Utama Blog Halaman 300

Hadis 15-17 : Bab Makanan 2 Alam, Darah Dan Serangga

0

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،

Seperti biasa mulakan dengan berdoa pada Allah supaya menambah kefahaman ilmu dan taufiq hidayah.. Allah Maha Dengar lagi Maha Mengetahui.

 

 

Buka hadis 15

 

وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ : فَالْجَرَادُ وَالْحُوتُ وَأَمَّا الدَّمَانِ : فَالطِّحَالُ وَالْكَبِدُ أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ وَفِيهِ ضَعْفٌ

 

Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah belalang dan ikan, manakala dua jenis darah iaitu limpa dan hati.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, dan di dalam sanadnya ada kelemahan.

 

 

Nilaian Darjat hadis:

 

Hadis ini Sohih Mauquf.

 

 

Zahir hadis ini hukumnya mauquf tapi sebenarnya hukumnya jadi marfu’ sebab qaul Sahabat menyebut “di halalkan buat kami” maka maknanya Nabi SAW menyatakan halal buat kami. oleh itu hadis ini tetap di hukum marfu’. Dan seolah hadis ini bukan hukum mauquf bahkan hukum marfu’ walaupun pada asalnya ia Sohih Mauquf. sebab ini juga lah sebagian ulama menDhaif-kan hadis ini kerana tidak marfu’. Tapi ia Sohih jika Mauquf. Dan jatuh hukum Marfu’.

 

 

Sedikit penjelasan Istilah hadis;

 

Hukum sandaran pada matan hadis ada 3,

 

1-marfu’ مرفوع : hadis yang terhenti hingga Nabi.

 

2-mauquf موقوف : hadis yg terhenti setakat Sahabat.

 

3-maqthu’ مقطوع : hadis yg terhenti setakat tabi’in.

 

*sahabat: orang yang pernah berjumpa dan beriman dengan Nabi.

*tabi’in: orang yang pernah berjumpa dengan sahabat dan ketika itu dia beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

 

Perhatian,

Istilah di atas hanya permasalahan pada hukum sandaran pada siapa matan hadis itu. Dan bukannya hukum pada sanad hadis. Tujuan perbahasan istilah ini bagi mengenali matan hadis itu sandaran hukumnya pada siapa.. lalu bila jelas hukum itu maka dapat dibahaskan permasalahan hukum hadis,samada memang betul hukum sandaran dari Nabi atau Sahabat atau Tabi’in dan kebawah. Jadi dapat dibezakan antara pendapat ijtihad atau nas hukum dari Nabi sendiri.

Dan dalam bab ijtihad Sahabat banyak memberi kesan kepada pendapat hukum di kalangan  ulama’. Lebih-lebih jika berlaku khilaf dalam ijtihad.

 

Kesimpulannya, Perhatikan baik-baik masalah ini. belajar hadis akan jumpa banyak masalah serupa ini.

 

 

Penerangan Lafaz Hadist.

 

1- Lafaz مَيْتَتَانِ bermakna dua jenis bangkai. iaitu maksudnya binatang yang mati bukan kerana di sembelih secara syariat.

 

Sembelih syariat:

Binatang halal,sembelih urat darah dan urat makan minun,guna alat pemotong tajam(selain kuku dan tulang) dan baca bismillah.

 

2- Lafaz َالْحُوتُ bermaksud segala jenis ikan dalam air,kecik atau besar dan merangkumi segala binatang yg hidup di dalam air. Samada sungai,laut,tasik,paya dan lain-lain.

 

 

Penerangan Hukum Hadis.

 

1- Asal hukum mesti sembelih setiap binatang yang halal di makan. Jika tak maka jadi bangkai,ini sesuai dengan ayat alquran di bawah :

 

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Maidah, ayat 3.

 

Manakala hadis ini pula memberi pengecualian bangkai belalang dan ikan.

 

2-Asal hukum di haram makan darah yang memancut mengalir keluar,seperti dalil di bawah:

 

 قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al An’am, ayat145.

 

Manakala hadist ini memberi perkhususan dua jenis darah iaitu limpa dan hati.

 

3- Tujuan di nukil hadist ini untuk menerangkan tentang suci bangkai belalang dan ikan dan suci darah dari limpa dan hati. bila dihalalkan makan maka dengan sendiri ia adalah suci bersih. oleh itu jika ia masuk ke dalam air maka air tu tidak jadi air bernajis.

 

Wallahu a’lam.

 

Boleh tanya soalan di buka 10minit.

 

? Ustaz, soalan saya, yang dikatakan makruh untuk makan organ dalaman seperti paru, hati dan sebagainya, adakah dari sandaran hadis ini?

 

halal..sesuai dengan hadis ini..

 

? Assalamualaikum.. Ustaz saya pernah terdengar ada sesetangah orang yang bermazhab selain syafie tidak memakan makanan laut yang lain selain ikan.. Kerana tiada dinyatakan di dalam hadis tersebut dibolehkan memakan makanan laut selian ikan..??  Mohon pencerahan ustaz..?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam..

Ada, seperti mazhab hanafie.. kerana bagi meraka selain ikan di anggap macam ulat,serangga dan lain-lain.. tapi zahir hadis halal..

 

? Ustaz …bagaimana pula pendapat yg mengatakan tak boleh campur antara makanan yang didarat dan dilaut….contoh ikan tak sesuai dimakan bersama ayam?

 

Jawapan:

Tiada dalil melarang.. mungkin saja tu pendapat orang-orang dahulu kala..

Jadinya,halal di makan..macam tomyam campur ke..gulai buh belacan ke.. halalan toyyiba.

 

 

? Bagaimana pula kedaan nya dgn ikan yang sudah sedia kala mati terapung..? Adalah halal utk dimakan..?

 

Jawapan:

Halal..dalil hadis ini.

 

? Makanan laut selain ikan yang halal di makan, contoh ketam dan udang, adakah bersandarkan kepada hadith ini juga atau ada hadith lain?

 

Jawapan:

Hadis ini dan hadis terdahulu dalam bab miyah ini.

 

 

? Minta penjelasan Ustaz berkenaan hukum memakan ikan yang memakan najis mughallazah

 

Jawapan:

Boleh..asal dikuarantin beberapa hari dengan memakan yang suci.

 

? Ustaz bagaimana pendapat halal makanan walaupun terdapat dna babi kerana telah berubah sifat asalnya?

 

Jawapan:

DNA ni kerja doktor yang pandai babnya..saya hanya kadar ni je..zohirnya ia ikan maka ikan lah bukan babi.

habis situ..

 

Hadist 16

 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ شِفَاءً أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ وَأَبُو دَاوُد . وَزَادَ وَإِنَّهُ يَتَّقِي بِجَنَاحِهِ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ

 

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab ada salah satu sayapnya ada penyakit/racun dan pada sayap lainnya ada penawar/ubat.”

Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: “Dan hendaknya ia waspada dengan sayap yang ada penyakit”

 

Darjat hadis Abu Daud juga Sohih.

 

 

Penerangan hadist.

 

1- Ini dalil lalat tidak menajiskan air yang sedikit. Walaupun ia di anggap jijik oleh manusia.

 

2- Ini dalil lalat tidak boleh di makan. kerana Nabi perintahkan supaya di buang.

 

3- Fitrah manusia memang tak suka kepada kotoran. Lebih-lebih lagi lalat. Kerja lalat suka hinggap kotoran dan najis. dan jenis lalat ni pula susah untuk di halang. Jadi dengan kepayahan yang banyak yang sukar di hindar maka di beri rukhsoh kelonggaran pasal lalat.. tentu saja payah nak halang lalat yang hinggap di najis kemudian main-main atas pakaian kita, hidung kita atau tubuh kita. Walaupun kita nampak ia hinggap di tahi sekali pun tetap di hukum ada rukhsah iaitu tidak jadi najis jika terkena kita.

 

4- Hukum tidak najisnya lalat boleh di kias hukumnya dengan segala jenis serangga dan binatang kecil. iaitu ia tidak menajiskan atau merosakkan air suci.

 

5- Hadis ini juga ajar cara mengelak keracunan kerana lalat. Jadi perlu di celup/rendam lalat tu ke dalam air kemudian baru buang. Kaedah ini di luar logik akal manusia. kewajipan kita hanya beriman dengan apa saja berita wahyu yang sohih. Dan ini berupa mukjizat sepanjang zaman.

kalau serangga selain lalat, zahirnya bukan di celup. hanya di buang saja.

 

6- Hadist ini juga dalil boleh bunuh serangga jika serangga itu boleh membahayakan manusia.

 

Wallahu a’lam

Boleh tanya 10minit.

 

? Ustaz, berdosakah bunuh serangga dalam rumah seperti semut, lipas dan lain-lain yang tidak bahaya?

 

Jawapan:

Yang dalam rumah biasanya bahaya macam semut tu boleh masuk telinga anak atau kita..manakala lipas memang bahaya, nyamuk bahaya..

 

 

? Kelkatu halal/ haram?

Anai-anai yang terbang ustaz

 

Jawapan:

Oh.. haram tu.. termasuk jenis serangga..semua haram di makan melainkan belalang..

 

 

? Apa maksud binatang-binatang 2 alam ustaz?… contohnya?

 

Jawapan:

Kura kura.

 

 

? Ustaz, ulat pula bagaimana?

 

Jawapan:

Sama saja.. paling tidak pun ia termasuk binatang khabis(buruk)

 

? Di tempat kami ade sejenis kumbang selalunya di sawah padi , halalke?

 

Jawapan:

Belalang sahaja..nama pun lain.

 

 

? Ustaz.. Bagaimana dengan cengkerik.. Ada yang mengketegorikn cengkerik adalah spesis belalang..??

 

Jawapan:

Serangga haram di makan.

 

 

? Bagaimana orang kata ketam batu yang dua alam ustaz? ada yang kata halal, ada yang kata haram makan?

 

Jawapan:

Ketam batu atau nipah bagi saya halal.. ia jenis binatang air. dan sejenis dengan ketam laut.

ni kita bincang bab air je ni..bukan halal haram.. ?

 

baik, maaf ustaz

 

Ok tamat sudah

Hadist 17

 

وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ – وَهِيَ حَيَّةٌ – فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ

 

Dari Abu Waqid Al-Laitsi Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Anggota yang terputus dari binatang yang masih hidup adalah termasuk bangkai.”

 

Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan beliau menyatakannya hasan. Lafaz hadis ini riwayatnya.

Darjat hadis Abu Daud dan AtTirmidzi : Hadist Sohih.

 

Penjelasan hadis:

 

1- Daging binatang yang di potong masa hidup termasuk bangkai. iaitu di haram makan daging itu. walaupun asalnya binatang itu halal di makan dan di sembelih secara syarie.

 

2- Ikan jika di potong hidup-hidup dagingnya halal di makan. ini kerana sebarang bangkai ikan halal di makan. Ikan terkecuali dalam hadis ini.

 

3- begitu juga dengan ketuat rusa yang di potong untuk di buat minyak misk/kasturi pun halal lagi suci di guna. Ini sesuai dengan berita-berita dalam al-Quran dan hadis menyebut kelebihan kasturi dan Nabi juga memakai bauan kasturi. Jadi kasturi terkecuali dari hukum hadist di atas.

 

4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas dihukum najis. manakala daging ikan yang di potong hidup-hidup dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.

 

5- daging halal yang di sembelih syarie tidak najis. hanya perlu bersihkan darah yang memancar tu dulu.

 

Wallahu a’lam

Soalan boleh tanya..

 

? Kesturi dari anggota rusa yang mana ustaz?

 

Jawapan:

Yang saya tahu ketuat atau daging lebihnya yang ada kat perut atau tubuhnya..pernah tengok yang dah potong..tapi tak pernah ambil sendiri.

 

 

? Ustaz, daging ikan yang dipotong darahnya bercampur dengan air, adakah masih suci?

 

Jawapan:

Najis yang di maafkan.

 

 

? Anggota yang terputus dari binatang masih hidup ni tidak termasuk bulu kan usyaz?

 

Jawapan:

Bulu tak.. masa hidup dan masa mati..

 

 

? Saya kurang jelas dengan istilah    واللفظ له

Adakah ini lafaz dari Abu Daud?

 

Jawapan:

ikan yg di potong hidup-hidup

 

وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ – وَهِيَ حَيَّةٌ – فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ

 

Lafaz tu adalah lafaz riwayat at-Tirmidzi..tapi saya lihat dalam Abu Daud lafaz pun sama saja dengan lafaz di atas.. zahirnya tuan kitab tuju lafaz tu lafaz at-Tirmidzi bukan Abu Daud.

 

 

? Air yang bercampur dengan kasturi boleh digunakan untuk bersuci. Mohon penjelasan.

 

Jawapan:

4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas di hukum najis. manakala daging ikan yang di potong hidup-hidup dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. Masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.

 

? Pengecualian dari hadith ni hanya ikan dan belakang, berdasarkan hadith sebelumnya, dan kasturi kijang.

 

Ada pengecualian lain kah Ust?

 

Jawapan:

Dan ada juga yang lain seperti binatang buruan yang di panah lalu terpotong anggota tertentu.

itu saja yang ana tahu..

Wallahu a’lam

 

 

?Tanduk dan gading?

Dipotong semasa masih hidup adakah najis?

 

Jawapan:

Cerita hadis ni asalnya benda yang di makan sahaja bukan tanduk atau gading..cerita di kalangan arab jahiliyah dulu suka potong bonggol unta atau ekor binatang untuk di makan…

sudah jawab di atas.. ya najis.

 

? Air yang bercampur dengan kasturi boleh digunakan untuk bersuci. Mohon penjelasan.

 

Jawapan:

Nabi pernah lumur di atas kepalanya..dan pernah Nabi perintah suruh perempuan suci haidh lumurkan kapas yang di calit kasturi..

 

Kelas habis di sini. Bab baru selepas ni panjang juga..tak sempat dengan masa. jika ada soalan lain boleh kemukakan..tapi yang dalam tajuk hadis yang telah belajar sahaja..elakkan tanya soalan di luar tajuk hadis kitab bulughul maram. Asalkan berkaitan,ok…

habis di sini..

 

Wallahu a’lam bis sowab..

Syukran lakum wa ilal liqa’

Wa jazakumullahu khaira..

 

و آخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

والسلام عليكم ورحمة الله

Sambungan Pakaian dan Perhiasan

0

Bismillah..
Note 57 : sambungan note 56

2.9. Meringan-ringankan Hukum Allah SWT :

2.9.1. Ramai yang memakai emas di tangan dan rantai emas di leher tanpa menyedari bahawa mereka menjadi mangsa meniru-niru perbuatan kafir dan musyirikin secara membuta tuli.

2.9.2. Pengharaman Pemakaian Sutera bagi Lelaki : Sutera juga haram dipakaiboleh lelaki dengan apa jua sekalipun, sebagai alas duduk, selimut dan tabir. Halal bagi kaum wanita dan kanak-kanak.

2.10. Hikmah Pengharamannya:

  Bagi lelaki kena patuh dan taat, semata-mata adalah mengelakkan unsur-unsur kebanggaan dan keangkuhan, bersifat keperempuanan dan kepondanan, yang jauh berbeza dengan ciri-ciri kelakian.

2.11. Perkara yang Dikecualikan :

2.11.1. Keadaan terdesak : untuk menutup aurat atau melindungi badan daripada cuaca panas dan sejuk, seseorang harus memakai sutera, sementara mendapatkan yabg lainnya.

2.11.2. Keadaan yang memerlukan : harus bagi lelaki memaki sutera yang diperlukan untuk mengatasi kemudharatan yang dihadapi jika dengan memakai sutera, penyakitnya akan segera sembuh atau meringankan kesakitan yang dialaminya.

i. Hukum memakai sutera campuran : haram bagi lelaki memakai dan menggunakan baju yang kadar suteranya lebih banyak daripada yang lain dan jika sebaliknya, hukumnya adalah harus.

ii. Mengantung langsir sutera : haram bagi lelaki atau wanita mengantungkan lagsir sutera didinding dan lain-lain kerana perbuatan tersebut mempunyai unsur-unsur kebanggaan dab untuk bermegah-megah.

2.12. Haram menghitamkan rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan wanita.

2.13. Haram menyambung rambut palsu : memakai atau menyambung rambut orang lain sama ada yang memakainya lelaki, wanita, bujan atau berkahwin kerana merupakan salah satu dosa besar berdasarkan nas yang melaknat pemakaiannya dan orang yang membantunya.

2.14. Hikmah pengharaman : kerana pemalsuan hakikat yang sebenar mengubah ciptaan yang asal dan menzahir keadaan yang tidak benar.

2.15. Mecabut bulu kening dan mengasah gigi

2.16. Bertatu

2.17. Merupai gaya lelaki dan wanita : lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram bahkan berdosa besar. Berdasarkan dalil bahawa Allah melaknat orang melakukannya.

2.18. Haram membuat gambar : gambar manusia, binatang dan semua yang bernyawa.

2.19. Pengecualian : Patung permainan kanak-kanak.

Membuang Halangan: Cabang Iman Ke- 77

0

Cabang iman ke 77 : Membuang duri atau halangan dari jalan atau laluan manusia.

Ianya di letakkan paling akhir dalam perbincangan cabang-cabang Iman kerana bersandarkan pada hadis cabang iman ini iaitu “serendah-rendah iman adalah mengalihkan duri dari laluan”

 

Dalam bab ini jika kita tidak mampu mengalihkan duri/halangan dari laluan yang dikatakan serendah iman, bagaimanakah kefahaman dan tahap keimanan yang ada kita.

 

Apatah lagi jika kita yang menjadi duri dan halangan kepada laluan manusia, seperti amalan parkir kereta di pintu jiran rumah, atau dilaluan keluar masuk..

 

Apakah kita benar – benar mengerti erti keimanan ..

Wallahu a’alam bi sowwab

 

Matan arabnya

الايمان بضع وستون او بضع وسبعون شعبة افضلها قول لا اله الا الله وأدناها اماطة الاذى عن الطريق والحياء شعبة من الايمان

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari

0

100 Sunnah
1 Sunnah 1 Hari

20/100

AZAN

Ada 4 sunnah

1.  Hendaklah pendengar mengucapkan seperti yang dikumandangkan oleh muazin kecuali pada lafaz “hayya ‘alasolah dan hayya falah.” Pendengar mesti menjawab “laa haula quwwata illaa billah.”

2. Berselawat ke atas Nabi selepas selesai menjawab muazin. Selawat yang sempurna adalah selawat Ibrahimiah.

3. Selesai selawat, sambung dengan doa agar Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad saw wasilah dan fadhilah serta bangkitkan baginda di maqam yang terpuji.

4. Berdoa untuk diri sendiri.

Hadis 15: Sifat Gigi Rasulullah

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 15

15- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ الْحِزَامِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ الزُّهْرِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ابْنُ أَخِي مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ، عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ، عَنْ كُرَيْبٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَجَ الثَّنِيَّتَيْنِ، إِذَا تَكَلَّمَ رُئِيَ كَالنُّورِ يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ ثَنَايَاهُ.

15- Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Abdi r-Rahman, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Ibrahim bin Al-Munzir Al-Hizamiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu l-`Aziz bin Abi Sabit Az-Zuhriy, dia berkata: Telah bercerita kepada saya Isma`il bin Ibrahim, anak lelaki saudara saya Musa bin `Uqbah, daripada Musa bin `Uqbah, daripada Kurayb, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Rasulu Llah jarang antara dua gigi kacip. Apabila dia berkata-kata, kelihatan seperti cahaya yang keluar dari antara gigi-gigi kacipnya.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini diriwayatkan oleh `Abdi Llah bin `Abbas, yang lebih dikenali sebagai Ibni `Abbas. Dia dilahirkan tiga tahun sebelum tahun hijrah, dan ketika Nabi mati, Ibnu `Abbas hanya berumur sepuluh tahun – iaitu setelah dibundarkan –. Riwayat lain menyebut umurnya lima belas tahun ketika Nabi mati.

 

Dalam keadaan usia Ibni `Abbas yang masih muda, dia sudah memiliki kebijaksanaan dan kepandaian yang mengatasi umurnya. Nabi telah mendoakan kepadanya:

 

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

«Ya Allah, faqihkanlah dia dalam agama, dan ajarlah dia ta’wil» [Ibnu Hibban/ 7055].

 

Lihatlah bagaimana Ibnu `Abbas, dalam usia tidak lebih lima belas tahun, dia memiliki daya pemerhatian yang sangat tajam, dan dapat memerhatikan perwatakan Rasula Llah dengan baik. Perhatikan juga bagaimana Ibnu `Abbas mengisi masa mudanya dengan Qur’an dan hadis, sehingga dia menjadi antara perawi hadis yang banyak, iaitu sebanyak 1660 hadis. Ibnu `Abbas diatasi oleh Abi Hurayrah, `Abdi Llah bin `Umar, Anas, serta `A’isyah dalam bilangan hadis yang diriwayatkan.

 

Renungkan sejenak wahai para muslimin, betapa berbezanya Ibnu `Abbas dengan anak-anak kita yang berusia lima belas tahun sekarang – dalam kematangan, dalam ilmu dan dalam keimanan – sehingga anak-anak kita seolah-olah seperti seorang bayi dalam tubuh badannya itu.

 

Renungkan betapa cintanya Ibnu `Abbas – dalam keadaan dia yang masih muda itu – kepada ilmu, berbanding anak-anak kita di sekolah yang sentiasa mencari peluang agar tidak perlu ke sekolah, agar tidak perlu masuk kelas, agar tidak perlu belajar apa-apa! Ketika Ibnu `Abbas disibukkan dengan ilmu, anak-anak kita pula seolah-olah ‘membenci’ ilmu, atau sering mengabaikan ilmu.

 

Tanyakan kepada guru-guru di sekolah, masih adakah pelajar yang menyedari kepentingan ilmu dan bersungguh-sungguh menggunakan ruang di sekolah untuk belajar? Berapa ramaikah yang membaca buku apabila disuruh? Berapa ramaikah yang menyiapkan latihan yang diberikan? Berapa ramaikan yang datang bertanya kepada guru apabila tidak memahami sesuatu pelajaran? Berapa ramaikah pula yang hanya belajar kerana ada peperiksaan, dan apabila tiada peperiksaan, mereka langsung tidak menyentuh buku atau membuat ulangkaji?

 

Betapa sayangnya kita mensia-siakan peluang yang diberikan untuk ilmu, sedangkan jelas di hadapan kita, apabila kita membaca dan mempelajari ilmu hadis, bagaimanakah contoh kecintaan para sahabat dan para salafu s-salih terhadap ilmu! Tidak kira pelajar sekolah, atau mahasiswa universiti, atau seorang graduan yang telah bekerja, setiap kita wajib mengisi hayat kita dengan ilmu, bukan setakat mencari rezeki dan menunggu mati.

 

Dalam hadis ini, Ibnu `Abbas mensifatkan Nabi pada mukanya, iaitu pada bahagian mulutnya. Dia menyebut Nabi sebagai jarang antara dua gigi kacip. Gigi kacip ialah gigi seri iaitu dua gigi di hadapan mulut. Ibnu `Abbas mensifatkan gigi kacip Nabi sebagai jarang, iaitu mempunyaï jarak atau celah antara kedua-duanya. Ini ialah sifat yang mulia dalam kalangan orang

`Arab kerana ia menyebabkan kesempurnaan atau fasahah dalam tutur kata kerana luasnya gigi apabila berkata-kata.

 

Seterusnya Ibnu `Abbas menyebutkan bahawa apabila Nabi berkata-kata, seolah-olah kata-kata Nabi itu kelihatan seperti cahaya yang keluar dari antara gigi-gigi kacipnya. Ini menunjukkan kemuliaan kata-kata Nabi sama ada Al-Qur’an atau hadisnya, yang fasih dan berisi hidayah petunjuk.

 

Bandingkan pula dengan sesetengah daripada kita yang apabila berkata-kata, disifatkan oleh rakan-rakannya sebagai “mulut berbau longkang”, disebabkan busuknya apa yang keluar dari mulut itu. Hal ini mencanggahi apa yang disifatkan oleh Ibnu `Abbas terhadap Nabi, kerana yang keluar dari mulut Nabi adalah cahaya yang menerangi, bukan bau longkang yang busuk. Maka hendaklah setiap umat Muhammad mencontohi lisan dan lidah Nabinya, dengan menjaga tutur kata dan setiap kalam yang keluar dari mulut masing-masing. Berbicaralah dengan fasih – iaitu dengan bahasa yang baik dan sempurna – serta pilihkan perkataan yang baik dan elok. Jauhilah kata-kata cacian, atau makian, atau umpatan, atau fitnah, atau melaga-lagakan manusia, malah jauhilah daripada sering merungut dan mengeluh. Bercakaplah dengan akal dan ilmu, bukan dengan hawa nafsu dan perasaan amarah.

 

Dalam isnad hadis ini, terdapat seorang rawi bernama `Abdu l-`Aziz bin Abi Sabit Az-Zuhriy. Disebut di dalam kitab Al-Mughni Fi dh-Dhu`afa’, bahawa `Abdu l-`Aziz bin Abi Sabit, dia ialah Ibnu `Imran. Ini bermakna, namanya ialah `Abdu l-`Aziz bin `Imran. Imam At-Tirmizi – pengarang kitab Syama’il ini – dalam kitabnya Sunan At-Tirmizi, menyebut: (وَعَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عِمْرَانَ ضَعِيفٌ فِي الحَدِيثِ) Dan `Abdu l-`Aziz bin `Imran adalah dha`if dalam hadis [At-Tirmizi/ 870].

 

Sangat mena`jubkan, apabila Imam At-Tirmizi, dia meriwayatkan hadis oleh perawi ini – yang telah didha`ifkan olehnya sendiri – dalam kitab Asy-Syama’il ini. Imam At-Tirmizi ialah Imam, Al-Hafiz, dan dia menulis kitab `ilal berkenaan kecacatan hadis dan perawinya. Selain itu, guru Imam At-Tirmizi, iaitu Imam Al-Bukhariy, apabila mengulas tentang perawi bernama `Abdu l-`Aziz ini, dia berkata: (منكر الحديث) munkaru l-hadis. Malah Imam An-Nasa’iy menyebut: (متروك الحديث) matruku l-hadis.

 

Munkaru l-hadis bermakna perawi itu banyak meriwayatkan hadis yang munkar atau cacat, dan banyak antara hadis-hadisnya yang bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh para huffaz yang siqah. Matruku l-hadis bermakna dia ditinggalkan dalam periwayatan hadis, iaitu tidak ditulis atau diambil hadis daripadanya.

 

Justeru, hendaklah disimpulkan bahawa Imam At-Tirmizi sengaja memasukkan hadis oleh perawi yang didha`ifkan olehnya sendiri, dalam kitab Asy-Syama’il ini. Bukanlah menjadi tujuan Imam At-Tirmizi untuk mengumpulkan hadis-hadis sahih sahaja di dalam kitab ini. Justeru, tersilaplah orang-orang yang cuba membelah buku-buku para Imam sehingga diasingkan menjadi dua, satu yang sahih dan satu yang dha`if.

 

Sebagai penuntut ilmu, kita hendaklah mengkaji apakah keperluan dan tujuan hadis ini dimasukkan. Jika belum berjumpa, maka hendaklah dibiarkan seperti asalnya. Jika tidak tahu, maka hendaklah berguru dan belajar. Setiap Imam – atau sekurang-kurangnya setiap penulis buku – dia mengetahuï apakah yang ingin ditulisnya, dan dia lebih arif tentang rahsia penulisannya.

02.04.05#160415: AL-‘AZIZ (العزيز)

0

Nota 02.04.05 Kategori-kategori Perspektif Jumlah Periwayat (كثرة الرواة وقلتهم)

Susunan: BroSyarief

 

AL-‘AZIZ (العزيز)

 

Secara bahasa, al-‘Aziz boleh bermaksud sedikit atau kuat.

 

Secara teknikal, ia merujuk kepada periwayatan yang mana terdapat pada paling kurang salah satu tobaqatnya mempunyai hanya DUA periwayat.

 

Contohnya, hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, di mana baginda bersabda:

 

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

 

“Tidak (sempurna) iman setiap dari kalian, sehinggalah aku lebih dicintainya dari anaknya, orang tuanya dan manusia kesemuanya” [HR al-Bukhari & Muslim]

 

Hadits ini diriwayatkan dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, hanya 2 orang sahabat iaitu, Anas dan Abu Hurayrah, dan mereka berDUA pada satu peringkat Tobaqah yang sama.

 

Dan kemudian diriwayatkan pula dari Anas, DUA periwayat di peringkat tobaqah ke-2 iaitu Qatadah dan Abdul ‘Aziz.

 

Dan bagi setiap mereka, diriwayatkan pula oleh dua periwayat masing-masing.

 

Syu’bah dan Husayn mengambil dari Qatadah, manakala Ismail dan ‘Abdul Warits mengambil dari ‘Abdul ‘Aziz.

 

Pada peringkat Tobaqah yang ke-3 ini, terdapat 4 periwayat.

 

Dan selepas peringkat ini, mula banyak periwayat meriwayatkan dari mereka berempat. (Lihat Rajah SI – ‘Aziz)

 

Hadits ini jatuh pada kategori Hadits Ahad jenis ‘Aziz, kerana pada salah satu, malah dua tobaqat dalam sanad hadits ini hanya terdapat DUA periwayat.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

02.04.05#150415 Bilik (40) AL-GHARIB atau AL-FARD (الفرد)

0

Nota 02.04.04 Kategori-kategori Perspektif Jumlah Periwayat (كثرة الرواة وقلتهم)

Susunan: BroSyarief

 

AL-GHARIB (الغريب) atau AL-FARD (الفرد)

 

Secara bahasa ia bermaksud ganjil, asing dan sendiri. Kata gandanya ialah al-Gharaib (الغرائب).

 

Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada berSENDIRInya periwayat di mana-mana kedudukan di dalam sanad, bagi sesuatu hadits.

 

Ia terbahagi kepada kepada dua kategori:

 

01. al-Gharib al-Mutlaq (الغريب المطلق)

Iaitu apabila secara mutlak, hanya seorang sahaja perawi yang mendengarkan dari perawi di atasnya.

 

Contohnya hadits niat yang sangat terkenal itu merupakan hadits Gharib Mutlak, kerana tidak ada sahabat lain yang mendengarkan dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam kecuali Umar radhiyalLaahu ‘anhu, Jadi Umar bersendiri dalam meriwayatkan hadits niat.

 

02. al-Gharib an-Nisbi (الغريب النسبي)

Iaitu apabila bersendirinya periwayat menurut perspektif atau keadaan tertentu, bukan melalui penilaian kepada kesemua sanad-sanad bagi suatu hadits.

 

Ibn Hajar meletakkan 5 jenis bentuk bagi al-Gharib al-Nisbi:

i – Bersendirinya seseorang periwayat dari seseorang periwayat yang khusus. Walaupun hakikatnya pada tobaqat beliau masih ada orang lain yang turut meriwayatkan hadits yang sama tapi tidak bertemu langsung pada gurunya, tetapi mungkin lebih jauh di atas.

 

ii – Bersendirinya dikaitkan dengan tempat atau negeri tertentu, walaupun jumlah periwayatnya ramai. Seperti disebutkan, ‘Bersendirinya ahli Mekah meriwayatkan ini..” yang bermaksud hanya orang-orang Mekah yang meriwayatkan hadits tersebut, jadi mereka ‘bersendiri’ merujuk kepada tempat dan negeri.

 

iii – Bersendirinya dikaitkan dengan periwayatan ahli-ahli sesuatu tempat atau negeri dari seorang periwayat yang sama.

 

iv – Bersendirinya dikaitkan dengan periwayatan seorang periwayat dari ahli-ahli sesuatu tempat atau negeri (berlawanan dari poin iii).

 

v – Bersendirinya dikaitkan dengan periwayatan ahli-ahli sesuatu tempat atau negeri A, dari ahli-ahli sesuatu tempat atau negeri B.

 

Di antara penulisan-penulisan tentang Hadits Gharib ialah:

01. Gharaib Malik, karangan Imam ad-Daruquthni
02. al-Gharaib wa al-Afrad, karangan ad-Daruquthni
03. as-Sunan allati Tafarrada bikulli Sunnatin minha Ahlul Baldah, karangan Abu Dawud

 

Di antara kitab hadits popular mempunyai hadits-hadits Gharib:

01. Musnad al-Bazzar
02. al-Mu’jam al-Awshat, karangan at-Tabrani

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 14: Rasulullah Putih, Elok, Sedang

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 14

14- حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، الْمَعْنَى وَاحِدٌ، قَالَا: أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا الطُّفَيْلِ، يَقُولُ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَا بَقِيَ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ أَحَدٌ رَآهُ غَيْرِي، قُلْتُ: صِفْهُ لِي، قَالَ: كَانَ أَبْيَضَ مَلِيحًا مُقَصَّدًا.

 

14- Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki` dan Muhammad bin Basysyar, maksudnya sama, mereka berdua berkata: Telah memberitahu kami Yazid bin Harun, daripada Sa`id Al-Jurayriy, dia berkata: Saya telah mendengar Aba t-Tufayl, dia berkata: Saya telah melihat Nabi, dan tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang telah melihatnya selain saya. Saya telah berkata: Sifatkan dia kepada saya. Dia berkata: Dia putih, elok, sedang.

Syarah Adou_Fr:

 

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini daripada dua orang iaitu Sufyan bin Waki` dan Muhammad bin Basysyar. Imam At-Tirmizi menyebut (الْمَعْنَى وَاحِدٌ) maksudnya sama, untuk menunjukkan lafaz yang digunakan oleh kedua-dua perawi tersebut adalah tidak sama, tetapi maksud yang ingin disampaikan adalah sama. Justeru, ini ialah isyarat bahawa boleh menggabungkan dua hadis menjadi satu jika maknanya sama.

 

Abu t-Tufayl ialah (عَامِرُ بْنِ وَاثِلَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْكِنَانِيُّ) `Amir bin Wasilah bin `Abdi Llah Al-Kinaniy iaitu sahabat yang terakhir sekali mati. Imam Muslim menyebut dalam Al-Kuna Wal-Asma’: (لَهُ صُحْبَةٌ) dia mempunyaï taraf sahabat, walaupun Imam Al-`Ajliy menyebut dalam As-Siqat:

 

عَامِرُ بْنِ وَاثِلَةَ أَبُو الطُّفَيْلِ، مَكِّيٌّ، ثِقَةٌ، نَزَلَ الْكُوفَةَ مَعَ عَلِيٍّ، وَكَانَ مِنْ كِبَارِ التَّابِعِينَ، وَقَدْ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سَمِعَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ، يَعْنِي بْنِ مَسْعُودٍ

 

`Amir bin Wasilah Abu t-Tufayl, penduduk Makkah, siqah, tinggal di Kufah bersama `Aliy, dan dia adalah dari kalangan kibar tabi`in, dan sesungguhnya dia telah melihat Nabi. Dia mendengar daripada `Abdi Llah – iaitu Ibni Mas`ud.

 

Imam Muslim menyebut dalam Sahihnya: Abu t-Tufayl mati pada tahun seratus, dan dia ialah yang terakhir yang mati daripada sahabat Rasuli Llah. Ibnu Hibban menyebut dalam As-Siqat: Dia mati di Makkah pada tahun seratus tujuh. Imam Al-Bukhariy meriwayatkan dalam Tarikh Al-Awsat, katanya:

 

حَدَّثَنَا مُوسَى، قَالَ: حَدَّثَنَا مُبَارَكٌ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ أَعْيُنٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو الطُّفَيْلِ عَامِرِ بْنِ وَاثِلَةَ بِمَكَّةَ سَنَة سَبْعَة وَمِائَة

 

Telah bercerita kepada kami Musa, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Mubarak, daripada Kasir bin A`yun, dia berkata: Telah memberitahu kami Abu t-Tufayl `Amir bin Wasilah di Makkah pada tahun seratus dan tujuh.

 

Di dalam Tarikh Al-Awsat juga dirakamkan kata-kata Abu t-Tufayl iaitu:

 

أَدْرَكْتُ ثَمَانِ سِنِينَ مِنْ حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُلِدْتُ عَامَ أُحُدٍ

 

Saya telah sempat selama lapan tahun daripada hidup Nabi, dan saya telah dilahirkan pada tahun Uhud.

 

Justeru, hadis ini menjelaskan kata-kata Abi t-Tufayl di penghujung hayatnya, ketika semua sahabat sudah mati. Sa`id Al-Jurayriy yang mendengar kata-kata Aba t-Tufayl pun meminta agar Abu t-Tufayl menjelaskan sifat Nabi kepadanya.

 

Kata Abu t-Tufayl: (كَانَ أَبْيَضَ مَلِيحًا مُقَصَّدًا) Dia putih, elok, sedang. Sangat pendek dan ringkas huraian Abi t-Tufayl tentang Nabi yang dilihatnya ketika dia masih kanak-kanak, ketika dia masih berumur tidak lebih lapan tahun. Putih dalam hadis ini adalah seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, iaitu berkulit cerah. Elok iaitu elok atau cantik rupa paras Nabi, dan sedang iaitu pertengahan pada tinggi rendahnya dan kurus gemuknya.

 

Hadis ini sangat indah, kerana perkataan seorang budak yang berusia tidak lebih lapan tahun diambil kira dan dijadikan sebagai pegangan, semata-mata kerana dia telah melihat Rasula Llah. Ini menunjukkan kemuliaan Rasuli Llah, dan sesiapa yang mempunyaï kaitan dengan Nabi akan menjadi mulia. Maka rugilah orang-orang yang meninggalkan ajaran Nabi, atau apa-apa yang disuruh dan yang digalakkan oleh Nabi. Dan celakalah orang-orang yang perbuatannya mencanggahi ajaran Nabi, atau hidupnya, atau kelakukannya. Sangat malang pula orang-orang yang menambah dan mereka apa-apa yang tidak dilakukan Nabi, atau yang menipu atas nama Nabi – walaupun niatnya untuk kebaikan – kerana segala-gala yang datang berkenaan Nabi sudah sempurna sebagai manusia pilihan, tanpa perlu kepada sebarang penambahan atau rekayasa.

 

Lihat juga bagaimana seorang budak yang usianya tidak lebih lapan tahun, kata-katanya didengar, dan ilmunya diambil. Ia peringatan yang sangat besar kepada ibu bapa, agar tidak menjadikan anak-anak mereka bodoh dalam tubuh yang membesar, sebaliknya ibu bapa seharusnya menjadikan anak-anak mereka bijak pandai dan mempunyaï kelebihan, walaupun tubuhnya masih kecil.

 

Perhatikan kanak-kanak yang lebih kurang sama usianya, bagaimanakah keadaan mereka? Adakah mereka sudah dilatih dengan Al-Qur’an, dan hadis, dan ilmu? Atau mereka dilekakan dengan aiskrim dan gula-gula, dengan kartun dan permainan? Ramai antara kita telah tersilap dalam didikan kita terhadap generasi baru kita, kerana kita menganggap mereka “masih kecil”. Anggapan bahawa mereka “masih kecil” menyebabkan kanak-kanak itu menjadi manusia yang cacat – dalam ilmu, dalam kemahiran, dalam kehidupan – sehingga mereka tidak boleh berdikari dan menjadi diri mereka sendiri. Sedangkan para sahabat dan manusia pada zaman Nabi, mereka melatih anak-anak mereka dengan ilmu peperangan, ilmu gembalaan dan ilmu perniagaan!

 

Di manakah kanak-kanak kita, yang baru mahu mengenal alif ba ta, yang baru merangkak dengan buku Iqra’, sedangkan dalam usia sebaya, para salafu s-salih sudah bersalat malam dan menghafaz Al-Qur’an keseluruhannya! Tidakkah kita telah tersilap dalam didikan untuk anak-anak kita? Dalam pada para sahabat sudah menghafaz ribuan hadis dan hukum-hakam, anak-anak kita belum pun membaca atau menghabiskan sebuah buku pun!

 

Lihatlah Aba t-Tufayl, yang dalam usianya tidak lebih lapan tahun itu, dia sudah dapat membuat analisis terhadap tubuh Nabi, dan dia dapat mensifatkan Nabi dengan ringkas iaitu putih – atau cerah –, elok tubuhnya, dan sedang-sedang dalam tinggi dan saiz badannya. Bayangkan bagaimana seorang kanak-kanak sebegitu sudah mampu membanding beza dan dapat memerhatikan ciri-ciri seseorang – dalam kes ini, Nabi – dengan baik. Bayangkan pula bagaimana dia dapat mengungkapkan apa yang dilihatnya dengan ringkas, tetapi jelas dan bermakna.

 

Panggillah mana-mana kanak-kanak seusia dengan Abi t-Tufayl, dan minta dia memerhatikan seseorang tokoh, adakah kanak-kanak itu dapat mengetahuï apakah yang perlu dilakukannya, apakah yang perlu diperhatikannya, dan dapat pula menjelaskannya dengan baik? Nasib umat Islam tidak akan berubah, selagi generasi Islam seperti para salafu s-salih tidak dihasilkan.

 

Didikan Islam adalah berbeza dengan didikan Barat, kerana didikan Islam bermula dari rumah. Bapa yang salih, harus mendidik isterinya agar menjadi salihah, dan menghasilkan anak-anak yang salihun. Dan ini juga satu masalah yang menimpa sesetengah golongan yang mengutamakan keluar berda`wah kepada orang lain, dan mengabaikan isteri dan anak-anak di rumah. Tidakkah Al-Qur’an menyebut:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

 

«Wahai orang-orang yang beriman, awasilah diri-diri kamu dan keluarga-keluarga kamu daripada neraka» [At-Tahrim: 6]

 

Ayat ini menunjukkan awlawiyyah atau keutamaan berda`wah kepada keluarga sendiri dahulu dan mendidik mereka dengan ajaran Islam yang sebenar. Lahirkanlah anak-anak dan generasi Islam yang bertaqwa, yang menghafaz Al-Qur’an dan selalu membacanya, yang sentiasa dekat dengan ajaran Tuhan dan Nabi-Nya.

 

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Status Hadis Tasbih Saidatina Aisyah..

0

?Apakah taraf hadis dibawah??jika dah pernah bincangkan nanti saya search..terima kasih?

Orang panggil tasbih saidatina aisyah

 

Ulasan Utz Adli Khalim:

Di AFN V1 pernah ditanya soalan berikut:

 

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

(1) Sebelum khatam Al Qur’an. (2) Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. (3) Sebelum para muslim meredhai kamu. (4) Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.”

 

Bertanya Aisyah: “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah: (1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. (2) Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. (3). Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. (4) Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

 

Dr. Fathi menjawab:

Hadith yang enta tanya tu palsu, tiada hadith seperti tu.

Ia adalah rekaan dari manipulasi beberapa hadith dan qaul ulama’, ni cara orang memalsukan hadith zaman moden.

Matan kebanyakannya bermasalah – cth: khatam qur’an sblm tidur? jangan tidur sebelum khatam qur’an? Ni bercanggah dengan amalan salaf,Nabi larang khatam qur’an kurang dari 3 hari. dan lain-lain.

Wallah hu’alam

 

Sumber: http://arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=487767#487767

Kenali Tokoh Hadith

0

MENGENALI TOKOH 

‘AbdulLāh bin Mas‘ūd adalah sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – yang diakui oleh baginda sendiri tentang penguasaannya terhadap al-Qur’an. Daripada ‘AbdulLāh bin ‘Amr, kata-nya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – pernah bersabda:

«خُذُوا القُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ: مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ – فَبَدَأَ بِهِ، وَسَالِمٍ، مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ».

“Pelajarilah al-Qur’an ini daripada empat tokoh ini: Daripada ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd – baginda memulakan dengan namanya, Sālim Mawlā Abī Ḥudhayfah, Mu‘ādh bin Jabal dan Ubay bin Ka‘b.”

     Kata Masrūq: Apabila disebut nama ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd di hadapan ‘AbdulLāh bin ‘Amr, beliau lantas menyebut:

ذَاكَ رَجُلٌ لاَ أَزَالُ أُحِبُّهُ.[1]

“Beliau adalah tokoh yang aku sentiasa mengasihinya.”

      Kenapa tidak? Justeru beliau terkenal benar-benar menguasai al-Qur’an dan menjadi rujukan para sahabat baik semasa hayat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam, apatah lagi sesudah kewafatan baginda. ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd sendiri mengakui tentang penguasaan beliau terhadap al-Qur’an dengan katanya:

«وَالَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ مَا فِي كِتَابِ اللهِ سُورَةٌ إِلَّا وَأَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ نَزَلَتْ، وَلَا فِيهِ آيَةٌ إِلَّا وَأَنَا أَعْلَمُ فِيمَا أُنْزِلَتْ».[2]

“Demi Allah yang tiada layak sebarang pengabdian diri melainkan hanya kepada-Nya, tiada suatu surah daripada KitābulLāh melainkan aku mengetahui dimana ia turun. Demikian juga tiada suatu ayat di dalam KitābulLāh melainkan aku mengetahui tentang apa ia diturunkan.”

     Bahkan antara murid beliau ialah Ḥabr al-Ummah dan Imām al-Tafsīr, ‘AbdulLāh bin ‘Abbās – raḍiyalLāhu ‘anhumā:

[1]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [3808].

[2]     Al-Mu‘jam al-Kabīr [8432].

 

Popular

Iklan

Iklan