3. Harus secara mutlak, islam Liberal

Maka demokrasi yang diamalkan di Malaysia masih belum disahkan oleh fuqaha’ demokrasi bersyarat atau demokrasi yg mutlak. Belum ada kajian rasmi setakat ini.

 

Q26. Pada pendapat tuan, adakah menggugurkan prinsip Islam tertentu boleh diterima sebagai satu ‘strategi’ untuk mencapai kemenangan?

Kena perincikan maksud “prinsip” tersebut

 

Q27. Jika kita sorot kembali kepada sirah Nabawiyyah, Rasulullah ﷺ sering mengajak manusia kepada penyembahan Tuhan yang satu. Juga Rasulullah ﷺ sering memberi harapan kepada umat manusia agar sentiasa kembali kepada Allah. Soalannya: Dalam Q&S apakah yang lebih aula: Sentiasa mengajak & mempamerkan keindahan Islam dengan sistem kebajikan, ATAU keutamaan diberikan kepada hukuman?

Materi dakwah Rasulullah saw variasinya mengikut suasana dan siapa yg baginda seru, tapi sentiasa dalam tiga tema:

  • Akidah
  • Syariat
  • Akhlak

dalam surat An-Nahl ayat 125. Artinya :

” Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik, sesengguhnya Tuhanmu Dialah yang maha tahu tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya,

Dr Abdul Kareem Zaidan, Usyul dakwah, Pustaka salam

 

Kelas 2 : Aqidah Salaf

0

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، نشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kebirukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

 

قال تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ) [آل عمران : 102]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

قال جل وعلا : (ِيَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)[ النساء : 1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

 

قال جل ثنائه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا)[ الأحزاب : 70-71]

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

أما بعد :

فإن أصدق الحديث كتاب الله جل وعلا، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-diakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.

وبعد

 

Insha Allah, perkongsian kali ini ana kedepankan 4 point.

 

13) “Dan tidak boleh diiktiqadkan Allah mempunyai mana-mana anggota tubuh, juga ketinggian, lebar, tebal, nipis dan seumpamanya yang mempunyai keserupaan dengan makhluk”. Kalam sebegini tidak terdapat didalam al-Quran dan as-Sunnah, tidak juga terdapat daripada 3 kurun terbaik (as-Salaf as-Soleh). Akan tetapi ia terdapat daripada gaya bahasa golongan al-Mutakallimin.

Sesungguhnya Allah tidak sama dengan makhluk.

Dalil penafian yang Allah tidak sama dengan makhluknya :

قال الله تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ)[الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (رحمه الله) didalam kitab (منهاج السنة النبوة 2/523) :

Jalan generasi Salaf dan para imam-imam mereka menyifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan pada-Nya sendiri dan dengan apa yang Rasul-Nya sifatkan pada-Nya tanpa mengubah makna (تحريف), tanpa menafikan sifat Allah (تعطيل), tanpa menggambarkan rupa bentuk (تكييف), tanpa menyamakan dengan sifat makhluk (تمثيل).

Menetapkan sifat Allah tanpa menyamakan dengan sifat makhluk, menyucikan Allah tanpa menafikan sifat-Nya, menetapkan sifat-Nya dan menafikan dari disamakan dengan makhluk.

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ )

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

Menjawab dakwaan menyamakan Allah dengan makhluk.

 

قال تعالى : (وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Menjawab keatas golongan yang menafikan sifat Allah.

Dan kata-kata mereka dalam bab sifat terdiri daripada 2 :

  1. Sesungguhnya Allah (سبحانه وتعالى) dibersihkan dari sifat kekurangan seperti tidur, lemah, malas, jahil dan selain dari itu. Habis point 13.
  2. Sesungguhnya Allah disifatkan dengan sifat yang sempurna yang tidak bersifat kurang pada-Nya. Dari sudut pengkhususan pada-Nya itu adanya sifat-sifat, tidak menyamakan-Nya dengan sesuatu sifat pun daripada sifat-sifat makhluk.

 

14) Tidak mengatakan : Sesungguhnya Nama-nama Allah bukan Allah seperti yang dikatakan oleh golongan Muktazilah, Khawarij, dan kelompok dari puak yang mengikut hawa nafsu (Ahli Ahwa’).

 

15) Menetapkan bagi Allah itu wajah, mendengar, melihat, mengetahui, berkuasa, kemuliaan dan berkata-kata. Bukan seperti yang dikatakan oleh puak yang menyeleweng daripada golongan muktazilah dan selain daripada itu.

 

قال الله تعالى :(وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ)[الرمن : 27]

Dan akan kekallah Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ )[النساء : 166]

Allah menurunkannya dengan ilmuNya.

 

قال الله تعالى :(وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ )[البقرة : 155]

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

 

قال الله تعالى :(فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ)[فاطر : 10]

Kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ)[الذاريات : 47]

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi).

 

قال الله تعالى :(أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ )[فصلت : 15]

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?

 

قال الله تعالى : ( إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ)[الذاريات : 58]

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

 

16) Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkata-kata.

 

قال تعالى : (وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي)[طه : 39]

Dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

 

قال تعالى :(وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا)[هود : 37]

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami.

 

قال تعالى :(حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّه)[التوبة : 6]

Sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah.

 

قال تعالى :(وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا)[النساء : 164]

Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

 

قال تعالى :(إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ)[النحل : 40]

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: “Jadilah engkau! “, maka menjadilah ia.

 

Satu lagi ayat yang ana ingin menambah yang diambil dari kitab صفات الله عز وجل الواردة في الكتاب والسنة

 

قال تعالى :(إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا)[النساء : 58]

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

17) Mereka berkata sebagaimana umat Islam katakan berhubung penciptaan mereka: apa sahaja yang Allah inginkan, pasti akan terjadi dan apa sahaja yang Allah tidak inginkan, maka tidak akan terjadi sebagaimana firman Allah Ta’ala :

 

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ [الإنسان : 30]

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.

Saya bagi satu contoh dan dibahagikan kepada 2 bahagian :

  1. Jika diberi keizinan oleh Allah, si fulan akan sampai ke tempat pengajian tersebut walau sekuat manapun dugaan yang dihadapi tatkala didalam perjalanan.
  2. Jika Allah tidak mengkehendaki, si fulan tidak akan sampai walau selapang manapun masa yang ada, walau sesihat manapun si fulan.

 

18) Mereka berkata : Tidak ada jalan untuk seseorang itu keluar dari pengetahuan Allah, dan termasuklah perbuatannya, kehendaknya tidak boleh mengatasi kehendak Allah, dan dia tidak boleh menukar ganti ilmu Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, Dia tidak jahil dan tidak juga lupa, dan Allah Maha Berkuasa dan tidak akan boleh diatasi oleh apa-apa sahaja.

 

والله أعلم
والسلام عليكم ورحمة الله

Bidaah dan Kesalahan berada di Masjid

0

Bidaah dan Kesalahan berada  di Masjid

1.  Meninggalkan solat tahiyatul masjid

Abu Qatadah As-Salami meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu semua masuk ke dalam masjid, hendaklah dia menunaikan solat dua rakaat sebelum duduk.” (HR al-Bukhari (444)

Ibnu Hibban menerangkan bahawa solat Tahiyatul Masjid tidak boleh dilakukan setelah duduk.

2.   Tidak membaca doa sewaktu masuk dan keluar masjid

Sesiapa yang hendak masuk ke dalam masjid, disunatkan baginya supaya mendahulukan kaki kanannya dan keluar dengan kaki kirinya.

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw apabila hendak masuk masjid, beliau membaca:

“Dengan nama Allah, ya Allah limpahkanlah selawat kepada Muhammad”

Apabila keluar, Rasulullah saw membaca:

“Dengan nama Allah, ya Allah limpahkanlah selawat kepada Muhammad”

(Ibnu Sina dalam Amal Al-Yaumi wal Lailati, dihasankan  oleh Al-Albani, KalamAth-Thayyib (63)

Dari Abdullah bin Amr, dari Nabi saw bahawa apabila beliau masuk masjid, Rasulullah membaca:

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung, dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang abadi dari syaitan yang terkutuk.”

3.  Masuk Masjid dengan Pakaian Buruk

Allah menyuruh pada hambaNya supaya berhias ketika hendak pergi ke masjid. Allah swt berfirman,

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al-Araf:31)

Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu semua solat, hendaklah ia memakai pakaiannya.  Kerana Allah Ta’ala lebih berhak seseorang yang berhias untukNya.”

(At-Tabrani dari Ibnu Umar, Sahih Al-Jami’ (652)

4.  Keluar dari masjid setelah azan

Dari Abu sya’tsa’, dia berkata, “Kami pernah duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah.  Tidak lama kemudian, muazzin mengumandangkan azan.  Selesai azan, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri dalam masjid dan berjalan.  Seketika itu juga Abu Hurairah terus memerhatikannya sehingga lelaki tersebut keluar dari masjid.  Abu Hurairah pun lantas berkata, “Orang itu telah menentang Abu Qasim r.a.(HR Muslim dari Abu Hurairah (5/219)(hadis no: 258 Al-Masajid)

5.   Meludah di dalam masjid

Nabi saw bersabda,

“Apabila salah seorang dari kamu semua menunaikan solat,sesungguhnya dia sedang berbisik-bisik dengan Rabbnya.  Maka, hendaklah dia tidak meludah di hadapanNya, tidak pula disebelah kanannya.  Akan tetapi,hendaklah ia meludah di sebelah kirinya, yakni di bawah kedua telapak kakinya.”

(Anas (5/55)(hadis no: 54 Al-Masajid)

Rasulullah saw juga bersabda,

“Meludah di masjid itu adalah suatu kesalahan.  Sedangkan kafaratnya adalah memendamkannya.”

(Anas(5/56)(hadis no: 55 Al-Masajid)

6.  Berhadas di masjid

Nabi saw memberitahu, “Malaikat mendoakan orang yang pergi ke masjid menunaikan solat. Malaikat berkata, “Ya Allah, limpahkanlah selawat kepadanya.  Ya Allah, kasihanilah dia selagi dia tidak menganggu serta tidak membuang hadas di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan buang hadas itu?” Rasulullah menjawab, “Kentut” 

(HR Muslim (661) dan Nasa’I (2/55)

7.  Mengumumkan kematian dengan pembesar suara

Antara bidaah yang hukumnya antara makruh dan haram adalah perbuatan yang disebut dengan tabrir, iaitu muazzin membaca ayat dalam surah Al-Insan di atas menara dengan suara kuat ketika berlaku kematian seorang alim.

“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “kafur” (Surah Al-Insan:5)

Dalam kitab As-Salam disebutkan, “Diantara bentuk mengumumkan kematian yang dilarang adalah mengumumkan kematian di atas menara pada zaman ini ketika berlaku kematian ulama.”

8.  Membaca surah Al-Kahfi secara beramai-ramai pada hari Jumaat

Membaca dengan suara kuat dan mengulang-ulang seperti nyanyian kerana boleh menganggu orang yang sedang rukuk, sujud, berzikir,membaca Al-Quran dan bertafakur.  Meninggikan suara dengan menganggap baik gaya bacaan qari tanpa mempedulikan kemuliaan masjid dan kesucian Al-Quran. Ini adalah perbuatan tercela yang tidak diperbolehkan.

9.  Berbual pada waktu malam (berjaga) tentang urusan dunia

Hukumnya makruh untuk membincangkan urusan dunia yang ada, meninggikan suara, ketawa dengan kuat, bertepuk tangan serta bersiul-siul sehingga menganggu orang lain.

Samak bin Harb, berkata,”Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Samrah, “Adakah kamu pernah duduk-duduk bersama Rasulullah saw?” Dia menjawab, “Benar,seringkali beliau tidak bangkit dari tempat solat beliau yang biasa digunakan untuk menunaikan solat subuh atau dhuha sehingga matahari terbit.  Apabila matahari telah terbit, baru beliau bangkit, sedangkan orang disekelilingnya saling berbincang-bincang tentang urusan jahiliah. Mereka juga saling ketawa, sedangkan beliau hanya tersenyum.”

(HR Muslim (670)

10.  Menguatkan suara di dalam masjid

Abu Sa’id Al-Khudri mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah saw sedang beriktikaf di masjid. Beliau mendengar orang menguatkan suara bacaan mereka. Baginda lantas membuka satr (tirai) sambil berkata:”Bukankah kamu semua sedang bermunajat kepada Rabbnya,maka janganlah kamu semua menganggu antara yang lain serta janganlah sebahagian di kalangan kamu meninggikan suara dalam bacaan.”

(Abu Dawud (1203) dan Ahmad (3/94).

01.05.08 #060315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0
preview
 
Nota 01.05.08 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
Kali ini, kita akan mengenal istilah-istilah gelaran kepada mereka yang terlibat dengan periwayatan hadits berdasarkan peringkat-peringkatnya dan kriteria setiap peringkat gelaran. 
 
1. AL-MUSNID (المُسْنِد) 
 
Ini adalah seolah-olah pangkat yang paling rendah sekali dalam penggelaran mereka yang terlibat dalam periwayatan hadits. 
 
Al-Musnid adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja meriwayatkan hadits dengan sanadnya, sama ada dia memahami hadits tersebut dari sudut ilmunya atau tidak. 
 
2. AL-MUHADDITS (المحدث) 
 
Ini adalah gelaran yang pastinya jauh lebih tinggi peringkatnya berbanding Al-Musnid. Dan gelaran ini diberikan kepada mereka yang benar-benar menyibukkan diri dalam kajian hadits, lebih dari sekadar meriwayatkannya. Adapun, definisinya secara butiran lanjut, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama padanya. 
 
Kata as-Subki (w.771H): Al-Muhaddits adalah seseorang yang mengetahui sanad-sanad, dan ‘ilal, dan nama-nama periwayat; mengenal juga Sanad ‘Ali & Sanad Naazil; dan menghafal jumlah yang banyak dari mutun (plural bagi matan); dan telah mendengarkan bacaan hadits Kutub Sittah beserta Musnad Ahmad, Sunan al-Bayhaqi, dan Mu’jam at-Tobrani.. [at-Tadrib ar-Raawi] 
 
3. AL-HAFIZ (الحافظ) 
 
Al-Hafiz dikatakan lebih tinggi dari Al-Muhaddits. Ia mempunyai pengetahuan seperti yang digambarkan untuk al-Muhaddits, dengan tambahan-tambahan yang lebih rumit dan kompleks. 
 
Al-Mizzi (w.742H) menyebutkan: Dia adalah orang yang mengetahui periwayat-periwayat dengan lebih detail. Dia mengetahui latar belakang mereka, hal-ehwal mereka, tempat-tempat mereka, dan banyak lagi. [at-Tadrib ar-Raawi] 
 
4. AL-HUJJAH (الحجة) 
 
Gelaran ini lebih tinggi dari Al-Hafiz di mana orang yang digelar dengan gelaran ini sangat menghafal, dan menekuni, dan mendalami pada apa yang telah dihafal, dari sanad dan matan, sehingga dia menjadi Hujjah di kalangan manusia, secara umum dan khusus. 
 
Antara yang digelar dengan Al-Hujjah ialah Sufyan atsTsauri (w.198H), Sa’id ibn Mansur (w.227H), ad-Daarimi (w.280H), dan selain mereka. 
 
5. AL-HAKIM (الحاكم) 
 
Pastinya peringkat ini lebih tinggi dari Al-Hujjah dan selainnya. Di mana orang yang digelar dengan Al-Hakim, mereka meluas ilmunya tentang kebanyakan hadits-hadits, sanad dan matan; Jarh Ta’dilnya; Sejarah dan kecatatannya; Gharib dan Mukhtalafnya; Nasikh Mansukhnya; Tawfiq untuk yang bertentangan zahirnya; Syarh bagi yang zahirnya mengelirukan, dan tidak terhilang darinya semua ini kecuali sedikit. 
 
Antara yang digelar Al-Hakim ialah Abu ‘Abdillah Muhammad bin Abdullah Al-Hakim (w.405H), penulis ‘Al-Mustadrak ‘ala Sahihayn’, dan selainnya. 
 
6. AMIRUL MUKMININ (أمير المؤمنين) 
 
Gelaran peringkat tertinggi, di mana terkumpul padanya semua ilmu berkaitan hadits dengan mendalam, dan tak terbayangkan. 
 
Antara yang digelar dengan gelaran ini ialah Syu’bah ibn al-Hajjaj (w.160H), al-Bukhari (w.265H), Muslim (w.261H) dan lain-lain lagi. 
 
INGAT! Gelaran-gelaran ini semuanya tidak diletak sendiri oleh orangnya, tetapi semuanya DIBERIKAN oleh sama ada ulama yang sezaman dengannya ataupun yang kemudian. Mereka kebiasaannya tak suka menerima sebarang gelaran kerana tawadhu dan rendah diri di hadapan ilmu. 
 
Dan susunan peringkat ini juga hanya bersifat umum tanpa kesepakatan yang pasti di kalangan para ulama hadits. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares
 
 

Popular

Iklan

Iklan