Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Selepas Rukuk: Bolehkah Makmum Ulangi Sebutan Imam, Sami’allah…?

Selepas Rukuk: Bolehkah Makmum Ulangi Sebutan Imam, Sami’allah…?

488
0
Iklan

Soalan: Saya pernah ditegur oleh seorang arab. Katanya solat saya salah, bila saya ucap سمع الله لمن حمدة slps imam ucapkan kalimah itu ketika iktidal. Boleh mintak penjelasan?

Jawapan: Saya tak tahu kenapa dia tegur, cuma suspect utama saya adalah sebab hadits ni:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ قال : إذا قال الإمامُ : سمع اللهُ لمن حمدَه، فقولوا : ربَّنا لك الحمدُ، فإنه من وافق قولُه قولَ الملائكةِ، غُفر له ما تقدم من ذنبهِ . الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري. الصفحة أو الرقم: 3228 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila imam mengucapkan: سمع اللهُ لمن حمدَ (Allah mendengar orang yang memuji-Nya), maka katakanlah: ربَّنا لك الحمدُ (Rabb Kami! Bagi-Mu segala pujian). Sesungguhnya sesiapa yang serentak ucapannya dengan ucapan malaikat, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 3228.

Maksudnya, ketika imam dah ucap سمع اللهُ لمن حمدَ, ma’mum tak perlu repeat balik سمع اللهُ لمن حمدَ. Ma’mum hanya perlu sebut: ربَّنا لك الحمدُ. Inilah yang saya amalkan.

Namun, sebahagian `ulama’ memang yang berpendapat kalau imam sebut سمع اللهُ لمن حمدَ, ma’mum kena sebut :  سمع اللهُ لمن حمدَ ربَّنا لك الحمدُ.

Ini adalah pendapat Asy-Syafi`i dan Ishaq.

Wallahu a`lam.

Dijawab oleh:

Ustaz Adli Khalim

UiTO Bilik (05) Fiqhud Dalil

 

Komen dan Soalan