Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 21 (Umum)

Fiqh Wanita 21 (Umum)

246
0
Iklan

Soalan 1 : Sekarang dah masuk tahun ke5, saya menjaga ibu saya yang uzur.Bukan tidak pernah memikirkan soal jodoh.Bahkan pernah berusaha tapi belum bertemu pilihan hati.Tapi tahun ni saya berhenti untuk berusaha kearah itu kerana bila difikirkan balik,saya memang tak mampu nak uruskan ibubapa yang semakin uzur dengan baik bila berkahwin dan mungkin tidak diberi kesempatan untuk berbuat demikian oleh bakal suami.Adik-beradik lain jauh di ibu kota tetapi sering berulang alik untuk melunaskan tangunggjawab masing-masing.Sejak dari awal lagi saya memang berhajat untuk menjaga kedua ibubapa tanpa paksaan sesiapapun.Saya berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu yang sakit ketika itu.Sekarang kedua-duanya semakin uzur ditambah dengan mempunyai seorang abang yang down sindrom.Jadi berdosa tak saya mengenepikan soal jodoh untuk temoh waktu yang saya sendiri pun tidak tahu sebab saya sedar tanggungjawab menjaga ibubapa bukanlah tanggungjawab mutlak seorang anak perempuan.

Jawapan 1 Thtl : Ingin berbakti kepada kedua ibubapa dan membujang. Kesanggupan anda untuk berbuat apa saja untuk berbakti kepada keluarga anda adalah kebaktian yang agung dan amat bernilai disisi Allah SWT.Itulah pintu-pintu untuk anda ke syurga.

 

AQ 31:14.”Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya:Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kepada kedua ibubapamu,hanya kepada-Ku lah kembalimu.”

 

Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang amal-amal soleh yang paling tinggi dan mulia,

 

“Solat tepat pada waktunya,berbuat baik kepada kedua orang tua,jihad di jalan Allah.”(HR Bukhari dan Muslim).

 

Hukum perkahwinan ada 5,wajib,sunat ,makhruh,harus dan haram.Itu memang maklum dalam fiqh,yang tidak boleh membenci ialah membenci perkahwinan seperti kaum pope,monk,nun,rabbai,priest,itu memang tidak boleh. Jika anda merasakan perkahwinan itu tidak wajib buat anda kerana ingin mengutamakan berbakti kepada ibubapa,maka anda akan mendapat uzur. WA

 

Soalan 2 :Saya tinggal puasa 8 hari semasa darjah 6 dan tidak sempat menqadhakannya sebelum ramadhan berikutnya tetapi menqadhakan semuanya selepas ramadhan yang berikutnya,yang fidyah itu kira macamana? Kena bayar 8 kg ke,kena darab tahun? sebab sampai sekarang saya tak bayar fidyah tu. (Umur 12 tahun tak ganti puasa selepas bulan puasa setahun kemudian.Fidyah yang harus ditanggung itu kena 2 kali ganda.Sekarang umurnya dah 22 tahun).

Jawapan 2 ThtlHukum qada puasa dan fidyah.

  1. Tinggal puasa ketika usia 12 tahun,adakah sudah baligh?
    Kalau sudah baligh ,wajib qada sebelum sampai tahun berikutnya. Jika sudah masuk tahun baru,maka dalam mahzab Syafiiy kena bayar dam atau kafarah atau fidyah. Mahzab lain kena bayar taubat sahaja fidyah tak payah. Sebabnya dalil hadith dalam bab ini tak ada kerana zaman dulu tak ada isu tinggal puasa sebab mereka umat terbaik. Fidyah 1 hari,0-7kg beras,bukan 1 kg,atau nilainya Rm5-7 kos makan nasi campur+sirap. Jika 4 hari tinggal,maka Rm8 x 5= Rm 40
  2. Jika belum bayar sejak usia 12 tahun sekarang dah 22 tahun,amaka langkah terbaik,abaikan sahaja kerana usia 12 tahun anda tidak mengerti apa-apa lagi dalam isu agama.Itu puasa training sahaja.

 

Soalan 3 : Dalam solat ,Al -Fatihah rukun Qauli kan.Kalau tak dengar suara maksudnya tak sah kan?katanya kalau menganggu orang sebelah hukumnya haram.Tapi bukankah kalau dengar suara akan menganggu orang sebelah.(Soalan untuk jemaah lelaki dan perempuan).

Jawapan 3ThtlKadar bacaan dalam solat berjemaah. Kadar bacaan hanya kita sahaja yang mendengar. Dalil:

 

“Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan ,atau sabdanya:dalam solat”

 

Maka ini kena cuba pratikkan.untuk menentukan kadar bacaan yang didengar oleh kita sahaja. Isu apakah bacaan imam jadi bacaan kita,itu isu khilaf,Mahzab Syafiiy kena baca Fatihah tak kira kuat atau perlahan,manakala mahzab Hanbali maliki,tak payah baca jika solat bacaan imam kuat dan baca pada rakaat.

 

Soalan 4 : Mengenai andaman bulu kening.Selalunya pengantin,mak andam mesti cabut atau rapikan bulu kening,apa hukumnya? sama juga kalau sesetengah wanita pergi ke salon untuk merapikan bulu kening.

Jawapan 4 ThtlIsu bulu kening bagi wanita. Haram hukumnya.

 

” Allah melaknat orang yang mentato dan yang minta ditato.Allah pula melaknat orang yang mencabut rambut wajah dan yang meminta dicabut.”(HR Muslim no.2125). Demikian juga apa yang diputuskan oleh Imam Nawawi dalam syarah Muslim jld 14 sebagai haram.

 

Soalan 5 : Sekarang semasa solat subuh saya memang tidak membaca doa qunut lagi.Adakah itu saya sudah dikira bertukar mahzab?

Jawapan 5 ThtlTidak lagi membaca qunut subuh. Jika dulu baca qunut,taqlid dengan mahzab Syafiiy,sekarang dinamakan ittiba’ atau amal kerana ilmu,sudah tahu akan perbahasannya.Maka meninggalkan ilmu kerana tahu perbahasan ittiba’ bukan lagi faham taqlid buta.

 

Soalan 6 : Selepas solat isya’,selalunya saya solat witir hanya 1 rakaat,adakah tidak mengapa saya tidak membuat 3 rakaat?

Jawapan 6 ThtlSolat witir hanya 1 rakaat. “Shalat witir minima menurut Syafiiyah dan Hanbali adalah satu rakaat.Mereka mengatakan ,boleh shalat witir satu rakaat dan tidak makhruh,Berdasarkan hadith:

 

“Shalat malam 2 rakaat-2 rakaat,apabila kamu khuatir masuk subuh,kerjakan witir satu rakaat.”(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah,27/293)

 

Soalan 7 : Mohon penjelasan tentang aurat wanita didalam solat dan diluar solat mengikut pandangan kesemua mahzab termasuk pandangan yang menjelaskan muka wanita juga aurat berpandukan dalil yang sohih

Jawapan 7 Thtl : Aurat wanita ikut pandangan mahzab,luar dan dalam solat,isu muka. Ini soalan berantai yang memakan masa untuk disimpulkan.Soalan Tg ini,kena fokus kepada satu saja sepatutnya,sebab banyak masa diperlukan untuk menjawabnya.

  1. Aurat wanita dalam solat ikut 4 mahzab + dalil. Hanafi: Seluruh tubuh kecuali muka,dua tangan dan dua kaki. Maliki/Syafiiy: Seluruh tubuh kecali muka dan dua tangan. Hanbali: Seluruh tubuh kecuali muka (tangan aurat).

Sumber:Dr Abdul Kareem Zaid Zaidan,al-Mufassal fi Ahkam al-Ma’rah.

Aurat wanita diluar solat Hanafi: Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh badan kecuali muka,tangan dan kaki. Qaul 2:Seluruh badan kecuali muka,tangan dan kaki. (Ibnu Abidin,Radd al-Mukhtar,1/189)

Maliki: Seluruh badan kecuali muka dan dua tangan( Tafsir Qurthubi,jld 12)

Syafiiy:Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh tubuh kecuali wajah dan tangan. Qaul 2(Muktamad): Seluruh tubuh(Fathul Gharib ms 19).

Hanbali:Ada dua qaul. Qaul 1:Seluruh tubuh kecuali muka dan tangan. Qaul 2( muktamad):Seluruh tubuh tanpa kecuali. (Zaadul Mesir,6/131)

Seputar wajah wanita Hanafi:Wajah bukan aurat cuma dianjurkan jika menimbulkan fitnah(Radd al-Mukhtar,1/189). Maliki: Wajah bukan aurat,tutup wajah sunnah,wajib ,jika fitnah kepada lelaki( Zurqani,Syarah al-Mukhtar alkhalil,176). Syafiiy:Muktamad wajah wanita adalah aurat yang wajib ditutup,(Kifaayatul Akhyar,181). Hanbali: Wajah wanita adalah aurat,wajib berpurdah(Ibnu Muflih,al- Furu,601)

 

Soalan 8 : Malam selepas Isya’, kita sembahyang taubat dan sembahyang witir untuk penutup.Tiba-tiba kita terbangun malam dan ingin mengerjakan tahajjud sebab witir dah dilakukan sebelum tidur tadi? Mohon penjelasan tentang pandangan yang membenarkan wanita membaca AQ dan memegang mushaf AQ tanpa terjemahan dan bersertakan dalil.

Jawapan 8 Thtl : Sudah buat solat witir selepas isya’,jika bangun tahajjud,bagaimana dengan witir kali kedua?

 

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” Hadith Riwayat Imam Abu Daud dalam sunannya,kitab al-Sholaah,no 1227.

 

Maka dilarang melakukan witir dua kali pada satu malam,jika sudah solat witir,maka jika bangun tahajjud,tidak perlu tutup dengan witir.

Wanita haid membaca AQ dari mushaf. 4 Mahzab haram sentuh.

 

“Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.”(QS Al Waq’iah:79)

 

Manakala Ibn Abbas,Imam Buhkari berkata,maksud ayat tersebut diatas adalah malaikat bukan orang berjunub.

Komen dan Soalan