Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Az Zumar : Ayat 4

Tafsir Surah Az Zumar : Ayat 4

677
0
Iklan

TAFSIR AZ-ZUMAR: AYAT 4

 لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَاصْطَفَىٰ مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ سُبْحَانَهُ ۖ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

“Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian) Dialah Allah, Yang Maha Esa lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya” (Az-Zumar:39:4)

Apa maksud ambil anak?

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan” (Al-Ikhlas:112:3)

 وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا

“Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak” (Maryam: 19:88)

Kenapa Allah kata Dia tidak mungkin beranak?

(Sebab tidak mungkin sama sekali dari dulu, kini dan akan datang Allah perlukan perantaraan.)

Surah Maryam Ayat 88 memberitahu mereka mendakwa Allah Taala mengambil anak angkat, Nabi Isa as atau Nabi Muhammad saw atau wali-wali atau malaikat-malaikat atau sesiapa sahaja sebagai perantara mereka.

Akibat dari mendakwa atau berkata atau buat pemujaan begini Allah berfirman:

لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا

“Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.” (Maryam-19:89)

Benarlah mereka telah membawa dakwaan yang sangat-sangat mungkar. Marah sungguh Allah kepada sesiapa yang buat perantaraan begini,baik semasa tahlil, semasa maulid semasa baca wirid-wirid karut yang ada tawasul di dalamnya.

Hendak tahukah marah Allah macamana?????

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا

“Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranah.”(Maryam: 19:90)

Hampir-hampir langit 7 lapis pecah hancur kerana dakwaan karut ini.  Dan hampar-hampir terbelah dua bumi yang kita duduki ini. Dan hamper-hampir ranap jadi debu Banjaran Titiwangsa, Banjaran Alps, Banjaran Himalaya dan lain-lain banjaran.

        أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا

“Kerana mereka  mendakwa mengatakan Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.”(Maryam:19:91)

(وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَٰنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا)

“Padahal tiadalah layak bagi (Allah)Ar-Rahman, bahawa ia mempunyai anak.”(Maryam: 19:92)

Allah berkata pada kita semua sekarang, dulu dan akan datang.  Allah kata kepada kita: dan tidak patut bagi Tuhan Rahman untuk mengambil perantara.

Kenapa tidak patut??

إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا

“Tidak ada sesiapa pun dilangit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman sebagai hamba.” (Maryam: 19:93)

Kerana semua makhluk manusia jin dan malaikat akan datang, yang berada di langit,roh-roh Nabi, wali-wali dan para malaikat.  Dan yg berada di bumi, manusia kafir,  Islam, wali-wali yang  masih hidup, jin/syaitan. Semua mereka ini akan datang jumpa Tuhan Rahman sebagai hambaNya belaka.

Kalau mana-mana nabi atau wali atau malaikat duduk di sebelah Allah mengadili makhluk semua itu munasabah juga tetapi semua nabi-nabi, nabi-nabi pun di bicarakan di depan Allah juga.

Saudara-saudara jangan berakidah nabi-nabi tidak dibicarakan. Mereka telah  diberi tugas semasa di dunia maka mereka pun akan di bicarakan juga.

مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ ۖ سُبْحَانَهُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

“Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Maryam: 19:35)

Tidak patut bagi Allah untuk mengambil sebarang perantara. Maha Suci Allah daripada sifat yang  tidak sempurna.

Kalau Allah mengantuk mungkin. Kalau mengantuk maka tidak dapat fokus pada pembicaraan. Mungkin suruh para nabi hakimi.  Itu tidak mungkin.

Kenapa hendak juga buat tawasul?

Kasihan mereka.  Mengucap 2 kalimah syahadah tetapi tidak suka pada Al Quran

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

“Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima maka bantahan mereka itu sia-sia saja di sisi Tuhan mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat keras” (Ash-Shuraa: 42:16)

Dan orang-orang yang membantah terhadap Allah iaitu terhadap tauhidillah. Allah sahaja yang patut di sembah, di buat doa, selepas mereka menerima Islam agama mereka.

Selepas mengucap semula seperti yang ustaz ajar di awal kuliah, ramai yang kata benar ustaz ajar kalimah itu. Ramai yang menangis. Ramai yang nampak telah buat dosa terang-terang.

Tapi apabila di baca ayat Allah lari lintang pukang macam takut pada singa, macam duduk dalam kandang singa.  Serupa tidak?

Berbalik pada surah As Shuraa. Hujah-hujah mereka terhadap bolehnya tawasul ditolak di sisi Tuhan mereka.  Di dunia ini dan ke atas mereka kemurkaan Allah.  Rujuk ayat Mariam.  Di akhirat kelak ke atas mereka mendapat azab yang teruk dalam neraka jahanam.

Kalau lah Allah hendak mengambil perantara dengan mana-mana makhluk maka tentulah Allah pilih sendiri, daripada mana-mana makhluk yang Dia telah cipta; sesiapa yang Dia hendak.

Kenapa Kristian kata Nabi Isa, Mariam, wali-wali, malaikat-malaikat ini?

Kenapa  Syiah kata Saidina Ali, Hasan, Husin  dan 12 imam mereka ini jadi perantara bagi mereka?

Kenapa habib-habib ambil nabi kita, wali-wali dan para malaikat sebagai perantara mereka kepada Allah, hendak suruh rapat serapat-rapatnya pada Allah?

Kenapa kumpulan-kumpulan tasawuf, tarikat, hakikat, persilatan, pengamal wirid-wirid keramat mengambil para nabi, para wali, para malaikat sebagai perantara?

Kenapa serupa dengan orang-orang kafir ini?.

Kalau Allah hendak ambil perantara, tentu Allah pilih sendiri sesiapa yang Dia hendak daripada ciptaanNya.  Maha Suci Allah daripada perlu perantara.

Kerana Allah berkata:

Dialah Tuhan yang Maha Esa. Tidak berkongsi dengan sesiapa pun. Maha Perkasa boleh buat apa sahaja ikut kehendakNya.

Ustaz cuma penyampai sahaja. Tiada kuasa, duit, harta. Yang ada ialah satu keinginan untuk tebus dosa sambil mengajar anak-anak ayah aji supaya jangan rosakkan  iman yg ada.  Sebar pula pada orang lain. Sebar pada setiap kafir yang ada baik di Malaysia dan dunia.

Tetapi kita kena bermula dengan diri kita dahulu.

Selamatkan diri kita dan anak isteri kita serta jiran-jiran, adik beradik, kerabat dekat dan jauh, kawan-kawan daripada api neraka, yang bahan bakarnya manusia sendiri dan batu.

Hasbunallah.. cukuplah kita dengan Allah.

Nikmalmaula… sebaik-baik pelindung kita daripada musibah-musibah.

Wanikmal wakil…sebaik-baik penjaga kita daripada orang-orang kafir.

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah. Aku telah sampaikan kepada mereka. Ampunilah segala dosa-dosaku. Juga kedua ibu bapa ku, anak-anakku, zuriatku juga isteriku.

Juga dosa semua mereka yang belajar daripadaku. Ampuni juga ibubapa, zuriat mereka, datuk nenek mereka yg beriman.

Selamatkan lah kami semua daripada kemurkaanMu di Mahsyar. Hindarlah kami daripada neraka.  Masuklah kami ke syurgaMu supaya kami boleh berjumpa dengan Mu di sana. Kamu yang tidak pernah kami lihat. Tidak pernah kami dengar suara.

Juga kami nak jumpa Nabi kami, sahabat-sahabatnya  yang kami dengar, daripada Quran Mu dan hadis Nabi kami.

Rindunya kami padaMu Allah. Pada Nabi kami. Pada semua nabi-nabi yang kami tahu nama-nama dan kerja-kerja mereka sahaja.

Oleh itu Ya Allah, ajarlah bagi kami ilmu Quran dan Hadis.  Kami sekarang dalam keadaan fitnah.

Ya Allah Ya Rabbal alamin.

(خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ)

Komen dan Soalan