Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.09 #190315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ibn Majah

01.08.09 #190315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ibn Majah

90
0

 

 

Nota 01.08.09 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 

Susunan: BroSyarief 

 

SUNAN IBN MAJAH

 

Nama sebenarnya ialah Sunan al-Mustafa sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

 

Nama penulis yang sebenar pula ialah Muhammad ibn Yazid ibn Majah al-Qazwini.

 

Beliau dilahirkan pada tahun 209H di Qazwin (berhampiran Tehran, Iran) dan meninggal di tempat yang sama pada tahun 273H.

 

Beliau memgembara mencari ilmu sehingga ke Iraq, Mekah, Syam dan Mesir. Dan beliau mendengar dari ramai guru, di antaranya:

 

01. Abu Bakr ibn Abi Syaibah

02. Abu Khaitsamah Zahir ibn Harb

03. Jubarah ibn al-Mughallis

04. Hisham ibn Ammar

05. Ali ibn Muhammad al-Tanafasi

06. al-Layts ibn Sa’ad

07. Ahmad ibn al-Azhar

08. Usman ibn Abi Syaibah

 

Dan ramai lagi.

 

Imam Ibn Majah memulakan kitabnya dengan muqaddimah membicarakan kepentingan berpegang dengan sunnah, kelebihan para sahabat dan seterusnya.

 

Beliau juga menyusun kitabnya mengikut bab-bab fiqh dan juga sedikit tambahan bab-bab selain fiqh seperti bab doa, bab tafsir mimpi, bab fitan dan lain-lain.

 

Jumlah keseluruhan hadits di dalam Sunan ibn Majah ialah sebanyak 4341 hadits kesemuanya mengikut kiraan oleh Ust Fuad Abdul Baqi. Dan 1552 daripadanya adalah yang tidak terdapat pada baki kitab yang 5.

 

Di antara keistimewaan kitab ini:

 

01. Mempunyai susunan bab yang baik dan banyak.

02. Tidak ada hadits-hadits yang berulang kecuali sedikit.

03. Penulis fokus kepada hadits-hadits yang tidak disebut dalam kitab yang 5 (Kutub al-Khamsah)

 

Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Ibn Majah pula ialah:

 

01. Syarh Sunan Ibn Majah oleh al-Hafiz ‘Alauddin Maghlitaa’i (w.762H)

02. Ma Tamassu Ilaihi al-Haajah ‘ala Sunan Ibn Majah, oleh Ibn al-Mulaqqin (w.804H)

03. ad-Dibajah fi Syarh Sunan Ibn Majah, oleh ad-Damiri (w.808H)

04. Misbah az-Zujajah ‘ala Sunan Ibn Majah, oleh as-Suyuthi (w.911H)

 

dan banyak lagi.

 

walLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

 

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan