Utama Blog Halaman 314

Tazkirah Ramadhan – 4/20

0

SUNNAH-SUNNAH PUASA

1. Bersahur dan mengakhirkan sahur.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

1229- عنْ أَنسٍ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ قال : قال رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « تَسَحَّرُوا فَإِنَّ في السُّحُورِ بَركَةً » متفقٌ عليه .

 

“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.”

 

An Nawawi radhiyallahu ‘anha mengatakan, “Karena dengan makan sahur akan semakin kuat melaksanakan puasa.”

Makan sahur hendaknya tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ,

 

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ هِشَامٍ الدَّسْتُوَائِيِّ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي رِفَاعَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

 

“Sahur adalah makanan yang penuh berkah. Oleh karena itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Karena sesungguhnya Allah dan para malaikat bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur.”  (Hadis Riwayat Ahmad 3/12,44).

 

Disunnahkan untuk mengakhirkan waktu sahur hingga menjelang fajar. Hal ini dapat dilihat dalam hadits berikut. Dari Anas, dari Zaid bin Tsabit, ia berkata,

 

 

1230- وعن زيدِ بن ثابتٍ رَضيَ اللَّه عَنْهُ قال : تَسحَّرْنَا مَعَ رسولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، ثُمَّ قُمْنَا إِلى الصَّلاةِ . قِيلَ : كَمْ كانَ بَيْنَهُمَا ؟ قال : قَدْرُ خَمْسونَ آيةً . متفقٌ عليه .

 

“Kami pernah makan sahur bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam . Kemudian kami pun berdiri untuk menunaikan shalat. Kemudian Anas bertanya pada Zaid, ”Berapa lama jarak antara adzan Shubuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab, ”Sekitar membaca 50 ayat”.Dalam riwayat Bukhari dikatakan, “Sekitar membaca 50 atau 60 ayat.”

 

Ibnu Hajar mengatakan, “Maksud sekitar membaca 50 ayat artinya waktu makan sahur tersebut tidak terlalu lama dan tidak pula terlalu cepat.” Al Qurthubi mengatakan, “Hadits ini adalah dalil bahwa batas makan sahur adalah sebelum terbit fajar shubuh.” Di antara faedah mengakhirkan waktu sahur sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar yaitu akan semakin menguatkan orang yang berpuasa. Ibnu Abi Jamroh berkata, “Seandainya makan sahur diperintahkan di tengah malam, tentu akan berat karena ketika itu masih ada yang tertidur lelap, atau barangkali nantinya akan meninggalkan shalat shubuh atau malah akan begadang di malam hari.”

 

 

Kelas #4 | Bilik Hadith al-Sakandary

0

Kelas #4: 19 Mac 2015 @ 28 Jumada Awal 1436

Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d. InsyaAllah pada hari ini kita akan memulakan diskusi Ulum Hadith. Sebelum itu saya kira, ada baiknya kita melihat beberapa poin penting kenapa perlu kita mempelajari. ilmu yang amat mulia ini.

 

• Pertama: Keutamaan ahli hadith.

Hadith termasuk wahyu Allah kepada Nabi SAW, sebagaimana firman Allah SWT:

“dan mengajarkan mereka al-Kitab (al-Quran) dan juga al-Hikmah”,

iaitu al-Hikmah adalah al-Sunnah.

Ahli hadith adalah mereka yang menjaga hadith, mereka juga adalah yang sentiasa menegakkan kebenaran dan mengaja kesucian agama, ini sebagaimana yang disebut dalam hadith yang masyhur dikeluarkan Ahmad, al-Tirmizi dan lainnya berbunyi:

“Sentiasalah ada satu golongan dari kalangan umatku berada di atas kebenaran yang terserlah, tidak dapat memudharatkan mereka sesiapa yang menentang dan menyalahi mereka sehinggalah datangnya keputusan (hari kiamat) Allah yang maha berkat dan maha tinggi, dan mereka berterusan dengan keadaan itu”

Golongan yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah para ahli hadith, sebagaimana kata al-Bukhari, ‘Ali ibn al-Madini, Ahmad bin Hanbal, serta Ibn al-Mubarak.

Serta berkata Sufyan al-Thauri:

“Malaikat adalah penjaga wahyu di langit, manakala Ahli Hadith adalah penjaga wahyu di bumi”, wahyu di bumi iaitu al-Hadith.

Ahli hadith termasuk juga penuntut hadith sentiasa bekerja dengan hadith, membacanya dan mendengarkannya. Mereka mendapat kelebihan sebagaimana sabda Nabi SAW dalam hadith yang cukup masyhur:

“Semoga Allah mencerahkan (mengelokkan rupa) orang yang mendengar hadith dariku, lalu dia menghafaznya (memahami, mengamalkannya) kemudian dia menyampaikannya kepada orang lain, terkadang orang yang membawa ilmu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham darinya, dan terkadang orang yang membawa ilmu tidak memahaminya”

Berkata Sufyan ibn ‘Uyaynah:

“tiada seorangpun dalam kalangan ahli hadith melainkan Allah mencerahkan wajahnya sebagaimana hadith ini” 

Juga berkata al-Syafie:

“apabila aku melihat ashab hadith, maka seolah-olah daku melihat seseorang dalam kalangan Sahabat Nabi”.

 

• Kedua: Ulum hadith sebagai ilmu alat.

Ulum hadith merupakan ilmu alat, yang dimaksudkan di sini ialah satu ilmu yang diperlukan oleh semua bidang dalam agama, baik fiqh atau aqidah atau penyucian jiwa (tazkiyah nafs) atau tarikh (sirah) atau tafsir.

Seseorang yang ingin berbicara berkenaan hukum hakam fiqh memerlukan ilmu hadith, ini kerana sumber kedua hukum ialah hadith, bukan sekadar hadith tetapi hadith Sahih! Ahli fiqh yang cemerlang ialah mereka yang mampu membezakan hadith Sahih dan Dha’if, bukan sekadar berpijak kepada kaedah usul fiqh namun mengabaikan kesahihan hadith.

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fadhlu ‘Ilmis Salaf ‘ala ‘Ilmil Khalaf mencela para fuqaha’ Khalaf yang berpijak kepada kaedah usul namun mengabaikan Sahih dan Dha’ifnya hadith, hingga mereka berfatwa dengan fatwa yang lari dari fatwa para Salaf. Guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl pernah berpesan

“seseorang ahli fiqh tidak akan menjadi betul-betul faqih melainkan dia juga merupakan ahli hadith”.

Begitu juga mereka yang berbicara berkenaan aqidah memerlukan ilmu hadith, ini kerana hanya hadith Sahih serta Hasan Li Zhatih (ini adalah istilah Mutaakhkhirin) sahaja yang dibuat hujah dalam aqidah, manakala hadith Hasan Li Ghairih tidak dibuat hujah dalam aqidah melainkan bab targhib dan tarhib. Manakala hadith Dha’if tidaklah terpakai.

Begitu juga mereka yang ingin berbicara berkenaan tarikh dan tafsir, perlu mampu membezakan antara Sahih dan Dha’if, ini kerana terlalu banyak riwayat-riwayat Dha’if serta Israeliyat dalam bab tarikh dan tafsir. Misalnya riwayat bahawa Nabi diciptakan daripada cahaya, dan beliau bercahaya apabila gelap, ini adalah riwayat Palsu, sayangnya para pencerita sirah Nabi ada yang menyebarkannya kepada awam.

Begitu juga kisah bahawa Nabi lahir dalam keadaan berkhitan dan sebagainya, tiada yang Sahih dalam bab ini. Bahkan ada pula yang menyebarkan kisah yang direka, Munkar tiada asalnya, misalnya Nabi memakan roti jala, ia pendustaan kepada Rasul.

Termasuk musibah yang melanda kini ialah para penceramah agama berbicara berkenaan penyucian jiwa dengan riwayat-riwayat yang dusta tiada asalnya, mereka memfokuskan kepada nilai rohani yang memilukan serta menyentuh jiwa para pendengar, namun sayangnya tanpa sedar mereka sedang bermaksiat kepada Rasul SAW dengan berdusta atas nama Baginda, hingga ada yang berkata “kami berdusta demi Rasul”, sungguh ini adalah musibah dan tipu daya Iblis kepada mereka.

Misalnya mereka berkata bahawa Nabi bersabda

“jika rindu kepada seseorang maka letaklah tangan di jantung, dan sebutlah namanya, nescaya orang yang dirindui akan merasakan kehadiran kita”,

ini satu pendustaaan kepada Nabi bahkan membawa syirik kerana menetapkan sebab yang Allah tidak jadikannya sebab. Wajiblah kepada para penceramah agama memastikan Sahihnya sesuatu riwayat sebelum menyebarkannya, kerana termasuk berdusta kepada Nabi dengan sengaja ialah menyebarkan sesuatu riwayat yang kita tidak pasti Sahihnya, walaupun tanpa niat mendustakan Nabi.

 

• Ketiga: Ilmu hadith sebagai penyuluh kebenaran.

Termasuk tujuan kita mempelajari Ulum Hadith ialah agar ia dapat membimbing kita kepada kebenaran. Kita menuntut ilmu bukanlah untuk berfatwa sebaliknya sebagai penyuluh dalam membimbing kita memilih fatwa yang tepat, saya ulang; menuntut ilmu bukanlah untuk berfatwa sebaliknya untuk memilih fatwa yang tepat, ingatlah pesanan ini.

Misalnya dalam bab fiqh, ia adalah satu lautan luas yang tersendiri dan dalamnya sangat banyak perbezaan pendapat dalam satu-satu masalah. Antara sebab utama wujudnya perbezaan pendapat dalam masalah hukum fiqh ialah ‘ilal hadith.

Misalnya dalam bab hukum berpuasa selepas nisfu sya’ban, sebahagian fuqaha’ berfatwa haram berpuasa selepas nisfu’ syaban, manakala sehagian lainnya mengharuskan berpuasa tanpa makruh. Yang mengharamkan, mereka berhujah dengan hadith marfu’ yang bermaksud

“apabila tiba setengah sya’ban, maka usahlah kamu semua berpuasa”,

mereka berfatwa sedemikian kerana menyangka hadith ini Sahih kerana thiqahnya para perawi dalam isnadnya, sedangkan hadith ini adalah Munkar, diingkari oleh para huffaz hadith Salaf semisal al-Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasaei dan lainnya.

Hadith ini walaupun zahir isnadnya kelihatan Sahih kerana thiqahnya para perawi, namun baginya ‘illah qadihah (kecacatan tersembunyi) iaitu perawinya telah silap meriwayatkan hadith ini, maka ia adalah hadith Munkar. Perlu diketahui bahawa thiqahnya rawi bukan penentu Sahihnya riwayat secara mutlak, kerana seorang thiqah boleh berbuat silap, sebagaimana kata guru saya al-Syaikh Maher Yasin al-Fahl

“seorang thiqah boleh berbuat silap, kerana berbuat silap adalah sunnah Allah kepada manusia”.

Dengan pengetahuan ilmu hadith, dapatlah kita mengetahui Dha’ifnya hujah mereka yang mengharamkan puasa selapas nisfu sya’ban, maka kita memilih pendapat bolehnya berpuasa selepas nisfu sya’ban. Lanjut berkenaan tahqiq status hadith ini secara rinci saya anjurkan merujuk risalah saya bertajuk “Penjelasan status hadith: larangan berpuasa selepas setengah sya’ban”.

Contoh lain pula ialah masalah muntah secara sengaja membatalkan puasa. Sebahagian fuqaha’ berfatwa batal puasa bagi mereka yang muntah secara sengaja, bahkan ada yang menyatakan ia adalah ijma’ (sebenarnya ia bukanlah ijma’, namun hanya dakwaan ijma’ semata-mata), manakala sebahagian lainnya pula berfatwa muntah tidak membatalkan puasa secara mutlak baik sengaja atau tidak.

Mereka yang berfatwa batal berhujah dengan sebuah hadith marfu’ daripada Abu Hurairah maksudnya

“sesiapa yang muntah dengan sengaja maka baginya qadha’ puasa”,

hadith ini secara zahir isnad kelihatan Sahih kerana thiqahnya para perawinya, namun yang benar ia adalah hadith Munkar sebagaimana jazamnya para huffaz Salaf semisal al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal dan lainnya.

Perawi yang meriwayat hadith ini telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, antara qarain (petunjuk kuat) Munkarnya hadih ini ialah fatwa Abu Hurairah sendiri akan tidak batal puasa bagi mereka yang sengaja muntah, kerana yang membatalkan puasa ialah perkara yang masuk bukan keluar.

Antara kaedah emas mengenal ‘ilal bagi sesuatu hadith ialah apabila datang hadith dari seorang Sahabat, namun fatwa atau amal Sahabat tersebut sendiri bertentangan dengan hadith itu, maka ia adalah qarain bahawa Dha’ifnya hadith itu, ataupun hukumnya telah dihapuskan.

Dengan pengetahun ilmu hadith dapatlah kita mengetahui ‘ilal hadith ini, maka dapatlah kita memilih fatwa yang tepat iaitu muntah secara sengaja tidaklah membatalkan puasa. Lanjut berkenaan tahqiq status hadith ini serta bantahan mereka yang mendakwa ijma’ masalah ini, saya anjurkan membaca risalah saya bertajuk “Penjelasan status hadith: muntahnya puasawan”.

Antara conloh lain lagi ialah hukum berpuasa pada hari Sabtu. Sebahagian fuqaha’ berfatwa haramnya berpuasa pada hari Sabtu, manakala selebihnya mengharuskan berpuasa pada hari Sabtu. Mereka yang mengharamkan berdalilkan sebuah hadith bahawa Nabi menyuruh mereka yang berpuasa pada hari Sabtu agar berbuka, hadith ini walaupun isnadnya kelihatan zahirnya Sahih kerana thiqahnya para rawinya, hakikatnya ia adalah hadith Munkar, sebagaimana jazamnya pada huffaz Salaf semisal al-Imam Ahmad dan lainnya, perawi telah silap meriwayatkannya.

Maka sekali lagi, dengan pengetahuan ilmu hadith dapatlah kita mengenal ‘ilal bagi hadith ini, jesteru memilih fatwa bolehnya berpuasa pada hari Sabtu. Lanjut berkenaan tahqiq status hadith ini serta fiqhnya, dianjurkan membaca risalah saya bertajuk “Penjelasan status hadih: larangan berpuasa pada hari Sabtu”.

 

• Keempat: Agar tidak salah faham ungkapan ahli hadith

Termasuk tujuan kita mempelajari ulum hadith ialah agar kita tidak salah memahami ungkapan ahli hadith terutamanya ungkapan para huffaz Salaf Mutaqaddimin. Memahami maksud ungkapan ahli hadith adalah penting agar kita tidak menyandarkan satu kefahaman kepada para imam hadith, sedangkan mereka tidak bermaksud sedemikian, sebaliknya kita yang telah salah faham ungkapan mereka. Ini kerana setiap imam hadith dan nuqqad mempunyai istilah mereka yang tersendiri.

Misalnya istilah Hasan, jika seseorang hanya mengetahui satu definisi hadith Hasan sahaja, iaitu yang masyhur dalam buku mustolah moden sebagai satu hadith yang sama kriterianya dengan hadith Sahih hanya saja perawinya sedikit rendah dari segi Dhabitnya. Apabila dia membaca buku-buku para huffaz Salaf dan mendapati mereka berkata hadith itu Hasan, maka diapun memahami maksud Hasan itu sebagaimana yang dia faham tadi, sedangkan yang dimaksudkan huffaz itu sama sekali berbeza dengan kefahamannya, maka ini akan menyebabkan kecelaruan serta kepincangan.

Ini kerana istilah Hasan di sisi para huffaz Salaf mempunyai maksud yang berbeza-beza, sebahagian mereka menggunakan istilah ini dengan maksud Sahih, ada pula yang menggunakannya dengan maksud Dha’if bahkan Munkar dan Maudhu’. Begitu juga dengan istilah Sahih, Munkar, Syaz, Thiqah dan lainnya istilah, ia mempunyai maksud yang berbeza-beza di sisi huffaz dan nuqaad yang berbeza, dalam keadaan yang berbeza-beza. InsyaAllah kita akan membincangkannya secara rinci apabila tiba babnya nanti.

Maka wajib bagi seseorang yang ingin menukilkan satu pendapat dari para huffaz Salaf memahami istilah yang mereka gunakan, supaya tidak mencampur-aduk definisi oleh satu imam dengan imam yang lain. Wajib mengkaji manhaj serta metod setiap para huffaz secara rinci agar tidak berlaku salah faham dalam memahami ungkapan mereka.

Demikianlah empat poin penting yang saya dapat rumuskan berkenaan sebab kenapa perlu kita mempelajari ilmu hadith.

 

Kita akan mulakan diskusi Ulum Hadith kita dengan beberapa istilah asas awal, kemudian kita akan masuk kepada istilah-istilah yang lebih rumit, semakin atas semakin rumit. Maka nilai sabar amat penting bagi penuntut ilmu hadith.

 

1- Ulum Hadith:

Ulum (ilmu-ilmu) adalah kata ‘plural’ bagi ‘ilm (ilmu). Hadith pula dari segi istilah bermaksud segala apa yang disandarkan serta dinisbahkan kepada Nabi SAW baik percakapan, perbuatan, persetujuan, sifat, sirah atau sebagainya.

Maka Ulum Hadith asasnya bermaksud ilmu-ilmu berkait hadith. Atau secara istilahnya Ulum Hadith ialah satu ilmu yang berkhidmat untuk hadith, semisal ilmu berkaitan qawaid (kaedah-kaedah), serta manhaj (metod) serta mustolah (istilah) berkait hadith.

Sebahagian penulis menyatakan Ulum Hadith adalah satu ilmu untuk mengenal status hadith dari segi Sahih atau Dha’ifnya, dari segi qabul (diterima) atau radd (tertolak). Definisi ini betul namun tidak tepat, ia tidak menyeluruh. Ini kerana skop cabang Ulum Hadith bukan hanya berkait untuk mengkaji Sahih atau Dha’if, maqbul atau mardud sahaja, namun skopnya lebih luas daripada itu.

Contohnya bab ‘aliy dan nazil, ia adalah cabang ulum hadith dalam mengenal sanad yang tinggi dan rendah, ia tidak mesti berkait Sahih dan Dha’if.

Begitu juga bab hadith musalsal misalnya, ia adalah cabang mengenal hadith-hadith yang diriwayatkan dengan ciri-ciri khas dalam setiap tabaqatnya, misalnya musalsal bi misriyyin, setiap sanadnya diriwayatkan oleh orang Mesir, ia tidak berkait Sahih atau Dha’if.

Sebahagian panulis buku-buku ilmu hadith menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Mustolah Hadith, ini tidak tepat kerana Ulum Hadith bukan hanya berkait istilah-istilah, namun lebih luas, mengenal istilah-istilah hanyalah satu skop dalam Ulum Hadith.

 

2- Cabang Ulum Hadith:

Sebagaimana yang pernah saya sebutkan dalam kelas yang lalu, seingat saya dalam kelas pertama, ulum hadith adalah satu ilmu yang cabangnya sangat luas. Sebahagian ulama membahagikan ia kepada 60 lebih cabang semisal Ibn al-Solah, manakala sebahagian lain membahagikannya kepada 100 cabang semisal al-Hazimi.

Namun apabila dikaji dan dihimpunkan cabang-cabang yang banyak ini dalam kumpulan-kumpulan, maka dapatlah ia diringkaskan menjadi dua cabang sahaja, iaitu Ilmu Riwayah serta Ilmu Dirayah.

Apakah maksud Ilmu Riwayah? Dan apa pula maksud Ilmu Dirayah? Ini akan kita bincang pada minggu hadapan insyaAllah.

 

Selepas Rukuk: Bolehkah Makmum Ulangi Sebutan Imam, Sami’allah…?

0

Soalan: Saya pernah ditegur oleh seorang arab. Katanya solat saya salah, bila saya ucap سمع الله لمن حمدة slps imam ucapkan kalimah itu ketika iktidal. Boleh mintak penjelasan?

Jawapan: Saya tak tahu kenapa dia tegur, cuma suspect utama saya adalah sebab hadits ni:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ قال : إذا قال الإمامُ : سمع اللهُ لمن حمدَه، فقولوا : ربَّنا لك الحمدُ، فإنه من وافق قولُه قولَ الملائكةِ، غُفر له ما تقدم من ذنبهِ . الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري. الصفحة أو الرقم: 3228 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila imam mengucapkan: سمع اللهُ لمن حمدَ (Allah mendengar orang yang memuji-Nya), maka katakanlah: ربَّنا لك الحمدُ (Rabb Kami! Bagi-Mu segala pujian). Sesungguhnya sesiapa yang serentak ucapannya dengan ucapan malaikat, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 3228.

Maksudnya, ketika imam dah ucap سمع اللهُ لمن حمدَ, ma’mum tak perlu repeat balik سمع اللهُ لمن حمدَ. Ma’mum hanya perlu sebut: ربَّنا لك الحمدُ. Inilah yang saya amalkan.

Namun, sebahagian `ulama’ memang yang berpendapat kalau imam sebut سمع اللهُ لمن حمدَ, ma’mum kena sebut :  سمع اللهُ لمن حمدَ ربَّنا لك الحمدُ.

Ini adalah pendapat Asy-Syafi`i dan Ishaq.

Wallahu a`lam.

Dijawab oleh:

Ustaz Adli Khalim

UiTO Bilik (05) Fiqhud Dalil

 

Soal Jawab Bersama Doktor 3

0

S : Apakah kaedah yang boleh dicadangkan kepada pasangan yang susah dapat anak pertama?

S : Untuk pasangan yang susah untuk dapat anak walaupun segala ujian yg dijalankan adalah normal, juga ‘timing’ pun betul, perlu lihat kpd diet pasangan tersebut. Byk zat makanan yg penting diperlukan utk kesuburan.

Untuk pasangan yang tiada anak buatlah pemeriksaan, dan suami mesti diperiksa dulu. Kalau suami minta isteri untuk diperiksa dulu jangan buat, kerana untuk memeriksa orang lelaki sangat mudah hanya memerlukan sampel air mani.

Bila suaminya normal barulah periksa isteri, pastikan ada proses ovulasi berlaku, kedua-dua tube tidak sumbat dan tiada ketumbuhan dalam rahim yang boleh menghalang proses implantasi

 

Q13 : Benar ke Jaundis pada baby berpunca daripada cara permakanan dari ibu?

Jaundice pada bayi biasanya di sebabkan oleh hati bayi yang belum matang, jadi bilirubin yang terbentuk tidak dapat dikendalikan dan meningkat. Ini yang menyebabkan bayi jadi kuning.

Tapi ada juga penyakit yang merbahaya seperti saluran hati tak terbentuk, kumpulan darah emak dan anak tidak compatible, infeksi dan lain lain.

 

Q15 : Betul ke makan vitamin C dan udang menyebabkan keracunan Arsenik? Ada kajian saintifik ke tak?

A15 : Makan vitamin C & udang menyebabkan keracunan arsenik adalah tidak benar

 

Q23 : Assalam Drs. Best friend saya menghidap tumor dibelakang mata. Asalnya hidung berdarah. Selepas check didapati ada ketumbuhan. Sementara menunggu tarikh operation, tumor membengkak sebesar penumbuk baby 2 thn menyebabkan mata bagai nak terkeluar. Sekarang sedang chemo. Bila chemo, tumor seolah2 masih terkawal. Mengikut Dr, semasa operation tiada virus yg tinggal. Tapi berlaku sebaliknya. Adakah perubatan alternatif utk malignant yg dia hidapi? Dr merawat tidak diagnose kanser tetapi treatment seperti treatment kanser.

A23 : Saya dah terang pasal perubatan alternatif secara kiasan. Kalau trace mesej dulu….perubatan alternatif ni ibarat hari ni saya naik kereta tp ada juga orang yg masih nak naik kuda. Perubatan alternatif bukanlah suatu yg berbeza dari dunia perubatan moden. Ia adalah rawatan doktor2 dulu kalau doktor2 moden hari ni lahir pada zaman dahulu. Secara logik kalau perubatan dulu sgt berkesan saya fikir amalan tu akan terus dipelihara dan tidak perlu ia evolusi kepada perubatan baru. Cuba kaji sejarah perubatan doktor dulu2 ramai pakai perubatan alternatif tapi kemudian mengabaikannye.

 

Q26 : Assalamualaikum. Banyaknya soalan. Sy pun turut nak bertanya mengenai amalan pemakanan pesakit jantung dan pesakit darah tinggi. Ada pakar pemakanan di sini yg boleh mencadangkan amalan makanminum yg sihat sehingga boleh mengurangkan kolestrol dlm darah? soalan sy ni Doktor sekalian boleh jwb secara ringkas sahaja.

A26 : Pemakanan bagi pesakit darah tinggi dan jantung adalah seperti biasa cuma kena kurangkan minyak dan santan. Minyak dan santan mengandungi asid lemak yang tepu yang akan meningkatkan paras kolesterol meningkat selain dari menyebabkan cecair dalam saluran darah menjadi pekat dan sluggish. Ini tidak baik bagi darah tinggi dan sakit jantung.

Kolesterol boleh dimakan mengikut kajian yang dijalankan di US kerana ianya tidak meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Dan satu lagi yang sangat penting jangan lupa untuk exercise. Lagi satu, makanan yg tinggi gula dan karbohidrat ringkas akan menyebabkan hati menghasilkan lbh byk kolesterol. Ini adalah spt nasi putih, roti putih, cereals dan semua makanan yg dibuat dari tepung beras, gandum, pulut dan lain-lain. Hati kita buat 70-80% cholesterol dlm badan. Cholesterol dari makanan hanya menyumbang 20-30% sahaja.

Ada beberapa kajian yg menunjukkan susu lembu tidak bagus utk kesihatan. Seperti yang saya terangkan makanan berkolesterol menyumbang 20-30% saja kolesterol dlm badan. Jadi, banyak carbohydrate = tinggi cholesterol, secara simple nya.

Mmg zaman dulu org percaya makan banyak cholestrol maka darah tinggi cholestrol. Namun kajian terbaru adalah seperti apa yg diperkata kak azlinda.

 

Q28 : Assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai bengkak kelenjar parotide. Bolehkah sembuh tanpa pembedahan? Terima kasih Tn doktor dan admin krn bantu jawab soalan saya. Saya mengalami bengkak kelenjar disyaki parotide glands dan telah pun buat Ct scan pd bln Oktober 2014. Result blm tahu sbb saya telah mohon tangguh appointment pada bln Nov. Sehingga hari ini belum lagi set utk appointment baru. Saya amat takut dengan pembedahan dan saya juga tdk pasti adakah ia kanser atau apa kerana sehingga kini saya berasa tidak selesa. Dan bengkak tersebut walaupun tak ketara tapi ia mengganggu saraf pipi dan mata menimbulkan kesan twitching.

A28: Parotid adalah kelenjar air liur yg berada di kedua2 belah pipi. Bengkak parotid terbahagi kpd kanser dan bukan kanser. Pengesahan boleh dibuat dgn pemeriksaan dr dan ujian lanjut spt CT scan atau MRI. Biosy pun kadang2 digunakan…tapi sy buat kesimpulan dari teknik pengimejan moden. Kalau kanser atau dkhuatiri kanser kena buat pembedahan. Kalau bukan kanser spt jangkitan virus mump atau bakteria buleh makan ubat. Sebagai panduan bengkak parotid yang tidak sakit, tidak demam dan ada pada sebelah pipi sahaja adalah lebih merbahaya. Pembedahan parotid lebih mudah jika tidak menunggu terlalu lama utk buat keputusan. Jika berlaku bengkak perotid, SILA KE Klinik pakar bedah am atau ENT

Buat scan tak semestinya terus bedah. Yang penting tahu masalah dulu. Ya. Buat CT scan dulu. Dapatkan report. Kalau ragu boleh dapatkan beberapa opinion doktor lain. Jangan pulak jumpa bomoh. Susah nak dapat appointment CTScan ni. Kena jumpa balik doktor yang memeriksa, bagi alasan yang munasabah dan dapatkan semula appointment CTScan. Kalau hospital swasta dalam RM500.

Jgn fikir pasal pembedahan. Tak bedah pun ada risiko. Macam kita nak pergi kerja. Kalau kita takut kemalangan jalanraya mmg kita tak keluar cari rezeki. Dr. Zubaidi, Puan Ummu Yaser kata beliau dah buat CT dalam Oct 2014, cuma result belum tahu sebab beliau minta postpone TCA.

Puan, saya cadangkan puan hubungi kembali hospital berkenaan dah minta tarikh temu janji baru. Kes-kes mcm ni belum tentu berakhir dengan pembedahan. Biasanya pakar akan assess balik kondisi puan, dengan penemuaan CT scan, baru keputusan akan dibuat.

 

Q32 : Mata kanan saya sentiasa gatal adakah ia sejenis penyakit?

A32 : Kadang2 allergic atau eczema salah satu punca mata gatal…cuma soalannya…di bola mata kah…di kelopak kah…gatalnya? Tp walau apa2pun sukar saya buat concluaion tanpa memeriksa mata anda

 

Q33 : As salamualaikum..ada tak effect mengambil weight gain dan kalau minum air milo boleh membuat seseorang tu infrtile?

A33 : Minum air milo tak sebabkan infertile l. Dan weight gain biasanya tak ada apa2 masalah…tp menguruskan badan terutamanya secara drastik atau extreme mmg berbahaya

 

Q39 : Bolehkah injection vaksin umrah diambil bersama influenza dalam 1 masa (hamba Allah jenis kerja byk pergi ke luar negara). Tq..

Vaccinasi umrah biasamya adalah vaccinasi pneumococcal. Boleh diambil serentak

 

Q40 : MANIAC itu penyakit apa? Apakah yg menyebabkan maniac ini berlaku terhadap seseorang doktor Seiji?

Maniac tu bukan istilah perubatan. Tu bahasa biasa yg bermaksud gila. Tp biasa dikhusukan kepada mereka yg alami sakit psiatrik tp menhangdapi hallucion dan delusion sehingga bertindak aggresif. Saya tak suka pakai istilah maniac kerana ia perkataan biasa. Antara penyakit yg boleh menyebabkan maniac ni seperti schizophrenia, bipolar disorder. Sometimes genetik….sometimes pun disebabkan otak rosak…

 

Q45 : Assalamualaikum nak tanya. .. adakah “slow learner” itu sejenis penyakit???

A45 : Mmg ada sesetengah keadaan menyebabkan dia slow learner….t. Tu bidang audiologist, psychiatric, speech therapy. Ada org mmg susah nak belajar…ada org mmg susah belajar bahasa

 

Q49 : Bercakap psl antibiotic tu..nk tau knp ye ada org yg alah antibiotic ni? Adik sy alah antibiotic, klu makan akan bengkak muka n badan..sy n abg sy xde masalah tu..

A49 :Tu genetik watie…sama juga mcm side effext..ada org kena…ada org tak kena. Penyakit kusta pun sama…ada org kena jangkitan dia sembuh…ada org dia jadi penyakit sembuh dan perlukan antibiotic. Utk pengetahuan ummu yaser….makan antibiotik pun ada org mati kerana kesan allergik. Tp berapa ramai antara kita masih bernyawa walaupun dah makan beratus2 antibiotik

 

Q51 : Dr Azlinda nk tmbh berat bdn mcmna?

cuba cr susu appeton untuk tmbhkan berat atau susu mass.. Brp BMI? Makan Protein bg cukup – 1g/ kg body weight. Lepas tu kena exercise – weight lifting & muscle toning. Baru boleh naikkan berat badan – lebih otot & bukan lemak

 

Q52 : Seorg kwn sy masuk 1 kelas diet xtaw dgn Dr mana.. Katanya untuk kurus, makan tembikai 1kg stiap mlm tnpa mkn nasi.. Sbb ia pnuh dgn air dan tggi dgn antioksida.. Betul ker Dr?

So makanan promotion utk kurangkan cholestrol indeed is a myth…sebaliknya aboid gula ringkas. karbohidrat yang diambil secara berlebihan akan ditukarkan menjadi tisu lemak di badan. Malah di us….sejak amerika mempromosi makanan kurang lemak…..ramaiborg suka minum air juice. Dan sejak dari situ kes obesiti meningkat. Makan tembikai 1 kg memang byk air tapi juga byk gula yg akan ditukarkan kpd lemak

Berbeza dgn gula jus buah dgn gula dalam buah. Pertama kandujgan gula dlm buah adalah lebih rendah dari jus buah. Kedua buah ada serat ….jus buah takde serat. Mungkin peranan serat ada membantu dlm kesihatan…tp khasiatnya so far tak tahu.
Dgn kata lain makan buah mentah2 lagi bagus drpd minum jus buah. Kalau buah yg tak manis, ok. Yang paling baik makan bersederhana tak kiralah buah apa. Badan kita boleh menghasilkan cholestrol sendiri.

Bila insulin tinggi disebabkan gula tinggi. Insulin tu turut merangsang sejenis enzyme untukbpenghasilan lebih banyak cholesterol. Actually, high sugar or carbohydrate diet menyebabkan peningkatan insulin yg akan active kan enzim HMGCoA. Reductase in the liver which will lead to higher production of cholesterol

 

Q53 : Carbohydrate diet tu maknanya kurang mkn mknn berkarbohidrat menyebabkan insulin merangsang enzim yg mybbkan pghasilan lbh byk kolestrol. Ya ke?

Ya. Carbohydrate diet tu maknanya makan byk carbohydrate

 

Q54 : kalau gula tinggi….tp kedua2 ada glycemic index berbeza rendah dan tinggi , ada beza tak cara dia mempengaruhi insulin dan penghasilan cholestrol seperti yg diperkata?

Kak azlinda…soalannya lets say gula 50mg high glycemic index dgn gula 50 mg low glycemic index……antara2 kedua2nya adakah ia menyebabkan badan menghasilkan cholestrol dgn kadar yg sama atau berbeza

Dr Seiji, makanan yg tinggi glycemic index akan menghasilkan insulin surge, yg akan lbh cepat aktifkan HMGCoA reductase. Yg high glycemic index tu more dangerous. Terms yang berakhir dengan ase tu biasanya hormon atau enzim

 

Q55 : Sy xtaw mcm mane cara nk kurus.. Selalu brsenam dan bertani.. Mkn mcm org normal tp kmgknn ape yg sy mkn tidk kena.. Ada nasihat..?? Risau dgn berat bdan cmni.. Sy x penah cuba ubat.. Mindset sy, ubat untk kurus, x elok untk kshtan.. Umur 23, berat around 100kg.. Tggi, 175

A55 : Ok, masih muda….lebih senang turun berat badan berbanding dgn warga ‘matang. Berat ideal sepatutnya 75kg. Kena ubah makanan & gaya hidup secara menyeluruh. Makan byk sayur2. Keperluan Protein 75g/hari. Contoh: 1 telur A.

Kena konsisten, kita jadi gemuk bukan dalam tempoh 3 bulan tapi tahun demi tahun, jadi untuk kurus pun memakan masa yang sama, perlu pada usaha gigih dan sabar. 1 telur saiz A ada 7g protein.

Makan complex carbohydrate 1 kepal shj 2x sehari. Exercise – aerobics & weight lifting utk bakar lemak & bina otot. Ayam, ikan, daging pun kaya protein. Nak kurus badan…stress management pun kena bagus juga. Tapi kens buang lemaknya. Sebab ada org hilangkan stress dgn makan. Ambil ubat kurus memang tak bagus…byk side effects

 

Q56 : Drazlinda, berapa biji telur gred A blh diambil dlm sehari ?

Telur REBUS blh ambil 1-2 bj sehari. Dlm kuning telur, ada cholesterol tapi penawarnya Lecithin ada dlm telur putih. Kalau digoreng, ia sudah dirosakkan.

 

Q57 : Sy penah bina otot dan stop.. Dlm 3 bulan.. Lpas ti bdan mcm makin kembg dgn sndri. Dr, katakan pg sy mkn telur msak separuh 2 biji dgn air teh.. Tghari nasi skepal dgn sayur dan ayam sketul.. Mlm, 2 keping roti dgn secawan air kurg manis.. Air masak 2 btol 1.5liter.. Dan exercise pd ptg hari.. Ok ker?

A57 : Sbb stop kot jadi mcm tu. Apa pun, diet yg betul & exercise sgt penting. Takde jalan singkat

En. Hakim :

  1. 1. Protein tak cukup 75g sehari (2 bj telur & seketul ayam hanya penuhi separuh keperluan harian). Ikan adalah pilihan yg lbh bagus dari ayam & daging.
  2. Air teh bubuh gula? Green tea tanpa gula lbh baik
  3. Nasi sekepal tengahari…tukar kpd nasi beras perang.
  4. Roti putih adalah karbohidrat ringkas….tidak bagus utk badan.
  5. Tiada Protein waktu makan mlm? En. Hakim blh makan ikan sebesar & setebal tapak tangan sendiri yg dikukus/dibuat sup/panggang.
  6. Perlu minum air bersih 2.5 – 3 liter sehari

Jangan makan apa2 makanan selepas jam 8 mlm. Boleh minum air kosong.Juga amalkan minum air 1 gelas kosong sblm tidur & sebaik shj bangun dari tidur

 

Q58 : Doc..boleh terangkan sikit mksd ‘air bersih ‘ tu? Sy pernah dgr dr sorg doc kita mesti minum air yg mggunakan penapis air yg baik..btl ke? klu air masak ganti ngan air tapis Or mineral ok dr?

A58 : Air bersih ialah air yg telah ditapis menggunakan penapis yg disahkan bagus sbb air paip/perigi di M’sia tidak sesuai diminum tanpa ditapis kerana byk pencemaran. Kurangkan guna mineral/bottled water sbb :

  1. Tiada sijil pengesahan tentang kualitinya
  2. Bahan plastik botol larut perlahan2 dlm air tersebut
  3. Botol plastik mengambil masa 500-1000 tahun utk terurai
  4. Harganya juga mahal walaupun kualitinya tidsk terjamin

 

Q59 : Pemilihan penapis air cadangan doc?

A59 : Bila membeli penapis air, tanya diri apa tujuan beli penapis. Adakah utk dapatkan air yg bersih? Jika ya, minta data & bukti bahan2 kimia yg blh ditapis keluar serta peratusannya dan kuman apa yg boleh dibunuh.

 

Q60 : Betul ke minum air beralkali mpengaruhi kesihatan tubuh?

A60 : Makanan yg beralkali bagus utk badan dan ini adalah sayur2an hijau yg kaya dgn zat galian. Dan bukannya air beralkali. Air yg bagus adalah sedikit beralkali – pH 7 +. Kalau sgt beralkali, dah rasa pahit mcm sabun. pH darah kita ialah 7.35 -7.4 iaitu sedikit alkali. Mesin air beralkali lansung tidak menyebut tentang fungsi penapis airnya

 

Q61 : Sy pernah melawat logi rawatan air semasa belajar dl..sy pernah bertny pd pegawai2 disana ttg air yg dikeluarkan adkh selamat digunakan..n ttg jurujual2 penapis air. Diorg menegaskan air yg dikeluarkan adlh bersih n selamat diminum tnpa perlu penapis2 tersebut..klu berkaitan klorin dlm air pula..ia akan hilang setelah smpai kpd pengguna..

A61 : Loji rawatan air tidak boleh tapis keluar bahan2 kimia, sisa racun serangga, sisa busngan kilang dll yg larut dlm air. Kepekatan klorin (utk bunuh kuman) juga tidak sekata dari loji hingga menuju ke rumah2 kerana klorin adalah gas yg akan hilang ke udara.Klorin yg larut di dlm air membentuk sebatian2 THM yg boleh menyebabkan kanser.

Sila baca keratan akhbar di atas – apa kata Executive Chairman Puncak Niaga. Ini bukan hanya berlaku di Selangor shj tetapi di seluruh negara kerana kita tidak tahu menjaga alam sekitar & sumber air

 

Q62 : Dr boleh cadangkan Penapis air yg tbaik? atau xperlu gunakan Penapis, hnya perlu memasaknya sj?

A62 Kalau ada dakeaan kata ada penapis air boleh menapis kuman dan bacteria tu semua penipu dan tak logik. Kalau betul pum….sudah tentu ia menguntungkan doktor sebab darah boleh dicuci, dialysis dan kuman2 dpt diasingkan.

Fiqh Wanita 21 (Umum)

0

Soalan 1 : Sekarang dah masuk tahun ke5, saya menjaga ibu saya yang uzur.Bukan tidak pernah memikirkan soal jodoh.Bahkan pernah berusaha tapi belum bertemu pilihan hati.Tapi tahun ni saya berhenti untuk berusaha kearah itu kerana bila difikirkan balik,saya memang tak mampu nak uruskan ibubapa yang semakin uzur dengan baik bila berkahwin dan mungkin tidak diberi kesempatan untuk berbuat demikian oleh bakal suami.Adik-beradik lain jauh di ibu kota tetapi sering berulang alik untuk melunaskan tangunggjawab masing-masing.Sejak dari awal lagi saya memang berhajat untuk menjaga kedua ibubapa tanpa paksaan sesiapapun.Saya berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu yang sakit ketika itu.Sekarang kedua-duanya semakin uzur ditambah dengan mempunyai seorang abang yang down sindrom.Jadi berdosa tak saya mengenepikan soal jodoh untuk temoh waktu yang saya sendiri pun tidak tahu sebab saya sedar tanggungjawab menjaga ibubapa bukanlah tanggungjawab mutlak seorang anak perempuan.

Jawapan 1 Thtl : Ingin berbakti kepada kedua ibubapa dan membujang. Kesanggupan anda untuk berbuat apa saja untuk berbakti kepada keluarga anda adalah kebaktian yang agung dan amat bernilai disisi Allah SWT.Itulah pintu-pintu untuk anda ke syurga.

 

AQ 31:14.”Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya:Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kepada kedua ibubapamu,hanya kepada-Ku lah kembalimu.”

 

Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang amal-amal soleh yang paling tinggi dan mulia,

 

“Solat tepat pada waktunya,berbuat baik kepada kedua orang tua,jihad di jalan Allah.”(HR Bukhari dan Muslim).

 

Hukum perkahwinan ada 5,wajib,sunat ,makhruh,harus dan haram.Itu memang maklum dalam fiqh,yang tidak boleh membenci ialah membenci perkahwinan seperti kaum pope,monk,nun,rabbai,priest,itu memang tidak boleh. Jika anda merasakan perkahwinan itu tidak wajib buat anda kerana ingin mengutamakan berbakti kepada ibubapa,maka anda akan mendapat uzur. WA

 

Soalan 2 :Saya tinggal puasa 8 hari semasa darjah 6 dan tidak sempat menqadhakannya sebelum ramadhan berikutnya tetapi menqadhakan semuanya selepas ramadhan yang berikutnya,yang fidyah itu kira macamana? Kena bayar 8 kg ke,kena darab tahun? sebab sampai sekarang saya tak bayar fidyah tu. (Umur 12 tahun tak ganti puasa selepas bulan puasa setahun kemudian.Fidyah yang harus ditanggung itu kena 2 kali ganda.Sekarang umurnya dah 22 tahun).

Jawapan 2 ThtlHukum qada puasa dan fidyah.

  1. Tinggal puasa ketika usia 12 tahun,adakah sudah baligh?
    Kalau sudah baligh ,wajib qada sebelum sampai tahun berikutnya. Jika sudah masuk tahun baru,maka dalam mahzab Syafiiy kena bayar dam atau kafarah atau fidyah. Mahzab lain kena bayar taubat sahaja fidyah tak payah. Sebabnya dalil hadith dalam bab ini tak ada kerana zaman dulu tak ada isu tinggal puasa sebab mereka umat terbaik. Fidyah 1 hari,0-7kg beras,bukan 1 kg,atau nilainya Rm5-7 kos makan nasi campur+sirap. Jika 4 hari tinggal,maka Rm8 x 5= Rm 40
  2. Jika belum bayar sejak usia 12 tahun sekarang dah 22 tahun,amaka langkah terbaik,abaikan sahaja kerana usia 12 tahun anda tidak mengerti apa-apa lagi dalam isu agama.Itu puasa training sahaja.

 

Soalan 3 : Dalam solat ,Al -Fatihah rukun Qauli kan.Kalau tak dengar suara maksudnya tak sah kan?katanya kalau menganggu orang sebelah hukumnya haram.Tapi bukankah kalau dengar suara akan menganggu orang sebelah.(Soalan untuk jemaah lelaki dan perempuan).

Jawapan 3ThtlKadar bacaan dalam solat berjemaah. Kadar bacaan hanya kita sahaja yang mendengar. Dalil:

 

“Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan ,atau sabdanya:dalam solat”

 

Maka ini kena cuba pratikkan.untuk menentukan kadar bacaan yang didengar oleh kita sahaja. Isu apakah bacaan imam jadi bacaan kita,itu isu khilaf,Mahzab Syafiiy kena baca Fatihah tak kira kuat atau perlahan,manakala mahzab Hanbali maliki,tak payah baca jika solat bacaan imam kuat dan baca pada rakaat.

 

Soalan 4 : Mengenai andaman bulu kening.Selalunya pengantin,mak andam mesti cabut atau rapikan bulu kening,apa hukumnya? sama juga kalau sesetengah wanita pergi ke salon untuk merapikan bulu kening.

Jawapan 4 ThtlIsu bulu kening bagi wanita. Haram hukumnya.

 

” Allah melaknat orang yang mentato dan yang minta ditato.Allah pula melaknat orang yang mencabut rambut wajah dan yang meminta dicabut.”(HR Muslim no.2125). Demikian juga apa yang diputuskan oleh Imam Nawawi dalam syarah Muslim jld 14 sebagai haram.

 

Soalan 5 : Sekarang semasa solat subuh saya memang tidak membaca doa qunut lagi.Adakah itu saya sudah dikira bertukar mahzab?

Jawapan 5 ThtlTidak lagi membaca qunut subuh. Jika dulu baca qunut,taqlid dengan mahzab Syafiiy,sekarang dinamakan ittiba’ atau amal kerana ilmu,sudah tahu akan perbahasannya.Maka meninggalkan ilmu kerana tahu perbahasan ittiba’ bukan lagi faham taqlid buta.

 

Soalan 6 : Selepas solat isya’,selalunya saya solat witir hanya 1 rakaat,adakah tidak mengapa saya tidak membuat 3 rakaat?

Jawapan 6 ThtlSolat witir hanya 1 rakaat. “Shalat witir minima menurut Syafiiyah dan Hanbali adalah satu rakaat.Mereka mengatakan ,boleh shalat witir satu rakaat dan tidak makhruh,Berdasarkan hadith:

 

“Shalat malam 2 rakaat-2 rakaat,apabila kamu khuatir masuk subuh,kerjakan witir satu rakaat.”(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah,27/293)

 

Soalan 7 : Mohon penjelasan tentang aurat wanita didalam solat dan diluar solat mengikut pandangan kesemua mahzab termasuk pandangan yang menjelaskan muka wanita juga aurat berpandukan dalil yang sohih

Jawapan 7 Thtl : Aurat wanita ikut pandangan mahzab,luar dan dalam solat,isu muka. Ini soalan berantai yang memakan masa untuk disimpulkan.Soalan Tg ini,kena fokus kepada satu saja sepatutnya,sebab banyak masa diperlukan untuk menjawabnya.

  1. Aurat wanita dalam solat ikut 4 mahzab + dalil. Hanafi: Seluruh tubuh kecuali muka,dua tangan dan dua kaki. Maliki/Syafiiy: Seluruh tubuh kecali muka dan dua tangan. Hanbali: Seluruh tubuh kecuali muka (tangan aurat).

Sumber:Dr Abdul Kareem Zaid Zaidan,al-Mufassal fi Ahkam al-Ma’rah.

Aurat wanita diluar solat Hanafi: Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh badan kecuali muka,tangan dan kaki. Qaul 2:Seluruh badan kecuali muka,tangan dan kaki. (Ibnu Abidin,Radd al-Mukhtar,1/189)

Maliki: Seluruh badan kecuali muka dan dua tangan( Tafsir Qurthubi,jld 12)

Syafiiy:Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh tubuh kecuali wajah dan tangan. Qaul 2(Muktamad): Seluruh tubuh(Fathul Gharib ms 19).

Hanbali:Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh tubuh kecuali muka dan tangan. Qaul 2( muktamad):Seluruh tubuh tanpa kecuali. (Zaadul Mesir,6/131)

Seputar wajah wanita Hanafi:Wajah bukan aurat cuma dianjurkan jika menimbulkan fitnah(Radd al-Mukhtar,1/189). Maliki: Wajah bukan aurat,tutup wajah sunnah,wajib ,jika fitnah kepada lelaki( Zurqani,Syarah al-Mukhtar alkhalil,176). Syafiiy:Muktamad wajah wanita adalah aurat yang wajib ditutup,(Kifaayatul Akhyar,181). Hanbali: Wajah wanita adalah aurat,wajib berpurdah(Ibnu Muflih,al- Furu,601)

 

Soalan 8 : Malam selepas Isya’, kita sembahyang taubat dan sembahyang witir untuk penutup.Tiba-tiba kita terbangun malam dan ingin mengerjakan tahajjud sebab witir dah dilakukan sebelum tidur tadi? Mohon penjelasan tentang pandangan yang membenarkan wanita membaca AQ dan memegang mushaf AQ tanpa terjemahan dan bersertakan dalil.

Jawapan 8 Thtl : Sudah buat solat witir selepas isya’,jika bangun tahajjud,bagaimana dengan witir kali kedua?

 

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” Hadith Riwayat Imam Abu Daud dalam sunannya,kitab al-Sholaah,no 1227.

 

Maka dilarang melakukan witir dua kali pada satu malam,jika sudah solat witir,maka jika bangun tahajjud,tidak perlu tutup dengan witir.

Wanita haid membaca AQ dari mushaf. 4 Mahzab haram sentuh.

 

“Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.”(QS Al Waq’iah:79)

 

Manakala Ibn Abbas,Imam Buhkari berkata,maksud ayat tersebut diatas adalah malaikat bukan orang berjunub.

Tafsir Surah Az Zumar : Ayat 4

0

TAFSIR AZ-ZUMAR: AYAT 4

 لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَاصْطَفَىٰ مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ سُبْحَانَهُ ۖ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

“Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian) Dialah Allah, Yang Maha Esa lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya” (Az-Zumar:39:4)

Apa maksud ambil anak?

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan” (Al-Ikhlas:112:3)

 وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا

“Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak” (Maryam: 19:88)

Kenapa Allah kata Dia tidak mungkin beranak?

(Sebab tidak mungkin sama sekali dari dulu, kini dan akan datang Allah perlukan perantaraan.)

Surah Maryam Ayat 88 memberitahu mereka mendakwa Allah Taala mengambil anak angkat, Nabi Isa as atau Nabi Muhammad saw atau wali-wali atau malaikat-malaikat atau sesiapa sahaja sebagai perantara mereka.

Akibat dari mendakwa atau berkata atau buat pemujaan begini Allah berfirman:

لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا

“Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.” (Maryam-19:89)

Benarlah mereka telah membawa dakwaan yang sangat-sangat mungkar. Marah sungguh Allah kepada sesiapa yang buat perantaraan begini,baik semasa tahlil, semasa maulid semasa baca wirid-wirid karut yang ada tawasul di dalamnya.

Hendak tahukah marah Allah macamana?????

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا

“Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranah.”(Maryam: 19:90)

Hampir-hampir langit 7 lapis pecah hancur kerana dakwaan karut ini.  Dan hampar-hampir terbelah dua bumi yang kita duduki ini. Dan hamper-hampir ranap jadi debu Banjaran Titiwangsa, Banjaran Alps, Banjaran Himalaya dan lain-lain banjaran.

        أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا

“Kerana mereka  mendakwa mengatakan Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.”(Maryam:19:91)

(وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَٰنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا)

“Padahal tiadalah layak bagi (Allah)Ar-Rahman, bahawa ia mempunyai anak.”(Maryam: 19:92)

Allah berkata pada kita semua sekarang, dulu dan akan datang.  Allah kata kepada kita: dan tidak patut bagi Tuhan Rahman untuk mengambil perantara.

Kenapa tidak patut??

إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا

“Tidak ada sesiapa pun dilangit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman sebagai hamba.” (Maryam: 19:93)

Kerana semua makhluk manusia jin dan malaikat akan datang, yang berada di langit,roh-roh Nabi, wali-wali dan para malaikat.  Dan yg berada di bumi, manusia kafir,  Islam, wali-wali yang  masih hidup, jin/syaitan. Semua mereka ini akan datang jumpa Tuhan Rahman sebagai hambaNya belaka.

Kalau mana-mana nabi atau wali atau malaikat duduk di sebelah Allah mengadili makhluk semua itu munasabah juga tetapi semua nabi-nabi, nabi-nabi pun di bicarakan di depan Allah juga.

Saudara-saudara jangan berakidah nabi-nabi tidak dibicarakan. Mereka telah  diberi tugas semasa di dunia maka mereka pun akan di bicarakan juga.

مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ ۖ سُبْحَانَهُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

“Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Maryam: 19:35)

Tidak patut bagi Allah untuk mengambil sebarang perantara. Maha Suci Allah daripada sifat yang  tidak sempurna.

Kalau Allah mengantuk mungkin. Kalau mengantuk maka tidak dapat fokus pada pembicaraan. Mungkin suruh para nabi hakimi.  Itu tidak mungkin.

Kenapa hendak juga buat tawasul?

Kasihan mereka.  Mengucap 2 kalimah syahadah tetapi tidak suka pada Al Quran

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

“Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima maka bantahan mereka itu sia-sia saja di sisi Tuhan mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat keras” (Ash-Shuraa: 42:16)

Dan orang-orang yang membantah terhadap Allah iaitu terhadap tauhidillah. Allah sahaja yang patut di sembah, di buat doa, selepas mereka menerima Islam agama mereka.

Selepas mengucap semula seperti yang ustaz ajar di awal kuliah, ramai yang kata benar ustaz ajar kalimah itu. Ramai yang menangis. Ramai yang nampak telah buat dosa terang-terang.

Tapi apabila di baca ayat Allah lari lintang pukang macam takut pada singa, macam duduk dalam kandang singa.  Serupa tidak?

Berbalik pada surah As Shuraa. Hujah-hujah mereka terhadap bolehnya tawasul ditolak di sisi Tuhan mereka.  Di dunia ini dan ke atas mereka kemurkaan Allah.  Rujuk ayat Mariam.  Di akhirat kelak ke atas mereka mendapat azab yang teruk dalam neraka jahanam.

Kalau lah Allah hendak mengambil perantara dengan mana-mana makhluk maka tentulah Allah pilih sendiri, daripada mana-mana makhluk yang Dia telah cipta; sesiapa yang Dia hendak.

Kenapa Kristian kata Nabi Isa, Mariam, wali-wali, malaikat-malaikat ini?

Kenapa  Syiah kata Saidina Ali, Hasan, Husin  dan 12 imam mereka ini jadi perantara bagi mereka?

Kenapa habib-habib ambil nabi kita, wali-wali dan para malaikat sebagai perantara mereka kepada Allah, hendak suruh rapat serapat-rapatnya pada Allah?

Kenapa kumpulan-kumpulan tasawuf, tarikat, hakikat, persilatan, pengamal wirid-wirid keramat mengambil para nabi, para wali, para malaikat sebagai perantara?

Kenapa serupa dengan orang-orang kafir ini?.

Kalau Allah hendak ambil perantara, tentu Allah pilih sendiri sesiapa yang Dia hendak daripada ciptaanNya.  Maha Suci Allah daripada perlu perantara.

Kerana Allah berkata:

Dialah Tuhan yang Maha Esa. Tidak berkongsi dengan sesiapa pun. Maha Perkasa boleh buat apa sahaja ikut kehendakNya.

Ustaz cuma penyampai sahaja. Tiada kuasa, duit, harta. Yang ada ialah satu keinginan untuk tebus dosa sambil mengajar anak-anak ayah aji supaya jangan rosakkan  iman yg ada.  Sebar pula pada orang lain. Sebar pada setiap kafir yang ada baik di Malaysia dan dunia.

Tetapi kita kena bermula dengan diri kita dahulu.

Selamatkan diri kita dan anak isteri kita serta jiran-jiran, adik beradik, kerabat dekat dan jauh, kawan-kawan daripada api neraka, yang bahan bakarnya manusia sendiri dan batu.

Hasbunallah.. cukuplah kita dengan Allah.

Nikmalmaula… sebaik-baik pelindung kita daripada musibah-musibah.

Wanikmal wakil…sebaik-baik penjaga kita daripada orang-orang kafir.

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah. Aku telah sampaikan kepada mereka. Ampunilah segala dosa-dosaku. Juga kedua ibu bapa ku, anak-anakku, zuriatku juga isteriku.

Juga dosa semua mereka yang belajar daripadaku. Ampuni juga ibubapa, zuriat mereka, datuk nenek mereka yg beriman.

Selamatkan lah kami semua daripada kemurkaanMu di Mahsyar. Hindarlah kami daripada neraka.  Masuklah kami ke syurgaMu supaya kami boleh berjumpa dengan Mu di sana. Kamu yang tidak pernah kami lihat. Tidak pernah kami dengar suara.

Juga kami nak jumpa Nabi kami, sahabat-sahabatnya  yang kami dengar, daripada Quran Mu dan hadis Nabi kami.

Rindunya kami padaMu Allah. Pada Nabi kami. Pada semua nabi-nabi yang kami tahu nama-nama dan kerja-kerja mereka sahaja.

Oleh itu Ya Allah, ajarlah bagi kami ilmu Quran dan Hadis.  Kami sekarang dalam keadaan fitnah.

Ya Allah Ya Rabbal alamin.

(خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ)

Rebutlah Takwamu

0

Assalamu’alaikum….

Pagi ini bila kita bangkit bersahur jom bertahajjud sekali. Inilah masanya, apatah lagi di saat tidur kita pun di kira amalan. Jangan lepaskan peluang ini dan moga kita tidak tergolong dalam golongan yang berkata “aku akan mula hanya pada 10 malam terakhir” In shaa Allah, kalau kita tidak merajinkan diri dari sekarang, kita tidak akan mampu berbuatnya di hujung Ramadhan nanti seperti yang di cetuskan dalam tazkirah tarawih malam pertama di Al Amin oleh Ustaz Ibrahim.

Kata ulamak Abu Bakr Al Balkhi, “Bulan Rajab saatnya menanam. Bulan Sya’ban saatnya menyiram tanaman dan bulan Ramadhan saatnya menuai hasil”

Hendak berdepan dengan Ramadhan ni sepatutnya berlatih dalam Rejab Sya’ban lagi, jadi kalau hendakkan hujung Ramadhan berlatihlah di awal Ramadhan.

Sentuhan Ramadhan – Sesungguhnya tidak perasan ke yang Allah sedang ‘menyentuh’ kita saat ini dengan penuh rahmat dan kasih sayang-Nya. Penuh kelembutan. Penuh keindahan.  Allah sedang menantikan kita untuk datang kepada-Nya dengan amal kebaikan, untuk diberikan berbanyak keampunan dan syurga. Subhanallah!

Dan sepatutnya tatkala sentuhan-Nya di rasa,terpana. Bercucuranlah air mata dek kerana terlalu ingin mendakap segala rahmat-Nya.

“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran:1)

Rebutlah takwa!

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Agar kamu bertakwa..”..agar ?

Akhir kalam

Moga kita termasuk dalam golongan yang akan merasai kelazatan ibadah ini dan mengecapi kemanisan iman yang tiada taranya ini.

Semoga, takwa itu menjadi milik kita di sepanjang perjalanan Ramadhan kali ini

Allahumma amin.  Moga bermanafaat.

~Taqabbal minna ya kareem~

Wassalam.

Nazarudin Che Saleh

(Kolumnis UiTO)

Kesalahan mengenai Solat Tarawih

0

Kesalahan Mengenai Solat Tarawih

 

1.  Meninggalkan solat Tarawih

Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Muslim, Sahih Al-Jami’(6440)

Ramai orang melalaikan ibadah tersebut kerana sibuk dengan siaran tv dan hiburan. Mereka menyakini bulan Ramadhan tiada maknanya kecuali menahan dari makan dan minum pada waktu siang dan hanyut dalam kemaksiatan pada waktu petang.

Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi membebaskan (dari api neraka) pada setiap sehari semalam pada bulan Ramdhan dan bagi setiap muslim ada doa yang dikabulkan pada setiap sehari semalaman.”(Al-Bassar dari Abu Sa’id, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib(992)

 

2.  Membaca mushaf dalam solat tanpa ada keperluan

Perbuatan ini termasuk kesalahan kerana boleh menganggu kekusyukan kecuali jika ada keperluan mendesak seperti makmum membaca mushaf di belakang imam untuk menyemak bacaan imam tersebut.

 

3.  Tergesa-gesa dalam Solat Tarawih

Kesalahan berleluasa di sebahagian masjid di mana mengambil mudah salah satu rukun solat iaitu kekhusyukan dan ketenangan.

Sheikh Ali Mahfuz berkata:

“Sesuatu yang paling dibenci dalam solat Tarawih adalah meringankannya secara berlebih-lebihan lantaran kebodohan imamnya atau kemalasan makmumnya. Jika demikian keadaannya,solat sendirian lebih utama dari solat berjemaah. Akan tetapi jika makmum mengetahui bahawa imam tidak menyempurnakan sebahagian rukun solat, pada asasnya dia tidak sah mengikutinya.” (Al-Ibda’(ms:286)

 

4.  Menyakini perlu membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam

Tiada dalil dalam As-Sunnah.  Abu Uthman An-Nahdi berkata, “Suatu ketika Umar bin Al-Khattab ra memerintahkan agar di bawa tiga orang qari dan meminta mereka untuk membaca Al-Quran. Kemudian dia menyuruh salah seorang dari mereka yang paling cepat bacaannya untuk membacakan 30 puluh ayat, dan yang sederhana bacaannya 25 ayat serta menyuruh yang lambat bacaannya membaca 20 ayat kepada manusia pada bulan Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi As Sunan(2/497)

Paling utama membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan pada setiap malam 1 juzuk dan tidak meninggalkannya lantaran kemalasan manusia.

 

5.  Zikir bidaah di antara tiap dua rakaat

Zikir yang diada-adakan di antara setiap dua rakaat. Antaranya ucapan muazzin:

“Selamat salam semoga dilimpahkan untukmu, wahai makhluk Allah yang pertama”.

Demikian juga menguatkan suara pada setiap kali selesai dua rakaat dengan membaca:

“Dirikanlah solat! Semoga Allah memberi pahala kamu semua, dirikanlah solat semoga Allah merahmati kamu semua.”

Begitu juga membaca tahlil pada setiap kali berhenti rehat dan mendoakan Allah beri keredhaan kepada khalifah Abu Bakar ra,Umar ra, Uthman ra dan Ali ra.  Semua ini tidak ada asasnya dan tidak disebutkan di dalam syara’.

Jika ada yang menyakini bahawa perbuatan itu adalah disunatkan dan bagus, maka ia termasuk dari talbis Iblis kerana perbuatan tersebut adalah bidaah dan perkara baru yang diada-adakan dan tiada memiliki nas.

Ibnul Haj berkata,”Sepatutnya imam masjid menjauhi zikir yang diadakan-adakan oleh orang setiap selesai dua salam dari solat Tarawih. Sesiapa meninggikan suara ketika membacanya serta melakukannya bersama-sama, maka semuanya itu termasuk bidaah. Demikin juga ucapan muazzin setelah selesai zikir dari memberi dua salam solat Tarawih, “As-Solatu Yarhamukumullah” itu juga dilarang. Sebabnya perkara itu termasuk perkara yang diada-adakan. Sedangkan perkara yang baru dalam urusan agama itu dilarang. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad saw, kemudian para khalifah sesudah beliau dan para sahabat. Tidak seorang pun dari orang salaf  yang melakukan perkara itu.  Semoga kita diberi kemudahan sebagaimana mereka di beri kemudahan.” (Al-Madkhal (2/145)dipetik dari Ad-Din Al-Khalish (5/171).

Begitu juga dengan selawat-selawat ke atas Nabi saw yang dibaca selepas salam solat tarawih yang begitu popular di Asia Tenggara. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran atau al-Hadis yang mensyariatkannya.

Tazkirah Ramadhan – 3/20

0

Hukum Mengerjakan Puasa

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama:

Firman Allah S.W.T

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Surah Al-Baqarah (2:183)

 

Firman Allah S.W.T

 

Maksudnya : Didirikan Islam atas lima perkara – antaranya puasa Ramadhan

 

Ijmak: Puasa merupakan perkara dharuriyyah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka dia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah daripada makan agar terhasil gambaran puasa pada dirinya.

Amaran Kepada Orang yang Meninggalkan Puasa

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya : Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang diruksahkan oleh Allah, tidak dapat diqadhakan dengan puasa setahun, walaupun dia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi

 

01.09.01 #240315 : Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi

0

Nota 01.09.01 Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-MarwiSusunan: BroSyarief

AL-RIWAYAH (الرواية)

Secara bahasa, al-Riwayah berasal dari kata akar رَوَى – يَرْوِي yang bermaksud menukilkan kata-kata dari seseorang. Secara teknikal di dalam ilmu hadits, ia merujuk kepada nukilan hadits dari orang yang disandarkan padanya hadits tersebut, dengan bentuk-bentuk lafaz pengambilan hadits (صِيَغْ الأَدَاءْ) seperti Haddatsana (حَدَّثَنَا), yang bermaksud: ’(Dia) telah menceritakan kepada kami’, atau Akhbarana (أَخْبَرَنَا), yang bermaksud: ‘(Dia) telah mengkhabarkan kepada kami’, atau Sami’tu (سَمِعْتُ), yang bermaksud: ‘Aku telah mendengarkan..’ atau sekadar ‘An (عَنْ), yang bermaksud: ‘daripada..’, dan banyak lagi contoh bentuk lafaz yang digunakan.

 

Terdapat dua jenis periwayatan:

1. Periwayatan dengan Lafaz (الرِّوَيَةُ بِاللَّفْظِ)

Periwayatan ini berlaku dengan menukilkan lafaz secara tepat seperti didengarkan dari gurunya tanpa sebarang perubahan, penggantian, penambahan, pengurangan dan lain-lain dalam lafaz teks hadits.

2. Periwayatan dengan Makna (الرِّوَيَةُ بِالْمَعْنَى)

Periwayatan ini pula berlaku dalam keadaan sebahagian atau keseluruhan lafaz teksnya berbeza, tetapi dalam masa yang sama, masih mengekalkan makna yang sama, tanpa ada penambahan atau pengurangan.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 

Popular

Iklan

Iklan