Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.09.01 #240315 : Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi

01.09.01 #240315 : Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi

233
0

Nota 01.09.01 Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-MarwiSusunan: BroSyarief

AL-RIWAYAH (الرواية)

Secara bahasa, al-Riwayah berasal dari kata akar رَوَى – يَرْوِي yang bermaksud menukilkan kata-kata dari seseorang. Secara teknikal di dalam ilmu hadits, ia merujuk kepada nukilan hadits dari orang yang disandarkan padanya hadits tersebut, dengan bentuk-bentuk lafaz pengambilan hadits (صِيَغْ الأَدَاءْ) seperti Haddatsana (حَدَّثَنَا), yang bermaksud: ’(Dia) telah menceritakan kepada kami’, atau Akhbarana (أَخْبَرَنَا), yang bermaksud: ‘(Dia) telah mengkhabarkan kepada kami’, atau Sami’tu (سَمِعْتُ), yang bermaksud: ‘Aku telah mendengarkan..’ atau sekadar ‘An (عَنْ), yang bermaksud: ‘daripada..’, dan banyak lagi contoh bentuk lafaz yang digunakan.

 

Terdapat dua jenis periwayatan:

1. Periwayatan dengan Lafaz (الرِّوَيَةُ بِاللَّفْظِ)

Periwayatan ini berlaku dengan menukilkan lafaz secara tepat seperti didengarkan dari gurunya tanpa sebarang perubahan, penggantian, penambahan, pengurangan dan lain-lain dalam lafaz teks hadits.

2. Periwayatan dengan Makna (الرِّوَيَةُ بِالْمَعْنَى)

Periwayatan ini pula berlaku dalam keadaan sebahagian atau keseluruhan lafaz teksnya berbeza, tetapi dalam masa yang sama, masih mengekalkan makna yang sama, tanpa ada penambahan atau pengurangan.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan