Utama Blog Halaman 321

Wacana Ke-5: Al Mukarrabin

0

Walau 1 ayat

 

🔴 Boleh terangkan secara tuntas lagi apa itu mukarrabin

 

♻Jawapan:

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Al Mukarrabin. Siapakah mrk ini?

(وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ * أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ * فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ * ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ * وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ)

[Surat Al-Waqia 10 – 14]

Dan orang-orang dulu daripada orang dulu.. pertama-pertama yang terima tauhid ini daripada yg ramai yang sesat.

 

Tafsir

 

Sahabat-sahabat nabi lah yang paling awal terima islam… di Mekah dan di Madinah.

1. Semasa hijrah.. agak-agak 80 orang

2. Di Madinah. .200 orang

3. Perang badar… 400 orang

4. Perang khandak. .1000 orang

5. Perjanjian hudaibiyah..1500 orang

6. Penaklukan Mekah. .5000 orang

7. Wafat nabi.. 124,000 orang

 

Nabi-nabi lain .. yang awal tersangat sedikit.

 

Di Malaysia, amat sedikit menerima tauhid ini

 

Jadi orang dulu daripada orang dulu ialah mereka yang paling awal terima tauhid.

 

Daripada hadis nabi bermaksud. .ada sekumpulan lelaki yang sebar ugama ini hanya mereka percaya pada Quran dan hadis. ..

 

Mereka ini, aku tak baca ayat-ayat Quran pada mereka dan kamu sahabat pun tak baca ayat-ayat Quran pada mereka

 

Aku tak baca hadis-hadis ku pada mereka dan kamu sahabat, tak baca hadis-hadis ku pada mereka.

 

Mereka hanya berharap pada Allah sahaja, tak ada sesiapa yang bantu mereka. Dan mereka di benci masyarakat mereka.

 

Ibadat-ibadat mereka, melebihi 50x ganda ibadat kamu, sahabat-sahabat ku.

 

Mereka lah yang sediakan jalan tauhid bagi orang-orang kemudian.

 

Ya Allah, jadilah kami ini sorang daripada mereka ini.

 

Wakiah..11.

 

Mereka yang bersifat demikian, ialah mereka yang di dekatkan pada Allah. .Al Mukarrabin.

 

Wakiah 12.. bila mati sahaja , akan di masukkan ke syurga..sementara tunggu kiamat.

 

Wakiah 13 ..14…

Segulungan besar orang-orang yang dahulu.. zaman nabi dan zaman nabi-nabi sebelumnya.

 

Dan segulungan kecil orang-orang yang kemudian.

 

Untuk jadi gulungan para sahabat nabi… mukarrabin. .

1. Belajar tafsir Quran dan sunnah nabi

 

2. Akidah para sahabat nabi

3. Ikut ajaran nabi saw 100%

4. Sebar ugama pada semua manusia.

 

Kalau kita buat pada contoh orang selain daripada sahabat nabi.. tak tepat.. sebab mereka sahabat, belajar terus dengan Nabi. .

 

Wallahuaklam

Ghafar: Ya Allah mampukan kami

 

Jangan kata begitu Ghafar… tapi katakan ya Allah, jadilah kami ini sorang daripada mereka.

 

Ujian pertama…. nak jadi al mukarrabin. ..

1. Belajar tafsir Quran dengan hadis nabi. … mudah saja pada awal nya.. payah pada tengah nya… Lebih payah di hujungnya.

 

Sebab setan tak suka awak belajar tafsir. Awak akan di bisik-bisik supaya tidak belajar.. ada beberapa murid ayah aji dah kena penyakit ini

 

2. Takut nak sebar ugama Allah, pada orang lain yang jahil.

 

3. Takut nak sebar kerana orang tak suka

 

4. Takut nak sebar kerana wang, anak-anak, keluarga dan kekurangan pendapatan daripada perniagaan yang ada.

 

Kalau boleh lulus ujian ini..ada lagi… di bisik-bisik setan.. aku lah yang paling pandai… yaitu penyakit-penyakit  hati.

 

Nak belajar tafsir Quran. .dalam nya ada Hudan..petunjuk. .Jika awak belajar awak dapat.. tak belajar maka tak dapat.

 

Bila dapat Hudan… Jika kamu amalkan hudan itu… dapat Rahmat

 

Dengan Rahmat inilah jalan raya yang lurus ke syurga Allah. ..untuk bertemu dengan Allah, pencipta

 

Dengan belajar hadis dan sunnah nabi saw. . Akan dapat beramal soleh… Jadi orang soleh.

 

Tahu cara-cara nak sebar ugama Allah pada semua yang sombong mentauhidkan Allah

 

Habis situ

🌴🌴🌴

Utz Rosman: Sesiapa daripada Islam tapi buat syirik… Dia dah jadi musyrikin. ..sedar atau tidak

 

🔴 Zul: Assalamualaikum, Ayah Aji boleh bahi penerangan dengan lebih terperinci mengenai maksud nya

 

♻Jawapan:

 

C. Rahim: Musyrikun maksudnya orang yang mensyirikan Allah…walaupun dia dakwa muslim. 😣

 

Ayah aji ajar konsep bukan kita tuduh orang lain.

 

Bab nak jaga daripada syirik, berubat di hospital lagi selamat .. kemudian bertawakkal kepada Allah..

 

Penyakit rohani dapat diubati dengan mentauhidkan Allah, bertaubat kepada Nya dan mengNyahkan syirik jauh-jauh..

 

Utz Rosman: CR. 3 dalam 1.. holy trinity.

 

Ini adalah akibat daripada sesat.. Ini ialah beri perasingan kuasa..

 

Supaya pangkat Nabi Isa as yang mereka puja itu dapat mereka laksana. .akidah sesat. .

 

Asal perantara satu jer lama-lama orang lain pula bolih di buat perantaraan

 

Zul. Orang-orang yang kafir. ..mereka sembah berhala atau dewa… mereka tak tahu yang mereka dah kufur pada Allah kan?

 

Olih kerana mereka tak tahu… adakah mereka tak kufur?  Jawab nya kufur juga lah.

 

Macam kahwin, hanya dengan kalimah aku terima nikah. ..Kita dah jadi kahwin dengan isteri… Serta syarat-syarat sah nikah lah.

 

Bersetubuh dan berzina adalah perbuatan yang serupa.

 

Kahwin…bersetubuh halal

Tak kahwin. .Bersetubuh haram..zina.

 

Bila kita lafaz cerai. ..sengaja atau tak sengaja atau bergurau. .jatuh talak.

 

Begitu juga dengan iman. Dengan kalimah syahadat saja kita jadi Islam.. di beri pahala sedekah, puasa dan solat.

 

Bila syirik saja… sama ada kita sengaja atau bergurau atau tak sedar atau tak tahu.. buat saja.. syirik.

 

Batal semua amalan kita. Begitu besar akibat nya…masuk neraka tak akan keluar sampai bila-bila.

 

Bertaubat saja bila dah tahu.. degil bila faham tapi enggan terima…itulah kafir sebenar.

 

Sebab syirik ialah murtad dengan tak sedar.

 

Kalau sedar ianya syirik , kita takkan buat..

 

Jadi bila tahu ianya syirik… buat juga itulah kufur sebenar… Perlu mengucap semula .

 

Ada pun syirik… tak perlu mengucap tapi bertaubat saja.

CR.. Benar. .musyrikin ialah mereka yang mensyirikkan Allah..Walaupun dia dakwa Islam.. dan bukan kerja ayah aji nak tuduh sesiapa. .ayah aji hanya ajar supaya berhenti buat.

 

Waalaikumussalam Ariza.

 

Masalah terbesar bomoh tradisional ialah tauhid mereka… Jika tauhid mereka benar saperti Nabi ajar, masalah lagi ialah campuran rukyah nabi ajar bercampur dengan ajaran salah daripada guru-guru mereka.. Kita tak tahu.

 

Selain itu , tak ada saperti itu yang nabi ajar. Bolih rawat secara magic , sebab rawat se cara magic ini di panggil mukjizat.

 

Keramat pula ada pada wali jika Allah nak beri.. wali itu pula masalah nak kenal mereka.

 

Jadi berbagai andaian begini condong pada akidah sonsang.

 

Insya Allah, ayah aji akan ajar awak siapa wali dan siapa guru sesat

 

Jawapan Cikgu Rahim lah yg paling baik… doktor lah yang paling arif ..mereka patut kita ikut

 

C. Rahim: Selepas ni Dr. Ariza dapat nasihat pesakit sambil berdakwah…

 

🔴 Ada keraguan dengan statement CR. Adakah perawatan alternatif yang teorinya masih tidak diiktiraf hospital tidak boleh diamalkan sebagai perubatan yang dikategorikan bebas syirik.

 

Tak mahu ada manipulasi tentang perawatan ~ sekadar pandangan peribadi.

 

Cikgu Rahim:

Saya sebut lebih selamat je

😃

 

Wacana ke-5: Pembahagian manusia dalam al Quran: Di mana kita? Dan Tafsir Al-Fatihah: Ayat 7

0

Ayah Aji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillah ArRahman ArRahim

Allahumma Rabbana Zidna ilma

Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba’du

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

via @QuranAndroid

 

Allah swt berkata pada kamu semua.

Doa kita pada Allah sahaja.

Sembah kita pada Allah sahaja

Ibadat kita pada Allah sahaja

Dalam hidup kita yang sementara ini… Allah sajalah berkuasa mencipta serta memberi segala keperluan hidup buat kita.

Rezeki dah di beri percuma tapi kita rasa tak cukup, maka kita berdoa akan tambahan rezeki, Allah beri.

Apa yang di minta hanyalah tambahan yang kita rasa tak cukup buat kita.

Semua Allah beri percuma sahaja. Tak perlu bayar balik

 

(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ)

[Surat Al-Mulk 2]

via @QuranAndroid

Dialah Allah yang mencipta kematian dan kehidupan buat semua makhluk Nya…

 

Tujuan ciptaan ….

 

Supaya Allah dapat uji kamu , siapa di antara kamu yang terbaik amalannya,

Dan Dialah yang maha gagah perkasa lagi maha pengampun.

 

Gagah perkasa. ..tak peduli kamu nak engkar atau taat. Nak ikut ajaran Allah dan Rasul atau nak ikut ajaran Allah dan Rasul bercampur dgn ajaran-ajaran karut daripada guru-guru karut

Maha pengampun. ..pada mana-mana hambaNya yang berdosa tapi nak cari jalan benar

 

Dalam bab ini lah berpecah manusia pada beberapa puak.

 

Satu ikut 100% ajaran Allah dan Rasul dan ramai kumpulan ikut ajaran campuran haq dan batil.

Daripada hadis 73 puak… Satu saja ahli haq… ahlillah. .yg lain semuanya ke neraka

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

via @QuranAndroid

Ayat sebelum nya.. wahai Tuhan ku, tunjukkan aku jalan yang lurus

 

Yaitu jalan orang-orang yang Kamu beri nikmat Mu pada mereka..

 

Tafsir

 

(وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا)

[Surat An-Nisa 69]

via @QuranAndroid

 

Jalan nya ialah… ayat di atas

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya…

 

..yaitu orang-orang yang belajar tafsir Quran untuk mereka tahu perintah Allah dan larangan Allah

 

…yaitu yang belajar tafsir hadis-hadis kutubussittah. …untuk mereka tahu perintah-perintah dan larangan-larangan nabi..

 

Maka orang-orang yang bersifat begini… ialah mereka-mereka yang Allah telah memberi nikmat. ..iman… pada mereka

 

Terdiri daripada para nabi-nabi..nak jadi nabi tak bolih…. tapi… sesiapa saja yang ikut cara para nabi

 

Para Siddiqin… orang-orang yang membenarkan tauhid

 

Dan para syuhada. ..orang-orang yang berjihad supaya nama Allah tinggi dalam hati manusia.

 

Dan para solehin. ..mereka yang ikut ajaran Allah dan Rasul serta beramal dengan sunnah nabi

 

Mereka seperti ini adalah sebaik-baik teman rapat kamu

 

Peringatan. ..

 

Dalam belajar wahyu Allah. ..Jika ada sebarang perkara hal kebesaran Allah atau rahmat atau azab… hendaklah kamu semua berdoa segera… letak kan dalam masa ayah aji sedang tulis. ..tapi jangan bertanya.

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

Ghairil maghdu… bukan jalan orang-orang yang Kamu murka terhadap mereka…

 

Tafsir

 

(لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ)

[Surat Al-Maeda 82]

” Ummu Yaser (Contoh Doa):

 

Ya Allah jangan lah masukkan aku dalam golongan orang-orang yang Dikau murkai

 

dan tidak juga golongan mereka yang sesat ”

 

Pasti lah kamu akan dapati manusia yang paling keras menentang /permusuhan terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrikin.

 

Tafsir

 

Ahli-ahli tauhid akan di tentang oleh Yahudi dan musyrikin

 

Yahudi… sifat mereka ialah campur aduk haq dan batil.

 

Musyrikin pula jenis buat syirik pada Allah

 

Sesiapa daripada Islam tapi buat syirik… Dia dah jadi musyrikin. ..sedar atau tidak

 

Dan kamu pasti akan dapati mereka yang paling dekat persahabatan bagi orang-orang beriman ialah mereka yang berkata. .. Kami Nasrani.

 

Yang demikian itu dengan sebab ada di antara mereka para pendita. .alim ulama mereka.. dan ruhban.. rahib-rahib. .alih-alih ibadat.

 

Dan sesungguhnya mereka itu tak sombong terhadap tauhid

 

Dholin. ..Kristian dan munafik

 

Munafik …islam pada nama.. zaman nabi.. ngucap depan nabi.. solat belakangnya, ..ada pergi jihad.. tapi bukan dengan redha hati.. pura-pura saja

 

Bila bercakap ..bohong

Bila berjanji … mungkir

Bila di amanahkan. ..pecah amanah

….Ini dah munafik. .

 

Tapi kalau bersengketa mereka zalim.. contoh kita tampar mereka… patut tampar balas… mereka potong tangan kita

 

Tanda lain.. bila berderma untuk populariti mereka …suka

Ajak derma pada ugama … kedekut.

Ajak sebar ugama. ..tak suka

Ajak maksiat. .suka

 

Itulah 5 jenis manusia yang menghuni dunia ini.

 

1. Beriman dan ikut ajaran Allah dan Rasul ….

 

Ini ada 2 kumpulan:

 

1.mukarrabin. .org yang mula-mula beriman pada tauhid dalam negara daripada sesiapa yang dulu.

 

2. Orang-orang beriman yang terima amalan di tangan kanan. .

 

Orang-orang engkar tauhid pula tapi Allah murka. .

1. Yahudi

2. Musyrikin

 

Kafir sesat pula

1. Kristian

2. Munafik

 

Ke empat-empat kafir ini saja lah yang ada di depan kita sekarang.

 

Selain kafir-kafir ori ini… ialah kafir-kafir campuran daripada ke empat-empat kafir di atas.

Jadi pertama sekali kita perlu buat ialah belajar wahyu dan sunnah nabi saw.. Kita akan tahu semua sifat-sifat mereka itu.

 

Daripada sedikit ilmu yang Allah beri pada Ayah Aji. .insya Allah bolih Ayah Aji ajar sifat-sifat kafir di atas berdasarkan Quran.

 

Soalan jika ada

 

Nanti Ayah Aji jawab selepas ini

 

Kita sambung belajar dulu

 

Yang paling penting semua perlu tahu ialah… awak semua bukan daripada 4 jenis ahli neraka kekal ini

 

Nabi kita buat tabligh di Mekah selama 13 tahun…. untuk bebas diri sendiri daripada penyakit syirik pada Allah.

 

10 tahun di Madinah, menghurai lagi sifat musyrikin ini dan kisah-kisah Yahudi Nasrani dan munafik

 

Awak sekarang ni perlu fokus. . awak bukan musyrikin ..yaitu awak bebas daripada apa-apa bentuk syirik pada Allah

 

Contoh paling mudah syirik

1. Rama-rama masuk rumah bawa berita ada org nak datang….syirik bab Allah maha mengetahui.

 

Rama-rama dapat berita daripada Allah. .dia ambil inisiatif untuk datang beritahu kita… percaya itu lah syirik

 

2. Gatal tapak tangan. ..nak dapat duit.. syirik Allah Maha Tahu

 

3. Berpantang tak makan itu ini selepas bersalin. ..bukan kerana alergi, doktor larang , tak suka makan tapi kerana… nak kembali dara balik…

 

Mengharamkan yang halal adalah syirik kerana itu tugas Allah.

 

4. Beri salam atau seru yg ghaib.. Hanya pada Allah sahaja.

 

Seru yang lain yang ghaib.. syirik.

Seru jin atau malaikat atau nabi-nabi yang telah mati. .

 

Banyaklah lagi

Talbis atau campur aduk.

 

Tahlil adalah satu zikir. Tapi kalau campur aduk dengan tawasul pada nabi… itulah perbuatan Yahudi atau kristian.

 

Yaitu tahlil orang mati… ada tawasul depan nya.

 

Inilah talbis.. campur aduk haq..lailahaillallah.. zikir dan tawasul. .batil

 

Itu juga jenis syirik pada Allah

 

Mereka ini yang buat syirik dan bidaah akan mengejek-ejek orang yang ajak mereka pada tauhid..

 

Ini ayat nya

(بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 22]

Bahkan ..mereka berkata.. Kami dapati bapa-bapa..guru-guru kami di atas satu pegangan agama. .jenis tarikat.. dan kami atas ajaran mereka lah kami rasa terpimpin

 

Bahasa Melayu pula… tak kan lah ustaz-ustaz tok-tok guru nak masuk neraka… mereka orang alim.. mereka belajar kitab dan lain-lain alasan mereka…

 

Tandanya dia itu adalah dah musyrikin lah… syirik di mana tak tahu.. tapi itulah tanda orang musyrik.

 

Banyak lagi lah yang nak ayah aji ajar.. tapi kita dah habis masa.

 

Ringkas nya ..Perlu belajar tafsir dan sunnah nabi baru lah kita sendiri boleh jamin kita ini bukan mereka..

 

Wabillahitaufiq walhamdulillah hirabbil alamin

🌴🌴🌴

📜Wacana ke-5

 

Pembahagian manusia dlm al Quran: Di mana kita?

Dan Tafsir Al-Fatihah: 7

Oleh: Ustaz Rusman Abd Hamid

Fiqh Wanita 18 ( AQIDAH )

0

Soalan 1
Adakah hadith ini sahih: “sepeninggalanku tiadalah ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari)
Jawapan 1
Sahih
ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ
الراوي : أسامة بن زيد / المحدث : البخاري / المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 5096
HR Bukhari no 5095, perawi Usama bin Zayd ra

Soalan 2
Bagaimana dengan air selusuh yang dibaca yasin dan ayat-ayat al-quran dan dibaca oleh suami atau bapa sendiri, untuk memudahkan bersalin.?
Jawapan 2 Thtl
Air selusuh
air selusuh maksudnya air jampi untuk mudah bersalin. Ianya makruh kerana menghilangkan peluang untuk mendapat slot masuk syurga tanpa hisab, yakni salah seorang yang akan masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang tidak minta dijampi. Namun kalau nak juga minum air jampi atau ruqyah, harus, jika ianya dari ayat-ayat AQ. cara lain ialah sentiasa berdoa dan makan buah kurma masak atau rutab.
dalilnya
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا”

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26

Soalan 3
kalau kita sendiri yang baca untuk minum sendiri macamana?
ayat-ayat ruqyah tu kita baca sendiri boleh kan?..kalau yang pasang cd ruqyah tu sama macam diruqyah ke?
Jawapan 3 Thtl
Baca sendiri tak perlulah minum airnya…
pasang CD tak boleh.kena ada usaha manusia

Soalan 4
Saya terbaca komen sorang hamba diruang media sosial
Katanya:
“Kita kan manusia yang lemah,maka perlu beramal dengan hadis yang (dhoif) lemah juga.”
Soalan saya disini perlukah seseorang tersebut berkata begitu.?
Jawapan 4 Thtl
Yang sahih kan ada…bukhari saja ada 7000 hadith

Soalan 5
Kalau pun nabi tidak baca yasin,kalau kita baca yasin juga dapat dosa ke atau kita dapat fadilat baca quran?
Jawapan 5
Baca AQ , surah mana pun baik dan dapat pahala
dapat dosa, bila yasinan, baca berjamaah, dan tadah air yasin, atau majlis baca yasin untuk SPM 2015 itu dosa kerana berlebihan dalam agama.

Soalan 6
Bolehkah kita menjual atau membeli haiwan yang haram dimakan seperti kucing atau burung?
Jawapan 6 Thtl
Boleh sebab ia masuk business pet dan exotic animals…ia industri yang lain bukan industy makanan

Soalan 7
kalau baca surah al mulk dan al sajadah selepas maghrib , tu boleh dikira baca sebelum tidur ?
Jawapan 7Thtl
Bila nak baca surah al-Mulk dan Sajadah di malam hari?
dalil:
كان النبي لا ينام حتى يقرأ * (ألم، تنزيل) * السجدة و * (تبارك الذي بيده الملك) * “. صحيح. أخرجه الترمذي (2 / 146) والدارمي (2 / 455) وأحمد (3 / 340) وصححه الألباني.
Artinya:
“Nabi SAW tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif lam Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihil Mulk” (Sahih lighairihi, HR Tirmidzi (2898), Ahmad (23/26), Al-Hakim (2/446), dll. Di sebutkan dengan dua jalur, salah satu jalurnya ada yang shahih, hadits ini di shahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Arna’ut, Syeikh Al-Albani (Lihat : Silsilah Al-Ahadits As-Sahihah, karya Syeikh Al-Albani ” (no. 585)).
Bila boleh membacanya:
Sebelum tidur, Nabi tidak tidur sebelum membaca, maka ia adalah luas, tak perlu disempitkan, lepas maghrib boleh, lepas isyak boleh asalkan sebelum tidur.

Soalan 8
Adakah hadith ini sohih:
“ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa” (HR At-Tirmidzi)
Jawapan 8 Thtl
Tashih hadith Termidzi
ما يزالُ البلاءُ بالمؤمنِ والمؤمنةِ في نفسِهِ وولدِهِ ومالِهِ حتَّى يَلقى اللَّهَ وما عليْهِ خطيئةٌ
الراوي : أبو هريرة / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2399 / خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
hasan sahih

Soalan 9
Mengenai syaaban tu,jadi tak perlu lah puasa ?
Tak sahih ke segala amalan tersebut?
Jawapan 9 Thtl
No puasa, no salat, cuma bangun tahajjud saja.Tak ada celebration di masjid beramai-ramai

Jawapan 10
Siapa yang mulakan amalan yang bukan datangnya dari Nabi,para sahabat ,tabiin ini seperti berpuasa,berjemaah dimasjid dan lain-lain lagi?
Jawapan 10 Thtl
kalau ikut Dr Qardhawi, ia diluar era 300 hijrah.Disisi salaf, ia malam yang normal

Soalan 11
‍‌‌‌‌‍‍‌‌Sembahyang memohon sesuatu hajat. Contoh: anak nak ambik SPM.. Boleh tak dilakukan waktu siang(pagi/ lps zohor)‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 11
Tak perlu solat hajat, cukup dalam doa solat fardhu dan sunat rawatib atau tahajjud ‌.Solat hajat spm tu direka reka saja.Doa sudah memadai. lagipun ia urusan dunia, study, tuition..skills

Soalan 12
Disekolah saya memang setiap tahun mengadakan solat hajat untuk pelajar yang akan ambil peperiksaam.Sekarang saya sudah tahu hukumnya,jadi bagaimana hendak lakukan sekarang?
Semua cikgu ada tugas dalam pogram tu.Adakah kita perlu mengelak untuk tidak pergi atau solat juga tapi niat itu tidak khusus untuk solat hajat.?
Jawapan 12 Thtl
Takut anak puan keliru.Dia belum mengerti khilafiah dan bid’ah.biarkan dulu tidak boleh membebankan kepada insan sesuatu yang ia tidak mengerti. maksudnya dia belum mengerti bid’ah. maka biarkan dia ikut arus perdana, amalan kebiasaan masyarakat

Soalan 13
Adakah hukum(makruh) ruqyah ini termasuk bagi perubatan islam seperti darul syifa’?
Jawapan 13 Thtl
makruh kerana kehilangan peluang masuk syurga tanpa hisab:
هُمْ الَّذِينَ لَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Mereka itu tidak melakukan thiyaroh (beranggapan sial), tidak meminta untuk diruqyah, dan tidak menggunakan kay (pengobatan dengan besi panas), dan hanya kepada Rabb merekalah, mereka bertawakkal.” (HR. Bukhari no. 5752)

Soalan 14
Ralat: Isnin & Khamis. Bukan Isnin & Selasa
Hukum-hukum puasa di bulan syaaban
1. Selepas 15 Syaaban sehingga 28 Syaaban:
Makhruh kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu
(Isnin & Khamis, Hari-Hari Putih 13,14 & 15 hb atau Puasa Daud).
Hal berdasarkan tegahan Nabi iaitu:
“Jika tinggal setengah Syaaban maka jangan berpuasa”
(Sahih. Riwayat Tirmizi)
Cuma tegahan dalam hadis di atas difahami oleh para ulama dengan erti makruh berdasarkan hadis-hadis lain seperti:
“Nabi tidak berpuasa lebih banyak daripada puasanya di Bulan Syaaban; Baginda berpuasa seluruhannya”
dalam riwayat lain,
“Baginda berpuasa (seluruh) Syaaban kecuali sedikit (beberapa harinya Baginda tidak puasa)”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Perbuatan Baginda menjadi pensyariatan buat seluruh Umat.
2. Sehari atau dua hari sebelum Ramadan:
Haram kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu seperti di No.1.
“Jangan kamu mendahului Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali mereka yang mempunyai puasa tertentu maka hendaklah dia berpuasa”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
3. Puasa Syak (30 Syaaban):
Haram secara mutlak.
“Barangsiapa berpuasa pada Hari Syak sungguh dia telah derhaka terhadap Abu Al-Qasim (Nabi Muhammad)”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)
Jika dilihat no 1.ada tegahan dan ada perbuatan nabi berpuasa selepas 15 syaban kan? Jadi kesimpulannya? Jika makruh puasa 15-28 syabaan maka bagaimana dan apa hukumnya jika mereka yang nak ganti puasa? Adakah juga ditegah?
Saya tak berapa faham dan agak keliru sebab tengok ada tegahan dan perbuatan nabi. Dan ianya disyariatkan.
Jawapan 14 Thtl
Hadith larangan tu dhaif bukan sahih.
maka boleh saja, ia makruh dalam mazhab syafi’iy sahaja
1. puasa selepas nisfu syaaban boleh, sebab hadithnya lemah
2. Nabi saw puasa selepas nisfu syaaban
3. mazhab yang tegah puasa selepas nisfu syaaban sebab mereka sahihkan hadith yang melarangnya
No 1 untuk status larangan puasa selepas Nisfu syaaban
“Jika tinggal setengah Syaaban maka jangan berpuasa”
(Sahih. Riwayat Tirmizi)
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
hadith ni jadi isu:
jika anda yakin ia sahih, maka tak boleh puasa selepas nisfu syaaban
jika anda yakin ia dhaif, maka boleh puasa
kompromi: jika anda biasa sunat isnin khamis tanpa henti, maka boleh
jika anda tak pernah puasa sunat, maka dilarang sehinggalah puasa ramadhan

hadith ni sahih disisi ahli hadith seperti Imam Termidzi, albani, syaikh syuaib, ahmad syakir, tapi dhaif di sisi Imam Ahad, Ibn Main…
و ممن ضعفه عبد الرحمن بن مهدي، و الإمام أحمد، و أبو زرعة الرازي، و الأثرم[لطائف المعارف (ص142)]، و الخليلي[الإرشاد (219/1)]، و الذهبي[سير أعلام النبلاء (187/6)]، و ابن رجب[لطائف المعارف (ص142)].
ini senarai ahli hadith yg dhaifkan : Ibn mahdi, Imam ahmad, abu Zur’ah

Soalan 15
Apakah perlu membuat lawatan ke kubur 1 keluarga dan membaca yasin di kubur pada setiap kali sebelum ramadhan yang sudah dijadikan 1 perkara mesti dibuat setiap tahun. Bagaimana hukumnya?
Jawapan 15 Thtl
Pakej keluarga lawatan ke kubur
Ziarah kubur ni sunnah untuk mengingati mati tanpa ditentukan bila yakni hari dan bulan, ia kena bebas. ia boleh dalam bentuk individu dan keluarga. Maka tak ada ziarah kubur sempena Ramadhan atau hari Jumaat atau 1 syawal. jika ditetapkan bulan dan hari ia menjadi bid’ah.
Lawatan ke kubur tidak boleh membaca AQ seperti Yaasin kerana mengikut mazhab syafi’iy, pahalanya tidak sampai, lagipun ia dilarang oleh Nabi saw
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, karena setan akan lari dari rumah yang dibanyakan padanya surat Al-Baqarah“. HR Muslim.
fiqh hadith, dirumah kena bising dgn AQ, manakala kubur kena senyap sunyi tanpa AQ…berdoa sahaja

Soalan 16
Macama mana doa dialunkan dengan nyanyian boleh ke kita ikut,contoh kumpulan unic kebanyakkan lagu ialah doa yang di alunkan dengan muzik .mohon pencerahan.
Jawapan 16 Thtl
Lagu dengan senikata doa
Boleh, asalkan jangan dii’tiqad ia sebagai cara baru dalam berdoa kepada Allah sebab
“Doa huwal ibadah” doa adalah ibadat, tidak boleh berdoa kepada Allah dengan menyanyikan doa.
kalau semata-mata hiburan, tidak ada masalah, cuma jangn ada niat, ini cara baru nak berdoa.

Soalan 17
Mengapa jenazah di letakkan di hadapan imam ketika untuk melakukan solat jenazah ?
Jawapan 17 Thtl
kenapa jenazah letak depan Imam
Jawab: itulah yang ada dalam kitab-kitab fiqh dan diamalkan sejak dulu, sebab itu namanya pun Solat jenazah. dasar ibadat ialah taabbudi, maksudnya ikut.

Soalan 18
Tawassul dengan apa yang dibolehkan?
Jawapan 18 Thtl
Tawassul yang disyariatkan
tawassul=mencari perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah
tawassul yang sunnah:
1. tawassul dengan menyeru asmaul Husna dalam berdoa dan zikir
2. menggunakan amal soleh, contohnya solat dua rakaat, puasa, sedekah dan kemudian meminta dari Allah
3. menyeru Allah dengan menyebut amal-amal yang besar yang pernah dilakukan sebelum ini
4. minta tolong orang salih mendoakan untuknya atau menjampinya…
(albani, at-tawassul wal wasilah)

Risau Pernah Mencuri Ketika Kecil

0

Kanak-kanak

 

🔴 THTL… Bagaimana kalau masa kita kecil kita pernah mencuri…. curi dalam jumlah kecil… 10 sen, 20 sen

Apa yang perlu kita lakukan sekarang

 

♻️ mencuri masa kecil

tak dikira, dalilnya

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الْمَجْنُوْنِ الْمَغْلُوْبِ عَلىَ عَقْلِهِ حَتَّى يَبْرَأَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقَظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمُ“

Pena diangkat dari tiga golongan: orang yang gila yang akalnya tertutup sampai sembuh orang yang tidur sehingga bangun dan anak kecil sehingga baligh.” {HR. Ibnu Khuzaimah Ibnu Hibban dan Ad-Daruquthni dari shahabat ‘Ali dan Ibnu ‘Umar Asy-Syaikh Al-Albani mengatakan: “Shahih” dalam Shahih Jami’ no. 3512

 

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ تَـجَاوَزَ لِـيْ عَنْ أُمَّتِيْ الْـخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ. حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَـا

 

Dari Ibnu ‘Abbâs Radhiyallahu anhuma bahwa Rasûlullâh Shallallahu alaihi wa sallambersabda, ”Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla memaafkan kesalahan (yang tanpa sengaja) dan (kesalahan karena) lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”  HR Ibn Majah, albani, sahih al-Irwa no 82

🌴🌴🌴

01.08.04 #140315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sahih Al Bukhari

0

Sahih Al Bukhari

 

 
 

Nota 01.08.04 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
SAHIH AL-BUKHARI 
 
Nama sebenar bagi Sahih al-Bukhari ialah al-Jaami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umuuri RasulilLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi, adapun Sahih al-Bukhari adalah nama yang dipopularkan kerana mudah disebut dan dikenal.  
 
Nama sebenar bagi penulisnya pula ialah Muhammad ibn Isma’il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari, yang kemudiannya lebih dikenali ramai dengan panggil al-Imam al-Bukhari. 
 
Beliau dilahirkan pada tahun 194H, di Bukhara (di Uzbekistan), dan meninggal di Khartank (berhampiran Samarkand, di Uzbekistan) pada tahun 256H. 
 
Beliau rahimahullah telah mula menghafal hadits sewaktu umurnya belum 10 tahun. Kemudian beliau rahimahullah berkelana mencari ilmu ke Syam, Mesir, Jazirah, Basrah, Hijaz dan tak terhitung jumlah beliau rahimahullah masuk ke Baghdad dan Kufah. Sehingga beliau berjaya mengumpulkan lebih dari 600 000 hadits. 
 
Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan ilmiah. Dan jumlah hadits di dalamnya termasuk hadits-hadits yang berulang adalah sebanyak 9082 hadits. 
 
Kenapa ada hadits berulang di dalam Sahih al-Bukhari? Ini kerana boleh jadi satu hadits yang sama mempunyai banyak pengajaran dan kesimpulan hukum, menyebabkan ianya boleh diletak di bawah topik-topik yang berbeza. 
 
Di antara keunikan Sahih al-Bukhari: 
 
  1. Ditulis dengan fokus untuk mengumpulkan yang sahih sahaja mengikut syarat al-Bukhari. Adapun buku-buku lain tulisan beliau tak mensyaratkan sahih, seperti al-Adab al-Mufrad, dll. 
  2. Sangat ketat pra-syarat penerimaan periwayatan hadits untuk diletakkan dalam Sahih al-Bukhari. Antaranya mesti terbukti pertemuan di antara perawi (Tsubut al-Liqa’). 
  3. Sebelum meletakkan hadits, beliau akan mandi, solat sunat dan beristikharah kepada Allah untuk meminta petunjuk, kemudian diletakkan hadits tersebut. 
  4. Dikenali kefahaman dan ijtihad fiqhnya melalui penamaan bab-bab yang diletakkan oleh beliau rahimahullah. 
  5. Dia tidak menulis sebarang muqaddimah bagi sahihnya. 
  6. Banyak hadits mua’allaq (akan dibincangkan kemudian) di dalam sahihnya. 
 
Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari: 
 
01. A’lam as-Sunan, oleh al-Khattabi (w.386H) 
02. Syarh Sahih al-Bukhari, oleh Ibn Battal (w.449H)
03. Fathul Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari, ditulis oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaaniy (w.773H) 
04. ‘Umdatul Qari, ditulis oleh Imam al-‘Aini (w.762H), 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

سورة الطارق ١٧

0

 

[86:17] فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا

 

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. [86:17]

Hidup di dunia ini hanyalah sebentar. [46:35]

Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat (SEKETIKA) sahaja dari siang hari. Apakah yang dimaksudkan dengan seketika sahaja pada siang hari? [79:46]

Cuba bayangkan satu hari di sisi Allah bersamaan 1000 tahun pada kiraan dunia. [32:5]

Kalau kita hidup 100 tahun di dunia ini, tempohnya baru 2.4 jam pada kira hari di sisi Allah. Baru berapa minit?

Kalau hidup 100 tahun baru lebih kurang 144 minit sahaja. Sedikit ujian yang kita lalui hendaklah dihadapi dengan sabar [46:35]

Maka bersabarlah kamu seperti para rasul ulu al-‘azmi bersabar

Teruskan perjuangan untuk mengembangkan al-Qur’an ke tengah masyarakat. Justeru ganjaran bagi orang yang sabar itu tanpa batas. [39:10]

Jangan cepat melatah. Jangan suka merajuk. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat melenting. Sikit-sikit hendak doakan kebinasaan ke atas orang lain. [46:35]

dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Justeru azab yang akan mereka terima akan tiba sebentar sahaja lagi. Allah timpakan istidraj untuk mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. [68:44-45]

Mereka leka dalam kesenangan, sedangkan perancangan Allah hendak mengepung mereka supaya menjadi penghuni neraka yang kekal kerana kelekaan mereka mengejar dunia. [6:44]

Kalau mereka berniaga, maka perniagaannya bukanlah untuk mengembangkan ajaran al-Qur’an tetapi lebih tertumpu kpd mencari kesenangan duniawi [24:37]

Apa makna rijal (رجال)? Apa istimewanya lelaki?

Rijal: Manusia yang berjiwa besar, iaitu yang boleh memimpin orang ke jalan yang benar, [4:34] sanggup berkorban dan tetap pendirian. [33:23]

Itulah kualiti orang yang tidak akan mengabaikan zikrulLah kerana sibuk dengan aktiviti jual beli.

Bersetujukah inilah kualiti lelaki yang sepatutnya, wahai kaum wanita? Apakah bekalan yang patut ada pada diri mereka untuk beroleh kualiti sedemikian?

Mereka mesti menguasai zikrulLah. Apakah yang dimaksudkan dengan zikrulLah?

ZikrulLah: Peringatan daripada Allah, iaitu al-Qur’an.

Demikian dalam menguruskan anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti. Allah mengingatkan kita supaya tidak melupai zikrulLah. [63:9]

Kalimah ZikrulLah, mengingati Allah (abstrak). Kalau sebut al-Qur’an baru konkrit dan spesifik. Setuju?

Kalau orang itu ada harta banyak tetapi tidak peduli al-Qur’an, kita patut terpesona ke dengan harta benda mereka?

Apabila seseorang anak itu dapat AAAA dlm peperiksaan, tetapi tidak mempedulikan al-Qur’an, baca tidak faham, patutkan kita rasa kagum terhadapnya?

Inilah yang al-Qur’an hendak beritahu kita (istidraj). [9:55]

Kesimpulan: Binalah diri supaya berjiwa besar menerusi penguasaan al-Qur’an supaya apa sahaja yang dimiliki, isteri-isteri, anak-anak, harta benda, masa dan tenaga, kesemuanya dapat dimanfaatkan ke jalan Allah supaya beroleh syurga-Nya. [28:77]

أقول قولي هذا،وأستغفر الله العظيم لي ولكم,والحمد لله ربّ العالمين.

سورة الطارق ١٦

0

 

[86:16]  وَأَكِيدُ كَيْدًا

 

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). [86:16]

Para musuh merancang. Namun perancangan jahat musuh yang didalangi syaitan itu adalah lemah. [4:76]

Walaupun perancangan jahat mereka itu sampai boleh meruntuhkan gunung ganang. [14:46]

Manusia jahat itu kerjanya tidak henti-henti hendak menyusahkan orang-orang yang beriman [85:8]

Allah menyuruh orang-orang yang beriman itu bersabar sebagaimana sabarnya para rasul ulu al-‘azmi. [46:35]

Ingatlah, kehidupan dunia ini hanyalah sementara. [20:72]

Allah sendiri tidak akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya [14:47]

Allah sentiasa menolong orang yang menolong agama-Nya. [47:7]

Antara perancangan Allah ke atas para penentang itu ialah Allah timpakan istidraj ke atas mereka. [68:44-45]

Apakah yang dimaksudkan dengan istidraj?

Istidraj ini ialah suatu azab yang disangkakan nikmat. [6:44]

Ada orang yang hidup di dunia sibuk mencari harta sehingga tergamak tidak mahu memberikan masanya terhadap al-Qur’an. [30:7]

Ada orang yang mempunyai anak, tetapi anaknya tidak diajar al-Qur’an takut tertanggu prestasi pepereksaan akademiknya. [10:7]

Insaflah, wahai saudara-saudaraku! Insaflah dengan ancaman Allah ini. Apabila Allah timpakah istidraj, akhirnya, harta benda dan anak-pinak itu menjadi sesuatu yang menyusahkannya dalam kehidupan dunia dan mereka akan dicabut nyawa dalam keadaan derhakakan Allah. [9:55]

Bagaimana keadaannya kalau manusia lebiih terpesona dgn dunia tidak mahu lagi mempedulikan al-Qur’an?

Kalaulah tiada manusia lagi yang hendak menerima al-Qur’an lantaran terpesona dengan dunia (sibuk berniaga dpt untung banyak. Maju. Kita nak sibuk tiru mereka. Siang berhempas pulas bekerja bagaikan kedai, malam tidur lena bagaikan bangkai. Usaha menambah ilmu dan amal salih tiada. Sibuk cari makan dan hiburan) yang menjanjikan kepalsuan itu, [3:196-197]

Janganlah berasa sedih hati lantaran gelagat manusia yang iman tidak sampai ke dalam hatinya, [3:176-177] lalu Allah panjangkan umur mereka supaya mereka terus menerus dalam kelalaian dan bertambah-tambah dosa mereka. [3:178]

Allah adalah perancang yang Maha Bijaksana. Dia akan kepung orang-orang yang ingkar itu supaya menjadi penghuni neraka yang bernyala-nyala. [2:19]

Ketika itu barulah manusia sedar akibat buruk perbuatan mereka tidak mempedulikan al-Qur’an ini. [26:97-104]

Penyesalan setelah melihat seksaan tiada guna lagi. [39:58]

Ingatlah, orang yang mengaku beriman tetapi tidak mempedulikan al-Qur’an adalah di dalam kesesatan sedangkan mereka tidak sedar, [2:8-9]

«آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ، وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ»

walaupun mereka salat dan puasa dan mendakwa dirinya adalah Muslim. [Sahih Muslim, 109-(59)]

Bertawbatlah dan kembalilah kepada Allah. [4:145-146]

أقول قولي هذا،
وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
اللّهم اهد قلوبنا،
اللّهم أصلح فساد قلوبنا،
اللّهم أعنّا على أنفسنا,
والحمد لله ربّ العالمين

 

سورة الطارق ١٥

0

 

[86:15]  إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا

 

Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. (86:15)

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-matian menjalankan rancangan jahat untuk menghalang agama Allah yang berpandukan petunjuk al-Qur’an ini daripada berkembang.

Kenapa mereka menentang Nabi? 47:8 -9

Sesungguhnya mereka benci kepada al-Qur’an yang diturunkan Allah

Pelbagai onar mereka lakukan supaya orang-orang yang hendak mendengar al-Qur’an tidak dapat memberi tumpuan. Mereka menyanyi, menjerit riuh rendah dan bertepuk sorak dengan tujuan mengganggu. [41:26]

Nabi ditohmah dengan pelbagai tuduhan lantaran mengajak manusia kepada ajaran al-Qur’an: Gila. [68:2-3]

Penyair. [36:69-70]

Membawa ajaran kolot. [21:107]

Lalu mereka membantah, memperlekeh, menghalang orang lain mendengar apa yang Nabi sampaikan dan memboikot daripada mendengar seruan baginda. [6:25-26]

Di kalangan sahabat Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – ada yang dibelasah kerana memperdengarkan bacaan al-Qur’an kepada mereka. Apa sahaja yang berkaitan dengan al-Qur’an ini mereka rasa benci dan kurang senang. [39:45]

Apa lagi konspirasi mereka terhadap Nabi yang berusaha hendak menyebarkan rahmat ke atas sekalian alam ini? [8:30]

Wahai saudara-saudaraku! Begitulah susah payahnya Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – hendak menyebarkan ajaran al-Qur’an ke tengah masyarakat. Patutkah al-Qur’an ini dijadikan sesuatu yang tidak diacuhkan? [25:30]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diletakkan terpinggir di sudut-sudut tertentu sahaja dalam kehidupan kita? [22:11]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diambil sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain? [15:91]

Sikap tidak mempedulikan al-Qur’an kerana terlalu terpesona dengan dunia ini bukankah membawa maksud persekongkolan dengan Yahudi yang berusaha hendak memadamkan cahaya Allah? [9:32]

[14:3] Siapakah orang yang sangat-sangat sayangkan dunia ini? [2:96] [2:120]

Tinggalkanlah sekularisme ajaran Yahudi dan kembalilah kepada Islam sepenuhnya. [2:208]

Ikutlah ajaran al-Qur’an. [7:3]

Menurut sebagaimana Nabi faham. [33:21]

Juga menurut apa yang difahami oleh para sahabat dan orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke Hari Kiamat. [9:100]

Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan yang hak. [6:153]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا

 

سورة الطارق ١٤

0

[86:14]   وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ

 

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. [86:14]

Al-Qur’an ini bukanlah suatu bahan olok-olokan. Tiada sebarang kebatilan padanya, baik yang tersurat atau tersirat, dahulu atau akan datang. Penurunannya adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [41:42]

Ia adalah kitab yang menghimpunkan panduan bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur. [14:1]

“dengan izin Tuhan mereka” Apakah yang dimaksudkan dengan izin Tuhan mereka? [65:11]

Allah hanya izinkan manusia keluar dari zulumat kepada nur jika ia “beriman dan beramal soleh.”

Siapa yang boleh percaya dengan penuh yakin, lalu bertindak sebagaimana yang Rasul – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – tunjukkan? Bagaimana seseorang itu boleh ikut al-Qur’an?

Seseorang itu hanya boleh mengikut al-Qur’an apabila ia memahami isi kandungannya. [2:121]

“mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan” maknanya mereka membaca dengan faham isi kandungannya. Jika seseorang itu membaca tidak faham, maka ia tidak ubah bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab yang tebal tetapi tidak mengetahui isi kandungannya. [62:5]

Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu? Siapakah orang zalim itu?

Orang-orang zalim itu ialah orang-orang yang mensyirikkan Allah. [31:13]

“Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” Ini maknanya al-Qur’an itu bukan kata-kata yang olok-olok. Sikap tidak ambil peduli terhadapnya mengundang bahaya yang besar. [7:40]

Wahai saudara-saudaraku! Apakah patut kita baca ancaman ini dan kita abaikannya sahaja?

[7:40] tu sama makna dengan [4:48]

Perbuatan syirik yang meluas di tengah masyarakat ialah membelakangkan al-Qur’an yang dibawa oleh Rasul – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [49:1]

Rasul sendiri mengeluh melihat ramai umatnya masuk neraka. [25:30]

“perlembagaan yang ditinggalkan” ialah panduan hidup yang tidak diacuhkan, dibaca tetapi tidak difaham, didengar tetapi tidak diamalkan, dipelajari tetapi tidak diajari, diyakini unggul tetapi tergerak hendak menyebarkannya.

Marilah belajar bahasa al-Qur’an supaya kita dapat fahami isi kandungannya. Kita habiskan sisa umur yang masih ada ini bagi mendekatkan diri kepada-Nya menerusi usaha belajar dan mengajar al-Qur’an supaya kita semua tergolongan dalam kelompok rabbaniyyin. [3:79]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
وزادنا الله وإياكم علماً وفقهاً وتوفيقاً وفهماً.

سورة الطارق ١٣

0

[86:13]  إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ

 

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), [86:13]

Apakah yg dimaksudkan dengan kata pemutus? [2:185]

هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Ada tiga perkara dinyatakan menerusi ayat ini tentang al-Qur’an:

  1. Petunjuk
  2. Keterangan bagi petunjuk
  3. Pembeza di antara yang hak dan batil

Al-Qur’an ini diturunkan untuk siapa?

هُدًى لِلنَّاسِ : Petunjuk untuk semua manusia

Siapakah manusia yang dapat faedah daripada petunjuk ini?

(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Jika seseorang itu mendakwa dirinya takwa, berbuat baik, ikhlas, berbuat ihsan dan sebagainya. Atas asas apa yang melayakkan ia membuat dakwaan itu?

(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Maknanya kita kena ikut al-Qur’an dalam kehidupan kita. Apakah syarat bagi membolehkan seseorang itu benar-benar mengikut al-Qur’an?

Syaratnya: Kalau kita baca al-Qur’an, tetapi tidak faham samalah seperti keldai yang membawa bandela kitab sedang ia tidak mengetahui kandungannya. [62:5]

Membaca dan tidak memahami isi kandungan AQ adalah perbuatan kaum yang zalim. Siapakah kaum yang zalim itu? [31:13]

Banyak nikmat yang sudah kita perolehi dengan Allah turunkan hujan. Patutkah kita tidak mempedulikan al-Qur’an yang Allah perintahkan kita mengikutya? [86:11]

Kaumku jadikan al-Qur’an sesuatu yang tidak diacuhkan. Justeru ada hal-hal lain yang lebih utama di sisinya. Patutkah begitu? [25:30]

Jadi kita wajib belajar bahasa Arab. Setuju?

Belajar bahasa Arab untuk memahami al-Qur’an dan Sunnah. Bahasa arab pintu kepada memahami AlQuran

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم. اللهم ارزقنا حب القرآن

Popular

Iklan

Iklan